1. kasut kelopak jantung

Upload: muhamadkamil385

Post on 03-Apr-2018

264 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 1. Kasut Kelopak Jantung

    1/8

    ANALISIS KOMSAS CERPEN

    KASUT KELOPAK JANTUNG

    Oleh: DR. GHAZALI LATEH

    SINOPSIS

    Cerpen ini mengisahkan Cikgu Harun yang menerima bungkusan hadiah setiap tahun,terutamanya pada Hari Guru teringat semula peristiwa yang berlaku tiga puluh tahun dahulu

    sewakta beliau bertugas sebagai guru di kawasan pedalaman. Cikgu Harun sememangnya

    seorang guru yang tegas dalam soal keceriaan pelajar dan kelas. Beliau memarahi Ahmad yangtidak memakai kasut sekolah walaupun sudah tiga minggu sesi pesekolahan bermula. Di padang

    sekolah, Ahmad sekali lagi dimarahi Cikgu Harun kerana tidak membawa pakaian sukan. Oleh

    sebab itu, Cikgu Harun mendenda Ahmad dengan menyuruhnya mancari tali rafia untuk

    mengikat kelopak jantung pisang pada bahagian kakinya untuk dijadikan kasut. Ahmadmerupakan murid yang patuh akan arahan gurunya terus mengikat kelopak jantung pisang. Dia

    berasa malu atas denda yang dikenakan oleh Cikgu Harun yang sebenarnya mahu Ahmad

    membeli kasut sekolah demi keselamatan kakinya. Selepas hari persekolahan tamat, Ahmad

    berlari ke rumah supaya kasut kelopak jantungnya tidak dikesan oleh kawan-kawan. Sejak hariitu, Ahmad tidak hadir ke sekolah. Cikgu Harun hairan akan perkara tersebut dan mengetahui

    bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah. Cikgu Harun yang berasa kesal atas dendanya terhadapAhmad pula mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui perkara yang

    sebenar. Akhirnya, dia mengetahui bahawa Ahmad tinggal bersama ibunya yang uzur dan tua

    tidak mampu membeli kasut sekolah dan terpaksa mengambil upah memetik cili di kebun oranglain. Cikgu Harun yang tersentuh akan kedaifan Ahmad telah membelikannya sepasang kasut

    dan sepasang uniform sekolah. Ahmad yang berterima kasih atas pemberian Cikgu Harun telah

    belajar dengan gigih dan menjadi seorang pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut

    terkemuka. Sejak itu, Ahmad menghadiahkan kasut kepada Cikgu Harun sebagai membalas jasagurunya, Cikgu Harun.

    TEMA

    Penghargaan seorang murid terhadap jasa guru yang ikhlas membantunya sewaktu murid itu

    miskin dengan menekankannya kepentingan memakai kasut.

    PERSOALAN

    1. Ketegasan guru di sekolah demi mendisiplinkan pelajar.

    Buktiya, Cikgu Harun yang tegas menyebabkan Ahmad takut untuk merenung wajahnya tepat-

    tapat. Selain itu, Ahmad dimarahi Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut dan tidak membawapakaian sukan.

    2. Keprihatinan guru terhadap masalah murid.

    Buktinya, Cikgu Harun yang prihatin akan kemiskinan keluarga Ahmad telah membelikannyasepasang kasut dan sepasang uniform sekolah.

    3. Keikhlasan murid membalas jasa guru.

    Buktinya, walaupun Ahmad sudah besar dan berjawatan tinggi, namun dia tetapi mengingati jasaCikgu Harun dengan menghadiahinya sepasang kasut pada setiap Hari Guru.

    4. Kepentingan memakai kasut di sekolah.

    Buktinya, Cikgu Harun tegas memastikan pelajar memakai kasut supaya muridnya tidak

    mengalami kecederaan kaki.

  • 7/29/2019 1. Kasut Kelopak Jantung

    2/8

    5. Penghargaan murid terhadap jasa guru.

    Buktinya, setiap Hari Guru, Cikgu Harun akan menerima hadiah berupa kasut berjenama mahal

    daripada anak muridnya yang mengingati jasa gurunya itu walaupun sudah 30 tahun berlalu.

    WATAK DAN PERWATAKAN

    CIKGU HARUN

    Cikgu Harun sudah bersara daripada pekerjaan guru. Beliau pernah mengajar di kawasanpedalaman 30 tahun yang lalu. Dia yang prihatin akan kebajikan murid telah menghadiahkan

    sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut kepada Ahmad. Beliau yang pernah bertegas

    dengan anak muridnya itu mendapat balasan baik daripada anak muridnya yang menghadiahinya

    sepasang kasut berjenama mahal pada setiap sambutan Hari Guru.

