ifolio.ukm.my · web viewsistem ekonomi di malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh...

41
MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATA (HHHC 9501) SET 4 NAMA : MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM NO MATRIK : A143439 TAJUK : GOODS AND SERVICES TAX (GST) NAMA PENSYARAH : PROF. MADYA DR. ROMLAH BINTI JAFFAR 1

Upload: lynhi

Post on 08-Apr-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATA

(HHHC 9501)

SET 4

NAMA : MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM

NO MATRIK : A143439

TAJUK : GOODS AND SERVICES TAX (GST)

NAMA PENSYARAH : PROF. MADYA DR. ROMLAH BINTI JAFFAR

1

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

ISI KANDUNGAN

BIL. BUTIRAN M/S1

PENGENALAN1-2

2BAGAIMANA GST DILAKSANAKAN DI MALAYSIA

3-11

3BANDINGKAN PELAKSANAAN GST DI MALAYSIA

DENGAN NEGARA ASEAN

12-15

4BANDINGKAN PELAKSANAAN GST DI MALAYSIA

DENGAN NEGARA MAJU

16-18

5PANDANGAN PELAJAR TERHADAP

KEBERKESANAN GST

19-20

6CADANGAN PENAMBAHBAIKAN GST DI MALAYSIA

21-22

7KESIMPULAN

23-25

8LAMPIRAN

26-28

9RUJUKAN

29

2

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

Pengenalan

Sebelum GST dilaksanakan, cukai jualan dan cukai perkhidmatan atau dikenali sebagai

(Sales and Service Tax – SST) adalah cukai yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia

pada tahun 1972. Cukai jualan akan dikenakan kepada pengilang dan pengimport dengan

kadar 10%. Manakala cukai perkhidmatan akan dikenakan ke atas makanan, minuman,

tembakau, perkhidmatan professional dan perundingan. Cukai ini dikenakan sebanyak 6%

sahaja. SST akan dikenakan ke atas internet, ASTRO, tiket wayang, tiket parking, barangan

di supermarket, KFC, MCD, Pizza dan sebagainya.

Malaysia adalah negara yang sedang membangun, mengamalkan pasaran berorientasikan

negara dan terbuka. Sistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh

dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

ekonomi komersil. Bentuk dan kegiatan ekonomi yang mereka amalkan adalah dipengaruhi

daripada sistem pemerintahan pada masa dahulu. Sebagai contoh, rakyat biasa menjadi petani

dan pedagang manakala golongan pembesar pula menjadi pemilik tapak perlombongan dan

sebagainya.

Cukai dan subsidi sering kali menjadi topik hangat dalam perbincangan mengenai Ekonomi

Malaysia. Kedua-duanya memberi kesan kepada sumber kewangan kerajaan dan rakyat

secara langsung.

Semasa pembentangan bajet 2010, kerajaan telah mengumumkan bahawa semua urus niaga

penjualan hartanah dikenakan cukai sebanyak 5% peratus. Namun, kerajaan menarik semula

pelaksanaan cukai tersebut bagi penjualan hartanah yang dimiliki melebihi lima tahun. Selain

itu, semua hotel yang menjalankan proses pengubahsuaian akan mendapat potongan cukai

sebanyak 60% bagi tempoh lima tahun. Kedua-dua keputusan ini bakal mengurangkan

pendapatan negara. Namun kerajaan perlu membuat keputusan yang tepat dan pada masa

yang sama memberi kesejahteraan kepada rakyat.

3

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

Tidak kira apa pun dasar dan pengumuman mengenai cukai dan subsidi mestilah

dilaksanakan secara berperingkat agar rakyat boleh menerimanya. Jika terlalu mengejut,

rakyat tidak memahami dasar yang ingin dilaksanakan dan pastinya mereka akan merasakan

tindakan kerajaan itu adalah tidak wajar.

Menurut Abd Aziz Awang (2010), jika dilihat peratusan hasil cukai yang diperolehi di

Malaysia hanyalah 19.5% pada tahun 2010. Pendapatan ini adalah amat rendah berbanding

negara-negara maju yang lain yang memperoleh hasil cukai yang paling rendah iaitu 26.8%.

oleh itu kerajaan telah mengambil langkah untuk menukar cukai yang sedia ada (SST)

dengan GST. GST perlu dilaksanakan di Malaysia kerana melihat kepada keperluannya lebih

memberikan impak yang positif kepada ekonomi negara.

Semua rakyat Malaysia akan berdepan dengan GST tidak kira tua atau muda, kaya atau

miskin. Namun sacara kasarnya, tidak menjadi masalah kepada golongan kaya. Kebanyakkan

mereka adalah dari golongan korporat, ahli-ahli perniagaan yang berjaya, atau memiliki aset

dan harta yang banyak. Golongan yang akan terasa dengan cukai ini adalah golongan

sederhana dan golongan miskin. Kehidupan mereka yang bergantung kepada pendapatan

bulanan yang kekal, sedikit sebanyak akan memberikan kesan. Apabila terdapat kenaikan

pada harga barang dan kos hidup setelah pelaksanaan GST ini, maka bajet asal yang

dirancang akan lari dari yang asal.

