ifolio.ukm.my · web view-pastikan ‘tagging’ telah lengkap-pastikan tandas dalam keadaan...

24
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA _____________________________________________________________ LAPORAN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF ______________________________________________________________ NAMA : MOHAMAD ZULZAFRI BIN MOHD KUSAINI NO.MATRIK : A 144122 FAKULTI : KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA PENYELARAS : PROF. MADYA SR. DR. ADI IRFAN BIN CHE ANI

Upload: tranngoc

Post on 06-May-2019

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web view-Pastikan ‘tagging’ telah lengkap-Pastikan tandas dalam keadaan bersih-Pastikan air mineral telah disediakan-Pastikan air mineral, air teh, air kopi telah

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

_____________________________________________________________

LAPORAN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF

______________________________________________________________

NAMA : MOHAMAD ZULZAFRI BIN MOHD KUSAINI

NO.MATRIK : A 144122

FAKULTI : KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA

PENYELARAS : PROF. MADYA SR. DR. ADI IRFAN BIN CHE ANI

Page 2: ifolio.ukm.my · Web view-Pastikan ‘tagging’ telah lengkap-Pastikan tandas dalam keadaan bersih-Pastikan air mineral telah disediakan-Pastikan air mineral, air teh, air kopi telah

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan hidayahNYA dapatlah saya menyiapkan laporan pembuktian program untuk kemahiran kreatif dan inovatif. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelaras bagi kursus ini iaitu PROF. MADYA SR. DR. ADI IRFAN BIN CHE ANI kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, panduan dan bantuan dalam menyiapkan laporan ini.

Disamping itu, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada Majlis Tertinggi (MT) program ke atas jawatan yang telah diamanahkan kepada diri saya. Tidak lupa juga ke atas tunjuk ajar dan teguran sepanjang saya menjalankan tugas ini. Sesungguhnya ini merupakan pengalaman saya yang pertama dalam menjawat jawatan yang penting dalam program yang besar.

Akhir sekali, saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan laporan program ini sama ada dari segi multimedia (gambar lampiran) dan maklumat yang diperlukan. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat diaplikasikan pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Page 3: ifolio.ukm.my · Web view-Pastikan ‘tagging’ telah lengkap-Pastikan tandas dalam keadaan bersih-Pastikan air mineral telah disediakan-Pastikan air mineral, air teh, air kopi telah

KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN PROGRAM

2.0 KERTAS KERJA

3.0 SURAT KELULUSAN JPPel

4.0 MINIT MESYUARAT

5.0 PENGENALAN TUGAS

PENGENALAN JAWATAN GERAK KERJA JAWATAN PELAKSAAN GERAK KERJA

6.0 PENUTUP

Page 4: ifolio.ukm.my · Web view-Pastikan ‘tagging’ telah lengkap-Pastikan tandas dalam keadaan bersih-Pastikan air mineral telah disediakan-Pastikan air mineral, air teh, air kopi telah

1.0 PENGENALAN PROGRAM

SINOPSIS PROGRAM :

Seminar ICT & Komunikasi (SIKOM14) merupakan salah satu program anjuran Eksekutif ICT & Penerbitan Kolej Dato’ Onn untuk memberi peluang kepada para pelajar IPTA, ahli-ahli akademik mahupun organisasi luar untuk membentangkan kertas konsep dan hasil penyelidikan mereka dalam bidang ICT dan Komunikasi. Matlamat Seminar ICT & Komunikasi 2014 ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemajuan dan potensi para pelajar mahupun mana-mana organisasi dalam mengekalkan penerbitan yang berprestij tinggi. Seminar ini juga adalah bertujuan untuk merealisasikan matlamat pendidikan di UKM iaitu untuk “melahirkan siswazah yang berkeyakinan, berkepimpinan, beretika dan berjati diri kebangsaan di persada antarabangsa”, selaras dengan wawasan universiti untuk membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia.

Seterusnya, program sebegini juga belum lagi dianjurkan oleh mana-mana wakil antara kolej-kolej kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia dan wakil Kolej Dato’ Onn berhasrat untuk mengadakan program ini dalam menyahut misi dan visi UKM untuk mengekalkan taraf kolej sebagai “Kolej Akademik”. Hal ini seterusnya dapat membuktikan bahawa Kolej Dato’ Onn masih menjadi kolej yang sentiasa mendapat tempat yang pertama antara semua kolej di Universiti Kebangsaan Malaysia sejajarnya dengan moto kolej “Pertama Dalam Semua”. Walaupun warga Kolej Dato’ Onn mempunyai pelbagai bangsa dan agama, namun ini tidak menjadi halangan semasa bekerjasama menjayakan program ini.

