08 - hns2013 - unit 5 masyarakat majmuk dan hubungan kaum

14
Masyarakat Majmuk dan Hubungan Kaum | 82 UNIT 5 MASYARAKAT MAJMUK DAN HUBUNGAN KAUM HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan tentang konsep Masyarakat Majmuk. 2. Menjelaskan pembentukan masyarakat Majmuk di Malaysia. 3. Mengetahui kesan kedatangan masyarakat Majmuk. 4. Melihat pola hubungan kaum dan usaha ke arah merapatkan hubungan kaum di Malaysia. PENGENALAN Bab ini akan mendekati konsep masyarakat majmuk di Malaysia kesan daripada dasar penjajah. Konsep masyarakat majmuk boleh difahami dengan melihat kepada definisi yang diutarakan oleh F.S. Furnival. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bukan suatu yang baru di mana konsep ini sudah ada semenjak di alam Melaka lagi iaitu dengan kehadiran pedagang-pedagang dari luar seperti Cina, India dan lain-lain telah berinteraksi dengan masyarakat tempatan dan ada setengah dari mereka telah membina penempatan di Melaka dan ada sesetengahnya telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan juga ada yang memainkan peranan yang penting dalam pentadbiran kerajaan Melaka. Situasi pada masa ini adalah amat baik dan aman damai sebab tidak ada kepentingan untuk wujudnya konflik disebabkan kedatangan masyarakat luar adalah untuk berdagang dan kewujudannya adalah dalam bentuk minoriti dalam masyarakat Melaka. Namun begitu, selepas era penjajahan keadaan demografi masyarakat berubah dengan drastik dan kemasukan kaum Cina dan India di Malaysia telah merubah bukan sedikit struktur sosial masyarakat. Perubahan ini memberikan kesan yang besar bukan sahaja kepada ekonomi, politik dan sosial tetapi juga kepada perlembagaan dan sistem pendidikan kita.

Upload: manupsipjj

Post on 31-Dec-2014

163 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 08 - Hns2013 - Unit 5 Masyarakat Majmuk Dan Hubungan Kaum

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 82

UNIT 5

MASYARAKAT MAJMUK DAN HUBUNGAN KAUM

HASIL PEMBELAJARANDi akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menerangkan tentang konsep Masyarakat Majmuk.2. Menjelaskan pembentukan masyarakat Majmuk di Malaysia.3. Mengetahui kesan kedatangan masyarakat Majmuk.4. Melihat pola hubungan kaum dan usaha ke arah merapatkan hubungan kaum di

Malaysia.

PENGENALANBab ini akan mendekati konsep masyarakat majmuk di Malaysia kesan daripada dasarpenjajah. Konsep masyarakat majmuk boleh difahami dengan melihat kepada definisi yangdiutarakan oleh F.S. Furnival. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bukan suatu yangbaru di mana konsep ini sudah ada semenjak di alam Melaka lagi iaitu dengan kehadiranpedagang-pedagang dari luar seperti Cina, India dan lain-lain telah berinteraksi denganmasyarakat tempatan dan ada setengah dari mereka telah membina penempatan di Melakadan ada sesetengahnya telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan juga ada yangmemainkan peranan yang penting dalam pentadbiran kerajaan Melaka. Situasi pada masa iniadalah amat baik dan aman damai sebab tidak ada kepentingan untuk wujudnya konflikdisebabkan kedatangan masyarakat luar adalah untuk berdagang dan kewujudannya adalahdalam bentuk minoriti dalam masyarakat Melaka. Namun begitu, selepas era penjajahankeadaan demografi masyarakat berubah dengan drastik dan kemasukan kaum Cina dan Indiadi Malaysia telah merubah bukan sedikit struktur sosial masyarakat. Perubahan ini memberikankesan yang besar bukan sahaja kepada ekonomi, politik dan sosial tetapi juga kepadaperlembagaan dan sistem pendidikan kita.

Page 2: 08 - Hns2013 - Unit 5 Masyarakat Majmuk Dan Hubungan Kaum

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 83

ISI KANDUNGAN

KONSEP MASYARAKAT MAJMUK

Gambar 5.1: Anak-anak di Malaysia adalah masyarakat yang bermajmuk

Apa yang anda dapat jelaskan melalui gambar ini? Inilah senario kita di Malaysia yang terdiridaripada pelbagai kaum yang dicirikan dengan perbezaan yang ketara antara ras dan budaya.

Menurut F.S. Furnival konsep masyarakat majmuk adalah:

i- Terdiri daripada penduduk berbagai kaum yang mempunyai dan mengamalkankebudayaan, agama dan adat resam yang berbeza antara satu sama lain.

ii- Masyarakat yang mempunyai dua atau lebih unsur kebudayaan atau susunan sosialyang tinggal berdampingan tetapi tidak bercampur walaupun hidup di dalam satu unitpolitik yang sama.

iii- Rakyat dari keturunan asal yang berbeza lebih suka hidup didalam kawasanpetempatan yang berasingan.

iv- Kehidupan masyarakat bercirikan pertentangan, konflik dan paksaan.v- Interaksi sosial antara anggota masyarakat sangat terbatas, interaksi yang berlaku

hanya terhad dalam kegiatan ekonomi berjual beli.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Shamsul Amri masyarakat di Malaysia dikategorikan sebagai”stable tension”. Keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa hubungan kaum di Malaysia jikatidak dipupuk akan menjurus kepada pertembungan etnik yang memberikan kesan yang tidakbaik sebagaimana peristiwa hitam yang pernah berlaku dalam sejarah negara iaitu rusuhan

Page 3: 08 - Hns2013 - Unit 5 Masyarakat Majmuk Dan Hubungan Kaum

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 84

kaum 13 Mei 1969. Oleh itu, masyarakat majmuk di Malaysia haruslah dipupuk dan disemaiagar peristiwa itu tidak berulang.