Menurut Ezleezan Othman (2013), memang akan berlaku kenaikan harga pada barangan

elektrik dan pakaian iaitu satu peratus. Walaupun satu peratus, tetapi jika dinilai dengan

keadaan peningkatan kos sara hidup sekarang bagi golongan sederhana dan rendah amat

dirasai dan membebankan. Apa yang dapat disimpulkan disini ialah, peningkatan ini sedikit

sebanyak memberi kesan negatif kepada golongan tertentu. Namun diharapkan bantuan atau

subsidi daripada pihak kerajaan seperti pemberian BRIM sedikit sebanyak dapat meringankan

beban rakyat.

4

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

Goods & Service Tax (GST)

1. Bincangkan bagaimana GST ini dilaksanakan di Malaysia.

Rakyat Malaysia banyak mempersoalkan relevannya GST dilaksanakan di Malaysia. GST

diperkenalkan bagi memperbaiki dan menyusun semula sistem percukaian negara pada masa

kini supaya lebih berkesan, efisien, adil, dan sistematik. Kerajaan mendapati cukai jualan dan

perkhidmatan mempunyai kelemahan iaitu:

Bagi mengelakkan cukai terselindung yang menjadi kos kepada harga akhir

yang sebenarnya melampau akibat pengambilan untung berlebihan oleh para

pemborong, peruncit dan peniaga.

Bagi mengelak caj perkhidmatan yang disembunyikan dimana ia tidak

diiktiraf oleh para peniaga atau penjual barangan di dalam resit dan bil-bil

pengguna bagi meningkatkan margin keuntungan mereka.

Bagi mengelak perbuatan segelintir golongan pengilang, pemborong,

peruncit, dan peniaga yang cuba elak dari bayar cukai dengan tidak isytihar

sumber, aliran, dan jumlah pendapatan mereka.

Bagi mengelak perbuatan khianat ekonomi yang dilakukan oleh segelintir

golongan peruncit dan peniaga yang sengaja menyorok barangan,

mengurangkan sukatan, memonopoli barang dan memanipulasi harga.

Bagi mengelak cukai bertindih yang sebenarnya membebnkan para pengguna

yang dikenakan cukai sebanyak dua kali.

5

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

Pada 10 Oktober 2014 di Dewan Rakyat sempena ucapan pembentangan bajet 2015, Datuk

Seri Najib Tun Abdul Razak (Perdana Menteri) telah mengutarakan untuk melaksanakan

Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang juga dikenali sebagai GST(Goods and Services Tax)

yang akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST-Sales and Services Tax). SST

yang sebelum ini tidak ditanggung oleh semua lapisan masyarakat, namun dengan

perlaksanaan GST akan ditanggung oleh semua lapisan masyarakat. Terdapat sebahagian

barang dan perkhidmatan yang dikecualikan oleh GST yang dianggarkan bernilai RM 3.8

Billion seperti buah-buahan, roti putih, serbuk kopi, serbuk koko, teh, mee kuning, laksa,

bihun, bahan bacaan dan surat khabar.

Melalui GST, pengguna akan mengetahui jumlah cukai yang mereka bayar berdasarkan resit

pembelian. Cukai dikenakan mengikut banyak mana pengguna berbelanja pada barangan dan

perkhidmatan yang dikenakan GST. Pengguna mempunyai pilihan untuk berbelanja secara

berhemah. Sekiranya pengguna tidak mahu membayar terlalu banyak cukai GST maka

pengguna boleh mengehadkan perbelanjaan terhadap barangan atau perkhidmatan yang

dikenakan GST.

GST/VAT atau dikenali sebagai Value Added Tax kini telah dilaksanakan di 160 buah negara

dimana enam negara sedang dalam perancangan perlaksanaan GST/VAT. GST adalah

sumber hasil yang ketiga selepas cukai pendapatan persendirian dan sumbangan keselamatan

sosial.

6

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

JENIS-JENIS GST

GST Berkadar Standard

Barangan dan perkhidmatan dibawah kategori ini akan dikenakan cukai sebanyak 6%

pada setiap peringkat bermula daripada pembekal bahan mentah sehingga ke

pengguna akhir. Kesemua pihak kecuali pengguna akhir layak menuntut kembali

kredit yang telah mereka bayar untuk GST. Sebagai contoh GST akan dikenakan

kepada pembekal bahan mentah, pengeluar, peruncit dan seterusnya pengguna akhir.

Kutipan GST oleh pembekal bahan mentah akan diserahkan sepenuhnya kepada

kerajaan. Bagi pengeluar dan peruncit pula, sebahagian kutipan GST boleh dituntut

semula. Seterusnya, pengguna akhir akan menanggung GST sepenuhnya. Contoh

barangan dalam kategori ini ialah baju, kereta dan perkakas dapur. (Untuk senarai

barangan, sila rujuk lampiran 1).

