bab 6 6.4 pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/laporan awal rtdl lipis/bab 6_6.4...

28
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N 6 - 65 LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020 TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI 6.4 PELANCONGAN Kepentingan sektor pelancongan kepada pembangunan ekonomi Negeri Pahang tidak dapat dinafikan dengan sumbangan besar sektor ini kepada ekonomi negeri. Pendapatan daripada sektor pelancongan meningkat daripada RM464 juta pada tahun 1999 kepada sebanyak RM1,912 juta pada tahun 2004 1 . Ini disokong dengan jumlah ketibaan pelancong yang meningkat hampir 2 kali ganda daripada 3 juta pelancong (tahun 1999) kepada 4.9 juta pelancong pada tahun 2004. 6.4.1 Senario Semasa 6.4.1.1 Keadaan Semasa Pembangunan Pelancongan Negeri Pahang Dokumen Rancangan Struktur Negeri Pahang telah menggariskan fokus pembangunan pelancongan mengikut daerah, dimana Daerah Lipis disasarkan untuk memfokus kepada pelancongan ekologi (hutan) dan pelancongan budaya dan warisan (bangunan bersejarah) 6.4.1.2 Keadaan Semasa Pembangunan Pelancongan Daerah Lipis Berdasarkan kajian serta maklumat yang dikumpul dari badan kerajaan dan agensi pelancongan, didapati produk pelancongan di Daerah Lipis secara keseluruhannya memfokus kepada 3 kategori berbanding 2 kategori yang disasarkan dalam Rancangan Struktur Negeri Pahang 2020. Selain itu, pelancongan budaya dan warisan juga merangkumi kebudayaan dan cara hidup masyarakat setempat terutamanya masyarakat orang asli dan tidak hanya tertumpu kepada bangunan bersejarah sahaja. 1 Perangkaan Penting Industri Pelancongan Negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser, 2004 Secara amnya, 3 kategori pelancongan di Daerah Lipis yang sangat berpotensi untuk terus dimajukan sebagai sumber ekonomi terpenting daerah adalah seperti berikut : i. Pelancongan eko (hutan dan struktur geologi) ii. Pelancongan budaya dan warisan (bangunan bersejarah dan kg. tradisi) iii. Pelancongan agro (ladang dan homestay) 6.4.2 Produk Pelancongan Sediada Daerah Lipis 6.4.2.1 Pelancongan eko (hutan dan struktur geologi) Pelancongan eko di Daerah Lipis merangkumi aktiviti pelancongan di kawasan hutan simpan, sungai, tasik dan gua yang banyak terdapat di dalam daerah. Antara produk pelancongan eko yang sudah dikenali mahupun yang berpotensi untuk dipertingkatkan termasuklah Taman Negara Merapoh, Taman Rimba Kenong, Kawasan Rekreasi Sungai Yu, Gua Bama, Hutan Simpan Bukit Taching, Taman Tasik Burung Mandi, Hutan Lipur Ulu Jeransang, Hutan Lipur Terenggun dan kawasan Empang Jaleh. Jadual 6.4.1 menyenaraikan produk-produk pelancongan eko yang terdapat di Daerah Lipis. Jadual 6.4.1 : Sumber-Sumber Pelancongan Eko Daerah Lipis Kategori Produk Tempat Tarikan Tumpuan Pelancong Tempatan Domestik Antarabangsa Eko Lancong 1. Taman Negara Merapoh 2. Taman Rimba Kenong 3. Kawasan Rekreasi Sungai Yu 4. Gua Bama 5. Hutan Simpan Bukit Taching 6. Taman Tasik Burung Mandi 7. Hutan Lipur Ulu Jeransang 8. Hutan Lipur Terenggun 9. Empang Jaleh Sumber : Kajian RTD Lipis 2010 i. Taman Negara Merapoh Taman Negara Merapoh terletak kira-kira 7km dari Pekan Merapoh melalui Sungai Relau dalam Mukim Batu Yon. Pelancong boleh mengakses kawasan ini melalui jalan utama Kuala Lipis – Gua Musang dan juga menggunakan perkhidmatan keretapi melalui stesen Merapoh. Taman Negara Merapoh seluas kira-kira 49,000 hektar mempunyai pelbagai tarikan semulajadi yang menjadi aset pelancongan utama seperti:

Upload: others

Post on 17-Feb-2020

23 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 6 6.4 Pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.4 Pelancongan.pdf · Taman Negara Merapoh adalah kurangnya pelancong yang mengunjungi kawasan

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 65

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

6.4 PELANCONGAN

Kepentingan sektor pelancongan kepada

pembangunan ekonomi Negeri Pahang tidak dapat

dinafikan dengan sumbangan besar sektor ini kepada

ekonomi negeri. Pendapatan daripada sektor

pelancongan meningkat daripada RM464 juta pada

tahun 1999 kepada sebanyak RM1,912 juta pada

tahun 20041. Ini disokong dengan jumlah ketibaan

pelancong yang meningkat hampir 2 kali ganda

daripada 3 juta pelancong (tahun 1999) kepada 4.9

juta pelancong pada tahun 2004.

6.4.1 Senario Semasa

6.4.1.1 Keadaan Semasa Pembangunan

Pelancongan Negeri Pahang

Dokumen Rancangan Struktur Negeri Pahang telah

menggariskan fokus pembangunan pelancongan

mengikut daerah, dimana Daerah Lipis disasarkan

untuk memfokus kepada pelancongan ekologi

(hutan) dan pelancongan budaya dan warisan

(bangunan bersejarah)

6.4.1.2 Keadaan Semasa Pembangunan

Pelancongan Daerah Lipis

Berdasarkan kajian serta maklumat yang dikumpul dari

badan kerajaan dan agensi pelancongan, didapati

produk pelancongan di Daerah Lipis secara

keseluruhannya memfokus kepada 3 kategori

berbanding 2 kategori yang disasarkan dalam

Rancangan Struktur Negeri Pahang 2020. Selain itu,

pelancongan budaya dan warisan juga merangkumi

kebudayaan dan cara hidup masyarakat setempat

terutamanya masyarakat orang asli dan tidak hanya

tertumpu kepada bangunan bersejarah sahaja.

1 Perangkaan Penting Industri Pelancongan Negeri Pahang, Perbadanan

Kemajuan Bukit Fraser, 2004

Secara amnya, 3 kategori pelancongan di Daerah Lipis yang sangat berpotensi untuk terus dimajukan

sebagai sumber ekonomi terpenting daerah adalah seperti berikut :

i. Pelancongan eko (hutan dan struktur geologi)

ii. Pelancongan budaya dan warisan (bangunan bersejarah dan kg. tradisi)

iii. Pelancongan agro (ladang dan homestay)

6.4.2 Produk Pelancongan Sediada Daerah Lipis

6.4.2.1 Pelancongan eko (hutan dan struktur geologi)

Pelancongan eko di Daerah Lipis merangkumi aktiviti pelancongan di kawasan hutan simpan, sungai, tasik

dan gua yang banyak terdapat di dalam daerah. Antara produk pelancongan eko yang sudah dikenali

mahupun yang berpotensi untuk dipertingkatkan termasuklah Taman Negara Merapoh, Taman Rimba

Kenong, Kawasan Rekreasi Sungai Yu, Gua Bama, Hutan Simpan Bukit Taching, Taman Tasik Burung Mandi,

Hutan Lipur Ulu Jeransang, Hutan Lipur Terenggun dan kawasan Empang Jaleh. Jadual 6.4.1

menyenaraikan produk-produk pelancongan eko yang terdapat di Daerah Lipis.

Jadual 6.4.1 : Sumber-Sumber Pelancongan Eko Daerah Lipis

Kategori Produk Tempat Tarikan Tumpuan Pelancong

Tempatan Domestik Antarabangsa

Eko Lancong

1. Taman Negara Merapoh √ √ √

2. Taman Rimba Kenong √ √ √

3. Kawasan Rekreasi Sungai Yu √ √

4. Gua Bama √ √

5. Hutan Simpan Bukit Taching √ √ √

6. Taman Tasik Burung Mandi √ √ √

7. Hutan Lipur Ulu Jeransang √ √

8. Hutan Lipur Terenggun √ √

9. Empang Jaleh √ √

Sumber : Kajian RTD Lipis 2010

i. Taman Negara Merapoh

Taman Negara Merapoh terletak kira-kira 7km dari Pekan Merapoh melalui Sungai Relau dalam

Mukim Batu Yon. Pelancong boleh mengakses kawasan ini melalui jalan utama Kuala Lipis – Gua

Musang dan juga menggunakan perkhidmatan keretapi melalui stesen Merapoh.

Taman Negara Merapoh seluas kira-kira 49,000 hektar mempunyai pelbagai tarikan semulajadi

yang menjadi aset pelancongan utama seperti:

Page 2: BAB 6 6.4 Pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.4 Pelancongan.pdf · Taman Negara Merapoh adalah kurangnya pelancong yang mengunjungi kawasan

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 66

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

• Santuari ikan kelah di dalam habitat

semulajadi

• Pelbagai hidupan liar yang aktif pada

waktu malam

• Lebih daripada 300 spesis burung yang

dikenalpasti

• 2 buah gua yang boleh dijelajahi iaitu

Gua Gajah dan Gua Peningat

• Sungai dan anak sungai yang bersih dan

indah

• Menara pandang yang menyediakan

pemandangan Gunung Tahan

• Pelbagai flora endemik

Di samping tarikan semulajadi, kemudahan-

kemudahan lain turut disediakan di kawasan

ini bagi memastikan keselamatan pelancong

dan juga keselesaan mereka seperti :

• denai/trek merentas hutan

• trek ke Gunung Tahan

• kawasan perkelahan

• kemudahan penginapan chalet, asrama

dan tapak khemah iaitu di Kem Relau dan

juga di Kuala Juram.

Antara isu-isu yang dikenalpasti bagi kawasan

Taman Negara Merapoh adalah kurangnya

pelancong yang mengunjungi kawasan ini

pada hari-hari biasa iaitu pada waktu selain

dari cuti awam dan hujung minggu.

Kebanyakan pelancong yang datang pada

hari-hari biasa ini adalah pengunjung

berkumpulan yang hanya melalui kawasan ini

untuk menjalankan akitiviti trek ke Gunung

Tahan.

Walaubagaimanapun, kemudahan asas yang

disediakan di kawasan ini seperti surau,

tandas, tong sampah dan chalet adalah

mencukupi dan dalam keadaan yang

memuaskan.

ii. Taman Rimba Kenong

Taman Rimba Kenong terletak di Lembah Kenong dalam kawasan Hutan Simpan Yong dalam

Mukim Cheka dengan keluasan kira-kira 12,800 hektar. Ianya juga adalah bersambungan dengan

Taman Negara Merapoh di sebelah timur dan utara yang membentuk sebahagian daripada

Central Forest Spine Semenanjung Malaysia.

