02_isi_pelajaran_modul_waj3108.doc

71
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN Tajuk Kandungan Jam 1 Pengenalan kepada asas Seni Reka Unsur Seni Garisan Rupa Bentuk Jalinan Ruang Warna Pengenalan Kepada Asas Seni Reka Prinsip-Prinsip Rekaan Harmoni Kontra Penegasan Imbangan Pergerakan Kepelbagaian Kesatuan Pengenalan Kepada Bidang Seni Visual Sekolah Rendah Melukis dan Membuat Gambar Membuat Rekaan dan Corak Membentuk dan Membuat Binaan Mengenal Kraf Tradisional 5 Jam 2 Pengenalan Kepada Pengetahuan Asas Muzik Konsep muzik Irama 5 Jam 1

Upload: parames-mes

Post on 21-Nov-2015

234 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Rangka Isi Pelajaran

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

TajukKandunganJam

1Pengenalan kepada asas Seni Reka

Unsur Seni

Garisan

Rupa

Bentuk

Jalinan

Ruang

Warna

Pengenalan Kepada Asas Seni Reka

Prinsip-Prinsip Rekaan

Harmoni

Kontra

Penegasan

Imbangan

Pergerakan

Kepelbagaian

Kesatuan

Pengenalan Kepada Bidang Seni Visual Sekolah Rendah

Melukis dan Membuat

Gambar

Membuat Rekaan dan Corak

Membentuk dan Membuat

Binaan

Mengenal Kraf Tradisional

5 Jam

2Pengenalan Kepada Pengetahuan Asas Muzik

Konsep muzik

Irama

Harmoni

Melodi

Ekspresi

Bentuk

Warna ton

Jalinan

Pengenalan Kepada Kemahiran Muzik Asas melalui aktiviti

Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik

Kemahiran muzikal nyanyian

Kemahiran muzikal muzik dengan gerakan

Kemahiran muzikal permainan alat muzik

Pengenalan kepada kepentingan muzik sekolah rendah

Membina nilai nilai murni di kalangan pelajar

5 Jam

3Pengenalan kepada konsep pergerakan

Pendekatan kepada asas pergerakan

Pergerakan Asas

Kemahiran Lokomotor Beritma Sekata

BerjalanBerlari

Skip

Galop

Kemahiran bukan lokomotor

Membongkok

Meregang

Mengilas

Memusing

Menolak

Menarik

Hayun

Berbuai-buai

5 Jam

JUMLAH15 jam

PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS SENI DALAM PENDIDIKAN PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

SINOPSIS

Mata Pelajaran ini mengandungi konsep serta latar belakang dan kepentingan Seni Dalam Pendidikan bagi memperkemas proses pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar, membantu guru-guru atau peserta kursus mengetahui dan memahami latar belakang Seni Dalam Pendidikan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Mata Pelajaran ini menjurus ke arah pengetahuan asas tentang Seni Visual,Seni Muzik dan Pergerakan. Gabungan ketiga-tiga aspek ini akan mengembangkan proses pembelajaran di peringkat kanak-kanak yang menyeronokan.

HASIL PEMBELAJARAN

Memahami dan menghuraikan konsep, latar belakang, matlamat

dan objektif Seni Dalam Pendidikan.

Membuat hubungkait teori konstruktivisme dengan Seni Dalam

Pendidikan serta membanding beza pendapat beberapa tokoh-tokoh pendidik .

3. Mengaplikasi pelbagai kaedah dalam aktiviti penerokaan.

Kerangka Tajuk

TAJUK 1PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS SENI VISUAL

SENI VISUAL

Pengenalan Kepada Konsep Asas Seni Visual

Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni

tampak. Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses

penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman,

penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan

estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya

intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid

diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual,

meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional

dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa

bersama nilai yang disebutkan.

Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah merangkumi empat

bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan mencorak,

membentuk dan membuat binaan, dan kraf tradisional. Murid

diajar untuk melihat subjek ini daripada perspektif yang lebih

luas, sama ada dari aspek keindahan mahupun gunaan. Melalui

kefahaman aspek di atas, murid akan dapat memahami

mengenai pelbagai khazanah dalam konteks seni warisan

bangsa.

HASIL PEMBELAJARAN

Membuat huraian tentang Asas Seni Reka serta mengenali bidang- bidang kegiatan Seni Visual.