NAMA PROGRAM : Seminar Ict Dan Komunikasi 2014 (SIKOM14), Kolej Dato’ Onn

TARIKH : 26 Mac 2014

TEMPAT : Bilik Senat & Bilik Majlis, Bangunan Canselori,Universiti Kebangsaan Malaysia

ANJURAN : Eksekutif Ict Dan Penerbitan,Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Dato’ Onn Sesi 2013 / 2014

TEMA : “ ICT & KOMUNIKASI DALAM ERA TRANSFORMASI ”

JAWATAN : Pengarah Program [Jawatankuasa Kertas Kerja Dan Prosiding]

Page 5: ifolio.ukm.my · Web view-Pastikan ‘tagging’ telah lengkap-Pastikan tandas dalam keadaan bersih-Pastikan air mineral telah disediakan-Pastikan air mineral, air teh, air kopi telah

Tema bagi Seminar ICT dan Komunikasi (SIKOM14) ialah “ICT & KOMUNIKASI DALAM ERA TRANSFORMASI”. Tema ini dipilih bagi meluaskan lagi pengetahuan, input serta berkongsi pandangan terhadap isu jenayah siber antaranya yang semakin meluas dalam negara serta apa langkah keselamatan demi mencegahnya daripada barisan panel yang hebat-hebat belaka. Pemilihan tema ini dijalankan dengan penuh teliti melalui penilaian terhadap beberapa aspek. Antara aspek yang dinilai ialah aspek isu ICT dan Komunikasi terkini dan aspek penganjur program.

Penganjuran program ini juga dipercayai mampu untuk membantu pelajar memenuhi tuntutan lapan hasil pembelajaran yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel). Antara hasil pembelajaran yang akan dicapai oleh peserta program ialah kemahiran komunikasi, kemahiran pengurusan maklumat, dan pembelajaran sepanjang hayat, nilai, sikap, etika dan profesionalisme, pemikiran kritikal , penyelesaian masalah, dan pendekatan saintifik kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan, kemahiran pengurusan dan keusahawanan dan kemahiran kreatif dan inovatif dan ini akan mampu membantu pelajar menyiapkan diri untuk ke masa hadapan kelak.

Page 6: ifolio.ukm.my · Web view-Pastikan ‘tagging’ telah lengkap-Pastikan tandas dalam keadaan bersih-Pastikan air mineral telah disediakan-Pastikan air mineral, air teh, air kopi telah

5.0 PENGENALAN TUGAS

PENGENALAN JAWATANDalam program ini, saya dilantik oleh Majlis Tertinggi Program SIKOM14 iaitu ketua pengarah untuk memegang jawatan Ketua Kertas Kerja Dan Prosiding atau lebih dikenali sebagai Pengarah Program. Saya mempunyai 2 orang Ahli JawatanKuasa (AJK) di bawah naungan saya. Kami bersama-sama melakukan gerak kerja untuk program ini.

GERAK KERJA JAWATAN Melengkapkan info program di web page facebook rasmi program Merangka organisasi/penyelia dalam pemilihan abstrak untuk dipilih sebagai

peserta program. Mendraf surat keputusan / maklum balas /acceptance letter peserta. Mereka brosur program. Menjual keychain dan mug Mengutip yuran dari setiap pembentang Memaklumkan kepada setiap pembentang keperincian program Membuat draf kompilasi kertas kerja dan abstrak.

-CD-Buku

Untuk gerak kerja kali ini, saya bertanggungjawab sepenuhnya merangka buku abstrak yg mengandungi abstrak semua abstrak pembentang dan membuat CD yang mengandungi semua kertas kerja pembentang.

Page 7: ifolio.ukm.my · Web view-Pastikan ‘tagging’ telah lengkap-Pastikan tandas dalam keadaan bersih-Pastikan air mineral telah disediakan-Pastikan air mineral, air teh, air kopi telah

Saya diminta untuk mereka brosur program. Antara contoh brosur yang saya reka adalah seperti berikut :

Page 8: ifolio.ukm.my · Web view-Pastikan ‘tagging’ telah lengkap-Pastikan tandas dalam keadaan bersih-Pastikan air mineral telah disediakan-Pastikan air mineral, air teh, air kopi telah

Brosur yang dipilih oleh MT program SIKOM14

Page 9: ifolio.ukm.my · Web view-Pastikan ‘tagging’ telah lengkap-Pastikan tandas dalam keadaan bersih-Pastikan air mineral telah disediakan-Pastikan air mineral, air teh, air kopi telah

Saya juga diminta untuk mereka cover depan buku abstrak yang mengandungi semua abstrak pembentang.