Kawasan hutan hujan tropika yang terletak kira-kira 32km dari Bandar Kuala Lipis ini menjanjikan

persekitaran semulajadi yang sangat unik dan menarik terutama kepada pencinta alam. Antara

aset semulajadi yang menjadikan Taman Rimba Kenong salah satu destinasi tumpuan pelancong

termasuklah:

• Landskap semulajadi yang tidak terganggu dan belum diterokai

• Pelbagai spesis flora dan fauna yang unik seperti cendawan, pokok hutan, harimau dan gajah

• Sungai dan anak sungai untuk aktiviti perkelahan dan sukan ekstrem

• Gua batu kapur termasuk gua dalam air seperti Gua Batu Tinggi, Gua Batu Tangkup, Gua Batu

Telahup, Gua Harimau dan Gua Hijau

Taman Rimba Kenong digemari pelancong untuk aktiviti rekreasi santai, riadah dan juga sukan

ekstrem. Aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan disini termasuk:

• Jelajah gua batu kapur

• Berkelah dan berenang di sungai

• Cave-tubing iaitu meluncuri sungai dan laluan air yang melalui sistem gua subterranean

• Berkayak dan rakit

• Memerhati burung dan haiwan liar

• Perkhemahan

Taman Negara Merapoh Taman Negara Merapoh

Page 3: BAB 6 6.4 Pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.4 Pelancongan.pdf · Taman Negara Merapoh adalah kurangnya pelancong yang mengunjungi kawasan

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 67

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

Antara kemudahan yang disediakan di

kawasan Taman Rimba Kenong adalah:

• Tempat letak kereta

• Jambatan gantung

• Pusat penerangan

• Pondok rehat dengan kemudahan tong

sampah

• Chalet, asrama dan tapak perkhemahan

• Kemudahan tandas

• Denai hutan dengan papantanda arah

dan papantanda pokok

Isu utama yang dikenalpasti di Taman Rimba

Kenong adalah dari segi aksesibiliti kerana

jalan masuk ke sini adalah tidak memuaskan

serta hanya boleh dilalui oleh kenderaan

pacuan empat roda. Walaubagaimanapun,

Taman Rimba Kenong juga boleh diakses

melalui Sungai Jelai. Kemudahan yang

disediakan adalah di dalam keadaan yang

memuaskan. Kerja-kerja penambahbaikan

wajar dilakukan untuk memastikan

keselamatan dan keselesaan pelancong

terutama pelancong luar negara yang

datang untuk menghayati keindahan

semulajadi Taman Rimba Kenong.

iii. Kawasan Rekreasi Sungai Yu

Kawasan rekreasi Sungai Yu terletak ditepi laluan jalan utama Gua Musang – Kuala Lipis dalam

Mukim Batu Yon. Kawasan rekreasi ini mempunyai keluasan yang kecil serta sesuai untuk aktiviti

berkelah dan mandi-manda di sungai yang jernih dan bersih. Ia menjadi tarikan kepada

pengguna jalanraya yang hendak ke Kelantan atau ke selatan untuk singgah merihatkan badan

sambil berkelah.

Beberapa kemudahan disediakan di kawasan ini seperti surau, tandas, tong sampah dan pondok

rehat. Antara isu utama di sini adalah keadaan tandas dan surau yang tidak disediakan bekalan

air paip.

Taman Rimba Kenong Taman Rimba Kenong

Taman Rekreasi Sungai Yu Taman Rekreasi Sungai Yu

Page 4: BAB 6 6.4 Pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.4 Pelancongan.pdf · Taman Negara Merapoh adalah kurangnya pelancong yang mengunjungi kawasan

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 68

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

iv. Gua Bama

Gua Bama terletak di Mukim Telang

berhampiran kawasan perkampungan

Melayu Kampung Relong kira-kira 10km dari

Bandar Kuala Lipis. Ia merupakan kawasan

pelancongan yang terkenal untuk aktiviti

perkhemahan dan mendaki serta menjelajah

gua.

Antara kemudahan yang disediakan adalah

trek laluan dan tangga simen untuk

kemudahan pendaki.

Isu utama yang dikenalpasti bagi kawasan

Gua Bama adalah aktiviti vandalisma

melibatkan contengan pada dinding gua.

Selain itu aspek penyelenggaraan yang tidak

menyeluruh menyebabkan kemudahan yang

disediakan seperti tangga tali tidak boleh

digunakan akibat reput dan rosak. Ini

menyebabkan kawasan ini tidak digemari

oleh pelancong yang semakin berkurangan.

v. Hutan Simpan Bukit Taching

Hutan Simpan Bukit Taching yang terletak kira-kira 8km dari Pekan Benta dalam Mukim Budu

merupakan sebuah tarikan pelancongan rekreasi yang popular dengan kehadiran pelbagai spesis

fauna dan flora terutamanya Bunga Rafflesia yang merupakan spesis bunga terbesar didunia.

Kawasan ini telah dibangunkan sejak tahun 1990 dengan beberapa kemudahan asas yang

mendapat sambutan menggalakkan dari pelancong domestik dan antarabangsa.

Isu utama yang dikenalpasti bagi Hutan Simpan Bukit Taching adalah kemudahan dan tapak

yang tidak diselenggara dengan baik serta berada dalam keadaan yang tidak memuaskan

sebagai tarikan pelancongan antarabangsa.

Pemandangan Luar Gua Bama Gua Bama

Hutan Simpan Bukit Taching Bunga Rafflesia di Bukit Taching

Page 5: BAB 6 6.4 Pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.4 Pelancongan.pdf · Taman Negara Merapoh adalah kurangnya pelancong yang mengunjungi kawasan

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 69

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

vi. Taman Tasik Burung Mandi

Taman Tasik Burung Mandi yang terletak kira-

kira 45km dari Bandar Kuala Lipis merupakan

kawasan rekreasi berkeluasan 81 hektar

dengan 4 tasik buatan di atas tapak bekas

lombong bijih timah.

Kawasan ini juga kaya dengan khazanah

hutan hujan tropika yang mempunyai

kepelbagaian flora dan fauna. Tambahan

pula, sesuai dengan nama Taman Tasik

Burung Mandi, taman ini turut menjadi habitat

serta tempat persinggahan beratus spesis

burung liar.

Selain itu, kawasan ini menjadi tumpuan

peminat acara motor lasak yang melibatkan

peserta dalam dan luar negara disebabkan

kawasan topografinya yang sesuai dan

mencabar. Penganjuran acara sukan ekstrem

ini telah membawa masuk ramai pelancong

ke kawasan ini serta memberi kesan positif

kepada ekonomi penduduk setempat.

Walaubagaimanapun, ianya perlu diteruskan

dan dijadikan acara tahunan untuk menjadi

pemangkin kepada pembangunan ekonomi

kawasan.

Kawasan ini mempunyai potensi

pelancongan yang besar. Oleh itu, ianya

perlu proses penambahbaikan yang

berterusan bagi memberi kemudahan dan

menarik lebih ramai pelancong untuk datang

ke sini.

vii. Hutan Lipur Ulu Jeransang (Lata Serondong)

Hutan Lipur Jeransang terletak kira-kira 37km dari Bandar Kuala Lipis dalam Mukim Tanjong Besar.

Ia mempunyai keluasan sekitar 5 hektar dan terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Taching. Antara

tarikan hutan lipur ini adalah jeram-jeram sungai yang mempunyai pemandangan cantik dan

mendamaikan. Selain itu, penemuan spesis bunga Rafflesia di kawasan ini juga menjadi aset

pelancongan yang unik.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di hutan lipur ini merangkumi mandi manda, berkelah,

berkhemah serta menikmati keindahan hutan dan hidupan liar yang terdapat disini.

Walaubagaimanapun, hutan lipur belum mempunyai kemudahan yang mencukupi serta tidak

diselenggara dengan baik. Kawasan ini kelihatan terbiar dengan semak samun serta berlumut.

Justeru, hutan lipur ini memerlukan pembaikan dan penyelenggaraan berkala untuk menarik lebih

ramai pelancong serta meningkatkan peranannya menjadi sebuah tarikan pelancongan

antarabangsa.

Taman Tasik Burung Mandi Aktiviti Dirt Bike di Taman Tasik

Hutan Lipur Ulu Jeransang Pemandangan Hutan Lipur Ulu

Jeransang

Page 6: BAB 6 6.4 Pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.4 Pelancongan.pdf · Taman Negara Merapoh adalah kurangnya pelancong yang mengunjungi kawasan

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 70

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

viii. Hutan Lipur Terenggun

Hutan Lipur Jeransang terletak kira-kira 7km

dari Bandar Kuala Lipis dalam Mukim Gua. Ia

mempunyai keluasan sekitar 23 hektar

termasuk tasik yang merupakan kawasan

tadahan air bagi kawasan Ceneras dan

Terenggun.

Lokasinya yang begitu dekat dengan Bandar

Kuala Lipis menjadikannya berpotensi untuk

menjadi tarikan utama pelancongan eko

daerah. Hutan lipur ini menyediakan pelbagai

aktiviti kepada pengunjung termasuk aktiviti

riadah, memancing dan bersukan. Antara

kemudahan yang disediakan adalah taman

refleksologi, taman permainan kanak-kanak,

kolam memancing, tandas, surau dan pondok

rehat.

Antara isu yang dikenalpasti adalah aspek

penyelenggaraan yang tidak memuaskan

terutama kemudahan yang rosak dan

berlumut. Keadaan ini yang berterusan akan

menjadikan hutan lipur ini kurang menarik

kepada pelancong domestik serta gagal

untuk menarik pelancong luar.

ix. Tasik Empang Jaleh

Tasik Empang Jaleh terletak kira-kira 14km dari Bandar Kuala Lipis dengan keluasan hampir 75

hektar. Ia merupakan sebuah taman tasik yang menjadi tumpuan penduduk tempatan sebagai

tempat rekreasi bersama keluarga. Antara aktiviti yang disediakan di Tasik Empang Jaleh adalah

kayak, perkhemahan, kawasan memancing, dan kemudahan joging serta pejalan kaki.

Selain itu ia juga mempunyai kemudahan golf 18 lubang yang berpotensi membawa masuk

pelancong domestik serta menyemarakkan ekonomi setempat disebabkan lokasinya berdekatan

laluan utama Kuala Lumpur – Kota Bharu. Walaubagaimanapun, padang golf ini telah ditutup dan

tidak lagi digunakan.