(Sumber: http://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/Penjelasan-GST-Di

Malaysia)

7

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

CONTOH GST BERKADAR ‘STANDARD’ BAGI BARANG PERKAKASAN

DAPUR

8

PEMBEKAL BAHAN MENTAH JUALAN =RM 300

JUMLAH KUTIPAN = RM 318

KUTIPAN GST RM 18

BAYARAN KEPADA KERAJAAN RM 18

PENGELUAR JUALAN = RM 550

JUMLAH KUTIPAN = RM 583

KUTIPAN GST RM 33

TUNTUTAN SEMULA RM 18

BAYARAN KEPADA KERAJAAN RM 15

PERUNCIT JUALAN = RM 670 JUMLAH KUTIPAN =

RM710.20

KUTIPAN GST RM 40.20

TUNTUTAN SEMULA RM 33

BAYARAN KEPADA KERAJAAN RM 7.20

PENGGUNA AKHIR

MENANGGUNG SELURUH BEBANAN CUKAI GST RM 40.20

6% GST RM 18 6% GST RM 33 6% GST RM 40.20

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

GST Berkadar Sifar

Barangan dan perkhidmatan yang berada dalam kategori ini tidak akan dikenakan

GST (0% GST). Ini bermakna GST tidak akan dikenakan terhadap pengguna akhir.

Sebagai contoh dengan andaian produk akhir merupakan barangan dalam kategori

GST berkadar sifar tetapi bahan-bahan mentah adalah dalam kategori GST berkadar

standard. Cukai yang dikenakan terhadap pembekal bahan mentah tidak dapat dituntut

semula namun cukai yang dikenakan terhadap pengeluar dapat dituntut semula.

Peruncit dan pengguna akhir tidak akan dikenakan cukai. Contoh barangan ialah

makanan asas seperti daging dan minyak masak dan 200unit pertama penggunaan

elektrik pada setiap bulan. (Untuk senarai barangan, sila rujuk lampiran 2).

(Sumber: http://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/Penjelasan-GST-Di

Malaysia)

9

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

CONTOH GST BERKADAR SIFAR BAGI BARANGAN RUNCIT

10

PEMBEKAL BAHAN MENTAH JUALAN =RM 300

JUMLAH KUTIPAN = RM 318

KUTIPAN GST RM 18

BAYARAN KEPADA KERAJAAN RM 18

PENGELUAR JUALAN = RM 550

JUMLAH KUTIPAN = RM 583

TUNTUTAN SEMULA RM 18

PERUNCIT JUALAN = RM 670 JUMLAH KUTIPAN =

RM710.20

TIDAK PERLU MEMBAYAR GST

PENGGUNA AKHIR

TIDAK PERLU MEMBAYAR GST

6% GST RM 18 0% GST 0% GST

Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

GST Berkadar Pengecualian

Barangan dan perkhidmatan di bawah kategori ini tidak akan dikenakan cukai dan

tidak tertaluk kepada GST pada peringkat output (barangan dijual kepada pengguna

akhir). Contohnya cukai yang dikenakan terhadap pembekal bahan mentah tidak dapat

dituntut. Pengeluar akan dikenakan GST namun hanya sebahagian GST boleh dituntut

semula. Bagi peruncit pula tidak boleh menuntut semula cukai input. Akhir sekali,

bagi pengguna akhir tidak perlu membayar GST. Produk dalam kategori ini ialah

harta kediaman dan perkhidmatan kesihatan. (Untuk senarai barangan, sila rujuk

lampiran 3).

(Sumber: http://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/Penjelasan-GST-Di

Malaysia)

11

Page 12: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

CONTOH GST BERKADAR PENGENCUALIAN BAGI PERKHIDMATAN

PENGANGKUTAN

12

PEMBEKAL BAHAN MENTAH JUALAN =RM50

JUMLAH KUTIPAN = RM 53

KUTIPAN GST RM 3

BAYARAN KEPADA KERAJAAN RM 3

PENGELUAR JUALAN = RM 75

JUMLAH KUTIPAN = RM 79.50

KUTIPAN GST RM 4.50

TUNTUTAN SEMULA RM 3

BAYARAN KEPADA KERAJAAN RM 1.50

PERUNCIT JUALAN = RM 98

JUMLAH KUTIPAN = RM 98

TIDAK BOLEH MENUNTUT SEMULA CUKAI INPUT

PENGGUNA AKHIR

TIDAK PERLU MEMBAYAR GST

6% GST RM 3 6% GST RM 4.50 TIADA GST

Page 13: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

GST mula dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015. Syarikat yang wajib mendaftar di

bawah GST ialah syarikat yang memperoleh pendapatan tahunan sebanyak RM 500,000 dan

ke atas. Syarikat wajib yang tidak mendaftar akan dikenakan penalti. Namun bagi syarikat

yang tidak mempunyai pendapatan tahunan melebihi RM 500,000 boleh memohon untuk

mendaftar secara sukarela. Kerajaan juga memberi insentif sebanyak RM 1000 kepada

syarikat yang boleh digunakan untuk pembelian ‘software’ GST.

