1 21 pengenalan - leadersguidesite.files.wordpress.com · o kota paling penting dalam masyarakat...

21
Bab 5 - Kerajaan Islam di Madinah Muka Surat 1 / 21 Kenneth Wong 019-363 9338 [email protected] Pengenalan - Madinah : o kota paling penting dalam masyarakat Arab sebelum kemunculan Islam dan nama lamanya ialah Yathrib sebelum ketibaan Nabi Muhammad SAW o Madinah al-Munawarah bermaksud bandar bercahaya o Terletak di utara Makkah & kedudukannya strategik (tengah-tengah perjalanan antara Makkah & Syam) dan mendorong pedagang luar singgah di Makkah - Penduduk (terdiri daripada tiga golongan : Nasrani, Yahudi, Arab) o Golongan Yahudi : Bani Quraizah, Bani Qunaiqa, Bani Nadhir o Golongan Arab : Suku Aus (selatan & timur Madinah), Suku Khazraj (bahagian tengah Madinah) - Suasana di Madinah tidak aman disebabkan : o pengeseran dalam kalangan suku Arab o penguasaan ekonomi oleh kaum Yahudi Perjanjian Aqabah Dimeterai di Aqabah (antara Mina dan Makkah) yang melibatkan Nabi Muhammad SAW dengan penduduk Madinah (kaum Aus dan Kharaj) - Selepas perjanjian tersebut, Nabi Muhammad SAW menghantar Mus’ab bin Umair ke Madinah untuk menyebarkan Islam - Islam tersebar ke Madinah sebelum kehadiran Nabi Muhammad SAW dan orang Islam di kota tersebut - Mendorong orang Islam berhijrah ke kota Madinah dengan bantuan orang Arab Madinah - Madinah / Yathrib menjadi tapak penyebaran Islam yang baharu

Upload: trinhdiep

Post on 29-Apr-2019

275 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 21 Pengenalan - leadersguidesite.files.wordpress.com · o kota paling penting dalam masyarakat Arab sebelum kemunculan Islam dan nama lamanya ... - bermaksud perjuangan untuk menegakkan

Bab 5 - Kerajaan Islam di Madinah

Muka Surat 1 / 21

Kenneth Wong 019-363 9338

[email protected]

Pengenalan

- Madinah :

o kota paling penting dalam masyarakat Arab sebelum kemunculan Islam dan nama lamanya ialah Yathrib

sebelum ketibaan Nabi Muhammad SAW

o Madinah al-Munawarah bermaksud bandar bercahaya

o Terletak di utara Makkah & kedudukannya strategik (tengah-tengah perjalanan antara Makkah & Syam)

dan mendorong pedagang luar singgah di Makkah

- Penduduk (terdiri daripada tiga golongan : Nasrani, Yahudi, Arab)

o Golongan Yahudi : Bani Quraizah, Bani Qunaiqa, Bani Nadhir

o Golongan Arab : Suku Aus (selatan & timur Madinah), Suku Khazraj (bahagian tengah Madinah)

- Suasana di Madinah tidak aman disebabkan :

o pengeseran dalam kalangan suku Arab

o penguasaan ekonomi oleh kaum Yahudi

Perjanjian Aqabah

Dimeterai di Aqabah (antara Mina dan Makkah) yang melibatkan Nabi Muhammad SAW dengan penduduk Madinah

(kaum Aus dan Kharaj)

- Selepas perjanjian tersebut, Nabi Muhammad SAW

menghantar Mus’ab bin Umair ke Madinah untuk

menyebarkan Islam

- Islam tersebar ke Madinah sebelum kehadiran Nabi

Muhammad SAW dan orang Islam di kota tersebut

- Mendorong orang Islam berhijrah ke kota Madinah

dengan bantuan orang Arab Madinah

- Madinah / Yathrib menjadi tapak penyebaran

Islam yang baharu

Page 2: 1 21 Pengenalan - leadersguidesite.files.wordpress.com · o kota paling penting dalam masyarakat Arab sebelum kemunculan Islam dan nama lamanya ... - bermaksud perjuangan untuk menegakkan

Bab 5 - Kerajaan Islam di Madinah

Muka Surat 2 / 21

Kenneth Wong 019-363 9338

[email protected]

Konsep Hijrah

Hijrah (berasal daripada perkataan Arab)

- bermaksud berpindah iaitu dari satu tempat ke satu tempat yang lain

- bermaksud perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah (konteks tamadun Islam)

- bermaksud perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan & kejahatan

- bertujuan untuk memperkukuh kedudukan Islam & merupakan strategi baharu penyebaran Islam

- merupakan lambang semangat ingin berubah dari segi sikap, cara berfikir, tingkah laku

Nabi Muhammad SAW

- dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima semua golongan masyarakat Madinah termasuk orang

bukan Islam

- berhijrah ke Madinah selepas berjaya melepaskan diri daripada kepungan pemuda Quraisy terhadap

rumahnya

- Ali bin Abu Talib menggantikan tempat tidurnya dan menggunakan selimut Nabi Muhammad SAW

- Selepas keluar dari rumah, baginda menemui Abu Bakar al-Siddiq dan memberitahunya tentang perintah

Allah yang mengarahkannya berpindah ke Madinah

- Bersembunyi di Gua Thur sebelum meneruskan hijrah ke Madinah dengan Abu Bakar

- Mereka dipandu arah oleh Abdullah bin Arqat yang pada ketika itu masih belum memeluk agama Islam

Info Tambahan

- Kebanyakan orientalis Barat mentafsirkan Hijrah sebagai melarikan diri tetapi sebenarnya dibuat berdasarkan

jemputan dan persetujuan penduduk Madinah

- Ketibaan orang-orang Islam juga disambut dengan rela hati dan meriah oleh orang-orang Madinah

- Mereka juga diberi tempat tinggal yang sewajarnya dan dijamin keselamatan seperti yang terkandung di

dalam Perjanjian Aqabah Kedua

Page 3: 1 21 Pengenalan - leadersguidesite.files.wordpress.com · o kota paling penting dalam masyarakat Arab sebelum kemunculan Islam dan nama lamanya ... - bermaksud perjuangan untuk menegakkan