Pemandangan Tasik Empang Jaleh Tasik Empang Jaleh

Hutan Lipur Terenggun

Page 7: BAB 6 6.4 Pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.4 Pelancongan.pdf · Taman Negara Merapoh adalah kurangnya pelancong yang mengunjungi kawasan

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 71

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

Jadual 6.4.2 : Analisa SWOT Bagi Tarikan-Tarikan Pelancongan Eko Daerah Lipis

Tempat Tarikan Kekuatan

(Strength)

Kelemahan

(Weakness)

Peluang

(Opportunity

Ancaman

(Threat)

1. Taman Negara Merapoh

• Kawasan tarikan yang menarik pelancong tempatan dan antarabangsa

• Mempunyai sumberjaya yang pelabagai seperti o Hutan simpan o Gua Gajah dan Gua Peningat, o Air terjun, Sungai Relau o Santuari ikan kelah o Lebih 300 spesis burung hutan o flora dan fauna yang unik.

• Mempunyai kemudahan pelancongan yang mencukupi seperti chalet/asrama, trek ke Gunung Tahan, trek kenderaan 4WD, menara pandang, tapak perkhemahan dan kawasan mandi/berkelah.

• Ketiadaan landasan terbang untuk menarik lebih ramai pelancong antarabangsa.

• Berpotensi menjadi pintu utama ke Taman Negara kerana lokasi stretegik dan kepelbagaian sumberjaya yang ada.

• Mempromosi aktiviti melihat ikan kelah secara dekat di dalam habitat asal yang tiada di tempat lain.

• Mempromosi aktiviti pemanduan 4WD waktu malam menggunakan lampu suluh untuk melihat akitiviti hidupan nokturnal yang aktif dan unik.

• Mempromosi aktiviti jelajah Gua Gajah dan Gua Peningat yang terletak kurang 10km dari Kuala Juram.

• Laluan pejalan kaki di sekitar Kem Sg. Relau dan Kuala Juram yang berlumut dan tidak dibersihkan.

• Kebanyakan pelancong hanya melalui kawasan ini untuk trekking ke Gunung Tahan.

2. Taman Rimba Kenong

• Kawasan tarikan yang menarik pelancong tempatan dan antarabangsa

• Mempunyai sumberjaya yang pelabagai seperti o Hutan simpan o Perkampungan Orang Asli (Batek) o Gua sungai, jeram o Pelbagai spesis burung hutan o flora dan fauna yang unik.

• Mempunyai kemudahan pelancongan yang mencukupi seperti jeti, chalet/asrama, trek hutan, dan tapak perkhemahan.

• Keadaan laluan darat melalui Felda Kechau yang rosak dan tidak diselenggara dengan baik.

• Mempromosi aktiviti jelajah gua melalui sungai menggunakan ot merangkumi Gua Batu Tangga, Gua Harimau dan Gua Talahup yang memberi pengalaman sangat unik dan istimewa kepada pelancong.

• Penambahbaikan Jeti Sg. Jelai dan Jeti Tanjung Kiara supaya boleh menampung lebih ramai pelancong.

• Mempromosi perkampungan kaum Batek dalam agenda lawatan pelancong ke sini.

• Laluan pejalan kaki di sekitar chalet Persona Rimba Park yang berlumut serta boleh membahayakan pelancong.

3. Kawasan Rekreasi Sungai Yu

• Mempunyai aksesibiliti yang tinggi kerana lokasinya bersebelahan jalan utama Kuala Lipis – Merapoh.

• Mempunyai sumberjaya sungai dan suasana hutan.

• Kemudahan pelancongan merangkumi tapak mandi/berkelah, wakaf, tandas, surau dan tong sampah.

• Ketiadaan infrastruktur perniagaan seperti gerai dan pusat jualan disediakan sebagai sumber ekonomi kepada penduduk setempat.

• Berpotensi menjadi pusat persinggahan untuk pengguna jalanraya ke Kelantan.

• Penyediaan tapak-tapak gerai boleh membantu penduduk setempat mempertingkat ekonomi serta menambah tarikan kepada pelancong untuk singgah dan berehat..

• Kemudahan awam seperti tandas yang tidak diseleggara dengan baik menyebabkan pelancong tidak mahu datang ke sini.

• Surau yang tidak mempunyai kemudahan air bersih menyukarkan pengguna dan pengunjung.

Page 8: BAB 6 6.4 Pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.4 Pelancongan.pdf · Taman Negara Merapoh adalah kurangnya pelancong yang mengunjungi kawasan

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 72

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

Tempat Tarikan Kekuatan

(Strength)

Kelemahan

(Weakness)

Peluang

(Opportunity

Ancaman

(Threat)

4. Gua Bama

• Mempunyai aksesibiliti yang tinggi kerana lokasinya berdekatan Bandar Kuala Lipis (10km) serta dihubungkan dengan kemudahan jalanraya yang baik.

• Mempunyai sumberjaya gua batu kapur dan tasik serta tapak perkhemahan.

• Terletak di dalam kawasan kampung Sg. Relong yang mempunyai kemudahan seperti surau dan gerai-gerai jualan.

• Ketiadaan kemudahan asas dan aspek penyelenggaraan yang sangat lemah menyebabkab pelancong tidak mahu datang kesini.

• Berpotensi menjadi pusat tarikan pelancongan kerana sistem gua batu kapur yang unik serta lokasinya yang sangat strategik.

• Langkah sewajarnya perlu diambil untuk membaiki keadaan kawasan dan menjadikannya tarikan pelancongan yang sepatunya.

• Kemudahan pelancongan seperti jambatan gantung yang reput serta keadaan gua yang tercemar dengan aktiviti vandalisma merosakkan imej kawasan.

5. Hutan Simpan Bukit Taching

• Mempunyai sumberjaya hutan dan flora yang unik termasuk Bunga Rafflesia

• Mempunyai kemudahan asas untuk kegunaan pelancong.

• Ketiadaan infrastruktur perniagaan seperti gerai dan pusat jualan disediakan sebagai sumber ekonomi kepada penduduk setempat.

• Kemudahan asas tidak diselenggara.

• Berpotensi menjadi pusat tarikan pelancongan kerana penemuan Bunga Rafflesia di dalam habitat asal yang tiada berlaku pencemaran dan pencerobohan.

• Kemudahan asas seperti jalan masuk tidak diselenggara boleh menghalan pelancong daripada datang kesini.

6. Taman Tasik Burung Mandi

• Mempunyai sumberjaya hutan, tasik dan fauna (burung) yang unik

• Mempunyai kemudahan untuk aktiviti sukan motor lasak yang menarik penyertaan peserta antarabangsa.

• Ketiadaan infrastruktur perniagaan seperti gerai dan pusat jualan disediakan sebagai sumber ekonomi kepada penduduk setempat.

• Ketiadaan kemudahan asas untuk kegunaan pelancong disediakan.

• Penganjuran acara sukan motor tahunan boleh membawa masuk ramai pelancong ke kawasan ini serta memberi kesan positif kepada ekonomi penduduk setempat.

• Mempromosi aktiviti memerhati burung-burung liar yang menjadikan kawasan tasik sebagai tapak persinggahan.

• Kemudahan asas untuk kegunaan pelancong tidak disediakan boleh menghalang pelancong daripada datang kesini.

• Sebarang pembangunan perlu memastikan ekosistem yang menarik kedatangan burung-burung liar tidak terganggu.

7. Hutan Lipur Ulu Jeransang

• Mempunyai sumberjaya hutan, sungai serta kemudahan asas.

• Ketiadaan kemudahan perniagaan seperti gerai disediakan sebagai sumber ekonomi kepada penduduk setempat.

• Berpotensi menjadi pusat tarikan pelancongan kerana penemuan Bunga Rafflesia di dalam habitat asal.

• Keadaan kawasan yang terbiar menjejaskan peranannya sebagai tarikan pelancongan.

8. Hutan Lipur Terenggun

• Mempunyai aksesibiliti yang tinggi iaitu 7km dari Kuala Lipis serta dihubungkan dengan kemudahan jalanraya yang baik.

• Mempunyai sumberjaya tasik, hutan serta kemudahan pelancongan yang lengkap.

• Aspek penyelenggaraan yang sangat lemah menyebabkab kebanyakan kemudahan tidak boleh digunakan.

• Berpotensi menjadi pusat tarikan pelancongan kerana lokasinya yang strategik dan aktiviti memancing serta santai yang boleh dipromosi.

• Keadaan kawasan yang terbiar menjejaskan peranannya sebagai tarikan pelancongan.

9. Empang Jaleh

• Mempunyai sumberjaya tasik, kawasan rekreasi serta padang golf.

• Mempunyai kemudahan jalanraya yang baik.

• Aspek penyelenggaraan yang lemah menyebabkab kawasan ini kurang menarik.

• Padang golf yang telah ditutup menyebabkan kurangnya pelancong luar yang datang.

• Penjenamaan semula Empang Jaleh sebagai kawasan rekreasi tasik yang lengkap boleh menarik pelancong tempatan dan antarabangsa ke Daerah Lipis.

• Keadaan kawasan yang terbiar menjejaskan peranannya sebagai tarikan pelancongan.

Sumber : Kajian RTD Lipis 2010

Page 9: BAB 6 6.4 Pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.4 Pelancongan.pdf · Taman Negara Merapoh adalah kurangnya pelancong yang mengunjungi kawasan

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 73

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

Rajah 6.4.1: Pelan taburan pusat pelancongan Daerah Lipis

Page 10: BAB 6 6.4 Pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.4 Pelancongan.pdf · Taman Negara Merapoh adalah kurangnya pelancong yang mengunjungi kawasan

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 74

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

6.4.2.2 Pelancongan Budaya dan Warisan

Daerah Lipis, terutamanya Bandar Kuala Lipis

mempunyai warisan sejarah zaman kolonial

yang amat penting untuk dipelihara dan

dihayati oleh generasi sekarang sebagai

monumen sejarah dan juga sebagai produk

pelancongan. Pihak British menjadikan Kuala

Lipis sebagai pusat pentadbiran dimana

Residen British pada masa itu mempunyai

kediaman rasmi di Kuala Lipis. Bandar Kuala

Lipis juga merupakan ibu negeri Pahang

selama 57 tahun bermula dari tahun 1898

sehinggalah tahun 1955 apabila fungsi itu

diambilalih oleh Kuantan sehingga sekarang.

Sehingga kini, peninggalan British dapat dilihat

dengan jelas melalui bangunan-bangunan

rasmi yang dibina sewaktu era

penjajahannya. Sejarah kolonial yang hebat

berserta dengan bangunan-bangunan yang

dibina menjadi salah satu keunikan dan daya

tarikan ke Daerah Lipis terutamanya Bandar

Kuala Lipis.