13

Page 14: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

2. Bandingkan perlaksanaan GST di Malaysia dengan pelaksanaannya di Negara ASEAN lain.

NEGARA TAHUN PELAKSANAAN

KADAR ASAL (%)

KADAR TERKINI (%)

INDONESIA 1984 10 10THAILAND 1992 10 7

SINGAPURA 1993 3 7FILIPINA 1998 10 12

KEMBOJA 1999 10 10VIETNAM 1999 10 10

LAOS 2009 10 10

Secara globalnya GST bukanlah sistem cukai yang baru. Pelaksanaannya telah bermula di

Perancis pada awal tahun 1950an. Kini lebih 160 negara yang telah melaksanakannya.

Di Asean terdapat 7 buah negara yang melaksanakan GST.Negara Indonesia melaksanakan

GST pada tahun 1984 pada kadar yang asal iaitu 10% dan kekal sehingga kini. Bagi Negara

Thailand tahun pelaksanaan pada tahun 1992 pada kadar yang asal iaitu 10%. Kini GST

dilaksanakan pada kadar 7%. Selain itu, Negara Singapura melaksanakan GST pada tahun

1993 yang pada mulanya kadar ialah 3% dan kemudiannya kadar terkini meningkat pada

kadar 7%. Tambahan pula, Negara Filipina melaksanakan GST pada tahun 1998 pada kadar

asal 10%. Kini Filipina meningkatkan kadar GST pada kadar 12%. Di samping itu, negara

Kemboja dan Vietnam melaksanakan GST pada tahun 1999 dengan kadar 10%. Kini

kadarnya kekal pada 10%. Akhir sekali, bagi negara Laos GST dilaksanakan pada tahun 2009

pada kadar asalnya 10% dan mengekalkan kadarnya sehingga kini.

Di Malaysia, negara kita melaksanakan GST agak lewat berbanding negara-negara ASEAN

yang lain iaitu pada tahun 2014. Bukan itu sahaja, kadar yang dikenakan juga jauh lebih

rendah berbanding kebanyakkan negara kecuali Singapura.

GST amat sesuai dilaksanakan sekarang untuk mengurangkan dan membanteras ketirisan

ekonomi melalui sistem kutipan cukai yang efisien. Rasuah dan penyelewengan ekonomi

juga dapat diatasi dengan sistem pengurusan yang lebih cekap dan telus.

14

Page 15: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

Singapura mula mengenakan GST pada 1993 pada kadar 3%. Sebelum GST dikenakan,

kadar cukai korporat dan cukai pendapatan individu di Singapura adalah tinggi iaitu pada

kadar 30% dan 33% (kadar marginal tertinggi). Kadar ini adalah tidak kompetitif bagi

pelaburan asing.

Oleh kerana negara Singapura merupakan negara yang terhad dengan sumber asli, mereka

amat memerlukan aliran masuk pelaburan langsung yang tinggi dan berterusan untuk

memastikan penjanaan pertumbuhan ekonomi pada kadar yang secara relatifnya tinggi. Ini

adalah untuk Singapura menyediakan peluang pekerjaan yang bergaji tinggi kepada rakyat-

rakyatnya. Oleh itu, kerajaan Singapura menurunkan kadar cukai korporat dan individu ke

satu paras yang kompetitif bagi pelaburan asing.

Singapura mula melaksanakan GST di Negara tersebut setelah Rakyat Singapura telah

mencapai taraf negara maju dengan pendapatan per kapita melebihi USD 15,000. Pada tahun

1989, sebelum GST dilaksanakan, pendapatan per kapita Singapura ialah USD 16,356. Pada

tahun GST dilaksanakan iaitu pada tahun 1993, pendapatan per kapita rakyat Singapura ialah

USD 24,853. Ini menunjukkan rakyat Singapura mempunyai pendapatan boleh belanja yang

selesa untuk menghadapi GST yang dilaksanakan oleh Negara Singapura.

Pelaksanaan GST pada kadar yang rendah dan akan dinaikkan secara beransur-ansur oleh

Singapura adalah sebagai langkah untuk menurunkan kadar cukai korporat dan individu ke

satu paras yang kompetitif. Pada masa yang sama, kadar cukai pendapatan juga diturunkan

secara beransur-ansur dan memperkenalkan pakej bantuan kepada rakyat pendapatan rendah

supaya GST yang diperkenalkan tidak begitu dirasai oleh rakyat Singapuran yang

berpendapatan rendah dan miskin. Kadar GST yang dikenakan di Singapura semasa ianya

diperkenalkan ialah pada kadar 3% (kadar terendah di dunia pada ketika itu). Pada masa yang

sama kadar cukai korporat diturunkan dari 30% ke 27% dan cukai pendapatan individu turut

diturunkan sebanyak 3% iaitu dari 33% ke 30%.

Pada ketika itu, tujuan pelaksanaan GST bukan bertujuan untuk meningkatkan pendapatan

Negara melalui kutipan cukai sebaliknya lebih kepada tujuan mendidik dan membolehkan

rakyat menyesuaikan diri dengan cukai baru yang dilaksanakan ini. Pada tahun 1993,

15

Page 16: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

kerajaan Singapura turut menubuhkan ‘Committee Against Profiteering’ (CAP) bagi

menyiasat segala rungutan dan respon sekiranya ada mana-mana pihak peniaga yang

mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan.

Pada tahun 2003, kadar GST di Singapura meningkat sebanyak 1% ke 4% dan seterusnya

pada tahun 2004 ke 5% dan peningkatan terakhir berlaku pada tahun 2007 iaitu pada kadar

7%. Kadar GST tersebut kekal sehingga sekarang. Setiap kali kadar GST dinaikkan, kadar

cukai langsung diturunkan dengan peratusan yang sama. Selepas tahun 2007, walaupun kadar

GST kekal namun kerajaan SIngapura terus menurunkan kadar cukai langsung. Pada tahun

2010, kadar cukai korporat ialah 17% manakala kadar marginal tertinggi cukai individu ialah

20%.

Penurunan kadar cukai korporat dan cukai pendapatan individu bertujuan untuk memastikan

kadar yang ditetapkan berada pada kadar kompetitif untuk menarik minat pelaburan langsung

asing dan buruh berpendidikan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang untuk memulakan

kerjaya di Singapura.

Dasar ini menunjukkan Singapura menjadikan GST sebagai cukai tidak langsung yang

merupakan sumber utama hasil kerajaan sekali gus mengelakkan beban cukai ke atas rakyat

Singapura yang berpendapatan rendah.

Kesan penurunan dan pelepasan cukai bagi sesetengah pihak telah menyebabkan 70%

individu yang membayar cukai sebelum pelaksanaan GST, tidak perlu lagi membayar cukai

pada tahun 2004.

Apabila cukai-cukai yang dikenakan di Singapura seperti cukai korporat, cukai pendapatan

individu, GST dan lain-lain cukai diambil kira, golongan rakyat berpendapatan terendah di

Singapura mendapat menerima lebih besar bayaran pindahan dibandingkan dengan cukai

yang dibayar.

Pada tahun 2010, Singapura mendedahkan bahawa sebanyak 84.2% dari pungutan GST

disumbangkan oleh warga asing yang bermastautin dan bekerja di Singapura dan golongan

40% paling atas isi rumah Singapura. Golongan paling bawah isi rumah hanya menyumbang

20% ke atas GST yang dipungut.

16

Page 17: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

Ini jelas menunjukkan Singapura telah melaksanakan GST dengan sistematik dimana

pelaksanaan secara seimbang di mana ada cukai yang dinaikkan dan pada masa yang sama

ada cukai yang diturunkan. ini adalah perlu supaya hanya golongan yang berpendapatan

tinggi menanggug beban cukai yang lebih tinggi.

Bagi negara Thailand pula, cukai yang dilaksanakan dikenali sebagai Cukai Tambah Nilai

(VAT: dValue Added Tax).  Asas cukai VAT ialah jumlah nilai yang diterima atau akan

diterima daripada pembekalan barangan atau perkhidmatan. Nilai bermakna wang, harta,

pertimbangan, bayaran perkhidmatan, atau apa-apa faedah lain yang ditentukan dari segi

wang.

VAT di Vietnam adalah cukai penggunaan berasaskan nilai ditambah kepada barangan dan

perkhidmatan yang melalui proses pengeluaran, pengedaran dan penggunaan. Ia merupakan

satu cukai tidak langsung di Vietnam yang diaplikasikan kepada penggunaan domestik. Ia

adalah cukai pelbagai peringkat yang dikumpul disetiap peringkat rantaian pengeluaran dan

pengedaran dan disalurkan kepada pelanggan akhir. Barangan yang dijual untuk eksport dan

perkhidmatan yang dijual kepada pelanggan di luar negara adalah tidak tertakluk kepada

VAT.

17

Page 18: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

3. Bandingkan perlaksanaan GST di Malaysia berbanding dengan pelaksanaannya di Negara maju (seperti US dan United Kingdom).

(sumber: http://www.lamankerjaya.com/)

18

Page 19: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

Jadual di atas menunjukkan kadar GST di negara-negara Eropah. Dapat dilihat ialah kadar

GST semasa terendah di negara Jersey iaitu 5% dan diikuti dengan negara Switzerland iaitu

8%. Kadar GST tertinggi ialah di negara Hungary iaitu sebanyak 27%. Daripada 53 negara

diatas, hanya sebuah negara yang melaksanakan GST lebih rendah daripada Malaysia iaitu

pada kadar 5% oleh Jersey yang mula dilaksanakan pada 2008. Kadar purata yang

dilaksanakan adalah diantara 20-22% di negara-negara Eropah ini. Negara Eropah terawal

yang melaksanakan GST ialah negara France dan Monaco iaitu seawal tahun 1954.

