emasjid.sarawaknet.gov.myemasjid.sarawaknet.gov.my/emasjid/khutbah.nsf/all/2da290... · web...

14
KHUTBAH JUMAAT “AL-QURAN DAN AL-SUNNAH DARI PERSPEKTIF KESIHATAN TUBUH BADAN” (31 Mac 2017M/ 03 Rejab 1438H) ____________________________________________________________________________________________________ ________ ِ لِ اَ قْ ل اِ له لِ ُ دْ مَ حْ لَ ا: ُ ه َ لَ كْ ِ رَ ش اَ لُ هَ د ْ حَ وُ ه ل ل ا اَ ّ لِ اَ هٰ َ لِ ا اَ ّ لْ ) نَ اُ دَ هْ شَ ا. ُ هُ لْ وُ سَ رَ وُ هُ د ْ 1 بَ ع اً دَ ّ مَ ح ُ مَ ّ ) نَ اُ دَ هْ شَ اَ و. َ ّ مُ هٰ ّ ل لَ ا اً ر ْ يِ ; ثَ ك اً مْ يِ لْ سَ تْ مِ ّ لَ سَ وِ هِ 1 بْ حَ صَ وِ ه ِ لG اٰ ىَ لَ عَ وٍ دَ ّ مَ ح ُ م اَ M نِ دِ ّ بَ سٰ ىَ لَ عِ ّ لَ ص. اْ و ُ قَ ّ تِ ، اِ ه ل ل اَ اد َ 1 بِ ع ا َ يَ M ف، ُ د ْ عَ 1 ت ا َ ّ مَ اَ ) نْ وُ مِ لْ سُ مْ مُ تْ M نَ اَ ا وَ ّ لِ اَ ّ ) نُ تْ وُ مَ تَ لاَ و ِ هِ اتَ قُ تَ ّ قَ حَ له ل ا. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Marilah kita bersama-sama mempertingkatkan ketakwaan kita kepada Allah subhanahu wata’ala dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah- mudahan kita mendapat keberkatan dan keredhaan daripadaNya di dunia dan di akhirat. Pada hari yang berbahagia ini, mimbar akan membicarakan tajuk Al-Quran Dan As-Sunnah Dari Perspektif Kesihatan Tubuh Badan”. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, 1

Upload: vothien

Post on 19-Jun-2019

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: emasjid.sarawaknet.gov.myemasjid.sarawaknet.gov.my/emasjid/khutbah.nsf/All/2DA290... · Web viewPenjagaan kesihatan tubuh badan amat penting kerana ia termasuk dalam tujuan utama

KHUTBAH JUMAAT

“AL-QURAN DAN AL-SUNNAH DARI PERSPEKTIF KESIHATAN TUBUH BADAN”

(31 Mac 2017M/ 03 Rejab 1438H)____________________________________________________________________________________________________________

: الـحمد لله القائلـده. أشهد أن ال� إلـه إال� الله وحده ال شريك له ـ وأشهد أن� مـحم�دا عب

م. ورسوله ل حبه وســ ــه وصــ دنا مـــحم�د وعلى آل ي ل على ســ اللهم� صــــموتن�. تسليما كثيرا �قوا الله حق� تقاته وال تـ أم�ا بعد، فيا عباد الله، ات

.إال� وأنتم مسلمونSidang Jumaat yang dirahmati Allah,Marilah kita bersama-sama mempertingkatkan ketakwaan kita kepada Allah

subhanahu wata’ala dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan

meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat

keberkatan dan keredhaan daripadaNya di dunia dan di akhirat. Pada hari

yang berbahagia ini, mimbar akan membicarakan tajuk “Al-Quran Dan As-Sunnah Dari Perspektif Kesihatan Tubuh Badan”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,Islam adalah al-Din yang amat menitikberatkan kesejahteraan manusia ter-

masuklah dari aspek kesihatan tubuh badan. Penjagaan kesihatan tubuh

badan amat penting kerana ia termasuk dalam tujuan utama syariah Islam

dalam penjagaan terhadap kehidupan. Tubuh badan yang sihat akan mem-

bolehkan seseorang itu menjalani kehidupannya dengan baik, dan me-

nunaikan kewajipan dunia dan agamanya dengan cara yang paling sem-

purna. Oleh sebab itulah, Islam menggesa umatnya agar menggunakan se-

1

Page 2: emasjid.sarawaknet.gov.myemasjid.sarawaknet.gov.my/emasjid/khutbah.nsf/All/2DA290... · Web viewPenjagaan kesihatan tubuh badan amat penting kerana ia termasuk dalam tujuan utama

baik-baiknya peluang berada dalam keadaan sihat dan tidak mensia-siakan-

nya. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam :

(( خذ من صح�تك لـمرضك ومن حياتك لـموتك ))Maksudnya : Ambillah peluang dari kesihatan kamu untuk (sebelum) masa

sakitmu, dan dari kehidupanmu untuk (sebelum) masa kematianmu.(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Pada masa yang sama, Islam mendidik penganutnya agar melazimkan doa

mohon dikurniakan kesihatan dan keafiatan dari segala perkara yang tidak di-

ingini. Hal ini jelas dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam at-Tir-

mizi rahimahullah yang berbunyi :

((ما سئل الله شيئا أحب� إليه من أن يسأل العافية)) Maksudnya : Tidak ada sesuatu yang diminta yang lebih disukai oleh Allah

dari ‘afiat (kesejahteraan dari segala perkara yang tidak diingini).

Selain dari itu, perhatian berat Islam terhadap aspek kesihatan jelas tergam-

bar juga melalui keutamaan dan kelebihan yang diberikan oleh Islam kepada

orang yang sihat dan kuat. Firman Allah subhanahu wata’ala dalam Surah al-

Qasas, ayat 26 :

Maksudnya : Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata :

“Wahai ayahku, ambillah dia menjadi orang upahan (menggembala kambing

kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang

yang kuat, lagi amanah.

Berkaitan hal ini juga, Rasulullah sallallahu alaihi wasalllam bersabda :

(( الـمؤمن القوي خير وأحب إلى الله من الـمؤمن الض�عيف ))

2

Page 3: emasjid.sarawaknet.gov.myemasjid.sarawaknet.gov.my/emasjid/khutbah.nsf/All/2DA290... · Web viewPenjagaan kesihatan tubuh badan amat penting kerana ia termasuk dalam tujuan utama

Maksudnya : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan disukai oleh Allah dari

mukmin yang lemah…

Kepentingan kesihatan juga dapat dilihat dari sudut pelaksanaan sesuatu

ibadah dan urusan keduniaan seharian. Dari sudut pelaksanaan ibadah, muk-

min yang dikurniakan kesihatan yang baik dapat menunaikan solatnya dalam

bentuk yang sempurna, tanpa ada kesakitan dan kepayahan dari penyakit-

penyakit. Begitu juga, individu yang sihat dapat menikmati kebaikan-kebaikan

dari ibadah puasa dan mengambil pengajaran-pengajaran dari amalan-

amalan haji berbanding dengan individu yang kurang sihat.

Manakala dari sudut pelaksanaan urusan keduniaannya, individu yang sihat

akan mampu memajukan diri, membangun dan memberi manfaat kepada

orang lain. Ia juga memelihara dirinya daripada menimbulkan bahaya dan an-

caman kepada orang lain dan masyarakat. Sepertimana individu akan sukar

untuk maju dan membangun kerana adanya halangan dari faktor kesihatan,

seperti itu juga masyarakat dan negara. Oleh sebab itu, Islam amat memberi

perhatian yang tinggi kepada aspek kesihatan penganutnya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,Setelah kita memahami betapa pentingnya kesihatan, maka kita perlu

mengetahui cara untuk menjaga kesihatan diri. Sebagai satu cara hidup, Is-

lam bukan hanya bersifat teori, bahkan memberikan kaedah-kaedah praktikal

untuk memelihara dan mengembalikan kesihatan. Dalam hal ini, Islam bersi-

fat pro aktif dalam dasarnya dengan mengutamakan usaha-usaha pencega-

han. Antara prinsipnya ialah ‘Pencegahan lebih baik dari rawatan' dan

‘Menutup pintu kerosakan’.

Pelaksanaan kepada prinsip-prinsip tersebut terserlah dalam perintah agar

menjauhkan diri daripada sumber penyakit. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi

wasallam yang bermaksud :

3

Page 4: emasjid.sarawaknet.gov.myemasjid.sarawaknet.gov.my/emasjid/khutbah.nsf/All/2DA290... · Web viewPenjagaan kesihatan tubuh badan amat penting kerana ia termasuk dalam tujuan utama

“Apabila kamu mendengar adanya wabak ta’un di suatu daerah, janganlah

mengunjungi daerah tersebut, tetapi apabila kamu berada di daerah itu, jan-

ganlah meninggalkannya. (Hadis riwayat  Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

Selain itu, Islam menganjurkan penganutnya agar mengamalkan gaya hidup

sihat. Gaya hidup sihat berkait rapat dengan kesihatan jasmani, mental,

emosi dan rohani. Gabungan kesihatan fizikal, mental, emosi dan kerohanian

ini akan menentukan kualiti hidup seseorang itu termasuklah prestasi ker-

janya bahkan tempoh hayatnya.

