022/032 bahasa melayu penulisan sjk format … · calon berupaya menulis ulasan tentang kempen...

36

Upload: lycong

Post on 09-Mar-2019

304 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat
Page 2: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK

Bahasa Melayu Penulisan SJK 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

MAKLUMAT KERTAS PEPERIKSAAN Kod Mata Pelajaran : 022 (SJKC), 032 (SJKT) Markah Penuh : 50 Masa : 1 jam 15 minit

FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN Kertas Bahasa Melayu Penulisan ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A: Markah yang diperuntukan ialah 10. Bahagian B: Markah yang diperuntukan ialah 15. Bahagian C: Jawab satu soalan sahaja. Markah yang diperuntukkan ialah 25.

Page 3: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

PRESTASI TERPERINCI Bahagian A SOALAN 1

Soalan ini menghendaki calon menulis lima ayat yang lengkap tentang keadaan di sebuah stesen bas. Calon mestilah menulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tunggal yang diberi.

Page 4: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Calon dapat mengemukakan jawapan yang cemerlang dengan memberikan idea yang menepati gambar mengikut kehendak soalan yang diberikan. Calon mampu menulis lima ayat yang gramatis berkaitan keadaan di sebuah stesen bas. Ayat yang ditulis mengandungi perluasan subjek dan predikat serta keterangan yang meluas. Contoh: Seorang wanita sedang duduk berehat di atas bangku sambil

membaca buku supaya tidak membazirkan masa ketika menunggu bas.

Namun begitu, terdapat satu kesalahan penggunaan kata yang tidak menjejaskan struktur ayat. Contoh: Seorang wanita sedang beratur di hadapan kaunter tiket untuk

membeli tiket bas ekspres.

Page 5: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Skrip ini menunjukkan calon dapat memberikan jawapan yang cemerlang dengan idea yang menepati gambar mengikut kehendak soalan yang diberikan. Calon dapat membina lima ayat yang gramatis berkaitan keadaan di sebuah stesen bas. Ayat yang ditulis mengandungi subjek dan perluasan predikat. Contoh: Encik Kamal menelefon adiknya yang tinggal di Johor Bahru

sementara menunggu bas. Ayat-ayat tersebut tiada mengandungi kesalahan tatabahasa.

Page 6: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1:

Calon masih dapat mengemukakan lima idea yang menepati kehendak soalan. Contoh: 1. …membeli tiket… 2. …membuang sampah… 3. …duduk… 4. …membawa… 5. …menggunakan telefon… Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesalahan penggunaan kosa kata dan ejaan dalam ayat yang dibina. Contoh: Kita perlulah membuang sambah ke dalam tong sampah

di mana-mana. Calon terpengaruh dengan penggunaan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris, tetapi masih menjawab tugasan. Contoh: Kita haruslah duduk dibankang untuk wait bas.

Page 7: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 2:

Calon hanya dapat mengemukakan empat idea yang tepat menggunakan ayat yang mudah. Terdapat satu idea yang tidak diterima. Contoh: Encik Kamal melayan pembimbitan yang dibimbit oleh kawan

Encik Kamal. Terdapat beberapa kesalahan penggunaan kosa kata yang tidak menjejaskan ayat. Contoh: Puan Rozana membaca buku cerita yang kegemarannya.

Page 8: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Bahagian B SOALAN 1

Ulasan perlulah berkaitan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah dalam bentuk perenggan berdasarkan poster yang diberi. Panjangnya ulasan calon hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan. Namun, calon boleh menulis lebih daripada 70 patah perkataan.

Page 9: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah berdasarkan poster. Jawapan mengandungi idea yang sangat jelas, tersusun dan menarik serta dapat memberikan pendapat, pandangan dan menggunakan idea tersirat. Contoh: …agar kulitnya tidak mudah terlipat dan kelihatan kemas. Ayat yang ditulis gramatis, penggunaan kata dan kosa kata yang baik serta ejaan dan tanda baca yang betul. Tiada kesalahan tatabahasa. Contoh: Selain itu, kita haruslah menjaga buku-buku teks dengan baik

supaya murid yang lain dapat menggunakannya.

