1. kemahiran konsepsualisasi dan organisasi & kepantasan pemprosesan maklumat

6
1.0 KONSEPTUALISASI DAN ORGANISASI 1.1 Definisi Konseptualisasi Proses formulasi dan penjelasan dari konsep. 1.2 Definisi Organisasi Satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu sama lain bagi mencap ai matlamat individu, kumpulan, dan organisasi. 1.3 Definisi Konseptualisasi Dan Organisasi Konseptualisasi dan organisasi merupakan kebolehan untuk memahami konsep dan mengikut organisasi dengan betul. 1.4 Peringkat Dalam Pembelajaran Konseptualisasi Peringkat pertama ialah pengalaman berbentuk konkrit. Ini bermaksud tindakan yang dilakukan oleh seseorang dan kesan perlakuannya diperhatikan dalam situasi-situasi tertentu. Individu itu mengalami atau melibatkan diri secara langsung dalam tugasan tertentu. Biasanya, seseorang individu itu hanya melakukan tugasan yang diberi tanpa mempunyai kesedaran atau membuat refleksi. Peringkat kedua ialah refleksi iaitu membuat refleksi selepas sesuatu tindakan atau daripada pengalaman tertentu. Paradigma mempengaruhi perbezaan bentuk refleksi. Kesan daripada tindakan atau tingkah laku perlu diambil kira dalam refleksi supaya perlakuan itu tidak diulang dalam situasi yang sama. Peringkat ketiga ialah membina konsep daripada yang abstrak kepada yang sebenar. Konseptualisasi melibatkan keadaan yang boleh diperhatikan dan pemahaman antara perkaitan antaranya. Paradigma juga mempengaruhi keadaan dalam membentuk konseptualisasi. Ini bermaksud seseorang itu perlu memahami prinsip asas sebelum mengaplikasikan prinsip-prinsip tertentu dalam bentuk konsep. Peringkat keempat ialah membuat jangkaan. Seseorang itu boleh membuat aplikasi dan generalisasi. Malah, individu itu juga dapat

Upload: jackqueline1103

Post on 12-Nov-2015

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PKP3063 PENTAKSIRAN DLM PEND. PMLH

TRANSCRIPT

1.0KONSEPTUALISASI DAN ORGANISASI

1.1Definisi Konseptualisasi Prosesformulasidanpenjelasandarikonsep.

1.2Definisi Organisasi Satuunitsosialyangterdiridaripadamanusia yang bekerjasamadansalingbergantungantarasatusamalainbagimencapai matlamat individu, kumpulan, dan organisasi.

1.3Definisi Konseptualisasi Dan Organisasi Konseptualisasi dan organisasi merupakan kebolehan untuk memahami konsep dan mengikut organisasi dengan betul.

1.4Peringkat Dalam Pembelajaran Konseptualisasi Peringkat pertama ialah pengalaman berbentuk konkrit. Ini bermaksud tindakan yang dilakukan oleh seseorang dan kesan perlakuannya diperhatikan dalam situasi-situasi tertentu. Individu itu mengalami atau melibatkan diri secara langsung dalam tugasan tertentu. Biasanya, seseorang individu itu hanya melakukan tugasan yang diberi tanpa mempunyai kesedaran atau membuat refleksi. Peringkat kedua ialah refleksi iaitu membuat refleksi selepas sesuatu tindakan atau daripada pengalaman tertentu. Paradigma mempengaruhi perbezaan bentuk refleksi. Kesan daripada tindakan atau tingkah laku perlu diambil kira dalam refleksi supaya perlakuan itu tidak diulang dalam situasi yang sama. Peringkat ketiga ialah membina konsep daripada yang abstrak kepada yang sebenar. Konseptualisasi melibatkan keadaan yang boleh diperhatikan dan pemahaman antara perkaitan antaranya. Paradigma juga mempengaruhi keadaan dalam membentuk konseptualisasi. Ini bermaksud seseorang itu perlu memahami prinsip asas sebelum mengaplikasikan prinsip-prinsip tertentu dalam bentuk konsep. Peringkat keempat ialah membuat jangkaan. Seseorang itu boleh membuat aplikasi dan generalisasi. Malah, individu itu juga dapat membuat perancangan berbentuk konteks dalam pemahaman dan menterjemahkan sesuatu konsep untuk jangkaan pada masa depan atau untuk jangkaan tindakan yang akan dilakukan.

2.0 KEPANTASAN PEMPROSESAN MAKLUMAT

2.1Definisi Melibatkan kebolehan individu memproses input ke dalam otak dan menterjemah dengan perlakuan dan juga tindakan yang bersesuaian dengan pantas.