Pemakanan yang berlebihan atau kandungannya yang tidak seimbang sering

menyumbang kepada berbagai-bagai penyakit kronik seperti kencing manis,

penyakit jantung, darah tinggi, penyakit buah pinggang, kanser dan seba-

gainya. Pertambahan bilangan penduduk yang berpenyakit kronik di negara

kita, sebenarnya amat membimbangkan, kerana trend ini berpotensi mengu-

rangkan produktiviti negara. Maka kejadian berbagai-bagai penyakit kronik ini

mestilah dikawal ke arah menggalakkan amalan gaya hidup sihat.

Umat Islam mestilah mempraktikkan dengan lebih bersungguh-sungguh apa

yang dianjurkan oleh agama kita sejak dari dahulu lagi, iaitu bersederhana

dalam pengambilan makanan dan minuman. Hal ini dapat difahami

berdasarkan anjuran dalam hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam yang

menyuruh makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang, dan tiada

pula didapati anjuran agar makan supaya kenyang. Berkaitan dengan hal ini,

Imam Abu Daud meriwayatkan hadis yang bermaksud:

“Kami adalah kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar

dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang.”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,Selain pemakanan, bersukan atau beriadah juga adalah sebahagian daripada

amalan gaya hidup sihat. Islam menggalakkan umatnya supaya menga-

4

Page 5: emasjid.sarawaknet.gov.myemasjid.sarawaknet.gov.my/emasjid/khutbah.nsf/All/2DA290... · Web viewPenjagaan kesihatan tubuh badan amat penting kerana ia termasuk dalam tujuan utama

malkan aktiviti latihan jasmani yang bersesuaian dengan Islam. Ini bertepatan

dengan gesaan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang menggalakkan

sukan dan latihan jasmani melalui sabdanya yang bermaksud:

“Memanah dan menungganglah. Sesungguhnya, kamu berlatih memanah

lebih aku sukai daripada kamu menunggang. Setiap apa yang seorang mus-

lim itu bersuka-suka dengannya adalah sia-sia kecuali aktivitinya memanah

dengan busar, mendidik kudanya dan permainannya dengan ahli keluar-

ganya. Sesungguhnya segala itu termasuk daripada yang hak.”(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Ini adalah seruan yang jelas bahawa Islam meletakkan kepentingan beriadah

dalam melatih umatnya dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas.

Pepatah Melayu ada menyebut: “Minda Yang Cerdas Bermula Dari Badan

Yang Sihat”. Justeru, gaya hidup sihat dalam Islam juga dapat diperolehi den-

gan melakukan ibadah-ibadah khusus seperti berwuduk, bersolat, berpuasa

dan sebagainya.

Orang Islam digalakkan bersuci dengan berwuduk dan membersihkan badan.

Berwuduk boleh menghilangkan jangkitan kuman dan habuk-habuk daripada

terus melekat di badan atau di dalam rongga-rongga. Sesungguhnya, amalan

berwuduk lima kali sehari ini amatlah tepat dengan tuntutan ilmu kesihatan.

Selain amalan berwudhuk, solat fardhu lima waktu dan solat sunat (nawafil)

juga berkeupayaan memberi ketenangan dalam jiwa dan pemikiran, atau ak-

tiviti otak dan mengawal pengumuhan atau pengeluaran hormon dalam

badan manusia. Solat yang khusyuk mampu memberi kesegaran kepada

anggota badan dan membina kecergasan minda. Solat yang khusyuk adalah

solat yang sempurna yang melibatkan tumpuan penuh fizikal dan hati kepada

Allah subhanahu wata’ala. Dalam usaha mencapai hakikat khusyuk ini, maka

kita hendaklah bermula dari amalan mengambil wuduk dengan sempurna,

melaksanakan solat dengan cermat dari segi bacaan, qiyam, rukuk, iktidal,

5

Page 6: emasjid.sarawaknet.gov.myemasjid.sarawaknet.gov.my/emasjid/khutbah.nsf/All/2DA290... · Web viewPenjagaan kesihatan tubuh badan amat penting kerana ia termasuk dalam tujuan utama

sujud, thoma'ninah serta memahami isi bacaan di dalam solat. Kaitan ibadah

khususnya solat dengan gaya hidup yang sihat ditegaskan oleh Allah sub-

hanahu wata’ala melalui firmanNya dalam surah al-Ma'aarij ayat 19-22 yang

bermaksud :

"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil

kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah. Dan apabila

ia beroleh kesenangan, ia sangat kedekut. Kecuali orang yang mengerjakan

solat."

Berdasarkan ayat ini, ternyata keistimewaan amalan ibadah khusus membuk-

tikan bahawa Islam telah menyediakan pakej penjagaan kesihatan fizikal (jas-

mani) dan spiritual (rohani) yang begitu diperlukan oleh manusia sejagat

tanpa perlu taksub kepada konsep penjagaan kesihatan yang lain.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,Kesihatan dan keselesaan alam sekeliling mewujudkan hubungan yang har-

moni dalam masyarakat, dan mengekalkan persekitaran bersih adalah terma-

suk gaya hidup sihat yang dituntut dalam Islam. Dalam sebuah hadis, Rasul-

ullah sallallahu alaihi wasallam diriwayatkan telah bersabda yang bermaksud:

"Janganlah kamu membuang air kecil di tempat air yang tidak

mengalir dan kemudiannya kamu berwudhuk pula di situ".

Ini menunjukkan betapa pentingnya tradisi umat Islam menghendaki kita su-

paya sentiasa menjaga kesucian dan kebersihan diri. Suci tetapi tidak bersih,

atau bersih tetapi tidak suci, boleh menjejaskan amal ibadah.

Secara umumnya, Islam mengharuskan umatnya mengamalkan gaya hidup

sihat selagi amalannya selari dengan akidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Namun, jika amalan gaya hidup sihat itu mencemari akidah dan syariah

seperti adanya aktiviti atau pergerakan pemujaan, jampi serapah, mendedah

aurat dan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan, maka ia adalah

haram yang sudah tentu membawa atau menimbulkan kesan negatif kepada 6

Page 7: emasjid.sarawaknet.gov.myemasjid.sarawaknet.gov.my/emasjid/khutbah.nsf/All/2DA290... · Web viewPenjagaan kesihatan tubuh badan amat penting kerana ia termasuk dalam tujuan utama

pelakunya secara sedar atau tidak, secara serta-merta atau dalam jangka

panjang, selain membawa dosa kepada Allah subhanahu wata’ala !

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,Mengakhiri khutbah, mimbar Jumaat hari ini menyeru umat Islam agar

memberi sepenuh perhatian dan mengikuti langkah-langkah sewajarnya bagi

menjamin amalan gaya hidup sihat, umpamanya :

Pertama: Amalkan sikap mencegah lebih baik daripada mengubat;

Kedua: Amalkan pemakanan sederhana dan seimbang daripada

kesedapan dan keterlebihan;

Ketiga: Pastikan amalan pelbagai gaya hidup sihat tidak bertentangan

dengan akidah dan hukum syarak; dan

Keempat: Sentiasa merujuk kepada ulamak atau orang alim untuk

memastikan supaya gaya hidup yang kita anggap menyihatkan,

benar-benar selari dengan syarak dan kita diberkati Allah sub-

hanahu wata’ala, dan disenangi oleh sesama ahli masyarakat.

Marilah kita hayati firman

Allah Ta’ala dalam surah

az-Zalzalah ayat 7-8:

جيم يطان الر أعوذ بالله من الش

7

Page 8: emasjid.sarawaknet.gov.myemasjid.sarawaknet.gov.my/emasjid/khutbah.nsf/All/2DA290... · Web viewPenjagaan kesihatan tubuh badan amat penting kerana ia termasuk dalam tujuan utama

Maksudnya: "Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan

dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat

zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).”

