01 penulisan proposal kertas cadangan

6
TAJUK KAJIAN: MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN YANG DIBACA Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu Murid-murid di dalam kelas saya terdiri daripada murid-murid yang sederhana. Dari pemerhatian setelah 4 bulan mengajar kelas tersebut dan melalui aktiviti yang dijalankan seperti soal jawab lisan, penulisan dan ujian bulanan, didapati mereka masih gagal menjawab soalan berpunca daripada gagal memahami isi-isi petikan, baca petikan sekali sahaja, tidak memahami istilah atau makna perkataan yang sukar dan tidak memahami ayat matematik. Kegagalan murid memahami isi petikan kerana sikap sambil lewa murid, sekadar membaca dan tidak cuba memahami isi petikan disebabkan penguasaan Bahasa Melayu mereka yang lemah. Murid juga tidak memahami istilah atau makna perkataan yang sukar dan ayat matematik yang terdapat dalam petikan yang dibaca. Selama ini saya mengajar sekadar syok sendiri tanpa memperdulikan tahap kefahaman murid. Mereka takut untuk bertanya kerana saya mungkin tidak mesra dengan mereka. Saya masuk ke kelas dengan wajah yang serius dan jarang hendak bergurau dengan murid. Saya sangka dengan bersikap demikian murid akan tekun belajar tetapi sangkaan saya meleset. Kerja-kerja latihan murid semakin teruk dan prestasi mereka dalam ujian bulanan langsung tidak memberangsangkan. Pengumpulan data Isu/ Punca masalah Murid ? Reflect ion

Upload: chon-seong-hoo

Post on 26-May-2015

9.633 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: 01 penulisan proposal kertas cadangan

TAJUK KAJIAN:

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN YANG DIBACA

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu

Murid-murid di dalam kelas saya terdiri daripada murid-murid yang sederhana. Dari pemerhatian setelah 4 bulan mengajar kelas tersebut dan melalui aktiviti yang dijalankan seperti soal jawab lisan, penulisan dan ujian bulanan, didapati mereka masih gagal menjawab soalan berpunca daripada gagal memahami isi-isi petikan, baca petikan sekali sahaja, tidak memahami istilah atau makna perkataan yang sukar dan tidak memahami ayat matematik.

Kegagalan murid memahami isi petikan kerana sikap sambil lewa murid, sekadar membaca dan tidak cuba memahami isi petikan disebabkan penguasaan Bahasa Melayu mereka yang lemah. Murid juga tidak memahami istilah atau makna perkataan yang sukar dan ayat matematik yang terdapat dalam petikan yang dibaca. Selama ini saya mengajar sekadar syok sendiri tanpa memperdulikan tahap kefahaman murid. Mereka takut untuk bertanya kerana saya mungkin tidak mesra dengan mereka. Saya masuk ke kelas dengan wajah yang serius dan jarang hendak bergurau dengan murid. Saya sangka dengan bersikap demikian murid akan tekun belajar tetapi sangkaan saya meleset. Kerja-kerja latihan murid semakin teruk dan prestasi mereka dalam ujian bulanan langsung tidak memberangsangkan.

Sejak kebelakangan ini saya sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiar berlarutan memandangkan murid-murid saya akan menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun hadapan. Saya telah cuba membantu murid dalam mengatasi masalah di atas dengan cara membaca petikan bersama-sama murid sebanyak 2 kali, menggaris perkataan yang sukar, mencatat perkataan tersebut dalam buku khas dan membimbing mereka menggunakan kamus untuk memahami istilah atau makna perkataan tersebut.

Bagi membantu menyelesaikan masalah memahami ayat matematik yang terdapat dalam petikan yang dibaca saya

Pengumpulan data

Isu/masalahPunca masalah Murid? Guru?

Apa yang guru buat?

ReflectionFor action

Page 2: 01 penulisan proposal kertas cadangan

menggabungjalinkan kemahiran matematik semasa membaca petikan bersama murid.

Fokus Kajian

Daripada refleksi di atas didapati murid tidak dapat menjawab soalan pemahaman berdasarkan petikan adalah kerana

a. Murid tidak cuba membaca petikan lebih daripada sekali untuk memahami isi petikan.

b. Murid tidak memahami makna istilah sains dan matematik yang terdapat dalam petikan.

c. Murid gagal memahami ayat matematik dalam petikan.

Masalah ini berlaku di kalangan murid-murid terutamanya sikap murid yang malas membaca, hendak cepat siap dan tidak pandai membahagi masa yang diperuntukan.

Murid masih tidak kerap atau tidak pernah menggunakan kamus untuk membuat rujukan. Ini kerana guru tidak menggalakkan penggunaan kamus dalam pengajaran dan pembelajaran.

Murid menjadi lemah dalam matematik kerana mereka tidak faham soalan pemahaman yang mengandungi ayat matematik kerana guru kurang memberi latih tubi. Kebolehan memahami ayat matematik dapat mempengaruhi mereka dalam menjawab soalan yang berbentuk demikian.

Kesan masalah jika tidak ditangani, murid akan terus mengamalkan sikap sambil lewa sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Murid juga akan melepaskan peluang memperolehi markah yang lebih baik kerana soalan yang dikemukakan dianggap mudah. Jika penggunaan kamus tidak dipraktikkan berterusan maka murid akan lemah dalam pembendaharaan kata. Murid juga tidak akan tahu cara menggunakan kamus dengan betul jika tidak dipraktikkan. Murid yang tidak memahami ayat matematik dalam petikan akhirnya akan gagal menjawab soalan. Kekurangan markah dari petikan pemahaman akan mempengaruhi markah keseluruhan Bahasa Melayu Pemahaman dalam peperiksaan UPSR.

Apa masalahnya?

Kenapa?

Apa akan berlaku?

Kajian dan tindakan yang akan dibuat

Page 3: 01 penulisan proposal kertas cadangan

Saya akan cuba mengatasi masalah murid enggan membaca lebih dari satu kali sesuatu petikan yang diberikan dan membimbing mereka mencari isi-isi penting daripada petikan yang dibaca.

Objektif Am:

Tujuan kajian ini adalah ……………………….(Ikut seperti tajuk)

Objektif Khusus:

1. Murid dapat membaca dengan cepat sesuatu petikan yang diberi

2. Murid dapat menyenaraikan isi-isi penting dalam petikan3. Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran4. Guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih

menyeronokkan murid

Kumpulan Sasaran:

Pelajar yang terlibat adalah 35 orang pelajar Tahun 5 Pintar. Kelas ini terdiri daripada 15 pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan.

Pelakasanaan Tindakan

Tinjauan awal masalah:

Laporkan dapatan Ujian Bulanan/latihan/aktiviti yang berkaitan di mana masalah/isu dikesan/timbul - analisis jumlah soalan dalam petikan- apa jenis soalannya?- berapa ramai murid gagal/lulus keseluruhan?- berapa ramai yang gagal/lulus bagi setiap soalan?

BOLEH jalankan satu Ujian Pra (analisis buat perkara yang sama seperti di atas) TETAPI TIDAK SEMESTINYA!!!!

Boleh jalankan temu bual / beri murid jawab soal selidk untuk mengetahui kenapa mereka bermasalah

Tindakan Yang Telah/Akan Dijalankan:

Mengutip data bagi mendapatkan maklumat

Page 4: 01 penulisan proposal kertas cadangan

1. Aktiviti 1 – Laju Murid Ku Laju (aktiviti yang dijalankan mesti selari dengan objektif kajian yang hendak dicapai)

Dalam aktiviti ini murid-murid diminta membaca senyap petikan yang diberi. Selepas selesai membacanya murid yang telah selesai diminta angkat tangan dan guru mencatat menggunakan jam randik/stop clock masa yang diambil untuk murid pertama mengangkat tangan dan seterusnya.

Pelbagaikan bentuk petikan yang diberi Pelbagaikan cara petikan dibaca (senyap, kuat dan seorang demi

seorang, baca dari Powerpoint Presentation – line by line, word by word) Tentukan masa /berapa lama (teaching periods- seminggu, dua minggu

atau sebulan) Kumpul data – Buatkan borang pemerhatian/checklist atau catat peristiwa-

peristiwa yang berlaku pada hari itu atau sepanjang aktiviti dijalankan / tingkah laku pelajar, perubahan kepada pelajar, masalah yang dihadapi, penyesuaian yang telah dibuat kepada aktiviti perkara-perkara yang anda tidak jangka

Perihalkan perkara-perkara yang anda jalankan/ sepanjang kajian dijalankan. BUAT CATATAN/JURNAL/DAIRI SEPANJANG KAJIAN DIJALANKAN

Pemerhatian/Penilaian:

Tuliskan maklumat yang anda dapat daripada pengumpulan data SECARA DESKRIPTIF ATAU PAPARKAN DALAM BENTUK JADUAL BESERTA HURAIANBoleh jalankan ujian pos JIKA PERLU!!!!!!!!

Refleksi: (Bagi Aktiviti yang TELAH dijalankan)

Jika anda menjalankan lebih daripada satu aktiviti, laporkan setiap aktiviti dan buat pemerhatian atau refleksi bagi setiap aktiviti.

Refleksi Keseluruhan:

Perubahan kepada guru Perubahan kepada murid

Reflection In Action

Reflection On Action

Page 5: 01 penulisan proposal kertas cadangan

Cadangan Kajian Seterusnya:

Apa yang anda akan lakukan dalam kitaran seterusnya? Cadangan hendaklah berkaitan dengan tindakan awal yang telah dijalankan. Tidak boleh mencadangkan perkara yang melibatkan pihak luar. Cadangan mesti melibatkan lokus dalam kawalan guru.

- Teruskan dengan isu yang sama tetapi tindakan yang lain- Teruskan dengan isu yang lain dan tindakan yang lain- Berhenti setakat itu- Give up!!!!!!

Diharapkan oleh KPM bagi membudayakan penyelidikan dalam pendidikan bagi menyelesaikan masalah P&P -melahirkan guru kreatif dan inovatif