Menggunakan kemahiran akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri untuk kecemerlangan diri yang berterusan.

1.2 Pengenalan kepada asas Seni Reka

Topik ini akan membincangkan beberapa aspek dalam Asas

Seni Reka.

Unsur Seni

Unsur seni terdiri daripada enam elemen asas yang

penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual:

1.2.1.1 Garisan

Cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan

mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai

jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton,

corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang

dan gerakan dalam seni visual.

Garisan boleh jadi dalam bentuk tebal, tipis,

berbulu putus-putus, bergerigi, beralun, zig-zag dan

lain-lain lagi. Garisan merupakan cantuman satu siri

titik

Merupakan unsur yang terpenting dalam kerja

melukis dan menggambar

Melalui garisan kita boleh menulis, melakar,

membuat jalinan gambar, membuat rupa dan

membentuk.

Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik

seperti;

Teknik koyakan,Teknik tampalan ,

Teknik kolaj, Teknik gosokan, Teknik cetakan

Teknik capan

Rajah 1 : Garisan

Rupa

Mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan

mengelilinginya. Rupa ialah sesuatu kawasan yang

berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak

berjisim). Merupakan pertemuan antara penghujung

garisan dan permulaannya.

Ia hanya sekadar garis luar sesuatu objek dan sifat

leper atau mendatar.

Rupa terbahagi dua:

Rupa organik mempunyai garisan luaran yang berbagai, tidak menentu

dan bersifat dominan. Sebahagian besar

objek di dunia ini mempunyai

rupa jenis ini.

Rupa geometri yang terikat dengan bentuk

yang khusus sepeti bulat, empat segi, kun,

kubus, selinder, empat segi bujur, piramid

dan beberapa contoh yang lain.Secara

lumrahnya, rupa geometri dihasilkan

berbantukan alat geometri.

Rajah 2: Rupa

1.2.1.3 Bentuk

Mempunyai struktur jisim dan isipadu. Bentuk dapat

dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan

kraf tradisi.

Bentuk terdiri dari dua jenis;

Bentuk ilusi (maya)

Bentuk ilusi wujud dalam bentuk gambar, catan,

cetakan, foto, illustrasi dan lukisan . Bentuk

ilusi hanya dapat dilihat di satah gambar dan

apabila disentuh ia hanya permukaan datar dalam

bentuk dua dimensi.

Rajah 3: Bentuk Ilusi

Bentuk konkrit

Bentuk konkrit bersifat tiga dimensi, maujud,

berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna,

jalinan dan ruang. Contoh: Bakul, bola, durian,

bangunan, manusia dan lain-lain lagi.

1.2.1.4 Jalinan

Merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan

sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan

ekspresi sesuatu objek kepada kita. Terdapat pada

sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat

dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau

dari buatan manusia. Jalinan yang wujud secara

semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri dari

ciptaan Yang Maha Kuasa.

Jalinan terbahagi dua jenis:

Jalinan tampak

Jalinan dapat dilihat pada satah gambar yang bersifat dua dimensi. Ia terdir daripada gambar, slaid, billboard, paparan jalan, simbol dan logo. Oleh sebab ia dalam bentuk gambar, kita tidak dapat merasa jalianan secara sentuhan.

Rajah 4: Jalinan Tampak

Jalinan sentuh

Manakala jalinan sentuh dapat dirasa kerana

ia bersifat maujud. Sifatnya tiga dimensi. Ia

terdiri daripada kulit kayu, cermin, kulit

kerang, simen, buah durian dan lain-lain.

Rajah 5: Jalinan Sentuh

1.2.1.5 Ruang

Merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau

kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara

dua objek

Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di

sekeliling objek. Ia menggambarkan aspek kekosongan

antara objek atau garisan. Ruang berada di luar, di tepi

di atas atau sebagainya. Dalam aktiviti menggambar,

ruang boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan,

jalinan dan warna. Pada kebiasaannya, ruang dikaitkan

kepada garisan, perspektif, warna dan bentuk.

Rajah 6: Ruang

Warna

Pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada

sesuatu permukaan. warna terbahagi kepada tiga

kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder

dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah kuning;

dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan

warna tertier

Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau,

jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada

campuran dua warna asas.

Sementara itu, warna tertier terhasil daripada

percampuran warna asas dan sekunder.