2.2Peringkat Pemprosesan Maklumati. Kenalpasti ransangan Ransangan ialah semua jenis maklumat persekitaran yg diterima melalui reseptor sensori. Berperanan untuk mentafsir maksud ransangan yang wujud dalam persekitaran. Contoh: Seorang pemain badminton menerima hantaran tinggi sebagai rangsangan dan akan mula bertindak untuk mematikan bola tersebut.

ii. Pemilihan respon Berperanan sebagai sistem yang menyediakan beberapa respond dan akan memilih respon yang terbaik dan relevan dengan tafsiran ransangan tersebut. Contoh: Jika kita ingin menangkap bola, secara automatiknya, otot tangan dan jari sudah bersedia melakukan aksi tersebut

iii. Pemprosesan respon Merupakan peringkat pelaksanaan fizikal segala persiapan yang telah dilakukan di peringkat organisasi lakuan. Pelaksanaan lakuan ialah pergerakan yang dapat dilihat. Contoh: Pemain badminton yang menerima bola tinggi sebagai ransangan maka lakuan yang tepat baginya ialah dengan melakukan pukulan smesy. Dalam peringkat ini, pelaku memperoleh pengalaman sensori daripada pengalaman yang dilakukan.

2.3Cara Memproses Maklumati. Menyusun maklumat Maklumat yang terkumpul boleh diproses berdasarkan :- Kronologi (masa dan peristiwa)- Keutamaan- Kata Tanya- Kategori

ii. Membuat lakaran grafik Lakaran grafik adalah penting untuk menyusun maklumat. Lakaran grafik adalah maklumat yang ditunjukkan dengan menggunakan simbol, rajah, graf dan gambar bersama-sama dengan sedikit maklumat bertulis.

Jadual Cara yang paling kemas untuk mempersembahkan maklumat yang mengandungi nombor atau sesuatu yang boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan yang sama. Maklumat seperti itu boleh dimasukkan ke dalam lajur dan baris. Cara ini amat berguna jika seseorang ingin membandingkan satu kategori maklumat dengan kategori yang lain, seperti kewangan dengan bilangan atau kuantiti barangan atau antara kekuatan dengan kelemahan sesuatu.

Graf Graf digunakan untuk menunjukkan perubahan pembolehubah. Graf membolehkan kita melihat trend atau gaya perubahan tersebut. Jenis graf :Graf garis menggunakan garisan tegak dan mendatar sebagaipaksi untuk kita plot data bagi dua variable. Kedua-dua paksi xdan y biasanya mempunyai skala yang sekataGraf bar- bagi variable yg diskrit seperti bilangan syarikat atau bulan Januari, Februari dan lain-lain. Lebih sesuai maklumat itudinyatakan dalam graf bar.Graf pai digunakan utk menunjukkan peratusan atau pecahan pembolehubah.

Piktograf Kadangkala sesuatu maklumat itu lebih menarik dan lebih mudah difahami jika diberikan dalam bentuk grafik berbanding dengan angka. Oleh itu, angak diwakili dengan simbol. Bentuk grafik ini dikenali sebagai piktograf

Carta pokok / Organisasi Cara menggunakan grafik dan perkataan untuk mempersembahkan ringkasan (overview) sesuatu maklumat Carta ini digunakan untuk menunjukkan hubungan dan turutan dengan cara yg tersusun. Contoh : carta struktur sebuah organisasi.

Carta alir Maklumat tentang suatu proses. Carta ini berbentuk cabang atau lingkaran.

Carta stream Sesuatu maklumat yang boleh dikelaskan dan setiap kelas itu mempunyai hubungan antara satu sama lain.

Rajah Sejenis grafik yg menggunakan garisan, tanda dan simbol untuk menunjukkan hubungan idea, kedudukan objek, proses atau sistem. Contoh: rajah litar elektrik.

Peta Maklumat tenatng keadaan dan kedudukan sesuatu tempat biasanya lebih jelas ditunjukkan.

Lakaran Ada maklumat lebih mudah dan lengkap diwakilkan secara lakaran. Contoh : bentuk sehelai daun lebih mudah dipaparkan dalam bentuk lakaran.

Gambar Adalah bentuk grafik yang dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan mebarik bagi sesuatu objek maujud. Gambar mewakili seribu perkataan.

iii. Menganalisis data Maklumat yang telah disusun atau diproses perlu dianalissi untuk membuat kesimpulan yang jelas dan tepatLangkah menganalisis data : Menghubungkaitkan fakta Mengsintesis data Membandingkan fakta Membaca yang tersirat Membuat kesimpulan

2.4Masalah Berkait Dengan Pemprosesan Masalah spatial Masalah berkaitan dengan arah Berkaitan konsep masa Masalah imej badan Masalah organisasi Masalah symbolization atau perwakilan Masalah membina konsep / penaakulan