BUKU ABSTRAK

Saya juga diminta untuk mereka cover album CD yang mengandungi semua kertas kerja setiap pembentang.

Cover Album yang dipilih oleh MT program SIKOM14

Page 10: ifolio.ukm.my · Web view-Pastikan ‘tagging’ telah lengkap-Pastikan tandas dalam keadaan bersih-Pastikan air mineral telah disediakan-Pastikan air mineral, air teh, air kopi telah

Sampel cover album yang lain

ATURCARA PENTADBIRAN PROGRAM SEMINAR ICT DAN KOMUNIKASI (SIKOM14)

Page 11: ifolio.ukm.my · Web view-Pastikan ‘tagging’ telah lengkap-Pastikan tandas dalam keadaan bersih-Pastikan air mineral telah disediakan-Pastikan air mineral, air teh, air kopi telah

26 MAC 2014 (RABU) | BILIK SENAT |11.00 PAGI

MASA TEMPAT PROGRAM AKTIVITI TINDAKAN7.00 Pagi Bilik Senat,

Bilik Majlis danBilik VIP

Persediaan ruang untuk tetamu jemputan dan VIP

-Pastikan Bilik Senat, Bilik Majlis dan Bilik VIP dan keadaan teknikal dalam keadaan baik

-Pastikan ‘tagging’ telah lengkap

-Pastikan tandas dalam keadaan bersih

-Pastikan air mineral telah disediakan

-Pastikan air mineral, air teh, air kopi telah disediakan di bilik VIP

PROTOKOL

PROTOKOL

PROTOKOL

PROTOKOL

PROTOKOL

7.45 Pagi Bilik Senat Ketibaan dan pendaftaran peserta / tetamu :-Pelajar-Jemputan luar-Ahli akademik

-Penyambut tetamu menyambut dan menempatkan tetamu di tempat yang disediakan

-Buku program diagihkan kepada tetamu

SAMBUTAN DAN PENDAFTARAN

SAMBUTAN DAN PENDAFTARAN

8.10 Pagi Pintu Utama Bangunan Canselori

Ketibaan VIP -Kenderaan VIP diiringi oleh outriderKeselamatan dari pintu masuk utama UKM

-Urusetia program menyambut VIP di Pintu Utama Bangunan Canselori

-Mengiringi VIP, masuk ke dalam bilik VIP

-Liputan gambar

PROTOKOL

PROTOKOL

PUBLISITI

8.30 Pagi Bilik Senat Pengumuman ketibaan VIP dan perasmi di pintu masuk Bilik Senat

-Pengacara akan mengumumkan ketibaan VIP dan perasmi

-Mengiringi VIP,perasmi, Pengarah SIKOM14 ke meja utama

-Pengacara akan memulakan majlis

-Nyanyian lagu “Negaraku & Varsiti”

-Pastikan mikrofon dan peralatan teknikal dalam keadaan bersedia

-Liputan gambar

PROTOKOL

PROTOKOL

PROTOKOL

TEKNIKAL

TEKNIKAL

PUBLISITI

8.50 Pagi Bilik Senat Bacaan doa -Pengacara menjemput pembaca doa ke rostrum untuk mengetuai bacaan doa

-Pastikan mikrofon dan peralatan teknikal dalam keadaan bersedia

PROTOKOL

TEKNIKAL

Page 12: ifolio.ukm.my · Web view-Pastikan ‘tagging’ telah lengkap-Pastikan tandas dalam keadaan bersih-Pastikan air mineral telah disediakan-Pastikan air mineral, air teh, air kopi telah

-Liputan gambar PUBLISITI

8.55 Pagi Bilik Senat Ucapan alu-aluan Ketua Pengarah SIKOM14

-Pengacara menjemput Ketua Pengarah SIKOM14 menyampaikan ucapan

-Pastikan mikrofon dan peralatan teknikal dalam keadaan bersedia

-Liputan gambar

PROTOKOL

TEKNIKAL

PUBLISITI

9.00 Pagi Bilik Senat Ucapan Pengerusi SIKOM14

-Pengacara menjemput Pengerusi SIKOM14 menyampaikan ucapan

-Pastikan mikrofon dan peralatan teknikal dalam keadaan bersedia

-Liputan gambar

PROTOKOL

TEKNIKAL

PUBLISITI

9.10 Pagi Bilik Senat -Ucapan perasmi-Perasmian program SIKOM14

-Pengacara menjemput perasmi menyampaikan ucapan

-Pastikan mikrofon dan peralatan teknikal dalam keadaan bersedia

-JK Teknikal menekan butang ‘play’ untuk memainkan montaj perasmian

-Usher mengiringi perasmi ke tempat perasmian.

