asyarakat majmuk

Upload: sitimolyati

Post on 03-Jun-2018

254 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 ASYARAKAT MAJMUK

    1/22

    ASYARAKAT MAJMUK

    Dalam istilah bahasaI nggeris

    society iaitu masyarakat bermaksud sekelompok manusia yang

    membentuk sebuah sistem interaksi sosial di mana sebahagian besar i nteraksi yang berl aku dalam

    li ngkungan sistem sosial itu adalah l ahir daripada individu-individu yang berada dalam kelompok

    tersebut. Selain i tu, masyarakat adalah sebuah komuniti yang sali ng memerlukan antara satu

    sama lain dan secara umumnya istilah masyarakat pada asasnya adalah merujuk kepada

    sekumpulan manusia yang hidup bersemadi di sesuatu tempat tertentu dalam sesebuah komuniti

    yang teratur serta berkongsi sumber yang ada dalam kawasan tersebut.

    Manakala merujuk Kamus Dewan (2005), masyarakat i alah kumpulan manusia yang

    hidup di sesuatu tempat dengan atur an dan cara tertentu. Anggota masyarakat terdir i dari pada

    individu, keluarga dan kumpul an-kumpul an kecil. Hubungan bersemuka khususnya, merupakan

    jaringan erat yang wujud di kalangan anggota tersebut. Sebagai contoh kegiatan gotong-royong,

    bersama-sama merayakan sesuatu perayaan, berkumpul menyambut pembesar yang datang

    mengunjungi, menghadiri kenduri, majlis perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa

    malapetaka atau menziarahi ji ran yang sakit tenat atau telah meninggal dunia adalah pola

    hubungan sosial yang beru lang terbina dari pada pergaulan. Satu uni t sosial akan terbina daripada

    kekerapan pergaulan kerana kesepaduan dalam sesebuah masyarakat. Contoh yang terbaik ialah

    negara ki ta Malaysia yang mempunyai hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik

    kerana dapat membina sebuah masyarakat M alaysia yang teguh.

    Di samping i tu, defi nisi l ain tentang masyarakat ialah kumpulan manusia yang menetap

    bersama-sama di sesuatu tempat dengan mengikut peraturan dan cara tertentu . Sementelah

    masyarakat terdi r i dar ipada beberapa kaum atau bangsa. Kesatuan atau dalam konteks

    masyarakat yang terdi ri daripada beberapa kumpulan etnik maka terbentuk majmuk. Pelbagai

    rumpun bangsa membentuk satu kesatuan khususnya dalam aspek poli tik, ekononi dan sosial

    disesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu adalah dikenali

    sebagai masyarakat majmuk.

    Plural society istil ah dalam bahasa I nggeri s iaitu masyarakat majmuk bermaksud pelbagai

    kaum atau mult i racial society yang merujuk kepada suasana kepelbagaian bangsa yang bersama-

  • 8/12/2019 ASYARAKAT MAJMUK

    2/22

  • 8/12/2019 ASYARAKAT MAJMUK

    3/22

  • 8/12/2019 ASYARAKAT MAJMUK

    4/22

  • 8/12/2019 ASYARAKAT MAJMUK

    5/22

    Setiap kaum mengambil in isiatif mengikut sukatan pendidikan serta mengambil guru dari

    negara asal mereka. I ni jelas menun jukkan bahawa Inggeri s tidak mempunyai agenda bagi

    menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Sementelah orang-orang Melayu

    hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerj akan kerja-kerj a sara dir i sahaja dan tidak

    diberi peluang untuk mendapatkan kemahi ran dan i lmu akademik. Anak-anak para bangsawan

    Melayu dikhaskan mendapatkan kemahiran dan ilmu akademik . Justeru, keadaan dasar ini

    sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka

    masih lagi memperolehi pendidikan walaupun di negara asing. Oleh itu, ini menjelaskan bahawa

    I nggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi

    keuntungan ekonomi penjajah.

    Di Malaysia, etni k merupakan sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang

    hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi adalah merupakan

    konsep masyarakat majmuk yang merujuk kepada etni k. Konsep-konsep ras dan bangsa adalah

    konsep etnik yang mempunyai pengerti an dan saling berkait r apat. Justeru i tu, menurut Mansor

    Abdul Rahman & Mohamad Ainuddin (2006), ras dan bangsa memberi kan tekanan kepada

    perbezaan fi zikal atau sifat-sifat biologi iaitu keturunan dan pertalian darah yang sama antara

    sesama manusia. Terdapat pelbagai kelompok etnik yang hi dup ber lai nan tetapi di bawah sistem

    politi k yang sama merupakan konteks masyarakat majmuk Malaysia.

    Perbezaan budaya dapat mengelaskan etni k. Cir i -cir i budaya seperti adat resam, pola

    keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, ori entasi politi k, kegiatan ekonomi dan

    hiburan membezakan etnik. Etnik di Malaysia terdiri daripada orang Melayu, Cina,

    I ndia, Kadazan Dusun, M elanau dan pelbagai bangsa lain. Pada dasarnya, etnik bersikap

    etnosentr ik iai tu menganggap cir i-cir i budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada

    budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap

    rendah atau tidak bermoral.

