1) k3 t5b7 demokrasi berparlimen

Upload: md-firdaus-miena

Post on 02-Jun-2018

522 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 1) k3 t5b7 Demokrasi Berparlimen

    1/16

    DEMOKRASI BERPARLIMEN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 1

    T5B7 : DEMOKRASI BERPARLIMEN

    INGATAN : 1. Rujuk buku teks ms 160 1872. Tidak perlu buat rangka jawapan3. Jumlah isi jawapan hendaklah mengikutperuntukan markah.

    Bil Tajuk ms

    SOALAN 1

    Jelaskan Maksud / Konsep / Corak / Bentuk Negara Demokrasi( Berparlimen ) (Bt ms 161 ) 3

    SOALAN 2

    Definisi / Maksud / Konsep / Jenis / Latar belakangSistem pemerintahan Negara Malaysia ( Bt ms 161- 162 ) 3

    SOALAN 3CiriCiri sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen di Malaysia

    ( Bt ms 161)4

    SOALAN 4

    CATATAN: Sekiranya30 markah

    Ciri

    Ciri sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimendi Malaysia( 30 markah ) ( Bt ms 161)

    5

    SOALAN 5

    Jawapan untu k 3 soalan di bawah adalah sama :

    a) Kepentingan / Kebaikan / Keistimewaaan amalan DemokrasiBerparlimen di Malaysia

    b) Implikasi / Kesan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimenterhadap kestabilan dan kemakmuran negara

    c) Pada pandangan anda mengapakahsistem DemokrasiBerparlimen masih relevan dan penting kepada negara Malaysia.

    6

    SOALAN 6Manfaat Demokrasi Berparlimen untuk kemanan dan kestabilan politikNegara 7

    SOALAN 7

    Jawapan untuk 3 soalan di bawah adalah sama :

    a) Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan sistempemerintahan Demokrasi Berparlimen

    b) Cara-cara bagaimana sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysiadapat dikekalkan

    c) Usaha-usaha yang boleh mengukuhkan sistem pemerintahanDemokrasi Berparlimen di Malaysia

    7

    SOALAN 8Pada pendapat anda, bagaimanakah sistem pentadbiran negaradapatmeningkatkan lagi kesejahteraan hidup rakyat di Negara kita ? 8

    SOALAN 9 Nilai-nilai demokrasi yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia 8

  • 8/10/2019 1) k3 t5b7 Demokrasi Berparlimen

    2/16

    DEMOKRASI BERPARLIMEN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 2

    Bil Tajuk ms

    SOALAN 10

    Jawapan untu k 5 soalan di bawah adalah sama :

    a) Kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia berdasakan pemerintahan

    Demokrasi Berparlimen

    b) Pada pendapat anda, bagaimanakah perlembagaan Malaysia menjadikunci kejayaan Negara bagi mengekalkan kestabilan politik dan menjadicontoh pada negara Asia Tenggara

    c) Kejayaan Negara melalui pengamalan sistem Demokrasi Berparlimen.

    d) Kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia sebagai sebuah Negarayang stabil dalam aspek pentadbiran

    e) Kejayaan Malaysia dalam mengurus pentadbiran negara dalampelbagai bidang telah menaikkan imejnegara di mata dunia.

    9-10

    SOALAN 11Peranan warganegaradalam mengekalkan Malaysia sebagaisebuah negara Demokrasi Berparlimen 11

    SOALAN 12Cadangan bagi memantapkanperlaksanaan sistem DemokrasiBerparlimen di negara kita. 11

    SOALAN 13

    Kejayaanpelaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen yangmenjadikan Malaysia dihormatidi peringkat antarabangsa / dalammemakmurkan negara. Buktikan

    12

    SOALAN 14Bukti sistem Demokrasi Berparlimen menjamin kestabilan politiknegara 13

    SOALAN 15Cabaran dan langkah yang dihadapi dalam mengekalkan DemokrasiBerparlimen di Malaysia 13

    SOALAN 16Cabaran dan langkah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negaraMaju ( beserta candangan jawapan lain)

    14-15

    SOALAN 17Nilai-nilai murni / Iktibar /patriotismedaripada amalan DemokrasiBerparlimen 15

    SOALAN 18

    9. MERUMUS kesimpulan dari keseluruhan isi yang telahdibincangkana) Pengetahuan yang diperolehib) Iktibar kepada diri , bangsa dan Negarac) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang

    dan terbilang

    16

    Jumlah isi jawapan hendaklah mengikutperuntukan markah

  • 8/10/2019 1) k3 t5b7 Demokrasi Berparlimen

    3/16

    DEMOKRASI BERPARLIMEN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 3

    RUJUK BUKUTEKS

    Andaian aras : PENGENALAN ( 5 markah )

    Soalan 1 : JelaskanMaksud / Konsep / Corak / Bentuk Negara Demokrasi ( Berparlimen )(Bt ms 161 -162)

    Pertama, demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistempemerintahan negara. Dalam konteks Malaysia pula, meletakkan Raja-raja Melayu sebagailambang taat setiarakyat .

    Kedua, selain itu demokrasi berparlimen memberi rakyat peluang membentukkerajaan. Rakyat juga bebas memilih perwakilanmelalui pilihanraya.

    Ketiga, umumnya pula negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskankedaulatan rakyat.

    Keempat, terdapat dua corak pemerintahan Negara demokrasi iaitu sistem Rajaberpelembagaan dan Sistem Republik.

    Kelima, sistem Raja Berperlembagaan pula bermaksud sistem pemerintahan yangmengekalkan raja sebagai pemerintahan tertinggi negara dan negeri. Pemerintah dibantuoleh Perdana Menteri.

    Keenam, bagi Sistem Republik pula ialah bermaksud sistem yang menolak institusiberaja. Kerajaan diketuai oleh presiden. Manakala Presiden dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.

    Contoh seperti Negara Perancis, Korea Selatan, India dan Filipina. Presidenmemegang dua dua jawatan iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua negara.