Kewujudan pemajmukan pada masa ini adalah disebabkan oleh perdagangan danmembawa kepada kemunculan petempatan-petempatan asing. Selain itu, ada juga pedagang-pedagang tadi yang menetap dan mendirikan rumahtangga dengan penduduk tempatan.Misalnya dengan kewujudan golongan Baba dan Nyonya serta Chettiar. Kehadiran parapenjajah ke Melaka seperti Portugis, Belanda dan British pula telah menggalakkan lagi prosespemajmukan ini berlaku terutama semasa penjajahan British di Tanah Melayu yang membawakepada dimensi baru kepada proses pemajmukan masyarakat di Malaysia.

Kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia ditandai dengan tiga golongan etnik yangutama antaranya Melayu, Cina dan India. Kemajmukan ini pula diwarnai lagi oleh kaum-kaumyang lain seperti kaum-kaum pribumi di Sabah dan Sarawak. Kaum-kaum pribumi di Sabahseperti Kadazan-Dusun, Bajau, Murut, Sulu, Iranum dan sebagainya. Masyarakat Pribumi diSarawak pula seperti Iban, Dayak, Bidayuh, Penan, Kelabit, Melanau, Orang Ulu, Kedayan dansebagainya. Selain itu, di Semenanjung Malaysia terdapat kaum-kaum seperti Orang Asli,Baba-Nyonya, Chettiar, Serani, Siam dan sebagainya. Mengikut Perlembagaan Malaysiaterdapat lebih daripada 40 suku etnik dengan sekurang-kurangnya 20 suku etnik di Sabah dan20 suku etnik di Sarawak.

Kewujudan masyarakat majmuk ini bukan sahaja pada bangsanya sahaja tetapi jugaadalah berdasarkan agama dan cara hidup, pola petempatan, pekerjaan dan pendidikan.Misalnya agama Islam merujuk kepada agama anutan sebahagian besar bangsa Melayu.Begitu juga agama-agama lain seperti Kristian (Cina dan India), Buddha (Cina), Hindu (India),Sikh (Punjab), Konfucious (Cina), Taois (Cina) dan Pagan (Orang Asli) mewakili kaum-kaumtertentu. Agama-agama tersebut menjadi agama yang penting di Malaysia sekarang ini. Namunbegitu, jika merujuk kepada masyarakat majmuk kaum Cina dan India adalah merupakanmasyarakat yang telah dibawa masuk ke Malaysia oleh penjajah atas dasar perekonomian.Perbincangan selepas ini akan membincangkan aspek kehadiran imigran Cina dan India keTanah Melayu.

Masyarakat Sebelum Kedatangan Barat

Tahukah anda sebelum terbentuknya masyarakat majmuk di Alam Melayu atau khasnyaNegeri-negeri Melayu masyarakat di kawasan ini adalah hampir kesemuanya adalah daripadakaum Melayu? Pembentukan masyarakat majmuk secara intensif bermula bila kedatanganBritish khasnya ke Tanah Melayu atas faktor utamanya dalam menggerakkan aktiviti ekonomi.Masyarakat luar yang datang sebelum kedatangan barat adalah berlaku dalam jumlah yangkecil dan hanya tertumpu di beberapa tempat yang aktif dengan aktiviti perdagangan sahajaseperti Melaka, Kuala Terengganu, Sungai Jorhor, Sungai Pahang dan Kelantan. Kedatanganmereka tidak ada niat lain dan mereka datang dengan alasan perdagangan. Justeru kita tidakpernah mendengar konflik dan masalah perkauman wujud pada zaman ini. Peperangan yangberlaku adalah lebih menjurus kepada perang saudara seperti perebutan takhta dalam kerabat

Page 4: 08 - Hns2013 - Unit 5 Masyarakat Majmuk Dan Hubungan Kaum

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 85

Raja-raja Melayu. Mereka datang secara sukarela dan mereka mudah mengadaptasi danberasimilasi dengan masyarakat setempat khasnya dalam budaya Melayu.

Kelompok pedagang ini datang untuk berdagang secara suka rela untuk mencarikehidupan dan kekayaan. Kedatangan mereka disertai bersama oleh ahli keluarga yang terdiridaripada anak dan isteri. Jika mereka mengambil keputusan untuk terus menetap di AsiaTenggara maka sudah tentu keputusan mereka itu merupakan keputusan yang berasaskanpersetujuan sebulat suara bersama ahli keluarga masing-masing. Keputusan hidup yangterhasil daripada persetujuan tanpa paksaan ini menjamin ketenangan fikiran dan perasaanpara pendatang tersebut. Hasilnya, mereka berjaya mewujudkan interaksi yang harmonidengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yang telah sedia ada di duniabaru mereka. Manifestasi asimilasi yang harmoni ini terjelma di dalam kehidupan pluralitimasyarakat pada zaman tersebut. Para pendatang secara suka rela sanggup berkahwindengan orang tempatan. Contohnya, masyarakat Cina Baba ialah keturunan Cina yang telahberkahwin dengan masyarakat tempatan. Di samping, mereka juga mengamalkan budayakehidupan seharian orang-orang Melayu. Selain daripada itu, amalan dan adat resam yangdibawa masuk oleh pendatang ini juga diterima pakai oleh penduduk tempatan. Adatbersanding, bunga manggar dan bunga telur di dalam majlis perkahwinan adalah asimilasipenduduk tempatan dengan pendatang dari India.

Apakah bentuk hubungan kaum yang berlaku sebelum kedatangan penjajahbarat ke Alam Melayu? Bincangkan.

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

Pembentukan Masyarakat Semasa Kedatangan Barat

Pembentukan masyarakat selepas zaman kedatangan orang-orang Barat berbeza dengansebelum kedatangan mereka. Kaum China dan India telah dibawa masuk ke Asia Tenggaraadalah demi kepentingan ekonomi-politik British. Mereka dibawa masuk khas untuk bekerjasebagai buruh. Buruh-buruh China dikerah untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah danemas. Manakala buruh-buruh India pula dikerah untuk bekerja di ladang-ladang getah. Hanyamereka dibawa masuk secara paksa ke sini tanpa turut disertai kaum keluarga seperti isteri dananak-anak. Akibatnya, hasrat untuk kembali ke tanah air masing-masing pada satu hari nantitidak pernah padam di dalam sanubari mereka. Hasilnya, mereka gagal berasimilasi denganpenduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yang wujud di Asia Tenggara. Olehkerana hasrat untuk kembali ke tanah air tidak tercapai maka mereka mewujudkan kelompokmasyarakat berserta dengan sosial-politik-agama mereka sendiri. Keadaan ini selanjutnyamewujudkan kelompok-kelompok masyarakat yang hidup di dalam dunia mereka sendiri danterasing daripada kelompok yang lain walaupun di tempat yang sama. Akibatnya, setiap

Page 5: 08 - Hns2013 - Unit 5 Masyarakat Majmuk Dan Hubungan Kaum

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 86

kelompok gagal mengenali antara satu sama lain. Inilah masyarakat plural seperti yangdimaksudkan oleh Furnivall.

Walaupun sebelum kedatangan Inggeris ke Asia Tenggara telah dikunjungi kuasa-kuasaEropah seperti Portugis, Belanda dan Sepanyol. Namun, kedatangan Inggeris membawafenomena yang berbeza. Kuasa-kuasa Eropah lain lebih banyak menekankan imperialisme didalam misi-misi kedatangan mereka. Inggeris pula menggunakan ‘senjata’ serampang duamata di dalam misi penjajahan mereka iaitu imperialisme dan kolonialisme. Ertinya, merekamenjajah kedua-dua aspek fizikal dan mental masyarakat yang dijajah. Mereka meragut semuayang ada di dalam kehidupan masyarakat yang dijajah. Dari aspek imperialisme, merekamenjajah secara fizikal di mana segala kekayaan muka bumi akan diperah demi untukkepentingan ekonomi negara mereka sendiri. Oleh itu, hasil-hasil bumi seperti bijih timah danemas perlu diragut. Maka untuk itu buruh dari negara China perlu dibawa masuk untukmengusahakan lombong-lombong tersebut. Manakala untuk mengusahakan ladang getah pula,mereka menggunakan khidmat tenaga-tenaga buruh dari negara India. Dari segi kolonialismepula mereka memperkenalkan sistem sosial-politik-agama mereka kepada penduduk tempatan.Sistem sosial-politik-agama tempatan perlahan-lahan ditukar ganti dengan sistem sosial-politik-agama mereka. Hasilnya, mereka berjaya menjajah dan mengawal kehidupan masyarakatperibumi yang ramai dengan jumlah mereka yang sedikit sahaja. Sebagaimana yang berlaku diIndia di mana hanya 120,000 orang Inggeris berjaya memerintah 600 juta orang India. Makadikatakan inilah permulaan kepada pemisahan di antara pluralistik dan masyarakat plural.

Kerajaan Melaka dan Masyarakat Majmuk

Zaman empayar Melaka merupakan zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaanMelayu. Melaka diperintah oleh para sultan dan pembesar yang mempunyai Misi dan visi yanghebat. Bermula dengan zaman Parameswara yang menjadi pengasas pertama melaka.Kemudian diwarisi oleh sultan yang bewibawa seperti Sultan Muzaffar Syah (1446-1456),Sultan Mansur Syah (1456-1477), Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488), dan SultanMahmud Syah (1488-1511). Melaka menakluki hampir seluruh Semenanjung Tanah Melayuserta sebahagian pulau Sumatera seperti Aru, Rokan, Siak, Kampar, Inderagiri dan KepulauanRiau-Ringga. Kebangkitan Melaka juga dipengaruhi oleh hubungan luar contohnya denganChina. Dinasti Ming telah menghantar Laksamana Cheng Ming dan Cheng Ho untukmengadakan hubungan persahabatan, diplomatik dan perniagaan dengan Melaka. Empayarmelaka merupakan tempat pertemuan para pedagang daripada pelosok dunia sehingga ianyadigelar The Venice Of The East. Pelabuhannya begitu sibuk dengan ribuan kapal berulang-alikmelalui Selat Melaka. Pemerintahan dijalankan dengan sikap yang penuh diplomasi danterbuka. Para pegawai istana bukan sahaja terdiri dari kalangan orang-orang Melayu tempatantetapi juga para bangsa-bangsa asing yang datang berdagang dan seterusnya menetap diMelaka.

Terdapat orang India yang dilantik menjawat jawatan di dalam istana sultan Melaka.Perkahwinan campur di antara pemerintah Melaka dengan anak pemerintah China jugaberlaku. Contohnya perkahwinan di antara Sultan Mansur Syah dengan Puteri Hang Li Po yangdidakwa sebagai puteri Raja China. Ringkasnya pemerintah pada ketika itu telah mengambilkira keharmonian di antara kaum. Kewujudan Empayar Melayu Melaka dengan segala

Page 6: 08 - Hns2013 - Unit 5 Masyarakat Majmuk Dan Hubungan Kaum

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 87

kehebatannya amat berkait rapat dengan pengamalan hukum-hukum Islam. PerlembagaanMelaka yang dilaksanakan berdasarkan ajaran Islam menyumbang besar kepada kemakmurandan kemajuan sistem pemerintahan Melaka. Pemerintah Melaka amat menghormati ajaranIslam dan menjadikan istana sebagai pusat perkembangan Islam. Peranan Islam begitu pentingketika itu apabila ia dijadikan syarat untuk menjawat jawatan tinggi dalam hierarki pentadbirandi Melaka. Contohnya, pemimpin dikehendaki mengetahui dan memahami Hukum KanunMelaka.