Page 10: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Contoh jawapan yang baik ini, mencakupi kehendak soalan. Jawapan yang ditulis mengandungi idea tersirat. Contoh: …agar buku-buku kelihatan kemas dan cantik. Calon juga dapat mengolah dan menyusun idea tersebut dengan baik. Selain itu, struktur ayat yang gramatis, penggunaan kosa kata yang tepat dan tiada kesalahan tatabahasa dalam jawapan calon. Contoh: Seterusnya, murid-murid tidak dibenarkan untuk menconteng dan

mengoyak buku teks yang telah diberi.

Page 11: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1:

Calon masih menjawab tugasan namun, terdapat idea yang tidak menepati tugasan. Contoh: …untuk menjamin kesejahteraan hidup. Evidens calon ini menunjukkan penggunaan kosa kata yang terhad dengan susunan ayat yang mudah. Di samping itu, masih ada beberapa kesalahan imbuhan dalam jawapan calon. Contoh: …untuk memudahkan penguna lain.

Page 12: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 2:

Calon masih menjawab tugasan walaupun hanya menggunakan sepenuhnya bahan rangsangan yang diberi, tanpa mengemukakan idea tersirat dalam jawapan. Penggunaan kosa katanya terhad, di samping kesalahan tanda baca dan imbuhan yang agak ketara. Contoh 1: Contohnya buku bahasa melayu, buku bahasa tamil, buku

pendidikan jasmani dan sebagainya. Contoh 2: Akhir sekali, kita ta bolehlah dikoyakkan atau diconteng di

semua buku teks.

Page 13: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Bahagian C SOALAN 1

Soalan ini menghendaki calon sebagai setiausaha Kelab Seni sekolah, menulis sebuah karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat jualan kraf tangan seperti yang terdapat dalam maklumat yang diberi. Walaupun arahan soalan menetapkan panjang karangan antara 70 hingga 100 patah perkataan, namun calon boleh menulis lebih daripada jumlah perkataan yang telah ditetapkan.

Page 14: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Page 15: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Page 16: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 15 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Calon mampu memahami kehendak soalan iaitu menghasilkan karangan berformat laporan tentang lawatan sambil belajar ke pusat jualan kraf tangan seperti yang terdapat dalam maklumat yang diberi. Pengolahan idea disertakan dengan huraian dan contoh. Idea yang disampaikan juga jelas, tersusun dan menarik. Contoh: Kami melawat ke Pusat Jualan Kraf Tangan pada pukul 10.00 pagi.

Kami berpeluang untuk melihatkan pelbagai jenis kraf tangan seperti tikar, bakul-bakul yang dianyam daripada mengkuang. Kami juga melihat cara-cara menggunakan tanah luit untuk membuat pelbagai jenis pasu bunga. Kami disetujukan untuk membuat pasu bunga sendiri dan membeli pasu bunga yang dibuat sendiri.

Jawapan juga menggunakan pelbagai ayat yang gramatis, penggunaan imbuhan dan kosa kata yang ditulis dalam karangan adalah meluas. Terdapat sedikit kesalahan tanda baca dan penggunaan kata yang tidak menjejaskan karangan. Contoh: Kami melawat ke Pusat Jualan Kraf Tangan pada pukul 10.00 pagi.

Kami berpeluang untuk melihatkan pelbagai jenis kraf tangan seperti tikar, bakul-bakul yang dianyam daripada mengkuang. Kami juga melihat cara-cara menggunakan tanah luit untuk membuat pelbagai jenis pasu bunga. Kami disetujukan untuk membuat pasu bunga sendiri dan membeli pasu bunga yang dibuat sendiri.

Page 17: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 16 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Page 18: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 17 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Page 19: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 18 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Calon menunjukkan kematangan dalam jawapan dengan mengemukakan idea yang bernas dalam format laporan yang tepat. Idea yang ditulis beserta huraian dan contoh yang menarik. Contoh: Murid-murid melihat banyak jenis kraf tangan di sana. Contohnya

bakul, tudung saji, seruling, labu sayung, bola dan lain-lain lagi. Semua kraf tangan di sana diperbuat daripada buluh.

Penggunaan kosa kata yang meluas dengan struktur ayat yang diolah secara tersusun dan gramatis. Contoh: Mereka juga membeli kraf tangan yang sangat diminati sebagai kenangan. Terdapat beberapa kesalahan tanda baca, imbuhan dan penggunaan kata, di samping penggunaan simpulan bahasa yang tidak tepat. Contoh: bergelap mata kerana semua kraftangan di sana sangat cantik.

Page 20: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 19 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1:

Page 21: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 20 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Evidens calon tidak ditulis dalam format laporan. Calon hanya mengemukakan idea tanpa huraian dan contoh. Contoh: Bayaran adalah tambang bas dan makan tengah hari. Kami

bertolak pada 8.00 pagi dengan menaiki bas. Bilangan peserta ialah 40 orang murid.

Terdapat banyak kesalahan imbuhan, kosa kata, ejaan, dan tanda baca tetapi tidak menjejaskan keseluruhan karangan. Contoh: Pada _ 11.15 pagi _ kami ada di dalam pusat jualan kraf tangan. Pada _ 11.50 pagi _ kami sedang membeli teket untuk masuk ke

dalam _ . Ada juga kesalahan stuktur ayat namun tidak mengganggu idea yang hendak dikemukakan. Contoh: Saya berasa gembira kerana boleh dengan kawan pergi ke Pusat

jualan kraf tangan.

Page 22: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 21 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 2:

Page 23: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Karangan ini ditulis dalam format laporan yang lengkap. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada jawapan yang diberi kurang menepati tugasan yang dikehendaki. Pengolahan idea terhad dengan kesalahan tatabahasa yang ketara. Terdapat juga kesalahan struktur ayat yang menjejaskan idea.

Page 24: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 23 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 2

Calon perlu menulis sebuah karangan tentang aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk mengisi masa lapang. Walaupun arahan soalan menetapkan panjang karangan antara 70 hingga 100 patah perkataan, namun calon boleh menulis lebih daripada jumlah perkataan yang telah ditetapkan.

Page 25: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 24 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Page 26: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 25 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Jawapan ini menunjukkan calon menjawab tugasan yang diberi dengan cemerlang. Pengolahan idea tersusun, jelas dan menarik beserta huraian dan contoh yang tepat. Contoh: Salah satu aktiviti yang saya lakukan ialah bersenam di taman rekreasi.

Bersenam boleh mencerdaskan otak dan mencergaskan tubuh badan saya. Bersenam juga dapat menyihatkan tubuh badan saya. Oleh itu, mengisi lapang dengan bersenam sangat baik.

Calon berjaya menggunakan ayat yang gramatis dengan kosa kata yang meluas. Contoh: Bersenam boleh mencerdaskan otak dan mencergaskan tubuh badan

saya. Gangguan kesalahan tatabahasa tidak menjejaskan keseluruhan karangan. Contoh: Saya melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dapat mengelakkan saya

membuat gejala yang buruk.

Page 27: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 26 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Page 28: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 27 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Evidens menunjukkan kemampuan calon mengolah karangan dengan cemerlang. Idea berjaya diolah dengan ayat yang gramatis, jelas dan menarik. Contoh: Antaranya, saya bersukan untuk mengisi masa lapang saya.

Apabila saya bersukan tubuh saya akan berpeluh. Secara tidak langsung, badan saya akan menjadi sihat. Sebagai contoh, saya bermain badminton kerana ia adalah antara senaman yang menjadikan tubuh sihat.