Bab 5 - Kerajaan Islam di Madinah

Muka Surat 3 / 21

Kenneth Wong 019-363 9338

[email protected]

Faktor Perhijrahan

Perintah Menerusi Wahyu Allah

- Perintah Allah mengarahkan Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah untuk meneruskan dakwah

Islamiah

- Dalam wahyu tersebut, Allah menyatakan niat dan pakatan orang Quraisy membunuh Rasullah SAW

Ancaman orang Quraisy Makkah

- Hijrah bertujuan untuk meneruskan penyebaran Islam kerana ancaman dan tentangan orang Quirasy

menjejaskannya

Mengubah Strategi Penyebaran Islam

- Orang Islam tidak kecewa dengan penentangan tetapi merupakan strategi baharu untuk mengukuhkan dan

mengembangkan agama Islam

- Suasana aman di Madinah memudahkan penyampaian dakwah Islamiah dan membolehkan kewujudan

sebuah masyarakat Islam bersatu padu dan sempurna

Jemputan Penduduk Madinah

- Hijrah juga dilakukan atas jemputan penduduk Madinah yang menghadapi pelbagai konflik

- Suku kaum Aus dan Khazraj sering betelagah sesama sendiri dan ekonomi mereka dikuasai orang Yahudi

- Mereka memerlukan pemimpin yang berkaliber seperti Nabi Muhammad SAW

Pro-Fikiran

Perjanjian Aqabah I dan II merintis jalan kepada penghijrahan orang Islam ke Madinah. Terangkan syarat-syarat yang terdapat dalam perjanjian

tersebut.

- Beriman kepada Allah - Kebaikan - Menyediakan tempat tinggal

- Tidak mencuri - Membantu Nabi Muhammad SAW - Jaminan keselamatan

- Tidak Berzina - Ulangi taat setia - Kesediaan mempertahankan Islam

- Tidak berbohong - Jemput Nabi Muhammad SAW

Page 4: 1 21 Pengenalan - leadersguidesite.files.wordpress.com · o kota paling penting dalam masyarakat Arab sebelum kemunculan Islam dan nama lamanya ... - bermaksud perjuangan untuk menegakkan

Bab 5 - Kerajaan Islam di Madinah

Muka Surat 4 / 21

Kenneth Wong 019-363 9338

[email protected]

Kepentingan Hijrah

Perubahan

- Merupakan titik permulaan perkembangan agama Islam secara meluas dan pesat kerana tempatnya aman

- Selepas perhijrahan, orang Islam Makkan dan Madinah disatukan di bawah satu akidah

- Baginda mempersaudarakan orang Muhajirin (orang Islam Makkah) dengan orang Ansar (orang Islam

Madinah) dan membuat orang Islam Makkah tidak berasa tersaing atau rendah diri sewaktu berada di

Madinah

- Puak Aus dan Khazraj juga disatukan melalui semangat persaudaraan sesama Islam

- Hijrah mewujudkan penyatuan ummah dengan menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri

daripada pelbagai suku, budaya dan agama

- Langkah ini melahirkan kehidupan yang harmoni dan masyarakatnya dapat menjalankan kegiatan ekonomi,

agama… untuk menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup

Piagam Madinah (perlembagaan bertulis)

- Usaha Nabi Muhammad SAW membentuk negara Islam yang pertama untuk melahirkan pemerintahan

masyarakat Islam yang adil, stabil, dan maju

- Masjid Quba’ (masjid pertama) dijadikan sebagai tempat untuk beribadat, belajar, dan pertemuan untuk

membincangkan masalah yang dihadapi oleh orang Islam

- Masjid al-Nabawi (masjid kedua) dibina pada tahun kedua hijrah di sekeping tanah yang dibeli oleh Nabi

Muhammad SAW daripada Sahl dan Suhail

- Baginda juga sedar orang Quraisy akan menyerang Madinah oleh itu, Nabi Muhammad SAW merancang

penubuhan sebuah negara Islam di Madinah dan merangka suatu perlembagaan (Piagam Madinah) untuk

mentadbirkan Makkah

Page 5: 1 21 Pengenalan - leadersguidesite.files.wordpress.com · o kota paling penting dalam masyarakat Arab sebelum kemunculan Islam dan nama lamanya ... - bermaksud perjuangan untuk menegakkan

Bab 5 - Kerajaan Islam di Madinah

Muka Surat 5 / 21

Kenneth Wong 019-363 9338

[email protected]

Hijrah

- berjaya dengan sokongan dan pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW (Abu Bakar al-Siddiq,

Ali bin Abu Talib, Abdul Rahman bin Auf)

- menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad SAW sanggup berkorban dan

meninggalkan kesenangan hidup demi memperjuangkan Islam dan tidak pernah berputus asa

- menunjuk kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW dalam mengatur strategi perjuangan (bersembunyi di

Gua Thur dan tidak melalui jalan raya Makkah kerana kurang selamat)

Kalendar Islam

- Memulakan kalendar baru bagi umat Islam kerana tahun Hijrah dijadikan sebagai kalendar umat Islam

- Mula digunakan pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin kedua (Umar bin al-Khattab)

Pertukaran Nama

- Nabi Muhammad SAW menukar nama Yahtrib kepada Madinah al-Munawarah (kota yang bercahaya)

- Pertukaran nama ini selaras dengan untuk menjadikan Madinah sebagai pusat tamadun Islam dan agama Islam

yang merangkumi semua bidang (politik, ekonomi, sosial)

Penduduk Madinah

- memainkan peranan penting dengan membantu golongan Muhajirin yang berhijrah dari segi tempat

tinggal, makanan dan keperluan asas serta menerima orang Islam Makkah sebagai saudara dan

sebahagian daripada masyarakat Madinah

- Kaum wanita berperanan penting menjadi suri rumah dalam menggerakkan kemajuan sesebuah negara