Undang-undang Melaka yang disusun lengkap dan dijadikan undang-undangpemerintahan terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah Hukum Kanun Melaka yangmengandungi Undang-undang Jenayah, Undang-undang Muamalah, Undang-undang Keluarga,Undang-undang Keterangan dan Acara syarat-syarat menjadi pemerintah serta tanggungjawabterhadap pemerintahan. Kedua ialah Undang-undang Laut Melaka. Ianya berhubung denganperaturan pelayaran dan perniagaan, kesalahan jenayah perniagaan dan bidang kuasanakhoda kapal serta kes-kes yang berkaitan.

Di dalam Hukum Kanun Melaka, undang-undang jenayah terbahagi kepada 4 bahagianiaitu Qisas, Hudud, Ta’zir dan Diat. Undang-undang Jenayah Islam seperti hudud, qisas, dandiat dijalankan. Segala bentuk maksiat termasuk judi dilarang sama sekali. Sebelum erapenjajahan bermula di Semenanjung Tanah Melayu, masyarakat sudah hidup di bawahnaungan undang-undang Islam terutamanya di Melaka. Di bawah pelaksanaan undang-undangini, Kerajaan Melayu Melaka menjadi kerajaan dan kuasa Islam yang berpengaruh di rantauAsia Tenggara. Sejarah Melaka dijadikan rujukan untuk membuktikan bahawa sistem hidupyang dianjurkan oleh Allah merupakan undang-undang tempatan dan negeri yang telah diterimapakai sebelum kedatangan penjajah lagi. Kemajmukan masyarakat sama sekali tidak bolehdijadikan helah untuk tidak melaksanakan undang-undang Islam

Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka kedua-duanya berteraskanajaran Islam telah dilaksanakan di dalam pemerintahan Melaka telah membuktikan bahawaperlaksanaan Islam yang sebenar akan mendatangkan kemajuan dan kemakmuran di dalamkehidupan manusia. Tidak wujud sama sekali unsur-unsur keganasan di dalam pemerintahankerajaan Melaka.

Perdagangan berjalan begitu rancak dan subur. Ini semua adalah hasil daripadasistem pemerintahan terbuka dan pelabuhan pula ditadbir dengan sangat cekap. Oleh keranatidak ada hasil bumi yang dieksport (kecuali sedikit timah) serta keadaan tanah yang kurangsesuai untuk pertanian, Melaka dibangunkan sebagai pelabuhan transit di Selat Melaka.Keuntungan yang diperoleh bergantung kepada jumlah barang dagangan yang masuk dankeluar pelabuhan. Penguasaan Melaka terhadap kawasan-kawasan takluknya juga mempunyaikepentingan ekonomi dan perdagangan, kerana ia dapat mengawal pengeluaran barangannyauntuk dibawa ke Melaka Bagi tujuan tukaran dengan para pedagang yang lain. Sejakperkembangan Islam, Melaka juga menjadi tumpuan para ulama dan pedagang Muslim darikawasan nusantara dan juga dari India, Arab dan Parsi. Sebagai pelabuhan entrepot, Melakamenjadi orang tengah dalam proses pengumpulan dan penyebaran barang dagangan asing.Kedudukan yang strategik, membolehkan Melaka menjadi pusat lalu lintas perdagangan, ia

Page 7: 08 - Hns2013 - Unit 5 Masyarakat Majmuk Dan Hubungan Kaum

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 88

menjadi tumpuan dari tiga arah iaitu timur, barat, dan selatan. Dari arah timur, Melaka didatangioleh pedagang Cina dan sedikit dari Jepun. Dari arah barat Pedagang India berpusu-pusudatang berdagang, manakala di sebelah selatan pula, Melaka menjadi tumpuan para pedagangdari arah nusantara sendiri khususnya dari wilayah jajahannya. Keselamatan laut daripadaancaman perompak dan lanun dapat dikawal oleh panglima dan laksamana Melaka yangproaktif.Ini menjadikan suasana selamat dan aman untuk para pedagang datang berdagang dipelabuhan Melaka. Keadaan ini disokong kuat oleh Undang-undang Laut Melaka yangberteraskan ajaran Islam dilaksanakan. Maka tidak hairanlah ribuan kapal berulang-alik keMelaka. Ini dimungkinkan oleh tahap keselamatan yang tinggi di Selat Melaka. KepulauanMelayu sangat terkenal dengan hasil rempah-ratus yang dianggap sebagai barang mewah padaketika itu. Di atas faktor ini juga para pedagang dari seluruh pelusuk dunia datang ke Melakauntuk mendapatkan bahan-bahan tersebut. Demikianlah dengan kehadiran para pedagang darikawasan serantau dan dari kawasan lainnya meletakkan Melaka sebagai pusat perdaganganantarabangsa. Faktor ekonomi dan perdagangan maritim seperti ini mempunyai implikasi yangbesar terhadap sistem sosialnya, sehingga menjadikan Melaka sebagai kota kosmopolitandengan masyarakat berbilang bangsa dan agama. Melalui dasar pintu terbuka ini, wujudlahmasyarakat majmuk pertama dalam sejarah Malaysia.

Zaman empayar kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti di mana prosespenghijrahan berlaku secara alamiah (perubahan yang berlaku ke atas sesebuah kumpulanetnik sehingga cirri-ciri budaya asal itu berubah kepada budaya baru) tanpa ada pemaksaandaripada mana-mana pihak. Zaman ini bukan zaman negara-bangsa sebagaimana yangdiperkenalkan oleh Inggeris yang seterusnya mewujudkan masyarakat plural. Para pedagangtidak memerlukan pasport dan visa sebagai pengenalan diri untuk memasuki sesuatu kawasan.Ini membolehkan para pedagang daripada Arab, India, Cina dan lain-lain datang berdagangsecara suka rela. Mereka telah berasimilasi dengan penduduk tempatan dan sistemnya denganbaik sekali. Asimilasi di antara pedagang dari Cina dan India dengan masyarakat tempatantelah mewujudkan kategori masyarakat yang tidak pernah wujud sebelumnya iaitu masyarakatBaba, Mamak, dan Chitty.

Masyarakat Baba lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya di Melaka. Merekamemanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka yangberasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaranmereka di zaman silam iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum Cinadan Melayu adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil merekasebagai "Baba". Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayuadalah dari kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien danmereka yang berasal dari keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orangHokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Ada juga orangBaba berasal dari keturunan Konfu, Kheh (Hakka) dan lain-lain.

Masyarakat Hindu Peranakan yang juga dikenali sebagai masyarakat Chitty Melakaadalah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik di Melaka. Masyarakat ini tidaklahboleh di samakan dengan masyarakat chettier yang terkenal di bidang meminjamkan wang

Page 8: 08 - Hns2013 - Unit 5 Masyarakat Majmuk Dan Hubungan Kaum

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 89

tetapi ia adalah masyarakat yang terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara orang-orang Hindu dengan orang-orang tempatan seperti Melayu, Cina dan lain-lain. Sejarah adamembuktikan bahawa saudagar India sering berulang-alik ke Melaka untuk tujuan perdagangankerana pada ketika itu Melaka amat sibuk sekali sebagai pusat perdagangan dan seringmenjadi tumpuan para pedagang yang sebahagian besarnya adalah dari India Selatan. Olehkerana terlalu ramai saudagar India tertumpu ke Melaka, pemerintah Melaka ketika itu telahmenyediakan suatu penempatan untuk mereka tinggal yang dikenali sebagai 'Kampung Keling'untuk memudahkan saudagar terbabit berurus niaga. Menurut seperti apa yang tercatat didalam buku Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah, perkataan 'keling' adalah berasal dari'Kaling Gappatinam' atau 'Kalinggam' yang dikenali sebagai Benua Keling. Mereka terus kekaltinggal dan menetap di Melaka. Jadi, pada zaman empayar Melaka komposisi penduduk telahmemperlihatkan wujudnya interaksi aktif di kalangan pelbagai bangsa dan kaum di Melaka.

Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapuraberkembang dan dimajukan, ramai juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeriini terutamanya Singapura. Baba Melaka yang terdapat pada hari ini boleh bertutur dalamBahasa Melayu dengan menggunakan gaya bahasa Baba yang boleh dipanggil bahasa MelayuBaba. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan adalahmenjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana jugaorang-orang Melayu.

Selain itu, makanan dan masakan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan padahari perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, Hari Lahir atau Majlis Perkahwinan. Di sinilahdihidangkan masakan dan kuih-muih tradisional mereka. Jenis-jenis masakan Baba adalahseperti kari, sambal, pang-teh, bak-wan kepiting iaitu campuran daging babi dan sup ketam, itiktimitik yang disalut dengan sayur jeruk atau diperam, itik sioh iaitu daging itik yang disalutdengan rempah, hati babi bungkus, acar Nyonya dan nasi lemak. Di samping itu, masyarakatBaba juga menghidangkan Nasi Kunyit dan sejenis mee yang dibuat khas, iaitu 'mee sua tau'.Mee ini dibuat bertujuan untuk memenuhi hajat supaya dipanjangkan umur. Generasi Nyonya(Baba Perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarongsebagaimana yang dipakai oleh orang-orang Melayu.

Sungguhpun demikian dalam aspek-aspek kebudayaan yang lain seperti sistemkekeluargaan dan agama, mereka masih kekal dengan amalan dan kepercayaan warisan Cina.Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudahtidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain, seperti adat istiadat perkahwinanCina tradisional yang memperlihatkan kedua-dua pengantin memakai pakaian-pakaian yangindah dan berwarna-warni warisan budaya Cina tradisional. Manakala, masyarakat 'IndiaChitty' ini menganut agama Hindu. Mereka adalah penganut agama yang setia serta berpegangteguh kepada ajaran dan pantang larang. Antaranya ialah hari Ponggol iaitu Hari Kesyukuranmereka kepada nenek moyang dan tuhan mereka. Adalah dipercayai perayaan ini turutdisambut oleh masyarakat India tetapi bagi masyarakat Chitty ia bermula lebih awal. Sambutanperayaan ini bermula pada hari terakhir bulan Margli (13 Januari) yang bermaksud bulanberbunga dan pada hari itu dipanggil 'Paru' atau 'Bogi' (bermulanya perayaan Ponggol).

Page 9: 08 - Hns2013 - Unit 5 Masyarakat Majmuk Dan Hubungan Kaum

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 90

Pada hari tersebut masyarakat Chitty akan memasak makanan tradisional merekaseperti nasi lemak kukus berlauk pinding ikan parang, kuah terung, sambal timun, udang, urapkelapa, kangkung tumis, kacang goreng minyak, acar cili dan sambal taik minyak. Ia disediakankira-kira tiga hari sebelum menjelangnya perayaan tersebut kerana ia perlu disiapkan denganpenuh teliti. Mereka yang memasak tidak boleh bersembang dan merasa makanan yangmereka masak kerana dikhuatiri jika mereka melanggar pantang larang ini arwah nenekmoyang mereka akan mengutuk serta mendatangkan bencana terhadap keluarga mereka.Manakala wanita yang sedang mengalami haid pula, tidak dibenarkan memasak kerana ianyamenjadi pantang larang dalam menyediakan makanan itu untuk roh dan nenek moyang dansudara mara mereka yang telah meninggal dunia. Masyarakat Chitty akan bersembahyangsetiap hari sepanjang bulan Margli sebelum matahari terbit manakala wanitanya pula akanmembasuh lantai di depan rumah dan menabur bunga serta meletakkan bekas bara sebagaitanda kesyukuran ketika sembahyang arwah. Bulan ini juga adalah bulan yang paling sibuk bagimasyarakat Chitty kerana pada minggu terakhir mereka beramai-ramai akan pergi ke kuburnenek moyang masing-masing untuk bersembahyang dan membersihkan kawasanpersekitaran terbabit yang bertujuan meminta restu daripada nenek moyang mereka supayakeamanan serta perpaduan sentiasa terjalin di dalam keluarga.

Pada hari pertama bulan Thai (14 januari) pula masyarakat Chitty akan menyambutperayaan 'Bitthu Ponggol" iaitu rumah terbuka kepada sanak saudara dan sahabat handai. Paratetamu akan dihidangkan dengan kuih muih tradisional seperti dodol, wajik, koya kacang, kandakasturi, baulu, kuih belanda, kuih bangkit, halwa dan sagun yang menjadi kegemaranmasyarakat Chitty. Walaupun masyarakat Chitty adalah kaum minoriti perpaduan dan sikapkekeluargaan diutamakan apabila diadakan perayaan seperti itu. Kemeriahan pastinyaterbayang di wajah penduduk perkampungan seperti di Gajah Berang kerana kepulangansaudara mereka untuk berkumpul bagi merapatkan lagi hubungan kekeluargaan mereka. Untukmenghidupkan atau mengekalkan adat istiadat di kalangan generasi baru, beberapapertandingan diadakan seperti mengikat Talapa (serban kepala), menganyam daun kelapa(mateh), mengikat bunga (Sarem) dan melukis Kolem. Namun kini, kebanyakan generasi mudamasyarakat Chitty Melaka ini kurang mengenali adat istiadat mereka. Hanya segelintir sahajayang mengetahuinya melalui datuk nenek mereka. Jika generasi muda ini tidak didedahkandengan kebudayaan tradisional, lama kelamaan adat istiadat itu dikhuatiri akan pupus ditelanzaman

Bincangkan bagaimanakah Melaka boleh kita lihat sebagai sebuah modelmasyarakat majmuk terbaik yang pernah dilahirkan.

Page 10: 08 - Hns2013 - Unit 5 Masyarakat Majmuk Dan Hubungan Kaum

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 91

Proses Kemasukan Kaum Imigran

British berperanan penting dalam proses pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayudengan membawa kaum imigran iaitu kaum Cina dan India. Kemasukan orang-orang Cina keTanah Melayu secara besar-besaran bermula dengan penjajahan Britisah di Tanah Melayu.Keperluan British untuk memajukan sektor perlombongan dapat dilengkapi dengan kehadirantenaga buruh daripada orang Cina yang terkenal dengan sikap rajin tetapi sanggup pulamenerima upah yang murah. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kesengsaraan hidup yangdialami oleh etnik-etnik Cina di negara mereka. Keadaan pertambahan penduduk yangmendadak sekitar abad ke-19 telah membataskan perkembangan ekonomi masyarakat Cina.Mengikut perangkaan pertambahan penduduk daripada 1741 hingga 1850 ialah sebanyak 287juta orang. Jumlah pertambahan yang drastik ini menyebabkan kesukaran untuk mendapatpekerjaan dan lebih teruk lagi berlaku ketidakstabilan ekonomi dalam negara China sendiri.Alternatifnya ramai di kalangan orang-orang Cina sendiri mengambil peluang untuk berhijrah ketempat-tempat lain khasnya di Asia Tenggara dan salah satu tempat yang ditujui secara besar-besaran ialah di Tanah Melayu.

Tambahan pula pada waktu itu peluang-peluang yang diberikan oleh British untukberhijrah adalah menarik dimana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk berhijrahseperti adanya sistem tiket kredit, pengambilan oleh majikan dan sistem pengambilan rumahkongsi. Sistem tiket kredit memberikan kemudahan hutang untuk menampung segala kosperjalanan mereka dari negara China ke Tanah Melayu. Hutang tersebut akan dilasaikansetelah mereka bekerja di sini. Sistem pengambilan oleh majikan pula lebih kurang samadengan sistem tiket kredit Cuma perbelanjaan adalah ditanggung oleh majikan itu sendiri. Cumamereka akan terikat dengan kontrak dengan majikan dan dengan itu sistem ini dikenali sebagaiburuh kontrak. Sistem pengambilan rumah kongsi pula adalah dimana urusan perpindahanburuh-buruh diuruskan oleh rumah tumpangan atau dikenali sebagai Rumah Kongsi dan segalakos perbelanjaan adalah ditanggung oleh rumah kongsi tersebut. Sekiranya majikan mengambilburuh dari rumah kongsi mereka perlu membayar kepada rumah kongsi tersebut. Cara ini dapatmengelakkan penindasan terhadap beruh-buruh yang dibawa daripada China dan menaikkanreputasi British.

Dengan demikian, perpindahan buruh-buruh dari China berlaku secara besar-besaranhingga menjadikan masyarakat Cina di Malaysia sebagai golongan majoriti ke dua teramai diMalaysia sekarang ini dan memberikan kesan penting dalam sistem pentadbiran danperekonomian negara. Oleh itu, kaum Cina adalah penting untuk dibincangkan dalam kursusini.

India merupakan tanah jajahan british pada masa itu. Situasi yang sama berlaku kepadamasyarakat dari India yang datang ke Malaysia. Tekanan yang dihadapi oleh mereka di negaramereka disebabkan sistem kasta, bencana alam dan kawasan pertanian yang terhad, kadarkemiskinan dan kebuluran yang semakin ketara menyebabkan mereka mancari satu alternatifuntuk mengubah kehidupan mereka. Sementara itu, perkembangan yang pesat dalam sektorperladangan di Tanah Melayu dalam pertanian dagang seperti getah, kelapa sawit, kopi, tehdan tebu memerlukan tenaga buruh yang ramai.

Page 11: 08 - Hns2013 - Unit 5 Masyarakat Majmuk Dan Hubungan Kaum

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 92

Masyarakat India merupakan bangsa yang berpengalaman luas dalam sektor pertanianladang adalah aset terbaik untuk digunakan bagi membangukan sektor perladangan di TanahMelayu. Selain itu, mereka merupakan buruh yang berdaya tahan dan lasak jika dibandingkandengan buruh tempatan. Oleh itu, India sebagai tanah jajahan British memberikan galakankepada buruh-buruh India untuk bekerja di Tanah Melayu. Terdapat tiga cara buruh India dibawa ke Tanah Melayu iaitu Sistem Kontrak, Sistem Kangani dan Tabung Imigran India. Sistemkontrak menyebabkan buruh dari India terikat dengan majikannya dan sering berlakupenindasan terhadap buruh-buruh berkenaan menyebabkan sistem ini dihapuskan pada 1910.sistem ini diperkenalkan bagi menggantikan sistem kontrak. Sistem ini lebih bebas di manaburuh-buruh berkenaan bebas memilih pekerjaan yang dikehendakinya dan hanya perlumembayar balik kos perbelanjaan mereka ke Tanah Melayu. Tabung imigran India merupakantabung yang diwujudkan oleh British untuk membawa masuk buruh-buruh India bekerja diTanah Melayu. Segala kos perjalanan adalah ditanggung dengan dana dari tabung ini. Namunbegitu, kadar kepulangan buruh-buruh India ke negara mereka adalah paling tinggi. Daripada38,801 orang buruh yang datang lebih kurang 12,000 orang telah pulang ke India menjelangtahun 1908.

Kesan daripada kedatangan buruh-buruh dari China dan India telah mewarnaikepelbagaian kaum yang ada di Malaysia. Usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan sebelumdan selepas merdeka hingga kini adalah membentuk kaum yang bersatupadu danbekerjasama. Lebih jauh daripada itu adalah usaha kerajaan untuk mewujudkan bangsa idamaniaitu bangsa Malaysia iaitu dengan memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Adalahpenting walaupun kita berlainan budaya tetapi kita dapat berkongsi budaya antara etnik yangakan diwarisi oleh anak cucu nanti.

Dengan mengambil satu kaum imigran yang ada di Malaysia, bincangkanfaktor-faktor kedatangan mereka ke Tanah Melayu suatu masa dulu.

Kesan dan Pengaruhnya Kepada Hubungan Kaum

Dasar penjajahan British iaitu ‘Pecah dan Perintah’ telah menimbulkan kesan yang ketaradalam mewujudkan polarisasi pekerjaan dalam struktur perkembangan tenaga buruh diMalaysia. Semasa penjajahan, orang Melayu banyak menumpukan perhatian di bidangpertanian dan mereka tidak digalakkan atau diberi kemudahan untuk menyertai sektor ekonomiyang baru itu. Kegiatan-kegiatan pertanian masih jelas kelihatan di kalangan orang Melayuselepas merdeka, misalnya pada tahun 1957 dari 1,023,000 orang Melayu yang bekerjaseramai 749,000 (73.3 %) menceburi bidang pertanian. Hanya 58,000 (5.7%) dalamperkilangan dan perdagangan berbanding dengan peratus Cina sebanyak 40.2 peratus dan 29peratus dalam bidang yang sama.

British tidak banyak menggunakan orang Melayu sebagai tenaga buruh. Keadaan inikerana mereka telah menetapkan dasar supaya orang-orang Melayu terus hidup di kampungdan menjalankan ekonomi tradisi dan mereka juga berpendapat bahawa mengambil buruh

Page 12: 08 - Hns2013 - Unit 5 Masyarakat Majmuk Dan Hubungan Kaum

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 93

orang Melayu sebagai buruh tidak begitu stabil kerana ikatan mereka terhadap keluarga dankampung amat kuat. Penyertaan orang-orang Melayu dalam sektor perladangan danperniagaan sama ada secara kecil kecilan atau sederhana hampir tiada kerana ketiadaanmodal.

Sebaliknya Inggeris lebih menggalakkan orang-orang Cina untuk bekerja di lombong-lombong dan orang-orang India menjadi buruh di ladang-ladang mereka. Perkembangan sektorperlombongan dan perladangan telah mendatangkan keuntungan besar lebih-lebih lagi bijihtimah dan getah amat diperlukan di pasaran dunia.

Apabila berlakunya darurat kebanyakan orang-orang Cina yang tinggal di kawasan-kawasan luar bandar telah ditempatkan semula di kampung-kampung baru di bandar oleh pihakInggeris. Mereka yang telah ditempatkan semula itu diberikan modal oleh Inggeris untukmemulakan penghidupan baru terutamanya menjalankan kegiatan perniagaan di bandar.Keadaan tersebut dapat dilihat hingga ke hari ini di mana terdapatnya bangunan-bangunanrumah kedai yang diusahakan dan didiami oleh orang-orang Cina. Dalam keadaan masyarakatyang terpisah ini telah memberikan impak yang besar kepada hubungan kaum terutamanyadalam aspek lompang ekonomi antara etnik yang besar dan aktiviti yang berlainan, polarisasikaum cukup jelas dalam aspek tempat tinggal dan pekerjaan, sementara aktiviti persatuan danakhbar masing-masing berlandaskan etnik. Senario ini menjadi duri dalam daging yang perludiberikan penekanan oleh kerajaan dalam memacu pembangunan negara ini supaya tidakberlaku keciciran etnik-etnik tertentu dalam mengejar pembangunan tersebut.

Gambar 5.2: Masyarakat Majmuk yang mempunyai budaya, agama dan bahasa yangberbeza

Page 13: 08 - Hns2013 - Unit 5 Masyarakat Majmuk Dan Hubungan Kaum

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 94

Selepas berlaku rusuhan kaum 13 Mei 1969 timbul kesedaran kepada pemerintahtentang masalah polarisasi pekerjaan ini. Untuk memulihkan keadaan, kerajaan telahmemperkenalkan Dasar Ekonomi Baru yang mempunyai matlamat serampang dua mata iaitumembasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Apa yang jelas di sini ialah di manaketidakseimbangan antara kaum dalam pelbagai peringkat pekerjaan dan sektor ekonomi akandapat diatasi sebanyak mungkin.

Anda diminta berada dalam kumpulan 4 hingga 5 orang satu kumpulan.Bincangkan kesan-kesan kedatangan kaum imigran ke Tanah Melayu daripelbagai aspek.

RUMUSAN

Pembinaan bangsa Malaysia adalah berkait rapat dengan pembentukan pemajmukanmasyarakat di Tanah Melayu yang seterusnya berkembang dan menjadi teras pembentukanMalaysia. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia begitu dekat bila dibincangkan dalamkonteks pensejarahan. Kesan daripada pembentukan masyarakat majmuk cukup besar dalampembinaan bangsa Malaysia dalam pelbagai aspek kehidupan hingga konsep pluraliti itu adalahsesuai untuk merujuk kepada Malaysia. Namun begitu, di sebaliknya pembentukan masyarakatmajmuk di Malaysia adalah kekuatan Malaysia jika setiap individu dapat menolak perasaanfanatik kepada bangsa masing-masing. Dalam hal ini, kerajaan cuba untuk merungkaikanpermasalahan ini supaya tidak akan berlaku rusuhan kaum kali kedua dan diperkenalkanpelbagai dasar dan prinsip seperti Dasar kebudayaan Kebangsaan dan Prinsip Rukun Negara.Diharap masyarakat Malaysia dapat faham akan isu ini dan seterusnya memacu ekonominegara untuk kepentingan bersama tanpa mengira kaum dan agama.

KATA KUNCI

1. Hubungan Kaum 5. Masyarakat Majmuk

2. Kaum Melayu 6. Budaya

3. Kaum Cina 7. Pribumi Sabah

4. Kaum India 8. Pribumi Sarawak

LATIHAN

1. Bagaimanakah terbentuknya masyarakat majmuk di Tanah Melayu? Jelaskan.

2. Jelaskan ciri-ciri yang berbeza antara kaum-kaum terbesar di Malaysia.

Page 14: 08 - Hns2013 - Unit 5 Masyarakat Majmuk Dan Hubungan Kaum

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 95

3. Bincangkan usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan di kalanganmasyarakat yang terpisah oleh dasar penjajah.

4. Apakah faktor-faktor yang menyulitkan perpaduan yang hendak dicapai? Terangkan.

5. Buatkan perbandingan tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.

6. Bincangkan ciri-ciri kaum peribumi di Sabah dan Sarawak dari aspek budaya, ekonomidan penumpuan kawasan tempat tinggal.

7. Dengan merujuk kepada komuniti masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia.Bincangkan tentang mereka dari aspek budaya, ekonomi dan tempat tinggal.

8. Dapatkan data sumber yang sah berkaitan dengan ekonomi masyarakat Melayu, Cinadan India. Buatkan satu analisis berkaitannya dengannya.

RUJUKAN

Abd Aziz Rahman. (1999). Kamus Masyarakat. Selangor: Federal Publication Sdn. Bhd.

Azmah Abdul Manaf. (2001). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Utusan Publications &Distributors Sdn. Bhd.

Mardiana & Hasnah. (2000). Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Musa Hitam. (1986). Nasionalisme: Krisis Dan Kematangan. Selangor: PelandukPublications(M) Sdn. Bhd.

Nazaruddin Hj. Mohd Jali et al. (2001). Pengajian Malaysia: Kenegaraan danKewarganegaraan. Petaling Jaya : Pearson Malaysa Sdn. Bhd.

Nor Ashikin Yusof. 1988. Sejarah Perkembangan Buruh Di Malaysia. Tesis Ijazah Pertama.Jabatan Sejarah: Universiti Malaya.

Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail dan Zaini Othman. (2004). Kenegaraan Malaysia.Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Shamsul Amri Baharuddin. (1990). Masyarakat Malaysia Yang Membangun. KualaLumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wang Gungwu. (1979). Latar belakang kebudayaan cina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

Zaid Ahmad, Ho Hui Ling, Sarjit Singh Gill (et. al). (2006). Hubungan Etnik Di Malaysia. OxfordFajar Sdn. Bhd.

Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim, Muhd. Yusof bin Ibrahim (et. al.) 1992.MALAYSIA Warisan dan Perkembangan. Dewan Bahasa dan Pustaka: KementerianPendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.