: kemahiran hidup...

Download : Kemahiran Hidup Bersepadugreatteacherrizwan.blogspot.com/2012/05/kemahiran-hidup...2014-10-07Kemudian mata pelajaran ini dikaji dan diubahsuai pada tahun 1991 sebagai KHSR dengan

If you can't read please download the document

Upload: lydiep

Post on 10-Feb-2018

220 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

.: Kemahiran Hidup Bersepadu

.

Flash Banner Now - instant web adsCreate flash banner | Get my banner code

Monday, 21 May 2012

Kemahiran Hidup Bersepadu

Kurikulum Kemahiran Hidup(KH)May8Program Kemahiran Hidup.Program kemahiran hidup adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, mengenal, memahami serta dapat mengaplikasikan teknologi dalam kehidupan. Program ini juga bertujuan melahirkan insan yang dapat merancang ekonomi dengan baik serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.Program ini diwujudkan dengan objektifnya yang tersendiri. Antara objektifnya ialah:-Mengamalkan daya usaha, kreatif dan inovatif dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan.Menggembeling tenaga dan menyelaras aktiviti-aktiviti kefahaman dan kemahiran mengenai asas-asas Kemahiran Hidup.Memperkembangkan ilmu pengetahuan tentang bahan dalam bidang kayu, logam, elektrik, elektronik dan enjin serta membuat pengiraan kos.Menambah pemahaman tentang asas perdagangan yang berorientasikan keusahawanan dalam kehidupan sehari-hari.Memupuk dan memperkembangkan nilai dan kebolehan mengurus sumber yang ada di persekitaran dengan cekap, bijak, kreatif dan berkesan serta puas hati dan bangga terhadap hasil kerja sendiri.

Program ini juga mempunyai visi dan misi. Visi program ini ialah dapat melahirkan pelajar yang dilengkapkan dengan pelbagai kemahiran asas bagi membolehkan mereka hidup berdikari dalam alam pekerjaan serta dunia yang mencabar kini. Manakala misi program ini ialah dapat membekalkan pelajar dengan kemahiran asas dalam bidang teknologi dan perniagaan, dapat membekalkan pelajar dengan kemahiran amali yang mencukupi bagi membolehkan mereka membuat kerja secara berdikari dan dapat melengkapkan pelajar dengan ilmu dalam bidang reka bentuk dan penghasilan projek, reka cipta, elektronik, perpaipan, lukisan kerja, jahitan dan masakan, tempat kediaman, dan juga tanaman hiasan.

Mata pelajaran Kemahiran Hidup memerlukan bilik khas untuk dijadikan tempat Pengajaran dan Pembelajaran. Kewujudan bengkel ini akan menarik minat murid terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Mata pelajaran ini lebih kepada aspek amali dan dengan wujudnya bengkel ini pihak sekolah dapat meningkatkan lagi kualiti asas kemahiran hidup seterusnya menjadikan ianya sebagai satu mata pelajaran yang paling digemari. Guru-guru juga akan berasa lebih mudah untuk menyampaikan pengajaran dengan lebih interaktif.