Jadual 6.4.3 : Sumber-Sumber Pelancongan Budaya dan Warisan

Kategori Produk Tempat Tarikan

Tumpuan Pelancong

Tempatan Domestik Antarabangsa

Bangunan

Bersejarah

1. SMK Clifford √ √

2. Malay Hostel √ √

3. Banguna Pej. Tanah dan Daerah Lipis √ √

4. Pahang Club √ √

5. Rumah Rehat Bukit Residen √ √ √

6. Masjid Negeri √ √ √

7. Stesen Keretapi Lipis √ √ √

8. Asrama Jururawat Hospital Lipis √ √

9. Rumah Kediaman Pegawai Daerah √ √

10. Rumah Bekas Kediaman SUK Pahang √ √ √

11. Istana Hinggap √ √ √

12. Pejabat Pos Lipis √ √ √

13. Bangunan Gudhwara Sikh Lipis √ √ √

14. Tokong Thean Hou √ √ √

Pelancongan

Budaya

1. Homestay Kg. Kuala Medang √ √

2. Perkampungan Orang Asli Pos Betau √ √

3. Perusahaan Gula Kabung, Benta √ √

Tarikan Dalam

Bandar

1. Zoo Lipis √ √

2. Batu Penanda ‘0’ √ √ √

Sumber : Kajian RTD Lipis 2010

SMK Clifford Bangunan Pejabat Tanah

dan DaerahLipis Pahang Club

Malay Hostel

Page 11: BAB 6 6.4 Pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.4 Pelancongan.pdf · Taman Negara Merapoh adalah kurangnya pelancong yang mengunjungi kawasan

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 75

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

a. Bangunan Bersejarah

Pihak Majlis Daerah Lipis dan Jabatan Warisan

telah mengenalpasti 14 buah bangunan

bersejarah yang mempunyai keunikan dan

potensi yang besar sebagai tarikan

pelancongan warisan, sejarah dan budaya.

i. Sekolah Menengah Clifford

Sekolah Menengah Clifford bermula pada

tahun 1913 sebagai Government English

School. Banguna utama berbentuk D telah

dibina pada tahun 1926 dan masih lagi

digunakan sehingga hari ini.

ii. Malay Hostel

Bangunan Malay Hostel yang terletak di

dalam kawasan Sekolah Menengah Clifford

siap dibina pada tahun 1926 sebagai

kemudahan asrama kepada pelajar sekolah.

Keadaan bangunan masih kekal baik dan

terpelihara dengan sempurna.

iii. Bangunan Pejabat Tanah dan Daerah Lipis

Bangunan ini siap dibina pada tahu 1919 dan menjadi bangunan pentadbiran utama bagi Negeri

Pahang pada masa itu. Apabila Bandar Kuantan menjadi ibu negeri Pahang pada tahun 1955,

bangunan pentadbiran ini dijadikan Pejabat Tanah dan Daerah Lipis sehingga sekarang. Keadaan

bangunan ini masih kekal baik dan dijaga serta diseleggara dengan baik.

iv. Pahang Club

Bangunan Pahang Club merupakan bangunan terawal yang dibina oleh Pihak British pada tahun

1907. Rumah ini menjadi kediaman Residen British iaitu Hugh Clifford sebelum dijadikan rumah

kelab Pahang Club sekitar tahun 1957. Walaubagaimanapun, tiada sebarang pengubahsuaian

dilakukan ke atas bangunan ini untuk mengekalkan keaslian senibinanya.

Keadaan bangunan ini masih baik dan terjaga.

v. Rumah Rehat Bukit Residen

Bangunan ini dibina pada tahun 1922 di atas puncak bukit tertinggi di Kuala Lipis. Bangunan ini

menjadi kediaman rasmi residen-residen British sehingga tahun 1942. Kemudian ianya dijadikan

asrama untuk pelajar-pelajar Sekolah Menengah Clifford sehingga tahun 1965. Selepas itu

bangunan ini telah ditutup sehinggalah tahun 1983 apabila ia dijadikan Rumah Rehat Kerajaan

sehingga sekarang.

Keadaan bangunan adalah di dalam keadaan baik. Ia juga diselenggara mengguna skim warna

asal bangunan.

Masjid Negeri 1888 Stesen Keretapi Kuala Lipis Rumah Rehat Bukit Residen Asrama Jururawat Hospital

Lipis

Page 12: BAB 6 6.4 Pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.4 Pelancongan.pdf · Taman Negara Merapoh adalah kurangnya pelancong yang mengunjungi kawasan

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 76

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

vi. Masjid Negeri

Bangunan Masjid Negeri telah dibina pada

tahun 1888 oleh seorang saudagar Arab

bernama Habib Hassan. Keadaan bangunan

terjaga dengan sempurna dan masih menarik.

vii. Stesen Keretapi Kuala Lipis

Stesen Keretapi Kuala Lipis memulakan

perkhidmatannya pada tahun 1926 sebagai

laluan darat pertama merentasi Daerah Lipis.

Ia menjadi sumber terpenting pengangkutan

penduduk setempat. Produk-produk ekonomi

Daerah Lipis juga dikeluarkan menggunakan

perkhidmatan keretapi seperti hasil emas dan

bijih.

viii. Asrama Jururawat Hospital Lipis

Bangunan ini telah dibina pada tahun 1926

untuk dijadikan tempat tinggal jururawat yang

berkhidmat di Hospital Lipis. Bangunan asrama

ini masih kekal terpelihara seperti dulu dan

diselenggara dengan baik.

ix. Kediaman Pegawai Daerah

Bangunan ini terletak di atas tapak kubu Orang Kaya Haji Wan Daud yang ketika itu memerintah

Lembah Sungai Lipis. Pihak British membina bangunan rumah ini pada tahun 1929 untuk menjadi

kediaman W.C Mitchell yang menjadi pentadbir serta pembantu kepad Hugh Clifford pada waktu

itu.

x. Bangunan Bekas Kediaman Setiausaha Kerajaan Pahang

Bangunan bersejarah ini siap dibina pada tahun 1920 dan terletak di atas Bukit Bius. Ia menjadi

kediaman Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang termasuklah Allahyarham Tun Abdul Razak.

Bangunan ini telah dibaiki dan dibuka sebagai sebuah muzium yang menempatkan bahan-bahan

sejarah Daerah Lipis.

xi. Istana Hinggap

Pada asalnya bangunan yang siap dibina pada tahun 1926 di atas Bukit Bius merupakan

kediaman pegawai-pegawai British. Bermula pada tahun 1948 hingga 1955 ia menjadi kediaman

rasmi Menteri Besar Pahang. Selepas itu ia telah dibaikpulih dan diindahkan sebagai Istana

Hinggap DYMM Sultan Pahang dan kekal terpelihara sehingga sekarang.

xii. Pejabat Pos Lipis

Bangunan pejabat pos di Jalan Besar Kuala Lipis ini dibina pada tahun 1910. Bangunan ini telah

menjalani pelbagai proses naiktaraf dan pengubahsuaian untuk menyesuaikan fungsinya sebagai

sebuah pejabat pos yang moden dan terbaik di Malaysia.

Pejabat Pos Lipis Tokong Thean Hou Istana HInggap Bangunan Bekas

Kediaman SUK Pahang

Page 13: BAB 6 6.4 Pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.4 Pelancongan.pdf · Taman Negara Merapoh adalah kurangnya pelancong yang mengunjungi kawasan

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 77

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

xiii. Bangunan Gudhwara Sikh

Bangunan ibadat kaum Sikh ini telah dibina

pada tahun 1918 untuk kegunaan masyarakat

Sikh yang menjadi askar, polis dan pekerja

British. Ia menjadi bukti sejarah bermulanya

penempatan kaum Sikh di dalam Daerah

Lipis. Keadaan bangunan masih kukuh dan

digunakan. Namun demikian, keadaan

persekitaran bangunan perlu diseleggara

untuk mengekalkan fungsinya sebagai salah

satu tarikan pelancong.

xiv. Tokong Thean Hou

Tokong yang terletak di Jalan Jelai ini telah

dibina pada tahun 1898 oleh masyarakat

Cina yang mendiami kawasan tersebut.

Kedudukan tokong ini di tengah pusat bandar

Lipis menjadikannya satu tarikan kepada

pelancong tempatan dan luar negara yang

berminat dengan sejarah dan struktur

bangunan yang dijaga dengan baik. Selain

daripada 14 bangunan bersejarah yang telah

dikenalpasti ini, terdapat juga tarikan-tarikan

lain pelancongan warisan yang terdapat di

Bandar Kuala Lipis.

Selain daripada 14 bangunan bersejarah yang dikenalpasti, bandar Kuala Lipis juga mempunyai

tarikan-tarikan bersejarah yang lain yang berpotensi untuk dipertingkatkan sebagai aset

pelancongan daerah iaitu:

i. Zoo Lipis

Zoo Lipis yang berkeluasan 0.4 ekar terletak di atas Bukit Bius kira-kira 1.5km dari pusat bandar

Kuala Lipis. Walaupun keluasannya agak kecil dan tidak mempunyai haiwan-haiwan besar seperti

gajah, Zoo Lipis tetap menarik kerana lokasinya yang sangat dekat dengan pusat bandar. Namun

demikian, ketiadaan laluan pejalan kaki yang disediakan menyebabkan Zoo Lipis ini agak tersorok

dan sukar dikunjungi oleh pelancong yang tidak memandu kenderaan sendiri.

ii. Batu Penanda 0

Batu penanda jalan ini merupakan satu-satunya batu yang mempunyai penanda hanya angka

‘0’ di Malaysia. Ianya masih kekal di tempat asal iaitu berhadapan dengan Pejabat Pos Lipis dan

masih dalam keadaan yang baik. Batu jalan ini mempunyai fungsi sejarah yang tinggi kerana ia

menandakan permulaan sukatan jarak bagi Negeri Pahang yang ketika itu bermula dari Kuala

Lipis. Namun demikian, tidak ramai pelancong yang menyedari signifikan batu penanda jalan ini

kepada Bandar Kuala Lipis. Oleh itu terdapat keperluan untuk membangunkan satu papan

informasi lengkap di sekitar batu penanda bersejarah ini untuk memberi maklumat yang tepat

kepada pelancong.

Zoo Lipis Batu Penanda 0

Page 14: BAB 6 6.4 Pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.4 Pelancongan.pdf · Taman Negara Merapoh adalah kurangnya pelancong yang mengunjungi kawasan

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 78

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

Rajah 6.4.2: Pelan taburan pusat pelancongan bandar Kuala Lipis

Page 15: BAB 6 6.4 Pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.4 Pelancongan.pdf · Taman Negara Merapoh adalah kurangnya pelancong yang mengunjungi kawasan

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 79

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

b. Pelancongan Budaya

i. Homestay Kuala Medang

Kampung Kuala Medang terletak di dalam

Mukim Ulu Jelai kira-kira 51km dari Bandar

Kuala Lipis. Ia boleh dihubungi secara terus

daripada Kuala Lipis, Raub dan Cameron

Highland melalui Felda Sg. Koyan. Kg. Kuala

Medang merupakan sebuah perkampungan

tradisi di pendalaman yang masih

mengekalkan budaya masyarakat Melayu

dalam kehidupan seharian. Selain itu, ia juga

terletak di dalam persekitaran semulajadi

yang bersih serta hijau mendamaikan.

Homestay Kuala Medang juga menawarkan

kemudahan penginapan unik untuk para

pelancong dimana mereka akan tinggal

bersama keluarga tuan rumah dan merasai

hidup sebagai seorang petani tradisional

sambil menghayati budaya tempatan dan

persekitaran semulajadi yang indah.

Kajian mendapati setiap rumah yang

menyertai program homestay ini adalah

dalam keadaan yang baik dan bersih.

Keadaan jalanraya sediada juga adalah baik,

selamat serta dilengkapi papantanda yang

mencukupi. Namun demikian, persekitaran

perkampungan terutama di sepanjang jalan

masuk perlulah diselenggara secara berkala

untuk mengelakkan semak dan kerosakan

yang boleh merosakkan imej perkampungan

sebagai satu tarikan pelancongan

antarabangsa.

ii. Koridor Pelancongan Cameron Highland – Kuala Lipis (Pos Betau)

Pembukaan laluan Cameron Highland – Kuala Lipis yang melalui Felda Sg. Koyan telah

menyediakan laluan darat secara terus ke Cameron Highland kepada penduduk Pahang. Laluan

ini juga melalui petempatan Felda Sungai Koyan dan beberapa petempatan orang asli

terutamanya Pos Betau.

Dengan jumlah pelancong yang besar dijangka menggunakan laluan ini, wajarlah kawasan ini

mengambil peluang untuk mempertingkatkan ekonomi setempat. Pos Betau boleh dibangunkan

sebagai pusat perhentian bersepadu yang dilengkapi dengan program homestay dan

sebagainya yang menonjolkan budaya masyarakat orang asli yang kaya dan unik.

iii. Kg. Peruang, Benta (Perusahan Tradisi Gula Kabung)

Perusahaan tradisi membuat gula kabung yang diusahakan di Kg. Peruang secara turun-temurun

mempunyai potensi untuk di promosikan sebagai tarikan pelancongan. Selain produk iaitu gula

kabung yang boleh dipromosi serta dijual kepada pelancong dan pelawat, proses peyediaan

gula kabung juga boleh menjadi satu tarikan kepada pelancong terutama pelancong luar yang

berminat dengan budaya tempatan.

Homestay Kuala Medang

Laluan ke Cameron Highland

Aktiviti Mebuat Gula Kabung di

Kg. Peruang

Budaya Masyarakat Orang Asli di

Pos Betau

Page 16: BAB 6 6.4 Pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.4 Pelancongan.pdf · Taman Negara Merapoh adalah kurangnya pelancong yang mengunjungi kawasan

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 80

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

Jadual 6.4.4 : Analisa SWOT Bagi Tarikan-Tarikan Pelancongan Warisan dan Budaya Daerah Lipis

Tempat Tarikan Kekuatan

(Strength)

Kelemahan

(Weakness)

Peluang

(Opportunity

Ancaman

(Threat)

Bangunan Bersejarah

1. 14 Bangunan Bersejarah

• Mempunyai aksesibiliti yang tinggi kerana lokasi kesemua bangunan di dalam pusat bandar Kuala Lipis.

• Kesemua bangunan masih berfungsi dan diselenggara dengan baik.

• Mempunyai kemudahan pusat penerangan sehenti serta penunjuk arah untuk kesemua 14 bangunan bersejarah.

• Ketiadaan kemudahan pejalan kaki yang menyambungkan kesemua bangunan bersejarah menyukar pelancong terutamanya pelancong luar negara yang tiada kenderaan untuk melawat bangunan-bangunan ini.

• Berpotensi menjadi tarikan utama ke bandar Kuala Lipis sebagai bandar kolonial yang unik dan tersendiri.

• Promosi penjualan kraftangan bertemakan bangunan bersejarah yang dibuat oleh penduduk tempatan untuk dijual kepada pelancong sebagai momento kedatangan mereka ke Daerah Lipis.

• Program pelancongan bandar berkembar dengan Roehampton boleh menggalakkan pelancong dari United Kingdom untuk datang ke Lipis

• Ketiadan program promosi kepada pelancong luar boleh menyebabkan Kuala Lipis tertinggal dari aspek pendapatan pelancongan.

• Keperluan untuk menyediakan infrastruktur yang menyokong tema bandar kolonial serta bangunan bersejarah sediada seperti taman awam berkonsepkan English Garden dan sebagainya.

Tarikan Dalam Bandar

2. Zoo Lipis

• Merupakan satu-satunya zoo di dalam Daerah Lipis.

• Lokasi strategik di Bukit Bius hanya 1.5km dari pusat bandar

• Ketiadaan kemudahan pejalan kaki dari pusat bandar.

• Berpotensi menjadi tarikan utama ke bandar Kuala Lipis selain daripada bangunan bersejarah.

• Kekurangan papantanda ke kawasan ini dari arah bandar menyebabkan ia kurang dikunjungi pelancong luar.

3. Batu Penanda ‘0’

• Merupakan satu-satunya zoo di dalam Daerah Lipis.

• Ketiadaan papan informasi dan kawasan khas tempat letak kenderaan pelancong.

• Berpotensi menjadi ‘photo spot’ dimana pelancong boleh berhenti untuk mengambil gambar dan membeli cenderahati.

• Kedudukannya di tepi jalan yang sempit menyukarkan pelancong untuk berhenti dan mengambil gambar.

Pelancongan Budaya

4. Homestay Kuala Medang

• Menyediakan program penginapan di rumah orang Melayu dan Orang Asli.

• Mempunyai sumber jaya kampung tradisi, hutan, air tejun dan sungai

• Kekurangan papantanda ke kawasan ini dari arah jalan yang berbeza.

• Berpotensi menjadi tarikan utama kepada pelancong luar yang ingin merasai kehidupan perkampungan tradisional di Malaysia.

• Kekurangan penyelenggaraan menyebabkan jalan utama agak semak boleh merosakkan imej kampung yang aman dan harmoni.

5. Koridor Jalanraya Kuala Lipis –

Cameron Highland

• Merupakan laluan utama penduduk Pahang untuk ke Cameron Highland melalui Felda Sg. Koyan dan Pos Betau di Daerah Lipis.

• Ketiadaan hentian rehat yang sempurna di sepanjang laluan ini.

• Pembinaan hentian rehat berpotensi menjadi pusat budaya dan produk Orang Asli serta hasil pertanian kawasan sekitar.

• Kegagalan untuk mengexploitasi peluang ekonomi untuk penduduk setempat akan menyebabkan Daerah Lipis terus terpinggir.

6. Perusahaan tradisi membuat

gula kabung di Kg. Peruang,

Benta

• Merupakan perusahaan tradisi yang unik yang diamalkan secara turun termurun.

• Ketiadaan papantanda arah serta pakej pelancongan yang mempromosi perusahaan gula kabung.

• Berpotensi menjadi tarikan kepada pelancong luar yang meminati budaya tempatan.

• Tanpa sokongan seperti pakej pelancongan, perusahaan tradisi ini mungkin akan terhenti kerana tidak mampu menjana pendapatan kepada penduduk.

Sumber : Kajian RTD Lipis 2010

Page 17: BAB 6 6.4 Pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.4 Pelancongan.pdf · Taman Negara Merapoh adalah kurangnya pelancong yang mengunjungi kawasan

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 81

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

6.4.2.3 Pelancongan Agro

Guna tanah terbesar bagi Daerah Lipis

selepas gunatah perhutanan adalah guna

tanah pertanian. Oleh itu, wajarlah sektor

pertanian iaitu sumber ekonomi terpenting

daerah ini ditambahnilai dengan

menjadikannya salah satu aset pelancongan

yang berpotensi tinggi.

Terdapat beberapa produk pelancongan

agro sediada yang boleh dipertingkatkan

untuk menarik lebih ramai pelancong ke

daerah ini.

Jadual 6.4.5 : Sumber-Sumber Pelancongan Agro Daerah Lipis

Kategori Produk Tempat Tarikan

Tumpuan Pelancong

Tempatan Domestik Antarabangsa

Agro Lancong 1. Ladang Felda Sg. Koyan √ √

2. Hentian Kg. Binjai √ √

Sumber : Kajian RTD Lipis 2010

i. Ladang dan Dusun Felda Sg.Koyan

Felda Sg. Koyan sememang sudah terkenal sebagai ladang kelapa sawit dan juga dusun buah-

buahan di Daerah Lipis. Dengan peningkatan jumlah pelancong yang menggunakan laluan

Cameron Highland – Kuala Lipis saban hari, produk-produk pertanian dari Felda Sg. Koyan boleh

dipasarkan sebagai produk agro-lancong.

ii. Hentian Kg. Binjai

Hentian Kg. Binjai merupakan kawasan lay-by yang terletak di Laluan Persekutuan 8 (Central Spine

Road) yang menghubungkan Kuala Lipis dengan Raub. Terdapat lebih daripada 5 buah gerai

yang menjual jagung manis yang ditanam di Kg. Binjai. Kawasan ini turut dilengkapi dengan

tempat letak kereta dan surau sebagai kemudahan untuk pelancong singgah dan membeli

produk pertanian.

Pusat jualan ini perlu ditambahnilai dengan produk pertanian yang pelbagai ebagai tarikan untuk

menggalakkan kedatangan pengunjung.

Ladang Kelapa Sawit Felda

Sg. Koyan

Ladang Jagung Kg. Binjai

Page 18: BAB 6 6.4 Pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.4 Pelancongan.pdf · Taman Negara Merapoh adalah kurangnya pelancong yang mengunjungi kawasan

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 82

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

6.4.3 Analisa Kemudahan Sokongan Pelancongan

Kemudahan sokongan pelancongan

merangkumi kemudahan penginapan,

pengangkutan, agensi pelancongan dan

kemudahan atau infrastruktur asas.

6.4.3.1 Kemudahan Penginapan

Kemudahan penginapan merupakan antara

kemudahan sokongan terpenting bagi sektor

pelancongan. Kemudahan ini penting kerana

pelancong memerlukan kemudahan

penginapan yang selamat dan selesa di lokasi

yang strategik untuk melawat dan mengikuti

semua aktiviti pelancongan yang terdapat di

sekitar kawasan tersebut. Kemudahan

penginapan juga adalah antara

penyumbang utama ekonomi bagi sektor

pelancongan.

Kemudahan penginapan yang merangkumi

pelbagai jenis dan harga akan memberi

pilihan kepada pelancong serta membantu

meningkatkan jumlah pelancong yang

datang. Pada masa ini terdapat kira-kira 15

buah hotel yang merangkumi hotel 2-3

bintang, hotel bajet serta rumah rehat yang

dibuka di Daerah Lipis dengan penawaran

sekitar 314 buah bilik pelbagai saiz seperti

yang ditunjukkan dalam Jadual 6.4.6.

Walaubagaimanapun 6 daripada hotel-hotel

ini adalah premis-premis kecil di atas rumah-

rumah kedai sediada. Kajian mendapati

hanya ada 3 hotel di Daerah Lipis yang

menawarkan lebih daripada 50 bilik serta

mempunyai kemudahan yang lebih

sempurna. Jadual 6.4.7 menyenaraikan hotel-

hotel utama yang terdapat di Daerah Lipis.

Jadual 6.4.6 : Bilangan Hotel dan Penawaran Bilik Sediada Daerah Lipis

Daerah

Kategori Bilik Jumlah

Bilik

Jumlah

Hotel

1-10 11-50 51-100 101-300 301 Keatas

Lipis 6

(37 bilik)

6

(104 bilik)

3

(173 bilik) - - 314 15

Sumber : Kajian RTD Lipis 2010

Jadual 6.4.7: Senarai Hotel-Hotel Utama Di Daerah Lipis

Bil. Nama Hotel Lokasi Jumlah

Bilik

Tarif Bilik

(RM)

Taraf

Bintang

1 Lipis Plaza Hotel Kompleks Taipan,

Jalan Benta Lipis 51 75 - 350 ���

2 Hotel Centrepoint Lipis Kompleks Centrepoint 69 70 - 238 ��

3 Lipis Valley Inn Jalan Bukit Bius 53 80 - 150 ��

4 Hotel Bestari Bandar Baru Lipis 20 68 - 180 t/m

5 Hotel Poly Star Jalan Bukit Bius 10 50 - 75 Bajet

6 Rumah Rehat Bukit Residen Bukit Residen 16 60 - 150 3 Orkid

7 Rumah Rehat Tanjung Lipis Kuala Lipis 13 70 - 90 2 Orkid

8 Rumah Rehat Bukit Bius Bukit Bius 6 40 - 120 t/m

9 Hotel Jelai Jalan Bukit Bius 17 50 - 80 Bajet

10 Hotel Jelai (Jalan Jelai) Jalan Jelai 22 50 - 80 Bajet

11 Hotel London Jalan Besar 16 20 - 53 Bajet

12 New Central Hotel Jalan Besar 7 20 - 50 Bajet

13 Hotel Lipis (Appu’s Guesthouse) Jalan Besar 7 20 - 50 Bajet

14 Tong Kok Hotel Jalan Besar 7 20 - 50 Bajet

15 Weng Lok Hotel Jalan Besar t/m 20 - 50 Bajet

Sumber : Kajian RTD Lipis 2010

Page 19: BAB 6 6.4 Pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.4 Pelancongan.pdf · Taman Negara Merapoh adalah kurangnya pelancong yang mengunjungi kawasan

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 83

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

Selain daripada hotel, terdapat kemudahan

penginapan lain yang disediakan untuk

pelancong ke Daerah Lipis iaitu dalam bentuk

kemudahan asrama iaitu di kawasan Taman

Negara Merapoh dan Taman Rimba Kenong,

serta kemudahan rumah homestay di

Kampung Kuala Medang.

Secara keseluruhan terdapat 15 chalet, 81

rumah homestay, 4 asrama dengan 80 bilik,

dan 76 tapak perkhemahan seperti yang

ditunjukkan di dalam Jadual 6.4.8.

Kewujudan kemudahan penginapan ini juga

berkaitan dengan golongan dan tujuan

pelawat ke Daerah Lipis yang boleh disifatkan

terdiri daripada empat (4) tujuan utama iaitu

pakej lawatan melancong, kembara taman

rimba, menghadiri seminar/ bengkel/ latihan,

urusan perniagaan dan merasai pengalaman

tinggal di desa. Jadual 6.4.9 menunjukkan

gambaran jenis penginapan dengan

golongan pelawat.

Jadual 6.4.8 : Bilangan Chalet, Asraman dan Homestay Sediada Daerah Lipis

Lokasi Chalet Rumah

Homestay Asrama

Tapak

Khemah

Taman Negara Merapoh 15 - 2 (40 katil) 20

Taman Rimba Kenong - 10 2 (40 katil) 49

Homestay Kuala Medang - 71 - 7

Jumlah 15 81 4 (80 katil) 76

Sumber : Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser 2008

Jadual 6.4.9: Hubungkait Jenis Kemudahan Penginapan dengan Pelawat dan Tujuan Lawatan

Lokasi Golongan Pelancong Tujuan Lawatan

1. Hotel (2-3 bintang) � Pelancong Domestik

� Pelancong Antarabangsa

Melancong

Urusan perniagaan

Seminar

2. Hotel Bajet � Pelancong Domestik

� Pelancong Antarabangsa

Melancong

Urusan perniagaan

3. Rumah Rehat � Pelancong Domestik

� Pelajar IPT

Melancong

Lawatan Pendidikan

4. Chalet / Asrama � Pelancong Tempatan

� Pelancong Domestik

� Pelancong Antarabangsa

Kembara Hutan, Sungai dan Gunung

5. Homestay � Pelancong Domestik

� Pelancong Antarabangsa

Menyelami cara hidup tradisional dan

budaya masyarakat Melayu dan Orang Asli.

Sumber : Kajian RTD Lipis 2010

Page 20: BAB 6 6.4 Pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.4 Pelancongan.pdf · Taman Negara Merapoh adalah kurangnya pelancong yang mengunjungi kawasan

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 84

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

Kajian telah memperolehi pelbagai

maklumbalas daripada beberapa pengusaha

hotel di Kuala Lipis. Antara isu utama yang

dikemukakan adalah seperti keperluan

terhadap usaha promosi yang lebih pro-aktif

merangkumi:

• Kekurangan promosi mengenai tempat-

tempat tarikan eko-lancong di Daerah

Lipis selain daripada Taman Negara

Merapoh dan Taman Rimba Kenong yang

masih rendah dan terhad.

• Tahap kebersihan yang masih rendah.

• Kekurangan papan tanda yang

menunjukkan lokasi tempat-tempat

penginapan.

• Tahap kemudahan dan perkhidmatan di

kawasan rekreasi dan tarikan yang masih

rendah dan kurang penyelenggaraan.

• Kesukaran memperolehi pengangkutan

awam ke kawasan tarikan di luar pusat

bandar Kuala Lipis.

6.4.3.2 Kemudahan Agensi Pelancongan

Daripada kajiselidik yang dijalankan, terdapat

hanya 3 agensi pelancongan di Daerah Lipis

yang menyediakan pakej-pakej pelancongan

di sekitar Lipis iaitu:

• Tuah Travel & Tours Sdn Bhd

Lot 3, Tingkat 4, Lipis Centre Point

• Kiara Holidays Sdn Bhd

MARA Bazaar, Jalan Stesen

• Pan Holiday Travel & Tours Sdn Bhd

NO.13, Medan Stesyen

Daripada temubual yang dijalankan,

kesemua agensi pelancongan ini

menyediakan pakej pelancongan lengkap

yang tertumpu ke Taman Negara Merapoh

dan Taman Rimba Kenong.

6.4.3.3 Kemudahan Pengangkutan Awam

Sistem pengangkutan yang terdapat di Daerah Lipis meliputi bas, teksi dan keretapi. Secara

amnya, kemudahsampaian ke Daerah Lipis adalah baik terutamanya ke pekan-pekan utama.

Kemudahan pengangkutan yang cekap dan efisyen dapat membantu meningkatkan

kedatangan pelancong ke sesuatu lokasi pelancongan. Namun, jika dilihat dari segi

kemudahsampaian ke kawasan pelancongan daerah seperti kawasan hutan lipur dan rekreasi,

tahap kemudahsampaian adalah kurang memuaskan memandangkan tidak terdapat

kemudahan pengangkutan awam untuk ke tempat-tempat tersebut. Keadaan ini menimbulkan

kesukaran kepada pelancong untuk sampai ke kawasan pelancongan tersebut sekiranya tidak

menggunakan kenderaan sendiri.

i. Perkhidmatan Keretapi

Daerah Lipis dilengkapi dengan perkhidmatan keretapi yang merupakan pengangkutan darat

yang pertama digunakan sebelum kemudahan jalanraya dibina di daerah ini. Ia menghubungkan

antara bandar di Daerah Lipis. Terdapat 10 buah stesen keretapi yang telah dibina di Daerah Lipis

dimana stesen utamanya adalah di Kuala Lipis, Padang Tengku, Merapoh dan Kerambit. Selain

berfungsi menyediakan perkhidmatan intra wilayah, perkhidmatan komuter tersebut juga turut

menyediakan perkhidmatan pengangkutan ke Kelantan dan juga ke Terminal Kuala Lumpur.

Penyediaan perkhidmatan keretapi ini memberi alternatif kepada pelancong selain

menggunakan bas atau teksi untuk bergerak dari satu pekan ke pekan lain di Daerah Lipis selain

dapat memudahkan pelancong dari luar daerah untuk datang ke sini.

ii. Perkhidmatan Bas dan Teksi

Perkhidmatan bas dan teksi yang terdapat di Daerah Lipis menyediakan perkhidmatan bagi jarak

dekat dan jarak jauh. Kebanyakan teksi di pekan-pekan utama seperti Kuala Lipis, Padang

Tengku, Benta dan Merapoh mengendalikan perkhidmatan bagi jarak dekat. Setakat ini, tidak

terdapat perkhidmatan bas dan teksi yang dikhususkan untuk pergi ke tapak-tapak tarikan

pelancongan. Pelancong terpaksa menggunakan khidmat agensi pelancongan atau kenderaan

sendiri untuk ke kawasan tersebut. Ketiadaan perkhidmatan bas ke kawasan pelancongan

jugaadalah berikutan kebanyakan pelancong yang datang ke Daerah Lipis menggunakan

kenderaan persendirian atau bas persiaran yang disewa khas.

iii. Perkhidmatan Pengangkutan Air

Pengangkutan air merupakan mod pengangkutan tradisi yang digunakan penduduk Daerah Lipis

pada masa dahulu dimana sebilangan penduduk tinggal dirumah-rumah rakit di sepanjang

Sungai Jelai. Namun demikian ia tidak lagi dipraktikkan pada masa ini. Pengangkutan air hanya

disediakan bagi kegunaan pelancong ke Taman Rimba Kenong menyusuri Sungai Jelai dari Batu

9.