Rajah 7 : Roda Warna

Pengenalan Kepada Asas Seni Reka

Prinsip-Prinsip Rekaan

1.3.1 Harmoni

Kesan ini wujud di alam sekeliling apabila munculnya

susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau

gaya yang tertentu. Tujuan menghasilkan kesan harmoni

adalah untuk menarik perhatian pada sesuatu gubahan,

objek atau imej. Gabungan ini akan menimbulkan keadaan

yang selesa, aman dan tenang.

Rajah 8: Harmoni

1.3.2 Kontra

Keadaan ini berlaku apabila salah satu daripada unsur-

unsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara

satu sama lain. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kesan

yang menarik pada sesebuah karya seni. Kontra berkait

rapat dengan penegasan (semakin tinggi kadar kontra

semakin jelas penegasan). Kontra boleh dikaitkan dengan

rupa, garisan, bentuk dan warna.

Rajah 9 : Kontra

1.3.3 Penegasan

Sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan

kepada pemerhatian tampak. Ianya berfungsi sebagai daya

penarik, pemusatan karya, mengelak kebosanan dan

menjadikan gubahan lebih menarik. Penegasan diwujudkan

untuk menimbulkan kesan kelainan.

Rajah 10 : Penegasan

1.3.4 Imbangan

Keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat

dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan dan sama

gaya penampilan.Terdapat tiga jenis imbangan iaitu

imbangan simetri, tidak simetri dan imbangan semua arah.

Secara umumnya imbangan adalah agihan ruang dalam

sesuatu hasil karya.

Rajah 11 : Imbangan

1.3.5 Pergerakan

Wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar,

bergoyang, bergegar, berayun, bersinar-sinar dan

sebagainya. Pergerakan bertujuan untuk memberi nyawa,

rupa dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi.

Pergerakan boleh ditampilkan melalui jalinan, rupa dan

ruang.

Rajah 12 : Pergerakan

1.3.6 Kepelbagaian

Merupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya, nilai

dan idea yang berbeza. Susunan atau ulangan unsur-unsur

seni yang bertentangan arah dan berbeza saiznya akan

mewujudkan kepelbagaian.

Rajah 13: Kepelbagaian

1.3.7 Kesatuan

Suatu olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni

secara sistematik, berpandukan grid berdasarkan tema

atau idea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas,

teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan

keseragaman atau kesatuan.

Rajah 14 : Kesatuan

1.4Pengenalan Kepada Bidang Seni Visual Sekolah Rendah

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah terdiri daripada empat

bidang:

1.4.1 Melukis dan Membuat Gambar

Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap

aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media

dan teknik dengan menekankan aspek

ruang,struktur,imbangan dan komposisi. Penguasaan

gambar akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya ada

kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan.

Di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sekolah

rendah, kandungan subjek atau hal benda disesuaikan

dengan pengalaman sedia ada pelajar untuk merangsang

dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti

menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai

alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara

ekspresinya yang tersendiri, membantu perkembangan

pelajar dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari

segi keperluan fisiologi dan psikologi pelajar.

Rajah 15: Kolaj

1.4.2 Membuat Rekaan dan Corak

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid

memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan

mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan

rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana

hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan

sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan

cara.

Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara terkawal atau bebas. Seringkali corak boleh didapati daripada:

Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga

dan haiwan

Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan

gunting

Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat

Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan

keris

1.4.2.1 Jenis Susunan Corak

Penuh

Turun satu suku

Turun tiga suku

Turun separa

Sisik ikan

Selang seli

Tampak dam dan tampak catur

Siku keluang

Pucuk rebung

Orgee

Batu bata

Tunggal

Berpusat

Sendeng

Berombak

Jidar

Berjalut

Cerminan

Teknik Corak

Corak terancang

Lukisan

Catan

Cetakan

Capan

Lipatan dan Guntingan

Resis

Kolaj

Kaligrafi

Rajah 16: Resis

Corak tidak terancang

Titisan

Renjisan

Ikatan dan celupan

Tiupan

Pualaman

Lipatan

Tarikan

Rajah 17: Pualaman

Rajah 18: Ikat dan Celup

1.4.3 Membentuk dan Membuat binaan

Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap

aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan

kestabilan. Berpandukan aspek tersebut, murid dapat memahami

dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat binaan

sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat

binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai

bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada

murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan.

