008 masjid

2
LATAR BELAKANG Garis panduan ini dihasilkan bagi membantu Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan pemaju di dalam merancang dan menyediakan syarat-syarat Piawaian Perancangan Tempat Ibadat Islam. DEFINISI Tempat ibadat Islam merupakan tempat yang suci bagi orang Islam untuk mengerjakan ibadat solat dan kegiatan masyarakat yang lain. Mengikut istilah syarak, masjid ialah rumah Allah iaitu tempat yang paling suci yang wajib dipelihara dan dimakmurkan. GARIS PANDUAN UMUM 1. Perancangan Tempat Ibadat Berdasarkan jumlah jemaah bermukim di sesebuah kawasan iaitu 40 orang penduduk lelaki dewasa atau keluarga muslim. Bagi kawasan pembangunan bandar baru atau kawasan institusi, sebuah masjid perlu dibina walaupun tidak mempunyai jumlah penduduk bermukim yang mencukupi. 2. Hierarki Tempat Ibadat Islam Dibahagikan kepada 7 peringkat iaitu masjid negara, masjid negeri, masjid daerah / jajahan, masjid mukim / bandar / kampung, surau / madrasah / musalla, bilik sembahyang dan di mana-mana tempat yang bersih. 3. Konsep Susun Atur Penggunaan Ruang Masjid Mewujudkan integrasi penggunaan ruang dan penggunaan tanah yang optimum. Digabungkan dengan aktiviti gunatanah perniagaan dan institusi pendidikan. 4. Lokasi Diletakkan di tengah pusat petempatan atau di pertemuan laluan utama untuk memudahkan ‘accessibility’ dan menjadi ‘focal point’ bagi kawasan pembangunan baru. Perlu mempunyai ruang pembesaran yang mencukupi untuk menampung keperluan pertambahan penduduk masa hadapan. 5. Reka Bentuk Luaran Reka bentuk yang indah dan menarik dari segi estetik, ‘vocal’ dan ‘ambience’ keseluruhan. Ruang sembahyang, pintu masuk dan tempat mengambil wuduk perlu diasingkan antara lelaki dan perempuan. Kedudukan arah qiblat tidak bersebelahan atau menghadap kolam oksidasi atau tempat pembuangan sampah. Pintu masuk yang mencukupi perlu disediakan di sekeliling pagar masjid. 6. Gunatanah Persekitaran Persekitaran yang harmonis dengan alam sekitar. Zon gunatanah sekitar ialah taman, ruang lapang, saliran, kawasan tasik atau kawasan perumahan. GARIS PANDUAN KHUSUS 1. Perancangan Bagi Masjid Negara, Masjid Negeri Dan Masjid Daerah / Jajahan Keluasan kawasan tapak masjid negara (10 hektar), masjid negeri (3-5 hektar) dan masjid daerah / jajahan (1-3 hektar). Pusat Islam, balai Islam atau pusat dakwah perlu ditempatkan di sebelah masjid bagi mewujudkan penggunaan tanah yang bersepadu. Mewujudkan taman mini landskap. Wujudkan tapak kiosk untuk aktiviti perniagaan ringan. 2. Perancangan Bagi Masjid Jamek Meliputi masjid mukim, masjid bandar, masjid kawasan perumahan dan masjid kawasan perkampungan. Perlu sediakan tempat ibadat bagi penduduk melebihi 1,000 penduduk Islam. Kawasan perlu dilandskap dengan pemilihan pokok yang bersesuaian. 3. Perancangan Bagi Surau / Madrasah / Musalla Menyediakan ruang tempat sembahyang, tempat letak kereta, ruang bacaan dan ruang tempat mengambil wuduk dan tandas berasingan. 4. Perancangan Bagi Bilik Ruang Sembahyang Saiz perlu mencukupi bagi menampung ruang untuk sembahyang secara berjemaah dengan keluasan minimum 20 meter persegi dan perletakannya hendaklah di sudut yang mudah dikunjungi. PIAWAIAN PERANCANGAN 1. Nisbah Kepadatan Sebuah surau untuk sekurang-kurangnya 40 keluarga muslim di sesebuah kawasan. Sebuah masjid bagi sekurang-kurangnya 41-100 keluarga muslim. 2. Keperluan Ruang Dan Anjakan Bangunan Masjid untuk 200 jemaah (0.2 hektar) Masjid untuk 500 jemaah (0.5 hektar) Masjid untuk 1000 jemaah (1 hektar) Tempat letak kereta menggunakan nisbah 1 TLK:100kp dari keluasan masjid. Untuk keterangan selanjutnya, sila rujuk: Piawaian Perancangan Dan Garis Panduan Perancangan Tempat Ibadat Islam (Piawaian Perancangan JPBD 7/97) Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan j a l a n c e n d e r a s a r i , 5 0 6 4 6 k u a l a l u m p u r T e l: 0 3 - 2 6 9 8 9 2 1 1 fa k s : 0 3 - 2 6 9 3 3 9 6 4 kementerian perumahan & kerajaan tempatan

Upload: aimi-thuraya

Post on 25-Nov-2015

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Garis Panduan Masjid

TRANSCRIPT

  • LATAR BELAKANG Garis panduan ini dihasilkan bagi membantu Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan pemaju di dalam merancang dan menyediakan syarat-syarat Piawaian Perancangan Tempat Ibadat Islam.

