02. bab 1 pendahuluan - ugisp.com awal rtdl lipis/bab 1 pendahuluan_.pdfyang mempunyai kepentingan...

8
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N 1 - 1 LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020 P E N D A H U L U A N 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Rancangan Tempatan Daerah Lipis 2010-2020 disediakan bagi memenuhi peruntukan yang ditetapkan di dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang mengkehendaki Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) menyediakan rancangan tempatan setiap daerah. Ia juga merupakan satu kaedah PBPT dalam menterjemah dasar dan polisi Rancangan Struktur Negeri Pahang yang disediakan bagi perancangan dan pembangunan seluruh Negeri Pahang. RTD ini akan mengemukakan cadangan pembangunan bagi seluruh Daerah Lipis, Pahang. RTD ini akan mengemukakan cadangan pembangunan yang khusus dan mekanisma kawalan pembangunan bagi Daerah Lipis pada masa akan datang. 1.2 Keperluan Penyediaan RTD Lipis Tujuan penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Lipis 2010-2020 ini adalah: a) Melengkapkan sistem rancangan pemajuan mengikut kehendak Akta Perancangan Bandar dan Desa, Akta 172 yang menetapkan empat peringkat rancangan yang terdiri daripada Rancangan Fizikal Negara di peringkat negara, Rancangan Struktur Negeri di peringkat Negeri Pahang, Rancangan Tempatan Daerah di peringkat Daerah dan Rancangan Kawasan Khas di peringkat Tempatan. b) Menterjemah dan melaksanakan polisi- polisi dan dasar-dasar strategik Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan Rancangan Struktur Negeri Pahang 2020 (RSN) didalam RTD Lipis ini. c) Mewujudkan satu dokumen dan pelan di peringkat perancangan tempatan yang boleh dirujuk secara bersama oleh Pihak Berkuasa, Jabatan serta agensi kerajaan dan juga orang ramai bagi memandu pembangunan supaya lebih terancang dan sistematik bagi tempoh perancangan 2010- 2020. 1.3 Tujuan Penyediaan Laporan Penemuan Laporan Penemuan ini disediakan untuk mengenalpasti keadaan semasa, isu dan potensi serta unjuran berdasarkan teras pembangunan yang telah ditetapkan di peringkat Laporan Awal. Laporan ini penting bagi memastikan perancangan guna tanah kawasan RTD Lipis mudah laksana, praktikal, berkesan dan boleh digunapakai. Penemuan kajian akan dirumuskan dalam penyediaan Draf Rancangan Tempatan Daerah Lipis 2010 – 2020. Rajah 1.1 menunjukkan 6 teras perancangan yang telah dibentuk bagi mencapai matlamat kajian. Rajah 1.1: Teras Perancangan Penggunaan Gunatanah Teratur & Optimum Perbandaran Menarik & Sejahtera Asas Ekonomi Berdaya Saing Perhubungan & Pengangkutan Bersepadu & Efisyen Kualiti Kehidupan Berkualiti Bandar Kuala Lipis – Pusat Perdagangan dan Pentadbiran Daerah Lipis

Upload: phamanh

Post on 10-Apr-2019

261 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

1 - 1

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

P E N D A H U L U A N

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Rancangan Tempatan Daerah Lipis 2010-2020

disediakan bagi memenuhi peruntukan yang

ditetapkan di dalam Akta Perancangan Bandar

dan Desa 1976 (Akta 172) yang mengkehendaki

Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT)

menyediakan rancangan tempatan setiap

daerah.

Ia juga merupakan satu kaedah PBPT dalam

menterjemah dasar dan polisi Rancangan Struktur

Negeri Pahang yang disediakan bagi

perancangan dan pembangunan seluruh Negeri

Pahang. RTD ini akan mengemukakan cadangan

pembangunan bagi seluruh Daerah Lipis,

Pahang. RTD ini akan mengemukakan cadangan

pembangunan yang khusus dan mekanisma

kawalan pembangunan bagi Daerah Lipis pada

masa akan datang.

