bab 6 6.2 perindustrian perlombongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/laporan awal rtdl lipis/bab...

14
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N 6 - 14 LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020 TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI 6.2 PERINDUSTRIAN DAN PERLOMBONGAN PERINDUSTRIAN 6.2.1 Senario Semasa Perindustrian Dasar perindustrian negeri dan RSN Pahang telah menetapkan pembangunan perindustrian di daerah Lipis akan tertumpu kepada aktiviti industri berasaskan sumber khususnya aktiviti perkayuan. Kedapatan sumber semulajadi seperti kawasan hutan simpan yang luas (76.98%) dari gunatanah semasa daerah Lipis merupakan aset penting kepada pengukuhan aktiviti ini di daerah Lipis. Kemerosotan aktiviti industri berasaskan kayu pada masa kini telah menjejaskan punca pendapatan penduduk yang terlibat dalam sektor ini. Keadaan ini telah menyebabkan keutamaan kurang diberikan kepada pembangunan lain-lain aktiviti industri sedangkan aktiviti perindustrian boleh menjadi pemangkin kepada kepesatan ekonomi daerah. Kawasan RTD Lipis mempunyai pelbagai sumber dari hasil pertanian, perhutanan dan peternakan. Ianya berpotensi untuk dimajukan sebagai industri pemerosesan hasil hiliran dan secara langung memberi peluang pekerjaan kepad penduduk tempatan. Daerah Lipis tidak seharusnya hanya bergantung kepada industri berasakan perkayuan sahaja jika ingin meningkatkan peluang pekerjaan, 6.2.2 Taburan Kawasan Industri Analisis keadaan semasa perindustrian dijalankan berpandukan kepada kajian lapangan dan maklumat sekunder yang diperoleh dari beberapa sumber seperti MDL dan PKNP. Aktiviti perindustrian dalam kawasan kajian tertumpu kepada aktiviti industri perkhidmatan, industri berasaskan perkayuan, industri kecil dan sederhana serta kilang kelapa sawit. Terdapat dua kawasan perindustrian terancang, tiga kawasan IKS dan lima kilang pemerosesan hasil kelapa sawit dalam kawasan RTD Lipis. Keluasan guna tanah industri dalam kawasan RTD Lipis adalah 148.3 hektar atau 0.03 peratus dari keluasan guna tanah kawasan RTD Lipis. Jadual 6.2.1: Taburan Kawasan Perindustrian Kawasan RTD Lipis 2010 Blok Perancangan Kawasan Industri Bil. Lot Luas (Ha) Peratus (%) Kuala Lipis Kawasan Industri Tempoyang 74 11.20 7.8 Penjom IKS Penjom 14 1.5 1.0 Budu Kilang Papan Budu 1 4.2 2.8 Kilang Bahan Binaan 1 2.0 1.3 Tanjung Besar - - - - Cheka - - - - Kechau Kilang Kelapa Sawit Kechau 1 & 2 2 2.5 1.7 Gua Kilang Papan Padang Tengku IKS Kg. Telemin 1 5 6.4 1.5 5.3 Telang Kilang Kelapa Sawit Tersang Kawasan Industri Kechau Tui 1 49 2.5 106.3 73.3 Batu Yon Kilang Kelapa Sawit Chegar Perah 1 3.0 2.0 Hulu Jelai Kilang Kelapa Sawit Sg. Koyan IKS Kuala Medang 1 17 2.4 4.8 4.8 Jumlah 167 148.3 100.0 Sumber: Kajian Rancangan Tempatan Daerah Lipis 2010 Kawasan Perindustrian Tempoyang merupakan antara kawasan industri terawal yang dirancang di daerah Lipis. Merupakan kawasan untuk aktiviti industri perkhidmatan dan ringan bagi bandar Kuala Lipis. Merangkumi kawasan seluas 11.20 hektar dengan sejumlah 74 lot industri dalam kawasan perindustrian ini. Antara isu pembangunan dikawasan ini adalah masalah lalulintas, kekurangan tempat letak kereta dan kemudahan seperti surau dan kawasan lapang. Kawasan Perindustrian Kechau Tui terletak di mukim Telang merupakan kawasan industri terancang terbesar di daerah Lipis. Merangkumi kawasan seluas 106.3 hektar dan dibangunkan oleh PKNP sebagai kawasan industri untuk aktiviti perkayuan dan berasaskan sumber. Terdapat juga lima buah kilang memproses kelapa sawit dalam kawasan RTD Lipis. Dua buah kilang terletak di Felda Kechau, sebuah di Felda Sungai Koyan, sebuah di Felda Tersang dan sebuah di Felda Chegar Perah. Rajah 6.2.1 menunjukkan taburan kawasan industri dalam kawasan RTD Lipis.