- Asma (puteri Abu Bakar al-Siddiq) :

o menghantar makanan dan menyampaikan maklumat gerakan orang Quraisy kepada Nabi

Muhammad SAW yang sedang bersembunyi (Gua Thur)

o sedar bahawa tindakannya bahaya dan laluan ke Gua Thur yang berliku serta berbatu tajam boleh

membahayakan nyawanya, dia tetap melakukannya

Page 6: 1 21 Pengenalan - leadersguidesite.files.wordpress.com · o kota paling penting dalam masyarakat Arab sebelum kemunculan Islam dan nama lamanya ... - bermaksud perjuangan untuk menegakkan

Bab 5 - Kerajaan Islam di Madinah

Muka Surat 6 / 21

Kenneth Wong 019-363 9338

[email protected]

Pro-Fikiran

Renjetan Peristiwa Hijrah Rasullah SAW Sebelum Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar al-Siddiq berhijrah ke

Madinah, mereka bersembunyi di sebuah gua. Apakah nama gua tersebut?

Perjanjian Aqabah 1 A. Gua Hirak B. Gua Jabar Nur

Nabi Muhammad SAW menandatanganinya dengan penduduk Madinah C. Gua Thur D. Gua Nur

↓ Para Orientalis Barat memberikan gambaran yang negatif tentang

perhijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah, iaitu dengan

menganggapnya sebagai pelarian.

Pilih kenyataan yang tepat berkaitaan dengan perhijrahan tersebut.

Perjanjian Aqabah 2

Nabi Muhammad SAW menandatanganinya dengan penduduk Madinah

Nabi Muhammad SAW mendapat tahu rancangan untuk membunuhinya I. Perhijrahan atas jemputan kaum Quraisy

daripada wahyu Allah II. Orang Islam disambut dengan meriah

↓ III. Nabi Muhammad SAW dilantik sebagai pemimpin Madinah

Nabi Muhammad SAW menemui Abu Bakar al-Siddiq dan memberitahunya IV. Perhijrahan atas umat Islam sendiri

tentang wahyu allah yang mengarahkan baginda berhijrah ke Madinah A. I dan II B. II dan III

↓ C. I dan IV D. III dan IV

Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur selama 3 malam Terangkan sebab-sebab Nabi Muhammad SAW berhijrah dari kota

Makkah ke kota Madinah untuk menyebarkan dakwah Islamiah. ↓

Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar al-Siddiq sampai di Quba’ dan mendirikan - Ancaman dan penentangan - Bimbingan wahyu

masjid di Quba’ - Jemputan - Ubah strategi perjuangan

↓ - Matlamat jangka panjang

Nabi Muhammad SAW sampai di Madinah dan mendirikan masjid al-Nabawi, Sikap Orang Ansar Terhadap Orang Muhajirin

mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar, serta membentuk Piagam

Madinah

Menjaga Keselamatan Menyediakan Tempat

Tinggal

Sediakan modal untuk

berniaga

Page 7: 1 21 Pengenalan - leadersguidesite.files.wordpress.com · o kota paling penting dalam masyarakat Arab sebelum kemunculan Islam dan nama lamanya ... - bermaksud perjuangan untuk menegakkan

Bab 5 - Kerajaan Islam di Madinah

Muka Surat 7 / 21

Kenneth Wong 019-363 9338

[email protected]

Masjid Quba’ (Madinah)

Huraikan kepentingan hijrah terhadap umat Islam seluruh dunia

- Permulaan - Peranan wanita

- Perpaduan - Tenetra Islam

- Akidah - Masjid Pertama

- Negara Islam - Kalendar Islam

- Tiada Penindasan - Kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW

Peristiwa hijrah dianggap peristiwa yang amat penting bagi orang-orang

Islam. Mengapakah peristiwa ini dianggap penting?

A. Merupakan perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah

B. Merupakan titik permulaan peluasan kuasa kerajaan Islam

Masjid al-Nabawi (Madinah)

C. Merupakan titik permulaan bagi perkembangan Islam ke seluruh dunia

D. Merupakan titik perubahan cara dakwah yang disampaikan oleh Nabi

Muhammad SAW

Nyatakan sifat-sifat yang membolehkan Nabi Muhammad SAW terus

cemerlang dalam perjuangannya sehingga berjaya menubuhkan sebuah

negara Islam.

I. Berani II. Tidak berputus asa

III. Sanggup berkorban IV. Seorang yang amanah

A. I dan II B. II dan III

C. I dan IV D. II dan IV

Page 8: 1 21 Pengenalan - leadersguidesite.files.wordpress.com · o kota paling penting dalam masyarakat Arab sebelum kemunculan Islam dan nama lamanya ... - bermaksud perjuangan untuk menegakkan

Bab 5 - Kerajaan Islam di Madinah

Muka Surat 8 / 21

Kenneth Wong 019-363 9338

[email protected]

Piagam Madinah

- Nabi Muhammad SAW merangka suatu piagam (Piagam Madinah / Sahifah Madinah) yang berpandukan wahyu Allah (622 Masihi)

- Piagam dirangka untuk melahirkan pemerintahan dan masyarakat Islam yang adil dan maju

- Piagam menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah yang terdiri daripada masyarakat Islam dan bukan Islam

- Piagam mengandungi peraturan dan tanggungjawab ketua negara serta rakyatnya dan dirangka berasaskan persetujuan orang Islam (Muhajirin dan

Ansar) dan orang bukan Islam (Yahudi dan suku Arab lain) dan dirangka dengan lengkap, menyeluruh dan mengambil kira kepentingan semua pihak

Kandungan

- Piagam ini merujuk kepada perjanjian betulis tentang hak dan tanggungjawab pemerintah dan

orang yang diperintah

- Melibatkan hubungan sesama orang Islam (Muhajirin & Ansar) dan antara orang bukan Islam

(Yahudi & sekutu mereka yang tinggal di Madinah)

- Mengandungi 47 Fasal dan dibahagikan kepada dua

o Bahagian Pertama (23 Fasal menyentuh hal hubungan dan tanggungjawab dalam

kalangan orang Islam)

o Bahagian Kedua (24 Fasal mententuh hal kaum Yahudi dan bukan Islam &

tanggungjawab mereka terhadap kerajaan Islam di Madinah)