Page 21: BAB 6 6.4 Pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.4 Pelancongan.pdf · Taman Negara Merapoh adalah kurangnya pelancong yang mengunjungi kawasan

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 85

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

6.4.3.4 Pusat Penerangan Pelancongan

Terletak di lokasi yang strategik dan tumpuan

orang ramai di Jalan Benta-Lipis bersebelahan

dengan Dataran Lipis. Pusat penerangan

pelancongan Daerah Lipis ini menyediakan

brosur serta penerangan berkenaan tempat-

tempat menarik yang terdapat di sekitar

daerah.

Selain itu, ia juga menempatkan galeri

pameran mengenai sejarah kolonial Lipis,

produk tradisional serta tokoh-tokoh yang

terlibat di dalam pembentukan dan

kemajuan Daerah Lipis. Pusat penerangan ini

juga mempunyai bilik ceramah dikenali

sebagai Studio Bunga Raya yang digunakan

untuk memberi penerangan kepada

pelancong dan pelawat.

Bangunan ini juga dilengkapi dengan restoran

berhawa dingin untuk kemudahan

pengunjung.

6.4.3.5 Kemudahan Sokongan Pelancongan

Kemudahan sokongan merangkumi kedai dan pusat membeli belah, bank, agensi tukaran wang,

restoran dan sistem papan tanda lengkap. Kesemua kemudahan sokongan ini adalah penting

bagi memudahkan perjalanan serta memberi keselesaan kepada pelancong yang membantu

memacu industri pelancongan Daerah Lipis secara langsung.

Pada masa ini hanya terdapat sebuah pasaraya besar di Daerah Lipis iaitu Pasaraya Aktif yang

terletak di Plaza Centerpoint Bandar Kuala Lipis. Namun demikian, terdapat banyak kedai-kedai

perniagaan yang terdapat di sekitar bandar Kuala Lipis dan pekan-pekan lain untuk kemudahan

penduduk tempatan.

Bagi kemudahan bank pula, ianya hanya terdapat di Bandar Kuala Lipis sahaja iaitu Maybank,

Bank Simpanan Nasional dan CIMB Bank. Selain itu, hanya sebuah agensi tukaran wang terdapat

di Bandar Kuala Lipis. Ini menyukarkan pelancong luar yang datang ke Daerah Lipis untuk menukar

wang dan seterusnya berbelanja di Bandar Kuala Lipis.

Page 22: BAB 6 6.4 Pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.4 Pelancongan.pdf · Taman Negara Merapoh adalah kurangnya pelancong yang mengunjungi kawasan

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 86

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

6.4.4 Analisis Kemasukan Pelancong

6.4.4.1 Jumlah Kedatangan Pelancong

Daerah Lipis menunjukkan peningkatan

kedatangan pelancong dari tahun ke tahun

sejajar dengan peningkatan kemasukan

pelancong di peringkat negeri dan negara.

Jadual 6.4.10 menunjukkan jumlah

kedatangan pelancong ke Malaysia, Pahang

dan Lipis untuk tahun 2004 hingga 2006.

Jadual 6.4.10: Perbandingan Kedatangan Pelancong ke

Daerah Lipis

Kawasan Tahun

2004 2005 2006

Malaysia 15,700,000 16,400,000 17,550,000

Pahang 4,870,254 5,050,662 8,007,320

Daerah Lipis 33,231 36,516 45,341

Sumber : Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser 2008, Rancangan Malaysie Ke10

Kedatangan pelancong mengikut destinasi

dan tempat-tempat menarik di Negeri

Pahang menunjukkan kadar kemasukan

pelancong yang tertinggi adalah ke Genting

Highlands (Daerah Bentong) yang menerima

lebih 5.7 juta pelancong iaitu hampir 71

peratus daripada keseluruhan pelancong

yang datang ke Pahang.

Daripada jumlah pelancong yang datang ke

Pahang pada tahun 2006, seramai 45,341 iaitu

hanya 0.6 peratus pelancong datang

melawat tapak-tapak tarikan pelancongan

dalam Daerah Lipis. Walaupun jumlah

pelancong yang datang ke Daerah Lipis

adalah kecil berbanding jumlah keseluruhan

pelancong yang datang ke Pahang, ia tetap

meningkat pada kadar yang konsisten iaitu

sekitar 1,000 ke 3,000 pengunjung setiap tahun. Dengan adanya penambaikan kepada produk

pelancongan sediada dan pengenalpastian sumber-sumber baru akan berupaya menarik lebih

ramai pelacong yang datang ke Pahang, terutamanya ke Cameron Highland untuk singgah serta

menginap di Daerah Lipis.

6.4.4.2 Taburan Pelancong Antarabangsa, ASEAN dan Domestik ke Daerah Lipis

Perbandingan kedatangan pelancong antarabangsa, ASEAN dan domestik ke Daerah Lipis

menunjukkan jumlah pelancong domestik adalah jauh lebih ramai berbanding pelancong luar.

Jadual 6.4.11 menunjukkan perbandingan yang ketara ini.

Jadual 6.4.11: Perbandingan Pelancong Antarabangsa, ASEAN dan Domestik ke Daerah Lipis

Tahun

Negara Sumber

Jumlah

Antarabangsa ASEAN Domestik

2001 1,072 302 27,550 27,852

2002 994 531 24,765 26,290

2003 797 359 25,710 26,866

2004 1,325 360 31,546 33,231

2005 1,483 537 34,496 36,516

2006 874 424 44,043 45,341

Sumber : Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser 2008, Rancangan Malaysie Ke10

Walaupun Daerah Lipis mempunyai tarikan-tarikan pelancongan bertaraf antarabangsa seperti

Taman Negara Merapoh dan Taman Rimba Kenong, ianya masih kurang berjaya menarik

pelancong-pelancong dari luar negara untuk bercuti di sini. Kajian mendapati antara faktor yang

mengekang kedatangan pelancong luar negara terutamanya pelancong ”big spenders” ke

Taman Negara Merapoh adalah disebabkan ketiadaan infrastruktur pengangkutan yang lengkap

merangkumi landasan terbang. Kajianjuga mendapati kejayaan pusat-pusat pelancongan seperti

Pulau Tioman dan Pulau Redang menarik pelancong ”big spenders” adalah disebabkan adanya

kemudahan landasan terbang yang memudahkan pelancong-pelancong ini untuk datang

secara terus untuk menghayati keunikan kawasan yang dilawati tanpa kelengahan masa.

Kekurangan pelancong antarabangsa dan ASEAN ke Daerah Lipis perlu ditangani dan

dipertingkatkan dengan program-program promosi yang agresif dan penyediaan kemudahan

infrastruktur dan awam yang menepati kehendak pelancong yang disasarkan.

Page 23: BAB 6 6.4 Pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.4 Pelancongan.pdf · Taman Negara Merapoh adalah kurangnya pelancong yang mengunjungi kawasan

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 87

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

6.4.5 Rumusan Analisis Persepsi Pelancong/

Pengunjung

Berikut adalah rumusan daripada analisis persepsi

pelancong atau pengunjung ke Daerah Lipis.

Sebanyak 100 sampel telah disediakan dalam proses

ini. Walaubagaimanapun, hanya 10 responden telah

berjaya ditemubual iaitu 2 orang di Bandar Kuala Lipis,

5 orang di Taman Rekreasi Terenggun dan 3 orang di

Empang Jaleh. Hal ini disebabkan temubual diadakan

pada hari bekerja dan ketiadaan pengunjung di

beberapa lokasi yang ditujui.

6.4.5.1 Kategori Pelancong

Secara umumnya, pengunjung domestik

melebihi jumlah pelancong antarabangsa

yang melawat Daerah Lipis dengan 80

peratus adalah pengunjung domestik

(tempatan dan dalam negara) manakala 20

peratus merupakan pelancong

antarabangsa. Kesemua pelancong domestik

yang ditemui adalah penduduk Daerah Lipis.

Pelancong antarabangsa yang ditemui pula

menyatakan mereka ini hanya singgah

sebentar di Kuala Lipis untuk pergi ke destinasi

lain iaitu Taman Rimba Kenong.

Rajah 6.4.3: Kategori Pelancong

6.4.5.2 Jenis Pelancongan

20 peratus responden (pelancong antarabangsa) datang ke Kuala Lipis menerusi pakej-pakej

yang ditawarkan oleh agensi-agensi pelancongan secara berkumpulan. Manakala 80 peratus

responden iaitu pelancong tempatan datang secara individu atau mengikut keluarga. Di samping

itu, hanya 30% daripada pelancong tempatan ini mengetahui tentang pakej-pakej pelancongan

yang disediakan oleh agensi-agensi pelancongan. Ini menunjukkan promosi yang tidak

menyeluruh kepada pelancong-pelancong tempatan berkenaan tarikan serta pakej

pelancongan yang terdapat di Daerah Lipis.

Rajah 6.4.4: Jenis Pelancongan

6.4.5.3 Tempoh Lawatan

Tempoh lawatan pelancong antarabangsa yang ditemui adalah agak tinggi iaitu 3 hari 2 malam.

Bagaimanapun, mereka bercadang untuk bermalam di Taman Rimba Kenong. Kesemua

pengunjung tempatan pula datang mengunjungi Taman Tasik Terenggun dan Empang Jaleh

untuk bersantai tanpa bermalam.

6.4.5.4 Corak Lawatan

20 peratus responden (pelancong antarabangsa) mengatakan ini adalah kali pertama mereka

datang ke Kuala Lipis.

6.4.5.5 Sumber Maklumat

Sumber maklumat utama mengenai tarikan di Kuala Lipis adalah melalui rakan yang telah

membuat lawatan ke tempat tersebut dan juga menerusi internet.

Page 24: BAB 6 6.4 Pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.4 Pelancongan.pdf · Taman Negara Merapoh adalah kurangnya pelancong yang mengunjungi kawasan

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 88

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

6.4.5.6 Jenis Pengangkutan

Jenis pengangkutan yang utama digunakan

untuk sampai ke Kuala Lipis adalah melalui

perkhidmatan keretapi dimana kesemua

responden pelancong antarabangsa telah

menggunakan perkhidmatan ini. Pelancong

tempatan yang di temui pula mengatakan

mereka menaiki kenderaan sendiri untuk ke

Taman Tasik Terenggun dan Empang Jaleh.

Ini menunjukkan mod pengangkutan awam

tidak disediakan di kawasan-kawasan

pelancongan di luar Bandar Kuala Lipis. Selain

itu, pelancong antarabangsa juga

menyatakan mereka akan menggunakan

pengangkutan kapal terbang daripada Kuala

Lumpur sekiranya perkhidmatan tersebut

disediakan di Lipis.