    Konsep etni sit i dan etnosentr isme dibentuk dari pada konsep etni k. Rasa kekitaan sesuatu

    kumpulan etnik tertentu di rujuk kepada etnisiti . Oleh sebab itu, wujudlah satu kebudayaan atau

    sub budaya yang jelas menyatukan anggotanya dalam satu sejarah, ni lai , sikap dan tingkah laku

    yang sama. Kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah

  • 8/12/2019 ASYARAKAT MAJMUK

    6/22

    kelompok etnik dirujuk kepada etnosentr isme iai tu budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih

    baik serta hebat daripada kelompok lain. Suatu perspekti f yang melihat kelompok etnik lain

    menerusi lensa dan kaca mata etni k sendir i adalah merupakan defini si etnosentr isme juga.

    Konsep-konsep ras dan etnik kerap kali dicampur aduk sehingga maknanya lebih kurang

    sama di Malaysia. Di Sabah dan Sarawak, orang Melayu, Cina dan I ndia serta pelbagai etnik lain

    sepatutnya dikenal i sebagai etnik, juga dipanggil r as dalam kehidupan sehar ian.

    Ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan

    kolektif berasaskan cir i-ci r i f izikal biological yang nyata sepert i warna kul it, warna mata, warna

    rambut dan sebagainya. Warna kuli t adalah cir i yang pali ng ketara untuk membezakan kumpulan

    manusia.

    Pandangan, pemiki ran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para

    anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biol ogikal atau

    ras semata-mata dan ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka

    ditakr if kan sebagai rasisme. Gabungan prejudis dan kuasa yang diarti kulasi melalu i diskr imi nasi

    berasaskan warna kul it dan cir i-ci ri f izikal biological yang lain ialah rasisme juga.

    Tahap individu dan tahap institusi adalah dua tahap yang wujud daripada

    rasisme. Rasisme yang berlaku dalam bentuk kepercayaan adalah tahap individu di mana

    wujudnya ras tertentu yang berstatus lebih tinggi dan ras yang berstatus lebih rendah. Pada

    per ingkat individu rasisme, wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu. Rasisme tahap

    institusi mel ibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersif at diskriminasi, seterusnya

    membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat dari pada ras yang berbeza. Pada tahap insti tusi

    rasisme ia dapat dili hat secara tersirat dalam struktur sosial .

    Definisi budaya ialah kemajuan f iki ran, akal budi atau cara berf ik ir dan berkelakuan

    meruj uk Kamus Dewan (2005). Selain i tu, budaya didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang

    diamalkan oleh kumpul an tertentu dan meliputi sistem sosial , susunan organisasi ekonomi, politi k,

    agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan ni lai .

    Budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan dibahagikan daripada budaya.

    Peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya adalah

    budaya kebendaan. Orang Melayu mempunyai rumah yang reka bentuknya berbeza dari pada

  • 8/12/2019 ASYARAKAT MAJMUK

    7/22

    orang Inggeris atau orang Eskimo adalah sebagai contoh. Kepercayaan, adat istiadat dan

    undang-undang adalah budaya bukan kebendaan. Adat istiadat dij alankan secara tersendi r i

    dalam kehidupan oleh setiap masyarakat. Adat perkahwinan masyarakat Melayu, pihak lelaki

    memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala bagi masyarakat I ndia hantaran

    perkahwinan diber ikan oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki . Faktor agama penting dalam

    budaya Melayu kerana agama bukan sahaja dianggap sebagai satu sistem kepercayaaan semata-

    mata tetapi j uga sebagai satu perlembagaan hidup yang meliputi kepercayaan dan amalan hidup.

    Al at komunikasi penti ng dalam bahasa. Sebagai petun juk jalan, adat resam juga mustahak bagi

    seseorang dalam mengendalikan hidup bermasyarakat dan berbudaya.

    Dalam pembentukan sesuatu budaya, terbahagi kepada dua peranan utama iai tu membina

    imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identi ti dan memupuk kesedaran kebangsaan

    dan kenegaraan berciri kan kerohanian, kemanusiaan, spir itual dan mental. Aspek cara

    pengendalian hidup adalah budaya yang memberikan identi ti kepada sesuatu kelompok. Dar ipada

    satu keturunan kepada satu keturunan untuk mewarisi budaya. Menur ut M ohd Taib Osman

    (1988), budaya dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang

    dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan

    keadaan sekel il ing.

    Konsep masyarakat majmuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa iai tu

    terdiri daripada berbagai rasa atau etnik yang berada di bawah satu pemerintahan, menurut

    J.S.Furnival. Dalam erti kata sebenar campuran ialah bergaul tetapi tidak bercantum. Agama

    yang berbeza diamalkan oleh setiap kumpulan.

    i. Melayu

    Kumpulan etnik terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu iai tu merangkumi l ebih 50

    peratus penduduk negara. Orang M elayu di Malaysia adalah merujuk kepada orang yang

    mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai ketur unan Melayu. Sikap

    peramah dan budaya seni yang sangat kaya menyebabkan orang Melayu terkenal.

    Pada dasarnya, orang Melayu merupakan penganut agama Islam. Penduduk luar bandar

    di Semenanjung pada masa lalu sebahagian besar adalah orang Melayu. Sejak tahun 1970an

    sehingga kini keadaan tersebut mula berubah kerana proses penghijrahan ke bandar.

  • 8/12/2019 ASYARAKAT MAJMUK

    8/22

    Kebanyakan yang ter li bat dalam akti viti ekonomi pertanian dan per ikanan, sama ada dalam skala

    kecil -kecilan atau secara komersial masih tinggal di luar bandar. Pelbagai sektor seperti sektor

    perkhi dmatan awam, sektor swasta, sektor perdagangan dan perni agaan meli batkan sebahagian

    besar etnik Melayu di bandar.

    ii. Cina

    Golongan etni k kedua terbesar di Semenanjung ialah orang Cina. Pelbagai agama seperti

    Buddhisme, Konfusiani sme, Kr istian, Taoisme dan Islam dianuti oleh masyarakat ini . Sektor

    perdagangan dan perkhidmatan adalah merupakan tumpuan sebahagian besar etnik Cina.