Di United Kingdom, ia melaksanakan VAT pada tahun 1973 dengan kadar 20% semasa UK

menyertai Kesatuan Eropah. Kadar Standard VAT dilaksanakan terhadap kebanyakan

barangan dan perkhidmatan dimana merangkumi hampir 60% jumlah perbelanjaan. Kadar

VAT berkurangan pula dilaksanakan terhadap item seperti bahan api dalam negeri,

pemasangan produk jimat tenaga, kerusi kereta kanak-kanak mewakili kurang dari 5%

daripada jumlah perbelanjaan. VAT berkadar sifar pula dilaksanakan terhadap barang-barang

seperti makanan, buku, akhbar, pakaian kanak-kanak dan pengangkutan awam yang meliputi

kira-kira 15% daripada jumlah penggunaan rakyat. Pengecualian juga terpakai keatas

kesihatan, pendidikan, perkhidmatan kewangan dan pengangkutan yang merangkumi 20%

jumlah perbelanjaan. Dua per tiga sumber VAT adalah dari penggunaan isi rumah manakala

satu per tiga lagi adalah daripada sektor yang dikecualikan.

Di Australia terdapat beberapa barangan dan perkhidmatan adalah bebas GST dan antara

barangan itu ialah makanan, pendidikan, kesihatan, eksport, aktiviti-aktiviti kebajikan,

penjagaan kanak-kanak dan perkhidmatan keagamaan.

Kanada yang memperkenalkan GST pada 1991 bagi menggantikan cukai jualan pengeluar

juga tidak mengenakan GST pada barangan seperti barangan runcit, sewa kediaman,

perkhidmatan perubatan dan perkhidmatan kewangan. Di negara itu, barangan eksport juga

dikecualikan cukai dan individu yang berpendapatan rendah boleh mendapatkan rebat GST

yang melibatkan pelepasan cukai individu.

19

Page 20: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

Di New Zealand pula, yang memperkenalkan GST pada 1986, kesemua jenis produk

makanan dikenakan kadar cukai yang sama tetapi ia memberi pengecualian kepada beberapa

jenis aktiviti seperti kadar sewa kediaman, keluli tertentu, perkhidmatan kewangan dan

sumbangan. Mengikut undang-undang negara itu, kesemua harga barangan mesti dikenakan

GST, kecuali perniagaan yang berasaskan aktiviti pemborong berasaskan pelanggan.

Bagi negara-negara Kesatuan Eropah, GST dikenali sebagai 'output VAT' (cukai output

kepada pengeluar) dan 'input VAT' (cukai yang dibayar syarikat selepas menerima barangan).

Syarikat yang layak boleh menuntut kembali pembayaran cukai daripada kerajaan.

20

Page 21: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

4. Pada pandangan pelajar, adakah GST yang dilaksanakan ini berkesan untuk meningatkan

kutipan hasil kutipan cukai?

Pada pandangan saya, perlaksanaan GST akan memberikan kesan positif kepada sektor

industri dan ekonomi negara secara keseluruhan. Sehaluan dengan matlamat menjadikan

Malaysia sebagai sebuah negara yang maju, kerajaan perlu melaksanakan reformasi cukai.

GST tidak akan membebankan kepada pengguna kerana ia menggantikan cukai jualan dan

perkhidmatan sedia ada yang kini dikenakan sebanyak antara 5% hingga 10%. GST

mempunyai banyak kelebihan berbanding SST. Selain itu, GST akan meningkatkan jumlah

kutipan hasil kerajaan dan seterusnya membolehkan lebih banyak projek pembangunan

dilaksanakan. SST juga mempunyai banyak kelemahan seperti pengenaan cukai berganda dan

cukai bertingkat. Dalam kaedah GST pula masalah ini tidak timbul kerana GST merupakan

cukai kepenggunaan yang dikenakan pada setiap peringkat pengagihan dan pengedaran.

Perniaga juga dibenarkan untuk menuntut kembali GST yang dibayar ke atas input

perniagaan. Oleh sebab itu, GST juga menarik minat sektor perniagaan yang jumlah jualan

tahunan dibawah RM 500,000 turut berminat untuk mendaftar.

Dalam sistem percukaian yang dilaksanakan sebelum GST, golongan berpendapatan rendah

tidak dikenakan cukai. Namun begitu, selepas perlaksanaan GST golongan ini bakal

dikenakan cukai secara tidak langsung yang dipindahkan melalui barang dan perkhidmatan.

Keadaan ini akan membebankan golongan berpendapatan rendah tetapi tidak kepada

golongan kaya kerana mereka tidak perlu membayar cukai yang tinggi serta beberapa cukai

yang dikecualikan.

Setelah GST dilaksanakan, sudah semestinya harga barangan akan menjadi berbeza daripada

sekarang. Jika harga barangan sebelum GST ialah RM10, barangan yang sama akan berharga

RM10.60 selepas GST. Itu tidak dapat dielakkan tetapi boleh diseimbangkan. Kerajaan

mengatakan bahawa mereka menghapuskan cukai jualan dan perkhidmatan, oleh itu berlaku

penyeimbangan di situ di mana apabila cukai baru diperkenalkan, ada cukai sedia ada yang

dihapuskan.