1.2 Keperluan Penyediaan RTD Lipis

Tujuan penyediaan Rancangan Tempatan

Daerah Lipis 2010-2020 ini adalah:

a) Melengkapkan sistem rancangan

pemajuan mengikut kehendak Akta

Perancangan Bandar dan Desa, Akta 172

yang menetapkan empat peringkat

rancangan yang terdiri daripada

Rancangan Fizikal Negara di peringkat

negara, Rancangan Struktur Negeri di

peringkat Negeri Pahang, Rancangan

Tempatan Daerah di peringkat Daerah dan

Rancangan Kawasan Khas di peringkat

Tempatan.

b) Menterjemah dan melaksanakan polisi-

polisi dan dasar-dasar strategik Rancangan

Fizikal Negara (RFN) dan Rancangan

Struktur Negeri Pahang 2020 (RSN) didalam

RTD Lipis ini.

c) Mewujudkan satu dokumen dan pelan di peringkat perancangan tempatan yang boleh dirujuk

secara bersama oleh Pihak Berkuasa, Jabatan serta agensi kerajaan dan juga orang ramai bagi

memandu pembangunan supaya lebih terancang dan sistematik bagi tempoh perancangan 2010-

2020.

1.3 Tujuan Penyediaan Laporan Penemuan

Laporan Penemuan ini disediakan untuk mengenalpasti keadaan semasa, isu dan potensi serta unjuran

berdasarkan teras pembangunan yang telah ditetapkan di peringkat Laporan Awal. Laporan ini penting

bagi memastikan perancangan guna tanah kawasan RTD Lipis mudah laksana, praktikal, berkesan dan

boleh digunapakai. Penemuan kajian akan dirumuskan dalam penyediaan Draf Rancangan Tempatan

Daerah Lipis 2010 – 2020. Rajah 1.1 menunjukkan 6 teras perancangan yang telah dibentuk bagi mencapai

matlamat kajian.

Rajah 1.1: Teras Perancangan

Penggunaan

Gunatanah Teratur &

Optimum

Perbandaran

Menarik & Sejahtera

Asas Ekonomi Berdaya Saing

Perhubungan &

Pengangkutan

Bersepadu & Efisyen

Kualiti Kehidupan Berkualiti

Bandar Kuala Lipis – Pusat Perdagangan dan Pentadbiran Daerah Lipis

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

1 - 2

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

P E N D A H U L U A N

1.4 Matlamat RTD Lipis

1.5 Objektif Kajian RTD Lipis

Beberapa objektif pembangunan telah digariskan

bagi mencapai matlamat pembangunan objektif

kajian adalah seperti berikut:

a) Meningkatkan pembangunan

perindustrian, perniagaan, perumahan,

pertanian dan industri bagi membantu

menjana pertumbuhan ekonomi daerah.

b) Mewujudkan kawasan perbandaran yang

maju, sejahtera lengkap dengan

kemudahan asas dan awam yang selaras

dengan Dasar Perbandaran Negara dan

hierarki daerah.

c) Mengenalpasti projek-projek utama di

bandar dan luar bandar bagi mewujudkan

pembangunan yang seimbang antara

bandar dan luar bandar.

d) Memelihara dan menguruskan dengan

bijak sumber-sumber asli dan semulajadi

yang mempunyai kepentingan alam sekitar

dan biologi, nilai sejarah dan keindahan

yang perlu dipelihara dan dikekalkan bagi

menyokong sektor eko pelancongan.

e) Memperbaiki dan meningkatkan sistem

lalulintas serta rangkaian jalan khususnya di

pusat bandar dengan mencadangkan

laluan-laluan baru.

f) Menyediakan satu pelan induk sistem

saliran dan perparitan bagi mengatasi

masalah saliran sedia ada serta

meningkatkan infrastruktur sedia ada.

g) Meningkatkan sistem penyampaian serta keupayaan institusi perlaksanaan dan modal insan.

1.6 Wawasan Pembangunan Negeri Pahang

Kerajaan Negeri telah menetapkan wawasan pembangunan negeri adalah untuk menjadikan Negeri

Pahang Indah Membangun, Maju dan Terus Makmur. Secara ringkasnya, pembangunan yang dilaksanakan

adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat di negeri ini. Selain daripada

itu, adalah menjadi aspirasi kerajaan negeri untuk mewujudkan pembangunan yang mampan melalui:

i. Kemajuan sosial yang memberi pertimbangan kepada keperluan setiap rakyat

ii. Pemuliharaan alam sekitar, habitat-habitat kritikal serta kawasan sensitif alam sekitar

iii. Penggunaan sumber asli secara mampan

iv. Memastikan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan stabil serta mewujudkan peluang pekerjaan

yang mencukupi.

“Menjadikan Daerah Lipis Sebagai Sebuah

Daerah Dengan Persekitaran Yang Bersih,

Indah, Bercahaya Menerusi Pembangunan

Yang Terancang Di Samping Mengekalkan

Warisan Sejarah”

Sebahagian Bangunan Bersejarah Bandar Kuala Lipis

Pahang Club (1907)

Madrasathul Firdaus (1888)

Asrama Jururawat (1926)

Malay Hostel (1926)

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

1 - 3

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

P E N D A H U L U A N

1.7 Teras Perancangan

Bagi merealisasikan matlamat RTD Lipis, kajian

telah mengenalpasti lima (5) teras utama

berdasarkan isu-isu perancangan, dasar-dasar

peringkat negara, negeri dan tempatan, strategi

pembangunan Daerah Lipis, serta berkait rapat

dengan visi dan objektif kajian. Lima teras utama

ini akan memberi panduan kepada hala tuju

pembangunan Daerah Lipis yang merangkumi

perkara-perkara berikut:

Teras 1

Mewujudkan pembangunan guna tanah yang

teratur dan penggunaan tanah yang optimum.

Teras 2

Pembangunan perbandaran yang menarik dan

sejahtera untuk didiami

Teras 3

Meningkatkan dan memperkukuhkan asas

ekonomi tempatan supaya lebih berdaya saing

melalui kepelbagaian ekonomi.

Teras 4

Mewujudkan sistem perhubungan dan

pengangkutan yang bersepadu, efisyen dan

mesra pengguna

Teras 5

Meningkatkan kualiti kehidupan melalui

penyediaan kemudahan awam, perumahan,

sukan, rekreasi, tanah lapang yang mencukupi

dan berkualiti.

Rajah 1.2: Intipati Teras Perancangan Utama RTD Lipis, 2010-2020

Teras Asas Perancangan

TERAS 1 :

PEMBANGUNAN GUNA TANAH

TERATUR DAN OPTIMUM

• Merancang pencapaian pembangunan fizikal & guna tanah seimbang serta mampan di antara

keperluan pembangunan dan kualiti alam sekitar.

• Mewujudkan sistem hierarki perbandaran yang jelas supaya penyediaan dan pengagihan kemudahan

infrastruktur dan awam dapat di sediakan dengan lebih efisien.

• Menumpukan kawasan tepubina yang merangkumi perdagangan, industri, perumahan, kemudahan

masyarakat dan rekreasi bagi merealisasikan persekitaran yang berkualiti.

• Membangunkan kawasan petempatan utama dan petempatan desa melalui pembangunan sumberjaya,

aset dan potensi tempatan.

Teras Asas Perancangan

TERAS 2 :

BANDAR YANG MENARIK

DAN SEJAHTERA

• Meningkatkan fungsi Bandar Kuala Lipis sebagai Pusat Separa Wilayah.

• Memperkukuhkan dan menerapkan ciri-ciri Bandar Selamat dan Sejahtera dengan mewujudkan kawasan

pusat bandar dan kejiranan perumahan yang selesa dan berkualiti; merekabentuk elemen-elemen

rekreasi & ruang awam dalam bandar.

• Selesa, mesra, mempunyai ruang untuk masyarakatnya berinteraksi dan juga dapat mewujudkan

perasaan ‘sense of belonging’ di kalangan penduduk.

• Tahap penyediaan kemudahan-kemudahan awam perlu disediakan berdasarkan kepada hierarki bandar

dan perlulah disediakan dengan cukup di lokasi-lokasi yang sesuai.

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

1 - 4

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

P E N D A H U L U A N

Rajah 1.2: Intipati Teras Perancangan Utama RTD Lipis, 2010-2020 (samb)

Teras Asas Perancangan

TERAS 3 :

ASAS EKONOMI BERDAYA SAING MELALUI

KEPELBAGAIAN EKONOMI

• Strategi pembangunan ekonomi Daerah Lipis ditumpukan kepada pembangunan sektor pertanian,

perhutanan, industri, perlombongan dan pelancongan.

• Mengenalpasti dan meningkatkan keupayaan sektor pelancongan berasaskan ekologi sebagai salah

satu penjana ekonomi.

• Menggerakkan strategi pembangunan fizikal dan ekonomi berasaskan pertanian moden.

• Sumber-sumber perhutanan boleh dieksploitasikan untuk pengukuhan pembangunan industri perkayuan

tetapi dengan kawalan.

• Penyediaan kemudahan industri berteraskan industri hiliran bagi menggalakkan mutu dan produktiviti

desa / IKS

• Tarikan kepada produk pelancongan berasaskan sumber semulajadi (Hutan Lipur Terenggun, Taman

Rimba Kenong, Gua Bama dan lain-lain), warisan sejarah (cth: 14 bangunan bersejarah), adat

kebudayaan, gaya hidup masyarakat, kampung-kampung pertanian (agro cultural homestay) dan

pertanian (hasil produk IKS).

• Kewujudan peluang pekerjaan yang berasaskan perkhidmatan, perlombongan dan industri dan

sebagainya impak daripada kewujudan rangkaian pembangunan oleh ECER dan PKNP.

Teras Asas Perancangan

TERAS 4 :

PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN

BERSEPADU, EFISYEN DAN MESRA

PENGGUNA

• Kemudahan perhubungan dan infrastruktur adalah pengupaya utama dalam menyokong pembangunan

daerah.

• Rangkaian jalan raya yang lebih menyeluruh bagi meningkatkan aksesibiliti terutamanya bagi menyokong

aktiviti pelancongan dan kawasan penyumbang utama ekonomi daerah.

• Sistem pengangkutan awam yang bersepadu, efisien dan mesra pengguna.

• Penyediaan kemudahan utiliti (air, elektrik, gas) dan perhubungan (telekomunikasi) yang lebih menyeluruh

di kawasan-kawasan pusat pertumbuhan, kawasan industri dan pusat-pusat petempatan dan

pelancongan utama.

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

1 - 5

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

P E N D A H U L U A N

Rajah 1.2: Intipati Teras Perancangan Utama RTD Lipis, 2010-2020 (samb)

Teras Asas Perancangan

TERAS 5 :

MENINGKATKAN KUALITI

KEHIDUPAN

• Skim perumahan dan kawasan penempatan desa yang mencukupi dan selesa untuk semua masyarakat

tempatan dan juga golongan bumiputera.

• Menyediakan kelengkapan kemudahan masyarakat yang mencukupi bagi menampung keperluan

penduduk terutamanya yang berada dikawasan pendalaman.

• Keperluan kepada kawasan rekreasi, infrastruktur dan utiliti yang selesa bagi keseluruhan daerah.

• Pengurusan alam sekitar yang sistematik dan teratur.

1.8 Kepentingan Kawasan RTD Lipis

Antara kepentingan kawasan RTD Lipis adalah seperti berikut :

1. Bandar Kuala Lipis sebagai Pusat Separa Wilayah merupakan pusat utama menjana aktiviti ekonomi

dan merupakan pusat tumpuan bagi pentadbiran, perdagangan, perkhidmatan dan

pelancongan.

2. Kedapatan bangunan warisan sejarah berpotensi menjadi aset daya tarikan pelancong domestik

dan antarabangsa ke Kuala Lipis.

3. Khazanah alam semulajadi yang pelbagai dalam kawasan kajian menjadikan kawasan

ekolancong aset penting produk pelancongan.

4. Kem Relau berpotensi menjadi pintu masuk ke Taman Negara dan Gunung Tahan melalui

perancangan kemudahan infrastruktur dan penginapan.

5. Kepelbagaian aktiviti industri khususnya pemerosesan hasil pertanian dan IKS mampu membuka

peluang pekerjaan baru kepada penduduk setempat.

6. Cadangan jalan CSR dan jalan ke Cameron Highlands telah meningkatkan tahap aksesibiliti ke

Kuala Lipis disamping meningkatkan potensi kawasan pembangunan baru.

7. Aktiviti perlombongan emas sebagai penjana pendapatan negeri disamping berpotensi menjadi

produk pelancongan daerah.

8. Mempelbagai dan mengukuhkan aktiviti pertanian melalui meningkatkan produk hasil tani, komoditi

dan akuakultur.

9. Mengekalkan kawasan hutan dan keluasan hutan simpan sedia ada.

10. Pembentukan masyarakat luar bandar yang progresif dan berdaya saing melalui penerapan dasar

pembangunan luar bandar.

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

1 - 6

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

P E N D A H U L U A N

1.9 Aset Pembangunan

Diantara aset pembangunan didalam kawasan

RTD Lipis adalah :

1. Kawasan Pembangunan Yang Luas

Kawasan kajian mempunyai kawasan

yang sesuai untuk pembangunan

perbandaran dan pertanian yang luas.

Analisis kesesuaian tanah menunjukkan

47,588 hektar dari kawasan kajian boleh

dibangunkan tanpa halangan.

2. Cadangan Rangkaian Jalan Dan

Infrastruktur Perhubungan

Cadangan rangkaian jalan baru seperti

jalan CSR dan jalan Sg Koyan-Cameron

Highlands meningkatkan tahap aksesibiliti

dalam kawasan kajian. Ia juga

meningkatkan potensi pembukaan

kawasan petempatan, pertanian dan

industri baru.

3. Khazanah Alam Semulajadi

Kawasan kajian merupakan kawasan

hutan hujan tropika yang berusia jutaan

tahun. Ianya berpotensi sebagai

kawasan hutan lipur dan hutan

penyelidikan. Kedapatan kawasan eko

lancong ini mampu menjadi daya tarikan

pelancong.

4. Central Gold Belt Semenanjung Malaysia.

Kawasan kajian terletak dalam lingkaran

Central Gold Belt Semenanjung Malaysia.

Terdapat beberapa kawasan yang

berpotensi untuk dimajukan dalam

industri perlombongan emas. Aktiviti ini

juga boleh dijadikan daya tarikan

pengunjung ke Kuala Lipis.

5. Bangunan Warisan Sejarah

Bandar Kuala Lipis merupakan bekas ibu

negeri Pahang Darul Makmur. Terdapat

banyak bangunan peninggalan sejarah

yang menjadi daya tarikan pengunjung

ke bandar ini. Produk warisan sejarah ini

boleh diintegrasikan dengan aktiviti eko

dan agro lancong untuk menarik kedatangan pengunjung.

6. Warisan Produk Tempatan

Warisan produk tempatan seperti makanan dan hasil kraftangan serta elemen kebudayaan

penduduk tempatan boleh dikembangkan dijadikan daya tarikan. Diantara produk makanan

tempatan adalah gula kabung, jus salak, dodol gula kabung dan buah salak. Manakala tarian

tempatan seperti tarian pelanduk, tarian piring dan tarian sewang boleh diperkenalkan kepada

pengunjung luar.

1.10 Kawasan Kajian RTD Lipis

Kawasan kajian meliputi keseluruhan Daerah Lipis yang berkeluasan 540,778.00 hektar dimana guna tanah

utama adalah pertanian dan hutan simpan. Daerah Lipis merupakan daerah yang kedua terbesar bagi

Negeri Pahang selepas Daerah Jerantut. Daerah Lipis merangkumi sepuluh buah mukim dimana mukim

yang terbesar adalah Mukim Hulu Jelai manakala mukim yang terkecil adalah Mukim Budu.

Jadual 1.1: Keluasan Mukim-mukim di Daerah Lipis

Bil. Mukim Luas

(Hektar)

1. Ulu Jelai 205,838.77

2. Batu Yon 122,786.19

3. Kechau 77,289.03

4. Gua 7,679.50

5. Cheka 44,549.00

6. Kuala Lipis 9,719.35

7. Penjom 17,315.50

8. Telang 30,923.89

9. Tg. Besar 17,634.48

10. Budu 7,042.29

JUMLAH 540,778.00

Sumber: Jabatan Ukur dan Pemetaan Pahang, 2010

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

1 - 7

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

P E N D A H U L U A N

1.11 Blok Perancangan

Cadangan Blok Perancangan (BP) disediakan

bertujuan untuk memudahkan dan

menyelaraskan pembahagian kawasan RTD.

Terdapat 10 buah Blok Perancangan

dicadangkan. Blok Perancangan tersebut

dibahagikan pula kepada blok-blok

perancangan yang lebih kecil (BPK) bagi

memudahkan perincian pada peringkat

cadangan. Sebanyak 33 buah BPK telah

dibentuk. Jadual 1.4 dibawah menunjukkan

cadangan Blok Perancangan dan Blok

Perancangan Kecil utama yang telah

dikenalpasti. Berikut adalah faktor pembahagian

bagi Blok Perancangan dan Blok Perancangan

kecil yang telah dibentuk:

Jadual 1.2 : Cadangan Blok Perancangan Rancangan Tempatan Daerah Lipis

Sumber: Kajian RTD Lipis, 2010

BP Kawasan Blok Perancangan Kecil

BP 1 Kuala Lipis 1a – Bandar Kuala Lipis

1b – Seberang Lipis

1c – Kuala Lanar

1d – H. S. Bencah

BP 2 Penjom 2a – Simpang Lipis

2b – Penjom

2c – Kg. Jeruk

2d – Ladang Budu

BP 3 Budu 3a – Benta

3b – Kg. Buah

3c – Kg. Cat

BP 4 Tanjung Besar 4a – Kg. Kundang

4b – Kg. Sempadan

BP 5 Cheka 5a – Batu 9

5b – Kerambit

5c – Mela

5d – Rimba Kenong

BP 6 Kechau 6a – Lipis Bara

6b – Kg. K. Kechau

6c – Gugusan Kechau

6d – Tmn Negara

BP 7 Gua 7a – Seberang Jelai

7b – Padang Tengku

7c – Jelai Baru

BP8 Telang 8a – Kg. Kechau Tui

8b – Kg. Berchang

8c – H.S.K. Tersang

BP9 Batu Yon 9a – Merapoh

9b – Chegar Perah

9c – Bkt. Betong

9d – Kem Relau

BP10 Hulu Jelai 10a – Sg. Koyan

10b – H.S.K Hulu Jelai

Faktor Pembahagian Blok Perancangan :

1. Sempadan mukim.

2. Ciri-ciri semula jadi seperti sungai, kawasan

berbukit dan kawasan hutan simpan kekal.

3. Keadaan pembangunan fizikal seperti jalan

dan kawasan tepu bina.

4. Tren pembangunan semasa.

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

1 - 8

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

P E N D A H U L U A N

Rajah 1.1: pelan blok perancangan