Mata Pelajaran Teknikal Voksional atau Kemahiran Hidup merupakan salah satu cabang punca di mana ianya akan mengeluarkan bakal-bakal tenaga mahir dari bidang berkaitan. Ianya adalah aset di mana akan membawa Malaysia ke arah yang lebih berteknologi seperti menurut Kementerian Pendidikan di mana telah mengambil tindakan yang penting pada 1995 dengan menggubal Pelan Tindakan Peningkatan Pengeluaran Tenaga Manusia Teknikal yang menyebut bahawa:..Pelan Tindakan Pengeluaran Tenaga Manusia Teknikal bertujuan meningkatkan keluaran juruteknik dan jurutera menjelang tahun 2020 dengan menggunakan satu strategi terancang yang radikal bagi menjuruskan pelajar ke bidang teknik semasa di sekolah menengah lagi. Pelan ini melibatkan penawaran mata pelajaran teknikal di beberapa buah sekolah menengah atas serta pengembangan Sekolah Menengah Teknik dan Politeknik( Kementerian Pendidikan 1996 : 45)Bagi mengeluarkan bakal-bakal profesional ini kemahiran yang tinggi dalam latihan teknikal amatlah diperlukan. Di dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran tinggi pada kebiasaannya mereka akan lebih kerap menggunakan bengkel bagi latihan amali mereka. Ini adalah untuk memantapkan lagi ilmu yang dimiliki oleh pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Akan tetapi pengaruh persekitaran bengkel hendaklah diutamakan supaya dapat menyahut seruan kerajaan supaya dapat melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang teknikal dan vokasional. Kelengkapan bengkel adalah antara aspek yang perlu menjadi fokus utama di dalam menjadikan pembelajaran amali lebih efektif dan berkesan. Aspek lain yang merangkumi persekitaran adalah suasana dan keadaan bengkel yang teratur, keadaan sekeliling dan juga kedudukan lokasi bengkel juga perlu dijadikan sesuatu yang mustahak sebagai penduan menjadikan keselesaan pelajar menjadikan kelas amali yang dijalankan Ianya hendaklah dititik beratkan bukan sahaja ketika melakukan kerja-kerja amali malahan pada bila-bila masa sahaja ketika pelajar berada di bagi mengeluarkan bakal-bakal profesional ini kemahiran yang tinggi dalam latihan teknikal amatlah diperlukan.Laporan Penilaian Pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) 2003 oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (November 2003), didapati cuaca yang panas menjadikan keadaan ketidakselesaan pelejar semasa melakukan kerja amali memandangkan kelas amali yang dijalankan adalah di waktu tengahari dan waktu itu adalah tidak sesuai untuk menjalankan kelas amali. Pengaruh persekitaran dilihat banyak memainkan peranan bagi menjadikan aktiviti amali lancar dan mengikut proses pembelajaran yang ditetapkan dan mengikut laluan yang betul. Selain itu, pengurusan secara sistematik di dalam bengkel amat penting untuk memperolehi keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berikutan dengan perkara yang sedemikian, satu perubahan dari sistem yang lama kepada sistem yang baru harus dilakukan.Sesebuah bengkel yang diuruskan dengan baik dan bersistematik akan membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bersesuaian dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri yang mana disebabkan kerja-kerja berbentuk amalan praktik yang dilakukan di dalam bengkel merupakan komponen utama dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan sains, teknik dan kemahiran (Newble dan Canon, 1989 dalam Haslina Yusoff, 2005). Pada dasarnya, segala bentuk aktiviti di dalam pengurusan bengkel atau bilik khas akan mempengaruhi hasil dan kepuasan kepada pelaksana dan pengguna bengkel. Pelaksana dan pengguna bengkel ini merujuk kepada tenaga pengajar. Aktiviti bagi pengurusan merangkumi aspek-aspek merancang, melaksana, mengawal dan menilai (Yahya Abdul Hamid, 1989 dalam Haslina Yusoff, 2005). Pengurusan bengkel yang baik dan teratur bukan sahaja memberikan kebaikan kepada proses pengajaran dan pembelajaran malah ia menjadi kebanggaan kepada guru yang menguruskan perkara tersebut. Ini disebabkan banyak masa dan tenaga telah digunakan bagi merancang, mengelola dan menyelenggara sesebuah bengkel. Menurut Abu Bakar (1994) dalam Nor Fariza (2002), peraturan keselamatan di bengkel atau tempat kerja perlu diamalkan dari semasa ke semasa. Untuk mengelakkan kemalangan dan kecelakaan, seseorang harus sedar dan bertanggungjawab. Selain itu, pengurusan secara sistematik di dalam bengkel amat penting untuk memperolehi keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berikutan dengan perkara yang sedemikian, satu perubahan dari sistem yang lama kepada sistem yang baru harus dilakukan. Sejajar dengan perkara ini, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu di Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional telah mengalami satu perubahan, di mana kesemua sekolah-sekolah menengah vokasional iaitu sebanyak enam puluh sembilan buah telah dinaikkan tarafnya ke sekolah menengah teknikal iaitu bermula dari tahun 1996 sehingga ke tahun 1998. Ini adalah bagi tujuan untuk memenuhi keperluan negara di masa akan datang di mana negara dijangkakan akan memerlukan sebanyak tujuh puluh ribu orang jurutera di dalam pelbagai sektor. Bagi tujuan tersebut, sekolah menengah teknikal telah dikenalpasti sebagai tempat bermulanya untuk menghasilkan para jurutera yang amat diperlukan oleh negara di masa akan datang itu. Pelajar pelajar yang memasuki ke Sekolah Menengah Teknikal akan belajar perkara-perkara asas dari segi teori dan amali sebelum melangkah ke pusat-pusat pengajian tinggi yang menawarkan kursus yang berkaitan. Sesebuah bengkel yang diuruskan dengan baik dan bersistematik akan membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bersesuaian dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri yang mana disebabkan kerja-kerja berbentuk amalan praktik yang dilakukan di dalam bengkel merupakan komponen utama dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan sains, teknik dan kemahiran (Newble dan Canon, 1989 dalam Haslina Yusoff, 2005). Pada dasarnya, segala bentuk aktiviti di dalam pengurusan bengkel atau bilik khas akan mempengaruhi hasil dan kepuasan kepada pelaksana dan pengguna bengkel. Pelaksana dan pengguna bengkel ini merujuk kepada tenaga pengajar. Aktiviti bagi pengurusan merangkumi aspek-aspek merancang, melaksana, mengawal dan menilai (Yahya Abdul Hamid, 1989 dalam Haslina Yusoff, 2005). Pengurusan bengkel yang baik dan teratur bukan sahaja memberikan kebaikan kepada proses pengajaran dan pembelajaran malah ia menjadi kebanggaan kepada guru yang menguruskan perkara tersebut. Ini disebabkan banyak masa dan tenaga telah digunakan bagi merancang, mengelola dan menyelenggara sesebuah bengkel.KEMAHIRAN HIDUPMata pelajaran ini digubal ke arah membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang sedangmembangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi maklumat.Kemahiran Hidup Di Sekolah RendahKemahiran Hidup juga merupakan salah satu mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah. Mata pelajaran ini juga di kenali sebagai Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR). KHSR bermula pada tahun 1983 sebagai mata pelajaran Kemahiran Manipulatif yang mengandungi topik-topik kerja tangan dan aktiviti buka pasang dan amalan perdagangan. Kemudian mata pelajaran ini dikaji dan diubahsuai pada tahun 1991 sebagai KHSR dengan memasukkan unsur perkebunan dan pengurusan diri. Seterusnya ia diubahsuai semula pada tahun 2003 dengan memasukkan topik baru jahitan dan ikan akuarium.KHSR merupakan mata pelajaran wajib dalam KBSR dan ia diajar mulai Tahun 4 sehingga Tahun 6 iaitu tahap 2. Mata pelajaran ini diperuntukkan 2 waktu iaitu 1jam seminggu. Guru-guru dibekalkan dengan sukatan pelajaran (SP), huraian sukatan pelajaran (HSP) buku teks, buku sumber dan kit elektronik bagi memudahkan pengajaran di dalam kelas. Matapelajaran ini tidak dimasukkan dalam mata pelajaran UPSR.Dengan kata lain, KHSR ini merupakan mata pelajaran bercorak amali yang memerlukan penglibatan pelajar secara individu. Objektif utama mata pelajaran ini digubal adalah untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta pernigaan dan keusahawanan. Murid-murid dapat menguasai bidang ini melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan.Matlamat Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah untuk membolehkan murid memperoleh kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat sendiri, mereka cipta dan cenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik.

Topik-topik yang dipelajari di dalam matapelajaran KHSR adalah seperti berikut :a) REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI1.Keselamatan dan Organisasi BengkelMurid perlu mematuhi peraturan keselamatan didalam bengkel. Untuk itu,murid perlulah mematuhi peraturan keselamatan didalam bengkel. Keadaan bengkel yang kemas dan teratur dapat menjamin keselamatan semasa di dalam bengkel.a.Peraturan keselamatan am

b. Peraturan keselamatan diri

c. Pemakaian dan penampilan diri di bengkel.

2.Kreativiti dan Reka Cipta/Reka Bentuk dan Penghasilan ProjekBidang reka bentuk dan teknologi membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi untuk menghasilkan projek yang berlainan dengan menggunakan proses reka bentuk. Untuk tujuan ini, murid didedahkan kepada pengenalan kreativiti serta turut juga melakukan kajian reka bentuk dan kefungsian produk. Murid juga menggunakan teknik dan proses pembuatan yang melibatkan bahan gabungan kayu dan bahan kitar semula bukan logam serta menghasilkan projek elektrik. Disamping itu murid juga mneghasilkan tanaman hiasan dan melakukan kerja penyelenggaraan alatan yang telah digunakan. Amalan untuk memastikan keselamatan diri dan orang lain semasa melakukan aktiviti turut diberi penekanan.a. Pelajar-pelajar sedang menghasilkan projek reka bentuk kayu.

b. Contoh hasil projek reka bentuk.Contoh hasil projek murid tahun 5

Contoh hasil projek murid tahun 6.