    AHMAD

    Ahmad merupakan seorang murid miskin yang tinggal di hujung kampung, kawasan pedalaman.

    Dia terpaksa mengambil upah memetik cili hanya untuk mengumpulkan wang demi membeli

    kasut sekolah lantaran ibunya yang tua dan uzur. Ahmad tidak pernah ponteng sekolah malahsentiasa mengikut arahan gurunya, Cikgu Harun. Walaupun Cikgu Harun mengarahkannya

    memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang, dia tetap menurut perintahtersebut. Ahmad akhirnya menjadi seorang yang berjawatan tinggi di sebuah syarikat pengeluar

    kasut terkemuka di bandar masih mengingati jasa gurunya dengan menghadiahi Cikgu Harun

    sepasang kasut pada Hari Guru.

    IBU AHMAD

    Ibu Ahmad seorang wanita separuh umur yang sudah uzur. Dia tinggal bersama anaknya, Ahmad

    di sebuah pondok usang di hujung kampung. Walaupun miskin harta, ibu Ahmad amatmenghormati tetamu kerana menjemput Cikgu Harun masuk ke rumah sementara menunggu

    Ahmad pulang ke rumah. Ibu Ahmad tidak bekerja lagi kerana sudah uzur. Oleh sebab itu,

    Ahmad terpaksa mengambil upah memetik cili demi menampung perbelanjaan keluarga disamping membeli kasut sekolah.

    PLOT

    PERMULAAN

    1. Pada 16 Mei, Hari Guru, Cikgu Harun menerima sebungkus hadiah yang tidak dipos.

    2. Cikgu Harus tahu benar pengirim hadiah itu dan bertanya kepada diri sendiri sama akan

    hadiah itu dihantar dengan ikhlas atau sindir atau kedua-duanya.

    PERKEMBANGAN

    1. Cikgu Harun mengingati peristiwa yang telah berlaku 30 tahun yang lalu apabila menerimabungkusan hadiah daripada salah seorang anak muridnya.

    2. Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad kerana tidak memakai kasut dan

    tidak membawa pakakian sukan ke sekolah.3. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak

    jantung pisang.

    4. Ahmad berasa malu dan sedih. Dia terasa seperti disindir oleh Cikgu Harun dan banyak murid

    yang mengetawakannya.

  • 7/29/2019 1. Kasut Kelopak Jantung

    3/8

    PERUMITAN

    1. Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu.2. Kawan Ahmad menyampaikan khabar bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah.

    3. Cikgu Harun tersentuh dan berasa menyesal atas tindakannya mendenda Ahmad.

    4. Cikgu Harun mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad dan mendapati ibunya sudahuzur dan Ahmad bekerja sebagai pemetik cili untuk menampung kehidupan keluarga.

    PUNCAK

    1. Ahmad memberitahu punca sebenar dia tidak ke sekolah, yakni tidak mampu membeli kasut

    sekolah sebagaimana yang diarahkan oleh Cikgu Harun.

    2. Cikgu Harun membuat keputusan untuk membelikannya sepasang kasut sekolah baharu dan

    sepasang pakaian sekolah baharu serta mengarahkan Ahmad supaya kembali ke sekolah.3. Ahmad hanya mampu mengucapkan terima kasih atas bantuan Cikgu Harun.

    PELERAIAN

    1. Cikgu Harun sudah bersara tetapi jasanya tetap dikenang oleh Ahmad.

    2. Ahmad menghadiahi Cikgu Harun sepasang kasut berjenama pada setiap Hari Guru.3. Cikgu Harun sedar bahawa hadiah itu diberikan oleh Ahmad dengan hati yang ikhlas

    sebagaimana ditulis dalam surat yang disertai bersama bungkusan kasut itu. Amad sudah berjayamenjawat jawatan tinggi.

    TEKNIK PLOT

    1. Dialog pertuturan antara watak yang dapat menghidupkan cerita.

    Bukti: Ahmad, mana kasut? tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras.

    2. Monolog watak bercakap sendiri tanpa didengar atau disedari oleh sesiapa.Bukti: Jauh juga rumah Ahmad, bisik hati kecil Cikgu Harun.

    3. Monolog dalaman kata-kata seseorang watak di dalam hati yang tidak diketahui olehsesiapa.

    Bukti: Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang mahu

    murid-murid berhenti sekolah. Jika tidak ada murid, dari mana datangnya kerjaya seorang guru.Murid dan guru itu saling melengkapi. Kini, seorang murid hendak berhenti sekolah. Jika itu

    terjadi, negara akan kehilangan seorang warga yang berpendidikan. Cikgu Harun mula disapa

    penyesalan yang bukan sedikit ketika itu.

    4. Kejutan peristiwa yang tidak disangka-sangka oleh pembaca.

    Bukti: Ahmad terkejut dengan kehadiran Cikgu Harun di rumahnya dan Cikgu Harun terkejut

    melihat Ahmad masih memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang yangdidenda oleh Cikgu Harun.

    5. Saspens peristiwa yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pembacaBukti: Besok, tempat duduk Ahmad kosong. Cikgu Harun sedar bahawa Ahmad tidak datang.

    Selama ini, Ahmad tidak pernah ponteng sekolah. Dia rajin ke sekolah walaupun terpaksa

    berjalan tanpa kasut.

    Hari berikutnya juga Ahmad tidak datang. Hari selepasnya pun begitu. Kini, seminggu sudah

  • 7/29/2019 1. Kasut Kelopak Jantung

    4/8

    Ahmad tidak hadir. Cikgu Harun berasa ada sesuatu yang tidak kena. Dia cuba mendapatkan

    maklumat daripada murid-murid yang lain.

    6. Pemerian gambaran suasana atau keadaan oleh penulis.

    Bukti: Sebaik sahaja sampai si sebuah rumah, tidak ada penghuni dilihat oleh Cikgu Harun

    dalam rumah yang layak disebut pondok itu. Cikgu Harun memandang sekeliling. Suasana sepisekali. Dia pasti itulah rumah Ahmad seperti yang diberitahu oleh anak-anak muridnya yang lain.

    7. Imbas kembali teknik watak mengingati peristiwa yang sudah berlaku.Bukti: Cikgu Harun mengingati peristiwa yang sudah berlaku lebih 30 tahun, kejadian beliau

    mendenda anak muridnya memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang

    LATAR TEMPAT

    1. Rumah Cikgu Harun di bandar

    Bukti: Cikgu Harun menerima bungkusan kasut baharu di rumahnya.

    2. Kawasan pedalamanBukti: Cikgu Harun pernah bekerja sebagai guru di kawasan pedalaman lebih tiga puluh tahun

    yang lalu.

    3. Bilik darjah

    Bukti: Cikgu Harun pernah menegur Ahmad kerana tidak berkasut ke sekolah. Selain itu, CikguHarun juga bertanya kepada pelajar-pelajarnya tentang sebab Ahmad tidak hadir ke sekolah.

    4. Padang sekolah

    Bukti: Di kawasan padang, murid-murid melakukan aktiviti sukan dan bersenam kecuali Ahmad.

    Di situlah juga Ahmad didenda memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantungpisang.

    5. Rumah AhmadBukti: Cikgu Harun pergi ke rumah Ahmad untuk menjenguknya dan mengenal pasti sebab dia

    tidak hadir ke sekolah.

    6. Kebun sayur

    Bukti: Ahmad bekerja sebagai pemetik cili di kebun sayur untuk menampung perbelanjaan

    keluarga.

    7. Pekan

    Bukti: Cikgu Harun pergi ke pekan untuk membeli sepasang kasut sekolah baharu dan sepasang

    uniform sekolah baharu kepada Ahmad supaya dia dapat ke sekolah semula.

    LATAR MASA

    1. Zaman modenBukti: Cikgu Harun sudah bersara dan tinggal di bandar pada zaman moden ini. Selain itu,

    Ahmad sudah menjadi pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka.

    2. 30 tahun yang lalu

  • 7/29/2019 1. Kasut Kelopak Jantung

    5/8

    Bukti: Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad kerana tidak memakai kasut

    dan tidak membawa pakakian sukan ke sekolah. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad memakai

    kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang. Ahmad berasa malu dan sedih. Diaterasa seperti disindir oleh Cikgu Harun dan banyak murid yang mengetawakannya.

    3. Tempoh semingguBukti: Selepas didenda oleh Cikgu Harun, Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu dan

    kawannya memberitahu Cikgu Harun bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah.

    4. Waktu pagi tiga minggu selepas sekolah dibuka

    Bukti: Ahmad dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut sekolah dan tidak

    membawa pakaian sukan untuk aktiviti pendidikan jasmani di padang.

    5. Suatu petang selepas seminggu Ahmad tidak hadir ke sekolah.

    Bukti: Cikgu harun pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui sebab dia mahu berhenti sekolah.

    6. 16 MeiBukti: Cikgu Harun mendapat hadiah berjenama mahal daripada muridnya setiap sambutan Hari

    Guru.

    7. Selepas sekolah tamat / tengah hari

    Bukti: Ahmad yang malu selepas didenda memakai kasut kelopak jantung telah lari ke rumah.

    LATAR MASYARAKAT

    1. Masyarakat guru

    Bukti: Cikgu Harun yang sudah bersara mengingati peritiwa yang berlaku lebih 30 tahun yanglalu.

    2. Masyarakat pelajarBukti: Ahmad merupakan pelajar sekolah yang belajar dalam tahun tiga di kawasan pedalaman.

    Dia pernah dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut ke sekolah dan tidak

    membawa pakaian sukan.3. Masyarakat miskin

    Bukti: Ahmad dan ibunya tinggal di sebuah pondok kecil kerana hidup dalam kesederhaan.

    Lagipun, Ahmad terpaksa mengambil upah memetik cili dalam usia yang muda.

    4. Masyarakat yang mengenang jasa guru

    Bukti: Ahmad seorang murid yang amat mengenang jasa Cikgu Harun. Setiap kali sambutan

    Hari Guru, dia akan menghantar bungkusan berisi kasut berjenama mahal untuk dihadiahkankepada Cikgu Harun. Hal ini membuktikan bahawa dia amat menghargai jasa gurunya walaupun

    sudah berjaya dalam kehidupan.

    5. Masyarakat yang tabah menghadapi kemiskinan

    Bukti: keluarga Ahmad tabah menghadapi kemiskinan hidup. Dia dan ibunya tinggal di sebuah

    pondok di hujung kampung.

  • 7/29/2019 1. Kasut Kelopak Jantung

    6/8

    GAYA BAHASA

    1. Paradoks gabungan antara unsur positif dan negatif dalam satu ayat.

    Bukti: Atau sindiran dan keikhlasan yang telah bergumpal menjadi satu.

    2. Penggunaan ayat yang ringkas dan pendek.

    Bukti: Soalan itu bukan yang pertama.Waktu rehat Ahmad tidak keluar.

    Dia tidak bercakap banyak.

    Dia telah pun menduga.

    3. Simile unsur perbandingan secara langsung oleh penulis.

    Bukti: -Suara anak kecil itu tidak mahu keluar bagai ada sesuatu yang tersengkang pada batang

    tenggoraknya.-Ahmad pun datang terkebil-kebil, tertunduk-tunduk seperti ayam kalah menyabung.

    -Ahmad memandang kosong ke wajah Cikgu Harun seperti mahu meminta sesuatu.

    -Selepas sebelah, sebelah lagi dipasangkan seperti memakai kasut sekolah.

    -Kadang-kadang dilihatnya Ahmad seperti lurus bendul.-Ahmad berjalan macam lembu sakit kaki.

    -Terasa ketika itu kasutnya macam kaki gajah yang untut dan tidak cantik. Seperti kaki ayamyang mencakar najis. Terasa kakinya seperti kaki monyet, kaki itik, dan kaki tiang rumahnya

    yang usang. Malah Ahmad terasa dirinya seperti tidak berkaki langsung.

    4. Peribahasa ungkapan menarik yang digunakan oleh pengarang

    Buktinya: berkaki ayam, budak hingusan, lurus bendul, angkat muka, berkecil hati, dan separuh

    umur.

    5. Personifikasi penggunaan unsur kemanusiaan dalam unsur bukan manusia.

    Bukti: Rasa bersalah mula mengerang perasaannya.

    6. Sinkof penggunaan singkatan kata

    Buktinya: tak, dah, nak, ni

    7. Repitasi pengulangan kata.

    Bukti: Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang mahu

    murid-murid berhenti sekolah.

    8. Gaya bahasa dialog

    Bukti: Ahmad, mana kasut? tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras.

    NILAI MURNI DAN PENGAJARAN

    1. Nilai murni Menghormati orang yang lebih tua

    Pengajaran : Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua dan yang lebih berpengalaman

    daripada kita.Bukti: Ahmad amat menghormati Cikgu Harun dan tidak pernah mengingkari arahannya.

    2. Nilai murni -Keinsafan

    Pengajaran : Kita mestilah sedar akan kesilapan yang kita lakukan supaya tidak mengulanginya.

  • 7/29/2019 1. Kasut Kelopak Jantung

    7/8

    Bukti: Cikgu Harun sedar bahawa dendanya agak keterlaluan dan dia tersentuh dengan

    keputusan Ahmad yang mahu berhenti sekolah kerana tidak mampu membeli kasut sekolah.

    3. Nilai muri -Keikhlasan

    Pengajaran : Kita mestilah ikhlas semasa memberikan hadiah kepada seseorang.

    Bukti: Cikgu Harun tahu bahawa anak muridnya, Ahmad ikhlas memberikannya hadiah berupasepasang kasut berjenama demi menghargai jasa gurunya.

    4. Nilai muri -KetabahanPengajaran :Kita mestilah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri.

    Bukti: Ahmad dan ibunya tabah menghadapi kemiskinan dan dia sanggup mengambil keputusan

    untuk berhenti sekolah demi bekerja memetik cili untuk menampung perbelanjaan keluarga.

    5. Nilai muri -Kesabaran

    Pengajaran : Kita mestilah sabar menghadapi segala masalah dalam kehidupan.

    Bukti: Cikgu Harun sabar menghadapi masalah anak muridnya, Ahmad yang tidak membawa

    kasut dan pakaian sukan.

    6. Nilai muri -KegigihanPengajaran : Kita mestilah gigih belajar supaya menjadi manusia yang berjaya.

    Bukti: Ahmad gigih belajar tidak pernah ponteng sekolah walaupun miskin sehingga berjaya

    menjadi seorang pengurus besar syarikat kasut berjenama.

    7. Nilai muri -Bertanggungjawab

    Pengajaran :Kita mestilah memikul tugasan yang diberikan dengan penuh bertanggungjawab.

    Bukti: Cikgu Harun seorang guru yang bertanggungjawab kerana dia memastikan semua anakmuridnya memakai pakaian sekolah yang sesuai untuk menjalankan aktiviti bersenam di padang.

    8. Nilai muri -KesungguhanPengajaran : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh demi mengubah kehidupan keluarga

    yang miskin.

    Bukti: Ahmad belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya menjawat jawatan tinggi dalamsebuah syarikat kasut berjenama.

    9. Nilai muri -Baik hati

    Pengajaran : Kita mestilah menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukannyamengikut kemampuan kita demi mengurangkan beban mereka.

    Bukti: Cikgu Harun membelikan Ahmad sepasang kasut sekolah dan sepasang uniform sekolah.

    Analisis komsas baharu

    Antologi Kasut Kelopak Jantung

    Disediakan oleh: Cikgu Tan CL

  • 7/29/2019 1. Kasut Kelopak Jantung

    8/8

    Analisis Cerpen Tingkatan 1:

    Tajuk: Kasut Kelompak Jantung

    Penulis: Ghazali Lateh

    Tema:

    Kesusahan hidup seorang pelajar miskin dalam menempuh alam persekolahan danusaha gigih seorang guru dalam mendidik anak muridnya.

    Persoalan:

    (a) Ketabahan dalam menuntut ilmu.

    (b) Ketegasan seorang guru yang mahu akan murid-muridnya berjaya.

    (c) Kesusahan hidup masyarakat di pedalaman.

    (d) Kemiskinan bukan penghalang seseorang itu untuk berjaya dalam pelajaran.

    (e) Kita perlu menghargai jasa guru.

    Plot:

    Permulaan:

    Cikgu Harun yang telah bersara menerima hadiah berupa kasut berjenama daripada

    bekas pelajarnya. Kenangan ketika mengajar di kawasan pedalaman kira-kira tiga

    puluh tahun yang lalu berputar semula.

    Perkembangan:

    Cikgu Harun kerap memarahi Ahmad yang tidak berkasut ke sekolah. Beliau

    mendenda Ahmad dengan menyuruh Ahmad memakai kasut daripada kelopak

    jantung pisang. Tindakannya itu telah menyebabkan Ahmad ponteng sekolah.

    Klimaks:

    Cikgu Harun pergi ke rumah Ahmad setelah beberapa hari Ahmad tidak hadir ke

    sekolah. Cikgu Harun melihat sendiri keadaan hidup keluarga Ahmad yang tinggaldi pondok buruk dalam serba kekurangan dan kedaifan.

    Peleraian:

    Cikgu Harun bersimpati akan nasib Ahmad. Beliau membeli sepasang kasut sekolah

    dan pakaian seragam sekolah yang baharu untuk Ahmad. Hadiah daripada Cikgu

    Harun itu mendorong Ahmad belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya.