07 - hns2013 - unit 4 penjajahan dan usaha menuntut kemerdek

Upload: mycaah

Post on 05-Apr-2018

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    1/36

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    2/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 47

    Melayu Melaka telah diperintah oleh orang Portugis selama 130 tahun hinggalah dijajah pula

    oleh Belanda.

    Tahun Peristiwa

    1509 Ketibaan Lopez de Sequira.1501 Alfonso de Albuquerque mengetuai angkatan

    perang menyerang Melaka.25 Julai 1511 Serangan pertama Portugis ke atas Melaka.10 Ogos 1511 Serangan ke dua Portugis ke atas Melaka.24 Ogos 1511 Melaka ditawan oleh Portugis.

    Jadual 4.1: Peristiwa-peristiwa penting penaklukan Portugis ke atas Melaka

    PENAKLUKAN BELANDA KE ATAS MELAKA

    Proses penaklukan Belanda ke atas Melaka bermula apabila orang-orang Belanda telah datang

    ke Timur melalui Tanjung Harapan dan Selat Sunda. Tujuan utama mereka datang ke Timur

    adalah untuk menguasai perdagangan rempah yang mereka tidak diperolehi semasa Raja

    Philip II dari Sepanyol yang telah menjajah mereka pada tahun 1594. Penjajahan Belanda di

    Timur bermula apabila mereka menguasai Betawi yang sekarang dikenali sebagai Jakarta.

    Selepas orang-orang Belanda menghalau kuasa Inggeris selepas pembunuhan beramai-ramai

    di Ambon pada tahun 1623, kedudukan mereka bertambah kuat di Betawi. Setelah Belanda

    berjaya menghalau Portugis mereka telah membuat perancangan untuk menamatkan

    persaingan oleh orang-orang Portugis yang menguasai Melaka.

    Perjanian Inggeris-Belanda 1824

    Selama lebih daripada 200 tahun, hubungan Inggeris-Belanda di Timur saling bermusuhan

    antara satu sama lain. Pembukaan Melaka oleh Raffles pada 1819 telah membangkitkan lagi

    kemarahan Belanda ke atas pemerintahan Inggeris. Untuk memperbaik hubungan antara

    kedua-dua pihak yang menjadi semakin rumit, beberapa siri rundingan telah diadakan di antara

    1820 hingga 1823. Tetapi rundingan ini gagal mencari jalan penyelesaian. Sementara itukemajuan pesat Singapura telah menyebabkan Inggeris berazam untuk mengekalkan

    kekuasaan ke atas Singapura.

    Setelah beberapa perundingan diadakan, akhirnya satu perjanjian telah dicapai dan

    kedua-dua pihak telah memeterai perjanjian yang dikenali juga sebagai perjanjian London.

    Tujuan perjanjian ini adalah untuk menamatkan pergeseran yang berterusan antara kedua-dua

    belah pihak demi untuk kepentingan masing-masing. Antara perkara penting yang terkandung

    dalam perjanjian tersebut ialah Inggeris akan kekal berkuasa ke atas Singapura, manakala

    Melaka diserahkan kepada Inggeris dan Bangkahulu diserahkan kepada Belanda.

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    3/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 48

    Dengan termeterainya perjanjian ini, pembahagian kuasa antara Inggeris dengan

    Belanda telah disaksikan dan kedudukan politik Inggeris dan Belanda telah dikukuhkan lagi.

    Perjanjian 1824 ini juga telah menamatkan sejarah Empayar Johor, apabila kekuasaannya di

    kawasan Riau-Lingga terletak di bawah pengaruh Belanda. Perjanjian ini juga telah

    membolehkan Inggeris menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura yang juga dikenali

    sebagai Negeri Selat.

    KEDATANGAN INGGERIS KE NEGERI-NEGERI MELAYU

    Inggeris ialah satu-satunya bangsa Eropah yang paling lama menjajah di Alam Melayu yang

    tercatat dalam sejarah Malaysia. Bermula dari perjanjian pada tahun 1824 menjadikan Inggeris

    bertapak kukuh sebagai kuasa bangsa kolonial tunggal yang mewarisi hak perdagangan

    Belanda di semananjung selepas perjanjian Belanda dengan negeri-negeri Melayu sebelum itu.

    Negeri-negeri Melayu dianggap sebagai kawasan kepentingan ekonomi dan politik Inggeris

    yang berpangkalan di negeri-negeri Selat.

    Inggeris memang diakui bertindak bijak kerana berfikiran jauh di dalam usahanya untuk

    memerintah dan menguasai politik Tanah Melayu tanpa segera mahu campur tangan dalam hal

    ehwal politik di negeri-negeri Melayu.Sebaliknya Inggeris ketika itu hanya berminat untuk

    melindungi jalan perdagangan ke China dan mendirikan pusat persinggahan di seluruh

    semananjung. Sikap tidak gelojoh Inggeris untuk menguasai pemerintahan negeri-negeri

    Melayu dilihat telah mencorakkan suatu bentuk evolusi entiti politik yang unik di Tanah Melayu.

    Usaha yang teratur dan terancang oleh Inggeris telah membuatkan mereka berjaya

    melaksanakan dasar-dasar yang akhirnya menghakis pengaruh raja-raja dan melahirkan

    senario politik baru Inggeris di semananjung. Selepas rancangan itu membuahkan

    kemenangan, Inggeris mula menggerakkan dasar campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran

    negeri-negeri Melayu pada tahun 1874.

    Pada pendapat kamu, apakah kesan Perjanjian Inggeris Belanda 1824?

    ____________________________________________________________________________

    ____________________________________________________________________________

    ____________________________________________________________________________

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    4/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 49

    Hubungan Inggeris Dengan Negeri-negeri Melayu

    Dalam kepesatan Inggeris memperlihatkan kecemerlangannya telah membawa kepada

    hubungan Inggeris dengan negeri-negeri Melayu yang mempunyai objektif dan strategi yangberbeza di antara kerajaan British India dan kerajaan negeri-negeri selat. British India

    mempunyai objektif untuk menjayakan matlamat Imperialismenya yang luas dan meliputi semua

    bahagian dan tidak termasuk di negeri-negeri Melayu sahaja. Inggeris berminat untuk

    memasuki negeri-negeri Melayu di bawah pengaruh Siam seperti Kedah, Kelantan dan

    Terenganu dalam usaha untuk memperluaskan hubungan ekonomi dengan Siam. Gabenor

    Inggeris di Pulau Pinang, Robert Fullerton yang berkhidmat di bawah kerajaan negeri-negeri

    Selat telah berusaha untuk membendung pengaruh Siam di semenanjung di samping bagi

    menegakkan semula kemerdekaan negeri Kedah yang pernah Siam takluki pada tahun 1821

    dengan mengembalikan semula kedaulatan sultan Kedah kerana Inggeris juga bertujuan untuk

    memantapkan kedudukan Perak dan Selangor sebagai negeri yang benar-benar bebasdaripada belenggu Siam. Inggeris juga mempunyai harapan yang besar untuk mensasarkan

    negeri-negeri tersebut yang turut mempunyai kepentingan baginya di semananjung.

    Usaha-usaha giat dilakukan dengan berterusan untuk mengelak serangan dari Siam

    terus bertapak di utara semananjung. Pihak British memulakan siri-siri rundingan yang

    membawa kepada beberapa perjanjian dengan pihak kerajaan Siam. Siri yang pertama ialah

    Perjanjian Burney (1826), Perjanjian Low dan Perjanjian Anderson yang dapat mengubah

    jaminan perseimbangan politik di Tanah Melayu sehingga campur tangan langsung Inggeris

    pada tahun 1874. Perjanjian Anderson telah berjaya megesahkan perjanjian. Perjanjian

    perdagangan di antara Perak dan Selangor pada tahun 1818 yang telah menetapkan Sungai

    Bernam sebagai sempadan di antara Perak dan Selangor.Berbalik pada Fullerton yang tidakberpuas hati dengan perjanjian Burney kerana negeri Kedah telah diakui sebagai tanah jaahan

    Siam dan Inggeris tidak boleh menyerang kedudukan Siam di Kedah. Bagaimanapun rasa tidak

    puas hati Fullerton itu tidaklah sampai menjejaskan pengaruh Inggeris di pantai barat Tanah

    Melayu untuk selama 50 tahun yang berikutnya.

    Perjanjian Burney tidak menyelesaikan masalah kedudukan negeri Perak dan Selangor

    sepenuhnya. Siam tidak berhak menyerang Perak atau Selangor tetapi kedudukan politik

    kedua-dua negeri masih kabur oleh sebab Siam dibenarkan menghantar utusannya ke Perak,

    dan Perak pula boleh menghantar bunga emas ke Siam. Bagi memantapkan lagi kedudukan

    perak, Low yang bertindak melampaui arahan kerajaan India telah menandatangani satu

    perjanjian dengan Perak. Dalam perjanjian itu, Low memberi jaminan akan melindungi Perakdaripada serangan Siam atau Selangor dan berusaha mengekalkan kemerdekaan Perak,

    manakala Sultan Perak pula berjanji tidak akan menghantar ufti kepada Siam. Low juga

    membantu Perak membentuk sebuah jentera pentadbiran yang bebas daripada pegawai-

    pegawai yang nampaknya setia kepada Siam. Sultan juga bersetuju bertindak membendung

    perlanunan dan menyerahkan Pulau Pangkor kepada British.

    Merujuk kepada kes perjanjian Burney (1826) pula telah menunjukkan bahawa

    kedudukan dan peranan Siam berhubung dengan Kelantan dan Terenganu masih tidak jelas.

    Kepentingan ekonomi Inggeris terjamin, Siam tidak lagi mahu menghalang perkembangan

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    5/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 50

    ekonomi Inggeris di kedua-dua negeri tersebut dan kepertuanan Siam tidak lagi

    diakui.Walaupun begitu kerajaan India Inggeris tidak mengesahkan Perjanjian Low tetapi tidak

    juga bertindak untuk memansuhkan perjanjian tersebut atau menandatangani perjanjian baru

    yang lain. Lama-kelamaan Perjanjian Low dan Perjanjian Anderson telah menjadi asas

    hubungan di antara kerajaan Inggeris India dan Perak. Siam juga berdiam diri dengan tidak

    memperluaskan pengaruh kuasa di negeri itu.

    Perluasan Kuasa dan Dasar Pentadbiran British Di Perak

    Sebelum kedatangan J.W.W Birch dan pentadbiran British di negeri Perak, pembesar negeri

    dianugerahi Sultan kawasan untuk jagaan dan kawalan pembesar tempatan. Di zaman

    pemerintahan silam, sistem pemerintahan Kesultanan Negeri Perak masih meneruskan konsep

    ketradisionalan Kesultanan Melayu Melaka dengan sedikit perubahan dan penyesuaian dengankeadaan negeri dan masyarakat. Para pembesar boleh menjalankan segala urusan

    pentadbiran serta pungutan cukai. Hasil dari pungutan cukai ini menjadi punca pendapatan

    mereka yang utama.

    Menteri berkuasa di Larut, Syahbandar tinggal di Kinta dan memungut cukai di Kuala

    Sungai Perak, Laksamana memungut cukai di atas nama Sultan, Sultan menerima cukai import

    dan eksport negeri yang dipungut oleh Syahbandar. Selain itu, Sultan boleh membeli bijih timah

    dengan harga yang murah di Kinta. Raja Muda mempunyai kuasa di Kampung Gajah dan

    Bandar Tua. Beliau juga berhak ke atas cukai pajak candu, arak dan judi di seluruh negeri

    Perak, Bendahara memungut cukai di pedalaman di Kuala Kinta dan cukai ke atas bijih timah

    yang melalui Sungai Bidor di Kuala Chiku. Dato Mata-mata (pembantu Laksamana) memungutcukai sebanyak 50 sen ke atas tiap-tiap satu koyan dagangan di dalam perahu yang keluar

    masuk Sungai Perak dan juga Cukai ke atas ikan masin. Dato Maharaja Lela berkuasa di

    Sungai Dedap dan Pasir Salak. Manakala Dato Sagor pula, sebagai penyelia masakan dalam

    upacara negeri dan berkuasa ke atas kampung Tengah dan Kampung Gajah.

    Sistem Residen

    Sistem Residen yang berasaskan konsep pemerintahan secara tak langsung telah diucapkan

    dengan penuh semangat oleh Frank Swettenham pada tahun 1876 telah meninggalkan kesan-kesan kekal dalam sejarah di negeri-negeri Melayu. Permulaan kuasa British dalam hal ehwal

    di negeri-negeri Melayu secara rasmi bermula pada 20 Januari 1874 dengan termeterainya

    Perjanjian Pangkor.

    Syarat Perjanjian Pangkor ialah Perluasan kuasa ini telah membawa kepada

    pemindahan kuasa pentadbiran daripada Raja-raja Melayu kepada pegawai-pegawai yang

    dilantik oleh pihak Residen British yang dilantik dalam sesebuah negeri Melayu ditugaskan

    untuk menasihati Sultan berkenaan semua aspek pentadbiran negeri-negeri Melayu kecuali

    pengurusan agama Islam dan juga adat resam orang-orang Melayu. Nasihat Residen mesti

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    6/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 51

    diikuti oleh Sultan kerana tugas seorang Residen hanyalah menasihati dan bukannya

    memerintah .

    Semua pentadbiran negeri termasuklah pungutan dan kawalan cukai akan dijalankanatas nama sultan tetapi disusun dan diatur menurut nasihat Residen. Residen akan dibayar gaji

    dan elaun sara hidup oleh sultan dan bukannya oleh kerajaan British. Perluasan kuasa ini

    kemudiannya membawa kepada penjajahan sepenuhnya negeri-negeri Melayu di bawah

    penguasaan British. Penyerahan kuasa ini dibuat secara rela oleh Raja-raja Melayu dengan

    hanya mendapat janji-janji palsu dan pemberian pencen kecil yang diberikan oleh kerajaan

    British. Seterusnya Sistem Residen telah dilaksanakan bermula dengan kerajaan Melayu Perak

    dan kerajaan-kerajaan Melayu yang lain seperti Kerajaan Selangor, Pahang, Negeri Sembilan

    dan akhir sekali kerajaan Johor. Kerajaan-kerajaan Melayu yang lain di sebelah utara seperti

    Perlis,dan Kedah serta kerajaan-kerajaan Melayu di pantai timur seperti Kelantan dan

    Terengganu telah tidak mendapat perhatian British malahan kerajaan-kerajaan Melayuberkenaan diberikan mandat oleh British kepada Siam untuk menguruskannya hingga

    termenterainya Perjanjian Bangkok 1909 di mana kerajaan-kerajaan Melayu iaitu Perlis, Kedah,

    Kelantan dan Terengganu diserahkan kedaulatannya kepada British.

    Kedatangan British ke Tanah Melayu dikatakan telah mengubah pentadbiran dan

    perjalanan pelaksanaan peraturan baru. Bincangkan kesan kesan perubahan tersebut kepada

    Negeri-negeri Melayu.

    ____________________________________________________________________________

    ____________________________________________________________________________

    ____________________________________________________________________________

    PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

    Keperluan Jepun yang semakin mendesak dan situasi

    yang semakin bergolak di Asia merupakan peluangterbaik Jepun untuk menguasai negara-negara di Asia

    Tenggara di bawah perjanjian tiga paksi kuasa besar

    iaitu Jerman, Itali dan Jepun. Keperluan kepada bahan

    mentah seperti minyak, getah dan logam yang banyak

    di Asia Tenggara khasnya Malaysia adalah peluang

    yang terbaik. Justeru pada 15 Febuari 1942, seluruh

    Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun.

    Pada awal kurun ke-20, pemimpin-pemimpin tentera

    menguasai politik negara Jepun. Cita-cita para

    Leftenan Jeneral yamashita

    Tomoyuki merupakan ketua

    tentera Jepun yang mengetuai

    serangan Jepun ke atas Tanah

    Melayu. Beliau lebih dikenali

    sebagai Harimau Malaya.

    INFO

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    7/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 52

    pemimpin tentera Jepun untuk meluaskan kuasa merupakan salah satu faktor penting yang

    membawa kepada penaklukan Asia Tenggara. Penaklukan Jepun berasakan dua kempen iaitu

    Asia Untuk Asia dan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya. Laungan Asia Untuk Asia

    adalah janji Jepun untuk membebaskan negara-negara Asia Tenggara daripada penjajahan

    Barat dan membantu mereka mencapai kemerdekaan. Akan tetapi, penjajahan Barat di Asia

    Tenggara digantikan oleh penguasaan Jepun. Ekonomi negara-negara Asia Tenggara merosot

    dan keadaan sosial penduduk bertambah buruk. Dengan Kemakmuran Bersama Asia Raya,

    Jepun merancang untuk menguasai sumber ekonomi Asia Tenggara untuk pembangunan

    industri di Jepun. Tambahan pula, negara-negara Asia Tenggara mampu menampung dan

    menyediakan tanah bagi penduduk Jepun yang semakin meningkat.

    Kesan-kesan Semasa Pendudukan Jepun

    1. Kesan Ekonomi

    Pendudukan Jepun di Tanah Melayu membawa kepada kemerosotan ekonomi di Tanah

    Melayu. Kegiatan ekonomi terputus akibat peperangan dan tindakan tentera British yang

    memusnahkan harta benda dan infrastrukur sebelum berundur. Jepun memberi penekanan

    kepada penanaman padi untuk memenuhi keperluan dalam negeri. Penanaman Padi Taiwan

    telah diperkenalkan untuk membolehkan penanaman dua kali setahun dijalankan. Jepun juga

    melakukan catuan ke atas pembelian beras. Perusahaan-perusahaan yang penting di Tanah

    Melayu diambil alih oleh syarikat-syarikat Jepun seperti Mitsubisi dan Mitsui. Perusahaan-

    perusahaan tersebut adalah seperti perusahaan getah, timah, perkapalan dan bank. Bank-bank

    Jepun juga telah mencetak mata wang sendiri. Semasa pemerintahan Jepun berlaku

    kesengsaraan hidup di kalangan penduduk tempatan.

    2. Penderitaan Dan Kesengsaraan Hidup

    Usaha pertanian secara persendirian gagal kerana keadaan tanah yang tidak sesuai dan

    paksaan berlebihan. Masalah kekurangan makanan di burukkan lagi dengan kapal-kapal kargo

    yang membawa barang keperluan pertanian banyak ditenggelamkan oleh pihak Berikat.

    Pemerintah Jepun mengadakan kawalan harga pada bulan Mei 1942 dengan mengeluarkanpermit bagi semua jenis perdagangan dan pengangkutan. Pada bulan April 1943, catuan ke

    atas pembelian beras dikenakan. Setiap keluarga dibenarkan membeli dua gantang beras

    setahun. Kupon khas dikeluarkan oleh Syokurya Kanri Syo (Pejabat Kawalan Makanan) di

    bandar. Orang ramai mula beralih kepada makanan lain iaitu ubi kayu dan keladi. Kenaikan

    harga yang melambung tinggi menimbulkan masalah inflasi. Pada Disember 1941 harga beras

    ialah enam sen sekati dan gula putih lapan sen sekati. Pada bulan Disember 1943, harga beras

    dan gula putih di pasar gelap meningkat menjadi $2.50 dan $3.80 sekati dan menjelang bulan

    Ogos 1945 menjadi $75.00 dan $120.00 sekati.

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    8/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 53

    Pemerintah Jepun mencetak wang pokok pisang untuk mengatasi masalah

    kekurangan wang. Hal ini menjadikan nilai wang Jepun terlalu rendah di pasaran. Pemakanan

    yang tidak sempurna menyebabkan penyakit seperti beri-beri dan bengkak serta kematian

    penduduk bertambah secara mendadak. Pada tahun 1941, bilangan kematian adalah berjumlah

    63 436 orang. Angka ini meningkat kepada 99 257 orang pada tahun 1942 dan 123 262 orang

    pada tahun 1943. Bekalan perubatan digunakan untuk keperluan tentera Jepun, manakala

    doktor dan jururawat di tempatkan di kem-kem tentera. Pada tahun 1940, bilangan penduduk

    meningkat kepada 100 000 orang, tetapi jatuh kepada 10 000 orang pada tahun 1945.

    Kelahiran bayi merosot daripada 111 627 orang pada tahun 1940 kepada 106 443 orang pada

    tahun yang sama.

    3. Kawalan Pengedaran Mata Wang

    Penggunaan mata wang Jepun berkuatkuasa pada 23 Febuari 1942 dengan nilai yang sama

    tara dengan mata wang dollar Negeri-negeri Selat. Sebanyak $285 juta wang kertas Jepun

    diedarkan di seluruh Tanah Melayu. Pada bulan April 1943, ia diperluaskan ke Sumatera,

    Sabah, Sarawak, Burma, Jawa dan negara China. Apabila terlalu banyak wang beredar di

    pasaran, nilai mata wang menjadi terlalu rendah. Beberapa langkah diambil untuk

    mengurangkan pengedaran wang di pasaran. Antaranya mulai bulan November 1943, pusat-

    pusat perjudian di buka semula di seluruh negara. Jepun turut menggalakkan simpanan tetap

    (fixed deposits). Bank perdagangan turut menawarkan skim simpanan tetap dengan

    menyediakan tawaran bonus. Sehingga bulan Mac 1942, jumlah simpanan tetap yang dapat

    dikumpulkan di seluruh negara adalah melebihi $486 juta.

    Pada bulan Julai 1943, skim loteri (konan saiken) dijual dengan harga $1.00 tiap satu.

    Skim ini yang beroperasi sehingga Ogos 1945 menawarkan hadiah pertama bernilai $50 000

    dan 2507 hadiah lain bernilai $139 500. Penjualan loteri di peringkat negeri dikenali sebagai

    Shu Saikans dan dimulakan di Selangor, Melaka, Perak dan Pulau Pinang. Pemerintah Jepun

    turut mengenakan pelbagai jenis cukai antaranya cukai judi, taman hiburan, kedai-kedai,

    panggung wayang, rumah tumpangan, kedai makan, menangkap ikan, kedai ubat dan pergigian

    serta bayaran hospital. Setelah cukai dinaikkan, peniaga terpaksa menaikan harga barang dan

    pekhidmatan. Ini memaksa penggunaan wang yang lebih banyak dan menimbulkan masalah

    sosial. Masalah inflasi dan kegiatan pasar gelap terus berleluasa tanpa dapat dibendung.

    4. Kesan Sosial

    Orang Melayu dan India diberi layanan yang agak baik oleh pihak Jepun. Dengan memberi

    layanan baik kepada orang India, Jepun berharap mereka memberi kerjasama apabila Jepun

    menakluki dan mengusir orang Inggeris dan India. Sebab utama Jepun berbaik-baik dengan

    orang Melayu pula adalah kerana ingin mendapatkan sokongan serta kerjasama daripada

    mereka. Cara-cara pihak Jepun melakukannya ialah dengan mengizinkan sultan-sultan

    mengekalkan takhta masing-masing, mengambil beberapa orang pegawai Melayu untuk

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    9/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 54

    memegang jawatan dalam pejabat-pejabat kerajaan Jepun, dan membebaskan pemimpin-

    pemimpin Melayu dari penjara. Orang Cina dianggap sebagai musuh ketat Jepun. Dengan itu,

    masyarakat Cina dituduh sebagai penentang Jepun. Semasa Perang China-Jepun (1937),

    masyarakat Cina di sini menyumbangkan bantuan kewangan dan peralatan perang kepada

    negara China.

    Maka, selepas orang Jepun menawan Tanah Melayu dan Singapura, mereka membalas

    dendam dengan membunuh orang-orang Cina. Ramai orang juga dipaksa membina Jalan

    Kereta Api Maut dan kebanyakan daripada mereka terkorban semasa membina jalan kereta api

    ini. Pihak Jepun juga turut menghantar buruh-buruh India dan Melayu ke sempadan Thailand-

    Burma untuk membina Jalan Kereta Api Maut. Ramai antara buruh tersebut yang terkorban

    kerana dipaksa bekerja keras. Ini menimbulkan perasaan benci terhadap pihak Jepun di

    kalangan orang India dan Melayu. Pihak Jepun ingin menghapuskan pengaruh Barat. Oleh itu,

    segala yang berkaitan dengan Barat diharamkan termasuklah hiburan dan media massa.Kerajaan Jepun berhasrat untuk menjepunkan penduduk Tanah Melayu. Untuk tujuan itu,

    bahasa Jepun dijadikan sebagai bahasa penghantar di sekolah dan bahasa perhubungan

    dalam semua urusan lain.

    Murid-murid sekolah diajar bahasa Jepun iaitu Nippon-go. Selain daripada bahasa

    Jepun, nyanyian, muzik, latihan Jasmani dan pengetahuan berkebun dipentingkan. Kimigayo

    danAikoku Koshin Kyoku ialah lagu kebangsaan dan lagu patriotik Jepun yang dinyanyikan di

    sekolah. Banyak buku dalam bahasa Jepun diterbitkan. Akhbar Syonan Shimbun juga

    menerbitkan pelajaran bahasa Jepun dalam terbitannya. Dasar pelajaran yang diperkenalkan

    menekankan ketaatan kepada Maharaja Jepun, kepatuhan kepada kerajaan Jepun dan

    kerelaan berkhidmat untuk negara Jepun. Sekolah-sekolah Inggeris ditukarkan kepada sekolahJepun. Manakala sekolah Cina ditutup kerana Jepun dan China bermusuhan. Akan tetapi,

    dasar penjepunan kurang berjaya kerana kekurangan guru-guru yang fasih dalam bahasa

    Jepun dan kekurangan wang. Wabak penyakit seperti Malaria dan Beri-beri merebak kerana

    lumpuhnya perkhidmatan kesihatan.

    Penerapan Budaya, Bahasa dan Pendidikan Jepun

    Orang Jepun menundukkan kepala apabila bertemu antara satu sama lain sebagai tanda

    hormat dan adat ini diperkenalkan kepada umum. Lagu kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo diajar

    kepada semua penduduk. Setiap pagi murid-murid perlu menyanyi dan tunduk hormat kepada

    Maharaja Jepun sambil menghadap arah negara Jepun iaitu arah matahari naik. Ada juga

    sesetengah sekolah menaikkan bendera Jepun setiap hari dan murid-murid wajib menyanyi

    lagu bendera Jepun iaitu Umiyukaba. Jepun menghapuskan bentuk pendidikan Barat dengan

    mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar dan mata pelajaran

    bahasa Inggeris di sekolah. Pada bulan Ogos 1942, Jepun mengharamkan siaran radio

    gelombang pendek, pada bulan September 1943, Jepun melarang tayangan filem-filem dari

    Barat dan pada bulan Ogos 1944, penduduk tempatan dilarang mendengar muzik Barat.

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    10/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 55

    Jepun memperkenalkan penggunaan bahasa Jepun (Nippon-go) bagi menggantikan

    bahasa Inggeris. Bahasa Jepun diajar di sekolah-sekolah, kelab-kelab sosial, kilang-kilang,

    firma swasta dan pejabat-pejabat kerajaan. Persatuan melatih bertutur bahasa Jepun

    ditubuhkan dan ada yang berminat dilatih menjadi guru. Kebolehan bertutur dalam bahasa

    Jepun membolehkan seseorang menyandang jawatan yang baik dalam kerajaan, kenaikan

    pangkat, gaji dah kemudahan lain. Akhbar juga menyediakan ruangan khas bahasa Jepun.

    Minggu bahasa Jepun diadakan, perpustakaan sekolah dilengkapi dengan buku bahasa,

    kesusasteraan dan kebudayaan Jepun serta urusan perkhidmatan pos dan telegraf

    menggunakan bahasa Jepun. Hari cuti dan kelepasan am juga berasakan negara Jepun. Hari

    bulan British ditukarkan kepada sistem tahun Jepun misalnya tahun 1942 kepada 2602. Nama

    juga diubah mengikut nama Jepun. ContohnyaAli San (En. Ali), ohayou (selamat pagi), arigato

    (terima kasih) dan sayonara (selamat tinggal).

    Kegiatan Politik dan Gerakan Penentangan

    1. kegiatan Orang India

    Jepun mengambil kesempatan mengeksploitasi semangat kebangsaan orang India

    untuk menolak kekuasaan British di India. Rash Behari Bose seorang pejuang kebangsaan

    India yang lama bermastautin di Jepun dibawa ke Tanah Melayu untuk membantu menubuhkan

    Indian Independence Leaguage (IIL) di negeri-negeri Melayu. Pada bulan Mei 1942, beliau

    mengadakan satu persidangan IIL di Bangkok yang diwakili oleh wakil-wakil IIL dari seluruh

    Asia. Mereka menubuhkan pasukan tentera pembebasan India yang dikenali sebagai IndianNational Army (INA). Pusat-pusat latihan tentera didirikan dan latihan mengikut ketenteraan

    Jepun. Rekrut terdiri daripada bekas-bekas banduan berjumlah antara 4000 hingga 5000 orang

    yang dibebaskan untuk tujuan ini. Tindakan menangkap Ghandi dan Nehru, rusuahan, mogok

    lapar dan tujuk perasaan besar-besaran diberi perhatian khas media (akhbar dan radio). Rash

    Behari Bose kemudiannya digantikan oleh Subhas Chandra Bose, seorang pejuang politik India

    yang melarikan diri ke Jerman pada tahun 1938.

    S. C. Bose berusaha mengukuhkan pasukan itu dengan menubuhkan cawangan wanita

    yang dinamakan Ranee of Jhansi Regiment yang diketui oleh Dr. S. Lakshmi. Anggotanya

    terdiri daripada Tanah Melayu, Burma, dan negara Thai. S. C. Bose menggunakan cogan kata

    Chalo Delhi (Mara ke Delhi). Kerajaan boneka India yang berpusat di Singapura ditubuhkanpada bulan Oktober 1943 yang dikenali sebagai Kerajaan Azad Hind. Kerajaan boneka Jepun

    mengisytiharkan perang terhadap Britain dan Amerika Syarikat pada 24 Oktober 1943. Antara

    bulan Mac hingga Ogos 1944, sedikit demi sedikit tentera INA mara ke sempadan India, tetapi

    pada awal bulan September 1944 mereka berundur. Kejatuhan Rangoon pada bulan Mei 1944

    dan pemindahan kerajaan Azad Hind ke Bangkok memperlihatkan bahawa Jepun dan INA

    mangalami kekalahan. Menjelang akhir tahun 1940-an, orang India mula memikirkan masa

    depan di Tanah Melayu dan terlibat secara aktif dalam pergolakan politik menentang Malayan

    Union.

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    11/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 56

    2. Gerakan Penentangan Orang Cina

    Parti Komunis Malaya (PKM) menggunakan perasaan anti-Jepun dikalangan orang Cina

    melalui penubuhan Malayan Peoples Anti Japenese Army (MPAJA). PKM dan MPAJA menarikkeyakinan kaum-kaum lain dan beberapa orang Melayu dibawa masuk menganggotainya

    seperti Mokhtaruddin Lasso, Abdullah C. D. dan Rashid Mydin. MPAJA atau Tentera Bintang

    Tiga menggunakan simbol tiga bintang yang mewakili kerjasama tiga kaum terbesar di Tanah

    Melayu. Jumlah kekuatan tentera MPAJA dianggarkan antara 3000 hingga 4000 orang pada

    tahun 1944 dan meningkat sekitar 6000 hingga 7000 orang pada menjelang tahun 1945.

    Pasukan MPAJA menggunakan taktik perang gerila kerana tidak mempunyai kekuatan tentera

    yang ramai. Terdapat sebilangan orang Cina di bandar-bandar menentang Jepun secara

    bersembunyi. Mereka melakukan kerja-kerja sabotaj, menganjurkan bantahan dan

    pembunuhan ke atas beberapa orang Jepun dan mereka yang bekerja dengan Jepun.

    Kumpulan ini memberi bantuan dalam bentuk wang, ubat-ubatan, kain baju dan lain-lain

    keperluan kepada MPAJA. Pada tahun 1943, British mengadakan kerjasama dengan MPAJA.

    Mereka menyusun gerakan gerila, menjalankan kerja-kerja sabotaj, membekalkan senjata,

    peluru, bahan-bahan letupan dan kewangan untuk membiayai kegiatan MPAJA. Pada bulan

    Januari 1944, MPAJA membuat pakatan menentang Jepun dengan tentera Berikat melalui

    Force 136 yang berpusat di Ceylon. Antara kejayaan besar tentera Jepun memerangi PKM dan

    MPAJA ialah peristiwa serangan hendap di Batu Caves pada 1 September 1942. Peristiwa itu

    hampir melumpuhkan PKM dan MPAJA buat seketika. Jepun menggunakan anggota polis

    Melayu untuk menentang tentera MPAJA. Ini menyebabkan hubungan antara orang Melayu

    dengan Cina semakin tegang.

    3. Kebangkitan Semangat Nasionalisme

    Apabila pihak Jepun mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu, mereka menghadapi masalah

    kekurangan pegawai untuk mengendalikan urusan kerajaan. Oleh itu, beberapa jawatan penting

    diberikan kepada orang Melayu tempatan. Peluang tersebut telah memberikan keyakinan diri

    kepada masyarakat Melayu untuk menentukan nasib mereka dan tidak terlalu bergantung

    kepada pihak British. Dalam keadaan huru hara dan ketidakstabilan sosial serta ekonomi

    semasa pendudukan Jepun, unsur-unsur subversif dengan mudahnya menyusup di kalangan

    rakyat. Semangat Asia Untuk Asia yang dibawa oleh Jepun berjaya membina sifat percaya

    kepada diri sendiri secara beransur-ansur. Kepercayaan terhadap kuasa Barat semakin pudar

    dan semangat cintakan bangsa dan tanah air semakin tinggi.

    Jepun membenarkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang diharamkan oleh Inggeris

    bergerak semula. Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah bekerjasama dengan Jepun dan pada

    masa yang sama bekerjasama dengan gerakan anti-Jepun. Ibrahim Haji Yaacob dilantik

    sebagai Ketua Sukarela dan Dr. Burhanudin Helmy dilantik sebagai Penasihat Kebudayaan dan

    Adat Istiadat Melayu. Pemberian jawatan-jawatan ini merupakan latihan kepada tokoh-tokoh

    tempatan untuk mengambil alih pentadbiran kelak. Mereka turut menggalakkan penubuhan

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    12/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 57

    persatuan politik Melayu seperti Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS). Selain

    daripada itu, pihak Jepun menolong menubuhkan Angkatan Tentera Kebangsaan dan angkatan

    ini akan digunakan oleh pihak Jepun apabila melanggar India. Pihak Jepun telah menggalakkan

    pergerakan nasionalisme Melayu. Jepun cuba menggunakan seorang pemimpin Melayu yang

    radikal iaitu Ibrahim Yaacob untuk menyebarkan propaganda anti British.

    Beliau pernah memberi bantuan kepada pihak Jepun melalui Kesatuan Melayu Muda

    (KMM) ketika Jepun menawan Tanah Melayu. Dengan bantuan kewangan daripada pihak

    Jepun, Ibrahim Yaacob telah memberi akhbar Warta Malaya pada tahun 1941. Beliau telah

    menggunakan akhbar untuk menerbitkan rencana-rencana yang membangkitkan kesedaran

    nasionalisme orang Melayu dan mengecam penjajahan British. Ibrahim Yaacob berharap akan

    mendapatkan kebebasan politik yang lebih sekiranya British ditewaskan dalam perang. Pihak

    Jepun telah membebaskan ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang telah dipenjarakan

    oleh British. Sebuah pertubuhan diasaskan oleh Jepun iaitu Pembela Tanah Air (PETA) atauGiyu Gan dalam bahasa Jepun. Anggota-anggota PETA terdiri daripada orang Melayu dan

    mereka diharapkan akan menentang dan menghalang pengambilan semula Tanah Melayu oleh

    tentera Berikat. Ibrahim Yaacob menjadi ketua PETA dan memegang pangkat Leftenan

    Kolonel.

