003-inventori-minat-kerjaya

18
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Pentaksiran Psikometrik: Inventori Minat Kerjaya (IMK)

Upload: razanazuhairah

Post on 29-Nov-2015

132 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: 003-Inventori-Minat-Kerjaya

LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pentaksiran Psikometrik:Inventori Minat Kerjaya

(IMK)

Page 2: 003-Inventori-Minat-Kerjaya

Teori Tipologi Kerjaya Holland Asas yang digunakan dalam teori ini ialah:

1. pemilihan kerjaya adalah berdasarkan ekspresi personaliti individu di samping kesesuaian persekitaran pekerjaan.

2. minat seseorang itu lahir daripada personalitinya3. individu daripada jenis pekerjaan yang sama

mempunyai persamaan dari segi pola personalitinya.

4. keselarasan antara personaliti dan persekitaran akan meningkatkan prestasi kerja, pencapaian, kestabilan dan kepuasan kerja.

UJIAN MINAT KERJAYA PSIKOMETRIK

Page 3: 003-Inventori-Minat-Kerjaya

6 Personaliti

Realistik

Investigatif

Artistik

Sosial

Enterprising

Konvensional

Holland-Andaian 1 PSIKOMETRIK

Page 4: 003-Inventori-Minat-Kerjaya

Terdapat enam jenis persekitaran pekerjaan yang menyokong personaliti individu dan didominasi oleh jenis personaliti tertentu iaitu :

Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), Konvensional (K).

Holland-Andaian 2 PSIKOMETRIK

Page 5: 003-Inventori-Minat-Kerjaya

Individu akan mencari persekitaran atau pekerjaan selaras dengan personaliti yang membolehkan mereka menunjukkan kemahiran dan kebolehan serta melahirkan sikap dan nilai di samping berusaha menyelesaikan sebarang masalah dan peranan yang wujud dalam persekitaran tersebut.

Menurut Holland (1973), individu akan berasa puas sekiranya dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran berkenaan. Misalnya, individu yang mempunyai personaliti realistik akan berasa puas sekiranya dapat bekerja dalam persekitaran realistik juga.

Holland- Andaian 3 PSIKOMETRIK

Page 6: 003-Inventori-Minat-Kerjaya

Tingkah laku seseorang individu boleh ditentukan melalui interaksi antara personaliti dan kriteria-kriteria persekitarannya.

Menurut Holland (1973), sekiranya kita mengetahui tentang pola personaliti dan persekitarannya secara tidak lansung kita akan dapat meramalkan perkara berkaitan pemilihan kerjaya, pencapaian kerjaya, kecekapan personal, tingkah laku pendidikan dan sosial serta pertukaran pekerjaan.

Holland- Andaian 4 PSIKOMETRIK

Page 7: 003-Inventori-Minat-Kerjaya

Kajian rintis: 1000 murid tingkatan 1 dari 47 buah sekolah menengah di Malaysia.

Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach ialah > 0.8

IMK mengandungi 6 konstruk dan 2 bahagian. Setiap konstruk mempunyai 10 item kesukaan dan 10 item jenis pekerjaan.

Kesahan & Kebolehpercayaan UjianKesahan & Kebolehpercayaan UjianPSIKOMETRIK

Page 8: 003-Inventori-Minat-Kerjaya

Kaed

ah

pen

tad

bir

an

CARTA ALIR PENTADBIRAN PSIKOMETRIK

Murid dikumpulkan

Edaran kertas ujian & borang jawapan

Penerangan

Murid menjawab soalan

Pengiraan skor

Pengisian skor dalam Borang Profil Psikometrik (BPP)

Pentafsiran skor

Penyimpanan fail BPP

Masa : Bulan ketiga sesi persekolahan

Sasaran : ITP – Tingkatan 1 dan 4 IMK - Tingkatan 1, 3 dan 5 Tempat : Sesuai dan kondusif

Arahan menjawab mengikut keperluan inventori

Penstrukturan etika kerahsiaan dan limitasi Menjawab di atas borang jawapan Kertas ujian tidak boleh diconteng dan

perlu dikembalikan

Masa: 30 minit

Murid mengira skor masing-masing dengan bimbingan GBKSM

Mengedar BPP kepada murid Murid memindahkan skor ke dalam

Borang Profil Psikometrik

GBKSM akan memberikan pentafsiran skor

Pengesahan/ tanda tangan GBKSM Fail Unit Bimbingan dan Kaunseling (TERHAD) Simpan mengikut urutan nama dalam kelas Disimpan di Unit Bimbingan dan Kaunseling

Page 9: 003-Inventori-Minat-Kerjaya

Pengiraan skor perlu dibuat dengan teliti dan berhati-hati agar kebolehpercayaan skor dapatannya tepat.

Borang jawapan IMK mengandungi 6 lajur dan 20 baris. Bilangan lajur menjelaskan bahawa instrumen ini mengukur 6 konstruk iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising, dan Konvensional.

20 baris menjelaskan bahawa setiap konstruk diwakili oleh 20 item.