3.Elektrik dan ElektroniklBaik Pulih dan PenyenggaraanBidang elektrik dan elektronik/baik pulih dan penyelanggaraan merangkumi penghasilan projek elektronik, membaca dan menterjemah litar Contoh projek ialah penguji keterusan litar

projek. Memilih alatan, bahan dan komponen, mengukur, memotong dan menjalur wayar, memasang komponen mengikut litar projek, menguji litar projek dan membuat litar projek. Manakala komponen yang digunakan ialah LED, perintang pembaikan tetap dan bateri serta banyak lagi.Pelajar-pelajar sedang menghasilkan projek elektronik.

4.JahitanUnit ini memberi pengetahuan dan pengalaman kepada murid mengenai asas-asas jahitan melalui tajuk Membaiki Pakaian.Tajuk ini mengandungi dua aras. Aras 1 mendedahkan murid kepada aspek pengenalpastian alatan dan bahan jahitan, mata jahitan asas dan kegunaan kancing. Di samping itu, aras ini juga menekankan kepada kegunaan jahitan asas seperti menjahit kancing, butang, cangkuk dan palang yang tertanggal pada pakaian.Aras 2 mendedahkan kepada murid maksud klim, kelepet serta cara-cara untuk membaiki klim dan kelepet yang merentas pada pakaian.Murid tahun 5 sewaktu kelas menjahit bagi subjek kemahiran hidup.

Membaiki pakaianAras 1Mengenal pasti alatan dan bahan jahitan

- Pengetahuan asas mengenai alatan dan bahan seperti jarum jahit tangan, jarumpeniti, pita ukur, kad tolok, penetas jahitan dan gunting fabrik.Contoh alat-alat jahitan tangan.Menyatakan kegunaan alatan jahitan

- Murid didedahkan cara mengunakan alatan jahitan seperti gunting fabrik digunakanuntuk menggunting fabrik, gunting kertas bagi menggunting kertas, jarum peniti

berfungsi untuk menyemat pola pada fabrik dan sebagainya.Menyatakan kegunaan jahitan asas

- Mata jahitan asas digunakan untuk membaiki pakaian.- Guru menunjuk cara menjahit mata jahitan asas.Mengenal pasti mata jahitan asas

- Mata jahitan asas seperti jahitan kia, jahitan lilit kemas, jahitan sembat susup,jahitanlubang butang dan jahitan silang pangkah.Menyatakan kegunaan kancing

- Kancing digunakan untuk merapatkan belah pada pakaian dan dijahit pada dualapisan fabrik.Mengenal pasti jenis kancing

- Guru memperkenalkan jenis kancing seperti butang, cangkuk dan palang.Mengenal pasti alatan dan bahan jahitan

- Pengenalanan asas mengenai alatan dan bahan seperti jarum jahit tangan, jarum peniti,pita ukur, kad tolok, penetas jahitan dan gunting fabrik.Menyatakan kegunaan alatan jahitan

- Murid didedahkan cara mengunakan alatan jahitan seperti gunting fabrik digunakanuntuk menggunting fabrik, gunting kertas bagi menggunting kertas, jarum penitiberfungsi untuk menyemat pola pada fabrik dan sebagainya.Aras 2Mengenal pasti maksud kelim,kancing dan kelepet.

Kelim ialah cantuman dua atau lebih kepingan fabric untuk memberi bentuk pada pakaian atau artikel. Kelim yang dijahit mestilah sesuai dengan pakaian yang hendak dijahit dan lebar kelim mestilah sekata di seluruh pakaian.Kancing digunakan untuk merapatkan belah pada pakaian dan dijahit pada dua lapisan fabrik . Jenis-jenis kancing seperti butang, butang katup, cangkuk dan palang.Mengetahui tentang kelepet serta cara-cara membaiki kelim dan kelepet yang merentas pada pakaian.