    Soalan 2 : Definisi / Maksud / Konsep / Jenis / Latar belakangsistem pemerintahan negara Malaysiaselepas Merdeka ( Bt ms 161- 162 )

    Pertamanya, selepas merdeka Malaysia telah memilih untuk mengamalkan Sistempemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak negaramencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

    Kedua, Sistem Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalamsistem pemerintahan negara. Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.

    Ketiga, rakyat berpeluang membentuk kerajaandan rakyat bebas memilik perwakilanmelalui pilihan raya. Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukar kerajaan yangsedia ada melalui pilihan raya.

    Keempat, perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahanDemokrasi Berparlimen di Malaysia. Beberapa pindaan Perlembagaan dibuat untukmenyesuaikan sistem pentadbiran Demokrasi Berparlimen dengan perkembangan politiksemasa.

    Kelima, Sistem demokrasi berparlimen berjaya mengekalkan kerajaan yang adil,sejahtera dan stabil.

  • 8/10/2019 1) k3 t5b7 Demokrasi Berparlimen

    4/16

    DEMOKRASI BERPARLIMEN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 4

    RUJUK BUKUTEKS

    Andaian SoalanARAS

    2. MEMAHAMI ( Calon FAHAM tentang topik perbincangan)3. MENGANALISIS ( Calon buat ANALISIS terhadap solan,

    melibatkan proses pengumpulan maklumat )

    Isi jawapan ikutperuntukan

    markah

    Soalan 3 : Ciriciri sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimendi Malaysia( Bt ms 161)

    Ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia ialah mempunyaiperlembagaan. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asaskepada pembentukan sesebuah kerajaan. Perlembagaan menjadi panduan kepada kerajaanuntuk mentadbir negara. Perlembagaan mengandungi pelbagai peruntukan.

    Ciri yang kedua ialah mempunyai institusi Raja Berperlembagaan. RajaBerperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalamPerlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara. Bagindabertindak mengikut Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri.

    Ciri yang ketiga ialah mempunyai Parlimen.Parlimen ialah badan perundangan yangmenggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong,Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

    Ciri yang keempat ialah mengamalkan pilihan raya. Pilihan raya ialah proses memilihwakil rakyat untuk memerintah samada di peringkat negeri atau persekutuan. Pilihan raya

    diadakan dalam dua bentuk iaitu pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. Pilihan rayadijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    Ciri yang kelima ialah mempunyai badan yang menjalankan pemerintahan. Kuasapemerintahan dibahagikan kepada badan perundangan, badan pelaksana dan badankehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkanpembolotan kuasa.

    Ciri yang keenam ialah mempunyai parti-parti politik. Ideologi politik dan sikapperkauman menjadi asas pembentukan parti politik di negara kita. Parti-parti ditubuhkandengan matlamat untuk menyatukan dan menjaga kepentingan kaum masing-masing.

    Ciri yang ketujuh ialah mengamalkan kebebasan asasi. Setiap warganegaramempunyai hak asasi dan kebebasan berpersatuan, beragama dan memiliki harta.Warganegara bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik. .

  • 8/10/2019 1) k3 t5b7 Demokrasi Berparlimen

    5/16

    DEMOKRASI BERPARLIMEN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 5

    CATATAN : Sekiranya markah 30 sila tulis banyak jawapan seperti ini

    Soalan 4 : Ciriciri sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen di Malaysia( 30 markah ) ( Bt ms 161)

    Ciri utama dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah mempunyaiperlembagaan.Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada

    pembentukan sesebuah kerajaan.

    Perlembagaan menjadi panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan

    mentadbir negara. Parti politik / kerajaan yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran

    negara.

    Perlembagaaan ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui

    peruntukan yang terkandung di dalamnya.

    Perlembagaan berperanan menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan

    rangka dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaan membantu dan menjamin kecekapan, kejujuran,

    keadilan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.

    Ciri sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen berikutnya ialah institusi Raja

    Berpelembagaan. Di Malaysia, Raja Berpelembagaan ialah sistem pemerintahan beraja mengikutperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia.

    Sistem Raja Berpelembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sehingga

    kini. Sistem ini membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita di samping

    memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi oleh raja.

    Ciri demokrasi berparlimen seterusnya ialah parlimen / badan perundangan. Parlimen

    merupakan badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di Malaysia.

    Komponen Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan dewan Rakyat.

    Pilihanraya juga merupakan salah satu ciri demokrasi berparlimendi Malaysia. Pilihan raya

    ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan.

    Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.

    Terdapat dua jenis pilihanraya di Malaysia iaitu pilihanraya umum dan pilihan raya kecil.Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri

    secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia.Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi

    Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan.

    Pilihan raya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi.

    Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa .

    Mereka harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara serta menentukan bentuk

    kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya.

    Dalam konteks Malaysia, demokrasi berparlimen mengamalkan konsep pengasingan kuasa.

    Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang,iaitu Badan Perundangan,Badan

    Pelaksana,dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan

    untuk mengelakkan pembolotan kuasa.

    Fungsi badan perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan

    perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsi badan perundangan ialah

    menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen merupakan

    badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di Malaysia.Parlimen terdiri

    daripada Yang di-Pertuan Agong,Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

    Penubuhan parti-parti politikjuga merupakan salah satu ciri demokrasi berparlimen. Secara

    umumnya parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik

    untuk mencapai matlamat bersama.Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa. Ahli-

    ahlinya membayar yuran keahlian dan selalunya memberikan kesetiaan dan komitmen terhadap

    perjuanganparti.

    Akhir sekali ialah Kebebasan Asasi yang melibatkan kebebasan hak asasi dan kebebasanberpersatuan, beragama dan memiliki harta.

  • 8/10/2019 1) k3 t5b7 Demokrasi Berparlimen

    6/16

    DEMOKRASI BERPARLIMEN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 6

    Jawapan untuk 3 soalan di bawah adalah sama

    Soalan 5 : Kepentingan / Kebaikan / Keistimewaaan amalan Demokrasi Berparlimen diMalaysia

    Soalan 5 : Implikasi / kesan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen terhadapkestabilan dan kemakmuran negara

    Soalan 5 : Pada pandangan anda mengapakah sistem Demokrasi Berparlimenmasihrelevan dan penting kepada negara Malaysia.

    Antara kepentingan amalan demokrasi berparlimen ialah adanya perlembagaan yangmenjamin kestabilan sesebuah negara dan menentukan rangka dan bentukpentadbirannya.

    Selain itu, membantu dalammenjamin kecekapan, kejujuran, ketelusan sertamenjamin kelicinan pentadbirandan pemerintahan sesebuah kerajaan.

    Antara kebaikan sistem pemerintahan demokrasi ialah rakyat terlibatdalam memilih

    dan membentuk kerajaan. Rakyat boleh bersuara dan kemukakan pandangan. Sistem ini

    berjalan dengan baik dan mantap kerana adanya sokongan rakyat.

    Rakyat bebas beragama tanpa menyinggung amalan agama lain, melahirkan rakyat

    yang sentiasa patuh pada undang-undang negara, perlembagaan dan melahirkan semangat

    patriotisme dan cintakan Negara. Rakyat juga bebas menganggotai mana-mana parti politik.

    Menghadkan seseorang individu daripada bercakap perkara-perkara yang boleh

    mencetuskan rusuhan kaum.

    Seterusnya, pemimpin tidak berkuasa mutlak. Rakyat juga bebas memilihpemimpin

    melalui pilihanraya. Sistem demokrasi berparlimen juga menjamin hak asasi rakyat dan

    memastikan keamanan. Sistem ini juga menjamin kerajaan yang adil dan stabil.

    Melalui sistem demokrasi berparlimen juga, kedaulatan negara di tangan rakyat. Hal

    ini kerana kerajaan yang dipilih akan menunaikan tanggungjawab dengan telus. Keadaan ini

    menjamin kestabilan politikdan kemakmuran ekonomi.

    Institusi beraja dan bidang kuasa Raja- Raja akan dihormati Dalam pada itu, sistemraja berperlembagaan juga dapat dikekalkan dan melalui undang-undang membantu

    melicinkan urusan pentadbiran negara.

    Di samping itu, melalui sistem demokrasi perpaduan kaum dapat dikekalkan

    dan juga mengiktiraf hak asasi rakyatdi negara ini.

    Tambahan pula, kedaulatan negara Malaysia dapat dikekalkan dan secara tidak

    langsung mewujudkan keamanan negaradi Malaysia.

    Akhir sekali, sistem pemerintahan demokrasi di Malaysia dapat membentuk

    warganegara yang bersikap terbuka serta melahirkan individu dan masyarakat

    berdisiplin serta bermoral tinggi.

  • 8/10/2019 1) k3 t5b7 Demokrasi Berparlimen

    7/16

    DEMOKRASI BERPARLIMEN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 7

    RUJUKBUKU TEKS

    Andaian Soalan ARAS4. APLIKASI ( Menggunakan pengetahuan dan maklumat yang

    dipelajari serta kefahaman tentang pengetahuan dan maklumat ituuntuk diaplikasikan DALAM SATU SITUASI BARU )

    Isi jawapanikut

    peruntukanmarkah

    Soalan 6 : Manfaat Demokrasi Berparlimen untuk kemanan dan kestabilan politik negara

    Antara manfaat demokrasi berparlimen untuk keamanan dan kestabilan politik negara

    Pertama, terdapat tiga cabang kuasa pemerintahan di Malaysia yang dipegang oleh pihak

    berasingan bagi mengelakkan pembolotan kuasa iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan

    badan Kehakiman.

    Kedua, rakyat berhak menentukan corak pemerintahan. Ketiga, keamanan negara dapat

    diwujudkan. Keempat, undang-undang negara terpelihara daripada pencerobohan anasir luar.

    Kelima, perlembagaan menjadi garis panduan untuk memerintah negara. Keenam, membentuk

    kerajaan yang adil dan stabil. Ketujuh, Raja menjadi lambang taat setia rakyat.

    Kelapan, undnag-undang menjamin keselamatan. Kesembilan, undang-undang melindungi

    kepentingan dan hak asasi rakyat.

    Kesepuluh, undang-undang membantu melicinkan urusan pentadbiran negara.

    Kesebelas,pilihan raya diadakan dan dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus

    dan teratur. Rakyat berkuasa untuk memilih wakil rakyatm untuk memerintah. Kedua belas, rakyat

    memilih ahli Dewan Rakyat bagi menyampaikan keinginan corak pemerintahan Malaysia.

    Keempatbelas, rakyat memilih ahli Dewan Undangan Negeri. Kelima belas, rakyat berhak

    menentukan bentuk kerajaan.

    ==============================================================================

    Jawapan untuk 3 soalan di bawah adalah sama

    Soalan 7 : Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan sistem pemerintahan

    Demokrasi Berparlimen

    Soalan 7 : Cara-cara bagaimana sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia dapat dikekalkan

    Soalan 7 : Usaha-usaha yang boleh mengukuhkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen di

    Malaysia

    Pertama, berpegang teguh dan mematuhi lima prinsip Rukun Negara. Kedua, mematuhi undnag-

    undang negara yang telah ditetapkan. Ketiga, menjadikan raja-Raja Melayu sebagai lambang taat setia

    rakyat kepada negara.

    Keempat, rakyat perlu mematuhi peraturan dan prinsip yang telah ditetapkan. Kelima, menjaga

    hak asasi warganegara Malaysia yang berdaulat.

    Keenam, mengekalkan amalan demokrasi yang telah lama diamalkan. Ketujuh, pemimpin perlu

    mendorong rakyat dalam merealisasikan wawasan 2020. Kelapan, meningkatkan kemahiran tenaga

    kerja untuk meningkatkan kebolehan pasaran.

    Kesembilan, menyusun semula pasaran pekerjaan untuk mengubah Malaysia ke arah negara

    berpendapatan tinggi. Kesepuluh, menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang

    kaum bagi mengekalkan keharmonian.Kesebelas, mewujudkan persekitaran kondusif ke arah

    mempertingkat kualiti hidup. Keduabelas, menggalakkan kerjasama yang lebih giat antara sektor awam

    dengan swasta. Ketigabelas meningkatkan infrastruktur kawasan luar bandar.