21

Page 22: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

Di samping itu, ekonomi Malaysia yang semakin kukuh ini dapat membuat kutipan cukai lebih cekap dan seterusnya menjana lebih banyak pendapatan dan meningkatkan pertumbuhan. Dimana sekarang dapat kita lihat ringgit Malaysia yang semakin goyang. Kerajaan akan menjangka akan meraik pendapatan sebanyak kira-kira RM23 bilion dalam tempoh sembilan bulan selepas GST dilaksanakan.

Walaubagaimanapun, individu dan syarikat akan lebih tulus dalam membayar cukai. Oleh itu, hasil kutipan ekonomi dapat ditingkatkan. Pada masa yang sama isirumah akan lebih banyak berbelanja selepas penurunan SST kepada GST sebanyak 6% maka hasil kutipan akan bertambah.

Selain itu, GST turut membantu melalui sektor pelancongan. Ini adalah kerana pelancong yang datang ke Malaysia boleh menuntut GST terhadap barang yang dibawa pulang. Namun, GST yang dikenakan ke atas perkhidmatan dan belanja dalam negara tetap dibayar oleh pelancong.

22

Page 23: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

5. Jika pelajar terlibat sebagai ahli panel dalam menetapkan polisi dan pelaksanaan GST

di Malaysia, berikan cadangkan langkah penambahbaikan GST di Malaysia.

Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu menyatakan bagaimana agihan kutipan cukai GST

dilakukan. Ini adalah supaya rakyat lebih jelas berkenaan kesan pengenaan cukai GST dan

tidak asyik melihat GST pada sudut negatif sahaja. Selain itu, kerajaan juga perlu

memperluas dan memberi pendedahan yang lebih kepada rakyat tentang cara pelaksanaan

GST. Pihak kerajaan juga perlu sering kali mengadakan pantaun harga barangan yang

diletakkan oleh peniaga. Pantaun harga perlu dilakukan secara komited supaya pengguna

tidak teraniaya atas tindakan sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan menaikkan

harga secara melampau.

Selain itu, cadangan yang boleh menambahbaikan GST di Malaysia ialah rakyat perlu diberi

pendedahan terperinci tentang GST sebelum dilaksanakan. Dimana kita perlulah memberi

kefahaman kepada masyarakat yang lebih dan masyarakat perlu menerima bukan

memberontak. Kebanyakkan masyarakat masih tidak faham mengenai GST padahal kerajaan

sudah berusaha mengadakan kempen untuk mewar-warkan perlaksanaan GST. Oleh itu,

masyarakat perlulah tahu bagaimana untuk berbelanja lebih berhemah.

Bukan itu sahaja, saya turut mencadangkan supaya caj perkhidmatan turut dimansuhkan. Ini

adalah kerana walaupun cukai perkhidmatan telah digantikan dengan GST namun sesetengah

pihak mengenakan caj perkhidmatan terutamanya industri perhotelan. Caj perkhidmatan yang

dikenakan dikatakan sebagai ‘tips’ yang diberikan oleh pelanggan kepada pekerja.

Di samping itu, saya berpendapat bahawa barang - barang asas terutamanya makanan asas

tidak dikenakan GST. Ini adalah kerana GST yang dikenakan amat dirasai oleh golongan

yang bependapatan rendah. Bagi golongan berpendapatan tinggi pula akan lebih banyak

23

Page 24: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

membelanjakan wangnya. Maka golongan yang berpendapatan rendah akan lebih terasa

berbanding golongan berpendapatan tinggi.

Pada masa yang sama, kerajaan perlulah memain peranan yang besar dalam menjelaskan

perkara yang sebenar kepada rakyat mengenai lebihan hasil yang dipungut daripada GST dan

bagaimana ianya membelanjakan. Oleh itu, rakyat lebih memahami dan tahu kemana lebihan

wang itu pergi. Cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah kerajaan perlu

mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu supaya tidak membazir yang boleh

menyebabkan kepada peningkatan kepada kos mengurus. Dimana kos ini akan membuatkan

kerajaan mengurangkan kos perbelanjaan yang menyebabkan kerajaan tidak memerlukan

hasil yang terlalu banyak bagi menampung kos yang sedia ada dalam mentadbir. Oleh itu,

akan mengirankan bebanan cukai yang terpaksa dikutip daripada pengguna.

24

Page 25: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

Kesimpulan

Konklusinya, GST yang telah dilaksanakan telah mendapat perhatian orang ramai yang

memberikan maklum balas yang pelbagai. Setiap gerak kerja yang dilaksanakan sudah

semestinya mempunyai kesan positif dan kesan negatif. Diharapkan kesan yang kurang baik

akan mendapat perhatian pihak yang berkenaan dan langkah penambahbaikan akan diambil.

Selain itu, diharapkan matlamat utama pelaksanaan GST dapat dicapai dan tiada mana-mana

pihak yang mengambil kesempatan. Langkah baru kerajaan ini telah diringkaskan di jadual

disebelah dimana cukai yang dilaksanakan sebelum ini dibandingkan dengan langkah

kerajaan yang baru iaitu GST.

25

Page 26: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

Perbandingan antara SST dan GST

SST GST Semua barangan tidak dicukai

kecuali diisytiharkan dicukai.

Setiap barangan akan dicukai kecuali

diisytiharkan tidak dicukai.

40 barangan pengguna tidak akan

dicukai sekaligus diharapkan dapat

meringkan beban pengguna

Kerajaan hanya mendapat hasil

cukai RM 16 billion – RM 18 billion

setahun.

Kerajaan dijanga mampu mengutip

hasil cukai RM27 billion setahun.

Dilaksanakan sejak 1960an dengan

pelbagai penambahbaikan

Mula dilaksanakan pada 1 April

2015 berdasarkan pengumuman

Bajet 2014.

Diperkenalkan oleh kerajaan untuk

menangani defisit negara.

Cukai hanya dikenakan pada

pengilang dan pengguna.

Berlaku ketirisan apabila ada

segelintir pengimport, pengilang,

pemborong dan peruncit lari dari

membayar cukai.

Pihak peniaga mempunyai peluang

untuk memanipulasikan sumber

pendapatan melalui kegiatan

pencucian matawang.

Cukai dikenakan pada pelbagai

peringkat bermula dari pengilang,

pemborong, peruncit dan pengguna.

Semua hasil pendapatan dan

perbelanjaan dipelbagai peringkat

akan direkod dan dikemaskini oleh

pihak berkuasa.

Cukai SST yang dilaksanakan GST pada kadar 6%.

26

Page 27: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

meliputi cukai jualan, 6% dan cukai

perkhidmatan,10%. Jumlah 16%.

34 buah negara di dunia masih lagi

mengamalkan regim percukaian

tersendiri dan beransur-ansur

memilih GST sebagai regim

percukaian yang baru.

160 buah negara telah melaksanakan

GST pada kadar yang berbeza-beza.

Di ASEAN, hanya Brunei dan

Myanmmar masih belum

melaksanakan GST.

Negara-negara yang telah

melaksanakan GST telah Berjaya

memajukan negara dan tidak jatuh

bankrupt.

Pendapatan dari pengumpulan hasil

cukai SST yang terhad

menyebabkan pembangunan

pelbagai infrastruktur baru juga

terhad dan segelintir rakyat masih

terpinggir.

Pendapatan dari pengumpulan cukai

GST boleh digunakan oleh pihak

kerajaan untuk membangunkan

pelbagai infrastruktur baru di mana

rakyat pasti akan dapat nikmat dan

manfaatnya secara langsung atau

tidak langsung.

27

Page 28: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

LAMPIRAN 1

SENARAI BARANGAN KATEGORI GST BERKADAR STANDARD

(Sumber: http://gst.astroawani.com)

BARANGAN RUNCIT

MAKANAN DAN MINUMAN

BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN

ALAT PERMAINAN

PERALATAN RUMAH

UBAT-UBATAN

ALAT TULIS

PAKAIAN,KASUT,BEG DAN AKSESORI

BARANGAN HAIWAN

PERKAKASAN

PERKAKAS DAPUR

KESIHATAN DAN KECANTIKAN

28

Page 29: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

LAMPIRAN 2

SENARAI BARANGAN KATEGORI GST BERKADAR SIFAR

(Sumber: http://gst.astroawani.com)

BARANGAN RUNCIT

MAKANAN DAN MINUMAN

BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN

UBAT-UBATAN

ALAT TULIS

29

Page 30: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

LAMPIRAN 3

SENARAI BARANGAN KATEGORI GST BERKADAR PENGECUALIAN

(Sumber: http://gst.astroawani.com)

TANAH BAGI TUJUAN:-

PERTANIAN

KEDIAMAN

TEMPAT LETAK KERETA

BANGUNAN KEAGAMAAN

LOGAM BERHARGA

KEMUDAHAN KEWANGAN

PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN

PERKHIDMATAN KESIHATAN

KEMUDAHAN PENDIDIKAN

30

Page 31: ifolio.ukm.my · Web viewSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

RUJUKAN

http://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/Penjelasan-GST-Di-Malaysia

http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVIII/PKEM2013_3C2.pdf

http://www.academia.edu

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/524-kolumnis-akhbar/

16995-gst-tingkatkan-hasil-negara-perluas-kebajikan-rakyat-.html

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20120723/ek_04/Pengalaman-GST-di-negara-luar#ixzz3bt16eKjr  

http://www.treasury.gov.my/index.php?

option=com_content&view=article&id=2796:apakah-kadar-gst-di-negara-

asean&catid=506&Itemid=2493&lang=ms

http://gst.astroawani.com

31