zon 152: panduan merekabentuk pendawaian elektrik di...

Download ZON 152: Panduan Merekabentuk Pendawaian Elektrik Di …zon152.blogspot.com/2012/02/panduan-merekabentuk-pendawaian.htmlArtikel ini menerangkan tentang panduan merekabentuk sistem

If you can't read please download the document

Upload: vantuong

Post on 12-Feb-2018

262 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

ZON 152: Panduan Merekabentuk Pendawaian Elektrik Di Rumah

ZON 152

Info Sains, Teknikal, DIY & Kemahiran

Halaman

LamanUtama

Muaturun HelaianBerinformasi

Tentang Blog Ini

Panduan Merekabentuk Pendawaian Elektrik Di Rumah

Februari 02, 2012

Labels:DIY,Elektrik,Lampu,Penghawa Dingin

Artikel ini menerangkan tentang panduan merekabentuk sistem pendawaian elektrik di rumah yang biasa diamalkan oleh juruelektrik di Malaysia. Sebenarnya tiada pengiraan khusus untuk menentukan saiz wayar, MCB, RCCB dan bilangan mata kuasa memandangkan kita tidak mengetahui berapa banyak beban yang akan digunakan oleh pengguna di rumah. Walaubagaimanapun, sebuah badan antarabangsa yang dikenali sebagai IEEE (Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik) telah menyediakan garis panduan untuk rekabentuk pendawaian elektrik ini.

Pendawaian elektrik rumah bermula daripada papan agihan atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut Distribution Board (DB). Papan agihan terdiri daripada suis utama, RCCB dan MCB. Baca sini untuk mengetahui secara umum tentang papan agihan. Pendawaian elektrik akan diagihkan ke dalam rumah melalui MCB.

Gambar di atas menunjukkan sistem pendawaian elektrik yang biasa dipasang untuk rumah 1 tingkat 3 bilik. (Klik pada gambar untuk besarkan, klik sini untuk muaturun gambar di atas dalam format PDF).

Terdapat 4 jenis litar pendawaian elektrik rumah iaitu litar gelang, litar jejari, pencahayaan dan litar khusus.

1. Litar jejari

Pendawaian litar jejari hendaklah meliputi jumlah kawasan bersaiz 50m. Tiada had bilangan soket alir keluar 13A (soket plug) untuk litar ini, tetapi mengikut pengalaman jurutera elektrik dan juruelektrik, 6 unit soket plug adalah bilangan yang ideal untuk kawasan seluas 50m. Biasanya litar jejari digunakan untuk pendawaian soket plug di dalam bilik. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 2.5mm bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 16A.

2. Litar gelang

Litar gelang adalah litar di mana pangkal dan hujung pendawaiannya disambung pada MCB yang sama. Pendawaian litar jejari hendaklah meliputi jumlah kawasan bersaiz 100m. Tiada had bilangan soket alir keluar 13A (soket plug) untuk litar ini, tetapi mengikut pengalaman jurutera elektrik dan juruelektrik, 10 unit soket plug adalah bilangan yang ideal untuk kawasan seluas 100m. Biasanya litar gelang digunakan untuk pendawaian soket plug di luar bilik seperti ruang tamu, ruang berehat dan dapur. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 2.5mm bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 32A.

3. Litar pencahayaan

Lampu, kipas, loceng pintu dan jam elektrik disambung pada litar pencahayaan. Jumlah maksimum mata kuasa yang dibenarkan untuk litar pencahayaan adalah 10 unit.Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 1.5mmbertebat PVCdan ia disambung pada MCB bersaiz 6A.

4. Litar khusus

Litar khusus adalah untuk peralatan elektrik yang kuasanya melebihi 2000 Watt seperti pemancur air panas, oven dan penghawa dingin. Setiap peralatan ini hendaklah dikhususkan satu litar pendawaian terus dari papan agihan, disambung pada MCB bersaiz 20A dengan saiz minimum wayar2.5mmbertebat PVC. Sebagai contoh, rumah anda mempunyai satu unit pemancur air panas dan 2 unit penghawa dingin. Ini bermakna anda memerlukan 3 litar khusus untuk peralatan tersebut. Litar khusus 1 untuk pemancur air panas, litar khusus 2 untuk penghawa dingin pertama dan litar khusus 3 untuk penghawa dingin kedua.

Dalam sesebuah rumah, bilangan litar jejari, litar gelang dan litar pencahayaan boleh lebih dari satu. Sebagai contoh, rumah 2 tingkat dengan 4 bilik. Litar jejari, litar pencahayaan dan litar gelang pertama adalah untuk tingkat bawah manakala litar jejari, litar pencahayaan dan litar gelang yang kedua adalah untuk tingkat atas.