    Sebahagian besar orang Cina ter tumpu di bandar-bandar utama, khasnya di Lembah Kelang.

    iii. India

    Golongan etni k yang ketiga terbesar di Semenanjung ialah orang I ndia. Sebahagian besar

    orang India pada masa lalu bekerja dan menetap di estet. Terdapat di kalangan mereka pada

    masa kin i yang berpindah ke bandar-bandar dan menerokai pekerj aan di sektor perdagangan atau

    perkhidmatan dan menjalani kehidupan di bandar. Terdapat golongan sub etnik seperti orang

    Sikh, Tamil, Malayali dan Singhala dalam kategori etnik I ndia. Etnik I ndia di negara ini

    merupakan penganut pelbagai agama seperti H indu, Sikhisme dan Islam.

    Etnik-entik lain

    Orang Asli ialah golongan etnik terkecil di Semenanjung tetapi terkenal dalam kajian

    antr opologi. Penduduk di kawasan pendalaman di beberapa negeri di Semenanjung

    kebanyakannya orang Asli . Anutan kepercayaan orang Asli adalah kepercayaan tr adisional ,

    animism, Kristian dan Islam. Terdapat kelompok-kelompok kecil seperti masyarakat Baba Nyonya

    di M elaka dan Pulau Pinang, masyarakat Portugis di Melaka dan Thai di beberapa negeri di u tara

    Semenanjung selain orang Asli . Namun mereka yang terdi ri daripada masyarakat minor iti juga

    mempunyai budaya yang unik seperti budaya masyarakat Baba Nyonya.

    Menur ut F urnivall , dalam sektor pekerjaan pula terdapat pembahagian tenaga buruh yang

    ketara mengikut kaum. Setiap kaum menjalankan kegiatan pekerjaan tertentu untuk mencari

    sumber pendapatan bagi menyara kehidupan seharian mereka berdasarkan kesesuaian dan

    kemahir an mereka sendir i. Bidang pertanian dan penangkapan ikan diurus oleh orang Melayu

    dan orang Cina menguruskan perl ombongan dan perdagangan. Manakala golongan orang I ndia

  • 8/12/2019 ASYARAKAT MAJMUK

    9/22

  • 8/12/2019 ASYARAKAT MAJMUK

    10/22

    heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan I ndia sebagai komponen

    utamanya.

    Penduduk Tanah Melayu dan kepulauan Borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli ,

    orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak sebelum kur un ke-18. Waktu i tu migrasi

    dari luar juga berl aku tetapi jumlahnya terhad. Menur ut James P.Ongkili , 1985:4, terdapat juga

    kaum pendatang dari Sumatera, Indonesia namun tidak menjejaskan corak masyarakat ketika i tu

    kerana kaum pendatang in i adalah dar ipada rumpun bangsa yang sama.

    Perubahan dalam struktur masyarakat yang ber laku di Malaysia disebabkan oleh

    fenomena migrasi dari luar akibat faktor penari k yang ada di bumi mahupun faktor penolak di

    negara asal masing-masing bertanggung jawab mencernakan perubahan berkekalan sejak awal

    kur un ke-18 hingga ke hari in i. Sementelah struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah

    disebabkan migrasi dari luar dan juga faktor penolak dan penari k. Sediki t demi sediki t migrasi i ni

    ber laku sebelum penjajahan barat tetapi berleluasa setelah penj ajahan berlaku. Faktor utama

    dalam aktiviti migrasi dari luar terutamanya China dan India adalah aktiviti ekonomi dan

    perladangan.

    Masyarakat Cina dari Negara China sebenarnya ingin keluar dari pada hidup penuh

    dengan kemiskinan dan penderi taan. Justeru mereka terpaksa keluar berhi jr ah hingga ke Tanah

    Melayu. Beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendi r i yang telah menetap

    lama di Tanah Melayu bagi kemasukan bur uh-buruh Cina. Dar i semasa ke semasa bilangan

    buruh Cina yang berhi jr ah memang ramai dan sentiasa bertambah. Walau bagaimanapun angka

    yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke

    Tanah M elayu.

    Bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk adalah kerana kemasukan

    masyarakat Cina dan pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Oleh kerana

    pengaruh masyarakat Cina ke Tanah M elayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam

    Melayu serta juga masyarakat M elayu ketika i tu. Akhir nya satu masyarakat baru terbentuk akibat

    kedatangan masyarakat Cina iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Kepelbagaian dan

    kemajmukan masyarakat di Malaysia menggambarkan keunikan pada pandangan masyarakat

    luar dengan wujudnya golongan baru in i.

  • 8/12/2019 ASYARAKAT MAJMUK

    11/22

    Selepas Cina migran kedua terbesar adalah kelompok India. Negapatam dan Madras, I ndia

    Selatan adalah tempat asal kebanyakan mereka. Selain itu I ndia juga mengalami masalahnya

    sendir i yang menyebabkan penduduknya berh ij rah ke luar. Kemiskinan dan kebuluran

    merupakan suasana yang melanda negara i tu mendorong penduduknya berhi jr ah ke luar negara-

    negara lain termasuk Tanah Melayu ketika itu. Sejak pembukaan Pulau Pinang oleh I nggeri s

    migran I ndia sudah mul a berhi jr ah ke Tanah Melayu. Setelah I nggeri s berj aya menguasai neger i-

    negeri Melayu bi langan mereka bertambah.