-Perasmi menurunkan tandatangan di plaque yang telah disediakan dan usher mengiringi perasmi untuk kembali ke tempat duduk

-Liputan gambar

PROTOKOL

TEKNIKAL

TEKNIKAL

PROTOKOL

PROTOKOL

PUBLISITI

9.30 Pagi Bilik Senat Ucaptama -Pengacara menjemput ucaptama untuk menyampaikan ucaptama yang bertajuk “

-Pastikan mikrofon dan peralatan teknikal dalam keadaan bersedia

-Liputan gambar

PROTOKOL

TEKNIKAL

PUBLISITI

10.20 Pagi Bilik Senat Penyampaian cenderamata kepada perasmi dan ucaptama

-Pengacara menjemput Ketua Pengarah SIKOM14 mengiringi Pengerusi SIKOM14 untuk menyampaikan cenderamata kepada perasmi dan ucaptama

- Pastikan mikrofon dan peralatan teknikal dalam keadaan bersedia

-Liputan gambar

PROTOKOL

TEKNIKAL

PUBLISITI

Page 13: ifolio.ukm.my · Web view-Pastikan ‘tagging’ telah lengkap-Pastikan tandas dalam keadaan bersih-Pastikan air mineral telah disediakan-Pastikan air mineral, air teh, air kopi telah

10.20 Pagi Bilik Bankuasi Minum pagi -Memastikan tempat makan dalam keadaan bersih dan menu telah tersedia

JAMUAN

10.30 Pagi Bilik Senat ke Bilik Bankuasi

Bergerak ke Bilik Bankuasi untuk minum pagi

-Mengiringi VIP, perasmi ke Bilik Bankuasi

PROTOKOL

10.30 Pagi Bilik Bankuasi Minum pagi -Menikmati minum pagi SEMUA TERLIBAT

11.00 Pagi Bilik Senat dan Bilik Majlis

Pembentangan Selari

-Pengacara menjemput setiap pembentang untuk membentangkan kertas kerja.

- Pastikan mikrofon dan peralatan teknikal dalam keadaan bersedia

-Liputan gambar

PROTOKOL

TEKNIKAL

PUBLISITI

1.15 Petang Bilik Senat Majlis Penutupan -Pemberian cenderamata kepada pembentang

-Pengacara menjemput Ketua Pengarah mengiringi Pengerusi SIKOM14 untuk menyampaikan cenderamata

- Pengacara Majlis menutup majlis dan menjemput semua hadirin ke jamuan yang disediakan di bilik Bankuasi

PROTOKOL

PROTOKOL

2.30 Petang Bilik Bankuasi Makan Tengahari -VIP akan diiringi ke ruangan jamuan VIP

PROTOKOL

3.15 Petang Bilik Bankuasi VIP meninggalkan ruangan jamuan VIP

- Mengiringi VIP bergerak meninggalkan Ruang Jamuan VIP ke foyer Bangunan Canselori

-Outrider mengiringi kereta VIP ke pintu utama UKM

PROTOKOL

Page 14: ifolio.ukm.my · Web view-Pastikan ‘tagging’ telah lengkap-Pastikan tandas dalam keadaan bersih-Pastikan air mineral telah disediakan-Pastikan air mineral, air teh, air kopi telah

JADUAL SESI PEMBENTANGANSesi pembentangan dibahagi kepada dua tempat iaitu Bilik Senat dan Bilik Majlis. Sesi pembentangan berjalan serentak dan dikendalikan oleh dua orang moderator yang pakar dalam bidang ICT dan komunikasi. Setiap sesi mempunyai empat dan lima pembentang.