Kesemua MCB ini akan disambung pada RCCB dengan menggunakan wayar bersaiz 4mm (minimum). Terdapat dua saiz RCCB yang sesuai untuk pendawaian elektrik dalam rumah iaitu 40A dan 63A. Sekiranya rumah anda memerlukan soket plug dan mata kuasa kipas/lampu tidak melebihi 20 unit dan tiada penggunaan peralatan elektrik berkuasa lebih 2000W, RCCB bersaiz 40A sudah mencukui. Jika lebih dari 20 unit dan mempunyai peralatan elektrik 2000W ke atas, RCCB 63A diperlukan. Gunakan RCCB yang mempunyai kepekaan 100mA.

Sekiranya pendawaian dilakukan dalam konduit GI (paip besi bergalvani), wayar elektrik yang perlu digunakan adalah jenis double insulated (2 lapis penebat). Ini kerana jika kerja pendawaian dilakukan dalam elektrik paip besi, sekiranya dilakukan dengan kasar ia boleh menyebabkan lapisan penebat wayar terkoyak. Oleh itu wayar double insulated diperlukan supaya penebat wayar elektrik masih dalam berkeadaan baik sekiranya lapisan pertama penebat telah terkoyak.

35 ulasan:

Tanpa Namaberkata...

terima kasih berkongsi ilmu, Allah pasti membalas jasamu. Pohon anda rendang dan berbuah, ramai yang berteduh dan merasainya. Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah. Amal tanpa ilmu ibarat pohon kering tiada berdaun

Sabtu, 21 April, 2012

Tanpa Namaberkata...

Very informative bro.. keep it up!

Ahad, 24 Jun, 2012

Tanpa Namaberkata...

tq for the info..semoga tuhan membalas atas kebaikan yg dilakukan

Isnin, 30 Julai, 2012

Tanpa Namaberkata...

Usaha yg mulia lagi berpahala, amat berguna . teruskan usaha bro.

Sabtu, 04 Ogos, 2012

azba jamalberkata...

salam bro ,nak name fb bole bro ?sya ambk kos elektrik,na tnye skit r psal elektrik ni ..

Selasa, 07 Ogos, 2012

ZON152berkata...

https://www.facebook.com/pages/ZON-152/173190679382614

Selasa, 07 Ogos, 2012

jauberkata...

good sharing.tq

Rabu, 22 Ogos, 2012

Tanpa Namaberkata...

thanks tuan. i learn something today.

Selasa, 28 Ogos, 2012

Tanpa Namaberkata...

THANKS

Selasa, 04 September, 2012

Tanpa Namaberkata...

t.kasih saudara/saudari berkgsi ilmu...semoga hidupmu diberkati...amin

Jumaat, 14 September, 2012

Tanpa Namaberkata...

Ape beza a32 dan c32?

Jumaat, 21 September, 2012

ZON152berkata...

Beza antara MCB A32 (jenis A) dan MCB C32 adalah masa ia bertindakbalas (trip) terhadap arus berlebihan.

Sekiranya arus setinggi 35A melalui MCB 32A, MCB jenis A akan bertindak lebih pantas untuk trip berbanding MCB jenis C.

Jumaat, 21 September, 2012

Tanpa Namaberkata...

Mohon salin utk rujukan.

Soalan: Jika saiz kabel dari RCCB ke MCB lebih dari 4mm2 boleh atau tidak? Apa pro dan kontranya?

Terima kasih. Artikel yang sangat bermanfaat utk saya

Rabu, 10 Oktober, 2012

ZON152berkata...

Tanpa Nama (10 Okt 2012):Boleh sahaja guna kabel lebih 4mm2, x de masalah, cuma makin besar saiz kabel makin mahal harganya

Rabu, 10 Oktober, 2012

Tanpa Namaberkata...

Good info..terbaikkk...

Ahad, 21 Oktober, 2012

hishamberkata...

Alhamdulillah.. tuan ibarat lilin yang menerangi. Saya sendiri pun mmg orang elektrik juga hehehe belajar, ambil sijil dan kerja bahagian elektrik jugak tapi tak punyai masa untuk buat semua ini. Anda mmg hebat. Tahniah.

Selasa, 05 Februari, 2013

Tanpa Namaberkata...

thanks for sharing..kalo ilmu yg d ajarkn x kn penah abes..=)

Sabtu, 02 Mac, 2013

Shafirul pzeberkata...

terima kasih ilmu paling berguna, semuga ilmu yang diberi di berkati allah

Ahad, 12 Mei, 2013

Tanpa Namaberkata...

Terima kasih atas ilmu yang saudara kongsi..semoga diberkati Allah

Isnin, 20 Mei, 2013

Tanpa Namaberkata...

saya ni perempuan...tapi semua kerja saya buat info dalam ni betul2 banyak membantu... tapi di pejabat saya aras 4 asyik trip saja... mcm mana tu??

Rabu, 22 Mei, 2013

Tanpa Namaberkata...

Terima kasih... byk membantu untuk saya wiring balik rumah kebiun saya. Inshaallah...

Ahad, 02 Jun, 2013

Tanpa Namaberkata...

thanx from johorean

Khamis, 04 Julai, 2013

Tanpa Namaberkata...