- Menggariskan beberapa prinsip umum tentang masyarakat / ummah dan negara Islam yang

berbilang kaum & agama

- Merupakan perlembagaan bertulis yang pertama digubal di dunia dan menjadi asas kepada

sebuah negara

Page 9: 1 21 Pengenalan - leadersguidesite.files.wordpress.com · o kota paling penting dalam masyarakat Arab sebelum kemunculan Islam dan nama lamanya ... - bermaksud perjuangan untuk menegakkan

Bab 5 - Kerajaan Islam di Madinah

Muka Surat 9 / 21

Kenneth Wong 019-363 9338

[email protected]

Kandungan Piagam Madinah Mengikut Aspek

Politik

Nabi Muhammad SAW

- menjadi pemimpin / ketua negara Madinah (masyarakat berbilang kaum, budaya, agama)

- berperanan sebagai hakim dan bertindak untuk menyelesaikan masalah berasaskan semangat musyawarah dan

keadilan semua pihak

- Diterima atas persetujuan semua masyarakat menjadi ketua negara Madinah

Ekonomi

- Penduduk Madinah boleh menjalankan kegiatan ekonomi sendiri tanpa diskriminasi dalam memperoleh peluang

- Amalan riba dan penindasan diharamkan serta mengelakkan unsur penipuan

Sosial

- Penduduk Madinah dianggap sebagai ummah yang hidup bersatu padu, tolong-menolong dan bekerjasama tanpa

mengira bangsa

- Perasaaan benci-membenci dan mementingkan diri sendiri hendaklah dielakkan demi menjaga keharmonian negara

Agama

- Penduduk Madinah bebas memilih agama masing-masing dan perlu menghormati agama yang dianuti individu lain

- Sikap buruk sangka dari segi agama seperti yang diamalkan sebelumnya dilarang sama sekali

- Nabi Muhammad SAW tidak pernah memaksa orang yang bukan Islam supaya memeluk Islam

Kedudukan kaum Yahudi

- Orang Yahudi diakui sebagai rakyat Madinah (Perlembagaan Madinah) dan mempunyai hak yang sama untuk

menikmati keselamatan dan kebebasan

- Mereka dibenarkan untuk tinggal di Madinah dengan kedudukan yang terjamin dan selamat selagi mereka

mematuhi Piagam Madinah dan haruslah bertanggungjawab menjaga keselamatan Madinah daripada musuh luar

serta tidak menimbulkan huru hara

Page 10: 1 21 Pengenalan - leadersguidesite.files.wordpress.com · o kota paling penting dalam masyarakat Arab sebelum kemunculan Islam dan nama lamanya ... - bermaksud perjuangan untuk menegakkan

Bab 5 - Kerajaan Islam di Madinah

Muka Surat 10 / 21

Kenneth Wong 019-363 9338

[email protected]

Perundangan

- Undang-undang Islam digunakan secara menyeluruh seperti peraturan kekeluargaan yang bersesuaian dengan Islam

- Menjadikan penduduk Madinah lebih tersusun dan setiap hukuman yang dikenakan adalah adil dan diterima

dengan senang hati

- Hukuman yang dijatuhkan adalah untuk menimbulkan keinsafan dan bukanlah untuk menzalimi pesalah

- Saksi diperlukan untuk mengesahkan jenayah untuk menjatuhkan hukuman (antara syarat menghukum) untuk

mengelakkan berlakunya ketidakadilan sesuatu hukuman

Pertahanan

- Semua masyarakat wajib mempertahankan Madinah daripada ancaman musuh luar

- Sikap tanggungjawab amat penting demi keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat

Pro-Fikiran

Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis yang menjadi panduan

pemerintahan kerajaan Islam.

Huraikan bentuk hubungan antara anggota masyarakat Islam di Madinah.

Nabi Muhammad SAW merangka Piagam Madinah atau Sahifah

Madinah. Apakah tujuan Piagam Madinah dirangka?

A. Menyatukan orang-orang Islam

- Bersaudara - Persaudaraan B. Melahirkan pemerintahan dan masyarakat Islam yang adil dan maju

- Tolong-menolong - Keadilan Sosial C. Mendapatkan kuasa politik

- Tidak berbunuhan - Membanteras Kezaliman D. Membina negara berdaulat

Nyatakan perkara-perkara yang terdapat dalam Piagam Madinah. Orang-orang Muhajirin dan Ansar dianggap sebagai bersaudara dalam

Piagam Madinah.

Apakah tugas-tugas mereka?

I. Jaminan keselamatan orang

Islam

II. Jaminan keselamatan orang

Yahudi

III. Orang Yahudi perlu memeluk

agama Islam

IV. Orang Yahudi bukan

warganegara Madinah

A. Membantu Nabi Muhammad SAW menjalankan pentadbiran

B. Menangkap pembunuh yang cuba membunuh Nabi Muhammad SAW

C. Menegakkan keadilan sosial A. I dan II B. II dan III

C. I dan IV D. III dan IV D. Menjamin keselamatan kaum bukan Islam

Page 11: 1 21 Pengenalan - leadersguidesite.files.wordpress.com · o kota paling penting dalam masyarakat Arab sebelum kemunculan Islam dan nama lamanya ... - bermaksud perjuangan untuk menegakkan

Bab 5 - Kerajaan Islam di Madinah

Muka Surat 11 / 21

Kenneth Wong 019-363 9338

[email protected]

Kepentingan Piagam Madinah

Kerajaan Islam di Madinah

- Merupakan model yang harus dijadikan panduan pemerintahan dan system perundangan yang lengkap

- Dilengkapi perlembagaan yang dapat diterima pakai oleh semua golongan masyarakat

- Boleh dipraktikkan dalam sesebuah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama

- Merupakan pemerintahan yang lengkap (menunjukkan kebijaksanaan dan kepintaran Nabi Muhammad SAW) yang

merangkumi dunia dan akhirat serta masyarakatnya terdiri daripada pelbagai bangsa