ــه �اكم بـــما في بارك اللــه لي ولكم في القــرءان العظيم، ونفعني وإيميع ��ه هو الس ي ومنكم تالوته، إن �ل من من اآليات والذكر الحكيم، وتقبائر تغفر اللــه العظيم لي ولكم، ولســ ــذا، وأســ العليم. أقول قولي هـا ـ الـمسلمين والـمسلمات، والـمؤمنين والـمؤمنات، فاستغفروه، في

�ائبين. فوز الـمستغفرين ويا نـجاة التKHUTBAH JUMAAT KEDUA

____________________________________________________________________________________________________________

أمر كما كثيرا حمدا لله الـحمد ال . الـحمد لله، أن أشهدمـحم�دا دنا سي �أن وأشهد له، شريك ال وحده الله �إال إلــه

ورسوله دنا . عبده سي على وبارك م وسل صل � اللهمأجمعين وأصحابه أله وعلى عباد . مـحم�د فيا بعد، أم�ا

تفلحون �كم لعل تقاته �حق الله �قوا ات الله . الله، قال:تعالى

آمنوا �ذين ال ها أي يا �بي الن على ون يصل ومالئكته الله � إنتسليما موا وسل عليه وا صل

على صل �أل اللهم وعلى مـحم�د دنا مـحم�د، سي دنا سيعلى �يت صل أل كما وعلى إبراهيم دنا إبراهيم، سي دنا سي

على أل وبارك وعلى مـحم�د دنا كما سي مـحم�د، دنا سيعلى أل باركت وعلى إبراهيم دنا في سي إبراهيم، دنا سي

مـجيد حميد �ك إن الـخلفاء . العالمين، عن �اللهم وارضوعثمان وعمر بكر أبي ساداتنا ين، الـمهدي اشدين � الر

8

Page 9: emasjid.sarawaknet.gov.myemasjid.sarawaknet.gov.my/emasjid/khutbah.nsf/All/2DA290... · Web viewPenjagaan kesihatan tubuh badan amat penting kerana ia termasuk dalam tujuan utama

يوم إلى بـإحسان لهم �ابعين والت الص�حابة وعن وعلي،والـمؤمنين . الدين والـمسلمات للمسلمين اغفر � اللهم

واألموات منهم األحيآء قريب . والـمؤمنات سميع �ك إنالحاجات قاضي ويا الد�عوات .مـجيب

Ya Allah! Ampunkanlah dosa dan kesalahan kaum muslimin dan muslimat,

mukminin dan mukminat, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah

meninggal dunia. Limpahkanlah kesejahteraan, kedamaian dan kebahagiaan

kepada kami semua dalam kehidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat

kelak.

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-Mu kepada

kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin Islam Negara kami,

khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia, dan

juga pemimpin-pemimpin Islam negeri kami, khususnya Tuan Yang

Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Ya Allah, kami memohon ke hadratMu, kukuhkanlah iman kami, tingkatkanlah

amal kami, eratkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami,

kayakanlah kami dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan

yang bermanfaat. Suburkanlah peribadi kami dengan budi pekerti yang mulia,

bimbinglah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada

ujianmu seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit,

persengketaan, kemiskinan dan kebuluran. Kami berlindung dan bermohon

denganMu Ya Allah, semoga negeri kami akan sentiasa bertambah aman,

makmur dan berkat.

Pada hari yang mulia ini juga, kami memohon ke hadratMu ya Allah,

jadikanlah setiap individu generasi muda di kalangan remaja dan belia

generasi pelapis negara dan negeri kami ini golongan yang beramanah,

bertanggungjawab, dan berakhlak mulia agar dapat membentuk sebuah 9

Page 10: emasjid.sarawaknet.gov.myemasjid.sarawaknet.gov.my/emasjid/khutbah.nsf/All/2DA290... · Web viewPenjagaan kesihatan tubuh badan amat penting kerana ia termasuk dalam tujuan utama

masyarakat yang baik, aman dan bertamadun, serta mendapat keampunan,

keredhaan dan berkat daripadaMu, ya Allah. Peliharalah kami serta generasi

yang mewarisi kami, daripada terlibat dalam apa jua unsur negatif yang boleh

menjatuhkan maruah diri, keluarga, masyarakat dan negara.

عذاب وقنا حسنة اآلخرة وفي حسنة الدنيا في أتنا �نآ رب

�ار العالـمين . الن �رب يا أمين الله .أمين، يأمر . عباد الله � إنواإلحسان الفحشآء . بالعدل عن وينهى القربى ذي وإيتآء

والبغي �رون . والـمنكر تذك �كم لعل الله . يعظكم فاذكروايذكركم يزدكم . العظيم نعمه على من . واشكروه واسألـوه

يعطكم أكبر . فضله الله تصنعون . ولذكر ما يعلم .واللهالص�الة .أقيموا

10