~ tr ying to making a n ovel

2
Bayu angin menyapa lembut rambut Qistina.Dia sedang memikirkan tentang hubungannya dengan Qayyum.Semua orang yang mengenali dirinya juga mengenali Qayyum,kekasihnya.Dia bingung mengapa Qayyum tidak menghubungi dirinya selama 2 bulan setelah mereka berpisah kerana Qayyum berjaya melanjutkan pelajaran ke New Zealand dalam bidang kedoktoran.Terselit perasaan bangga di hatinya tetapi dia juga malu kerana dia hanya seorang perempuan kampung yang hanya mampu melakukan kerja-kerja kampung sedangkan kekasihnya seorang yang berpendidikan tinggi.Sedang asyik dia mengelamun,dia dikejutkan dengan sergahan rakan baiknya,Maria.”Kau ni kenapa ? Teringatkan Qayyum ke ? “ aju Maria.”Eh ,taklah ! Aku sedang memikirkan apa yang hendak aku lakukan selepas ini.Dengan keputusan yang tak seberapa ni,aku nak kerja apa ? “ tanya Qistina pula.Maria menggaru kepalanya yang tidak gatal .Bingung memikirkan nasib dirinya dan sahabat baiknya Qistina.Mereka sama-sama memperoleh keputusan yang tidak seberapa.Hanya cukup-cukup makan sahaja.Kini mereka menunggu panggilan ke universiti.Semua universiti telah mereka minta.”Harap-harap dapatlah apa yang kita minta yer Nina”,”Insyaallah,dengan izin Allah .”Setelah itu,mereka terdengar panggilan ibu Qistina,Puan Katrina.”Nina sayang,mari turun.Kita nak makan malam dah ni.Hidangan dah siap.Tolong panggilkan jugak papamu itu.Nanti dia terlelap pulak .” teriak Puan Katrina.”Baik mama.” Balas Qistina pula. Pagi itu,Qistina bersiap-siap untuk ke bandar bersama Maria.Dia ingin bekerja sementara menunggu panggilan ke Universiti.Dia tidak mahu terlalu memikirkan tentang Qayyum.Dengan bekerja,dia berharap dia dapat melupakan buat sementara waktu yang dianggap seperti gantung tidak bertali.”Maria ! Cepatla sikit . Aku nak masuk tandas pulak ni .Nanti kita terlambat.”tempik Qistina.”Kejap la Nina.Aku sakit perut ni.”balas Maria pula.”Patutla tandas bau semacam jer. Kau buang rupanya”Qistina sempat berjenaka tetapi jenakanya tidak berbalas .Setelah 15 minit menunggu,terjengul muka Maria di depan pintu bilik air.”Ha kau, punye lama kau masuk tandas.Nape ? Kau sakit ke? “tanya Qistina.”Taklah aku cuma sakit perut jer .”balas Maria.”Oo ingatkan sakit .Kalau kau ada apa-apa masalah,jangan segan yer Maria.Aku sanggup bantu kau dalam apa jua keadaan.”terharu Maria dengan kata-kata rakan baiknya itu Qistina.Mereka telah berkawan sejak kecil lagi.Kemana-mana pun,mereka sering bersama.Tidak hairanlah orang

Upload: khaleeda-nasir

Post on 15-Apr-2017

79 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: ~ Tr ying to making a n ovel

Bayu angin menyapa lembut rambut Qistina.Dia sedang memikirkan tentang hubungannya dengan Qayyum.Semua orang yang mengenali dirinya juga mengenali Qayyum,kekasihnya.Dia bingung mengapa Qayyum tidak menghubungi dirinya selama 2 bulan setelah mereka berpisah kerana Qayyum berjaya melanjutkan pelajaran ke New Zealand dalam bidang kedoktoran.Terselit perasaan bangga di hatinya tetapi dia juga malu kerana dia hanya seorang perempuan kampung yang hanya mampu melakukan kerja-kerja kampung sedangkan kekasihnya seorang yang berpendidikan tinggi.Sedang asyik dia mengelamun,dia dikejutkan dengan sergahan rakan baiknya,Maria.”Kau ni kenapa ? Teringatkan Qayyum ke ? “ aju Maria.”Eh ,taklah ! Aku sedang memikirkan apa yang hendak aku lakukan selepas ini.Dengan keputusan yang tak seberapa ni,aku nak kerja apa ? “ tanya Qistina pula.Maria menggaru kepalanya yang tidak gatal .Bingung memikirkan nasib dirinya dan sahabat baiknya Qistina.Mereka sama-sama memperoleh keputusan yang tidak seberapa.Hanya cukup-cukup makan sahaja.Kini mereka menunggu panggilan ke universiti.Semua universiti telah mereka minta.”Harap-harap dapatlah apa yang kita minta yer Nina”,”Insyaallah,dengan izin Allah .”Setelah itu,mereka terdengar panggilan ibu Qistina,Puan Katrina.”Nina sayang,mari turun.Kita nak makan malam dah ni.Hidangan dah siap.Tolong panggilkan jugak papamu itu.Nanti dia terlelap pulak .” teriak Puan Katrina.”Baik mama.” Balas Qistina pula.

Pagi itu,Qistina bersiap-siap untuk ke bandar bersama Maria.Dia ingin bekerja sementara menunggu panggilan ke Universiti.Dia tidak mahu terlalu memikirkan tentang Qayyum.Dengan bekerja,dia berharap dia dapat melupakan buat sementara waktu yang dianggap seperti gantung tidak bertali.”Maria ! Cepatla sikit . Aku nak masuk tandas pulak ni .Nanti kita terlambat.”tempik Qistina.”Kejap la Nina.Aku sakit perut ni.”balas Maria pula.”Patutla tandas bau semacam jer. Kau buang rupanya”Qistina sempat berjenaka tetapi jenakanya tidak berbalas .Setelah 15 minit menunggu,terjengul muka Maria di depan pintu bilik air.”Ha kau, punye lama kau masuk tandas.Nape ? Kau sakit ke? “tanya Qistina.”Taklah aku cuma sakit perut jer .”balas Maria.”Oo ingatkan sakit .Kalau kau ada apa-apa masalah,jangan segan yer Maria.Aku sanggup bantu kau dalam apa jua keadaan.”terharu Maria dengan kata-kata rakan baiknya itu Qistina.Mereka telah berkawan sejak kecil lagi.Kemana-mana pun,mereka sering bersama.Tidak hairanlah orang kampung mereka menggelar mereka ‘Gadis Belangkas’.Qistina masuk ke bilik mandi tanpa mempedulikan bunyi telefon Sony Ericsson Xperia nya.Timbul tanda tanya di kepala Maria siapakah yang menghubungi gerangan rakan baiknya itu.Lalu,dia membelek telefon rakan baiknya itu.Terdapat mesej daripada kekasih Qistina,Qayyum.”Assalamualaikum.Awak tengah buat ape tu ? Maafla lama saya tidak menghubungi awak.Awak sihat?