majmuk pancangan

22
1

Upload: pensil-dan-pemadam

Post on 17-Jun-2015

1.493 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Majmuk pancangan

1

Page 2: Majmuk pancangan

Ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang kedudukannya tidak setara,iaitu ada ayat-ayatnya yang tidak boleh berdiri sendiri

Ayat jenis ini terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau beberapa ayat kecil yang disebut ayat pancangan

2

Page 3: Majmuk pancangan

Ayat-ayat- ini dipancangkan menggunakan kata hubung yang dan bahawa dan kata hubung yang membawa unsur keterangan

Berdasarkan kata hubung yang digunakan,ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu ayat relatif,ayat komplemen dan ayat keterangan

3

Page 4: Majmuk pancangan

4

Page 5: Majmuk pancangan

5

Page 6: Majmuk pancangan

Satu ayat induk dan beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan pada ayat induk sehingga menjadi sebahagian ayat induk itu.

Ayat majmuk pancangan relatif yang digunakan juga sebagai kata ganti nama untuk nama yang digugurkan dalam FN + yang

Ayat kecil dipancangkan pada predikat: Dia memukul ular yang berwarna hijau

Ayat kecil yang dipancangkan pada subjek: Orang yang sedang menjahit baju itu isteri saya

Ayat kecil yang dipancangkan pada subjek dalam bentuk pasif: Kuda yang ditunggangnya itu kuda padi

> Pemuda yang tampan itu pensyarah baharu> Yang tampan itu pensyarah baharu

6

Page 7: Majmuk pancangan

7

Page 8: Majmuk pancangan

Komplemen FN: subjek dan objek tepat* Menteri Pertanian sudah mengetahui bahawa beliau

akan kalah dalam pertandingan itu (objek tepat)* Untuk mencapai kebahagiaan memanglah sukar

(subjek)* Tentulah tidak munasabah untuk mereka

mendirikan rumah tangga dalam waktu rerdekat ini (songsang)

Komplemen FKJ (KKTT + Pelengkap)* Arahan ini bermakna bahawa pelajar tiada hak

untuk bersuara* Perdana Menteri beranggapan bahawa pemilihan

pemimpin pada tahun ini adil

Komplemen FAdj* Dia terlalu yakin bahawa anaknya akan berjaya

dalam pertandingan itu* Kita perlu insaf bahawa kita termasuk dalam

golongan musafir 8

Page 9: Majmuk pancangan

9

Page 10: Majmuk pancangan

Keterangan: satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih, dan ayat kecil ini bertindak sebagai keterangan frasa predikat.

Kewujudan ayat induk dan ayat kecil yang tidak dapat berdiri sendiri.

Kewujudan kata hubung yang merangkaikan ayat induk dengan ayat kecil (ayat keterangan).

Kehadiran ayat kecil boleh di hadapan atau di belakang ayat induk.

ayat induk + kata hubung + ayat keterangan

kata hubung: ketika, semasa, kerana. Sewaktu, sekiranya…

10

Page 11: Majmuk pancangan

Keterangan musabab/penyebaban Keterangan akibat Keterangan syarat Keterangan waktu: permulaan, bersamaan,

berurutan, batas akhir Keterangan pertentangan Keterangan harapan Keterangan cara Keterangan tujuan, Keterangan perbandingan Keterangan sangkalan Keterangan kenyataan

11

Page 12: Majmuk pancangan

Unsur yang menerangkan sebab terjadinya sesuatu peristiwa seperti yang dinyatakan dalam ayat induk.

Kata hubung yang digunakan ialah kerana, lantaran, oleh sebab, dan akibat.

Contoh:* Dia tidak hadir kuliah kerana dia sakit.* Pemimpin itu mendiamkan diri lantaran tewas

dalam pengundian.* Oleh sebab malam semakin larut, mereka

meninggalkan tempat itu.* Akibat ketagihan dadah, mahasiswa itu membunuh

diri.

12

Page 13: Majmuk pancangan

Unsur yang menerangkan kesan sesuatu perbuatan daripada apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.

Kata hubung yang digunakan ialah hingga, sehingga, sampai, maka, dan makanya.

Contoh:* orang itu jatuh terlalu tinggi hingga patah kakinya.* Ujian diberikan setiap minggu sehingga mahasiswa menjadi sasau.* Orang itu suka akan judi sampai barang isterinya tergadai habis.* Saya tidak bersetuju dengan ideanya, maka saya

protes.* Lantai itu licin amat, makanya ia jatuh.

13

Page 14: Majmuk pancangan

Unsur yang menerangkan kehendak yang perlu dipenuhi untuk melaksanakan apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.

Kata hubung yang digunakan ialah sekiranya, andaikata, jikalau, jika, kalau, seandainya, asalkan, apabila, bilamana…

Contoh:* Sekiranya/andaikata engkau pergi dahulu, akan kutunggu di pintu syurga.* Jika/Jikalau ada jodoh, kita pasti akan bersama.* Perasaanku gundah gulana apabila/bilamana aku

teringat akan dirimu.* Buatlah sesuka hati, asalkan anda bahagia.

14

Page 15: Majmuk pancangan

Unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan seperti yang dinyatakan dalam ayat induk.

Kata hubung digunakan mengikut waktu, iaitu permulaan (sejak, semenjak, sedari), bersamaan (sewaktu, tatkala, serta, selagi, sementara, selama, sambil, ketika, seraya), berurutan (sebelum, setelah, sesudah, sesuai, begitu, sehabis), akhir (hingga, sampai).

Contoh:* Dia lebih ceria sejak dia berkahwin.* Selagi peluru masih ada, mereka tidak akan

menyerah diri.* Orang itu kembali setelah tamat pengajiannya.* Mahasiswa itu terlena hingga kuliah berakhir.

15

Page 16: Majmuk pancangan

Unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan yang bertentangan tetapi tidak mengubah apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.

Kata hubung yang digunakan ialah walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sekalipun, sedangkan, sungguhpun, betapapun…

Contoh:* Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.* Walaupun sedih, dia tidak pernah menangis.* Dia melepaskan kekasihnya, betapapun besar

cintanya.* Meskipun miskin harta, dia tetap kaya budi bahasa.* Beliau tetap akan datang sekalipun hujan lebat.

16

Page 17: Majmuk pancangan

Unsur yang menerangkan tatacara sesuatu perbuatan yang terjadi daripada apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.

Kata hubung yang digunakan ialah dengan.

Contoh:* Dengan keyakinan yang luar biasa, dia terjun ke

laut.* Dia memukul isterinya dengan penyapu lidi.* Dengan keris pusaka itu, ditikamnya musuh.* Dinding rumah cuba ditahan dengan kedua-dua tangannya.* Dengan doa dan harapan, dilepaskan kekasihnya

pergi.

17

Page 18: Majmuk pancangan

Unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan yang dihajati daripada apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.

Kata hubung yang digunakan ialah supaya, agar, semoga, moga-moga, kalau-kalau, biar…

Contoh:* Orang itu kerja keras supaya kehidupannya lebih

bahagia.* Kita mesti menghormati orang, agar orang juga menghormati kita.* Semoga anda memberi perhatian tentang apa-apa

yang telah saya katakan.* Biar kita berputih tulang daripada kita berputih

mata.

18

Page 19: Majmuk pancangan

Unsur yang menerangkan maksud sesuatu perbuatan seperti apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.

Kata hubung yang digunakan ialah untuk, demi, dan bagi.

Contoh:* Demi bangsanya, dia sanggup berkorban apa-apa

sahaja.* Kerajaan menambahkan dana untuk membantu

golongan miskin.* Tuah dan Jebat bergabung untuk mempertahankan Melaka.* Bagi Sukarno, cita-cita mesti setinggi awan, biarpun

yang dapat digapai hanya setinggi pohon kelapa.

19

Page 20: Majmuk pancangan

Unsur yang menerangkan peristiwa yang mempunyai persamaan seperti yang dinyatakan dalam ayat induk.

Perbandingan ini memperlihatkan dua keadaan, iaitu kemiripan penyataan ayat induk dengan ayat kecil, dan isi ayat induk lebih baik daripada ayat kecil.

Kata hubung yang digunakan ialah seperti, macam, seolah-olah, seakan-akan, ibarat, bagaikan, bak, laksana, sebagaimana, daripada, alih-alih…

Contoh:* Saya akan membantumu sebagaimana ayahmu membantuku.* Hamba ini tiada sesiapa, ibarat kiambang di air.* Daripada satu, baiklah dua.* Mahasiswa itu terpinga-pinga, seakan-akan

bingung.20

Page 21: Majmuk pancangan

Unsur yang menerangkan kenyataan yang berlawanan dengan keadaan yang sebenarnya seperti apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.

Kata hubung yang digunakan ialah seakan-akan dan seolah-olah.

Contoh:* Keadaan di lubuk itu kelihatan tenang, seolah-

olah tiada buaya.* Pemimpin yang tewas itu bergegas turun,

seakan-akan merajuk.

21

Page 22: Majmuk pancangan

Unsur yang menyatakan keadaan yang nyata yang berlawanan dengan apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.

Kata hubung yang digunakan ialah padahal, dan sedangkan. Kata sedangkan juga digunakan untuk menyatakan dua

peristiwa yang terjadi serentak. Contoh:

* Dia pura-pura malu, padahal hatinya mahu.* Orang itu kelihatan ceria, padahal hatinya berduka.* Jemputan sudah datang, sedangkan hidangan

belum sedia lagi.* Isteri membasuh kain, sedangkan suami menonton

TV.

22