    Pada bulan Jun 1945, Ibrahim Yaacob menubuhkan KRIS (Kesatuan Rakyat Indonesia

    Semenanjung) dengan bantuan pihak Jepun. Salah satu daripada matlamat KRIS ialah

    menyatukan Tanah Melayu dan Indonesia untuk membentuk Indonesia Raya. Dengan itu,

    Ibrahim Yaacob telah berjumpa dengan pemimpin-pemimpin nasionalis Indonesia iaitu Sukarno

    dan Hatta. Mereka bersetuju untuk mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu dan Indonesia

    pada 24 Ogos 1945. Akan tetapi, rancangan Indonesia Raya tidak berjaya dilaksanakan keranatentera Jepun dikalahkan pada 15 Ogos 1945. Apabila British kembali ke Tanah Melayu dan

    mengisytiharkan Pentadbiran Tentera British, ramai pemimpin KMM, PETA dan KRIS ditangkap

    dan dipenjarakan. Ibrahim Yaacob terpaksa melarikan diri ke Indonesia. Kaum Cina merupakan

    kaum yang mengalami penderitaan paling teruk semasa pendudukan Jepun. Maka, tidaklah

    menghairankan jika kebanyakan gerakan anti-Jepun diketuai oleh orang Cina. Gerila-gerila

    Cina ini berfahaman Komunis. Sasaran mereka ialah askar-askar dan markas-markas tentera

    Jepun. Orang Melayu dan India menyertai gerakan menentang Jepun kerana pentadbiran

    Jepun turut membawa kesusahan kepada mereka.

    Kumpulan-kumpulan gerakan anti-Jepun utama ialah Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya

    (MPAJA), Tentera Wataniah yang terdiri daripada orang Melayu Pahang dan Gerila Force 136(Tentera pihak Bersekutu yang dipimpin oleh Kapten Spencer Chapman). MPAJA adalah

    gerakan bersenjata menentang Jepun yang terbesar dan terpenting sekali. Ahli-ahli MPAJA

    dikuasai dan dipengaruhi oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Kebanyakan daripada mereka

    adalah orang Cina. Ahli-ahli MPAJA mendirikan petempatan di dalam hutan. Mereka melakukan

    kerja-kerja sabotaj seperti meletupkan jambatan, jalan raya dan jalan kereta api untuk

    memutuskan hubungan pihak Jepun. Pihak Btitish telah membuat pakatan sementara dengan

    MPAJA untuk menentang Jepun. Antara syarat-syarat pakatan ini ialah British melatih pasukan

    MPAJA dalam taktik perang serta membekalkan senjata kepada mereka dan senjata-senjata

    tersebut hendaklah dikembalikan selepas perang dan ahli-ahli MPAJA akan pulang kepada

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    13/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 58

    kehidupan awam. MPAJA merupakan pertubuhan anti-Jepun yang paling giat serta penting.

    Keanggotaannya bertambah banyak kerana lebih ramai oang Cina menyertainya untuk

    menentang pihak Jepun.

    Ahli-ahli MPAJA telah menerima senjata dan latihan ketenteraan daripada pihak

    Inggeris. Hal ini menyebabkan pengaruh Komunis bertambah kuat. Perang gerila berjaya

    mengganggu dan mencabar kedudukan Jepun di Tanah Melayu tetapi gagal menamatkan

    pendudukan Jepun. Angkatan Gerila Force 136 ditubuhkan semasa peperangan Dunia Kedua

    meletus. Ia adalah suatu gerakan sulit yang anti-Jepun. Markas pasukan ini terletak di Sri Lanka

    dan India. Angota-angota Force 136 seperti John Davis dan Richard Broome telah mendarat di

    Tanah Melayu melalui jalan laut dan udara. Tengku Mahmud Mahyidden adalah seorang

    angota pasukan ini yang bertanggungjwab mengetui kumpulan Melayu. Beliau dibantu oleh

    seorang sukarelawan bernama Haji Ibrahim Bima. Pejuangan pasukan ini dibantu oleh tentera

    Wataniah yang dianggotai oleh ahli-ahli Persatuan Melayu Pahang cawangan Raub. TenteraWataniah ini dipimpin oleh Kolenal Pemerintah Kehormat Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan

    Pahang. Force 136 beroperasi dalam kumpulan kecil dalam hutan. Mereka keluar dari hutan

    apabial Jepun menyerah kalah. Apabila British berkuasa semula di Tanah Melayu, sebahagian

    besar daripada anggota pasukan ini bangun menentang pentadbiran British.

    Mengapakah Jepun bersikap kejam kepada kaum Cina semasa memerintah Tanah

    Melayu? Jelaskan

    ____________________________________________________________________________

    ____________________________________________________________________________

    ____________________________________________________________________________

    Berakhirnya Pendudukan

    Jepun

    Tindakan Pihak Berikat mengebombandar-bandar dan tempat-tempat

    penting Jepun yang mengeluarkan

    peralatan perang hampir

    melumpuhkan kekuatan tentera

    Jepun. Kejayaan mengalahkan

    Jerman membolehkan Amerika

    Syarikat dan Britain menumpukan

    seluruh kekuatan mereka untuk

    menumpaskan Jepun di Asia

    Gambar 4.1: Tentera Jepun akhirnya menyerah

    kalah

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    14/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 59

    Tenggara dan Lautan Pasifik. Pemerintah Tertinggi Tentera Amerika Syarikat di Lautan Pasifik,

    Jeneral Douglas Mac Arthur memimpin tenteranya bergerak secara perlahan-lahan memasuki

    Filipina. Pendaratan awal dilakukan di Pulau Leyte pada bulan Oktober 1944 dan Manila telah

    ditawan pada bulan Mac 1945. Akhirnya, tentera Amerika berjaya membebaskan seluruh

    wilayah Filipina daripada penguasaan Jepun.

    Kapal terbang Amerika Syarikat melancarkan pengeboman secara besar-besaran dan

    hampir 60 buah bandar besar di Jepun dimusnahkan. Amerika Syarikat dan Britain berusaha

    untuk memaksa Jepun menyerah kalah tanpa syarat. Serangan yang berterusan ini semakin

    menyulitkan pusat pemerintahan di Tokyo menghubungi tanah jajahannya di Asia Tenggara.

    Pada pagi 6 Ogos 1945, sebuah kapal terbang Superfortress Amerika Syarikat menggugurkan

    bom atom yang pertama di Hiroshima dan diikuti oleh bom atom yang kedua di Nagasaki pada

    9 Ogos 1945. Akhirnya, kerajaan Jepun terpaksa menyerah kalah. Keputusan ini diumumkan

    sendiri oleh Maharaja Hirohito pada 15 Ogos 1945. Pengisytiharan menyerah kalah secararasmi ditandatangani di hadapan Panglima Agung Kuasa Berikat, Jeneral Douglas Mac Arthur

    di atas sebuah kapal perang Amerika Syarikat bernama Missouri pada 2 September 1945.

    Pada 20 Ogos 1945, Putera Kanin Haruhito dihantar ke Tanah Melayu sebagai utusan

    khas kerajaan Jepun untuk mengarahkan Pentadbiran tentera Jepun di Tanah Melayu yang

    berpusat di Singapura menyerah diri secara rasmi kepada pihak Berikat. Beliau juga

    mengumumkan bahawa semua kegiatan tentera diberhentikan berkuatkusa pada 25 Ogos

    1945. Setelah tentera Jepun menyerah kalah secara rasmi, kekosongan kuasa di Tanah Melayu

    akan diisi secara berperingkat-peringkat melalui pendaratan tentera British di Pulau Pinang,

    Singapura dan Morib. Upacara penyerahan diri tentera Jepun di Tanah Melayu diadakan secara

    rasmi pada 12 September 1945 di banguanan Perbandaran Singapura. Pihak Jepun diwakilioleh Komanden tentera Jepun di Tanah Melayu, Jeneral Itagaki, manakala tentera Berikat oleh

    Pemerintah Tertinggi Tentera Berikat di Asia Tenggara, Lord Louis Mountbatten.

    SUASANA DI TANAH MELAYU SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA

    Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu

    Pemerintahan British di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua terbahagi kepada tiga

    corak pentadbiran iaitu Negeri-negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang), Negeri-

    negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan) dan Negeri-negeri

    Melayu Tidak Bersekutu (Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis). Negeri-negeri Selat

    diperintah secara langsung oleh British melalui seorang Gabenor British dan tarafnya adalah

    sebagai tanah jajahan British. Pentadbiran British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu terletak di

    bawah seorang Pesuruhjaya British yang berpusat di Kuala Lumpur dan di setiap negeri

    tersebut dilantik seorang Residen British. Di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu pula, pihak

    British telah melantik seorang wakilnya yang dipanggil Penasihat British. Kekalahan British di

    Tanah Melayu di tangan Jepun dalam tempoh yang singkat menyedarkan British terhadap

    kelemahan pentadbiran mereka di Tanah Melayu sebelum perang.

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    15/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 60

    Akibatnya pada Julai 1943, Malayan Planning Unit (MPU) telah ditubuhkan di London

    untuk merangka perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu selepas tamat

    perang nanti. Pada 31 Mei 1944, kabinet perang telah meluluskan syor penyatuan politik di

    Tanah Melayu yang dikemukakan oleh MPU. Pada 10 Oktober 1945, Setiausaha Pejabat

    Tanah Jajahan British, George Hall, telah mengumumkan parlimen mengenai penyatuan politik

    Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malayan Union. Kedatangan semula pihak British ke

    Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua telah membawa satu corak pemerintahan baru

    yang bertujuan untuk menyatukan semua negeri-negeri Melayu kecuali Singapura di bawah

    satu pemerintahan pusat yang diperintah terus oleh seorang Gabenor British. Gagasan

    Pentadbiran baru yang dirancang oleh pihak British itu dinamakan Malayan Union. Gagasan ini

    telah dirancang sebelum Perang Dunia Kedua lagi.

    Bagi menjayakan gagasan tersebut sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Sir Edward

    Gent telah diarahkan oleh pihak British untuk membentuk dasar-dasar yang akan dilaksanakandi Tanah Melayu apabila pihak British kembali semula ke Tanah Melayu. Jawatankuasa

    tersebut telah merangka satu dasar yang telah dipersetujui oleh kerajaan British untuk

    dilaksanakan iaitu sebuah kesatuan yang dikenali sebagai Malayan Union untuk keseluruhan

    Tanah Melayu termasuk Melaka dan Pulau Pinang. Di dalam rancangan Malayan Union,

    Singapura akan dipisahkan pentadbirannya daripada negeri-negeri Tanah Melayu yang lain.

    Alasan pihak British untuk mengasingkan Singapura adalah disebabkan kedudukan Singapura

    sebagai pusat perniagaan seberang laut yang maju, kedudukan ekonomi yang baik dan

    menguntungkan British.

    Rajah 4.1: Bantuk pentadbiran Malayan Union di Tanah Melayu

    Antara perkara-perkara utama yang menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu

    melalui rancangan Malayan Union ialah mengenai hak keistimewaan orang-orang Melayu serta

    penukaran taraf Negeri-negeri Melayu daripada taraf negeri-negeri naungan British kepada

    negeri-negeri jajahan British. Melalui rancangan ini semua anggota majlis yang ada dalam

    rancangan Malayan Union hendaklah menyatakan taat setianya kepada Ratu Inggeris dan

    Parlimen British

    Pesuruhjaya Negeri-negeri

    Gabenor Malayan Union

    Majlis Undangan

    Majlis Eksekutif Majlis Eksekutif

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    16/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 61

    bukan lagi kepada raja-raja Melayu. Malayan Union akan diperintah oleh seorang Gabenor

    dengan Majlis Mesyuarat Kerja (Executive Committee) dan sebuah Majlis Mesyuarat Negeri.

    Melalui rancangan ini, gabenor mempunyai kuasa yang besar dan kuasa muktamad terhadap

    sesuatu hal pentadbiran di Tanah Melayu dan Singapura.

    Kuasa yang ada pada gabenor ini adalah lebih besar daripada kuasa Raja-raja Melayu

    itu sendiri. Mengenai kerakyatan, mereka yang berhak adalah terdiri daripada mereka yang

    dilahirkan di dalam negeri-negeri Malayan Union dan Singapura. Rakyat yang telah

    bermastautin di kedua-dua negeri tersebut juga layak untuk mendapat hak kerakyatan dengan

    syarat mereka telah menetap di Tanah Melayu atau Singapura selama 10 tahun daripada 15

    tahun masa penjajahan British, tidak termasuk masa penjajahan Jepun. Harold MacMichael

    dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan-sultan bagi mempersetujui

    penubuhan Malayan Union. Beliau melaksanakan tugasnya dari 18 Oktober hingga 21

    Disember 1945. Parlimen British telah mengeluarkan kertas putih yang mengandungicadangan-cadangan Malayan Union.

    Kerajaan British terpaksa mendapatkan tandatangan daripada Raja-raja Melayu sebagai

    persetujuan dan sokongan terhadap rancangan ini. Melalui Setiausaha Tanah Jajahan,

    kerajaan British telah menghantar Sir Harold Mac Michael ke Tanah Melayu untuk

    melaksanakan tugas mendapatkan tandatangan tersebut. Dengan kepintaran melakukan tipu

    helah dan membuat ugutan kepada beberapa orang Raja-raja Melayu, akhirnya MacMichael

    telah berjaya mendapatkan kesemua tandatangan Raja-raja Melayu pada 2 Disember 1945.

    Walaupun pihak Raja-raja Melayu keberatan untuk menandatangani perjanjian tersebut tetapi

    mereka terpaksa menurut demi untuk menjaga kepentingan mereka. MacMichael telah

    mengugut akan menurunkan takhta Raja-raja Melayu yang enggan menandatangani perjanjiantersebut dan menggantikan mereka dengan kerabat raja lain yang bersetuju untuk menurunkan

    tandatangan perjanjian tersebut.

    Huraikan ciri-ciri kerajaan Malayan Union yang dicadangkan olehkerajaan British?

    Pada pandangan anda, adakah patut orang-orang Melayu menentangMalayan Union, sedangkan kerajaan British baru saja merampas kembali TanahMelayu daripada penaklukan Jepun?

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    17/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 62

    Perlembagaan Malayan Union

    Perlembagaan Malayan Union mengandungi 2 fasal utama iaitu yang berkaitan dengan

    pentadbiran dan kerakyatan.

    1. Pentadbiran

    a. Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan),

    Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu) dan 2

    buah Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka) digabungkan sebagai satu unit

    politik yang dikenali sebagai Malayan Union.

    b. Singapura diasingkan dari Malayan Union kerana jumlah penduduk Cina yang ramai,

    kedudukan yang strategik dan taraf pelabuhan bebas. Singapura menjadi wilayah yang

    berasingan dan ditadbir oleh seorang Gabenor.

    c. Kedudukan sultan-sultan dikekalkan tetapi kekuasaan serta kewibawaan mereka

    dikurangkan. Sultan tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran. Kuasa sultan hanya

    tertumpu dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam Melayu di mana mereka

    dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Melayu negeri masing-masing.

    Gabar 4.2: Adakah anda

    tahu gambar siapakah ini?Gambar 4.3: Apa kaitan

    gambar ini dengan gambar

    sebelah? fikirkan

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    18/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 63

    d. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan sebagai badan yang menguruskan hal ehwal

    tempatan tetapi diletakkan di bawah kawalan langsung kerajaan pusat.

    e. Malayan Union akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British dengan pemusatanpentadbiran yang diketuai oleh Gabenor di Kuala Lumpur.

    f. Gabenor akan menjalankan pentadbiran dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerja dan

    Majlis Perundangan Pusat. Selain itu, Majlis Penasihat juga ditubuhkan.

    g. Seorang Gabenor Jeneral dilantik untuk mengawasi pentadbiran Malayan Union,

    Singapura dan wilayah Borneo.

    2. Kerakyatan

    Perlembagaan Malayan Union memberi hak dan peluang yang sama kepada semua

    warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. Syarat kerakyatan:

    a. Lahir di Tanah Melayu atau Singapura.b. Tinggal di Tanah Melayu selama 10 tahun daripada tempoh 15 tahun yang terdahulu

    sebelum 15 Februari 1942.c. Mereka yang tidak layak Lahir di luar Tanah Melayu tetapi ibu atau bapa atau kedua-

    duanya warganegarad. Malayan Union mengikut syarat atas boleh memohon menjadi warganegara selepas

    tinggal di Tanah Melayu selama 5 tahun.

    Jelaskan tujuan utama kerajaan Inggeris memperkenalkan Malayan Union

    selepas tamat Perang Dunia Kedua?

    Malayan Union yang diperkenalkan oleh Inggeris itu telah mendapat

    tentangan hebat daripada orang-orang Melayu, huraikan .

    Penentangan Orang Melayu

    Pengenalan dan penubuhan Malayan Union telah menimbulkan penentangan hebat dari orangMelayu. Orang Melayu tidak bersetuju dengan cara Harold Mac Michael mendapatkan

    tandatangan sultan bagi mempersetujui penubuhan Malayan Union. Semasa diminta

    menandatangani persetujuan tersebut, Sultan-sultan tidak diberitahu cadangan-cadangan yang

    terkandung dan perlembagaan Malayan Union. Sultan-sultan juga tidak diberi masa cukup

    untuk meneliti kebaikan dan keburukan Malayan Union. Selain itu, mereka juga tidak

    dibenarkan berbincang dengan pembesar atau Majlis Mesyuarat Negeri sebelum

    menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union. Ugutan oleh Harold Mac Michael

    telah menambahkan kemarahan orang Melayu. Sekiranya mana-mana sultan enggan

    menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union, sultan tersebut akan dianggap pro-

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    19/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 64

    Jepun dan disingkirkan dari takhta. Hal ini yang apabila Sultan Badlishah yang diberi kata dua

    sama ada menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union atau turun dari takhta.

    Penubuhan Malayan Union akan menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan sultan. Walaupun

    kedudukan sultan dikekalkan tetapi kekuasaan serta kewibawaan sultan dikurangkan. Sultan

    tidak mempunyai kuasa pentadbiran tetapi hanya tertumpu dalam hal ehwal Islam dan adat

    resam Melayu. Malah kuasa sultan dalam hal-ehwal Islam juga terjejas apabila British

    mencadangkan penubuhan Majlis Mesyuarat Agama yang dipengerusikan oleh Gabenor.

    Sultan-sultan dianggap sebagai pelindung orang Melayu. Kemerosotan kuasa sultan bererti

    kehilangan kuasa orang Melayu di Tanah Melayu. Penubuhan Malayan Union akan

    menghapuskan hak-hak istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu sebagai bumiputera Tanah

    Melayu kerana perlembagaan Malayan Union memberi hak dan peluang yang sama kepada

    semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. Orang Melayu tidak mahu hak

    istimewa dinikmati oleh orang Cina dan India yang dianggap pendatang yang menumpang di

    Tanah Melayu. Penghapusan hak istimewa menyebabkan orang Melayu bimbang penguasaanekonomi oleh orang Cina akan bertambah besar dan ini akan meluaskan jurang ekonomi antara

    orang Melayu dengan Cina.

    Selain itu, orang Melayu tidak bersetuju dengan

    syarat kerakyatan yang longgar mengikut prinsip jus

    soli. Orang Melayu tidak mahu orang Cina dan India

    diberi syarat kerakyatan yang longgar kerana mereka

    masih tidak yakin dengan taat setia orang Cina dan

    India terhadap Tanah Melayu. Pemberian taraf

    kerakyatan yang longgar akan menyebabkan ramai

    orang Cina dan India menjadi warganegara TanahMelayu. Orang Melayu bimbang orang Cina yang

    sudah pun menguasai ekonomi akan menguasai politik

    apabila bilangan mereka melebihi orang Melayu.

    Kebimbangan mereka bertambah kerana pada tahun

    1947, jumlah Melayu hanya 49.46 peratus daripada

    jumlah penduduk Tanah Melayu. Tentangan orang

    Melayu terhadap Malayan Union juga disebabkan

    mereka menyedari perlembagaan Malayan Union

    merupakan balas dendam British terhadap orang

    Melayu kerana menyokong Jepun semasa PerangDunia Kedua di Tanah Melayu. Oleh itu, orang Melayu

    mendakwa perkembangan ini dilaksanakan dalam

    suasana anti Melayu dan pro Cina kerana Malayan

    Union merugikan orang Melayu dan menguntungkan orang Cina. Tentangan orang Melayu

    terhadap Malayan Union juga disebabkan rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap

    pemerintahan British kerana orang Melayu tidak diberi peluang terlibat dalam merangka

    perlembagaan Malayan Union. Perlembagaan itu dirancang oleh pegawai British dalam MPU di

    London. Pendapat orang Melayu langsung tidak diminta oleh British semasa mereka merangka

    perlembagaan tersebut.

    INFO

    Utusan Melayu pada 12.10.1945

    melaporkan:

    dari pandangan sepintas lalu

    dapatlah diketahui bahawacadangan Malayan Union itu

    menguntungkan orang bukan

    Melayu. Hal ini amatlah

    mencemaskan fikiran dan

    perasaan orang Melayu mengenai

    hari depan mereka. Para sultan

    hendaklah menimbangkan dengan

    sepenuh hati cadangan Malayan

    Union ini sebelum

    menyetujuinya.

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    20/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 65

    Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union boleh dibahagikan kepada dua

    peringkat yang utama iaitu secara individu dan secara kolektif dan teratur pada peringkat

    pertama pelbagai penentangan telah dilakukan antaranya melalui akhbar-akhbar telah

    memainkan peranan penting dalam membangkitkan penentangan orang Melayu terhadap

    Malayan Union. Akhbar-akhbar telah mendedahkan keburukan dan kerugian yang akan dialami

    oleh orang Melayu jika Malayan Union dilaksanakan. Orang Melayu telah diseru supaya bersatu

    dalam usaha menentang Malayan Union dan diseru supaya memulihkan pertubuhan yang telah

    wujud dan menubuhkan pertubuhan baru. Pertubuhan-pertubuhan ini perlu digabungkan bagi

    menguatkan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. Berita tentang penentangan

    orang Melayu dimuatkan dalam akhbar untuk pengetahuan orang-orang Melayu di seluruh

    Tanah Melayu. Di antara akhbar-akhbar tersebut ialah Utusan Melayu, Warta Negara, Majlis

    dan Pelita Malaya. Sultan-sultan, pembesar-pembesar dan orang-orang Melayu telah bersatu

    dan bekerjasama dalam usaha menentang Malayan Union. Mereka telah menulis surat kepada

    Raja British dan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu memohonsokongan mereka terhadap perjuangan orang Melayu. Mereka juga mendesak kerajaan British

    dan Pejabat Tanah Jajahan membatalkan rancangan penubuhan Malayan Union dan merangka

    perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu khususnya yang dapat melindungi

    kepentingan orang Melayu. Bekas pegawai British tersebut telah menulis dalam akhbar di

    Britain terutamanya akhbar Times untuk menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan

    orang Melayu. Antara bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu iaitu

    Frank Swettenham, Authur Richard, Cecil Clementi, Rolland Braddle dan Winstreadt. Orang-

    orang Melayu juga telah mengadakan perarakan dan perhimpunan di semua ibu negeri dan di

    bandar-bandar lain di seluruh negeri-negeri Melayu untuk menunjukkan bantahan mereka

    terhadap Malayan Union.