6.4.5.7 Tujuan Lawatan

Daripada kajiselidik tentang tujuan lawatan

setiap responden, 50 peratus mengatakan

tujuan lawatan mereka adalah untuk bersiar-

siar melihat pemandangan diikuti dengan 30

orang yang datang adalah untuk

memancing. Manakal 20 peratus lagi adalah

untuk menjelajah kawasan semulajadi yang

sangat unik.

Rajah 6.4.5: Tujuan Lawatan

6.4.5.8 Analisis Pengunjung Mengikut Destinasi

Tiga kawasan tarikan pelancongan dimana pasukan kajian mendapat respon daripada

pelancong adalah Bandar Kuala Lipis, Taman Tasik Terenggun dan Empang Jaleh. Rumusan setiap

kawasan tarikan merangkumi masalah utama yang dihadapai pengunjung, tahap kepuasan

pengunjung dan cadangan penambahbaikan yang diinginkan setiap responden.

a) Bandar Kuala Lipis

i. Masalah Utama

Responden mendapati antara masalah utama bagi Bandar Kuala Lipis adalah

laluan pejalan kaki yang tidak menyeluruh terutamanya yang menghubungkan

bangunan-bangunan bersejarah serta aset-aset sediada termasuk Sungai Jelai,

dan Zoo Lipis.

Selain itu, kekurangan perkhidmatan pengurup wang di pusat bandar juga

menjadi masalah kepada pelancong asing untuk berbelanja.

ii. Tahap Kepuasan Pengunjung

Responden mendapati Bandar Kuala Lipis adalah ditahap yang memuaskan. Ini

adalah kerana tahap kebesihan bandar adalah baik manakala bangunan-

bangunan bersejarah diselenggara dengan baik.

iii. Cadangan Penambahbaikan

Responden mencadangkan laluan pejalan kaki yang menyeluruh disediakan bagi

menjamin keselamatan pelancong. Selain itu, esplanade dan laluan kenderaan

pelancong di sepanjang Sungai Jelai juga dicadangkan untuk membolehkan

pelancong menikmati pemandangan sungai yang indah dan unik.

b) Taman Tasik Terenggun

i. Masalah Utama

Antara masalah utama yang didapati di taman rekreasi ini adalah kekurangan

kemudahan awam seperti tandas, wakaf dan sebagainya. Walaupun

kemudahan asas ada disediakan namun ianya tidak diselenggara dengan baik

menyebabkan pandangan menjadi tidak menarik. Kekurangan tempat letak

kereta awam juga menjadi masalah kepada pengunjung di kawasan ini.

ii. Tahap Kepuasan Pengunjung

Kesemua responden merasakan kawasan ini berada ditahap yang kurang

memuaskan dari aspek penyeleggaraan dan kebersihan. Responden juga

bersetuju kawasan ini mempunyai potensi tinggi sebagai kawasan rekreasi yang

menarik sekiranya dibaikpulih dan diseleggara dengan baik.

Page 25: BAB 6 6.4 Pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.4 Pelancongan.pdf · Taman Negara Merapoh adalah kurangnya pelancong yang mengunjungi kawasan

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 89

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

iii. Cadangan Penambahbaikan

Responden mencadangkan agar kemudahan baru disediakan bagi

menggantikan kemudahan lama yang telah rosak. Selain itu kemudahan ini perlu

diselenggara dengan baik dan dibersihkan serta diperindahkan dengan landskap

yang menarik.

c) Empang Jaleh

i. Masalah Utama

Responden mendapati masalah utama kawasan Empang Jaleh adalah

kekurangan kemudahan awam yang menyukarkan pengunjung melakukan

aktiviti riadah. Selain itu aspek kebersihan dan kekurangan tempat letak kereta

juga menjadi masalah utama kawasan ini.

ii. Tahap Kepuasan Pengunjung

Kesemua responden merasakan kawasan ini berada ditahap yang kurang

memuaskan dari aspek kemudahan, kebersihan dan persekitaran.

Responden menyatakan Empang Jaleh mempunyai identiti tersendiri dengan air

terjun serta tasik untuk aktiviti memancing yang dapat menarik pengunjung kesini.

iii. Cadangan Penambahbaikan

Responden mencadangkan agar kemudahan dibaikpulih dengan segera. Selain

itu kemudahan untuk OKU juga perlu disediakan.

Page 26: BAB 6 6.4 Pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.4 Pelancongan.pdf · Taman Negara Merapoh adalah kurangnya pelancong yang mengunjungi kawasan

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 90

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

6.4.6 Unjuran

6.4.6.1 Unjuran Kedatangan Pelancong ke

Daerah Lipis

Dengan adanya pelbagai destinasi

pelancongan yang menarik terutamanya

sumber pelancongan eko dan juga

bangunan-bangunan bersejarah, dijangka

Daerah Lipis akan terus menerima

kedatangan pelancong yang meningkat

setiap tahun. Ini disokong oleh program

promosi yang di peringkat negeri dan negara

yang sentiasa cuba menarik lebih ramai

pengunjung dari dalam dan luar negara.

Contohnya negeri Pahang melalui dokumen

Rancangan Struktur Negeri merencana

strategi pelaksanaan program mencintai

warisan seperti pengekalan bangunan-

bangunan lama peninggalan British yang

terdapat di Kuala Lipis.

Di peringkat negara pula, program promosi

seperti ”Cuti-Cuti Malaysia” mensasarkan

peningkatan pelancong domestik, manakala

program ”Malaysia Truly Asia” pula ditujukan

kepada pelancong-pelancong luar negara

yang mencari tempat yang istimewa dan

tersendiri untuk dikunjungi.

Negeri Pahang mensasarkan jumlah

pelancong yang datang ke Pahang

meningkat dari 3.3 juta orang pada tahun

2000 kepada 13 juta pada tahun 2020 seperti

yang ditunjukkan dalam Jadual 6.4.12

Jadual 6.4.12: Unjuran Pelancong Negeri Pahang 2020

Pelancong

Tahun

2000 2020

Pelancong Domestik 2.0 Juta 7.8 juta

Pelancong Antarabangsa 1.3 Juta 5.2 juta

Jumlah Negeri Pahang 3.3 Juta 13.0 Juta

Sumber : Rancangan Struktur Negeri Pahang 2020

Pada masa ini Daerah Lipis hanya menerima kira-kira 0.6 peratus daripada pelancong yang

datang ke Pahang. Dengan pembukaan jalanraya yang menghubungkan Cameron Highland

dengan Kuala Lipis serta dibantu dengan pelaksanaan projek-projek infrstruktur pelancongan

seperti landasan terbang, serta penambahbaikan dan promosi proaktif tarikan sediada, dijangka

pengunjung ke Daerah Lipis juga akan terus meningkat. Sasaran peningkatan jumlah pelancong

yang dicadangkan bagi Daerah Lipis untuk tahun 2020 adalah mencapai 1 peratus ataupun

130,000 orang daripada jumlah keseluruhan pengunjung ke Pahang seperti yang diunjurkan di

dalam dokumen RSN Pahang 2020.

Unjuran kedatangan pelancong ke Daerah Lipis dibuat berdasarkan dua senario iaitu Alternatif 1

dan Alternatif 2. Alternatif 1 merupakan model pertumbuhan tinggi dengan purata 8.0 peratus

setahun berdasarkan sasaran 130,000 pelancong pada tahun 2020. Manakala Alternatif 2 ialah

model pertumbuhan berdasarkan purata kadar pertumbuhan pada tahun-tahun sebelumnya

bermula dari tahun 2001 iaitu diantara 2 hingga 4 peratus.

Jadual 6.4.13: Unjuran Pelancong Daerah Lipis

Tahun

Domestik Antarabangsa & ASEAN

Alternatif 1 (8%) Alternatif 2 (3%) Alternatif 1 (8%) Alternatif 2 (3%)

2010 56,058 56,058 1,639 1,639

2015 82,367 64,986 2,408 1,900

2020 121,025 75,337 3,538 2,202

JUMLAH KESELURUHAN Alternatif 1 (8%) Alternatif 2 (3%)

Tahun 2020 124,562 77,539

Sumber : Kajian RTD Lipis 2010

Page 27: BAB 6 6.4 Pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.4 Pelancongan.pdf · Taman Negara Merapoh adalah kurangnya pelancong yang mengunjungi kawasan

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 91

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

6.4.7 Cadangan Awal

Strategi pembangunan pelancongan bagi

Daerah Lipis akan memfokus kepada

program-program yang akan menarik lebih

ramai pelancong untuk datang serta

menginap lebih lama di Daerah Lipis.

Antara cadangan awal yang dikenalpasti

untuk kajian lebih lanjut adalah seperti berikut:

i. Koridor Pelancongan Cameron

Highland – Kuala Lipis

Merangkumi cadangan Pusat Rehat dan

Rawat, Taman Hutan Parkland, Trail Basikal

Gunung dan Homestay Perkampungan Orang

Asli.

ii. Memperkukuhkan Sungai Relau

Sebagai Pintu Masuk Taman Negara

Kemudahan sokongan yang lengkap dan

bertaraf antarabangsa termasuk padang golf

dan landasan terbang.

iii. Cadangan Landasan Terbang

(Airstrip)

Kemudahan airstrip baru di Sungai Relau dan

penambahbaikan airstrip di Benta untuk

membawa masuk pelancong ASEAN

terutama singapura. Airstrip yang diswastakan

ini juga mempunyai akses terus kepada

Taman Negara dan cadangan padang golf

berkonsep equatorial.

iv. Pembangunan Taman Botani di

Bandar Kuala Lipis

Kawasan yang sebelum ini dibuka sebagai

padang golf dinaiktaraf menjadi taman

botani yang memperkenalkan pokok-pokok asal Daerah Lipis serta dibangunkan sebagai English

Garden sesuai dengan sejarah kolonial Daerah Lipis untuk menjadi tarikan pelancongan

berpotensi.

v. River Scenic Drive

Cadangan river scenic drive sepanjang 20km menghubungkan Kuala Lipis dan Padang Tengku

sepanjang Sungai Jelai memberi pelancong pengalaman yang berbeza dan menarik.

vi. Penambahan Papan Tanda Pelancongan Dalam Daerah

Menambah jumlah papan tanda berinformasi mengenai lokasi produk-pelancongan di semua

pintu masuk dan lokasi strategik untuk mendedahkan kepada pelancong dan pengguna

jalanraya akan tarikan yang ada di Derah Lipis serta panduan jelas untuk sampai ke lokasi

tersebut.

Page 28: BAB 6 6.4 Pelancongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB 6_6.4 Pelancongan.pdf · Taman Negara Merapoh adalah kurangnya pelancong yang mengunjungi kawasan

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

6 - 92

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI