02 fpk fpg hc nhk agihan tajuk pengenalan bcn3114 ppg

7
i Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin. Cetakan Januari 2015 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Upload: tracy-low

Post on 21-Jul-2016

55 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

02

TRANSCRIPT

Page 1: 02 Fpk Fpg Hc Nhk Agihan Tajuk Pengenalan Bcn3114 Ppg

i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Januari 2015 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 2: 02 Fpk Fpg Hc Nhk Agihan Tajuk Pengenalan Bcn3114 Ppg

ii

Cetakan Januari 2015 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 3: 02 Fpk Fpg Hc Nhk Agihan Tajuk Pengenalan Bcn3114 Ppg

iii

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri

pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

PANDUAN PELAJAR

Page 4: 02 Fpk Fpg Hc Nhk Agihan Tajuk Pengenalan Bcn3114 Ppg

iv

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami

pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-

bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

Page 5: 02 Fpk Fpg Hc Nhk Agihan Tajuk Pengenalan Bcn3114 Ppg

v

Kod dan Nama Kursus: BCN 3114 (Novel dan Drama)

Kandungan modul ini dibahagi kepada 5 unit. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk setiap interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. Setiap unit merangkumi 9 jam mengikut Pro Forma yang pada jumlahnya 45 jam.

Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi atau pembelajaran melalui modul.

INTERAKSI/

UNIT

TAJUK / TOPIK

JAM

JUMLAH JAM

MENGIKUT PRO

FORMA

MUKA SURAT

1 1. Takrifan, Ciri-ciri & Perkembangan Novel

小说的概念、特征与发展概况

a. 小说概念的发展与演变

b. 小说的文体要素

c. 中国古代小说的类型与特点

志人、志怪

传奇

话本小说

笔记小说

章回小说

2 JAM

3 JAM 1-31

2. Penghayatan Teks Pilihan Novel Dinasti Wei-jin

魏晋南北朝小说选读

a. 《世说新语》二则

[汰侈]石崇王恺

[忿狷]王蓝田性急

b. 《搜神记·董永》

3 JAM 32-42

3. Penghayatan Teks Pilihan Novel Dinasti Tang

唐传奇选读

蒋防《霍小玉传》

3 JAM 43-54

2 4. Penghayatan Teks Pilihan Novel Dinasti Song & Yuan

宋元话本选读

京本通俗小说《错斩崔宁》 2

JAM

3 JAM 55-69

5. Penghayatan Teks Pilihan Novel Dinasti Qing

清代章回小说选读

吴敬梓《儒林外史·范进中举》

3 JAM 70-81

AGIHAN TAJUK DAN ISI KANDUNGAN

Page 6: 02 Fpk Fpg Hc Nhk Agihan Tajuk Pengenalan Bcn3114 Ppg

vi

6. Ciri-ciri dan Bentuk Novel Moden

现代小说的类型与特点

a. 微型小说

b. 短篇、中篇和长篇

3 JAM 82-90

3 7. Penghayatan Teks Pilihan Novel Moden

现当代小说选读

a. 鲁迅《祝福》

b. 白先勇《永远的尹雪艳》

c. 鹿桥《幽谷》

2 JAM

9 JAM 91-127

4 8. Penghayatan Teks Pilihan Novel Recount

微型小说选读

a. [日] 星新一《雪夜》

b. [台] 陈启佑《永远的蝴蝶》

2 JAM

3 JAM 128-142

9. Tafsiran, Ciri-ciri dan Perkembangan Drama

戏剧的发展与演变

a. 古代戏剧的兴起与文体要素

b. 白话戏剧的兴起与文体要素

c. 西方戏剧的文体要素

3 JAM 143-154

10. Penghayatan Teks Pilihan Drama Klasik

古代戏剧选读

王实甫《崔莺莺待月西厢记》(第三

本第二折)

3 JAM 155-171

5 11. Penghayatan Teks Pilihan Drama Moden

现当代戏剧选读

a. 曹禺《雷雨》

b. 叶姿麟《暗恋桃花源》

c. 莎士比亚《哈姆莱特》(节选)

2 JAM

9 JAM 172-385

JUMLAH 10 45

Page 7: 02 Fpk Fpg Hc Nhk Agihan Tajuk Pengenalan Bcn3114 Ppg

vii

小说与戏曲,课程编码 BCN3114 共有 11 个课目。本模组将这 11 个课目分为 5 个单

元,其中涵盖了小说的概念、特征与发展概况和戏剧的发展与演变。在本模组中也编

写了古今中外具有代表性的小说与戏曲作品。其中小说包括了魏晋南北朝的《世说新

语》二则及《搜神记·董永》,唐传奇的《霍小玉传》,宋元话本的《错斩崔宁》,清

代章回小说的《儒林外史·范进中举》,现当代小说的《祝福》、《永远的尹雪艳》和

《幽谷》以及微型小说的《雪夜》与《永远的蝴蝶》。此外,戏曲则收录了古代戏剧

的《崔莺莺待月西厢记》(第三本第二折)及现代戏剧的《雷雨》、《暗恋桃花源》

和《哈姆莱特》(节选)。

模组里的每个单元内容除了理论知识外,也有辅导及实践知识或技能。对于这些知识

或技能的要求,学员们

须配合课堂的教学和网上的交流完成它。除此之外,每个单元里也穿插了辅导课、练

习、搜集资料、上网浏览等活动,以加强学习效果。学员们必须根据各项说明与指示

学习各类小说与戏曲的作品,完成所指定的活动和练习,并把它存进学习档案。

这个模组是一个独立的自学配套。不过我们建议各位学员可参阅一些工具书或有关的

参考资料,并浏览互联网以增广各类小说与戏曲的知识。

我们相信各位学员学习此模组后,对古今中外的小说与戏曲作品将有更深入的理解,

这肯定有助于提高传授知识的效果。相信学生完成此模组后,对有关领域的了解一定

有所提升,这对日后的教学工作肯定有所帮助。

最后,祝大家学习愉快。

你必须把所搜集的资料和练习的答案,存入学习档案。

导言