covid-19: garis masa penutupan dan pembukaan semula …...•empat masjid - masjid assyafaah, masjid...

1
12 Mac Jawatankuasa Fatwa mengeluarkan fatwa berkenaan penutupan masjid dan penggantungan solat Jumaat bagi melindungi kesihatan dan keselamatan awam. Empat masjid - Masjid Muttaqin di Ang Mo Kio , Masjid Kassim di Changi Road, Masjid Hajjah Fatimah di Beach Road dan Masjid Jamae Chulia di South Bridge Road ditutup untuk menjalani pembersihan dan mengelak pembentukan kelompok jangkitan. Kes positif yang telah menghadiri perhimpunan agama di Kuala Lumpur didapati pergi ke masjid-masjid itu. 13 Mac Semua 70 masjid setempat ditutup bagi tempoh sekurang-kurangnya lima hari untuk dibersihkan. Semua kegiatan masjid digantung selama 14 hari. Solat Jumaat tidak diadakan buat pertama kali di masjid-masjid setempat. Muslim setempat digalak mengikuti khutbah di dalam talian dan terus solat di rumah. Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) tubuh Kumpulan Bekerja bagi Covid-19 untuk sedia bimbingan agama yang berkesan, praktikal dan sesuai bagi masyarakat Muslim setempat. Kumpulan 18 anggota itu dianggotai asatizah, doktor dan pemimpin masyarakat. 15 Mac Lima warga Singapura yang menghadiri perhimpunan agama di Kuala Lumpur dan dijangkiti Covid-19 telah pergi ke 10 masjid di Singapura dalam tempoh mereka boleh menjangkiti orang lain. Masjid itu adalah Masjid Al-Iman, Masjid Al-Muttaqin, Masjid Hajjah Fatimah, Masjid Hajah Rahimabi Kebun Limau, Masjid Kassim, Masjid Petempatan Melayu Sembawang, Masjid Sultan, Masjid Al-Mawaddah, Masjid Jamae (Chulia) dan Masjid Al-Istiqamah. 16 Mac Muis terima usulan Kementerian Kesihatan (MOH), lanjut penutupan masjid selama 9 hari, hingga 26 Mac untuk lengkap satu tempoh inkubasi dan putus litar penularan. Ini kerana risiko pembentukan kelompok besar di masjid terus wujud. Solat Jumaat pada 20 Mac digantung. Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad umum perubahan bagi amalan masjid apabila ia dibuka semula pada 27 Mac: Solat Jumaat diadakan menerusi dua sesi di empat masjid - Masjid Maarof di Jurong West, Masjid Mujahidin di Queenstown, Masjid Muhajirin di Braddell dan Masjid An-Nur di Woodlands. Solat jemaah dan kegiatan masjid lain dihadkan kepada 30 minit. Jemaah diasingkan mengikut jarak tertentu. Jejak kontak dilaksana. 17 Mac Azan kembali berkumandang di masjid-masjid bagi solat lima waktu, disesuaikan dengan seruan bagi Muslim solat di rumah. Azan dari radio turut disesuaikan. 19 Mac Masjid Al-Muttaqin di Ang Mo Kio dikenal pasti sebagai satu kelompok jangkitan Covid-19, selepas tiga kes dikaitkan dengan masjid itu. Ini termasuk seorang kakitangan masjid yang menghadiri perhimpunan agama di KL. Covid-19: Garis masa penutupan dan pembukaan semula masjid di Singapura 24 Mac Muis umum lanjutan penutupan semua masjid di Singapura sehingga notis lanjut. Ruang terhad bagi solat Zuhur dan Asar dibuka di 19 masjid bagi pekerja khidmat penting seperti pemandu teksi dan pekerja penghantaran. Solat jemaah masih tidak dibenarkan 7 April Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong umum tempoh pemutus litar, sehingga 4 Mei 13 April Muis, bersama MuslimSG, lancar OurMasjid.SG, wadah derma pusat bagi mempermudah Muslim setempat menderma kepada masjid-masjid yang hilang sebahagian sumber pendapatan apabila masjid-masjid ditutup. 14 April Muis lancar tema Ramadan ‘Deepening Strengthening Resilience, yang antara lain menggesa Muslim setempat kekal berdaya tahan dan mengamalkan agama di rumah. Pejabat Mufti lancar buku panduan Ramadan 2020 berjudul Contemporary Irsyad Series Vol. 2 untuk membantu Muslim setempat harungi cabaran unik mengamalkan agama dalam pandemik Covid-19. 21 April Tempoh pemutus litar dilanjutkan hampir sebulan, sehingga 1 Jun, dengan sekatan diperketat. 23 April Muis, dengan kerjasama Berita Harian, masjid-masjid dan asatizah lancar SalamSG TV bagi menyiarkan program keagamaan yang berpangkalan di YouTube. Program disampaikan dalam bahasa Inggeris dan Melayu, serta dalam bahasa Benggali dan Tamil bagi pekerja asing. 24 April Ramadan bermula tanpa solat terawih dijalankan, dengan masjid terus ditutup. 24 Mei Muslim di Singapura menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan mengadakan solat Hari Raya di rumah dan mengikuti khutbah Hari Raya yang disampaikan Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir dari dalam talian. 1 Jun Tempoh pemutus litar berakhir di Singapura, sekatan dilonggarkan secara berperingkat 2 Jun Masjid dibuka bagi tempoh terhad dari 1 tengah hari hingga 6 petang, sehingga 7 Jun, dengan langkah keselamatan dan jarak selamat. Ruang solat dibahagi kepada dua zon - persendirian dan keluarga - dengan setiap zon dihadkan kepada lima jemaah pada satu masa. 8 Jun 46 masjid dibuka bagi solat lima waktu, dari 5.30 pagi hingga 7 pagi dan dari 1 tengah hari hingga 9 malam. Masjid-masjid lain akan dibuka secara lebih terhad, bergantung pada permintaan. Solat jemaah masih tidak dibenarkan Muis umum masjid-masjid setempat tetap jalankan ibadah korban, tetapi di luar negara. 18 Jun Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia mengumumkan penyambungan semula lebih banyak kegiatan di tempat ibadah. 24 Jun Pendaftaran dalam talian bagi menempah ruang solat Jumaat di masjid dibuka. Bilangan tinggi pengguna yang cuba membuat tempahan dalam 40 minit pertama tempoh pendaftaran dibuka menyebabkan isu teknikal dalam sistem tempahan ruang di masjid itu. 26 Jun 66 masjid mulakan semula solat jemaah harian, bagi lima waktu dan solat Jumaat. Setiap waktu solat dihadkan kepada 50 jemaah yang telah membuat tempahan berjaya di dalam talian. Ini adalah kali pertama dalam sekitar tiga bulan masjid mengadakan solat Jumaat. 3 Julai Pendaftaran bermula di 42 masjid yang menjalankan ibadah korban di Australia. Setiap masjid menawarkan sehingga 100 kambing. 7 Julai Masjid Al Ansar di Chai Chee ditutup dari petang 7 Julai hingga 8 Julai untuk dibersihkan selepas satu kes Covid-19 didapati pergi ke sana. 17 Julai 47 masjid mengadakan tiga sesi solat Jumaat dari 1 tengah hari hingga 3 petang. Lagi 17 masjid terus adakan dua sesi. 31 Julai (Hari Raya Aidiladha) 8,750 ruang solat di 65 masjid ditawarkan bagi solat Hari Raya Haji. 45 masjid mengadakan tiga sesi solat, lagi 20 masjid mengadakan dua sesi. 3 Ogos Pemerintah umum kelonggaran sekatan Covid-19, benar 12 tempat ibadah adakan perhimpunan bagi sehingga 100 orang. 7 Ogos Empat masjid - Masjid Assyafaah, Masjid Mujahidin, Masjid Al-Istighfar dan Masjid Al-Iman - menawarkan sehingga 600 ruang solat tambahan bagi solat Jumaat. Jemaah dibahagikan kepada zon 50 anggota dan setiap zon diasingkan dengan adangan dan laluan keluar masuk berbeza. Usaha ini sebahagian ujian untuk menambah ruang solat berjemaah secara berperingkat di sini. Baca fatwa di sini Ingin derma? Baca panduan di sini Tonton SalamSG TV di sini SUMBER: MUIS, MCCY FOTO: FAIL, CMG, AFP, IKHSAN NOORUNNISA D/O PK IBRAHIM KUTTY, SALAMSG TV YOUTUBE, MUIS GRAFIK BERITA HARIAN

Upload: others

Post on 08-Feb-2021

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 12 Mac• Jawatankuasa Fatwa mengeluarkan fatwa berkenaan penutupan masjid dan penggantungan solat Jumaat bagi melindungi kesihatan dan keselamatan awam.

    • Empat masjid - Masjid Muttaqin di Ang Mo Kio , Masjid Kassim di Changi Road, Masjid Hajjah Fatimah di Beach Road dan Masjid Jamae Chulia di South Bridge Road ditutup untuk menjalani pembersihan dan mengelak pembentukan kelompok jangkitan. Kes positif yang telah menghadiri perhimpunan agama di Kuala Lumpur didapati pergi ke masjid-masjid itu.

    13 Mac• Semua 70 masjid setempat ditutup bagi tempoh sekurang-kurangnya lima hari untuk dibersihkan.

    • Semua kegiatan masjid digantung selama 14 hari. • Solat Jumaat tidak diadakan buat pertama kali di masjid-masjid setempat. Muslim setempat digalak mengikuti khutbah di dalam talian dan terus solat di rumah.

    • Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) tubuh Kumpulan Bekerja bagi Covid-19 untuk sedia bimbingan agama yang berkesan, praktikal dan sesuai bagi masyarakat Muslim setempat.

    • Kumpulan 18 anggota itu dianggotai asatizah, doktor dan pemimpin masyarakat.

    15 Mac• Lima warga Singapura yang menghadiri perhimpunan agama di Kuala Lumpur dan dijangkiti Covid-19 telah pergi ke 10 masjid di Singapura dalam tempoh mereka boleh menjangkiti orang lain.

    • Masjid itu adalah Masjid Al-Iman, Masjid Al-Muttaqin, Masjid Hajjah Fatimah, Masjid Hajah Rahimabi Kebun Limau, Masjid Kassim, Masjid Petempatan Melayu Sembawang, Masjid Sultan, Masjid Al-Mawaddah, Masjid Jamae (Chulia) dan Masjid Al-Istiqamah.

    16 Mac• Muis terima usulan Kementerian Kesihatan (MOH), lanjut penutupan masjid selama 9 hari, hingga 26 Mac untuk lengkap satu tempoh inkubasi dan putus litar penularan. Ini kerana risiko pembentukan kelompok besar di masjid terus wujud.

    • Solat Jumaat pada 20 Mac digantung.• Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad umum perubahan bagi amalan masjid apabila ia dibuka semula pada 27 Mac:

    • Solat Jumaat diadakan menerusi dua sesi di empat masjid - Masjid Maarof di Jurong West, Masjid Mujahidin di Queenstown, Masjid Muhajirin di Braddell dan Masjid An-Nur di Woodlands.

    • Solat jemaah dan kegiatan masjid lain dihadkan kepada 30 minit.• Jemaah diasingkan mengikut jarak tertentu.• Jejak kontak dilaksana.

    17 Mac• Azan kembali berkumandang di masjid-masjid bagi solat lima waktu, disesuaikan dengan seruan bagi Muslim solat di rumah.

    • Azan dari radio turut disesuaikan.

    19 Mac• Masjid Al-Muttaqin di Ang Mo Kio dikenal pasti sebagai satu kelompok jangkitan Covid-19, selepas tiga kes dikaitkan dengan masjid itu. Ini termasuk seorang kakitangan masjid yang menghadiri perhimpunan agama di KL.

    Covid-19: Garis masa penutupan dan pembukaan semula masjid di Singapura

    24 Mac• Muis umum lanjutan penutupan semua masjid di Singapura sehingga notis lanjut.

    • Ruang terhad bagi solat Zuhur dan Asar dibuka di 19 masjid bagi pekerja khidmat penting seperti pemandu teksi dan pekerja penghantaran.

    • Solat jemaah masih tidak dibenarkan

    7 April• Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong umum tempoh pemutus litar, sehingga 4 Mei

    13 April

    • Muis, bersama MuslimSG, lancar OurMasjid.SG, wadah derma pusat bagi mempermudah Muslim setempat menderma kepada masjid-masjid yang hilang sebahagian sumber pendapatan apabila masjid-masjid ditutup.

    14 April• Muis lancar tema Ramadan ‘Deepening Strengthening Resilience, yang antara lain menggesa Muslim setempat kekal berdaya tahan dan mengamalkan agama di rumah.

    • Pejabat Mufti lancar buku panduan Ramadan 2020 berjudul Contemporary Irsyad Series Vol. 2 untuk membantu Muslim setempat harungi cabaran unik mengamalkan agama dalam pandemik Covid-19.