Kelepet adalah penyudah tepi yang dibuat untuk mengemas tepi lurus atau tepi melengkung pada pakaian atau artikel.5.Tanaman HiasanBidang ini memberi pengetahuan kepada para pelajar mengenai bagaimana mengenal jenis-jenis tanaman hiasan, memilih bijih benih pokok bunga semusim, menyedia medium semaian, menyemai biji benih pokok bunga semusim, proses menanam tanaman hiasan serta langkah-langkah penjagaan tanaman hiasan.Pelajar-pelajar sedang mempelajari teknik-teknik penanaman tanaman hiasan.

Projek tanaman hiasan dalam Kemahiran hidup juga dapat membantu menjadikan persekitaran sekolah lebih cantik dan indah.6.Ikan HiasanDalam topik ini, pelajar-pelajar akan mempelajari bagaimana mengenal pasti dan memilih tumbuhan akuatik untuk hiasan dalam akuarium, cara menghias akuarium, keperluan penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium, cara-cara penjagaan akuarium teramsuklah penjagaan harian dan mingguan, mengenal pasti mutu air akuarium serta mengenal pasti penyakit ikan hiasan,Murid turut diajar cara-cara penjagaan ikan serta penanaman tumbuhan akuatik.

Contoh ikan hiasan.

7.Tanaman Sayur-SayuranProjek tanaman sayuran telahpun dijalankan oleh guru-guru kemahiran hidup dengan dibantu oleh tukang kebun sekolah. Ianya bertujuan memberikan latihan amali kepada pelajar sebagaimana yang terdapat dalam sukatan matapelajaran Kemahiran hidup sekolah rendah. Ianya dapat mendidik pelajar tentang pentingnya kita berjasa kepada tanah yang dapat menghasilkan pulangan yang lumayan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Disamping itu juga ianya dapat menyihatkan badan, Antara proses yang dilakukan adalah membuang pokok yang tak diperlukan, membina batas, menanam dan menjaga tanaman sayuran. Semoga dengan adanya projek tanaman sayuran ini akan memberikan manfaat kepada pelajar disamping dapat menceriakan kawasan sekolah.Projek penanaman sayuran adalah sebahagian daripada aktiviti dalam KSSR.

b) PERNIAGAAN DAN KEUSAWANAN

Barang Jualan

Merancang dan Menyediakan Jualan

Mempromosi Jualan

Mengurus Jualan

Merekod Jualan

Mengurus Perbelanjaan Diri

Risiko Dalam Perniagaan

Sikap Pengguna Yang BijakKURIKULUM KEMAHIRAN HIDUPKurikulum Kemahiran Hidup adalah salah satu bidang yang ditawarkan di bawah Kurikulum Teknik dan Vokasional di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). KBSR dirancang dan dibentu supaya aktiviti pelajar dan pendidikan peringkat rendah adalah bercorak pendidikan asas. Justeru, matlamat pendidikan adalah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh. KBSR dibentuk berlandaskan kepada perakuan 57 (a) Laporan Kabinet iaitu :

Kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas, iaitu bidang

komunikasi, bidang manusia dengan alam kelilingnya dan bidang perkembangan individu sesuai dengn keperluan minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid itu, (halaman 242).Rancangan KBSM pula merupakan satu langkah kerajaan ke arah meningkatkan mutu pendidikan negera dengan penekanan terhadap potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Langkah ini bertujuan melahirkan rakyat yang dapat memberi sumbangan terhadap