Dalam aspek tatabahasa, calon berjaya menggunakan kosa kata yang meluas dan menarik. Contoh: terjebak dalam gejala sosial. Penggunaan peribahasa yang sesuai dapat diaplikasikan oleh calon. Contoh: melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Page 29: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 28 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1:

Page 30: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 29 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Jawapan calon ini masih menepati kehendak soalan yang diberi. Idea yang diberikan tidak dapat dihurai dengan jelas kerana kesilapan penggunaan kosa kata yang tidak sesuai dan bercampur aduk dengan bahasa Inggeris. Contoh: Pada hari Sabtu, saya mengambil masa lapang untuk membaca

buku-buku kerana tahun enam akan peperiksaan UPSR. Target saya ialah tiga A.

Calon juga melakukan kesilapan dalam aspek tanda baca dan penggunaan imbuhan. Contoh: Selepas itu, saya ambil buku-buku bahasa cina untuk membaca.

Page 31: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 30 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 2:

Page 32: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 31 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Penulisan evidens calon masih menepati tugasan. Idea dinyatakan tetapi tidak disertakan dengan huraian dan contoh. Contoh: Tengahari, saya melakukan aktiviti bermain bola sepak dan

badminton di padang sekolah. Selepas saya bermain saya pulang ke rumah.

Ayat yang digunakan juga kurang variasi dan terdapat pengulangan frasa dalam beberapa perenggan. Contoh: saya melakukan aktiviti. Penggunaan ayat yang tidak gramatis. Contoh: Saya sudah bermain saya merehatkan otak saya setengah jam. Ada juga kesalahan penggunaan kata majmuk dan ejaan yang tidak menjejaskan ayat. Contoh: tengahari dan takrow

Page 33: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 32 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SARANAN KEPADA CALON Bahagian A 1. Calon mestilah membaca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan.

Mereka perlu mengenal pasti maklumat yang terdapat dalam gambar sebelum menulis ayat.

2. Tandakan aktiviti yang dilakukan oleh pelaku (watak) dalam gambar. Calon perlu mengenal pasti dan mempelbagaikan subjek dalam ayat.

3. Tulis dan catat kata kerja yang tepat berkaitan gambar. Kemudian, bina lima ayat yang lengkap. Elakkan menulis dalam bentuk penceritaan.

4. Calon boleh menggunakan nama pada watak atau pelaku yang terdapat dalam gambar atau bahan rangsangan.

5. Calon perlu membina ayat yang mengandungi perluasan subjek dan predikat atau salah satu daripadanya serta bervariasi.

6. Banyakkan membaca serta menjawab latihan bagi meningkatkan tahap penguasaan kosa kata.

7. Jadikan buku teks yang dibekalkan oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidkan Malaysia sebagai satu sumber rujukan utama dan bahan pembelajaran.

8. Penanda wacana tidak diperlukan. Bahagian B 1. Arahan dan kehendak soalan perlu difahami oleh calon dengan jelas. 2. Sebelum menulis ulasan, garisi kata kunci pada soalan. 3. Calon perlu menggunakan idea tersurat yang terdapat dalam poster. 4. Jawapan calon perlu mengandungi pendapat, pandangan atau idea tersirat

berdasarkan poster. 5. Calon perlu menulis ulasan yang jelas, tersusun dan menarik berdasarkan

poster. 6. Calon perlu menulis ayat yang gramatis, penggunaan imbuhan, kata ganda, kata

majmuk dan kosa kata yang meluas. 7. Bagi menghasilkan jawapan yang baik, calon perlu menggunakan penanda

wacana yang sesuai seperti di samping itu, selain itu, seterusnya dan sebagainya.

8. Ulasan mesti ditulis dalam bentuk perenggan. 9. Semak semula setiap jawapan yang telah ditulis supaya tiada kesalahan ejaan

dan tanda baca. 10. Elakkan pengaruh bahasa ibunda dan bahasa asing dalam ayat. Bagi

menghasilkan penulisan yang baik, calon perlu banyak membuat latihan penulisan serta membuat rujukan daripada pelbagai sumber.

Bahagian C 1. Calon perlu membaca dan memahami arahan dan kehendak soalan. 2. Baca kedua-dua soalan yang diberi sebelum membuat pilihan. Garisi kehendak

soalan yang dibaca tadi. Kemudian, pilih soalan yang boleh dikuasai dengan baik.

3. Baca dan fahami stimulus soalan karangan yang diberi untuk membantu penulisan karangan.

Page 34: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 33 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

4. Bagi karangan yang berformat, hendaklah menulis karangan dengan format yang lengkap.

5. Sebelum menulis, bina rangka karangan atau peta minda berdasarkan kehendak soalan. Karangan mestilah dimulakan dengan pendahuluan, pemerengganan isi dan diakhiri dengan penutup.

6. Kemukakan sekurang-kurangnya tiga isi disertakan dengan huraian dan contoh dengan pengolahan idea yang sangat baik, penyampaian yang jelas, tersusun dan menarik.

7. Guna penanda wacana untuk merangkaikan ayat dengan ayat dan perenggan dengan perenggan sebagai kesinambungan tugasan.

8. Tulis dengan jelas dan kemas supaya mudah difahami.

Page 35: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 34 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SARANAN KEPADA GURU Bahagian A 1. Guru perlu menggunakan buku teks dalam pengajaran serta bahan rujukan lain

sebagai panduan. Penggunaan Buku Daftar Kata yang dibekalkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum haruslah dititikberatkan bagi peluasan kosa kata murid.

2. Guru hendaklah memastikan murid dapat mengenal pasti idea yang tepat berpandukan bahan rangsangan.

3. Guru perlu memandu murid untuk membina ayat yang mengandungi perluasan subjek dan predikat atau salah satu daripadanya serta bervariasi.

4. Guru perlu membimbing murid membina lima ayat yang gramatis. Bahagian B 1. Guru perlu menjelaskan kepada murid perbezaan antara idea tersurat dan idea

tersirat berpandukan bahan rangsangan. 2. Guru perlu kreatif dalam mencipta teknik yang mudah difahami oleh murid untuk

mencari idea tersirat. 3. Guru perlu membimbing murid memberikan pendapat atau pandangan sendiri

berdasarkan idea tersurat untuk menulis ulasan. 4. Murid perlu didedahkan dengan pelbagai bentuk latihan dan bahan rangsangan. 5. Guru perlu menyesuaikan kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan serta

bahan rangsangan, mengikut tahap penguasaan murid.

Page 36: 022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK FORMAT … · Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah ... karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat

Bahasa Melayu Penulisan SJK 35 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Bahagian C 1. Pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik boleh digunakan oleh guru

dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan bagi menarik minat murid. Teknik membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang mantap dan menarik.

2. Bagi membantu murid mengatasi kelemahan dalam penulisan, guru perlulah memberi bimbingan secara terperinci berkaitan kekuatan dan kelemahan tugasan yang dihasilkan oleh murid. Hasil-hasil karangan yang cemerlang dipamerkan di sudut bacaan atau di ruangan bahasa sebagai satu rangsangan kepada murid lain untuk dijadikan contoh.

3. Dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan, setiap kemahiran dengar tutur, membaca dan menulis perlu dilaksanakan bagi memastikan murid menguasai kemahiran asas bagi menghasilkan karangan yang baik. Guru perlu memberi perhatian kepada murid yang masih belum menguasai penulisan dengan memberikan pelbagai bentuk latihan seperti karangan berpandu, karangan separa berpandu, karangan terkawal, karangan separa terkawal serta karangan bebas mengikut tahap kemampuan murid.

4. Kepelbagaian jenis karangan wajar didedahkan kepada murid dengan memberi contoh-contoh sebagai bahan rangsangan.

5. Guru mestilah memberi penerangan dan penekanan format karangan agar murid dapat menulis karangan yang lengkap dengan tepat.