tajuk 4 - :: amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-4_ilmu-dari... ·...

26
NordinTahir IPG Kampus Ipoh TAJUK 4: ILMU DARI PELBAGAI SUMBER MAKLUMAT

Upload: hoangquynh

Post on 01-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK 4 - :: Amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-4_ilmu-dari... · DIMENSI TELEVISYEN, VIDEO INTERNET JURNAL , ... ataupun patung yang menggambarkan kehidupan

NordinTahir

IPG Kampus Ipoh

TAJUK 4: ILMU DARI PELBAGAI

SUMBER MAKLUMAT

Page 2: TAJUK 4 - :: Amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-4_ilmu-dari... · DIMENSI TELEVISYEN, VIDEO INTERNET JURNAL , ... ataupun patung yang menggambarkan kehidupan

MENCARI ILMU DARI PELBAGAI SUMBER MAKLUMAT

MEDIA ELEKTRONIK

MEDIA BERCETAK

SUMBER MANUSIA

BERAUTORITI

SUMBER MEDIA 3 DIMENSI

TELEVISYEN, VIDEO

INTERNETJURNAL , BAHAN

GRAFIK, MAJALAH

GURU,

WAKIL RAKYAT,

PENGUATKUASA,

AHLI PERNIAGAAN,

PAKAR MOTIVASI

BAHAN REALIA,

DIORAMA, MOBIL,

BONEKA, TOPENG,

AKUARIUM, TERRARIUM

SUMBER

PERSEKITARAN

BUNYI,

WARNA,

CAHAYA,

TENAGA

2 Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Page 3: TAJUK 4 - :: Amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-4_ilmu-dari... · DIMENSI TELEVISYEN, VIDEO INTERNET JURNAL , ... ataupun patung yang menggambarkan kehidupan

1. Sumber Media Elektronik

Terdapat pelbagai jenis sumber media yang dapat kita

gunakan untuk memperolehi maklumat dan ilmu. Antaranya

adalah sumber dari media elektronik.

Media ini sangat berguna untuk memahami konsep yang

kompleks dan sukar difahami melalui lisan.

Terdapat dua jenis media elektronik iaitu audio visual dan

komputer.

Audio visual termasuk radio, televisyen dan video

manakala komputer pula merangkumi internet, emel,

perpustakaan maya, multimedia, pendidikan jarak jauh dan

sebagainya.

3 Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Page 4: TAJUK 4 - :: Amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-4_ilmu-dari... · DIMENSI TELEVISYEN, VIDEO INTERNET JURNAL , ... ataupun patung yang menggambarkan kehidupan

1.1 Televisyen

Televisyen merupakan suatu medium yang berkesan

dalam penyebaran maklumat dan ilmu.

Ia merangkumi pelbagai aspek seperti aspek ekonomi,

sosial, pendidikan, hiburan dan hal-ehwal kehidupan lain.

Rancangan pendidikan yang disiarkan melalui televisyen

sangat berguna dalam proses pembelajaran dengan

penggunaan pelbagai kesan bunyi dan grafik yang

mengujakan.

Rancangan pendidikan yang disiarkan di televisyen

kebiasaannya menggunakan sukatan pelajaran tertentu

yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.4 Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Page 5: TAJUK 4 - :: Amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-4_ilmu-dari... · DIMENSI TELEVISYEN, VIDEO INTERNET JURNAL , ... ataupun patung yang menggambarkan kehidupan

1.2 Video

Perakam video merupakan teknologi yang mudah dan

senang didapat pada harga yang berpatutan. Penggunaan

kemudahan ini amat pesat dan boleh dikatakan seluruh

rumah dan sekolah mempunyai kemudahan ini.

Penggunaannya sangat praktikal dan boleh digunakan di

dalam semua situasi tanpa menggunakan bilik gelap.

Antara alat yang diperlukan untuk menggunakan perakam

video ialah pita rakaman dan monitor televisyen serta kabel

penyambung yang sudah disediakan oleh pembekal.

Video dapat menayangkan gambar seperti televisyen,

dapat merangsang pemikiran, dapat menarik minat dan

dapat membantu individu dalam pembelajaran seharian.5 Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Page 6: TAJUK 4 - :: Amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-4_ilmu-dari... · DIMENSI TELEVISYEN, VIDEO INTERNET JURNAL , ... ataupun patung yang menggambarkan kehidupan

1.3 Komputer

Komputer ialah sebuah peranti elektronik yang boleh

menerima kemasukan data dan memprosesnya mengikut

satu set arahan, menyimpan arahan dan maklumat yang

diproses dan mengeluarkan hasil pemprosesan sebagai

output seperti fakta, nombor, huruf dan imej yang dikenali

sebagai data.

Arahan yang digunakan untuk menjalankan proses

dinamakan perisian atau software.

6 Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Page 7: TAJUK 4 - :: Amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-4_ilmu-dari... · DIMENSI TELEVISYEN, VIDEO INTERNET JURNAL , ... ataupun patung yang menggambarkan kehidupan

1.4 Internet

Internet ialah jaringan komputer antarabangsa yang terbesar dan

menghubungkan dari rumah, sekolah, universiti, pejabat dan pelbagai

organisasi.

Tekonologi ini dapat menghubungkan antara individu dan kelompok

manusia dengan individu dan kelompok manusia yang lain di seluruh

dunia.

Suasana pembelajaran seperti ini dapat membantu individu untuk

menguasai kemahiran-kemahiran kognitif yang diperlukan.

Internet dilihat sebagai alat untuk mengakses maklumat sendiri,

mengikut kebolehan sendiri dan pada kadar yang kendiri.

Internet telah merevolusikan dunia maya hari ini dengan

menggabungkan maklumat dalam bentuk teks, video, suara dan

animasi.

Penggunaan internet memudahkan lagi pembelajaran jarak jauh

dengan individu lain dari negara atau benua yang berlainan.7 Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Page 8: TAJUK 4 - :: Amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-4_ilmu-dari... · DIMENSI TELEVISYEN, VIDEO INTERNET JURNAL , ... ataupun patung yang menggambarkan kehidupan

2. Sumber Media Cetak

Media cetak merupakan media pembelajaran yang terawal dan

sehingga kini masih lagi digunakan dalam perpindahan ilmu di

bilik darjah atau di mana sahaja.

Walaupun mendapat saingan hebat dari media-media

pembelajaran yang lain, ia tetap kekal menjadi medium utama

dalam pembelajaran dan pengajaran. Terdapat tiga bentuk media

cetak :

i. Merupakan sumber untuk memberi hiburan atau mengisi masa

lapang. Contohnya seperti majalah hiburan dan sebagainya.

ii. Merupakan sumber maklumat seperti surat khabar, majalah

ilmiah, jurnal, risalah, ensiklopedia, buku panduan dan

sebagainya.

iii. Berkaitan sumber pengajaran dan pembelajaran seperti buku

teks, teks pengajaran terancang termasuk modal pengajaran,

buku kerja dan nota edaran.8 Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Page 9: TAJUK 4 - :: Amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-4_ilmu-dari... · DIMENSI TELEVISYEN, VIDEO INTERNET JURNAL , ... ataupun patung yang menggambarkan kehidupan

2.1 Bahan Grafik

Didefinasikan sebagai gambaran visual dua dimensi

yang dicipta serta digubah khas untuk menyampaikan

mesej dan maklumat.

Terdapat beberapa jenis bahan grafik yang sesuai

sumber pembelajaran iaitu carta, graf, poster dan lukisan

kartun.

Antara prinsip grafik yang sesuai sebagai sumber

pembelajaran ialah kesederhanaan, penyatuan, garisan,

imbangan warna dan susunan.

9 Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Page 10: TAJUK 4 - :: Amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-4_ilmu-dari... · DIMENSI TELEVISYEN, VIDEO INTERNET JURNAL , ... ataupun patung yang menggambarkan kehidupan

3. Sumber Persekitaran

Sumber persekitaran ini dapat menjadikan individu itu

memahami alam sekitar dan bertanggungjawab terhadap

alam sekitar yang didiami.

Cara terbaik untuk memperoleh maklumat dari alam

sekitar adalah melalui bunyi, bau, pergerakkan, warna dan

tenaga.

10 Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Page 11: TAJUK 4 - :: Amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-4_ilmu-dari... · DIMENSI TELEVISYEN, VIDEO INTERNET JURNAL , ... ataupun patung yang menggambarkan kehidupan

3.1 Bunyi:

Tanpa bunyi dunia akan menjadi sepi dan segalanya tidak memberi

makna kepada manusia.

Bunyi merangsang deria pendengaran manusia kerana telinga

bertindakbalas kepada getaran berfrekuensi antara 15 sehingga 20 000

hertz. Hertz adalah unit frekuensi yang bersamaan satu pusingan sesaat.

Bunyi melebihi 20 000 hertz dipanggil bunyi ultrasonik.

Bunyi yang bising menganggu tumpuan pembelajaran namun ada juga

bunyi yang menyenangkan dan dapat memberi maklumat kepada individu

seperti bunyi air terjun, bunyi runut lagu yang perlahan, deruan ombak

pantai, bunyi percikan air di sungai dan juga bunyi kicauan burung yang

dapat mendamaikan hati.

Jika ingin membuat persembahan, elemen bunyi merupakan sesuatu

yang amat penting kepada audien.

11 Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Page 12: TAJUK 4 - :: Amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-4_ilmu-dari... · DIMENSI TELEVISYEN, VIDEO INTERNET JURNAL , ... ataupun patung yang menggambarkan kehidupan

3.2 Warna:

Warna merupakan sesuatu elemen yang dapat membangkitkan

keceriaan di dalam kehidupan.

Warna asas adalah warna merah, biru dan hijau yang dinamakan warna

primier manakala warna kuning, ungu dan jingga adalah warna sekunder.

Warna objek yang dilihat mata adalah bergantung kepada warna

cahaya yang menyinari objek dan warna cahaya yang dipantulkan oleh

objek.

Pigmen adalah bahan yang menyerap dan memantulkan warna cahaya

tertentu dan diperolehi daripada mineral dan bahan organik.

Warna digunakan oleh manusia untuk pelbagai kegunaan kerana dapat

mendatangkan perasaan ceria dan kegembiraan.

Warna juga mempunyai mod-mod yang tertentu seperti wana sejuk

seperti warna hijau dan biru atau campuran keduanya. Warna panas

seperti warna jingga dan merah atau campuran antara keduanya.

12 Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Page 13: TAJUK 4 - :: Amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-4_ilmu-dari... · DIMENSI TELEVISYEN, VIDEO INTERNET JURNAL , ... ataupun patung yang menggambarkan kehidupan

3.3 Cahaya:

Cahaya ialah sejenis pancaran elektromagnet sama jenis

dengan haba radiasi, gelombang radio dan juga sinar-X.

Cahaya merambat dalam satu garisan lurus.

Penyerakan cahaya merupakan proses pemesongan atau

pemantulan cahaya dari jaluran asal oleh zarah-zarah halus.

Penyebaran cahaya merupakan penguraian cahaya putih

kepada tujuh juzuk warna.

Cahaya merah paling sedikit dibias kerana bergerak laju

dalam kaca diikuti jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan

ungu.

Tanpa cahaya manusia tidak dapat menerima sebarang

maklumat dari persekitaran dan tidak dapat mengetahui

warna sesuatu bahan kerana warna terjadi akibat pantulan

cahaya matahari yang mengenai permukaan yang berwarna.

13 Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Page 14: TAJUK 4 - :: Amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-4_ilmu-dari... · DIMENSI TELEVISYEN, VIDEO INTERNET JURNAL , ... ataupun patung yang menggambarkan kehidupan

3.4 Tenaga:

Gaya hidup kini begitu maju kerana adanya sumber tenaga.

Perbezaan zaman dahulu dan moden adalah adanya

tenaga.

70% penggunaan tenaga dunia adalah berasal dari

petroleum fosil.

Namun bahan api fosil adalah bersifat tidak boleh

diperbaharui dan akan habis pada suatu masa nanti.

Di era ini, perkembangan tenaga nuklear semakin

berkembang dan semakin banyak negara yang

mengaplikasikan kemudahan tenaga nuklear bertujuan untuk

menjanakan janakuasa elektrik.

Selain itu tenaga nuklear juga digunakan untuk

menggerakkan kapal selam, kapal besar dan satelit.

14 Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Page 15: TAJUK 4 - :: Amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-4_ilmu-dari... · DIMENSI TELEVISYEN, VIDEO INTERNET JURNAL , ... ataupun patung yang menggambarkan kehidupan

4. Sumber Media 3 Dimensi

4.1 Bahan Realia:

Bahan realia ialah bahan-bahan yang sebenar. Contoh bahan

realia adalah seperti daun dan haiwan kecil yang berada di

persekitaran.

Bahan realia ini boleh dibahagikan kepada 2 konteks iaitu : bahan

realia dalam konteks dan juga bahan realia di luar konteks.

Bahan-bahan dalam konteks ialah bahan yang sebenarnya yang

tidak terdapat di sekeliling bilik pembelajaran. Contohnya untuk

mengkaji dan mengetahui hakisan hujan kepada tebing sungai.

Maka kita haruslah pergi ke tebing sungai untuk mengkajinya.

Manakala bahan realia di luar konteks pula ialah bahan-bahan

sebenar yang terdapat di sekeliling bilik pembelajaran. Contohnya

motosikal yang boleh dibawa masuk ke bilik darjah untuk

pembelajaran.

15 Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Page 16: TAJUK 4 - :: Amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-4_ilmu-dari... · DIMENSI TELEVISYEN, VIDEO INTERNET JURNAL , ... ataupun patung yang menggambarkan kehidupan

4.2 Diorama

Bermaksud paparan tiga dimensi yang menunjukkan

pemandangan tempat asal kejadian.

Diorama banyak digunakan di muzium yang bersaiz hidup

untuk bahan asal yang kecil. Contohnya untuk mengetahui

berkaitan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka, maka di

Muzium Orang Asli Melaka ada memaparkan diorama

ataupun patung yang menggambarkan kehidupan sebenar

masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka.

Diorama penting sebagai pengganti kepada suatu

suasana dahulu yang sudah tidak wujud pada waktu

sekarang.16 Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Page 17: TAJUK 4 - :: Amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-4_ilmu-dari... · DIMENSI TELEVISYEN, VIDEO INTERNET JURNAL , ... ataupun patung yang menggambarkan kehidupan

4.3 Mobil

Diambil dari perkataan inggeris yang bermaksud

bergerak.

Mobil biasanya dibuat dari bahan-bahan yang terbuang

dan mudah dibawa ke mana sahaja untuk digunakan.

Ia mudah didapati di mana sahaja kerana mudah untuk

digerakkan ke mana sahaja.

Boleh digunakan di dalam penyampaian maklumat

kerana dapat menarik perhatian sesiapa sahaja.

17 Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Page 18: TAJUK 4 - :: Amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-4_ilmu-dari... · DIMENSI TELEVISYEN, VIDEO INTERNET JURNAL , ... ataupun patung yang menggambarkan kehidupan

4.4 Boneka

Boneka ialah figura animasi yang digunakan untuk

persembahan sesebuah teater.

Boleh mewakili manusia, binatang dan personafikasi

mistik kerana terdiri dari pelbagai saiz, bentuk dan warna.

Bermula semenjak tamadun manusia wujud lagi dan

mudah dibawa ke mana sahaja dan hanya menggunakan jari

dan tangan untuk mengawalnya.

Dapat memberi kefahaman dan ingatan jangka pendek

kepada penonton.

18 Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Page 19: TAJUK 4 - :: Amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-4_ilmu-dari... · DIMENSI TELEVISYEN, VIDEO INTERNET JURNAL , ... ataupun patung yang menggambarkan kehidupan

4.5 Topeng

Digunakan untuk menutup muka di dalam

persembahan teater dan memberi simbol kepada

pemakai.

Tujuannya untuk berkomunikasi dengan menggunakan

identiti yang berlainan.

Biasanya diperbuat daripada kayu, kulit, kertas, plastik

dan direka dengan pelbagai bentuk.

Membuat topeng merupakan aktiviti seni dalam banyak

budaya.

19 Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Page 20: TAJUK 4 - :: Amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-4_ilmu-dari... · DIMENSI TELEVISYEN, VIDEO INTERNET JURNAL , ... ataupun patung yang menggambarkan kehidupan

4.6 Akuarium

Merupakan tangki kaca yang diisi air di dalamnya.

Biasanya berbentuk empat segi dan didindingi cermin.

Digunakan untuk meletakkan hidupan akuatik untuk

tujuan perhiasan.

Di sekolah kebiasaannya digunakan untuk memelihara

hidupan akuatik seperti ikan, katak, berudu, ulat air, lumut,

rumpai air dan sebagainya.

20 Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Page 21: TAJUK 4 - :: Amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-4_ilmu-dari... · DIMENSI TELEVISYEN, VIDEO INTERNET JURNAL , ... ataupun patung yang menggambarkan kehidupan

4.7 Terrarium

Terrarium atau Vivarium dikenali sebagai taman gelas.

Ia didindingi dengan kaca di sekeliling bertujuan untuk

menyimpan tumbuhan, rumpai, serangga atau binatang-

binatang kecil yang lain.

Ianya bertujuan untuk perhiasan dan juga kajian bagi

proses pembelajaran.

Terrarium telah digunakan sejak 500 sebelum masehi

untuk meletakkan pokok-pokok hiasan.

Pada zaman moden, terrarium dicipta oleh Nanthaniel

Ward di London, England sekitar 1827 bertujuan untuk

melindungi pokok tanaman beliau dari mati kerana

pencemaran udara di kota London.21 Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Page 22: TAJUK 4 - :: Amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-4_ilmu-dari... · DIMENSI TELEVISYEN, VIDEO INTERNET JURNAL , ... ataupun patung yang menggambarkan kehidupan

5. SUMBER MANUSIA BERAUTORITI

5.1 Guru/ Pensyarah:

Guru dan pensyarah merupakan golongan yang terpilih untuk

mendidik. Mereka perlu mempunyai sifat mendidik dengan penuh kasih

sayang dan kemesraan.

Guru menjadi sumber rujukan dan juga khidmat nasihat kepada pelajar

di bawah didikannya. Jesteru individu yang bergelar guru mempunyai

tanggungjawab yang besar untuk menjadi contoh terbaik kepada anak

didik mereka.

Guru merupakan suatu sumber yang merangkumi semua aspek

seperti aspek pendidikan, aspek kerjaya, aspek kehidupan dan aspek-

aspek yang berkaitan dengan pengalaman pendidikan keguruan.

Sumber maklumat dari seorang guru merupakan sumber maklumat

yang terbaik untuk seorang pelajar.

Guru boleh menjadi pemimpin dan membahaskan segala isu-isu yang

diutarakan oleh pelajar mereka.22 Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Page 23: TAJUK 4 - :: Amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-4_ilmu-dari... · DIMENSI TELEVISYEN, VIDEO INTERNET JURNAL , ... ataupun patung yang menggambarkan kehidupan

5.2 Wakil Rakyat

Wakil rakyat merupakan insan yang dipilih oleh masyarakat setempat

untuk mewakili mereka dalam sesuatu kawasan tertentu.

Wakil rakyat kebanyakannya mempunyai keistimewaan yang

menyebabkan mereka diangkat menjadi wakil penduduk setempat.

Antara keistimewaan yang terdapat pada seorang ahli politik adalah

seperti kepimpinan, komunikasi, cekap menyelesaikan masalah, ramah

mesra, peka kepada persekitaran dan sebagainya.

Mereka pandai berpidato dan dapat memikat audien yang mendengar.

Banyak maklumat yang dapat diperolehi dari mereka seperti dasar-

dasar negara, pengurusan persatuan, pembangunan, nilai-nilai dan lain-

lain isu yang berkaitan.

Ini kerana mereka kerap bermesyuarat dan berbincang mengenai

dasar-dasar berkaitan dalam dan luar negara.23 Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Page 24: TAJUK 4 - :: Amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-4_ilmu-dari... · DIMENSI TELEVISYEN, VIDEO INTERNET JURNAL , ... ataupun patung yang menggambarkan kehidupan

5.3 Penguatkuasa

Penguatkuasa adalah orang atau pihak yang menguatkuasa

sesuatu undang-undang dan juga dasar-dasar tertentu dalam negara.

Mereka yang menguatkuasakan segala undang-undang di dalam

negara dan memastikan negara berada di dalam keadaan yang aman

untuk menjamin kesejahteraan rakyat.

Antara maklumat yang dapat diperolehi dari mereka adalah

berkaitan undang-undang dan peraturan sesebuah negeri, badan

atau persatuan.

Mereka juga boleh memberi maklumat berkaitan perlaksanaan

sesuatu penguatkuasaan ; jenis-jenis hukum, bentuk operasi,

perlaksanaan dan juga pencegahan.

24 Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Page 25: TAJUK 4 - :: Amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-4_ilmu-dari... · DIMENSI TELEVISYEN, VIDEO INTERNET JURNAL , ... ataupun patung yang menggambarkan kehidupan

5.4 Ahli Perniagaan

Ahli perniagaan adalah individu yang menjalani kehidupan sara

hidup menggunakan aktiviti perniagaan.

Ahli perniagaan yang berjaya turut menyumbang kepada ekonomi

negara melalui pembayaran cukai dan dibayar kepada kerajaan.

Terdapat pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan jual beli,

hartanah, pengiklanan, perundingan, makanan dan seumpamanya.

Mereka dapat kita jadikan sumber pemerolehan ilmu yang penting

seperti strategi perniagaan yang digunakan dalam perniagaan untuk

membawa jumlah keuntungan yang banyak.

Selain itu kita juga boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu

produk yang dikeluarkan oleh syarikat mereka.

Sistem pengurusan perniagaan yang bersistematik juga dapat

diperolehi dari mereka kerana mereka merupakan orang yang paling

layak untuk memberi maklumat mengenai sistem dan strategi

perniagaan di dunia.25 Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Page 26: TAJUK 4 - :: Amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-4_ilmu-dari... · DIMENSI TELEVISYEN, VIDEO INTERNET JURNAL , ... ataupun patung yang menggambarkan kehidupan

5.5 Pakar Motivasi

Terdapat pelbagai bentuk pakar motivasi di dalam

negara seperti yang berkaitan pendidikan, rumahtangga

dan juga kerjaya.

Cara percakapan, berkomunikasi dan berceramah

dapat memberi motivasi kepada orang ramai.

Mereka berpengetahuan luas dalam sifat-sifat manusia

dan mampu mendorong orang ramai untuk menjadi lebih

dinamik.

Mereka mengamalkan apa yang mereka tahu dan

mengamalkan perkara yang mereka mahir.

Mereka dapat memberi pemikiran yang positif kepada

manusia.26 Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.