kemakmuran dan keharmonian negara. Shahril @ Charil dan Habib (1999), dalam buku mereka bertajuk Isu Pendidikan di Malaysia, Sorotan dan Cabaran menjelaskan, KBSM menggunakan pendekatan bersepadu yang menggabungkan aspek pengetahuan dengan aspk kemahiran dan nilai murni, aspek teori dengan amali, kurikulum dengan kokurikulum dan budaya sekolah.Melalui aspek kurikulum, beberapa unsur penting dalam KBSM iaitu ilmu dan kemahiran, nilai- nilai murni dan bahasa. Dapat dirumuskan di sini, perkaitan unsur ilmu dan kemahiran dalam Kurikulum Kemahiran Hidup adalah diharapkan kandungan kurikulumnya dapat membina intelek dan mengembangkan daya pemikiran untuk menghuraikan, mencerakinkan, menaakul, merumus dan menghasilkan idea-idea yang bernas yang dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian.Matlamat Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari,kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif,berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.Melalui subjek kemahiran hidup dapat melahirkan pelajar yang mengamalkan daya usaha,kreatif dan inovatif dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan,dapat meningkatkan daa pengeluaran negara iaitu melibatkan masyarakat secara produktif,inovatif dan kreatif serta membentuk pelbagai jenis tenaga kerja yang mahir dalam teknologi dan alam perniagaan sejajar dengan dasar dan keperluan negara serta melahirkan pelajar yang dilengkapi dengan pelbagai kemahiran asas bagi membolehkan mereka hidup sendiri dan berdikari dalam alam pekerjaan serta dunia yang mencabar kini.Oleh yang demikian strategi yang boleh diambil adalah dengan menerangkan kepentingan subjek kemahiran hidup,mendedahkan pelajar tentang kemajuan reka bentuk alam teknologi,mendedahkan pelajar tentang dunia perniagaan tanpa sempadan,menggunakan alat bantu mengajar untuk menarik serta menyesuaikan dengan kemudahan teknologi semasa,guru sebagai pemudah cara untuk member peluang murid menyumbangkan daya kreativiti dan inovatif,menambahkan ABM untuk kegunaan guru,mengadakan pelbagai kaedah pengajaran untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran,mengadakan latih tubi selepas menghabiskan setiap bab dan sentiasa member perhatian terhadap pelajar yang rajin dan baik bagi memastikan mereka mendapat gred yang baik.Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu mata pelajaran teras berunsurkan teknologi di Tingkatan I hingga Tingkatan III. Mata pelajaran ini digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Ia dirancang untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dan keperluan negara.Mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan. Mata pelajaran ini membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar murid boleh bertindak dan mengendalikan kehidupan harian secara produktif dalam dunia teknologi dan industri yang kompleks dan sentiasa berubah. Murid dipupuk sikap yang positif seperti menghargai kerja yang berkualiti tinggi, berinovas idalam pembinaan projek, penuh yakin dan berdikari dalam daya usaha.Aktiviti yang diberi tumpuan adalah bercorak kerja-buat-sendiri yang mudah berkaitan dengan pemasangan, pembinaan, baik pulih dan penyenggaraan.Disamping itu masakan, jahitan, tanaman, ternakan, pengurusan akaun dan perniagaan turut diberi tumpuan.Nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasamenjalankan aktiviti amali agar kesepaduan dalam mata pelajaran ini dapat diwujudkan.MATLAMATMatlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi sertakreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.OBJEKTIFKurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk membolehkan murid:Mengamalkan daya usaha, kreatif dan inovatif dalam mereka bentukdan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti kayu,papan lapis dan bahan kompositMengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea dari pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan menghasilkan produkMenjalankan kerja-buat-sendiri, menyenggara dan membaik pulihmudah kerja elektrik dan paip dalam kehidupan harianMenghasilkan artikel mudah dengan menggunakan mesin jahitMenghasilkan tumbuhan hiasan untuk keceriaan kawasan tertentuMemilih alatan, perkakas dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betulMengenal pasti kepentingan perniagaan, perkembangannya padamasa depan yang berciri k-ekonomi dan perniagaan dalam negeri dan antarabangsaMengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawananMenerangkan faktor utama dalam pengeluaran, kaitannya dengan permintaan dan proses pengeluaran serta membuat pengiraan kosMengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secarabersistem dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat keputusan rekaan dan penghasilan projekMengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat

Kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah RendahKemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar dalam Tahap II Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Mata pelajaran ini digubal untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan.Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan.Mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah bertujuan membolehkan murid memperoleh kemahiran praktis asas dan pengetahuan berasaskan teknologi keusahawanan, dan aspek pengurusan diri supaya mereka dapat menjalankan kerja buat-sendiri serta

cenderung berusahaniaga dan mereka cipta. Ia juga membolehkan murid memperolehi kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan, Dalam mata pelajaran ini tumpuan utama adalah kepada penguasaan kemahiran dalam

Bidang Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif.Murid menjalankan aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar,memahami fungsi produk serta menghasilkan projek dengan menggunakan pelbagai bahan seperti kayu, logam, bahan kitar semula, dan pengenalan komponen elektrik dan elektronik. Di samping itu, murid berupaya menyenggara serta membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin mudah dan perabot. Murid juga dilatih menjahit, membaiki pakaian, menanam dan menjaga tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan serta menanam sayur-sayuran. Bidang Perniagaan dan Keusahawanan pula menitikberatkan unsur-unsur keusahawanan semasa menjalankan aktiviti jual-beli. Aktiviti ini juga member peluang kepada murid mengamalkan sikap pengguna yang bijak.Dari segi perkembangan individu, KHSR dapat membantu murid memenuhi naluri ingin tahu dan ingin mencuba khususnya mengenai alatan, bahan dan mesin yang ada di sekeliling mereka. Ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba, mereka cipta, mengubah suai,

mengendali dan meneliti pelbagai hasil teknologi yang sesuai dengan perkembangan intelek mereka. Murid juga berpeluang menjalankan aktiviti jual beli. Melalui mata pelajaran ini juga sikap yang positif di kalangan murid dapat dipupuk. Dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan

murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti mengutamakan keselamatan,bekerja secara bersistematik, bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin. Selain itu KHSR juga dapat memberikan murid ruang untuk mengembangkan imaginasi dan daya kreativiti di samping mendedahkan dan menggalakkan mereka ke arah keusahawanan. Mata pelajaran ini juga memberi murid kesedaran tentang perlunya menjaga alam sekitar dan penghargaan terhadap kerja dalam bidang kejuruteraan, reka bentuk dan perniagaan.Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, pihak kerajaan sentiasa memberi perhatian bidang pendidikan. Banyak peruntukan telah disalurkan untuk memajukan bidang ini agar masalah buta huruf di Malaysia dapat diatasi. tujuan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk mendidik rakyat Malaysia supaya mereka menjadi warganegara yang berpengetahuan, bertanggungjawab dan berkebolehan bagi mencapai taraf hidup yang lebih baik serta memenuhi kehendak-kehendak negara, Ini selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.Pada tahun 1979, satu Jawatankuasa Kabinet telah mengambil keputusan untuk mengadakan pendidikan kemahiran hidup (KH) sebagai satu mata pelajaran wajib bagi semua pelajar pada tahap dua peringkat sekolah rendah di Malaysia. Perkembangan ini juga adalah ekoran daripada pendapat ramai bahawa sistem pendidikan di Malaysia ketika itu sudah tidak sesuai lagi kerana terlalu banyak memberi tekanan kepada mata-mata pelajaran akademik dan peperiksaan sahaja.Oleh yang demikian, mata pelajaran KH telah dimasukkan dalam satu kurikulum baru yang dinamakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah digubal oleh Kementerian Pendidikan pada masa itu. Pusat Perkembangan Kurikulum telah ditugaskan untuk merancang

satu sukatan pelajaran KH untuk Tahun III hingga VI yang dinamakan Tahap Dua. Program KBSR ini telah diuji pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah yang terpilih dan dilaksanakan di seluruh negara pada tahun 1983. Maka, tahun 1983 merupakan detik sejarah yang amat

penting bagi mata pelajaran KH di Malaysia.Pelancaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1982 telah memartabatkan mata pelajaran KH sebagai mata pelajaran yang wajib di semua sekolah rendah. Adalah menjadi harapan besar semua pihak terhadap pelaksanaannya, maka ukuran untuk menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang tidak boleh diabaikan. Keadaan ini menjadikan kanakkanak berasa senang dan memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak.Kurikulum pendidikan KH KBSR yang digubal semula mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Dalam usaha memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran satu semakan semula

telah dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran

pendidikan pada abad 21. Kandungan mata pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah ini telah diolah berdasarkan dua bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Bidang pembelajaran pula terdiri daripada beberapa unit pembelajaran yang mengandungi tajuk berasaskan kemahiran dan pengetahuan. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992)Huraian sukatan pelajaran khb ting 1, ting 2, ting 3 boleh disemak melalui link dibawah:http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=103&Itemid=71

Posted by

GTR Rizwan Sensei

at06:57

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

GTR

GTR Rizwan Sensei

View my complete profile

Total Pageviews

Free Blogger Templates

Topik Yang Anda Cari

2012

(1)

May

(1)Kemahiran Hidup Bersepadu

Free Blogger Templates

Flash Banner Now - instant web adsYour own flash banner | Get my banner code

Do It Yourself Video

Loading...

Entertain Yourself

Loading...

Picture Window theme. Powered by Blogger.