1.4.3.1 Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di

sekolah rendah:

Arca timbul

Arca asemblaj

Arca bergerak

Arca stabil

Model

Diorama

Boneka

Topeng

Origami

Rajah 19: Topeng

1.4.3.2 Tema dan Subjek

Alam semulajadi

Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi

si pelukis

Aliran dan tema sejagat

Keperluan dan pengalaman harian

1.4.4 Mengenal Kraf Tradisional

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau

kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja

tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang

diwaris turun-temurun mengikut kaum masing-masing.

1.4.4.1 Jenis - jenis Kraf Tradisional

Alat domestik

Alat permainan

Alat mempertahankan diri

Alat Perhiasan Diri

Batik

Seni tekat

Tembikar

Anyaman

Tenunan

Rajah 20 : Batik Tulis

Rajah 21: Anyaman

Rajah 22: Seni Tekat

Rajah 23 : Gasing

Rajah 24 : Tembikar

Rajah 25: Tenunan

RUMUSANPendidikan Seni Visual merupakan subjek yang perlu dipelajari oleh murid semasa di dalam alam persekolahan. Ia merupakan matapelajaran yang dapat memberi peluang kepada murid mengembangkan bakat dan minat secara bersistem. Pengetahuan yang diperolehi merupakan ilmu dalam bidang seni dan kreatif. Kandungan topik ini menjadi pengetahuan asas Seni Visual dan juga menjadi bahan penting yang boleh diserap dan diterapkan dalam mata pelajaran lain pada masa sesi pengajaran dan pembelajaran.

GLOSARIMobail

- Arca yang digantung, boleh bergerak dan apabila

bersentuhan ada kalanya menghasilkan bunyi.

Montaj-Tampalan gambar-gambar yang dipotong yang

membentuk satu cerita.

Resis

-Satu teknik kalis air

Asemblaj-Arca gabungan pelbagai bahan dan jenis

Latihan 1

1.Dengan menggunakan contoh-contoh hasil karya yang berkaitan

jelaskan bagaimana prinsip-prinsip rekaan dapat diaplikasikan.

Latihan 2

Terangkan dan klasifikasikan jenis-jenis rupa, untuk penerangan yang

lebih jelas kemukakan contoh-contoh karya.

RUJUKAN

Kathleen Chee. ( 1999 ). Pendidikan Seni, Bangi: Penerbitan Pelangi.

Rahmat Salihon ( 2003 ). Pendidikan seni visual tingkatan 1, Fajar Bakti,

Selangor Darul Ekhsan.

Raja Baharudin ( 1999 ).Kursus amali pendidikan seni PMR, Selangor Darul

Ekhsan: Pan Asia Publications, Bhd.

TAJUK 2PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS SENI MUZIK

SENI MUZIK

SINOPSIS

Topik ini memberi peluang kepada guru-guru menambah pengetahuan asas dalam bidang seni muzik yang merangkumi pengenalan asas muzik, kamahiran muzikal dan apresiasi muzik.

HASIL PEMBELAJARAN

1.Menyata dan menghuraikan konsep pergerakan asas

2.Bekerjasama dan berinteraksi dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan

3.1 Pengenalan Kepada Pengetahuan Asas Muzik

KONSEP MUZIK

Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan

mempunyai kualiti tersendiri. Susunan muzik yang betul dan

teliti akan menentukan kualiti. Konsep muzik ialah:

IRAMA

Rajah 1 : Irama

Gabungan berbagai jenis not muzik yang berbeza akan

menghasilkan iramaHARMONI

Rajah 2 : Harmoni

Harmoni adalah cantuman not-not yang dibunyikan

serentak. Not ini bila digabung menjadi Kod sebagai

mengiringi lagu.

MELODI

Rajah 3 : Melodi

Melodi mengandungi pic rendah , sederhana dan

tinggi. Contohnya: lagu Rasa Sayang

EKSPRESI

Rajah 4: Ekspresi

Ekspresi akan mempengaruhi sesuatu

persembahan samada vocal atau instrumental. Ciri

muzikal ini ialah dinamik, istilah dan tanda isyarat.

V.BENTUK

Bentuk ialah ciptaan muzik mempunyai struktur dua

bahagian iaitu bentuk AB.