    21 April• Tempoh pemutus litar dilanjutkan hampir sebulan, sehingga 1 Jun, dengan sekatan diperketat.

    23 April• Muis, dengan kerjasama Berita Harian, masjid-masjid dan asatizah lancar SalamSG TV bagi menyiarkan program keagamaan yang berpangkalan di YouTube. Program disampaikan dalam bahasa Inggeris dan Melayu, serta dalam bahasa Benggali dan Tamil bagi pekerja asing.

    24 April• Ramadan bermula tanpa solat terawih dijalankan, dengan masjid terus ditutup.

    24 Mei• Muslim di Singapura menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan mengadakan solat Hari Raya di rumah dan mengikuti khutbah Hari Raya yang disampaikan Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir dari dalam talian.

    1 Jun• Tempoh pemutus litar berakhir di Singapura, sekatan dilonggarkan secara berperingkat

    2 Jun• Masjid dibuka bagi tempoh terhad dari 1 tengah hari hingga 6 petang, sehingga 7 Jun, dengan langkah keselamatan dan jarak selamat.

    • Ruang solat dibahagi kepada dua zon - persendirian dan keluarga - dengan setiap zon dihadkan kepada lima jemaah pada satu masa.

    8 Jun

    • 46 masjid dibuka bagi solat lima waktu, dari 5.30 pagi hingga 7 pagi dan dari 1 tengah hari hingga 9 malam. Masjid-masjid lain akan dibuka secara lebih terhad, bergantung pada permintaan.

    • Solat jemaah masih tidak dibenarkan• Muis umum masjid-masjid setempat tetap jalankan ibadah korban, tetapi di luar negara.

    18 Jun• Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia mengumumkan penyambungan semula lebih banyak kegiatan di tempat ibadah.

    24 Jun• Pendaftaran dalam talian bagi menempah ruang solat Jumaat di masjid dibuka. • Bilangan tinggi pengguna yang cuba membuat tempahan dalam 40 minit pertama tempoh pendaftaran dibuka menyebabkan isu teknikal dalam sistem tempahan ruang di masjid itu.

    26 Jun• 66 masjid mulakan semula solat jemaah harian, bagi lima waktu dan solat Jumaat.

    • Setiap waktu solat dihadkan kepada 50 jemaah yang telah membuat tempahan berjaya di dalam talian.

    • Ini adalah kali pertama dalam sekitar tiga bulan masjid mengadakan solat Jumaat.

    3 Julai• Pendaftaran bermula di 42 masjid yang menjalankan ibadah korban di Australia. Setiap masjid menawarkan sehingga 100 kambing.

    7 Julai• Masjid Al Ansar di Chai Chee ditutup dari petang 7 Julai hingga 8 Julai untuk dibersihkan selepas satu kes Covid-19 didapati pergi ke sana.

    17 Julai• 47 masjid mengadakan tiga sesi solat Jumaat dari 1 tengah hari hingga 3 petang. • Lagi 17 masjid terus adakan dua sesi.

    31 Julai (Hari Raya Aidiladha)• 8,750 ruang solat di 65 masjid ditawarkan bagi solat Hari Raya Haji.

    • 45 masjid mengadakan tiga sesi solat, lagi 20 masjid mengadakan dua sesi.

    3 Ogos• Pemerintah umum kelonggaran sekatan Covid-19, benar 12 tempat ibadah adakan perhimpunan bagi sehingga 100 orang.

    7 Ogos• Empat masjid - Masjid Assyafaah, Masjid Mujahidin, Masjid Al-Istighfar dan Masjid Al-Iman - menawarkan sehingga 600 ruang solat tambahan bagi solat Jumaat.

    • Jemaah dibahagikan kepada zon 50 anggota dan setiap zon diasingkan dengan adangan dan laluan keluar masuk berbeza.

    • Usaha ini sebahagian ujian untuk menambah ruang solat berjemaah secara berperingkat di sini.

    Baca fatwa di sini

    Ingin derma?

    Baca panduan di sini

    Tonton SalamSG TV di sini

    SUMBER: MUIS, MCCY FOTO: FAIL, CMG, AFP, IKHSAN NOORUNNISA D/O PK IBRAHIM KUTTY, SALAMSG TV YOUTUBE, MUIS GRAFIK BERITA HARIAN