Pengiraan PSIKOMETRIK

Page 10: 003-Inventori-Minat-Kerjaya

Pengiraan skor mentah adalah seperti berikut;

i. Pada lajur pertama, pelajar dikehendaki mengira jawapan yang ditanda Y sahaja iaitu dari nombor 1 hingga 10 dan 61- 70. Jumlah skor Y ditulis dalam jadual yang disediakan di bahagian bawah borang jawapan yang bertanda R.

ii. Pengiraan ini diulangi pada lajur kedua, ketiga, keempat, kelima, dan keenam .

iii. Pilih 3 jumlah skor yang tertinggi (3 kod mata Holland).iv. Masukkan skor Tiga Kod Mata Holland ke dalam Borang

Profil Psikometrik (BPP) untuk mengenalpasti kecenderungan kerjaya.

PengiraanPSIKOMETRIK

Page 11: 003-Inventori-Minat-Kerjaya

LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pentafsiran Inventori Minat

Kerjaya

Page 12: 003-Inventori-Minat-Kerjaya

• Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan.

Penerangan

• Jurutera, Jurubina, Animator, Pengaturcara Komputer, Juruterbang, Ahli Radiologi, Pustakawan, Juruteknik Elektronik, Chef, Atlet, Ahli Bomba Dan Penyelamat, Pemandu, Tentera, Operator Mesin, Mekanik, Ahli Perkebunan dan Pembuat Perabot.

Kerjaya

• Praktikal, mekanikal, materialistik, suka menggunakan peralatan dan mesin, introvert, akur, natural (semula jadi), berhemah, tulen, tegas dan berprinsip.

Ciri

RealistikPSIKOMETRIK

Page 13: 003-Inventori-Minat-Kerjaya

• Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.

Penerangan

• Pegawai Perubatan, Ahli Farmasi, Psikiatrik, Ahli Ekonomi, Ahli Kajicuaca, Ahli Biologi, Ahli Botani, Ahli Agronomi, Ahli Fizik, Ahli Kaji Bintang, Ahli Kimia, Ahli Kajibumi, Penyelidik Sains, Angkasawan, Ahli Antropologi, Profesor, Guru Sains Dan Matematik.

Kerjaya

• Pemerhati, analitikal, rasional, teliti, intelektual, introvert, introspektif, optimistik, ingin tahu, teoris dan jitu.

Ciri

InvestigatifPSIKOMETRIK

Page 14: 003-Inventori-Minat-Kerjaya

• Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original, bebas, kreatif, inovatif dan artistik. Suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang-ulang. Mempunyai apresiasi yang tinggi dan menghargai hasil seni kreatif.

Penerangan

• Arkitek, Penulis Seni Kreatif, Artis, Pemimpin Orkestra, Pengubah Lagu, Pengarang, Pelukis, Wartawan Hiburan, Kartunis, Pereka Grafik, Pereka Fesyen, Juruhias Dalaman, Jurufoto, dan Jurusolek.

Kerjaya

• Imaginatif, intuitif, ekspresif, estetika, emosional, introspektif, reflektif, tulen, bebas, sensitif dan idealistik.Ciri

ArtistikPSIKOMETRIK

Page 15: 003-Inventori-Minat-Kerjaya

• Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi, kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial.

Penerangan

• Guru, Pensyarah, Kaunselor, Pekerja Sosial, Pegawai Perhubungan Awam, Penyambut Tetamu, Pegawai Kebajikan, Jururawat, Paramedik, Pramugari/ Pramugara dan Pemandu Pelancong.

Kerjaya

• Sosial, suka menolong, bekerjasama, mesra, peramah, sabar, ekstrovert, empati, baik hati, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

Ciri

Sosial PSIKOMETRIK

Page 16: 003-Inventori-Minat-Kerjaya

• Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan, perniagaan dan keusahawanan. Wujudnya suasana pengaruh-mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.

Penerangan

• Usahawan, Pengarah Syarikat, Spekulator, Eksekutif Pengiklanan, Eksekutif Pemasaran, Agen Insuran, Pengarah Publisiti, Peguam, Ahli Politik, Pengurus Hotel, Pengurus Bank, Wartawan, Jurujual, Jurulatih dan Agen Pelancongan.

Kerjaya

• Ciri kepimpinan, sukakan pencapaian, bertenaga, daya pujuk yang tinggi, suka mempengaruhi, kebolehan memanipulasi, suka meneroka (adventurous), yakin diri, optimistik, mudah mesra, berwawasan, bercita-cita tinggi, berusaha, sosial, suka menonjolkan diri, ekstrovert dan bijak berkomunikasi.

Ciri

Enterprising PSIKOMETRIKEnterprising

Page 17: 003-Inventori-Minat-Kerjaya

• Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor, dan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan.

Penerangan

• Kerani, Setiausaha, Penyimpan Kira-kira, Guru Perdagangan/ Guru Perakaunan, Akauntan, Jurutrengkas, Pegawai Bank, Pegawai Cukai, Operator Komputer, Penilai Harta, Juru Audit, Juruwang dan Pegawai Perangkaan.

Kerjaya

• Berstruktur tinggi, teliti, daya tahan tinggi, akur, praktikal, mengikut aturan, defensif, menurut perintah, cermat, cekap dan rutin.

Ciri

PSIKOMETRIKKonvensional

Page 18: 003-Inventori-Minat-Kerjaya

Terima Kasih