    DEFINISI Tempat ibadat Islam merupakan tempat yang suci bagi orang Islam untuk mengerjakan ibadat solat dan kegiatan masyarakat yang lain. Mengikut istilah syarak, masjid ialah rumah Allah iaitu tempat yang paling suci yang wajib dipelihara dan dimakmurkan.

    GARIS PANDUAN UMUM 1. Perancangan Tempat Ibadat

    Berdasarkan jumlah jemaah bermukim di sesebuah kawasan iaitu 40 orang penduduk lelaki dewasa atau keluarga muslim.

    Bagi kawasan pembangunan bandar baru atau kawasan institusi, sebuah masjid perlu dibina walaupun tidak mempunyai jumlah penduduk bermukim yang mencukupi.

    2. Hierarki Tempat Ibadat Islam

    Dibahagikan kepada 7 peringkat iaitu masjid negara, masjid negeri, masjid daerah / jajahan, masjid mukim / bandar / kampung, surau / madrasah / musalla, bilik sembahyang dan di mana-mana tempat yang bersih.

    3. Konsep Susun Atur Penggunaan Ruang Masjid

    Mewujudkan integrasi penggunaan ruang dan penggunaan tanah yang optimum.

    Digabungkan dengan aktiviti gunatanah perniagaan dan institusi pendidikan.

    4. Lokasi

    Diletakkan di tengah pusat petempatan atau di pertemuan laluan utama untuk memudahkan accessibility dan menjadi focal point bagi kawasan pembangunan baru.

    Perlu mempunyai ruang pembesaran yang mencukupi untuk menampung keperluan pertambahan penduduk masa hadapan.

    5. Reka Bentuk Luaran

    Reka bentuk yang indah dan menarik dari segi estetik, vocal dan ambience keseluruhan.

    Ruang sembahyang, pintu masuk dan tempat mengambil wuduk perlu diasingkan antara lelaki dan perempuan.

    Kedudukan arah qiblat tidak bersebelahan atau menghadap kolam oksidasi atau tempat pembuangan sampah.

    Pintu masuk yang mencukupi perlu disediakan di sekeliling pagar masjid.

    6. Gunatanah Persekitaran

    Persekitaran yang harmonis dengan alam sekitar.

    Zon gunatanah sekitar ialah taman, ruang lapang, saliran, kawasan tasik atau kawasan perumahan.

    GARIS PANDUAN KHUSUS 1. Perancangan Bagi Masjid Negara, Masjid Negeri Dan

    Masjid Daerah / Jajahan

    Keluasan kawasan tapak masjid negara (10 hektar), masjid negeri (3-5 hektar) dan masjid daerah / jajahan (1-3 hektar).

    Pusat Islam, balai Islam atau pusat dakwah perlu ditempatkan di sebelah masjid bagi mewujudkan penggunaan tanah yang bersepadu.

    Mewujudkan taman mini landskap.

    Wujudkan tapak kiosk untuk aktiviti perniagaan ringan.

    2. Perancangan Bagi Masjid Jamek

    Meliputi masjid mukim, masjid bandar, masjid kawasan perumahan dan masjid kawasan perkampungan.

    Perlu sediakan tempat ibadat bagi penduduk melebihi 1,000 penduduk Islam.

    Kawasan perlu dilandskap dengan pemilihan pokok yang bersesuaian.

    3. Perancangan Bagi Surau / Madrasah / Musalla

    Menyediakan ruang tempat sembahyang, tempat letak kereta, ruang bacaan dan ruang tempat mengambil wuduk dan tandas berasingan.

    4. Perancangan Bagi Bilik Ruang Sembahyang

    Saiz perlu mencukupi bagi menampung ruang untuk sembahyang secara berjemaah dengan keluasan minimum 20 meter persegi dan perletakannya hendaklah di sudut yang mudah dikunjungi.

    PIAWAIAN PERANCANGAN 1. Nisbah Kepadatan

    Sebuah surau untuk sekurang-kurangnya 40

    keluarga muslim di sesebuah kawasan.

