-pengawetan-kering-serangga-dan-bunga.pdf

26
Disediakan oleh: Zulaikha binti Omar Wan Nor Ifatin Illin binti Daud Tuan Nur Izzati binti Tuan Mohamad Wan Nurfarahiyah binti W. Liah PISMP SAINS SEMESTER 6

Upload: muhd-sabrie-ali

Post on 24-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: -Pengawetan-Kering-Serangga-Dan-Bunga.pdf

Disediakan oleh:

Zulaikha binti Omar

Wan Nor Ifatin Illin binti Daud

Tuan Nur Izzati binti Tuan Mohamad

Wan Nurfarahiyah binti W. Liah

PISMP SAINS SEMESTER 6

Page 2: -Pengawetan-Kering-Serangga-Dan-Bunga.pdf

Kebanyakkan tunbuhan berkayu boleh di

awetkan terutama daun dan bunganya untuk

dijadikan spesimen herbarium.

Keadaan ini adalah paling sesuai dan boleh

disimpan dengan lama jika disimpan

dikendalikan dengan sempurna.

Pengawetan dalam bentuk kering ini adalah

sesuai untuk dijadikan bahan rujukan di

makmal sekolah anda.

Page 3: -Pengawetan-Kering-Serangga-Dan-Bunga.pdf

Bagi mengumpul sesuatu jenis spesimen

tumbuhan, kita terpaksa mengumpul

beberapa bahagian pentingnya seperti

contoh buah, daun dan bunga bagi

membantu kita semasa peringkat (e) dan

seterusnya.

Jika tumbuhan itu bersaiz kecil, adalah lebih

jika bahagian-bahagian akar dan struktur

istimewa tumbuhan itu dimasukkan. Keratan

spesimen yang diambil haruslah segar dan

sihat.

Page 4: -Pengawetan-Kering-Serangga-Dan-Bunga.pdf

Spesimen perlu disusun mendatar di antara kertas akhbar lama. Pastikan bahagian-bahagiannya seperti daun dan bunga terbuka/terkembang untuk mudah dilihat. Bahagian daun pula perlu diselang-selikan antara bahagian yang terlentang dan tertiarap. Letakkan papan lapis di bahagian atas dan bawah susunan spesimen-spesimen itu. Untuk menambah tekanan, ketatkan ikatan susunan papan lapis atau tindih dengan pemberat

Page 5: -Pengawetan-Kering-Serangga-Dan-Bunga.pdf

Bahagian-bahagian daun dan bunga biasanya

cepat kuncup dan layu, oleh itu kita terpaksa

mengeringkannya dalam alat tekanan. Jika ini

tidak dapat dilakukan, kita boleh

mengeringkannya di dalam ketuhar pada suhu

45 – 60oc selama 3 – 6 hari. Jika ini juga tidak

dapat dilakukan, kita boleh mengeringkannya

dalam udara biasa tetapi kertas akhbar

mestilah sentiasa ditukar selang sehari dan

berat pemberat sentiasa ditambah selama

kira-kira 2 minggu)

Page 6: -Pengawetan-Kering-Serangga-Dan-Bunga.pdf

Nota: spesimen yang belum mati sepenuhnya

tidak boleh dikeringkan. Jika tidak, spesimen

berkenaan akan layu semasa pengeringan.

Bagi mengatasi masalah ini, kertas pembalut

hendaklah disemburkan dengan larutan

formalin 40%. Buangkan kertas yang sudah

dilembapkan apabila penukaran berikutnya

dilakukan.

Page 7: -Pengawetan-Kering-Serangga-Dan-Bunga.pdf

Untuk mengenal pasti spesimen, pengumpul

perlu membuat rujukan sama ada pada buku

atau pakar dalam bidang pengelasan

misalnya muzium, universiti atau Institut

Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Page 8: -Pengawetan-Kering-Serangga-Dan-Bunga.pdf

Nilai sesuatu koleksi herbarium bergantung kepada perlabelan yang tepat mengenai maklumat-maklumat berikut:

Nama saintifik/botani

Nama tempatan/asal

Nama bahasa inggeris

Lokasi spesimen boleh ditemui

Nama orang yang menemui/mengumpul

Tarikh

Warna asal dan bentuk bunga

Jenis sama ada pokok renek, herba, memanjat atau sayuran

Jika pokok – warna batang, tebal kulit dan sebagainya

Tarikh berbuah atau berbunga

Jenis tanah tempat spesimen tumbuh

Sifat tumbuhan seperti kaedah pendebungaan dan penyebaran biji benih

Page 9: -Pengawetan-Kering-Serangga-Dan-Bunga.pdf

Label biasanya diletak pada satu sudut

herbarium itu. Pastikan anda menomborkan

setiap spesimen dan menyimpan salinan

untuk rujukan (khususnya apabila anda ingin

menghantar spesimen untuk dikenal pasti

oleh pihak yang tertentu.

Page 10: -Pengawetan-Kering-Serangga-Dan-Bunga.pdf

Untuk memastikan herbarium tahan lama, ia

hendaklah sentiasa disimpan dalam keadaan

yang gelap, kering dan sejuk.

Page 11: -Pengawetan-Kering-Serangga-Dan-Bunga.pdf

Spesimen yang kering disusun di atas kertas tebal

dan terang (putih atau cerah) bersaiz 28cm X

43cm. Spesimen perlu dilekatkan pada kertas

dengan menggunakan kertas pelekat atau bena.

Kaedah ini baik kerana kita boleh memindahkan

spesimen ke atas bahan lain tanpa merosakkan

spesimen. Penggunaan gam tidak digalakkan

kerana ia boleh merosakkan spesimen. Pelekat

selofan pula kurang sesuai kerana ia mudah rosak

dan bertukar warna serta hilang pelekatnya.

Untuk mengelakka serangan perosak atau kulat,

spesimen perlu dititikkan atau disapu dengan

larutan merkuri klorida 2% di dalam alkohol.

Page 12: -Pengawetan-Kering-Serangga-Dan-Bunga.pdf

Serangga terdapat di sekeliling kita.

Kebolehannya untuk hidup di berbagai-bagai

jenis menjadikan ia berjaya sebagai satu

kumpulan.

Jenis afid, sebagai contoh terbatas

kehidupan pada satu spesies pokok sebagai

perumah ( Host ) sementara ada yang

menjadikan beratus-ratus jenis pokok

berlainan spesies sebagai perumah.

Page 13: -Pengawetan-Kering-Serangga-Dan-Bunga.pdf

Sebagai contoh kutipan dengan cara-cara menyapu permukaan daun dengan jaring serangga (insect net) akan menghasilkan kutipan serangga-serangga di bahagian atas tumbuhan tersebut.

Serangga-serangga di bahagian bawah tumbuhan tidak akan dapat dikutip untuk mewakili sepenuhnya tangkapan.

Salah satu cara yang biasa digunakan ialah dengan menggunakan jaring (sweep net).

Jaring ini digunakan pada permukaan-permukaan tumbuhan seperti rimbunan daun-daun, pokok-pokok renik, semak-semak, rumput-rumput dan lain-lain lagi.

Page 14: -Pengawetan-Kering-Serangga-Dan-Bunga.pdf

Bahan kimia bagi membunuh serangga yang

sesuai ialah ethyl acetate.

Ianya boleh diletakkan pada kapas atau

bahan-bahan jerap (absorbent materials) di

dalam sebuah botol (killing bottle).

Walaupun ia terbakar tetapi ianya tidaklah

sebahaya menggunakan sianid (syanide).

Spesimen akan menjadi lebih lembut (relex)

dan tidak tegang) walaupun ditinggalkan

beberapa hari di dalam botol yang

mengandungi ethyl acetate.

Page 15: -Pengawetan-Kering-Serangga-Dan-Bunga.pdf

Serangga-serangga yang berkulit keras

biasanya dipin atau disemat. Serangga

berbadan lembut seperti afid dan anai-anai

boleh dibunuh dan disimpan dalam alkohol

70%. Alkohol isopropyl boleh digunakan jika

ethyl alkohol tidak dapat diperolehi.

Page 16: -Pengawetan-Kering-Serangga-Dan-Bunga.pdf

Larutan Hood’s

Ethyl alkohol 1485 ml

air suling 330 ml

asid glacial acetik 83 ml

benzol 83 ml ---- larutan

Hood’s

Page 17: -Pengawetan-Kering-Serangga-Dan-Bunga.pdf

Larva kupu-kupu atau rama-rama perlu disimpan

dalam larutan KAAD sehingga ianya kembang

sepenuhnya ( 30 minit hingga beberapa jam) dan

kemudian barulah disimpan dalam alkohol 95%

Larutan KAAD :

Kerosene 1 bahagian

Alkohol ethyl 95% 10 bahagian

asid asetik glacial 2 bahagian

diaxane 1 bahagian

Page 18: -Pengawetan-Kering-Serangga-Dan-Bunga.pdf
Page 19: -Pengawetan-Kering-Serangga-Dan-Bunga.pdf

Serangga yang berkulit keras ( yang besar)

boleh disemat dengan pin dari atas

menembusi badannya. Jenis Coleoptera (

kumbang) disemat menerusi kepak kanannya.