Misalnya:

susunan: Bentuk dua bahagian

Tiga bahagian

Rondo

Strofik

Bentuk tradisional

VI. WARNA TON

Ada kualiti dan sifat tersendiri atau berbeza bagi sesuatu

muzik

Contoh:

Suara menjerit dan berbisik

Suara kanak-kanak dan orang dewasa

iii. Ketukan batu dan kayu

Bunyi salakan anjing dengan ngauman harimau

Bunyi burung hantu dan bunyi katak

Bunyi seruling dan drum

Suara orang lelaki dan orang perempuan

Warna ton dapat dijelaskan dengan penggunaan perkataan seperti lembut, kasar, garau, nyaring, berat dan ringan. Lelaki mempunyai suara baritone, tenor dan bes. Manakala suara perempuan mempunyai suara soprano dan alto. Dalam koir biasanya ada berbagai ton suara yang menjadikan pendengaran menarik. Dalam orchestra pula,gabungan pelbagai alatan muzik yang berbeza menghasilkan ton warna indah dan menarik pendengaran.

VII.JALINAN

Jalinan atau tekstur digunakan oleh pemuzik semasa

mengadun bunyi agar jadi menarik dan digemari.

Pengenalan Kepada Kemahiran Muzik Asas melalui aktiviti

Bagi membina kemahiran menyanyi dan bermain alatan muzik secara solo dan ensembel, kita harus menjalankan aktiviti bermain alat muzik dan menyanyi untuk membolehkan pelajar menikmati dan menilai persembahan muzik.

Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik

Kemahiran muzikal nyanyian

Membina teknik menyanyi dengan mengikut

Postur

Pernafasan

Sebutan

Artikulasi

Ekspresi

Penghasilan ton

Rangkaian

Membina kemahiran menyanyi

Kemahiran secara individu

Menyanyi berbagai lagu secara individu

Menyanyikan skel: jeda, arpeggio menaik dan menurun

Menyanyi semula keratan lagu yang didengar

Menyanyi serta merta ikut skor muzik

Kemahiran Ensembel

Menyanyi dalam ensembel vokal senada

Menyanyi dalam ensembel vokal berharmoni

Mendengar dengan teliti dan selektif

Kemahiran muzikal muzik dengan gerakan

Bergembira bergerak ikut muzik

Melibatkan diri secara aktif

Mendengar dengan teliti

Melahirkan ekspresi diri dengan gerakan

Faham konsep muzik dengan gerakan

Mengaitkan dengan budaya dalam

pergerakan muzik

Memupuk keyakinan diri disiplin dan estetik

Kemahiran muzikal permainan alat muzik

Bergembira bermain muzik

Penglibatan secara akrif

Mendengar dengan teliti

Bermain alat muzik secara muzikal dan

terkawal

Memahami dan mengaplikasi konsep muzik

dan alat permainan

Mengenali alat tradisional

Memperbaiki dengan meneroka konsep

muzik menerusi alat permainan

Memupuk yakin diri, disiplin dan estetika

Pengenalan kepada kepentingan muzik sekolah rendah

Membina nilai nilai murni di kalangan pelajar

Membentuk disiplin

Membentuk sifat bekerjasama

Sifat bertolak ansur

Memberi rangsangan

Memberi kegembiraan

Merentas kurikulum

Emosi

Memupuk keyakinan diri

RUMUSAN

Tajuk ini membantu memberi pengetahuan asas dalam muzik. Ia juga merangkumi pengertian muzik, matlamat dan objektif pendidikan muzik di Malaysia. Dalam tajuk ini juga memberi penekanan tentang konsep muzik yang hendak disampaikan, tajuk ini juga memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang selalu dijalankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Menerangkan tiga komponen bidang penting yang diberi tumpuan di dalam mengajar pendidikan muzik termasuklah bidang nyanyian, muzik dengan pergerakan dan memainkan alat-alat muzik. Beberapa pendekatan muzik seperti Carl Orff, Dalcroze, Suzuki, Kodaly dan Gordon dapat membantu guru muzik melaksanakan interaksi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.

GLOSARI Komposisi- Kebolehan mengubah lagu

Kemahiran ensemble- Kemahiran bermain alat muzik secara kumpulan

dengan pelbagai alat muzik.

Polifoni- Apabila satu atau dua melodi dibunyikan berterusan

dengan menggunakan alat iringan.

Homofoni- Apabila melodi diiringi oleh alat muzikal yang

berharmoni yang mempunyai kod seperti gitar, organ,

piano ddan alat-alat lain.

Monofoni- Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu

tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu

bunyi sahaja.