Upload: truongnhan

Post on 31-Jul-2019

266 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 6 6.2 Perindustrian Perlombongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.2 Perindustrian... · d r a f r a n c a n g a n t e m p a t a n d a e r a h t a

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 14

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

6.2 PERINDUSTRIAN DAN PERLOMBONGAN

PERINDUSTRIAN

6.2.1 Senario Semasa Perindustrian

Dasar perindustrian negeri dan RSN Pahang telah

menetapkan pembangunan perindustrian di daerah

Lipis akan tertumpu kepada aktiviti industri berasaskan

sumber khususnya aktiviti perkayuan. Kedapatan

sumber semulajadi seperti kawasan hutan simpan

yang luas (76.98%) dari gunatanah semasa daerah

Lipis merupakan aset penting kepada pengukuhan

aktiviti ini di daerah Lipis. Kemerosotan aktiviti industri

berasaskan kayu pada masa kini telah menjejaskan

punca pendapatan penduduk yang terlibat dalam

sektor ini. Keadaan ini telah menyebabkan

keutamaan kurang diberikan kepada pembangunan

lain-lain aktiviti industri sedangkan aktiviti perindustrian

boleh menjadi pemangkin kepada kepesatan

ekonomi daerah.

Kawasan RTD Lipis mempunyai pelbagai sumber dari

hasil pertanian, perhutanan dan peternakan. Ianya

berpotensi untuk dimajukan sebagai industri

pemerosesan hasil hiliran dan secara langung

memberi peluang pekerjaan kepad penduduk

tempatan. Daerah Lipis tidak seharusnya hanya

bergantung kepada industri berasakan perkayuan

sahaja jika ingin meningkatkan peluang pekerjaan,

6.2.2 Taburan Kawasan Industri

Analisis keadaan semasa perindustrian dijalankan

berpandukan kepada kajian lapangan dan maklumat

sekunder yang diperoleh dari beberapa sumber

seperti MDL dan PKNP. Aktiviti perindustrian dalam

kawasan kajian tertumpu kepada aktiviti industri

perkhidmatan, industri berasaskan perkayuan, industri

kecil dan sederhana serta kilang kelapa sawit.

Terdapat dua kawasan perindustrian terancang, tiga

kawasan IKS dan lima kilang pemerosesan hasil

kelapa sawit dalam kawasan RTD Lipis. Keluasan guna tanah industri dalam kawasan RTD Lipis adalah

148.3 hektar atau 0.03 peratus dari keluasan guna tanah kawasan RTD Lipis.

Jadual 6.2.1: Taburan Kawasan Perindustrian Kawasan RTD Lipis 2010

Blok

Perancangan Kawasan Industri Bil. Lot

Luas

(Ha)

Peratus

(%)

Kuala Lipis • Kawasan Industri Tempoyang 74 11.20 7.8

Penjom • IKS Penjom 14 1.5 1.0

Budu • Kilang Papan Budu 1 4.2 2.8

• Kilang Bahan Binaan 1 2.0 1.3

Tanjung Besar - - - -

Cheka - - - -

Kechau • Kilang Kelapa Sawit Kechau 1 & 2 2 2.5 1.7

Gua • Kilang Papan Padang Tengku

• IKS Kg. Telemin

1

5

6.4

1.5 5.3

Telang • Kilang Kelapa Sawit Tersang

• Kawasan Industri Kechau Tui

1

49

2.5

106.3 73.3

Batu Yon • Kilang Kelapa Sawit Chegar Perah 1 3.0 2.0

Hulu Jelai • Kilang Kelapa Sawit Sg. Koyan

• IKS Kuala Medang

1

17

2.4

4.8 4.8

Jumlah 167 148.3 100.0 Sumber: Kajian Rancangan Tempatan Daerah Lipis 2010

Kawasan Perindustrian Tempoyang merupakan antara kawasan industri terawal yang dirancang di

daerah Lipis. Merupakan kawasan untuk aktiviti industri perkhidmatan dan ringan bagi bandar Kuala Lipis.

Merangkumi kawasan seluas 11.20 hektar dengan sejumlah 74 lot industri dalam kawasan perindustrian ini.

Antara isu pembangunan dikawasan ini adalah masalah lalulintas, kekurangan tempat letak kereta dan

kemudahan seperti surau dan kawasan lapang.

Kawasan Perindustrian Kechau Tui terletak di mukim Telang merupakan kawasan industri terancang

terbesar di daerah Lipis. Merangkumi kawasan seluas 106.3 hektar dan dibangunkan oleh PKNP sebagai

kawasan industri untuk aktiviti perkayuan dan berasaskan sumber.

Terdapat juga lima buah kilang memproses kelapa sawit dalam kawasan RTD Lipis. Dua buah kilang

terletak di Felda Kechau, sebuah di Felda Sungai Koyan, sebuah di Felda Tersang dan sebuah di Felda

Chegar Perah. Rajah 6.2.1 menunjukkan taburan kawasan industri dalam kawasan RTD Lipis.

Page 2: BAB 6 6.2 Perindustrian Perlombongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.2 Perindustrian... · d r a f r a n c a n g a n t e m p a t a n d a e r a h t a

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 14

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

Rajah 6.2.1: Pelan taburan aktiviti perindustrian Daerah Lipis

.

Page 3: BAB 6 6.2 Perindustrian Perlombongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.2 Perindustrian... · d r a f r a n c a n g a n t e m p a t a n d a e r a h t a

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 15

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

6.2.3 Kategori Industri

Analisis kategori industri menunjukkan aktiviti industri

perkhidmatan, ringan dan berat merupakan aktiviti

utama dalam kawasan RTD Lipis. Aktiviti industri

perkhidmatan agak tersebar disemua petempatan

utama. Semua blok perancangan mempunyai aktiviti

industri ini kecuali BP Tanjong Besar, Kechau dan Gua.

Manakala aktiviti industri ringan dan sederhana

terletak didalam kawasan perindustrianTempoyang.

Aktiviti industri berat pula melibatkan kilang

perkayuan Mieco Chipboard di Kechau Tui, kilang

papan di Padang Tengku dan Benta serta kilang

kilang kelapa sawit yang terletak di kawasan

petempatan Felda.

Jadual 6.2.2: Bilangan Industri Mengikut Kategori Industri di Kawasan RTD Lipis

Blok Perancangan Industri

Perkhidmatan

Industri

Ringan

Industri

Sederhana

Industri

Berat IKS Jumlah

BP1 Kuala Lipis 55 10 5 - - 70

BP2 Penjom 2 - - - 14 16

BP3 Budu 6 - 1 1 - 8

BP4 Tanjung Besar - - - - - -

BP5 Cheka 1 - - - - 1

BP6 Kechau - - - 2 - 2

BP7 Gua - - 1 1 5 7

BP8 Telang 3 - 1 2 - 6

BP9 Batu Yon 2 - - 1 - 3

BP10 Hulu Jelai - - - 1 17 18

Jumlah 50 10 8 8 36 131 Sumber: Kajian Rancangan Tempatan Daerah Lipis 2010

Foto 6.2.1: Aktiviti Industri Perkhidmatan Di Kawasan Perindustrian Tempoyang

Page 4: BAB 6 6.2 Perindustrian Perlombongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.2 Perindustrian... · d r a f r a n c a n g a n t e m p a t a n d a e r a h t a

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 16

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

6.2.4 Jenis Industri

Analisis jenis industri di bahagikan kepada tiga

kawasan iaitu Tempoyang dan Kechau Tui serta

kawasan selain daripad dua kawasan industri

terancang ini. Kajian mendapati terdapat 54 aktiviti

industri di Kawasan Perindustrian Tempoyang, 3 di

Kechau Tui dan 49 di lain lain kawasan. Jenis aktiviti

bengkel kenderaan, produk bahan binaan, produk

hasil perkayuan dan produk berasaskan makanan

merupakan aktiviti utama dalam kawasan RTD Lipis.

Foto 6.2.2 : Kawasan Industri Kechau Tui

Jadual 6.2.3: Jenis Industri Di Kawasan Perindustrian

Jenis Industri

Kawasan

Perindustrian

Tempoyang

Kawasan

Perindustrian

Kechau Tui

Lain-lain

Kawasan

1. Produk Berasaskan Kayu / Papan - 1 3

2. Produk Berasaskan Makanan 2 - 26

3. Produk Berasaskan Plastik 1 1 0

4. Produk Agrokultur - - 6

5. Produk Bahan Binaan 4 - 5

6. Produk Berasaskan Logam 2 - 2

7. Bengkel Kenderaan 55 1 2

8. Mesin dan Alat Jentera 6 - -

9. Kilang Kelapa Sawit 0 0 5

Jumlah 70 3 49 Sumber: Kajian Rancangan Tempatan Daerah Lipis 2010

Page 5: BAB 6 6.2 Perindustrian Perlombongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.2 Perindustrian... · d r a f r a n c a n g a n t e m p a t a n d a e r a h t a

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 17

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

6.2.5 Penawaran Dan Permintaan Kawasan

Perindustrian

Kajian yang dijalankan menunjukkan dalam kawasan

perindustrian terancang, sejumlah 73 buah industri

beroperasi melibatkan kawasan seluas 30.65 hektar.

Lot industri yang tidak beroperasi berjumlah 50 buah

dengan sebahagian besarnya terletak di Kawasan

Perindustrian Kechau Tui melibatkan kawasan seluas

86.87 hektar. Kadar kekosongan yang tinggi di Kechau

Tui disebabkan kedudukannya yang agak jauh dari

kawasan petempatan utama seperti Kuala Lipis dan

Padang Tengku. Selain itu dasar untuk hanya

membangunkan aktiviti industri berasaskan

perkayuan sahaja juga kurang menarik minat pelabur

untuk melabur disini. Oleh itu strategi untuk

mempelbagaikan aktiviti industri bagi daerah Lipis

dijangka mampu mengurangkan kadar kekosongan

lot industri tersebut.

Rajah 6.2.2: Kawasan Industri Kechau Tui

Jadual 6.2.4: Penawaran Dan Permintaan Kawasan Industri

Kawasan Industri Industri Beroperasi Industri Tidak Beroperasi Jumlah

Bil. Lot Luas (Ha) Bil. Lot Luas (Ha) Bil. Lot Luas (Ha)

1. Kawasan Perindustrian

Tempoyang 70 10.42 4 0.80 74 11.22

2. Kawasan Perindustrian

Kechau Tui 3 20.23 46 86.07 49 106.3

Jumlah 73 30.65 50 86.87 123 117.5

Sumber: Kajian Rancangan Tempatan Daerah Lipis 2010

6.2.6 Industri Kecil Dan Sederhana

Industri Kecil dan Sederhana memainkan peranan yang penting kepada aktiviti ekonomi penduduk

tempatan kerana ia menjadi penyumbang kepada peningkatan taraf hidup penduduk khususnya di

kawasan luarbandar. Dalam kawasan RTD Lipis, terdapat 36 lot industri IKS yang menjalankan pelbagai

aktiviti seperti pemerosesan makanan dan hasil pertanian.Tiga kawasan IKS yang dikenal pasti adalah IKS

Penjom, Kampong Telemin dan IKS Kuala Medang.

Jadual 6.2.5: Bilangan Industri Kecil dan Sederhana

Lokasi IKS Bilangan Peratus

(%)

1. IKS Penjom 14 38.8

2. IKS Kg. Telemin 5 13.9

3. IKS Kuala Medang 17 47.3

Jumlah 36 100.0

Aktiviti IKS dalam kawasan RTD Lipis mempunyai potensi yang besar berdasarkan kedapatan sumber hasil

pertanian, peternakan dan makanan yang terdapat dalam kawasan RTD Lipis. Projek seperti Pusat

Agropolitan Tanjong Gahai, Kuala Koyan, Kuala Medang dan Kuala Serau telah memajukan tanah terbiar

seluas lebih 240 hektar kepada projek tanaman berteraskan makanan. Jabatan Pertanian pula telah

memulakan projek tanaman pisang berangan di Kampong Seberang Jelai, Kampong Budu dan Kampong

Cat diatas kawasan seluas 16 hektar. Projek lain termasuklan penanaman pokok kabung di kawasan Benta

seluas 50 hektar dan tanaman nangka madu di bawah penyeliaan FAMA. Projek seumpama ini perlu

disusuli dengan program pemerosesan hasil tani melalui penyediaan ruang ruang aktiviti IKS bagi

membolehkan petani dan pengusaha memproses hasil tani mereka untuk dipasarkan di luar Daerah Lipis.

Page 6: BAB 6 6.2 Perindustrian Perlombongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.2 Perindustrian... · d r a f r a n c a n g a n t e m p a t a n d a e r a h t a

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 18

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

6.2.7 Unjuran Keperluan Kawasan Perindustrian

Unjuran keperluan kawasan industri menjelang tahun

2020 dalam kawasan RTD Lipis dipengaruhi oleh

beberapa faktor. Andaian yang digunakan dalam

penentuan pembangunan kawasan industri adalah :

1. Mencadangkan usaha untuk mempelbagai

aktiviti industri dan tidak terhad kepada

hanya aktiviti industri berasaskan perkayuan

dan sumber.

2. Melihat keperluan kepada kawasan industri

ringan dan perkhidmatan yang perlu

ditempatkan berhampiran pusat petempatan

seperti di bandar Kuala Lipis dan pekan

Benta.

3. Melihat potensi projek pembangunan oleh

ECER khususnya cadangan kawasan industri

baru berhampiran Central Spine Road.

Peningkatan aksesibiliti akan mengalakkan

pengagihan barangan dengan lebih cepat

dan efisyen ke kawasan bandar utama seperti

Kuala Lumpur dan Kuantan.

4. Mengalakkan pembangunan aktiviti IKS

berdasarkan potensi pasaran yang luas bagi

aktiviti pemerosesan hasil makanan, pertanian

dan penternakan. Juga bagi membolehkan

penyertaan yang lebih luas bumiputera

dalam sektor industri.

Berpandukan kepada andaian diatas, unjuran

keperluan kawasan industri bagi daerah Lipis

menjelang tahun 2020 adalah seperti jadual 6.2.6.

Berpandukan kepada unjuran yang disediakan,

keperluan tanah untuk aktiviti perindustrian dalam

kawasan RTD Lipis pada tahun 2020 adalah sebanyak

290.0 hektar. Jika di tolak kawasan sedia ada

sebanyak 148.3 hektar, kawasan pembangunan baru

yang diperlukan adalah sebanyak 141.7 hektar (Rujuk

jadual 6.2.6). Agihan kawasan industri baru dalam

kawasan RTD Lipis akan berpandukan kepada strategi

pembangunan guna tanah serta keperluan

pembangunan aktiviti IKS di beberapa kawasan terpilih.

Jadual 6.2.6: Unjuran Keperluan Tanah Industri, tahun 2010 – 2020

Unjuran Tahun

2010 2015 2020

Bilangan Pekerjaan 2600 3660 4830

Nisbah Kerja / Hektar 60 60 60

Keperluan Tanah / Hektar - 61.2 80.5

Luas Tanah Industri 148.3 Ha 209.5 Ha 290.0 Ha

Purata Luas Tanah / Pekerja 0.052 0.057 0.060

Sumber: Kajian Rancangan Tempatan Daerah Lipis 2010

Page 7: BAB 6 6.2 Perindustrian Perlombongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.2 Perindustrian... · d r a f r a n c a n g a n t e m p a t a n d a e r a h t a

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 19

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

PERLOMBONGAN

6.2.8 Industri Perlombongan

Aktiviti perlombongan merupakan aktiviti ekonomi

penting yang dijalankan dalam kawasan RTD Lipis.

Kepentingan sektor perlombongan merupakan

penyumbang penting kepada pendapatan Kerajaan

Negeri melalui bayaran royalti dan pendapatan tidak

langsung. Pada tahun 2009 Kerajaan Negeri

memperolehi pendapatan sebanyak RM 130 juta dari

sektor perlombongan emas. Kepentingan sektor

perlombongan di Daerah Lipis dilihat dari aspek

keupayaan untuk menyediakan peluang pekerjaan

kepada penduduk tempatan selain potensinya untuk

berkembang pesat pada masa akan datang.

PKNP telah memainkan peranan yang penting dalam

memastikan sektor perlombongan membangun

secara terancang dan sistematik. Ia berperanan

sebagai agensi pelaksana bagi projek carigali dan

perlombongan di Negeri Pahang. PKNP melalui anak

syarikat nya telah bekerjasama dengan syarikat

tempatan dan dari luar negara dalam memajukan

kawasan perlombongan baru khususnya aktiviti

perlombongan emas dan bijih besi di Daerah Lipis.

6.2.9 Sejarah Perlombongan Emas Daerah Lipis

Aktiviti perlombongan emas di Daerah Lipis khususnya

di kawasan Penjom dan Bukit Selinsing telah lama

dijalankan. Kronologi aktiviti perlombongan emas ini

dapat dirumuskan seperti berikut :

1. Sebelum 1888 – Diusahakan penduduk

tempatan melalui pelbagai kaedah

tradisional.

2. 1889 hingga 1901 – Konsesi Selinsing

dikeluarkan kepada Malayan Pahang

Exploration Company Limited sebuah syarikat

dengan pengurusan Eropah. Melombong

dengan menggunakan kaedah ‘underground

gold mine’. Dianggarkan sebanyak 31,000

aun emas dikeluarkan sepanjang tempoh

tersebut.

3. 1904 – Konsesi diserahkan kepada Malay Pahang Mining Syndicate Limited. Aktiviti perlombongan

terhenti pada tahun tersebut sehingga 1924 disebabkan masalah kewangan.

4. 1931 – Lesen diberikan kepada Raub Australian Gold Mining Company Limited.

5. 1939 hinga 1987 - Operasi perlombongan terhenti.

6. 1987 hingga 1996 - Syarikat Tshu Lian Shen Mining Sdn Bhd diberi lesen untuk mengaktifkan semula

aktiviti perlombongan emas.

7. 1996 – Avocet Mining mula mengusahakan aktiviti perlombongan emas di Penjom.

8. 1997- Selinsing Mining Joint Venture Sdn Bhd ditubuhkan.

9. 1998 hingga 2006- Tiada sebarang aktiviti perlombongan dijalankan di kawasan Selinsing.

10. Oktober 2010 – Pelancaran rasmi carigali emas di Bukit Selinsing, Sungai Koyan oleh kerajaan

Negeri Pahang dengan Monumen Mining Limited sebagai pengusaha.

Kawasan lombong emas Penjom diusahakan oleh Avocet Mining Ltd sebuah syarikat perlombongan emas

terkemuka yang berpengkalan di London. Semenjak diusahakan, Avocet Mining telah mengeluarkan 1

juta aun emas.

Rajah 6.2.3 : Linkaran Emas Semenanjung Malaysia

Page 8: BAB 6 6.2 Perindustrian Perlombongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.2 Perindustrian... · d r a f r a n c a n g a n t e m p a t a n d a e r a h t a

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 20

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

6.2.10 Senario Semasa Aktiviti Perlombongan

Daerah Lipis merupakan kawasan utama aktiviti

perlombongan bagi Negeri Pahang. Faktor geologi

dan kedudukan daerah Lipis yang berada dalam

Central Gold Belt Semenanjung Malaysia menjadikan

aktiviti perlombongan emas dan bijeh besi telah lama

dijalankan di beberapa kawasan dalam daerah Lipis.

Kepentingan sektor perlombongan ini dijelaskan oleh

jadual 6.2.7 berikut yang menunjukkan statistik

pengeluaran hasil mineral di daerah Lipis berbanding

lain lain daerah dalam Negeri Pahang.

Foto 6.2.3: Lombong Emas Penjom, BP Penjom

Foto 6.2.4: Lombong Emas Selinsing, BP Hulu Jelai

Jadual 6.2.7 Statistik Bilangan Lombong dan Pengeluaran Hasil Mineral Negeri Pahang 2008

Daerah

Timah Emas Barit Besi Kaolin

Bil.

Lombong

Pengeluar

an

(kg)

Bil.

Lombong

Pengeluar

an

(gm)

Bil.

Lombong

Pengeluar

an

(kg)

Bil.

Lombong

Pengeluar

an

(ton)

Bil.

Lombong

Pengeluar

an

(ton)

Bentong - 158,536.00 - - - - - - - -

Bera - - - - - - - - - -

Cameron

Highlands - - - - - - - - - -

Jerantut - - - - - - 1 3,590.00 - -

Kuantan 1 74,142.00 - - - - - - - -

Lipis - - 4 2,823,834.05 - - 1 38,000.00 - -

Maran - - 1 8,653.54 - - 2 174,822.00 - -

Pecan - - - - - - - - - -

Raub 1 8,023.30 1 - - - - - - -

Rompin 1 2,218.00 - - - - 3 306,573.00 - 235.00

Termeloh - - - - - - - - - -

PAHANG 3 242,919.30 6 2,832,487.59 0 - 7 522,985.00 1 235.00

Sumber : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, 2008

Secara keseluruhan terdapat dua kawasan perlombongan emas di Penjom (BP Penjom)dan Bukit Selinsing

(BP Hulu Jelai), dua kawasan perlombongan bijeh besi di Kerambit (BP Cheka) dan Sungai Temau (BP

Batu Yon) dan sebuah tapak Kuari di Kechau Tui (BP Telang). Jadual 6.2.8 menjelaskan lokasi dan keluasan

kawasan aktiviti perlombongan didaerah Lipis.

Jadual 6.2.8: Lokasi dan Keluasan Aktiviti Perlombongan di Daerah Lipis

Kawasan Mineral Keluasan (Hektar) Pengusaha

Penjom Emas 820 Avocet Mineral PLC

Selinsing Emas 830 Monument Mining Ltd

Sg. Temau Bijih Besi 202 PKNP

Kerambit Bijih Besi 120 Sun Mining Works Sdn. Bhd.

Kechau Kuari 82 Kuari Kacamas

Jumlah 2054

Kawasan perlombongan Penjom terletak berhampiran Empang Jaleh dalam mukim Penjom. Kawasan

perlombongan ini melibatkan kawasan seluas 820 hektar (2026 ekar). Beroperasi sejak 1996 oleh Avocet

Mining Ltd. sebuah syarikat perlombongan British.

Page 9: BAB 6 6.2 Perindustrian Perlombongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.2 Perindustrian... · d r a f r a n c a n g a n t e m p a t a n d a e r a h t a

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 21

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

Kawasan perlombongan emas Bukit Selinsing pula

terletak di Sungai Koyan dalam mukim Hulu Jelai.

Keseluruhannya melibatkan kawasan carigali dan

pajakan seluas 830 hektar yang di beri lesen kepada

Monumen Mining Ltd sebuah syarikat perlombongan

dari Canada.

Rajah 6.2.4: Kawasan Lombong Emas Selinsing

Rajah 6.2.5: Kawasan lombong Emas penjom

Kg. Hulu Teris

Penjom

Kg. Batu Enam

Penjom Goldmine

Empang Jaleh

Page 10: BAB 6 6.2 Perindustrian Perlombongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.2 Perindustrian... · d r a f r a n c a n g a n t e m p a t a n d a e r a h t a

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 14

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

Rajah 6.2.6: Taburan kawasan perlombongan Daerah Lipis.

Page 11: BAB 6 6.2 Perindustrian Perlombongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.2 Perindustrian... · d r a f r a n c a n g a n t e m p a t a n d a e r a h t a

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 15

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

6.2.7: Pelan kawasan perlombongan dan carigali

Page 12: BAB 6 6.2 Perindustrian Perlombongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.2 Perindustrian... · d r a f r a n c a n g a n t e m p a t a n d a e r a h t a

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 16

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

6.2.11 Potensi Pembangunan Sektor Perlombongan

Sektor perlombongan Daerah Lipis mempunyai potensi

yang besar pada masa akan datang. Jabatan

Mineral dan Geosains Malaysia telah mengenal pasti

kawasan berpotensi untuk aktiviti perlombongan

dalam daerah Lipis. Jadual 6.2.9 dan 6.2.10

menjelaskan kawasan berpotensi bagi hasil mineral

emas dan bijih besi.

Jadual 6.2.9 : Kawasan Berpotensi Galian Emas di Daerah

Lipis

Kawasan Razab

(juta tan metrik)

Status Tanah

Sg. Merapoh, Batu

Yon

266.8 Individu

Neram Tunggal, Ulu

Jelai

258 Individu

Sg. Tui, Telang 88.2 Individu

Ulu Sungai Chedu,

Ulu Jelai

22.7 Hutan Simpan

Sg. Tekai, Kechau 18.8 Taman Negara

Sg. Telom, Ulu Jelai 17.1 Hutan Simpan

Batu Yon, Batu Yon 17.1 Individu

Sg. Niram, Batu Yon 11.4 Hutan Simpan

Sg. Talam, Tanjung

Besar

11 Individu

Sumber : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, 2009

Jadual 6.2.10: Kawasan Berpotensi Galian Besi di Daerah Lipis

Kawasan Rezab

(Tan Metrik)

Status Tanah

Sg. Temu, Batu Yon 600,000 Hutan Simpan

Kerambit, Cheka 1.5 juta Individu Sumber : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, 2009

Manakala perunding Monument Mining Ltd telah

menganggarkan stok simpanan emas di kawasan

Selinsing (Buffalo Reef) adalah sebanyak 168,000 aun

emas manakala di kawasan Penjom dianggarkan

mempunyai stok simpanan emas sebanyak 1.2 juta

aun. Analisis oleh perunding telah mengenalpasti

kawasan berpotensi baru perlombongan emas seluas

lebih 13,354 hektar (33,000 ekar) di BP Hulu Jelai, BP Batu Yon dan BP Penjom.

Pihak PKNP telah menyediakan program jangka panjang pembangunan perlombongan di daerah Lipis

melalui mengenal pasti kawasan baru carigali dan mencadangkan tapak baru aktiviti perlombongan.

Diantara kawasan yang dikenalpasti adalah :

1. Sungai Cadu dan Gua Timah di BP Hulu Jelai.

2. Sungai Temau dan Bukit Tok Jenung di BP Hulu Jelai

3. Sungai Merapoh dan Sungai Lalang di BP Batu Yon

4. Sungai Serau di BP Hulu Jelai

5. Kawasan Hutan Terenggun dan Empang Jaleh di BP Penjom

6. Kawasan Hutan Tersang di BP Telang

Rajah 6.2.8: Kawasan Perlombongan dan Carigali PKNP di BP Hulu Jelai

Page 13: BAB 6 6.2 Perindustrian Perlombongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.2 Perindustrian... · d r a f r a n c a n g a n t e m p a t a n d a e r a h t a

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 17

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

6.2.13 Isu dan Masalah

Industri

Diantara isu isu utama sektor perindustrian di daerah

Lipis adalah :

i. Kemerosotan aktiviti industri berasaskan

perkayuan.

Terdapat beberapa kilang berasaskan

‘woodbased’ tidak lagi beroperasi dalam

daerah Lipis. Keadaan ini menyebabkan

pekerja hilang pekerjaan. Oleh itu langkah

untuk mempelbagai kegiatan industri dapat

membuka peluang pekerjaan baru kepada

penduduk tempatan.

ii. Kawasan Perindustrian Ringan Kuala Lipis

(Tempoyang).

Pada masakini kawasan perindustrian

Tempoyang telah pun hampir penuh.

Keadaan kawasan industri agak sesak

dengan kenderaan diletakkan di bahu jalan

serta menggangu lalulintas. Perancangan

kawasan industri baru perlu mengambil kira

faktor kemudahan infrastruktur sokongan

seperti tempat letak kereta, kemudahan surau

dan tandas awam serta kawasan rekreasi.

iii. Penglibatan Bumiputera

Penglibatan bumiputera dalam sektor

perindustrian maseh lagi kecil dan perlu

dipertingkatkan selaras dengan dasar

pembangunan luar bandar kearah usaha

meningkatkan pendapatan penduduk luar

bandar melalui aktiviti industri.

iv. Lot Industri Kosong di Kawasan Perindustrian

Kechau Tui

Kawasan industri Kechau Tui menawarkan 79

lot industri dan hanya ada beberapa

pertubuhan industri termasuk kilang Mieco

Chipboard. Sebahagian besar kawasan masih

lagi kosong dan tiada pengusaha beroperasi.