    Sebuah masjid bagi sekurang-kurangnya 41-100 keluarga muslim.

    2. Keperluan Ruang Dan Anjakan Bangunan

    Masjid untuk 200 jemaah (0.2 hektar)

    Masjid untuk 500 jemaah (0.5 hektar)

    Masjid untuk 1000 jemaah (1 hektar)

    Tempat letak kereta menggunakan nisbah 1 TLK:100kp dari keluasan masjid.

    Untuk keterangan selanjutnya, sila rujuk: Piawaian Perancangan Dan Garis Panduan Perancangan Tempat Ibadat Islam (Piawaian Perancangan JPBD 7/97)

    B a h a g i a n P e n y e l i d i k a n d a n P e m b a n g u n a n

    j a l a n c e n d e r a s a r i , 5 0 6 4 6 k u a l a l u m p u r

    T e l : 0 3 - 2 6 9 8 9 2 1 1 f a k s : 0 3 - 2 6 9 3 3 9 6 4

    k e m e n t e r i a n p e r u m a h a n & k e r a j a a n t e m p a t a n

  • j a b a t a n

    perancangan bandar dan desa

    semenanjung malaysia

    Garis Panduan Perancangan

    Tempat Ibadat ISLAM

    Siri : 008 Jun 2005

    Bil T A J U K G A R I S P A N D U A N D A N P I A W A I A N

    001 Piawaian Perancangan dan Pembangunan Fizikal Pulau-Pulau

    002 Piawaian Perancangan Penyediaan Kemudahan Asas dan Fizikal Berkaitan Program Rakan Muda

    003 Piawaian Perancangan Guidelines & Geometric On Road Network System

    004 Piawaian Perancangan dan Pembangunan Taman Atas Bumbung

    005 Garis Panduan Kolam Takungan Sebagai Sebahagian Tanah Lapang

    006 Piawaian Perancangan dan Pembangunan Padang Golf

    007 Piawaian Perancangan dan Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Pesisiran Pantai

    008 Piawaian Perancangan dan Garis Panduan Perancangan Tempat Ibadat Islam

    009 Garis Panduan Perancangan Tapak Pencawang Elektrik

    010 Garis Panduan Perancangan Tapak Pelupusan Sisa Toksid dan Sisa Pepejal

    011 Garis Panduan Perancangan Tapak Incinerator

    012 Piawaian Perancangan Kawasan Perdagangan

    013 Piawaian Perancangan Kawasan Perindustrian

    014 Garis Panduan Perancangan Perumahan Pekerja Kilang

    015 Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Taman Tema (Theme Park)

    016 Garis Panduan Perancangan Pemeliharaan Topografi Semulajadi Dalam Perancangan dan Pembangunan Fizikal Mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

    017 Garis Panduan Perancangan Tanah Perkuburan Islam dan Bukan Islam

    018 Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat

    019 Garis Panduan Perancangan Laluan Kemudahan Utiliti (Service Protocol)

    020 Piawaian Perancangan Tanah Lapang dan Rekreasi

    021 Garis Panduan Perancangan Kemudahan Pembetungan

    022 Piawaian Perancangan Perumahan Berbilang Tingkat

    023 Garis Panduan Perancangan dan Piawaian Perancangan Kemudahan Golongan Kurang Upaya

    024 Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Kawasan Tasik

    025 Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Taman Industri Teknologi Tinggi dan Rumah Pekerja

    026 Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Sejagat (Edisi 2)

    027 Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Tempat Letak Kereta

    028 Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Kawasan Pantai, (Bah II)

    029 Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Tanah Lapang dan Rekreasi, (Bah II)

    030 Garis Panduan Perancangan Pembangunan Caf Terbuka

    031 Garis Panduan Perancangan Kawasan Rizab Sungai Sebagai Sebahagian Tanah Lapang Awam

    032 Garis Panduan Perancangan Pembangunan Taman Awam dan Rekreasi Bertema

    033 Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Perumahan Satu Tingkat dan Dua Tingkat

    034 Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Perumahan Kos Sederhana Rumah Pangsa

    035 Garis Panduan Perancangan Susun Atur Yang Optima Bagi Kawasan Perumahan

    036 Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Reka Bentuk Imej Bandar Malaysia

    037 Garis Panduan Hypermarket

    038 Garis Panduan Perancangan Pembangunan Tempat Letak Kereta Bertingkat

    Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

    Bahagian Penyel id i kan dan Pembangunan JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA

    SEMENANJUNG MALAYSIA (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

    Jalan Cenderasari 50646 Kuala Lumpur

    Tel: 603-2698 9211 Fax: 603-2693 3964

    www.townplan.gov.my