LATIHAN 1

Nyatakan 2 unsur-unsur pergerakan yang diberi keutamaan dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dengan pergerakan.

Bincangkan 2 jenis kegiatan muzik dengan pergerakan untuk pelajar sekolah rendah.

LATIHAN 2

Anda akan mengajar konsep tempo cepat dan lambat dalam bidang permainan alat muzik kepada pelajar tahun 2.

Nyatakan langkah-langkah yang anda akan ambil dalam penyampaian konsep tersebut.

RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan

Muzik Sekolah Rendah ( Semakan ). Kuala lumpur: PPK.

Loh, P. K. (1991). A Handbook of muzic theory. Kuala Lumpur: Penerbitan

Muzikal

Taylor.E. (1989). The AB guide to muzic theory, Part 1. Great Britain:

Associated Board.

TAJUK 3PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS SENI PERGERAKAN

SENI PERGERAKAN

SINOPSIS

Topik ini merangkumi pengetahuan asas dalam pergerakan; bidang-bidang pergerakan serta alatan dan keselamatan; pergerakan asas pendidikan pergerakan, pergerakan kreatif dan apresiasi pergerakan.

HASIL PEMBELAJARAN

1.Menyata dan menghuraikan konsep pergerakan asas.

Bekerjasama dan berinteraksi dalam kepelbagaian budaya dan

kepercayaan.

3.1 Pengenalan kepada konsep pergerakan

Rajah 1: Kerangka Konsep

3.1 Pendekatan kepada asas pergerakan

Pendidikan Pergerakan merupakan salah satu wacana yang

menyumbang ke arah perkembangan keseluruhan pelajar

dalam membentuk sikap dan sahsiah tentang keperluan -

keperluan sosial, emosi dan estetik murid berdasarkan

kepada model holistik perkembangan kanak - kanak

bertujuan;Membentuk dan memperhaluskan kemahiran lokomotor

dan bukan lokomotor kemahiran pergerakan manipulatif

dan kestabilan saraf otot.

Memantapkan tahap kecerdasan fizikal, pengetahuan

dan sikap.

Memantapkan keupayaan pengamatan motor melalui

pengalaman - pengalaman pergerakan terarah.

3.3. Pengenalan kepada asas pergerakan sekolah rendah

3.3.1 Pergerakan Asas

Proses yang memandu pelajar untuk memperoleh

kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik

menyelesaikan masalah.

Mengimprovisasi dengan menekankan kebebasan

ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan

penemuan,penerokaan dan kreativiti.

3.3.2 Kemahiran Lokomotor Beritma Sekata

3.3.2.1 Berjalan

Postur badan & kepala tegak

Kedudukan kaki

Pemindahan berat badan

Pergelangan kaki, lutut & pinggul

bengkok.

Hayunan tangan

Aktiviti-aktiviti:

Berjalan bebas menggunakan ruang

Berjalan dan berhenti bila isyarat

diberi.

Berjalan dengan kelajuan berbeza.

Berjalan mengikut arah yang berlainan.

Berjalan dengan langkah kecil & besar

Berjalan dengan keadaan relak

Berjalan dengan membentuk badan

Menjadi gemuk dan kurus.

Berjalan di atas jari-jari kaki.

3.3.2.2 Berlari

Kedudukan kaki

Kedudukan badan

Kedudukan lutut

Hayunan tangan

Aktiviti-aktiviti:

Berlari bebas

Berlari bebas & berhenti apabila

isyarat diberikan

Berlari setempat

Berlari cepat & lambat

Berlari dengan langkah pendek &

panjang

Berlari ke hadapan & kebelakang

Berlari lurus, berbelok-belok & dalan

bulatan

Berlari dalam arah yang berlainan

Berjalan & berhenti, berlari & berhenti

Membuat perbandingan dua

pengalaman.

Bincang mengapa senang berhenti

apabila bergerak lambat

Memperkenalkan konsep momentem

ke hadapan

Memaklumkan keperluan untuk

memindah pusat graviti dari hadapan

ke belakang

3.3.2.3 Skip

Skip ialah gabungan dua pergerakan iaitu berjalan dan hop

Pergerakan kaki

Melangkah & hop:

Satu langkah ke kanan di ikuti dengan

hop kaki yang sama dan kaki kiri

melangkah di ikuti dengan

hop kaki yang sama. Masa melangkah

adalah lebih panjang daripada masa

hop menyebabkan pergerakan

beritma tidak sekata.

Hayunan tangan :

Tangan dihayun ke hadapan dan ke

atas. Tangan bertentangan dengan

kaki hadapan dihayun. Hayunan

tangan yang bertentangan ini

memenuhi dua fungsi iaitu memberi

imbangan dan momentum

semasa dalam fasa hop.

Berat badan dan pusat graviti

Berat badan sentiasa di bebola kaki di

sepanjang pergerakan. Pusat graviti

berubah ke hadapan melepasi jari-jari

kaki apabila skip ke hadapan

manakala apabila skip ke belakang,

pusat graviti berpindah ke belakang

melepasi tumit.

Aktiviti-aktiviti:

Skip bebas

Skip ke hadapan

Skip ke belakang

Skip mengelilingi objek

Skip ke dalam dan ke luar

gelung rotan

Skip berbelok-belok dalam

bulat

Galop

Pergerakan kaki dan pemindahan berat

badan satu kaki bergerak ke hadapan dan

berat badan dipindahkan kepadanya. Kaki

belakang digerakan ke hadapan di belakang

tumit kaki hadapan. Dengan pergerakan

pantas kedua-dua kaki diangkat di hadapan

dan berat badan diletak pada kaki belakang.

Kaki hadapan sentiasa dihadapan.

1. Pusat graviti

Ia bergerak ke hadapan apabila galop ke

hadapan

2. Menolak dan mendarat

Menolak dengan bebola kaki belakang

dan mendarat dengan kaki hadapan

Lutut dan pergelangan kaki sentiasa

dibengkokkan semasa pergerakan

dilakukan

Aktiviti-aktiviti:

Galop secara bebas

Galop lurus, bebelok-belok dan

dalam bulatan

Galop melepasi objek-objek

seperti kon dan pundi kacang

Berkumpul dan galop dalam

bulatan, ikut arah pusingan jam

dan lawan jam

Berpasangan, seorang galop

mengejar pasangannya

Berpasangan, galop bersama

dan ikut rentak yang sama

3.3.3KEMAHIRAN BUKAN LOKOMOTOR

3.3.3.1 Membongkok

Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian rapat antara satu sama lain

Bahagian badan yang boleh dibengkokkan bergantung kepada struktur sendi terlipat

Sendi engsel membenarkan badan dibongkokkan kehadapan dan kebelakang sahaja

Sendi bola dan soket pula, membenarkan badan dibongkokkan kehadapan, kebelakangan, ke kiri dan dalam bulatan

3.3.3.2 Meregang

Membongkok dan meregang bahagian-bahgian badan bermula dengan bahagian kecil badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki,tangan dan kaki kepada bahagian besar badan seperti kaki, lengan, kepala dan belakang

Membongkok dan meregang bahagian badan

dengan menggunakan bahagian yang berlainan

untuk dijadikan dasar menyokong

3.3.3.3 Mengilas

Pusingan bahagian badan mengelilingi paksi

panjang tanpa menggerakkan dasar

menyokong

Berlaku dalam arah bulatan sahaja

Sendi menentukan bahagian badan yang boleh

dikilas

3.3.3.4 Memusing

Mengilas bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan, badan dan leher.

Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan berlainan sebagai dasar menyokong

3.3.3.5 Menolak

Menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan

Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek

Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu dan pinggul

3.3.3.6 Menarik

Menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan

Menolak dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan

Menolak objek seperti pundi saga dan bola menggunakan bahagian badan yang berlainan seperti tangan, siku dan kaki

3.3.3.7 Hayun

Satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi bulatan satu titik tengah yang tetap

3.3.3.8 Berbuai-buai

Hayun tangan ke hadapan, ke belakang atau menyilang badan di dada

Hayun kaki ke hadapan, belakang, atau ke sisi, menyilang kaki lain

Hayun dengan bergayut pada palang

Berbuai dengan berdiri tegak dan mengerakkan badan ke sisi, ke kiri, dan ke kanan

Dua tangan ke hadapan, bengkokkan siku, berbuai-buai dengan menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan

RUMUSAN

Tajuk ini memberi penekanan tentang pengetahuan asas pergerakan merangkumi pergerakan asas, pendidikan pergerakan dan pendidikan kreatif. Penekanan banyak tertumpu kepada potensi nilai pendidikanya, potensi sumbangan terhadap perkembangan kecerdasan dan potensinya sebagai pemangkin kemahiran dan tabii social yang murni. Pendidikan pergerakan dalam konteks persekolahan mempunyai matlamat untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang berkaitan bagi membantu pelajar untuk berjaya dan penyumbang yang aktif dalam masyarakat.

GLOSARI

Lokomotor

- Kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kasar seperti

melompat, berjalan, berlari da sebagainya.

Bukan Lokomotor- Kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil seperti

mencucuk manik, mengangkat tangan, menghayun

tangan dan sebagainya.

Artistik

- Dilakukan dengan perasaan seni dan mengandungi mutu

seni serta keindahan

Kreatif

- Berkupayaan mencipta atau menghasilkan sesuatu serta

berkebolehan menghasilkan sesuatu dengan

memperhitung aspek-aspek perasaan seperti yang

terdapat dalam hasilan lukisan, muzik dan pergerakan.

Kreativiti

- Kebolehan dan berkemahiran melakukan atau

menciptakan bakat semulajadi yang asli.

Kinestetik

- Pergerakan yang dihasilkan oleh pergerakan anggota

badan.

LATIHAN 1

Terdapat pelbagai jenis pendidikan pergerakan antaranya ialah pendidikan gimnastik

Senaraikan jenis-jenis pendidikan gimnastik

Senaraikan jenis-jenis gimnastik berirama

Bagaimanakah untuk menjayakan sesi gimnastik berirama.

LATIHAN 2

Nyatakan kemahiran-kemahiran persepsi motor yang perlu diperkembangkan oleh pelajar untuk pembinaan kordinasi motor.

LATIHAN 3

Huraikan tiga kemahiran persepsi motor yang anda ketahui

Rujukan Asas

Isbell, R. & Raines, S. (2002 ).Creativity and the arts with young children. NY:

Thomson Delmer Learning

Mayeskey, M. (2003 ). How to foster creativity in all children. NY: Thomson

Delmer Learning.

Pica, R. ( 2000 ). Experiences in movement with music, activities & theory. NY:

Thomsen Delmer Learning.

Rujukan Tambahan

Anderson, W.M. & Lawrence, J.E. ( 1991 ). Integrating music into the

classroom. Belmont, California: Wadswort Publishing Co.

Buschner, C.A. (1994 ). Teaching children movement concept and skill. IL:

America Master Teacher Programme.

Dauer, V.P. & Pangrazi, R.P. ( 1998 ). Dynamic pysical education for

elementary school children. New York: Macmillan Publishing Company.

Fogarty, R. (1991). Integrete the curricula. IIIinois: IRI/ Skylight Publshing Ins.

Gardner, H. ( 1982 ). Art, mind, and brain : a cognitive approach to Creativity. NY: Basic Books Inc.

Lowenfeld, V. And Brittain, W.L. ( 1986 ). Creative and mental growth,

NY.Macmillan.

Menon, N. ( 2005 ). Permainan, lagu & puisi. Bentong, Pahang: PTS

Professional Publishing Sdn. Bhd.

Salmah, Ayub ( 1998 ). Pergerakan kreatif dan pendidikan. P.J. Flo Enterprise

Sdn. Bhd.

SENI VISUAL

PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS SENI VISUAL

PENGENALAN KEPADA ASAS SENI REKA

PENGENALAN KEPADA BIDANG SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH

SENI MUZIK

PENGENALAN KEPADA PENGETAHUAN ASAS SENI MUZIK

PENGENALAN KEPADA KEMAHIRAN MUZIK ASAS MELALUI AKTIVITI

PENGENALAN KEPADA KEPENTINGAN MUZIK SEKOLAH RENDAH

PERGERAKAN

PENGENALAN KEPADA KONSEP PERGERAKAN

PENDEDAHAN KEPADA KEMAHIRAN ASAS PERGERAKAN

PENGENALAN KEPADA ASAS PERGERAKAN DI SEKOLAH RENDAH

CORAK

IRAMA

IRAMA

RENTAK

METER

TEMPOH

DETIK

HARMONI

PERGERAKAN KOD

ARPEGGIO

TRIAD

MELODI

PIC

SKEL

JEDA

SOLFA

RANGKAIAN

LAGU

KONTOR

EKSPRESI

DINAMIKS

ISTILAH

TANDA

ISYARAT

2