- Berjaya mewujudkan ekonomi yang adil dan saling membantu yang akhirnya mendatang kejayaan

- Berjaya membentuk masyarakat yang berasaskan ummah, bersatu padu dan aman

Pengajaran Islam

- Melarang amalan ekonomi berbentuk penindasan dan riba yang menimbulkan perasaan tidak puas hati serta

ketidakadilan ekonomi

- Menggalakkan ekonomi yang adil dan telus dalam dunia perniagaan serta amalan positif seperti perpaduan,

bantu-membantu, rela berkorban…dipraktikkan

- Nilai-nilai hidup yang ditanam berlandaskan ukhuwah Islamiah (semangat persaudaraan antara orang Islam)

- Setiap rakyat sama taraf dan wujud persaudaraan antara orang Islam serta jaminan keadilan sosial diberikan

tanpa mengira kaum dan agama

Perbezaan kerajaan Islam dengan kerajaan-kerajaan lain

- Allah diletakkan sebagai kuasa yang tertinggi

- Setiap bangsa Madinah terikat oleh undang-undang yang digariskan dan tidak boleh menindas antara satu sama

lain

- Setiap bangsa bertanggungjawab untuk mempertahankan keselamatan negara Madinah daripada serangan luar

- Semangat kerjasama yang diwujudkan masyarakat Madinah menjadikannya kuat dan disegani negara luar

Page 12: 1 21 Pengenalan - leadersguidesite.files.wordpress.com · o kota paling penting dalam masyarakat Arab sebelum kemunculan Islam dan nama lamanya ... - bermaksud perjuangan untuk menegakkan

Bab 5 - Kerajaan Islam di Madinah

Muka Surat 12 / 21

Kenneth Wong 019-363 9338

[email protected]

Penyebaran Islam

- Pembentukan kerajaan Islam di Madinah (622 Masihi) menimbulkan perasaan iri hati dalam kalangan Arab Quraisy

- Mereka mencari jalan dan sokongan golongan Yahudi dan penduduk Arab lain menghapuskan Islam

- Nabi Muhammad SAW sedar dan berhati-hati menghadapi tindak-tanduk orang Quraisy

Seruan kepada ajaran Islam (panggilan)

Strategi

- Baginda mengajak mereka beriman kepada Allah yang Esa dan meninggalkan agama asal mereka

(menyembah berhala), mereka ditarik memeluk agama Islam oleh akhlak yang mulia dan terpujinya

- Nabi Muhammad SAW menghantar surat ke Rom, Rom Timur, Mesir, Parsi, Habsyah, dan wilayah-

wilayah di sekitar Semenanjung Tanah Arab untuk menyebarkan agama Islam

- Baginda tidak pernah memaksa mereka memeluk Islam tetapi menggunakan diplomasi dan pendekatan

dengan menunjukkan nilai yang baik serta menyeru mereka menerusi warkah (surat) dan mewujudkan rasa

persefahaman

Info Tambahan

- Dilakukan selama 23 tahun (10 tahun Makkah, 13 tahun Madinah)

- Terdapat pelbagai rintangan dan dugaan kerana masyarakatnya jahil dan sesat mengakibatkan banyak

orang Islam diseksa dan terkorban akibat perbuatan kafir Quraisy

- Warkah mendapat beberapa reaksi

o Raja Qibti Mesir, al-Maqauqis, menyambut baik warkah yang dihantar tetapi tidak dapat

menerima ajaran Islam

o Warkah yang dihantar kepada Maharaja Rom Timur dibincang oleh Hercules dan pembesar-

pembesarnya

o Warkah yang dihantar kepada kerajaan Parsi dikoyak dan tidak diterima oleh Raja Parsi

Page 13: 1 21 Pengenalan - leadersguidesite.files.wordpress.com · o kota paling penting dalam masyarakat Arab sebelum kemunculan Islam dan nama lamanya ... - bermaksud perjuangan untuk menegakkan

Bab 5 - Kerajaan Islam di Madinah

Muka Surat 13 / 21

Kenneth Wong 019-363 9338

[email protected]

Mempertahankan maruah dan hak

Nabi Muhammad SAW

- berusaha membetulkan keadaan Madinah kerana orang Quraisy cenderung untuk melakukan keganasan

dengan menyerang kafilah (group of traders) pedagang Islam

- menyertai (mengiringi) 27 ekspedisi tentera untuk mempertahankan dan menegakkan keadilan Islam

- 9 daripada ekspedisi itu membawa kepada petempuran (peperangan) termasuklah Perang Badar, Perang

Uhud, Perang Khandak dan Perang Tabuk

Prinsip peperangan

- Allah membenarkan orang Islam berperang apabila mereka diserang oleh musuh

- Allah juga membenarkan orang Islam berperang untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat mereka

terjaga

- Setiap peperangan adalah untuk menentang kezaliman dan mempertahankan diri

Info Tambahan

- Peperangan tidak dibenarkan kecuali untuk mempertahankan maruah diri, agama dan negara serta

memerlukan keizinan Allah menerusi wahyu seperti setelah orang Quraisy menyerang orang Islam

- Agama Islam ialah agama damai dan perkataan itu sendiri bermaksud kedamaian, al-Quran melarang umat

Islam bermusuhan

- Islam sentiasa menganjurkan perdamaian dan orang Islam haruslah memilih perdamaian jika musuh Islam

ingin perdamaian

- Peperangan antara orang Islam Madinah dan pihak Arab Quraisy Makkah adalah untuk mempertahankan

maruah agama, bangsa dan negara

- Agama Islam berkembang secara sukarela dan toleransi bukannya paksaan (sikap bertolak ansur, teladan baik,

berakhlak mulia umat Islam)

Page 14: 1 21 Pengenalan - leadersguidesite.files.wordpress.com · o kota paling penting dalam masyarakat Arab sebelum kemunculan Islam dan nama lamanya ... - bermaksud perjuangan untuk menegakkan

Bab 5 - Kerajaan Islam di Madinah

Muka Surat 14 / 21

Kenneth Wong 019-363 9338

[email protected]

Peristiwa Perang Tarikh Kesan

Perang Badar 624 M/2 Hijrah Menang

Perang Uhud 625 M/3 Hijrah Kalah

Perang Khandak 627 M/5 Hijrah Menang

Penaklukan Makkah 630 M/8 Hijrah Menang

- Perang Badar : Nabi Muhammad SAW mengampuni tawanan Arab Quraisy, manakala wanita dan kanak-kanak dibebaskan sementara tawanan lelaki

diberikan syarat untuk membebaskan diri mereka (berjaya mengajar kira-kira 10 orang kanak-kanak Islam membaca dan menulis sehingga pandai akan

dibebaskan)

- Perang Khandak : Peperangan antara Islam Madinah dan orang Quraisy Makkah yang bergabung dengan puak Yahudi (pihak Islam menggali parit di

sekeliling kota Madinah dan membawa kejayaan kerana kesabaran dan ketahanan diri)

- Tentera Islam

o Dilarang membunuh sesuka hati dan dilarang memusnahkan tumbuhan

o Dilarang merobohkan sebarang rumat ibadat agama lain

Pro-Fikiran

Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis yang menjadi panduan

pemerintahan kerajaan Islam. Huraikan tentang kedudukan orang Yahudi

dalam Piagam Madinah

Huraikan kepentingan Piagam Madinah kepada umat Islam seluruhnya

- Model kerajaan Islam - Terikat oleh undang-undang

- Unsur Islam - Semangat kerjasama

- Rakyat Madinah - Jaminan keselamatan - Allah kuasa tertinggi - Ekonomi adil dan amalan positif

- Hak yang sama - Tidak boleh timbulkan huru-hara - Masyarakat ummah - Amalan penindasan diharamkan

- Dibenarkan untuk tinggal di Madinah - Menjaga keselamatan Madinah - Ukhuwah Islamiah - Kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW

Garis Panduan Peperangan dalam Islam

Tidak dibenarkan untuk membunuh orang yang lemah Dilarang daripada memusnahkan rumah ibadat

agama lain

Tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan dan

tanaman

Page 15: 1 21 Pengenalan - leadersguidesite.files.wordpress.com · o kota paling penting dalam masyarakat Arab sebelum kemunculan Islam dan nama lamanya ... - bermaksud perjuangan untuk menegakkan

Bab 5 - Kerajaan Islam di Madinah

Muka Surat 15 / 21

Kenneth Wong 019-363 9338

[email protected]

Kota Makkah

Apakah perang yang memyebabkan umat Islam mengalami kekalahan dan

terpaksa berundur dari medan perang?

A. Badar B. Khandak

C. Tabuk D. Uhud

Islam membenarkan peperangan yang bertujuan untuk mempertahankan

agama, bangsa, dan negara. Apakah garis panduan yang digunakan dalam

peperangan?

I. Tidak dibenarkan untuk merampas harta musuh

II. Tidak dibenarkan untuk membunuh musuh Islam

III. Tidak dibenarkan untuk membunuh binatang ternakan dan tanaman

IV. Tidak dibenarkan untuk merobohkan tempat ibadat

A. I dan II B. II dan III

C. I dan IV D. III dan IV

Kandungan Piagam Madinah

Politik Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin Madinah dan hakim

Agama Bebas mengamalkan agama masing-masing

Sosial Sebagai ummah yang mempunyai tanggungjawab terhadap negara Madinah

Perundangan Undang-undang Islam dan peraturan kekeluargaan yang sesuai digunakan mengikurt kehendak islam

Ekonomi Kerjasama semua masyarakat, riba, dan penipuan dilarang

Pertahanan Semua anggota masyarakat mesti mempertahankan Madinah daripada ancaman luar

Kedudukan Kaum Yahudi Keselamatan terjamin selagi mematuhi Piagam Madinah

Page 16: 1 21 Pengenalan - leadersguidesite.files.wordpress.com · o kota paling penting dalam masyarakat Arab sebelum kemunculan Islam dan nama lamanya ... - bermaksud perjuangan untuk menegakkan

Bab 5 - Kerajaan Islam di Madinah

Muka Surat 16 / 21

Kenneth Wong 019-363 9338

[email protected]

Perjanjian Hudaibiyah

Masjid al-Hudaibiyah

Perjalanan ke Makkah

- Umat Islam bercadang untuk menziarahi Makkah dan Rasullah SAW juga berhasrat untuk mengerjakan umrah di

Makkah (628 Masihi / 6H)

- Kota Makkah : penting kerana letaknya Kaabah (pusat ibadat orang Islam) dan merupakan tempat asal orang Muhajirin

serta tempat turun wahyu pertama

- Kedatangan orang Islam disekat oleh kaum Quraisy kerana tidak percaya (berasa syak) niat sebenar orang Islam serta

berasa tercabar dan bimbang akan kekuatan orang Islam

Kematian Uthman bin Affan

- Di Hudaibiyah, orang Islam cuba memberitahu tujuan sebenar kedatangan mereka menerusi utusan yang dihantar

(Uthman bin Affan) tetapi orang Quraisy tidak mempedulikan hasrat orang Islam tersebut

- Uthman dipilih kerana beliau mempunyai ramai saudara-mara di Makkah serta merupakan sahabat Nabi Muhammad

SAW yang matang dan lebih berusia serta sifat lemat lembut dan bertolak ansur berbanding dengan sahabat yang lain

- Orang Islam mendapat khabar angin bahawa Uthman telah dibunuh, mereka berikrar dan bersumpah setia untuk

membela kematian Uthman bin Affan

- Selepas mendengar berita tentang ikrar orang Islam, pihak Quraisy menghantar Sumail bin Amru untuk berunding

- Rundingan itu diadakan di Hudaibiyah (628 Masihi / 6 Hijrah) dan suatu perjanjian dimeterai

Perjanjian Hudaibiyah

- Perjanjian Hudaibiyah pada awalnya tidak dapat diterima sepenuhnya oleh para sahabat Nabi Muhammad SAW

- Mereka menganggap perjanjiannya hanya menguntungkan pihak Arab Quraisy tetapi pada akhirnya dapat menerimanya

sebagai pengajaran yang besar

- Islam menyuruh umatnya mencapai kata sepakat dan menjalin hubungan yang baik antara dua pihak serta

menganjurkan perdamaian dan keamanan yang akan membolehkan misi perjuangan Islam dapat dilaksanakan

Page 17: 1 21 Pengenalan - leadersguidesite.files.wordpress.com · o kota paling penting dalam masyarakat Arab sebelum kemunculan Islam dan nama lamanya ... - bermaksud perjuangan untuk menegakkan

Bab 5 - Kerajaan Islam di Madinah

Muka Surat 17 / 21

Kenneth Wong 019-363 9338

[email protected]

Peristiwa ke Arah Perjanjian Hudaibiyah

Orang Islam ingin ke Makkah untuk menunaikan umrah

Mereka disekat di Hudaibiyah dan Uthman bin Affan dihantar untuk menerangkan tujuan

kedatangan orang Islam

Khabar angin mengatakan Uthman dibunuh

Orang Islam bersumpah setia dalam “Baiah al-Ridwan” untuk membela kematian Uthman

Orang Quraisy berasa bimbang dan menghantar wakil untuk berunding

Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani antara nabi Muhammad SAW dengan Suhail bin

Amru yang mewakili orang Quraisy

Uthman bin Affan dipilih pergi ke Makkah untuk berunding dengan Arab Quraisy. Mengapakah Sayidina Uthman dipilih?

I. Sahabat Nabi Muhammad SAW yang paling rapat II. Matang dan lemah lembut

III. Ramai saudara-mara di Makkah IV. Tegas terhadap musuh Islam

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah

- Bersetuju untuk mengadakan gencatan (perhentian perang) senjata selama 10 tahun

- Kabilah Arab yang lain bebas memihak sana ada kepada orang Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah

- Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak dipulangkan

- Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya iaitu 7 Hijrah

Page 18: 1 21 Pengenalan - leadersguidesite.files.wordpress.com · o kota paling penting dalam masyarakat Arab sebelum kemunculan Islam dan nama lamanya ... - bermaksud perjuangan untuk menegakkan

Bab 5 - Kerajaan Islam di Madinah

Muka Surat 18 / 21

Kenneth Wong 019-363 9338

[email protected]

Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah

Pergerakan Islam

- Kaum Musyikirin Makkah memberikan pengiktirafan kepada negara Islam Madinah dan Nabi Muhamamd

SAW sebagai ketua negara

- Gencatan senjata selama 10 tahun memberikan peluang kepada orang Islam untuk menyebarkan dakwah dan

juga menyebabkan bilangan orang memeluk agama Islam semakin meningkat serta meluaskan pengaruh

Islam

- Orang Islam berpeluang untuk menunaikan haji pada tahun berikutnya (629 Masihi) dan mendapat kebebasan

untuk memasuki Makkah serta beribadat di Kaabah pada bila-bila masa

Perubahan yang dibawa Islam

- Tempoh perdamaian membolehkan Nabi Muhammad SAW merangka program dakwah secara aman kerana

orang Arab bebas menganut agama yang disukai tanpa sekatan daripada mana-mana pihak

- Sikap toleransi Nabi Muhammad SAW dan orang-orang Islam menyebabkan ramai orang Musyirikin Makkah

tertarik oleh Islam termasuk Khalid bin al-Walid (panglima perang terkenal), Amru bin al-As dan Uthman bin

Talhah

- Kedudukan umat Islam semakin kuat dan mereka bersedia untuk menghapuskan musuh-musuh Islam

terutamanya daripada kalangan Yahudi yang sentiasa mencari jalan untuk memecahbelahkan umat Islam

Info Tambahan

- Perjanjian ini menggambarkan ketokohan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin yang unggul dan

dikagumi serta penyebaran Islam secara aman

- Perjanjian ini hanya bertahan selama dua tahun kerana orang Arab Quraisy melanggar syarat dengan

memberikan sokongan kepada Bani Bakar yang sedang berperang dengan Bani Khuza’ah

- Nabi Muhammad SAW bertindak tegas dengan menyediakan pasukan tentera untuk dihantar ke Makkah

- Perjanjian ini menjadi perintis kepada pembukaan semula kota Makkah

Page 19: 1 21 Pengenalan - leadersguidesite.files.wordpress.com · o kota paling penting dalam masyarakat Arab sebelum kemunculan Islam dan nama lamanya ... - bermaksud perjuangan untuk menegakkan

Bab 5 - Kerajaan Islam di Madinah

Muka Surat 19 / 21

Kenneth Wong 019-363 9338

[email protected]

Pembukaan Semula Kota Makkah

Orang Quraisy :

- Mencabuli (mencemari) salah satu syarat Perjanjian Hudaibiyah (630 Masihi/ 8H) dengan membantu Bani Bakar

untuk menyerang Bani Khuza’ah (sekutu Islam)

- Membunuh beberapa orang Bani Khuza’ah yang berpihak kepada Islam dan memberikan kesempatan Nabi Muhammad

SAW untuk menyerang Makkah

Reaksi Penduduk Makkah

- Kedatangan tentera Islam ke Makkah sangat dikhuatiri (worry) oleh orang Arab Quraisy terutamanya dalam kalangan

pembesar dan pemimpinnya serta mengakibatkan bapa saudara Nabi Muhammad SAW (al-Abbas) dan ketua Arab

Quraisy (Abu Sufian) memeluk agama Islam sebelum tentera Islam sampai ke Makkah

- Mereka memeluk Islam bukan kerana takut tetapi menyedari perjuangan sebelum ini adalah sia-sia

Strategi

- Baginda menyediakan empayar pasukan tentera (10 000 orang ) yang dibahagikan kepada empat pasukan dan diketuai

oleh panglima-panglima gagah dan berpengalaman

- Khalid bin al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin Ubadah, Zubair al-Awwam mengetuai empat pasukan tersebut

untuk memasuki bergerak ke Kota Makkah menerusi empat arah berlainan (utara, selatan, barat, barat daya)

- Taktik ini memberikan kejayaan yang besar kepada Islam untuk membuka semula kota Makkah tanpa halangan dan

rintangan yang besar kecuali pasukan Khalid bin al-Walid yang menerima segelintir tentangan orang Quraisy

Info Tambahan

- Merupakan satu strategi jangka panjang bagi meneruskan penyebaran Islam kerana kedudukan Islam akan

bertambah mantap jika Makkah dapat ditakluki

- Baginda berjaya menawan kota Makkah (Januari 30 Masihi / 8H) tanpa pertumpahan darah serta membuat tawaran

perlindungan kepada penduduk Makkah bahawa sesiapa yang masuk rumah Abu Sufian atau Masjidil Haram akan selamat

- Tentera Islam memasuki kota Makkah dan memusnahkan berhala-berhala yang terdapat di sekeliling Kaabah

Page 20: 1 21 Pengenalan - leadersguidesite.files.wordpress.com · o kota paling penting dalam masyarakat Arab sebelum kemunculan Islam dan nama lamanya ... - bermaksud perjuangan untuk menegakkan

Bab 5 - Kerajaan Islam di Madinah

Muka Surat 20 / 21

Kenneth Wong 019-363 9338

[email protected]

Kepentingan Pembukaan Semula Kota Makkah

Kepentingan

- Merupakan peristiwa penting, ramai orang Quraisy memeluk Islam dan kota Makkah menjadi kota suci hingga hari ini

- Baginda menunjukkan sifat pemaafnya terhadap orang Arab Quraisy yang memberikan kejayaan penyebaran Islam

- Pembukaan kota Makkah menyebabkan Kaabah dipelihara daripada unsur-unsur Jahiliah kerana semua berhala

yang terdapat di sekeliling kota Makkah dimusnahkan dan digantikan dengan agama yang menyembah Allah Yang

Maha Esa

- Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam dengan terdapatnya Kaabah serta menjadi tumpuan semua umat Islam

beribadat

- Kota Madinah tetap dijadikan sebagai pusat pentadbiran Islam. Nabi Muhammad SAW melantik seorang wakil untuk

mentadbir Makkah

Sebelum Pembukaan Makkah

- Pengislaman Abu Sufian dan Abbas (faktor penting) memudahkan kota Makkah dikuasai oleh orang Islam

- Nabi Muhammad SAW menjamin keselamatan mereka yang terkepung semasa pembukaan kota Makkah

Selepas Pembukaan Makkah

- Selepas berjaya menguasai Makkah, baginda tawaf sebanyak 7 kali mengelilingi Kaabah dan kemudian berpidato

kepada umat Islam dengan membaca ayat al-Quran yang menekankan kepentingan perpaduan diamalkan dalam

masyarakat pelbagai bangsa

- Negara Arab tunduk kepada kuasa pemerintahan Islam dan Nabi Muhammad SAW menghantar wakilnya ke

daerah-daerah luar Makkah untuk melaksanakan hukum Islam serta menyebarkan agama Islam

- Agama Islam berkembang dengan pesat dan semua wilayah Islam mengamalkan ajaran Islam dengan sepenuhnya

- Perkembangan ini menandakan bermulanya perkembangan Islam di kawasan-kawasan yang diduduki oleh orang

Islam secara aman tanpa paksaan daripada mana-mana pihak

Page 21: 1 21 Pengenalan - leadersguidesite.files.wordpress.com · o kota paling penting dalam masyarakat Arab sebelum kemunculan Islam dan nama lamanya ... - bermaksud perjuangan untuk menegakkan

Bab 5 - Kerajaan Islam di Madinah

Muka Surat 21 / 21

Kenneth Wong 019-363 9338

[email protected]

Amanat terakhir sebelum kewafatan Nabi Muhammad SAW

“Wahai sekalian manusia,ketahuilah bahawa kamu semua adalah daripada satu keturunan, iaitu keturunan Nabi Adam AS. Semulia-mulia manusia antara kamu di

sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang

teguh pada dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasullah”

Pro Fikiran

Antara syarat Perjanjian Hudaibiyah ialah gencatan senjata selama 10

tahun. Apakah keuntungan yang diperoleh oleh orang Islam dengan

mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun?

Peristiwa pembukaan kota Makkah dianggap penting kepada umat Islam.

Apakah sebab-sebab yang menyebabkan pembukaan semula kota Makkah?

A. Orang Quraisy cuba B. Orang Quraisy mencabuli

A. Berpeluang untuk melarikan diri B. Orang Islam dapat menyebarkan

dakwah

menyerang orang Islam

C. Kaum Quraisy menghasut Orang

Perjanjian Hudaibiyah

D. Orang Quraisy berpakat

C. Orang Islam dapat

mengumpulkan harta kekayaan

D. Nabi Muhammad SAW melancarkan

perang yang lebih besar

Islam supaya mengkhianati dengan orang Yahudi untuk

Nabi Muhammad SAW menyerang orang Islam

Apakah faktor penting yang memberikan kemenngan mudah semasa umat

Islam masuk ke kota Makkah?

Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani antara orang Islam dengan

kaum Musyikirin Makkah. Jelaskan kepentingan perjanjian

A. Dipimpin oleh panglima terkenal, iaitu Khalid bin al-Walid Hudaibiyah terhadap umat Islam.

B. Penduduk Makkah sudah lama tertarik oleh agama Islam - Pengiktirafan negara Islam - Ramai memeluk Islam

C. Pengislaman Abu Sufian dan al-Abbas - Sebarkan Islam - Islam semakin kuat

D. Sikap pemaaf Nabi Muhammad SAW - Program dakwah - Pembukaan kota Makkah

- Ketokohan Nabi Muhammad SAW - Menyelesaikan masalah dalaman

Tahun 622 Masihi 628 Masihi 630 Masihi

Peristiwa Nabi Muhammad SAW tinggal di Makkah Hijrah ke Madinah Perjanjian Hudiabiyah Pembukaan semula kota Makkah