Pertanyaan, utk pendawaian kabel bumi bg lampu, perlu sambung kabel bumi ke lampu dulu atau ke suis dulu yer... time kasih sgt2... sgt bermanfaat ilmu yg diberikan

Khamis, 01 Ogos, 2013

Tanpa Namaberkata...

lampu dulu...kalau pendawaian domestik@pvc just bumi pada lampu melainkan litar kuasa @ soket...

Rabu, 28 Ogos, 2013

R ABberkata...

salam, banyak maklumat yang boleh dipelajari diblog ini. mohon perkongsian segala maklumat ya.

Jumaat, 06 September, 2013

Ahmad Puzi Abu Bakarberkata...

Trima kasih banyak.moga allah beri tuan sihat utk terus menulis n membimbing.

Jumaat, 18 Oktober, 2013

Tanpa Namaberkata...

salam. thanks for the info. i learnt n gained a lot.

Khamis, 21 November, 2013

Horses Trainnerberkata...

Tq bro. Mntk halalkn pengkongsian ilmu yg brmenafaat ini..

Isnin, 02 Disember, 2013

Tanpa Namaberkata...

Terbaik dari anda

Khamis, 02 Januari, 2014

Tanpa Namaberkata...

terbaik,dari kosong hingga paham ,pengunaan bahasa yang mudah semoga allah mebalas kebaikan tuan

Sabtu, 01 Februari, 2014

Entertainment Hubberkata...

salam, baru2 ni Electric Commision mewajibkan pemasangan external residual current device (RCCB) sekurang2 nya 10mA pada setiap pemanas air elektrik utk elakkan renjatan elektrik..boleh tuan tunjukkan dalam gambarajah ni? terima kasih.

Selasa, 11 Februari, 2014

Hamzah Amilhusinberkata...

terima kasih dengan ilmu yang anda share ini.

Sabtu, 05 April, 2014

Tanpa Namaberkata...

Tq krna share ilmu ini...tq byk2....sgt bermanfaat..m

Rabu, 22 Oktober, 2014

Drill Lubang Skru @ Water Heater Area Putrajaya: 0176431977berkata...

info yang amat berguna... terima kasih kerana share maklumat ini... semoga bertambah lagi ilmu tuan...

Selasa, 14 April, 2015

ejai saniberkata...

Tq Tuan moga beroleh berkat...daripada nya....

Rabu, 05 Ogos, 2015

Catat Ulasan

Catatan Terbaru

Catatan Lama

Laman utama

Langgan:Catat Ulasan (Atom)

Arkib

2013

(4)

September

(2)

Februari

(2)

2012

(15)

Julai

(1)

Jun

(2)

Mei

(3)

Mac

(2)

Februari

(1)Panduan Merekabentuk Pendawaian Elektrik Di Rumah

Januari

(6)

2011

(33)

Disember

(2)

Oktober

(3)

September

(2)

Julai

(12)

April

(1)

Mac

(8)

Januari

(5)

2010

(65)

Disember

(12)

November

(3)

Oktober

(8)

Jun

(5)

Mei

(37)

Translate This Blog

Cari Blog Ini

Pemberitahuan

Segala artikel yang ditulis adalah berdasarkan pengetahuan, pemahaman dan pengalaman penulis. Mungkin akan ada isi artikel yang kurang tepat atau bercanggah dengan fakta sebenar. Oleh itu, artikel di blog ini kurang sesuai dijadikan rujukan ilmiah.

Segala teguran, pendapat, soalan boleh dinyatakan pada ruangan komen. Sebarang maklumbalas adalah dialu-alukan. Penulis boleh dihubungi melalui email [email protected]. Terima kasih.

Pengikut

Catatan Popular

Panduan Merekabentuk Pendawaian Elektrik Di Rumah

Kipas Semakin Perlahan

Prosedur Mengganti Bateri Kereta

Soalan Lazim Mengenai Kerosakan Pada Kipas Angin

Jenis-jenis Api Kebakaran Dan Pemadam Api

Label

Air

Api

Automotif

DIY

Elektrik

Elektronik

Fasiliti

Gajet

Halau Haiwan

Helaian Berinformasi

Info

Isu Semasa

Kilat

Kipas

Komputer

Lampu

Matematik

Mekanikal

Nuklear

Penghawa Dingin

Pengiraan

Peralatan Pertukangan

Perisian

Perubatan

Robot

Sains

Senjata Api

Teknologi Terkini

Undang-undang

Jejak Pelawat

Feedjit Live Blog Stats

Jumlah Paparan Halaman

Blog Ilmiah Lain

Civil Engineering SimplifiedAstronomiIdea KreatifInfo Tentang RekaciptaInformasi Tentang GigiBlog TumbuhanPseudo SainsBlog Teknologi & KejuruteraanMagnetik Elektronik & KomputerLaman EmjayBlog Elektronik MyEnikBlog PakarHowToOrang KompetenBlog Elektrik dan ElektronikElectronic RepairSecret Medicine

Harga Komoditi Semasa Dunia

To get live gold, oil and commodity price, please enable Javascript.

Dikuasakan oleh Blogger.