Lalat, lebah, rama-rama/kupu-kupu biasa

disemat menerusi thorax dan pangkal

kepaknya. Semua spesimen mesti disemat

pada paras tinggi yang sama iaitu 1 inci

dari atas hujung pin. Ini dapat ditentukan

dengan menggunakan blok-blok penyemat

(pinning block) .

Page 20: -Pengawetan-Kering-Serangga-Dan-Bunga.pdf

Kupu-kupu dan rama-rama biasanya diletakkan di

atas papan (spreading boads yang dibuat daripada

kayu ataupun polystyrene) di mana kepak-kepak

perlu diatur dan dikembangkan hingga ianya kering

dan dalam kedudukannya yang diperlukan.

Serangga-serangga kecil boleh ditenggekkan

(mount) ke atas kertas tebal (cardbord points)

dengan menggunakan gam.

Serangga tersebut mestilah diletakkan dalam

kedudukan di mana kepalanya berhadapan ke

hadapan dan point hujung tiga segi cardboard

tersebut berada di sebelah kiri pin.

Page 21: -Pengawetan-Kering-Serangga-Dan-Bunga.pdf

Serangga yang telah disemat perlu

dikeringkan sebelum boleh disimpan di dalam

kotak-kotak serangga. Susun serangga-

serangga tersebut di atas keratan polystrene

dan masukkan ke dalam ketuhar pada suhu

45 C, keringkan sehingga beberapa hari.

Serangga boleh juga dikeringkan di bawah

matahari jika tidak terdapat ketuhar, tetapi

mestilah diawasi dari dimakan oleh semut-

semut perosak dan lainnya.

Page 22: -Pengawetan-Kering-Serangga-Dan-Bunga.pdf

Tiap-tiap spesimen mestilah dilabel dengan

nama tempat dari mana ianya dikutip

berserta dengan tarikh kutipan dan juga

nama pengutip, label-label mestilah kecil

dan diletakkan lebih kurang 5/8 inci pada

pin serta dilekatkan selari dengan specimen.

Nota-nota tambahan seperti jenis, tumbuhan

di mana ianya dikutip juga adalah perlu dan

ini boleh ditulis pada lebel yang lain dan

dilekatkan lebih kurang 1/2 inci pada pin di

bawah label yang terdahulu tadi.

Page 23: -Pengawetan-Kering-Serangga-Dan-Bunga.pdf

Specimen yang telah dikeringkan dan dilabel

perlu disimpan dalam kotak-kotak serangga

yang khusus. Kotak-kotak itu selalunya

dilapis gabus dan ditutupdengan kertas

putih. Ianya seeloknya mesti kedap udara

dan dapat menghalang perosak-perosak

seperti semut, lipas atau gegat

memasukinya. Ubat gegat (Naptelene) perlu

dilekatkan dalam gulungan kain nipis di

bahagian bawah di sebelah tepi kotak . Ini

perlu diperiksa dan ditambah dari masa ke

semasa.

Page 24: -Pengawetan-Kering-Serangga-Dan-Bunga.pdf
Page 25: -Pengawetan-Kering-Serangga-Dan-Bunga.pdf

Bahan kuantiti

1. Serbuk Napthelene 3 lb (1360 g)

2. Kloroform 1 lb

3. Beechwood Creosolte 1 ib

4. Minyak petrol 4 1/2 pts.

Page 26: -Pengawetan-Kering-Serangga-Dan-Bunga.pdf

spesimen yang kering mestilah dilembutkan sebelum ianya disemat atau ditenggek. Serangga-serangga yang kering boleh diletakkan dalam bekas yang tidak masuk angin (air-tight) di atas sekeping kertas tebal ataupun kertas jerap yang diletakkan di atas pasir basah.

Letak sedikit (beberapa titik) asid karbolik pada pasir ini bagi mengelakkan kulat dari tumbuh. Spesimen-specimen akan menjadi lembut selepas 24 jam hingga 48 jam. Walau bagaimanapun adalah lebih elok sekiranya spesimen-spesimen disemat samasa ianya baru ditangkap dari ditunggu hingga ke saat-saat akhir dimana ianya perlu dilembutkan.