Perlombongan

i. Bekas Lombong Yang Terbiar

Aktiviti perlombongan seringkali menyebabkan berlakunya kawasan bekas lombong terbiar

apabila lombong tersebut tidak diusahakan lagi sebagai kawasan lombong aktif. Oleh itu perlu

ada langkah strategik seperti mengenakan syarat kepada pengusaha untuk menukar kawasan

bekas lombong kepada sebuah kawasan rekreasi bagi memastikan ianya dapat di

menafaatkan oleh penduduk tempatan.

ii. Kemerosotan Kualiti Alam Sekitar

Aktiviti perlombongan seringkali dikaitkan dengan kemerosotan kualiti alam sekitar dan masalah

pencemaran. Pencemaran udara berlaku apabila proses melombong mengeluarkan habuk dan

bunyi yang memberi kesan negatif kepada petempatan berdekatan. Juga berlaku masalah

pembuangan sisa air buangan dari lombong ke kawasan sungai yang boleh mencemarkan

sungai.

iii. Pembesaran Kawasan Konsesi Perlombongan Menjejaskan Gunatanah Pertanian dan

Pencerobohan Kawasan Sensitif Alam Sekitar.

Kajian yang dijalankan menunjukkan kawasan RTD Lipis mempunyai potensi yang besar sebagai

kawasan aktif perlombongan emas dan bijih besi pada masa akan datang. Kajian oleh perunding

pengusaha telah pun mengenalpasti kawasan baru untuk aktiviti perlombongan. Kawasan seluas

kira kira 33,000 ekar ( 13,354 hektar) di BP Hulu Jelai, BP Batu Yon dan BP Penjom berpotensi untuk

dimajukan sebagai kawasan perlombongan baru. Oleh itu dasar pembesaran aktiviti

perlombongan perlu di buat bagi memastikan aktiviti ini dapat dilaksanakan secara terkawal.

Pembesaran kawasan lombong bermakna guna tanah kawasan pertanian dan perhutanan

terpaksa di kurangkan bagi memberi laluan kepada aktiviti tersebut. Ia juga bermakna akan

berlaku pencerobohan guna tanah di kawasan KSAS.

6.2.14 Cadangan Awal

Perindustrian

Diantara cadangan awal sektor perindustrian adalah :

i. Menjadikan Lipis Daerah Mesra Pelabur. Usaha untuk mempromosi dan mengalakkan kemasukkan

pelabur luar harus diberi keutamaan.

ii. Pembangunan kawasan industri baru selaras dengan keperluan semasa khususnya bagi

mengatasi masalah kawasan industri dalam bandar yang telah penuh. Kawasan Seberang Jelai

berpotensi dibangunkan sebagai tapak kawasan perindustrian perkhidmatan dan ringan.

iii. Mempelbagai aktiviti industri dalam daerah Lipis khususnya aktiviti industri ringan, perkhidmatan

dan sederhana. Juga usaha lebih giat kearah pengukuhan aktiviti IKS dan industri pemerosesan

hasil pertanian.

iv. Menempatkan semula bengkel dan aktiviti industri perkhidmatan berhampiran bandar ke luar

dari kawasan pusat bandar.

v. Mengambil kira cadangan laluan infrastruktur baru khususnya jalan Central Spine Road dalam

cadangan kawasan industri baru.

Page 14: BAB 6 6.2 Perindustrian Perlombongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.2 Perindustrian... · d r a f r a n c a n g a n t e m p a t a n d a e r a h t a

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 18

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

vi. Meningkatkan penglibatan penduduk

tempatan melalui pembangunan kawasan

IKS baru khususnya aktiviti pemerosesan

makanan dan hasil pertanian.

Perlombongan

i. Pematuhan Kepada Syarat Kualiti Alam

Sekitar

Pengusaha yang menjalankan aktiviti

perlombongan ini perlu mematuhi semua

keperluan dan syarat yang ditetapkan oleh

Jabatan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri

bagi memastikan operasi perlombongan

dapat dijalankan secara baik dan terkawal.

Laporan EIA perlu disediakan dan di beri

kelulusan sebelum operasi perlombongan

tersebut dijalankan.

ii. Pengurusan dan Pengunaan Kawasan Bekas

Lombong

Kawasan bekas lombong dalam kawasan RTD

Lipis berpotensi untuk dimajukan sebagai

kawasan rekreasi air. Ia boleh dijadikan

kawasan rekreasi tempatan serta kawasan

tarikan pelancong jika kemudahan rekreasi

dapat disediakan dikawasan tersebut. Selain

itu ia juga boleh dijadikan kawasan

aquakultur oleh agensi berkaitan disamping

menggunakan kawasan sekitar lombong

untuk aktiviti pertanian.

iii. Kaedah Perlombongan Moden

Mencadangkan dan memastikan pengusaha

lombong menggunakan kaedah moden dan

terkini dalam melombong dan memproses

pengeluaran mineral yang dihasilkan. Kaedah

moden ini mampu mengurangkan kesan

negatif terhadap alam sekitar disamping

dapat meningkatkan hasil pengeluaran

mineral.

.