    Gambar 4.4: Gambar-gambar sekitar penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union

    Hasil dari daya usaha Kesatuan Melayu Selangor dan Dato Onn bin Jaafar, Kongres

    Melayu Se-Malaya diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1-4

    Mac 1946. Kongres tersebut dihadiri 107 perwakilan dan 56 pemerhati dari 41 pertubuhan

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    21/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 66

    Melayu di seluruh Tanah Melayu. Kongres tersebut telah mendesak orang Melayu supaya

    bersatu dan berusaha untuk menentang Malayan Union. Kongres tersebut juga mencadangkan

    supaya ditubuhkan sebuah pertubuhan Melayu yang akan dianggotai oleh orang Melayu di

    seluruh Tanah Melayu. Pada 29 dan 30 Mac 1946, Kongres Melayu Se-Malaya Kedua diadakan

    di Kuala Lumpur bagi membincangkan penubuhan pertubuhan Melayu tersebut. Akhirnya,

    Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenali sebagai UMNO dalam Kongres

    Melayu Se-Malaya Ketiga di Johor Bahru pada 11 Mei 1946. Dato Onn bin Jaafar dilantik

    sebagai Presiden UMNO yang pertama. Walaupun mendapat tentangan orang Melayu, British

    tetap mahu melaksanakan Malayan Union. Akibatnya, sultan-sultan, pembesar-pembesar dan

    orang-orang Melayu telah memulaukan upacara panubuhan Malayan Union dan perlantikan

    Edward Gent sebagai Gabenor pertama pada 1 April 1946. Selama seminggu sejak penubuhan

    Malayan Union, orang Melayu telah mengadakan perkabungan untuk menunjukkan betapa

    sedihnya mereka akibat penubuhan Malayan Union. Dalam perkabungan tersebut, lelaki

    Melayu memakai songkok yang dililit kain putih manakala wanita Melayu melilitkan kain putih dilengan baju. Perkabungan orang Melayu juga mendapat simpati daripada orang asli. Dalam

    akhbar Pelita Malaya, bertarikh 5 April 1946, orang-orang Sakai di Ulu Langat telah keluar ke

    Pekan dengan memakai bunga-bunga kabung. Sebagai bantahan yang lebih keras ahli-ahli

    Melayu dalam Majlis Penasihat menarik diri untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap

    Malayan Union.

    Reaksi Orang Bukan Melayu

    Perlaksaanaan Malayan Union mungkin berjaya sekiranya mendapatkan sokongan orang

    bukan melayu orang bukan melayu khususnya orang India dan Cina tidak menunjukkan

    sebarang reaksi pada mulanya. Kerana bagi orang Cina, British telah menjanjikan hak

    kerakyatan secara jus soli. Namun apabila kerajaan British mengambil keputusan untuk

    menangguhkan fasal mengenai kewarganegaraan kerana desakan orang Melayu, orang Cina

    telah hilang kepercayaan dan merasakan pihak British telah mungkir janji. Dengan itu orang

    Cina mula menentang dengan pelbagai cara iaitu melalui kesatuan, penubuhan dan akhbar-

    akhbar.

    Terdapat beberapa golongan orang Cina yang mengemukakan tentangan terhadap

    Malayan Union melalui akhbar-akhbar Cina dan Kesatuan Demokratik Malaya iaitu pertubuhan

    berhaluan kiri yang ditubuhkan pada 12 Oktober 1942. Tentangan orang Cina berpusat padapembentukan MPAJA yang ditubuhkan pada tahun 1946. Mereka memperjuangkan sebuah

    Tanah Melayu yang bersatu dengan Singapura dan menuntut hak kerakyatan yang sama rata.

    Melalui akhbar Sin Chew Jit Poh juga menentang Malayan Union dengan menyatakan Raja-raja

    Melayu tidak mempunyai hak untuk mewakili kaum Cina. Masyarakat Cina yang menjadi ahli

    Parti Kuomintang di Tanah Melayu lebih menumpukan perhatian dalam perkembangan. Mereka

    menganggap penerimaan Malayan Union akan membatalkan kebangsaan Cina secara

    automatik. Sebilangan kaun Cina tidak menganggap Tanah Melayu sebagai tanah air mereka.

    Matlamat mereka hanyalah mencari kekayaan untuk dibawa pulang negeri masing-masing.

    Dalam pada masa yang sama terdapat golongan orang Cina yang menjadi anggota parti

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    22/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 67

    Komunis Malaya dan MPAJA semata-mata untuk membentuk negara komunis Malaya.

    Terdapat juga masyarakat Cina yang bersikap berkecuali iaitu Chinese Centre dan mereka

    mengalu-alukan kertas putih Malayan Union.

    Bagi kaum India pula pada mulanya tidak berminat langsung dengan keadaan politik

    tanah melayu. Sebahagia besar daripada mereka masih menumpukan perhatian ditanah air

    mereka sendiri iaitu perjuangan Parti Kongres India apabila UMNO dan orang Melayu

    menentang Malayan Union dan mendesak kerajaan British mengadakan pindaan terhadap

    Malayan Union dalam soal kerakyatan, sikap orang Cina dan India mula berubah. Mereka

    menuntut hak kerakyatan yang sama rata. Masyarakat Cina di bawah pinpinan Tan Cheng Lock

    mula menyuarakan perasaan mereka dan desakan yang dilakukan oleh UMNO dan orang

    Melayu telah menjejaskan kepentingan mereka. Oleh yang demikian kerajaan British digesa

    menerima cadangan UMNO supaya penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Perkara mengenai

    kerakyatan juga perlu dipinda. Segala langkah-langkah yang hendak dibuat mestilah terlebihdahulu dirancang dengan UMNO dan wakil-wakil raja demi kebaikan masa depan orang

    Melayu.

    Bincangkan kenapakah Malayan Union ditentang oleh Orang Melayu?

    ____________________________________________________________________________

    ____________________________________________________________________________

    ____________________________________________________________________________

    PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

    Ekoran tentangan yang kuat dan berterusan daripada orang Melayu, kerajaan Brtish telah

    membatalkan cadangan menubuhkan Malayan Union. British sedar bahawa tanpa sokongan

    orang Melayu rancangan mereka untuk mengadakan satu bentuk pemerintahan negara tidak

    akan berjaya. Hasil sikap tolak ansur kerajaan British menubuhkan jawatankuasa kerja pada

    bulan Julai 1946. jawatakuasa tersebut terdiri daripada empat wakil-wakil Raja-raja Melayu dan

    wakil UMNO dan enam pegawai British. Jawatankuasa tersebut mencadangkan supaya

    memulihan kedudukan raja-raja Melayu dan kedaulatan sultan akan dikembalikan, penubuhanDewan Undangan Negeri bagi setiap negeri, syarat-syarat kewarganegaraan yang lebih ketat

    untuk kaum-kaum bukan Melayu serta pemberian hak istimewa kapada kaum Melayu akan

    dijamin Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan melalui satu perjanjian

    yang ditandatangani pada 21 Januari 1948. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian

    Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang telah ditandatangani oleh sembilan orang Raja-raja

    Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British yang mewakili kerajaan British.

    Penubuhan Persekuuan Tanah Melayu pada 1 Febuari 1948 yang terdiri daripada

    sembilan buah negeri Melayu iaitu Perils, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang,

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    23/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 68

    Terengganu, Kelantan dan Negeri-negeri Selat manakala Singapura kekal menjadi tanah

    jajahan British yang berasingan. Kerajaan persekutuan diketuai oleh seorang Pesuruhjaya

    Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif. Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Undangan

    Persekutuan telah ditubuhkan bagi membantu Pesuruhjaya Tinggi British. Penubuhan Majlis

    Raja-raja Melayu atau Dubar yang berfungsi untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi British.

    Penubuhan Majlis-majlis Mesyuarat Undangan negeri di peringkat negeri berfungsi seperti

    Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan. Jawatan menteri besar diwujubkan bagi

    menggantikan jawatan Residen British yang dimansuhkan. Kuasa kerajaan negeri diperluaskan

    untuk meliputi perkara-perkara yang berkait dengan kewangan, kerajaan tempatan dan

    kesihatan. Dalam syarat kerakyatan kepada orang-orang asing yang ingin bermastautin di

    negara ini. Semasa Perlembagaan 1948 dikuatkuasakan mereka yang dianggap sebagai

    warganegara Persekutuan Tanah Melayu ialah semua rakyat raja sebuah negeri Melayu.

    Semua warga British yang dilahirkan di Pulau Pinang dan Melaka yang telah menetap selama

    15 tahun berturut-turut di salah sebuah kawasan yang termasuk dalam Persekutuan TanahMelayu. Semua rakyat British yang dilahirkan dikawasan yang termasuk dalam Persekutuan

    Tanah Melayu yang bapanya sendiri dilahirkan di kawasan yang berkenaan atau telah menetap

    di Tanah Melayu 15 tahun berturut-turut. Semua orang yang telah dilahirkan dalam Persekutuan

    Tanah Melayu yang biasanya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat Melayu

    Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah memulihkan kedudukan Raja-raja

    Melayu menjadi bertambah baik. Raja-raja Melayu telah diberi semula hak utama dan kuasa

    untu menjadi raja-raja yang berdaulat di negeri masing-masing mereka juga diberi kuasa penuh

    dalam adat istiadat orang Melayu dan agama Islam seperti kedudukan sebelum tahun 1941 di

    samping itu, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu menyatakan bahawa matlamat akhir

    kerajaan British adalah memupuk kemajuan ke arah pemerintahan sendiri pada masa depanbagi mendapatkan kemerdekaan daripada kerajaan British di London.

    PENUBUHAN PARTI-PARTI POLITIK YANG BERASASKAN

    PERKAUMAN

    United Malay National Organisation (UMNO)

    UMNO merupakan parti yang ditubuhkan untuk menyatupadukan orang-orang Melayu. Ia

    ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1946 dan diketuai oleh Dato Onn Jaafar. Matlamatutama penubuhan UMNO ialah untuk menentang penubuhan Kesatuan Malaya dan

    menyatupadukan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Cogan kata utama parti ini iaitu

    Hidup Melayu digunakan untuk menyatupadukan orang-orang Melayu dan mempertahankan

    kedudukan serta hak keistimewaan mereka. Dato Onn Jaafar mempunyai pandangan ke

    hadapan melebihi kemahuan ahli-ahli UMNO. Beliau mula memperkatakan tentang kerjasama

    dengan kaum-kaum lain. Pada bulan Oktober 1949, Dato Onn mencadangkan satu rupa

    bangsa Tanah Melayu berasaskan pertuturan satu bahasa. Kemudian beliau mencadangkan

    supaya pemberian kerakyatan lebih longgar. Cadangan ini ditentang oleh ahli-ahli UMNO.

    Ekorannya Dato Onn meletakkan jawatan pada bulan Jun 1950. Tindakannya diikuti oleh

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    24/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 69

    Jawatankuasa UMNO yang lain kecuali Setiausaha Agung. Dato Onn dipujuk semula

    memimpin UMNO dan kembali memegang jawatan pada bulan Ogos 1950.

    Satu perkembangan baru berlaku dalam dalam UMNO apabila slogan Hidup Melayu diganti dengan Merdeka. Ini dipersetujui dalam persidangan agung pada 25-26 Mac 1951.

    Dato Onn berpendapat kerajaan British tidak akan memberikan kemerdekaan jika tidak wujud

    perpaduan kaum. Dengan itu beliau mencadangkan membuka pintu keahlian kepada kaum lain

    dan nama UMNO ditukar daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu kepada

    Pertubuhan Kebangsaan Malaya Bersatu. Perkataan Melayu digugurkan dan digantikan dengan

    Malaya. Dengan cara ini Dato Onn berharap pintu UMNO akan terbuka untuk kaum lain. Dalam

    persidangan UMNO yang berlangsung pada 25 dan 26 Ogos, cadangan Dato Onn ini dibantah

    dengan kerasnya oleh para perwakilan. Akhirnya pada 27 Ogos 1951, Dato Onn sekali lagi

    melepaskan jawatan Presiden UMNO setelah memimpin selama 5 tahun. Setelah jawatan

    Presiden UMNO dipertandingkan Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman berjayamengalahkan dua pencabar lain. Tunku Abdul Rahman memimpin UMNO sehingga tahun

    1970.

    Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)

    Setelah meletakkan jawatan daripada UMNO, Dato Onn bersama rakan-rakan yang lain

    menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 16 September 1951 di Kuala Lumpur

    dengan dihadiri oleh lebih 100 orang dari semua kaum. Kebanyakan pemimpin utama

    masyarakat bukan Melayu terutamanya Tan Cheng Lock, E. E. C. Thurisingam dan yang

    lainnya telah memberikan sokongan yang padu terhadap IMP. Tan Cheng Lock dalamucapannya pada hari perasmian IMP telah menyeru kepada semua kaum terutamanya MCA

    agar memberi kerjasama pada IMP dalam mencapai matlamatnya iaitu mencapai taraf

    berkerajaan sendiri dalam tempoh 10 tahun. Mengadakan pilihanraya yang berasaskan prinsip

    demokrasi diperkenalkan di peringkat kerajaan tempatan pada tahun 1953 dan kemudiannya ke

    peringkat perundangan pusat pada tahun 1955. Selain itu, juga ia bermatlamat ke arah

    memalayanisasikan perkhidmatan awam dan membentuk sebuah perkhidmatan Tanah Melayu

    (Malayan Service) serta memberi pelajaran asas secara percuma kepada kanak-kanak berumur

    di antara 6 sehingga 12 tahun. Antara matlamat yang lain pula ialah memberikan perkhidmatan

    kebajikan sosial terutama di kawasan luar bandar, memberi subsidi dan jaminan harga

    barangan petani-petani, dan akhir sekali mengadakan reformasi ke atas sistem feudal di negeri-negeri Melayu.

    Parti IMP tidak berjaya menarik sokongan lebih ramai orang Melayu UMNO kerana tidak

    yakin dengan konsep parti berbilang kaum. Populariti Dato Onn tidak dapat menjamin

    sokongan kepada parti IMP. Tunku Abdul Rahman dalam salah satu mesyuarat UMNO yang

    diadakan pada 29 hingga 30 mac 1952 telah mengecam sesiapa yang menyokong atau

    menunjukkan simpati terhadap IMP, maka ahli tersebut akan dibuang dari UMNO. Orang Cina

    juga tidak menyokong IMP kerana mereka lebih berminat dengan MCA. Dato Onn berharap

    Tan Cheng Lock yang pada peringkat awal menyokongnya dapat menarik sokongan orang Cina

    kepada IMP tetapi gagal dan Dato E.E C Thuraisingam juga tidak berjaya menarik sokongan

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    25/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 70

    orang India. Dalam pilihan raya pada tahun 1952, IMP kalah dan kekuatannya tidak dapat

    dipulihkan. Ini telah mendorong Dato Onn menubuhkan pula Parti Negara.

    Parti Negara

    Parti ini ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar pada bulan Februari 1954 dan tokoh-tokoh Melayu

    daripada IMP selepas persidangan IMP adalah menteri-menteri besar. Pemimpin-pemimpin

    Parti Negara yang lain ialah Dato Hamzah Abdullah, E.E. C Thuraisingam, Heah Joo Seng dan

    W. Mac Leod. Dasar perjuangan Parti Negara ialah memperjuangkan perpaduan nasional dan

    raja berperlembagaan. Parti ini juga mahu taraf berkerajaan sendiri. Dari segi bahasa, bahasa

    Melayu dan Inggeris diterima sebagai bahasa rasmi. Keahlian Parti Negara pula terbuka

    kepada semua kaum warga Tanah Melayu dan British. Bagaimanapun kebanyakan ahlinya

    terdiri daripada orang Melayu. Sokongan yang diperoleh oleh Parti Negara lebih baikberbanding IMP terutama di negeri Terengganu, Kelantan, Johor, Kedah dan Selangor.

    Dalam pilihan raya negeri tahun 1954, Parti Negara gagal. Begitu juga dalam pilihan

    raya kebangsaan 1959, Parti Negara meletakkan 70 orang calon. Dato Onn memenangi kerusi

    Dewan Rakyat Terengganu Selatan manakala empat orang rakannya berjaya memenangi

    kerusi Dewan Undangan Negeeri Terengganu. Pada umunya Parti Negara kurang berjaya dan

    terus merosot selepas Dato Onn meninggal dunia pada 18 Januari 1962.

    Malayan Chiness Association (MCA)

    Kejayaan Parti Komunis menubuhkan kerajaan di negeri China mendorong ahli-ahli politik

    kanan kaum Cina di Tanah Melayu menubuhkan parti politik. Perkembangan PKM juga

    mendorong ke arah itu. Ketua-ketua masyarakat Cina mahu mengelakkan kecaman yang

    menganggap kaum Cina keseluruhannya menyokong perjuangan PKM. darurat menyebabkan

    pengaruh PKM tergencat dan kepimpinan politik Cina perlu diisi. Peluang ini digunakan oleh

    tokoh-tokoh Cina berpendidikan Inggeris dan ahli-ahli perniagaan menubuhkan sebuah parti.

    Usaha menubuhkan Pakatan Cina Tanah Melayu diusahakan oleh Tan Cheng Lock pada awal

    tahun 1948 tetapi gagal. Uasaha ini diteruskan oleh Leong Yew Koh. Pihak British juga mahu

    mewujudkan sebuah pertubuhan kebangsaan Cina yang pro-British. Pesuruhjaya Tinggi

    meminta H. S. lee yang menjadi pengerusi Dewan Perniagaan Cina Selangor mengambil dayausaha pembentukan sebuah pertubuhan politik Cina. Menjelang bulan Februari 1949, MCA

    berjaya ditubuhkan di bawah pimpinan Tan Cheng Lock. Golongan pedagang Cina yang kaya

    turut menyokong penubuhannya bagi mengimbangi kegiatan politik yang hampir dimonopoli

    oleh UMNO. Terdapat tiga matlamat utama UMNO ditubuhkan:

    i- Untuk menggalak dan mengekalkjan hubungan baik antara kaum di Tanah Melayu.ii- Untuk menjaga kepentingan dan kebajikan kaum Cina dalam soal kemasyarakata,

    ekonomi dan politik menurut lunas-lunas perlembagaan dan undang-undang.iii- Untuk mengekalkan undang-undang dan peraturan bagi mewujudkan Tanah Melayu

    yang lebih aman dan terus maju.

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    26/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 71

    Pada peringkat awal MCA lebih menumpukan minat pada kerja-kerja sosial seperti membantu

    penduduk-penduduk kampung baru. Tan Cheng Lock mahu MCA mengubah imej menjadi partipolitik sepenuhnya tetapi ideanya ditentang oleh kumpulan yang mahu terus mengekalkan

    identiti pertubuhan kemasyarakatan. Tan Cheng Lock mengecam mahu meletakkan jawatan.

    Akhirnya pada pertengahan tahun 1952, MCA secara rasmi menjadi parti politik.

    Malayan Indian Congress (MIC)

    Kongres India Malaya (MIC) ditubuhkan pada 8 Ogos 1946 dan dipimpin oleh John A. Thivy

    sebagai presiden yang pertama. Matlamat penubuhan MIC ialah untuk menga kepentingan

    politik, ekonomi dan sosial kaum India di Tanah Melayu. Apabila India merdeka pada tahun1947 maka matlamat kedua menjadi tumpuan mereka. Dua pertubuhan India yang lain di Tanah

    Melayu ketika itu ialah Malayan Indian Association dan Federation of Indian Organisation.

    Pada peringkat awal pemimpin-pemimpin MIC terdiri daripada orang India Utara tetapi

    tahun-tahun 1950-an dimonopoli oleh orang India Selatan terutama orang Tamil. Pada

    peringkat awal pengaruh parti politik kurang jelas dikalangan penoreh dan buruh-buruh India.

    Semasa menentang Persekutuan, MIC turut menyokong AMCJA terutama dalam soal

    kerakyatan. MIC pernah bergabung dengan parti-parti berhaluan kiri tetapi gagal. Selepas itu

    MIC menyokong IMP yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar. Bagaimanapun setelah meneliti

    perkembangan politik Tanah Melayu, MIC mengambil keputusan menyertai Perikatan pada

    tahun 1954 yang sebelumnya dianggotai oleh UMNO dan MCA. MIC menjadi lebih bertenaga dibawah kepimpinan J. T Sambanthan.

    Parti Islam Se-Melaya (PAS)

    Penubuhan PAS ada hubung kait dengan UMNO dan Hizbul Muslimin. Bekas ahli Hizbul

    Muslimin memang berhasrat menubuhkan sebuah parti Islam tetapi tidak ada pemimpin.

    Kebanyakan pemimpinnya ditangkap pada masa darurat. Bagaimanapun bibit percambahan

    PAS datang daripada UMNO. UMNO sebagai parti politik Melayu memang berminat dengan

    Islam. UMNO mempunyai jabatan khas menguruskan hal-ehwal agama Islam. Ketua jabatan inidipegang oleh Syeikh Abd. Alla Pahim (Mufti Pulau Pinang). Walaupun ada bahagian Islam

    tetapi sambutan alim ulama untuk menyertai UMNO masih terhad. Sebagai usaha menarik

    perhatian kumpulan ini, UMNO telah mengadakan perjumpaan kebangsaan di Muar pada 21-22

    Februari 1950. Jumlah perwakilan yang hadir ialah 52 orang dan pemerhati seramai 300 orang.

    Dari sinilah timbul hasrat untuk menubuhkan Persatuan Ulama Se-Malaya . Dalam persidangan

    di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951 ketetapan dibuat menubuhkan Persatuan Ulama dan

    ketua penajanya Haji Ahmad Fuad Hassan.

    Kongres Persatuan yang diadakan di Butterworth pada 24 November 1981 turut disertai

    oleh Persatuan al-Ihya ash-Syarif. Seorang peserta iaitu Muhammad Masum dari Telaga Air,

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    27/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 72

    Butterworth mencadangkan nama persatuan ulama sebagai Persatuan Islam Se-Malaya (PAS).

    PAS kemudiannya muncul sebagai parti politik yang penting. Dalam pilihan raya 1955 Pas

    memenangi1 kerusi daripada 52 kerusi . Dalam pilihan raya 1959 PAS berjaya menubuhkan

    kerajaan di Kelantan dan Terengganu. Kerajaan PAS di Terengganu bagaimanapun dikalahkan

    dalam undi tidak percaya oleh Perikatan di bawah Ibrahim Fikri dengan bantuan empat ahli

    Parti Negara.

    KE ARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

    Parti Perikatan

    Usaha-usaha awal untuk menggabungkan parti-parti yang berbilang kaum dalam satu pakatan

    bermula apabila UMNO dan MCA membentuk pakatan bersama pada bulan Januari 1951apabila British mahu mengadakan pilihan raya kawasan Perbandaran Kuala Lumpur pada bulan

    Februari 1952. Cawangan UMNO dan MCA Kuala Lumpur bersetuju mewujudkan Perikatan.

    Dua tokoh penting dalam pakatan ini ialah Dato Yahya Abd. Razak dan Kolonel H.S Lee.

    Dalam pilihan raya trsebut parti Peikatan telah memenagi 9 daripada 12 kerusi yang

    dipertandingkan. Seterusnya parti Perikatan memenangi pilihan raya Perbandaran Johor Bahru,

    Muar dan Melaka. Dalam pilihan raya bandaran di enam bandar utama, Perikatan menang 26

    daripada 37 kerusi. Kejayaan pakatan ini mencerminkan bahawa usaha-usaha bersama antara

    kaum dapat menghasilkan kejayaan bagi kepentingan bersama. Berlandaskan kejayaan ini,

    Tunku Abdul Rahman dan Tan Cheng Lock telah membentuk Parti Perikatan pada peringkat

    kebangsaan pada tahun 1952. Pada tahun 1953, Perikatan menang 226 kerusi daripada 268

    kerusi yang dipertandingkan. Salah satu faktor kejayaan ialah meningkatnya kerjasama antara

    kedua-dua parti.

    Antara isu penting kempen Perikatan ialah desakan supaya diadakan pilihan raya

    kebangsaan. Pada 2 Mei 1953, Tunku Abdul Rahman berjumpa pemimpin-pemimpin MCA bagi

    membincangkan soal pilihan raya. MCA-UMNO kemudiannya menganjurkan kongres

    kebangsaan pada bulan Ogos 1953 dan dihadiri oleh PAS, PMU (Peninsular Malay Union) dan

    PMMK (Persatuan Persetiaan Malaya Kelantan). Kongres ini mendesak diadakan pilihan raya

    dengan segera.

    Pada tahun 1954, Perikatan menghantar perwakilan ke London untuk menemui

    Setiausaha Negara Tanah Jajahan, Oliver Lytteton. Bagi mengukuhkan tuntutan, Perikatan

    akan menarik balik semua perwakilannya dalam Mesyuarat Persekutuan, negeri, tempatan,

    bandaran dan semua badan kerajaan. Ini melibatkan 600 ahli UMNO dan 400 ahli MCA. Ini

    menyebabkan kerajaan British bertolak ansur dan memenuhi tuntutan Perikatan walaupun pada

    peringkat awal British menganggapnya agak melampau. Gabungan Perikatan diperluaskan lagi

    pada tahun 1954 apabila MIC menganggotainya menjelang pilihan raya Persekutuan 1955.

    Pakatan ini telah menjadikan Perikatan sebagai wakil tiga kaum terbesar di Malaysia.

    Dalam usaha memberi pengalaman pentadbiran kepada penduduk tanah Melayu,

    pendedahan telah dibuat ke arah itu. mulai April 1951 sistem Ahli diperkenalkan. Sistem Ahli

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    28/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 73

    merupakan peringkat separuh kementerian dan ahli Majlis yang dilantik bertanggungjawab ke

    atas jabatan-jabatan dan kerajaan. Pada tahun 1952 semua anggota Ahli dimasukkan ke

    dalam Majlis Mesyuarat. Ini bagi membolehkan mereka ada pengalaman eksekutif

    perundangan.

    Antara tokoh-tokoh yang pernah dilantik dalam sistem Ahli termasuklah Dato Onn

    Jaafar, Tunku Yaakob ibn Sultan Abd. Hamid, E. E. C Thuraisingam, Dr. Lee Tiang Keng, Dato

    Mahmud Mat, Kolonel H. S Lee dan Datuk Nik Ahmad Kamil. Jawatan-jawatan yang diberikan

    kepada mereka termasuklah hal-ehwal keselamatan dalam negeri, pertanian dan perhutanan,

    pelajaran, kesihatan, tanah, perlombongan dan perhubungan. Anggota-anggotanya dilantik oleh

    Pesuruhjaya Tinggi dan bukan dipilih. Ini dianggap satu langkah ke belakang dalam proses

    berkerajaan sendiri. Tetapi bagi pihak British berpendapat bahawa usaha ini ke arah melatih

    orang Tanah Melayu memerintah sendiri.

    Ke Arah Pemerintahan Sendiri

    Berdasarkan Perjanjian Persekutuan usaha-usaha dibuat ke arah pemerintahan sendiri antara

    langkah-langkah yang diambil termasuklah mengadakan Pilihan Raya Majlis Bandaran di Pulau

    Pinang (Disember 1951) dan Kuala Lumpur (Februari 1952). Dalam Pilihan Raya Bandaran

    Pulau Pinang, parti Radikal memenangi 6 daripada 9 kerusi yang dipertandingkan. Pilihan Raya

    Majlis Bandaran Kuala Lumpur pula diadakan pada bulan Februari 1952.

    Dalam usaha memberi pengalaman pentadbiran kepada penduduk tanah melayu

    pendedahan dibuat ke arah itu. Mulai april 1951 sistem ahli diperkenalkan. Sistem ahlimerupakan peringkat separuh kementerian dan ahli majlis dilantik bertanggungjawab ke atas

    jabatan-jabatab dan kerajaan. Pada tahun 1952 smua anggota ahli dimasukkan ke dalam majlis

    mesyuarat. Ini bagi membolehkan mereka pada pengalaman eksekutif perundangan.

    Antara tokoh-tokoh yang pernah dilantik dalam sistem ahli termasuk Dato Onn, Tunku

    Yaakop bin Ibn Sultan Abd Hamid, E.E.C Thuraisinggam, Dr. Lee Tian Keng, Dato Mahmud

    Mat, Kolonel H.S. Leedan Datuk Nik Ahmad Kamil. Jawatan-jawatan diberikan kepada mereka

    termasuklah hal ehwal negeri, pertanian dan perhutanan, pelajaran, kesihatan tanah,

    perlombongan dan perhubungan. Anggota-anggotanya dilantik oleh pesuruhjaya tinggi dan

    bukan dipilih. Ini dianggap satu langkah ke belakang dalam proses berkerajaan sendiri. Tetapi

    pihak British berpendapat usaha ini ke arah melatih orang Tanah Melayu memerintah sendiri.

    Pilihan Raya 1955

    Pilihan raya umum yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada 27 Julai

    1955. Dalam pilihan raya itu, UMNO, MCA dan MIC telah bergabung dalam Parti Perikatan bagi

    mewakili tiga kaum utama di Tanah Melayu. Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51

    kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Pada mulanya pembahagian kerusi yang akan

    ditandingi antara UMNO dan MCA dalam perikatan ialah 40 UMNO dan 12 MCA. Tetapi dalam

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    29/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 74

    saat-saat akhir muncul satu perkembangan baru apabila MCA pula mahu bergabung dalam

    perikatan. Justeru itu, pembahagian kerusi menjadi 38 UMNO, 12 MCA dan 2 MIC. Ternyata

    sekali lagi UMNO kelihatan begitu bertolak ansur apabila ia sanggup mengorbankan 2

    kerusinya dan tidak satupun dari MCA sedangkan bilangan pengundi melayu adalah lebih jauh

    besar daripada MCA yang memiliki hanya kira-kira 11% sahaja. Hanya seorang calon UMNO

    kalah kepada PAS di kawasan Kubang Krian. Ini membolehkan Tunku Abdul Rahman yang

    menjadi ketua Perikatan membentuk kabinet dan beliau sendiri menjadi Ketua Menteri. Antara

    tokoh yang turut menjadi anggota kabinet beliau ialah Dato Abd Razak Hussein, Dato

    Sulaiman Abd Rahman, Dr. Ismail, Kol. H.S Lee, Sardon Jubir, V. T Sambanthan, Leong Yew

    Koh, Ong Yoke Lin dan abd Aziz Ishak.

    Antara perkara yang menjayakan kempen Perikatan ialah manifesto parti ini. Dalam

    manifesto pilihan raya tahun 1955 Perikatan UMNO-MCA-MIC antara lain:

    i- Berusaha mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun.ii- Menjadikan perkhidmatan awam bercorak Tanah Melayu.

    iii- Penubuhan sekolah kebangsaan.

    iv- Melindungi kedudukan raja-raja sebagai ketua berpelembagaan.

    v- Menjamin hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera.

    vi- Bahasa Melayu akan menjadi bahasa kebangsaan dalam masa 10 tahun.

    Parti-parti lain yang turut bertanding dalam pilihan raya ini ialah Parti Buruh, Parti

    Negara, Parti Progresif rakyat dan parti Islam Se-Malaya (PAS).

    Rundingan Kemerdekaan

    Parti-parti politik jelas memperjuangkan kemerdekaan. Parti perikatan misalnya dalam

    manifesto pilihan raya 1955 berjanji akan berusaha mencapai kemerdekaan dalam masa empat

    tahun. Manakala Parti Negara mahu merdeka dalam masa lima tahun. Apabila Perikatan

    membentuk kerajaan mereka telah memulakan rundingan kemerdekaan dengan British. Pada

    18 Januari6 Februari 1956 rundingan kemerdekaan diadakan di London. Wakil-wakil Tanah

    Melayu terdiri daripada empat orang wakil Perikatan dan empat orang wakil sultan. Mereka

    ialah Tunku Abdul Rahman (ketua), Datuk Abdul Razak Husein, Kolonel H.S Lee dan Tun Dr.

    Ismail Abdul Rahman. Wakil-wakil raja Melayu ialah Datuk Panglima Bukit Gantang dari Perak,Abdul Aziz Majid dari Selangor, Datuk Nik Ahmad Kamil dari Kelantan dan Datuk Mohd Seth

    Mohd Said dari Johor telah sama-sama menyertai perbincangan merdeka. Semua wakil Tanah

    Melayu telah memberi kata sepakat untuk mencapai kemerdekaan sebelum ke London lagi dan

    ini telah memudahkan rundingan dengan pihak British.

    Hasil daripada tuntutan British agar ketiga-tiga kaum utama di Tanah Melayu bersatu

    dan bekerjasama terbukti dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955. dalam

    pilihan raya tersebut, parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang telah

    dipertandingkan. Ini menunjukkan suara majoriti rakyat dan bekerjasama dan bersatu syarat

    yang ditetapkan sudah dipenuhi. Pihak Britis bersetuju untuk memberi kemerdekaan. Ada dua

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    30/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 75

    peringkat yang dipersetujui. Peringkat pertama sebagai tahap peralihan. ada peringkat ini

    Pesuruhjaya Tinggi mesti bertindak mengikut nasihat Majlis Kerja kecuali dalam hal luar dan

    pertahanan luar. Pada peringkat ini juga menteri-menteri Tanah Melayu akan mengambil

    Kementerian Pertahanan dan Industri. Kerajaan yang akan dibentuk berasaskan demokrasi

    berparlimen dan Tanah Melayu akan menganggotai Komanwel. Sebagai langkah awal kerajaan

    berperintahan sendiri akan dibentuk dalam jangka masa yang singkat. Kuasa dalam hal ehwal

    pemerintahan dan kewangan yang selama ini dipegang oleh orang British akan diserahkan

    kepada rakyat Tanah Melayu. pada peringkat kedua pihak British berjanji akan memberi

    kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

    Suruhanjaya Reid

    Satu suruhanjaya berpelembagaan dibentuk untuk mengesyor dan menyusun Perlembagaan

    Persekutuan Persekutuan. Suruhanjaya ini dibentuk pada Mac 1956. Anggotanya terdiridaripada :

    a) Lord Reid (Hakim Inggeris)-Pengerusi

    b) Sir Ivor Jennings (England)

    c) Sir William Mckell (Bekas Gabenor Jeneral Australia)

    d) Tuan B. Malik (Ketua Hakim Mahkamah Tinggi India)

    e) Tuan Abd. Hamid (Pakistan)

    Garis panduan penting untuk suruhanjaya ini:

    a) Pembentukan kerajaan pusat yang kuat;

    b) Kuasa autonomi negeri dalam bidang tertentu;

    c) Kedudukan istimewa raja-raja Melayu;

    d) Pelantikan seorang ketua negara berpelembagaan;

    e) Pengekalan hak istimewa orang Melayu tapi tidak menafikan hak kaum lain; dan

    f) Untuk mewujudkan satu rupa bangsa

    Suruhanjaya ini menerima 131 memorandum daripada pelbagai pihak termasuk

    daripada orang perseorangan, pertubuhan, parti siasah dan daripada raja-raja Melayu.

    Memorandum Perikatan di anggap paling penting. Setelah mengadakan 81 kali perjumpaan

    laporan disiapkan pada akhir tahun 1956. Pada umumnya rang undang-undang ini diterima

    dengan sedikit pindaan dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan pada bulan Julai

    1957.

  • 7/31/2019 07 - Hns2013 - Unit 4 Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdek

    31/36

    P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 76

    Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Yang Merdeka

    Perlembagaan ini lebih menyerupai perlembagaan British atau India. Perlembagaan ini bersifat

    parlimen. Antara ciri-ciri penting perlembagaan:

    a) Ketua Negara bukan politik dinamakan Yang di-Pertuan Agong;

    b) Badan Perundangan terdiri daripada dua