Berikut merupakan jadual sesi pembentangan yang lengkap:

TENTATIF SESI PEMBENTANGAN

Page 15: ifolio.ukm.my · Web view-Pastikan ‘tagging’ telah lengkap-Pastikan tandas dalam keadaan bersih-Pastikan air mineral telah disediakan-Pastikan air mineral, air teh, air kopi telah

Masa Bilik Senat [PEMBENTANGAN SESI SELARI 1]

MODERATOR : Dr. Dalbir Singh A/L Valbir Singh11.00a.m –11.20a.m

Pembelajaran Penggunaan Asas Perisian Penyuntingan: Pembangunan Perisian Teknik Penyuntingan Menggunakan Photoshop

Amirul Firdaus Abu Yaziz & Mohamad Faisal Aziz

11.20a.m - 11.40a.m

The Factor That Affects Online Group-buying Purchase Intention Among Young Generation;A Preliminary Study

Ong Shu Pei

11.40a.m - 12.00p.m

Cyber Bullying:Exploitation of Photos, A Silent Mental Torture Anis Aza Akma Bt Mohamad & Nur Amira Binti Zulkifli

12.00p.m - 12.20p.m

The Influence of Customer Satisfaction, Loyalty and Feng Shui On Malaysia's Developers' Corporate ImageWong Shin Yee

Masa Bilik Majlis [PEMBENTANGAN SESI SELARI 1]

MODERATOR : Prof Madya Dr. Ali Salman11.00a.m –11.20a.m

Model Berasaskan Imej Dalam Persekitaran Muzium MayaDr.Tengku Siti Meriam Tengku Wook

11.20a.m –11.40a.m

Hubungan Karakteristik Internal, Ekstenal Dan Persepsi Terhadap Kepuasan Pendengar Terhadap Program Talkshow

Dewi Anggrayni11.40a.m – 12.00p.m

Penapisan Internet;Satu Tinjauan Dari Sudut Kawal Selia di Malaysia Muhammad Adhan Bin Pitchan

12.00p.m – 12.20p.m

ICT Dalam Kaunseling : E-KaunselingSiti Hajar Bt Jamal & Salleh Bin Amat

12.20p.m –12.40p.m

Internet & Institusi Raja: Kajian Kes Penyalahgunaan Media Baru Di MalaysiaAli Salman, Wan Amizah Wan Mahmud & Muhammad Adhan Bin Pitchan

Page 16: ifolio.ukm.my · Web view-Pastikan ‘tagging’ telah lengkap-Pastikan tandas dalam keadaan bersih-Pastikan air mineral telah disediakan-Pastikan air mineral, air teh, air kopi telah

Antara yang terlibat menjayakan program SIKOM14

Page 17: ifolio.ukm.my · Web view-Pastikan ‘tagging’ telah lengkap-Pastikan tandas dalam keadaan bersih-Pastikan air mineral telah disediakan-Pastikan air mineral, air teh, air kopi telah

Postmortem program SIKOM14 sedang berjalan

Page 18: ifolio.ukm.my · Web view-Pastikan ‘tagging’ telah lengkap-Pastikan tandas dalam keadaan bersih-Pastikan air mineral telah disediakan-Pastikan air mineral, air teh, air kopi telah

Barisan AJK program SIKOM14

\

Ketua Pengarah program SIKOM14 sedang memberi kata-kata terakhir sebelum pembubaran jawatankuasa program.

Page 19: ifolio.ukm.my · Web view-Pastikan ‘tagging’ telah lengkap-Pastikan tandas dalam keadaan bersih-Pastikan air mineral telah disediakan-Pastikan air mineral, air teh, air kopi telah

Sambutan kecil bersama-sama semua ahli program

6.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya program SIKOM14 berjalan dengan jayanya mengikut perancangan awal semua ahli program. Walaupun ada sedikit masalah telah berlaku dalam setiap jawatankuasa semasa hari program, namun atas kecekapan dan ketelitian semua yang terlibat, masalah tersebut dapat diatasi dengan mudah. Sesungguhnya program ini telah mengasah kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan dalam diri setiap semua ahli program terutamanya yang telah menjadi pengarah jawatankuasa seperti saya.

Saya menggunakan kreativiti saya untuk mereka cover album yang mengandungi semua kertas kerja pembentang. Selain itu, saya juga mereka brosur dan cover buku abstrak yang mengandungi semua abstrak pembentang.

Page 20: ifolio.ukm.my · Web view-Pastikan ‘tagging’ telah lengkap-Pastikan tandas dalam keadaan bersih-Pastikan air mineral telah disediakan-Pastikan air mineral, air teh, air kopi telah

Secara konklusinya, program SIKOM14 ini menepati semua aspek kemahiran kreativiti dan inovatif. Kemahiran ini sangat penting kepada setiap lapisan masyarakat terutamanya golongan mahasiswa seperti saya yang bakal memasuki alam pekerjaan. Kemahiran ini juga mampu melahirkan mahasiswa minda kelas pertama seiring dengan matlamat negara.

Sekian, terima kasih.