    Keempat belas membanteras rasuah dan mengurangkan jenayah. Kelima belas, mendidik rakyatagar menggunakan demokrasi dengan cara yang betul. Keenam belas, mengelakkan campurtangan

    asing dalam urusan negara.Mengekalkan sistem pilihan raya yang adil dan bebas.

  • 8/10/2019 1) k3 t5b7 Demokrasi Berparlimen

    8/16

    DEMOKRASI BERPARLIMEN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 8

    Soalan 8 : Pada pendapat anda, bagaimanakah sistem pentadbiran negaradapat meningkatkanlagi kesejahteraan hidup rakyat di Negara kita ?

    Perlaksanaan konsep 1 Malaysia oleh Perdana Menteri.Mengukuhkan perpaduan antara kaum

    dan memupuk perpaduan nasional dan persefahaman antara kaum.

    Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen memastikan pentadbiran Negara berjalan dengan

    lancar dan sistematik.Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.

    Menjaga hak asasi warga Malaysia yang berdaulat.Pemimpin perlu memberi hak sama rata

    dari aspek pendidikan.

    Mengekalkan amalan demokrasi yang telah diamalkan.Pemimpin perlu berusaha menaik taraf

    insfrastruktur Negara agar rakyat lebih selesa, Pemimpin yang berkaliber dapat membantu rakyat

    dengan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih layak. Memberi bantuan kewangan kepada

    golongan yang kurang berkemampuan.Sistem pendidikan perlu sentiasa dinaik taraf.

    Pemimpin perlu menyediakan kemudahan asas yang mencukupi.Menyediakan perkhidmatan

    kesihatan yang terbaik kepada rakyat.Penyediaan kemudahan awam yang selesa seperti kemudahan

    pengangkutan perlu dipertingkatkan. Sikap bantu-membantu dalam masyarakat perlu dipupuk bagi

    mengekalkan kesejahteraan hidup rakyat. Kesejahteraan hidup juga dapat dipelihara dengan

    memelihara ekonomi Negara.

    Soalan 9 : Nilai-nilai demokrasi yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia.

    Nilai demokrasi yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah menjunjung tinggiperlembagaan negara. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara . Perlembagaan

    menjadi asas pembentukan sesebuah kerajaan. Ketertinggian perlembagaan mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah.

    Nilai demokrasi kedua yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah taat setiakepada negara. Setiap warganegara dituntut mematuhi perlembagaan dan undang-undang negarauntuk menjamin taat setia kepada negara. Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yangmempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. seseorang warganegaraboleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini.

    Nilai demokrasi ketiga yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah jaminan hakasasi dan kebebasan rakyat di negara ini. Setiap warganegara mempunyai kebebasan

    berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Rakyat bebas untuk membentuk kerajaan dengan caramemilih wakil rakyat melalui pilihan raya. Bagaimanapun rakyat perlu mengetahui had kebebasanmereka di sisi undang-undang.

    Nilai demokrasi keempat yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialahmenghormati institusi Raja Berperlembagaan. Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara.Baginda merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini.

    Nilai demokrasi kelima yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah mematuhikonsep pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Bidang kuasaKerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ditetapkan melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeridan Senarai Bersama. Pembahagian kuasa dibuat agar sistem pentadbiran negara dapat diselaraskantanpa sebarang perbalahan.

    Nilai demokrasi keenam yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah mematuhiprinsip pengasingan kuasa antara Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan BadanKehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkanpembolotan kuasa. Ketiga-tiga badan menjalankan tugas berasingan. Satu pihak tidak bolehmengambil tugas yang tidak berkaitan dengannya.

    Nilai demokrasi ketujuh yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialahmengiktiraf hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah.

    Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahanpendidikan serta pemberia lesen perniagaan dan perdagangan. Hak keistimewaan tersebut tidak bolehdipersoalkan.

  • 8/10/2019 1) k3 t5b7 Demokrasi Berparlimen

    9/16

    DEMOKRASI BERPARLIMEN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 9

    Andaian Soalan ARAS :5 & 6 MENILAI( Calon perlu menjelaskan kejayaaan yang dicapai

    oleh negara setelah memanfaatkan aplikasi )

    Isi jawapan ikutperuntukan

    markah

    Jawapan untu k 5 soalan di b awah adalah sama : (Isi berlandaskan markah )

    Soalan 10 : Kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia berdasakan pemerintahan DemokrasiBerparlimen

    Soalan 10 : Pada pendapat anda, bagaimanakah perlembagaan Malaysia menjadi kunci kejayaanNegara bagi mengekalkan kestabirlan politik dan menjadi contoh pada negara A.T

    Soalan 10 : Kejayaan Negara melalui pengamalan sistem demokrasi berparlimen.

    Soalan 10 : Kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysiasebagai sebuah Negara yang stabil dalamaspek pentadbiran

    Soalan 10 : Kejayaan Malaysia dalam mengurus pentadbiran Negara dalam pelbagai bidang telahmenaikkan imej Negara di mata dunia.

    ASPEK POLITIK

    Pertama, Malaysia dilihat sebagai Negara yang mempunyai sistem pentadbiran yang amat

    cemerlang. Malaysia menjadi Negara yang aman dan maju menggunakan sistem pentadbiran kini.

    Kedua, menganggotai pelbagai pertubuhan antarabangsa seperti KOMANWEL , PBB, OIC.

    ASEAN , NAM, NEGARA BERKECUALI. Ketiga,menjadi pengerusi dalam persidangan antarabangsa

    seperti ASEAN,KOMANWEL, NAM dan OIC.

    Keempat, lawatan kerja pemimpin Negara besar ke Malaysia seperti Presiden Obama. Kelima,

    pemerintahan yang adil dan saksama menjamin kesejahteraan rakyat. Keenam, mewujudkan

    semangat patriotism yang luhur untuk kesatabilan politik.

    Ketujuh, mengatasi ancaman Negara luar terhadap keselamatan Negara yang boleh

    menggugat kedaulatan Negara. Kelapan, terdapat pengiktirafan daripada Negara luar. Kesembilan,

    membentuk identity Negara melalui lambing-lambang Negara. Kesepuluh, mengekalkan kestabilan dan

    kesejahteraan Negara.Kesebelas, mengekalkan kerajaan yang adil dan saksama.

    Kedua belas, menjadi perantara dalam menyelesaikan isu-isu antara bangsa. Ketiga belas

    mengeratkan kerjasama antara bangsa sebagi contoh PBB, OIC dan NAM.

    ASPEK EKONOMI

    Pertubuhan ekonomi yang mampan melualui k-ekonomi. Menjalin hubungan perdagangan

    dengan Negara luar seperti Amerika Syarikat, Negara Eropah, Jepun, China, India dll

    Menjalin hubungan perdagangan antara Negara ASEAN. Pertambahan bilangan pelabur asing

    ke Malaysia.Pembangunan infrastruktur seperti pembinaan KLIA 2 bertaraf antara bangsa.

    Perlaksanaan projek pembangunan kawasan luar Bandar untuk membasmi kemiskinan seperti FELDA.

    Mewujudkan institusi kewangan yang mantap melalui perluasan sistem perbankan Islam dan

    sistem ekuiti Islam.Kemajuan ekonomi domestik. Meningkatkan pendapatan Negara kasar.

    Memperkenalkan plan transformasi ekonomi, telah menjadikan Malaysia sebuah Negara

    berpendapatan tinggi. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menjayakan k-ekonomi.

  • 8/10/2019 1) k3 t5b7 Demokrasi Berparlimen

    10/16

    DEMOKRASI BERPARLIMEN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 10

    Meningkatkan taraf pendapatan isi rumah melalui sara 1 Malaysia. Peningkatkan pendapat

    perkapita telah mewujudkan golongan kelas pertengahan yang besar. Menjadi salah sebuah Negara

    yang bersaing dan dinamik dari aspek ekonomi kearah sebuah Negara yang maju melalui

    kecemerlangan dalam sistem pengkutan sepert MAS ( Malaysia Airline ). Mempelopori hab halal yang

    menjadi rujukan dunia.Berada ditangga kedua sebagai pengeluar getah dan minyak sawit bertaraf

    dunia. Membuat pelaburan dalam bidang petroleum dan gas di Negara lain melalui PETRONAS,

    seperti Canada, Australia, Britain dan Turmenistan.

    Menjalin hubungan perniagaan dalam pembuatan kenderaan dengan syarikat kenderaaan di

    Jepun dan Negara Eropah.

    Memainkan peranan penting dalam mesyuarat menteri-menteri ekonomi Asia. ASEAN, Jepun,

    ASEAN+3.

    ASPEK SOSIAL

    Mewujudkan perpaduan antara kaum yang kukuh.Kesejahteraan dan kebajikan rakyat terjamin

    melalui pemberian BR1M.Penggubalan Dasar Pelajaran Kebangsaan patut melonjakkan

    kecemerlangan pendidikan.

    Membentuk masyarakat yang madani, membangunkan modal insan, sebagai asset terpenting

    untuk meamcu Negara ke hadapan.Melaksanakan k-masyarakat unutk memperbaiki dan

    memperkayakan masyarakat dengan pengetahuan.

    Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, iaitu masyarakat yang

    berjiwa bebas dan terbuka.

    Memupuk dan membina masyarkat demokratik yang matang. Mewujudkan masyarakat yang

    bermoral dan beretika yang patuh pada agama, budaya dan tradisi cemerlang.

    Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif melalui penguasaan ilmu sains dan teknologi.

    Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan Negara.

    Menyalurkan bantuan ubat-ubatan kepada rakyat Palestine. Menjadi fasilatator untuk rundingan

    ramai antara bangsa Moro dengan Kerajaan Filipina.

    Memberi bantuan peralatan pencegahan penyakit EBOLA di beberapa kawasan Negara di

    Afrika.

    Pembangunan dalam prasarana pendidikan, seperti penubuhan UIAM. Membantu pelarian

    ROHINGYA di Myanmar akibat konflik agama.

    TEKNOLOGI

    Menghantar ankasawan pertana Datuk Dr. Sheikh Muszaphar shukor ke Stesyen Angkasa

    Antara bangsa. Melancarkan statelit seperti TiongSAT, MeaSat, razakSAT dan MeaSAT 3B.

    Mewujudkan inovasi dalam industri getah dan kelapa sawit yang mnejadi contoh Negara-

    negara di Dunia.

    Menghasilkan jenama buatan Malaysia seperti kereta nasional Proton.

    Menghasilkan produk Halal Untuk Pasaran Antarabangsa. Projek kolidoraya multimedia atau

    MSC.Kepelbagaian bentuk seni bina melalui perkembangan bidang teknologi.

    Tahap pencapaian sistem Jalur Lebar diperluaskan ke pelosuk Negara.pemodenan dalam

    struktur pertanian melalui pembangunan teknologi tinggi seperti kaedah BIO Teknologi.

  • 8/10/2019 1) k3 t5b7 Demokrasi Berparlimen

    11/16

    DEMOKRASI BERPARLIMEN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 11

    Soalan 11 : Peranan warganegara dalam mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara

    Demokrasi Berparlimen(10 markah)

    Peranan warganegara dalam mengekalkan demokrasi berparlimen ialah menganggotai

    mana-mana parti politik. Selain itu, mendaftar sebagai pemilih atau menjadi calon

    pilihanraya. Seterusnya, bertanding atas parti atau calon bebas.

    Kita juga boleh memilih pemimpinyang bertanggungjawab, amanah, berwawasan dan

    pemimpin yang mesra rakyat.

    Warganegara Malaysia juga mestilah sentiasa menghayati dan menjunjung

    perlembagaan negara. Seterusnya mesti menerima institusi beraja dan tidak

    memperlekehkan institusi tersebut.

    Warganegara juga perlu taat kepada pemimpin negara. Selain itu, tidak menyertai

    demonstrasi haram atau menganggotai pertubuhan haram.Sekiranya warganegara tidak

    berpuas hati terhadap sesuatu dasar, perlulah menyatakan pendirian melalui saluran yangbetul.

    Kita juga memilih pemimpin yang menghormati hak asasi manusia. Kemudian, kita

    hendaklah patuh kepada undang-undang negaraserta bertolak ansur, bekerjasamadan

    saling hormat menghormati.

    ===========================================================================

    Soalan 12 : Cadangan bagi memantapkan perlaksanaansistem demokrasi berparlimen dinegara kita.

    Cadangan saya bagi memantapkan perlaksanaan sistem demokrasi berparlimen di

    negara kita ialah memberi kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat di Malaysia.

    Seterusnya menerapkan nilai-nilai islam dan murni dalam pemerintahan negara

    dan menghormati hak individu setiap rakyat Malaysia.

    Selain itu, kita seharusnya menghormati sensitiviti kaumyang terdapat di Malaysia

    dan memastikan perlembagaan negara sentiasa relevendengan tuntutan semasa.

    Di samping itu, sebagai rakyat kita haruslah mematuhi sistem kehakiman negara

    dan tidak mempersoalkan isu-isu sensitif dalam perlembagaan bagi tujuan keharmonian

    kaum.

    Seterusnya, kita sebaiknya memastikan pemimpin yang dipilih mempunyai integriti

    yang tinggi. Rakyat juga perlu menyokongsistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

    Cadangan lain adalah rakyat perlu melibatkan diri secara aktifdalam menjayakan

    dasar-dasar kerajaan agar kemajuan dan keharmonian negara dapat dikecapi.

    Akhir sekali, sebagai rakyat Malaysia kita perlu menunaikan tanggungjawab sebagai

    pengundidan bebas menganggotai mana-mana parti politikserta bersikap terbuka dan

    menerima parti yang memenangipiliha raya di Malaysia.

  • 8/10/2019 1) k3 t5b7 Demokrasi Berparlimen

    12/16

    DEMOKRASI BERPARLIMEN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 12

    Soalan 13 : Kejayaan pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen yang menjadikanMalaysia dihormati di peringkat antarabangsa/ dalam memakmurkan negara

    Malaysia berjaya mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan. Kejayaan inimenjadikan kita dihormati kerana mengekalkan Raja-Raja Melayu menjadi Ketua UtamaNegara.

    Malaysia berjaya menjalankan pemerintahan demokrasi berpandukanPerlembagaan Malaysia. Kejayaan ini menyebabkan Malaysia dihormati sebagai sebuahnegara berdaulat.

    Malaysia berjaya mengelakkan pembolotan kuasa dalam pemerintahan negaramelalui amalan pengasingan kuasa antara Badan Perundangan, Badan Pelaksana danBadan Kehakiman. Kecekapan pemerintahan ini menyebabkan banyak negara luar meniruamalan pemerintahannegara kita.

    Malaysia berjaya memperkasakan fungsi Parlimensebagai institusi penting dalamsistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Perbahasan Parlimen dijalankan secara telus,

    profesional dan berhemah. Masyarakat dunia mengiktiraf Parlimen Malaysia sangatberwibawa.

    Malaysia berjaya menjalankan pentadbiran yang cekapmelalui Badan Pelaksana.Negara menjadi stabil dan berkembang pesat ekonominya. Malaysia menjadi negara yangmakmurdan sejahtera.

    Malaysia berjaya meningkatkan kewibawaan Badan Kehakiman yangmenguatkuasakan undang-undang negara. Negara luar sangat berpuas hati dengankeputusan mahkamah Malaysia terhadap kes-kes yang melibatkan rakyat mereka.

    Malaysia berjaya mengamalkan pilihan raya yang bebas dan bersih. PertubuhanBangsa Bersatu yakin bahawa hak asasi dan kebebasan individu hidup subur dalam

    sistem pilihan raya di negara ini.

    Malaysia berjaya membentuk kerajaan yang berwibawa melalui pilihan raya.Pemimpin Malaysia sering diminta memberi pandangan untuk membantu meningkatkankecemerlanganbidang sosial dan pendidikan di peringkat antarabangsa.

    Malaysia berjaya memberi kebebasan kepada rakyatmenubuhkan dan menyertaimana-mana pertubuhan. Pertubuhan kerajaan dihormati dunia kerana peranannyamembantu meringankan krisis kemanusiaandi peringkat antarabangsa.

    Malaysia berjaya memupuk perpaduan kaummelalui gabungan parti politik pelbagaikaum. Malaysia dikagumi kerana kehidupan harmonimasyarakat berbilang kaum di negaraini.

    Malaysia berjaya mengamalkan konsep pengagihan kuasa antara KerajaanPersekutuan dan Kerajaan Negeri. Rahsia kejayaan mewujudkan pembangunan seimbangantara Kerajaan Negeri sering menjadi rujukan negara serantau dan antarabangsa.

    Malaysia berjaya memastikan kemakmuran ekonomi untuk rakyatnya serta berjayamengekalkan sebuah kerajaan yang adildalam matlamat ke arah sebuah negara yangmaju.

    Malaysia berjaya membentuk identiti negara dalam konsep 1 Malaysia yang terdiridaripada pelbagai kaum. Keadaan ini melahirkan rakyat yang taat setia, mewujudkanperpaduan kaum yang utuh yang akhirnya membawa kepada kesejahteraan dankestabilan negara.

  • 8/10/2019 1) k3 t5b7 Demokrasi Berparlimen

    13/16

    DEMOKRASI BERPARLIMEN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 13

    Soalan 14 : Buktisistem Demokrasi Berparlimen menjamin kestabilan politik negara

    1. Mengelakkan penindasan terhadap rakyat2. Menjamin hak kebebasan asasi rakyat contohnya kebebasan dalam beragama3. Melindungi hak kebebasan asasi

    4. Menjadikan sistem pentadbiran yang cekap dan sistematik5. Pembangunan yang pantas dari aspek ekonomi, politik, sosial dan teknologi6. Menjamin keharmonian negara7. Mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum8. Mengelakkan salah guna kuasa dalam kalangan pemimpin9. Mengekalkan kedaulatan negara

    ( Sila olah dalam bentuk esei )=========================================================================

    Andaian Soalan ARAS :7 MENJANA IDEA( Calon perlu menjelaskan CABARAN-

    CABARAN yang dihadapi dan LANGKAH

    LANGKAHuntukmengatasi cabaran tersebut )

    Isi jawapan ikutperuntukan markah

    Cadangan = 5mLangkah = 5m

    Soalan 15 : Cabaran dan langkahyang dihadapi dalam mengekalkan DemokrasiBerparlimen di Malaysia

    (a) Cabaran mengekalkan demokrasi berparlimen di Malaysia (5 markah)

    Antara cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen

    adalah terdapat segelintir masyarakat yang tidak memahami konsep demokrasi.

    Selain daripada itu, masyarakat masa kini terdedah dengan ideologi baharudalam politik.

    Kepesatan teknologi maklumat menyebabkan rakyat mudah terpengaruh dengan banyak fahaman

    politik negara lain.

    Cabaran seterusnya ialah tuntutan rakyat yang melampaui peruntukan Perlembagaan.

    Masih terdapat masyarakat Malaysia yang kurang matangserta bertindak mengikut perasaan.

    (b) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.(5 markah)

    Antara langkah untuk mengatasi cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara

    demokrasi berparlimen ialah melalui proses pendidikanbermula dari peringkat sekolah rendah hinggake institusi pengajian tinggi.

    Selain itu , pihak kerajaan mempergiat usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan

    rakyat tentang kebaikan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan yang telah sekian diamalkan

    di Malaysia. Kerajaan perlu memperkukuhkan semangat jati diri rakyat Malaysia supaya tidak

    mudah terpengaruh dengan ideologi luar.

    Seterusnya, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas bagi

    mengenalpasti individu atau pihak yang mencabar Perlembagaan.

    Pihak pemerintah hendaklah turun padanguntuk mendekati dan memahami masalah rakyat

    bagi mengelakkan salah faham antara pemimpin dengan rakyat.

  • 8/10/2019 1) k3 t5b7 Demokrasi Berparlimen

    14/16

    DEMOKRASI BERPARLIMEN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 14

    Soalan 16 : Cabaran dan langkah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju

    a) Jelaskan cabaran yang dihadapi Malaysia dalam memantapkan kestabilanpolitik

    demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. ( 5 M )

    Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia salah satunya keadaan nilai mata wang yang turun

    naikatau tidak tetap.

    Kenaikan harga baranganjuga merupakan satu cabaran yang getir. Seterusnya, persaingan

    dengan negara maju menambahkan lagi masalah kepada Malaysia.

    Selain itu, Malaysia sukar untuk menembusi pasaran antarabangsa. Pembangunan

    Malaysia masih bergantung kepada teknologi luarkerana teknologi di negara kita masih rendah.

    Malaysia juga menghadapi masalah dalam menarik pelabur asing. Masalah gejala sosial

    yang berleluasa juga menyukarkan Malaysia menjadi negara maju.

    (b) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. ( 5 M )

    Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas ialah Malaysia perlu meningkatkan

    penyelidikan dan pembangunan (R&D).

    Seterusnya, langkah yang perlu dilakukan ialah dengan menguasai pelbagai teknologi

    terkini. Malaysia juga perlu memperkukuh peranan negara sebagai hub halal.

    Malaysia perlu melahirkan lebih ramai modal insan untuk pembangunan negara. Langkah

    seterusnya, Malaysia perlu mendapatkan hak milik/paten yang lebih banyak untuk bersaing dengan

    negara luar.

    Perbankan Islam perlu diperluaskan serta menambahkan lagi penggunaan

    E-dagang.Malaysia perlu menambahkan bilangan tenaga professionaluntuk kemajuan negara.

    CADANGAN PILIHAN JAWAPAN LAIN

    CABARAN

    1. Mengekalkan kandungan perlembagaan negara yang sedia ada

    - Terdapat segelintir rakyat yang tidak berpuas hati dengan kandungan

    perlembagaan negara

    - Berpendapat perlembagaan mesti diubah sejajar dengan perubahan politik dunia

    2, Menagadakan piliha raya yang aman- Terdapat pihak yang menagmbil kesempatan unutk mencemarkan pilihan raya

    dengan melakukan perbuatan yang salah

    3. Mengawal kebebasan asasi

    - Terdapat pihak yang telah menyalahkan kebebasan asasi dalam perlembagaan

    negara kursusnya kebebasan untuk bersuara

    4. Perbezaan ideologi politik

    5. Tidak menghormati institusi beraja

    6. Membangkitkan isu-isu sensitif, seperti isu penghinaan ideologi tehadap lagu Negaraku

    7. Mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh sistem kehakiman negara

    8. Melanggar peraturan dan undang2 negara yang telah ditetapkan oleh perlembagaan

    9. Pertambahan golongan ekstremis dalam politik10. Pengaruh globalisasi semakin berleluasa yang meliputi aspek ekonomi dan sosial

    11. Peningkatan masalah gejala sosial disebabkab pengaruh negatif dalam media cetak

  • 8/10/2019 1) k3 t5b7 Demokrasi Berparlimen

    15/16

    DEMOKRASI BERPARLIMEN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 15

    LANGKAH-LANGKAH

    1. Kerajaan memberikan penjelasan kepada pihak terbabit agar mereka memahami perkara

    yang tersurat dan tersirat dalam perlembagaan negara

    2. Pihak kerajaan memperkasakan pembelajaran di sekolah rendah dan menengah

    - Generasi muda dapat memahami sebab-sebab kandungan perlembagaan negara

    mempunyaielemen-elemen tertentu.

    3. Pihak pemerintah memberikan panduan kepada parti politik dalam menjalankan kempen

    pilihan raya

    4. Pihak kerajaan membuat beberapa penambahbaikan contohnya mengginakan dakwat

    kekal dan memanggil pemerhati antarabangsa unutk menilai pilihanraya Malaysia

    5. Pihak keselamatan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang sengaja

    mencemarkan pilihan raya yang di adakan

    6. Pihak pemerintah menasihati pihak yang menyentuh hal2 yang sensitif yang boleh

    menggugat perpaduan nasional

    - Pihak yang masih berdegil akan dikenakan tindakan undnag-undang yang

    sewajarnya- Mengikut akta hasutan 1948 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1948 ( Akta 301 )

    7. Mengamalkan fahaman politik yang sederhana

    8. Menghormati institusi raja

    9. Tidak membangkitkan isu-isu sensitif yang melibatkan isu agama dan kepercayaan

    10. Menghormati sistem kehakiman negara

    11. Menghormati hak2 kaum lain seperti konsep 1 Malaysia

    12. Bertindak mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan

    13. Suruhanjaya Komunikasi Malaysia harus bertindak menapis unsur2 negetif khursusnya

    dalam media cetak dan elektronik==============================================================================

    Andaian Soalan ARAS :8. NILAI MURNI / IKTIBAR / PATRIOTISME ( Calon menyatakan nilai-nilai murni,iktibar dan unsurnpatriotisme yang boleh diterapkan demi kemajuan negara kita )

    IKTIBARmestilah, hendaklah, haruslah, mestilah dll

    Isi jawapanikut

    peruntukanmarkah

    Soalan 17 : Nilai-nilai murni / Iktibar /patriotisme daripada amalan demokrasi berparlimen

    Nilai-nilai murni yang diperoleh dalam demokrasi berparlimen di Malaysia ialah pentingnya

    muafakat dan toleransiantara pemimpin dan rakyat demi kemakmuran negara.

    Seterusnya amat penting setiap warganegara membelakangkan kepentingan kaummasing-

    masing demi kesejahteraan negara. Setiap warganegara hendaklah menerima unsur-unsur budaya

    kaum lainsesuai dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Seterusnya, sedia menerima perubahan

    demi kestabilan dan keselamatan negara.

    Selain itu, amat penting setiap rakyat mematuhi Perlembagaan negara demi mengekalkankedaulatan Malaysia. ta haruslah memelihara kemakmuran negara dan taat setia kepadapemerintah,menyanjung tinggi kepada raja dan patuh kepada undang-undang

  • 8/10/2019 1) k3 t5b7 Demokrasi Berparlimen

    16/16

    DEMOKRASI BERPARLIMEN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 16

    .Perasaan berbangga sebagai warganegara juga perlu ada dalam diri setiap warganegara.Rakyat Malaysia juga harus bertoleransi dan mengamalkan permuafakatan dalam apa jua situasi samaada dalam aspek politik atau ekonomi dan sosial.

    Iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan Malaysia melaksanakan sistem pemerintahandemokrasi ialah sanggup mempertahankan perkara baikapabila kita berusaha mengekalkan sistempemerintahan demokrasi berparlimen.

    Kita hendaklah membuat pilihan yang bijak dalam melantik pemimpin, agar negara kitamencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Jika kita sentiasa peka terhadap perkembangansemasa, sudah tentu sistem pemerintahan negara kita dapat memenuhi kehendak rakyat.

    Setiap rakyat perlu memiliki jati diri yang kukuh agar unsur-unsur negatif tidakmempengaruhi pemikiran rakyat. Sebagai warganegara yang setia, kita hendaklah sentiasa berfikiranpositifagar sistem pemerintahan berjalan lancar.

    Sikap mementingkan perpaduan mestilah diutamakan dalam menjaga keharmonianmasyarakat pelbagai kaum dapat diwujudkan di negara kita. Sekiranya setiap warganegaramenghayati prinsip Rukun Negara, negara akan mencapai kestabilan politik.

    Kita mestilah menghormati hak asasi dan kebebasan individu supaya mereka dapatmelibatkan diri dalam membuat keputusan penting dalam membangunkan negara. Kita perlumenghormati amalan demokrasi supaya sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dapatditeruskan.

    ============================================================================

    PENUTUP / KESIMPULAN / RUMUSAN

    9. MERUMUS kesimpulan dari keseluruhan isi yang telah dibincangkana) Pengetahuan yang diperolehib) Iktibar kepada diri , bangsa dan Negarac) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang

    dan terbilang

    a) Pengetahuan yang diperoleh ( 2M )

    Pengetahuan yang diperoleh ialah negara Malaysia ialah negara yang mengamalkan ciri-ciri

    demokrasi berparlimen. Pengetahuan lain ialah permuafakatan antara pemimpin dan rakyat

    menjamin kejayaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita. Perlembagaan Malaysia menjadi

    garis panduan sisitem pemerintahan Demokrasi Berparlimen di negara kita

    b) i) Iktibar kepada diri ( 1M )

    Sebagai iktibar kepada diri, kita mestilah menunaikan tanggungjawab kepada negara

    dengan mematuhi peraturan serta ambil tahu perkembangan atau perubahan semasa. Kita juag

    mestilah mematuhi peraturan dan undang2 negara seperti yang terdapat dalam perlembagaan negara.

    ii) Iktibar kepada bangsa, masyarakat ( 1 M )Manakala iktibar kepada bangsa, seharusnya bangsa Malaysia saling menghormati dan

    bekerjasama dalam menghadapi setiap cabaran. Rakyat Malaysia mestilah berganding bahu

    membantu dan menyokong kerajaan untuk mengekalkan keharmonian negara.

    iii) Iktibar kepada Negara ( 1 M )

    Iktibar kepada negara pula, pihak kerajaan dan rakyat harus berganding bahu dan

    bersama-sama membawa kemajuan kepada negara. Pemimpin negara mestilah mengamalkan sikap

    keterbukaan dan mengukuhkan perpaduan antara kaum di Malaysia

    c) Harapan menjadi masa depan politik Malaysia yang lebih cemerlang

    Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang ialah supaya negara akan kekal

    berdaulat dandapatmeneruskan amalan demokrasi berparlimen yang telah terbukti memberikankita kehidupan yang amat harmoni sejak merdeka sehingga kini. Seterusnya adalah diharapkan

    Malaysia akan menjadi negara demokrasi yang paling disegani di mata dunia.