    Masyarakat luar seperti I ndonesia dan Ceylon juga menjadi migran ke Tanah Melayu,

    Sabah dan Sarawak selain dari China dan I ndia. Bi langan mereka jauh lebih rendah berbanding

    dengan buruh dari China dan I ndia. Selain i tu kebanyakan pendatang Indonesia berasal dari

    Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagian

    kepulauan yang berhampir an dengan Selat Melaka. Sementelah pendatang dari I ndonesia juga

    berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, M inang dan Banjar. Kebanyakan

    pendatang dari Ceylon terdir i dari pada kaum Sinhalese. Sehubungan itu mereka datang dari

    kawasan pantai selatan negara tersebut dan telah datang dengan jumlah yang agak ramai selepas

    kur un ke-19 berterusan hingga kurun ke-20an. Penjajahan Bri tish di Ceylon yang menyebabkan

    kedatangan mereka berterusan. Faktor utama penghi jr ahan mereka adalah bukan faktor ekonomi

    tetapi mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal.

    Proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbil ang kaum seperti sekarang bermul a

    setelah kemasukan dari pada luar. Pada mula proses pembentukan masyarakat menghadapi

    kesukaran kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etni k serta kehidupan sehar ian. Sebagai

    contoh peri stiwa 13 Mei 1969 banyak konf li k berl aku dalam proses pembentukan in i. Konf li k

    yang ber laku dalam masyarakat majmuk mengiku t garisan pemisah ras dan bukan garisan kelas.

    Masalah sosio-ekonomi dan poli tik pasti akan timbul dengan pengambil an pekerj a buruh dari luar

    dibuat secara tetap lebih membimbangkan dan bagi mengelakkan pembentukan masyarakat

    majmuk pelbagai etni k atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara

    Eropah Barat dan Telok.

    Lahir nya kelompok dar ipada keturunan Cina dan I ndia setelah kemasukan migran dari l uar yang

    berasimil asi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba Nyonya yang berketurunan Cina dan

    kelompok Chitty yang berketurunan I ndia. Apabila ber langsungnya perkahwinan antara orang

    asing dengan penduduk tempatan maka asimil asi bangsa juga tur ut berlaku, wuj ud beberapa sub

    kategor i penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain -

    lain. Sekarang kebanyakan penduduk M alaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab,Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-l ain.

  • 8/12/2019 ASYARAKAT MAJMUK

    12/22

    Kumpulan etnik terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu iaitu merangkumi lebih 50

    peratus penduduk negara in i. Jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu

    beragama I slam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai

    keturunan Melayu. Sikap peramah dan budaya seni yang sangat kaya menyebabkan orang

    Melayu terkenal.

    Kumpulan etni k kedua terbesar ialah kaum Cina yang merangkumi 25 peratus populasi.

    Kaum Cina har i i ni kebanyakannya berasal dar ipada pendatang yang merantau pada abad ke-19.

    Kaum Cina terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga. Cara berbicara dialek tiga

    kumpulan kecil kaum Cina iaitu Hokkien ti nggal di utara Pulau Pinang, Kantonis tinggal di Kuala

    Lumpur dan juga kumpulan penutur bahasa Mandarin tinggal di kawasan selatan tanah air di

    Johor.

    Kaum I ndia merupakan kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di

    negara ini yang merangkumi 10 peratus populasi. Kaum I ndia kebanyakannya berasal dari pada

    pendatang dari Selatan I ndia yang berbahasa Tamil datang ke Malaysia sewaktu zaman

    penjajahan Br iti sh dahulu. Kedatangan mereka ke sin i adalah untuk mencari kehidupan yang

    lebih baik dan keluar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kaum I ndia in i

    kebanyakannya beragama H indu dan mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta

    pembinaan kui l , makanan pedas dan pakaian sari yang mewah.

    MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

    1.1 Malaysia sangat sinonim dengan masyarakat majmuk dan sebagai sebuah negara

    yang bercir ikan pelbagai kaum serta identi ti. Di seluruh Malaysia terdapat lebih 80

    kaum. Terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu M elayu, I ndia dan Cina daripada 80 kaumyang ada di seluruh negara. Konsep masyarakat membawa maksud kumpul an manusia yang

    menetap bersama-sama di suatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu serta

    masyarakat in i pula terdir i daripada beberapa kaum atau bangsa iai tu meruj uk Kamus Dewan.

    Justeru gabungan kedua-dua istilah masyarakat majmuk membawa maksud satu kumpulan

    manusia yang terdir i daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan,

    khususnya dalam aspek pol it ik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu

    kumpulan yang bersatu padu.

    1.2 Menurut pendapat Furnivall masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar

    penjajah yang menggalakkan penghi jr ahan penduduk mengikut keper luan ekonomi mereka yang

  • 8/12/2019 ASYARAKAT MAJMUK

    13/22

    telah mengakibatkan wuj udnya kelompok-kelompok yang pelbagai r agam dalam satu uni t poli tik .

    Mereka tidak bergantung antara kaum lain namun kelompok-kelompok ini bercampuran, amat

    berpegang kuat kepada agama, bahasa, budaya, idea-idea dan cara hidup yang tersendi r i .

    1.3 Perkara yang akan dibincangkan pertamanya ialah sejar ah yang mewujudkan masyarakat

    majmuk merupakan intipati yang menjadi tumpuan di Semenanjung Malaysia. Semasa era

    kegemil angan Melaka l agi hadir pelbagai kaum pada asasnya telah bermu la melalui

    proses perdagangan yang dij alankan. Namun kehadir an mereka in i t idak dapat digerak

    menyusur i istilah masyarakat majmuk. Pada kurun ke-18 penggunaan istil ah masyarakat majmuk

    bermu la dengan adanya peranan pihak Br iti sh. Pada masa dulu Malaysia dikenali sebagai Tanah

    Melayu pernah di jajah oleh tiga negara yang berbeza iaitu Protugis, Belanda, Br iti sh dan

    Jepun. Maka kupasan kewujudan masyarakat majmuk di M alaysia melalui penjajahan kuasaasing diber i perhatian.

    A. KEDATANGAN PORTUGIS

    Pada 11 September 1509 Portugis telah datang ke Melaka semasa pemerintahan Sul tan

    Mahmud Shah yang diketuai oleh Diego Lopez De Sequeir a dengan l ima buah kapal. Sul tan telah

    menahan beberapa orang pedagang Portugis yang datang berdagang akibat sedikit perseli sihan

    faham. Pada Julai 1511 Al fonso De Alburqaque tiba di Melaka untuk membebaskan para

    banduan lalu menghantar utusan meminta sultan M elaka membebaskan orang Por tugis serta

    membayar ganti r ugi. Melaka telah diserang oleh 800 orang Portugis dan 600 orang I ndia kerana

    keengganan baginda sul tan melaksanakan tuntutan tersebut. Seramai 1400 orang tentera ini telah

    menambahkan lagi j umlah masyarakat yang berbi lang kaum yang ada pada ketika itu . Orang

    Portugis telah Ber jaya menawan Melaka pada 24 Ogos 1511.

    B) KEDATANGAN KUASA BELANDA

    Belanda menyerang Kota Portugis Melaka pada tahun 1597. Johor berpakat dengan

    Belanda untuk menguasai M elaka pada tahun 1606. Portugis mendapat bantuan dari Goa

    walaupun percubaan selama tiga bulan gagal. Kapal Belanda telah memusnahkan kapal Portugis

    di pelabuhan pada tahun 1636 dan akhir nya Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 14 Januari

    1641. Manuel De Souza Couthinho , Gabenor Por tugis telah menyerahkan kuasa pemerintahan

    kepada Kapten M inne Wil li emson Kaartokoe.

  • 8/12/2019 ASYARAKAT MAJMUK

    14/22

    c) PENDUDUKAN BRITI SH DI TANAH MELAYU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA

    Semasa penjajahan Br iti sh perubahan ketara ber laku. Pergolakan poli tik dan perebutan

    takhta yang berl aku di Kedah dan Johor telah dijadikan kesempatan oleh Br iti sh untuk menakluk

    Pulau Pinang dan Singapura merupakan permulaan pendudukan Br iti sh di Tanah Melayu. Pada

    tahun 1824 melalui perj anji an I nggeri s Belanda, Belanda telah diserahkan kepada pihak Br iti sh.

    Negeri-neger i Selat adalah tiga wil ayah telah disatukan di bawah satu pentadbiran. mentah

    untuk industr i barat, mencari pasaran baru bagi barangan siap dan mencari peluang baru untuk

    pelaburan di barat. Jalan kereta api yang menghubungkan bandar dengan pelabuhan,

    per ladangan dan pembangunan bandar-bandar kecil telah menyebabkan Tanah Melayu

    membangun dengan pelbagai infr astruktur.

    Pada ketika itu Tanah M elayu kekur angan pekerja di sektor per ladangan dan perl ombongan

    telah menyebabkan pihak Br iti sh mul ai membawa masuk beramai-ramai buruh dar i Chi na dan

    I ndia untuk menampung kekurangan peker ja. Pertumbuhan sektor bandar, jalan-jalan, rel-r el

    kereta api dan pembahagian kelompok kaum bandar dan luar bandar bertambah besar di sebabkan

    oleh penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi.

    Masyarakat majmuk mempunyai cir i-cir i tertentu lalu terbentuk Dasar Pecah dan Per intah

    (Di vide and Rule). Masyarakat Cina diber i peranan untuk mengusahakan lombong-lombong biji h

    timah manakala masyarakat India bekerja di ladang-ladang dari sudut demografi . Manakala

    masyarakat Melayu di kawasan kampung dan bekerja sebagai petani . Sebelum kedatangan Br i tish

    ber laku penghi jr ahan orang Cina namun selepas kehadiran Br iti sh dasar penghi jr ahan adalah

    lebih li beral serta diwuj udkan bagi menjamin keselamatan undang-undang dan seterusnya

    keadaan ini menggalakkan lebih banyak migrasi masuk. Pada penghuj ung kur un ke-19

    kemasukan orang I ndia berlaku dengan pesat kerana perkembangan perladangan seperti getah

    dan kopi. M igrasi Cina dan India dil indungi oleh Bri tish. Jurang perbezaan antara kaum,

    pembangunan dan ekonomi wuj ud kerana keadaan in i.

    d) PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH M ELAYU

    Pembentukan masyarakat M alaysia yang sedia wujud pada har i ini adalah kesan dari pada

    pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Malai Baru adalah merupakan pentadbiran Jepun di TanahMelayu dan ianya diletakkan di bawah kuasa pentadbir an tentera Jepun yang berpusat di

  • 8/12/2019 ASYARAKAT MAJMUK

    15/22

    Singapura. Snoyan pula dikenali di Singapura telah diasingkan dar ipada pentadbiran di Tanah

    Melayu. Satu wilayah dibentuk dari segi pentadbir an yang terdir i dari Pulau Pinang,

    Melaka,Tuj uan penjajahan Br iti sh di Tanah Melayu adalah untuk memenuhi keperl uan

    permintaan bahan Perak, Pahang, Selangor dan Neger i Sembil an. Negeri Perl is, Kedah, Kelantan

    dan Terengganu diletakkan di bawah pemeri ntahan Siam pada tahun 1945 dengan tu juan

    membalas jasa Siam.

    Kesan sosial berkaitan dengan hubungan antara kaum dan juga keadaan masyarakat dari

    segi pendidikan serta pentadbiran adalah wujud daripada penjajahan Jepun. Terdapat dua bentuk

    hubungan kaum semasa Perang Dunia ke-2 iaitu hubungan kerjasama antara kaum menentang

    penjajah Jepun (M PAJA) dan juga hubungan tegang antara etnik Melayu dan Cina ekoran dasar

    pil ih kasih atau diskiminasi terhadap etnik Cina.

    Kawasan-kawasan baru dibuka iai tu permul aan masalah setinggan kerana penindasaan

    Jepun terhadap orang-orang Cina di Tanah Melayu. Orang-orang Melayu yang tinggal di

    kampung-kampung tradisi telah mengakibatkan pertembungan budaya. Perkahwinan kacukan di

    antara orang Cina dan orang M elayu menyebabkan pertembungan budaya dan telah melahir kan

    generasi masyarakat Baba dan Nyonya yang boleh kita l ihat banyak di Melaka pada hari in i.Kemasukan migrasi teru tamanya dari Cina disebabkan peperangan antara Cina dan Jepun disekat

    oleh Jepun di Tanah M elayu. Pengalir an keluar orang Cina secara beramai-r amai telah ber laku

    di antara tahun 1947 hingga 1953. M igrasi dari I ndia masih lagi berl aku sungguhpun dalam

    kadar yang rendah. Jepun telah meletakkan senjata dan berundur dari Tanah Melayu pada tahun

    1945.

    e) PENDUDUKAN BRITI SH DI TANAH MELAYU SELEPAS JEPUN

    Pada tahun 1945 selepas Jepun berundur dar i Tanah M elayu Br iti sh kembali memerintah.

    Pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum telah diusahakan demi perpaduan setelah

    kedatangan semul a Inggeris. Sokongan rakyat terhadap mereka luput sama sekal i kerana

    merasakan mereka lemah dan tidak mampu menentang Jepun selama lima tahun penaklukanJepun di Tanah Melayu. Oleh itu perkara ini membawa kepada tuntutan kemerdekaan oleh

    penduduk Tanah Melayu yang berbilang kaum dar ipada pihak Br iti sh.

    Bagi mencapai kemerdekaan Tanah Melayu pihak Bri tish telah member i syarat yang

    paling besar iai tu orang M elayu harus menerima dan bekerjasama dengan masyarakat Cina, India

    dan masyarakat lai n sebagai warganegara. Masyarakat Melayu sukar memberi kerakyataan

    kepada kaum Cina dan I ndia pada mulanya. Keganansan Parti Komuni s Malaya telah berl aku

    dengan berleluasa menyebabkan hubungan etnik tegang di mana etni k Cina yang menyokong dan

    menyertai PKM bertindak ganas terhadap etnik Melayu sebagai kaedah balas dendam semasa

    pemeri ntahan Jepun dahul u. Pada tahun 1948 kerajaan telah mengistiharkan darurat kerana

    berpunca dari pada keadaan in i. Hubungan etnik bertambah baik dan mewujudkan kerj asama

    menentang komunis semasa darurat.

    Br iti sh menawarkan kerakyatan secara automatik kepada penduduk imigran Tanah Melayu

    kerana keganasan PKM dan akhi rnya terpaksa dipersetuj ui oleh orang Melayu sebagai salah satu

    kaedah membenteras keganasan PKM . Br it ish telah memerdekakan Tanah Melayu atas usaha

    Rombongan kemerdekaan 1956 yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman pada tahun 1957.

    Pada tahun 1960 darur at dibubarkan. Penjajahan Br iti sh telah memberi kesan, impak positi f dan

    negatif kepada pembangunan dan keamanan negara yang dapat dini lai perkembangannya dari

    semasa ke semasa hi ngga ke har i ini .

    3. Kesan Penjajahan kuasa asing dalam pembentukan masyarakan majmuk di Malaysia.

    Perkembangan masyarakat majmuk di M alaysia dapat dili hat dan dir umuskan kepada tiga

    tempoh yang berbeza iaitu pertama, zaman penjajahan Bri tish di mana ketiga-tiga kaum langsung

  • 8/12/2019 ASYARAKAT MAJMUK

    16/22

    tidak beri nteraksi. Tanah Melayu ditegaskan adalah mi li k orang Melayu, ekonomi komersial pul a

    mil ik orang Cina dan India sementara poli tik mi li k Br iti sh hi nggakan orang Melayu ketinggalan.

    Terdapat beberapa faktor yang menjadikan orang Melayu t idak terl ibat dengan ekonomi

    kormesial. Antara sebabnya adalah Br i tish sendi r i dengan dasarnya yang menekan penduduk asal

    serta Dasar Pecah Perintah yang dijalankan British sewaktu penjajahannya.

    Era menuju kemerdekaan merupakan tempoh kedua dili hat terdapat hubungan antara

    kaum di mana Melayu dengan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UM NO), Cina dengan

    Persatuan Cina Malaya (MCA) dan India dengan Kongres I ndia Se-Malaya (M IC) membentuk

    parti poli tik yang berteraskan kaum masing-masing namun berada di bawah satu payung iaitu

    Parti Peri katan. Br iti sh bersetuju member ikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun

    1957 hasil dari pada kerjasama antara kaum. Peristiwa darur at telah berlaku sebelum

    kemerdekaan selepas tempoh penjajahan Jepun pada 1948 hingga 1960 yang meli batkan Par ti

    Komunis Malaya. Hubungan antara orang Melayu dan Cina kembali tergugat dalam tempoh ini .

    Zaman selepas kemerdekaan merupakan peringkat yang ketiga atau terakhir yang merujuk

    zaman selepas 1969 yang masih lagi terdapat jurang dalam pelbagai bentuk yang bukan sahaja

    dari segi ekonomi. Pihak kerajaan telah merangka beberapa strategi yang boleh mewujudkan

    keadaan aman damai menepati makna sebenar masyarakat majmuk. Walau bagaimanapun ianya

    masih lagi tidak mencapai matlamat perpaduan kerana masing-masing berusaha mengekalkan

    identiti sendiri dan enggan menerima asimilasi dari budaya lain. Penggunaan Malaysian

    Malaysia telah mula digunakanpada sekitar tahun 1965 namun ia tidak begitu di ter ima pakai.

    Salah satu matlamat kerajaan kin i dalam memastikan kesepaduan masyarakat iaitu dikenali

    sebagai Bangsa Malaysia.

  • 8/12/2019 ASYARAKAT MAJMUK

    17/22

    A

    ARKIB : 28/01/2010

    Remaja dan dialog peradabanOleh NURUL IZZAH SIDEK

    JIKA disebut soal berbincang dan berbahas, ia berlaku dalaminteraksi seharian sama ada secara formal atau tidak. Namun

    apabila disebutkan mengenai dialog peradaban, tidak dinafikanbahawa dialog peradaban adalah sesuatu yang asing dikalangan remaja di Malaysia pada hari ini.

    Meskipun begitu, ia tidak bermakna remaja tidak boleh mulamembincangkannya dalam batas pemikiran yang ada.

    Pendedahan kepada pelbagai maklumat dan ilmu melalui aksesdunia siber, media cetak atau media elektronik yang lain telah

    mencambahkan suatu bentuk baru dalam corak pemikiran dantahap pemahaman remaja terhadap sesuatu perkara.

    Lambakan maklumat yang terdapat di dalam alam mayamelalui tulisan-tulisan di dalam blog, laman-laman sosial danrantaian emel mengenai isu-isu antara kaum, agama dan sosialsecara umumnya adalah baik untuk proses perkembangan ideadan pemikiran.

    Namun jika tidak dikawal dan tiada berpedoman, sedikitsebanyak ia akan memberi tanggapan yang salah dan tidaktepat terhadap sesuatu perkara dan akhirnya bolehmenyebabkan emosi akan lebih berpengaruh daripada asasilmu.

    Justeru apakah erti dialog peradaban kepada remaja?Mengapakah remaja mesti mula mengambil berat akan

    kepentingan dialog peradaban dan apakah asas-asas berdialogsecara beretika?

  • 8/12/2019 ASYARAKAT MAJMUK

    18/22

    Fahami persamaan dan perbezaan

    Dalam tradisi Islam, agama adalah sumber peradaban. Tentuwujud perbezaan antara peradaban yang lahir dari sumber

    wahyu dengan sistem kepercayaan yang lahir dari faktorfalsafah, budaya, tradisi nenek moyang dan fahaman tertentu.

    Perbezaan seperti itu memang berlaku kerana faktor sejarah,interpretasi, kepentingan kelompok dan sebab-sebab yang lain.

    Asas ini menarik untuk dibincangkan kerana masyarakatMalaysia sifatnya berbilang agama, kepercayaan malah sumbertamadun juga tidak serupa.

    Sudah tentu kelainan dan perbezaan terus wujud sedangkanproses bina negara dan integrasi menuntut adanya toleransi dikalangan pengamal agama dan juga peradaban. Yang penting disini apakah etika untuk berbeza yang membolehkan lahirnyasifat toleransi supaya tidak wujud salah faham yang bolehmenjejaskan akidah dan juga sistem kepercayaan.

    Yang berbeza biarlah berbeza tetapi aspek yang merintis titikpersamaan yang banyak patut disuburkan dan menjadijambatan kepada hubungan interaktif manusia dankemanusiaan.

    Nilai-nilai menghormati manusia sama ada guru dalamkalangan semua bangsa, ibu bapa, orang tua, orang yangmemerlukan tanpa mengira agama dan bangsa, jiranumpamanya adalah nilai-nilai fitrah dan perlu diamalkan olehgenerasi muda.

    Perbuatan seperti ini walaupun kelihatan ideal tetapi jika iamenjadi amalan generasi muda ia mempunyai kualitikemanusiaan yang baik dan patut menjadi amalan. Sekiranyakonteks sosial hanya berlaku secara perkauman, iamenyebabkan tidak berlakunya interaksi atau hubungansesama manusia yang sihat dalam membantu ke arah integrasi.

  • 8/12/2019 ASYARAKAT MAJMUK

    19/22

    Dalam konteks Malaysia, acuan bernegara sudah bermula sejaklama. Perjalanan sejarah di Melaka menjadikan kota itu sebuahkota antarabangsa kerana aktiviti dagang dan kestabilan yangwujud hingga menyebabkan Cina Peranakan, India Peranakan

    merasa selesa mengadaptasi budaya setempat tanpa perlumenukar agama dan sistem kepercayaan.

    Di saat Tanah Melayu mencapai kemerdekaan banyak peristiwakompromi berlaku di mana status orang-orang yangmendatang diberikan status kekal dan taraf kerakyatan disamping kesediaan mereka melakukan kontrak sosialmenghormati status agama Islam, Bahasa Melayu, Hak

    Istimewa, Tanah Simpanan dan lain-lain seperti yangtermaktub dalam Perlembagaan Negara.

    Asas-asas teras dalam proses bina negara ini amat pentingdifahami oleh generasi muda. Ini supaya tidak timbul ungkitanatas asas zaman dan suasana sudah berubah maka asas-asaskontrak sosial juga harus berubah sama.

    Memahami perjalanan sejarah pembentukan Tanah Melayu

    dan Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah. Integrasi kaumdilihat sebagai suatu kekuatan tetapi ia juga boleh menjadisuatu asas kebimbangan.

    Tidak dapat dinafikan api konflik amat mudah dinyalakansekiranya pemahaman tentang kenegaraan tidak difahami olehseluruh rakyat Malaysia.

    Oleh itu amat penting generasi muda Islam memahami sejarahkontrak sosial yang menjadi landasan terbinanya Malaysia padahari ini.

    Perkembangkan dialog peradaban

    Dialog peradaban adalah sebagai satu disiplin ilmu dankebudayaan merupakan satu tuntutan yang paling mendesakdalam konteks negara Malaysia masa kini, apatah lagi dalam

    atmosfera Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama.

  • 8/12/2019 ASYARAKAT MAJMUK

    20/22

    Generasi muda kini amat mudah memandang sesuatu yanglebih moden dan maju sebagai sumber rujukan dalamkehidupan bernegara. Prinsip demokrasi sering disalahertikandalam kebebasan bersuara.

    Namun apakah mengagumi Barat tanpa adanya usul periksatentang falsafah dan hala tujunya adalah sesuatu yang baik atausebaliknya? Apakah meremehkan budaya dan sistemkepercayaan sendiri merupakan jalan terbaik ke arah maju danmoden?

    Oleh itu, dialog tamadun harus berkembang dalam generasi

    muda. Dialog peradaban adalah tanda kesediaan dankeupayaan sesuatu kelompok agama dan kaum memberirespons terhadap sebarang permasalahan yang berbangkit.Sama ada perkara tersebut melibatkan kelompoknya sendiriatau pun orang lain.

    Dalam memberi tindakbalas tersebut, ia hendaklah mengambilkira kepentingan bersama, menerusi rundingan danpersetujuan. Dalam hal-hal yang tidak dapat dipersetujui

    bersama atas sebab-sebab tertentu, hendaklah ada sikapberlapang dada dan saling hormat menghormati antara satudengan yang lain.

    Dialog antara kaum dan agama bukanlah sesuatu yang pelik.Tetapi sewajarnya ia didasari dengan persediaan dankeupayaan ilmu. Ini meliputi kemampuan pengetahuan tentangasas dan tasawwuragamanya sendiri serta juga memahami

    dengan sempurna konsep dan asas citra agama rakandialognya.

    Di samping itu, setiap pihak harus benar-benar menyedaritentang permasalahan yang berbangkit berhubung persoalandan permasalahan yang ingin didialogkan. Tanpa semua ini,dialog akan menjadi pincang kerana fokus perbincangan akantersasar dari landasan yang sebenar.

  • 8/12/2019 ASYARAKAT MAJMUK

    21/22

    Seiring dengan itu, generasi muda Islam harus melihatpengukuhan jiwa agama terhadap mereka sebagai faktorkestabilan. Tanpa kekuatan agama yang mendasaripembentukan peribadi dan komitmen hidup, generasi muda

    Melayu boleh menjadi amat liberal dalam berfikir hinggasuasana keterbukaan menyebabkan mereka hilang jati diri dantidak melihat kepentingan agama, nilai dan etika sebagaisesuatu yang amat bermakna dalam masyarakat majmuk.

    Asas-asas Islam seperti amanah, adil, jujur, ikhlas, tulus dantelus jika mendasari amalan generasi muda bakal menjadibinaan kukuh apabila mereka dewasa nanti. Dalam

    memberikan daya kepimpinan terhadap orang lain, merekatidak lupa asas-asas di atas sebagai sesuatu yang amat tingginilainya.

    Pada masa yang sama generasi muda bukan Islam harus jugamemiliki nilai-nilai murni yang sama. Ini supaya jalurkemajuan yang berkembang adalah atas nilai-nilai bersama dankemanusiaan tinggi yang amat diperlukan dalam proses binanegara.

    Kesimpulan

    Adalah menjadi harapan supaya remaja di Malaysiadidedahkan dengan budaya berdialog secara berilmiah danberetika. Dialog peradaban antara kaum dan agama bolehmenjadi agenda yang penting dalam menambahkan kefahamantentang integrasi dan mencantumkan titik-titik persamaan

    serta meraikan perbezaan. Yang baik sewajarnya dimanfaatibersama, yang berbeza harus diketahui batas sempadannya

    Artikel

    Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0128&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz2vOeDFZUm Utusan Melayu (M) Bhd

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0128&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz2vOeDFZUmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0128&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz2vOeDFZUmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0128&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz2vOeDFZUmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0128&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz2vOeDFZUmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0128&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz2vOeDFZUmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0128&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz2vOeDFZUm
  • 8/12/2019 ASYARAKAT MAJMUK

    22/22