zakat serta kelebihannya

5
ZAKAT Ahmad dan Tirmidzi meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasullulah SAW pernah bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT, menerima zakat dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya lalu mengasuhnya untuk si pemberi sebagaimana salah seorang mengasuh anak kudanya, hingga sesuap nasi akan menjadi sebesar bukit Uhud” ZAKAT SERTA KELEBIHANNYA Zakat merupakan salah satu faridhah iaitu kewajipan dalam Islam, bahkan ia adalah slah satu rukunnya sesudah syahadah dan solat. Kewajipan zakat ini berlandaskan kepada kitab Allah SWT, sunnah Rasul-Nya dan ijma’ kaum

Upload: nur-shafikah-ahmad-maulana

Post on 05-Dec-2014

1.388 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Zakat serta kelebihannya

ZAKAT

Ahmad dan Tirmidzi meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasullulah SAW

pernah bersabda:

Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah SWT, menerima zakat dan mengambilnya dengan tangan

kanan-Nya lalu mengasuhnya untuk si pemberi sebagaimana salah seorang mengasuh

anak kudanya, hingga sesuap nasi akan menjadi sebesar bukit Uhud”

ZAKAT SERTA KELEBIHANNYA

Zakat merupakan salah satu faridhah iaitu kewajipan dalam Islam, bahkan ia

adalah slah satu rukunnya sesudah syahadah dan solat. Kewajipan zakat ini

berlandaskan kepada kitab Allah SWT, sunnah Rasul-Nya dan ijma’ kaum muslimin.

Barangsiapa yang mengingkari wajibnya zakat ini, maka dia telah kafir dan murtad

dari islam dan haruslah bertaubat. Jika tidak ianya mestilah dibunuh. Dan

barangsiapa lokek atau mengurangkan kadar kewajipannya, maka dia tergolong

orang-orang yang zalim dan berhak mendapat seksa dari Allah SWT.

Page 2: Zakat serta kelebihannya

Allah SWT berfirman:

“janganlah orang-orang yang bakhil terhadap kurnia yang diberikan Allah

kepadanya itu menduga bahawa sikap demikian itu baik baginya, sebaliknya

kebakhilan itu buruk akibatnya. Nanti akan dikalungkan baginya harta benda yang

mereka bakhilkan itu di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah warisan (segala apa yang

ada)di langit dan bumi. Dan Allah Maha mengetahui apa yang mereka kerjakan.”

(Ali Imran:180)

Di dalam Sahih Bukhari dari Abu Hurairah berkata, telah bersabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa yang dikurniakan Allah harta, kemudian tidak mahu mengeluarkan

zakatnya, pada hari kiamat nanti ai akan serupa dengan ular yang tercabut semua

rambut kepalanya(botak) yang mempunyai dua hingus tebal (menempel di kedua

sudut mulutnya). Kemudian kedua-dua mulutnya menganga sambil berteriak: “Aku

adalah pemilik harta, aku adalah harta yang kau pendam.”

KELEBIHAN ZAKAT

Zakat terbahagi kepada semangat rohani(agama), moral dan sosial. Antara

huraiannya ialah:-

Kelebihan Rohani

Zakat merupakan bentuk realisasi dari salah satu rukun islam, yang

merupakan kunci kebahagiaan hamba, dunia dan akhiratnya.

Zakat merupakan jalan bagi seorang hamba untuk bertaqarrub kepada

Rabbnya, untuk meningkatkan kualiti imannya. Nilainya sama dengan

berbagai bentuk dan jalan ketaatan yang lain.

Melaksanakan zakat akan memperolehi pahala yang besar. Allah SWT

berfirman:

“Allah SWT memusnahkan riba’ dan menhidup suburkan sedekah.”

(al-Baqarah:276)

Page 3: Zakat serta kelebihannya

Dengan zakat, Allah SWT akan menghapuskan kesalahan-kesalahan

sebagaimana Rasulullah SWT bersabda:

“ Sedekah itu dapat memadamkan kesalahan-kesalahan sebagaimana

memadamkan air.”

Yang dimaksudkan dengan sedekah ialah zakat dan sedekah sunnah lain.

Kelebihan Moral

Dengan zakat, seorang muzakki (yang berzakat) akan berjumpa dengan

kafilah para dermawan yang mempunyai rasa simpati dan kasih sayang untuk

memberi.

Zakat akan membuahkan sifat (penyayang) dan lemah-lembut bagi muzakki

kepada saudara-saudara yang kekurangan. Dan orang-orang yang penyayang

akan disayangi oleh Yang Maha Penyayang.

Sebuah realiti, bahawa mendermakan harta dan tenaga kaum muslimin itu

akan melapangkan dada dan dimuliakan oleh saudara-saudaranya sesuai

dengan kadar yang didermakannya itu.

Dalam zakat ada jalan pensucian moraliti si muzakki dari sifat bakhil dan

lokek. Sebagaimana firman Allah SWT:

“Ambillah dari sebahagian harta-harta mereka sebagai sedekah yang akan

membersihkan dan mensucikan mereka.”

(at-Taubah:103)

Kelebihan Sosial

Dalam zakat ada dorongan untuk memenuhi keperluan fakir miskin yang

mereka ini termasuk majoriti di sebahagian besar negara.

Zakat merupakan unsur kekuatan kaum muslimin dan peningkatan

kedudukan mereka. Oleh kerana itu, salah satu fungsi zakat ialah untuk jihad

fisabilillah.

Page 4: Zakat serta kelebihannya

Zakat berfungsi untuk menghilangkan rasa dengki dan permusuhan yang ada

di dalam hati orang-orang yang kafir dan kekurangan.

Dalam zakat ada budidaya harta dan memperbanyakkan berkat. Sebagaimana

disebutkan dalam hadis bahawasanya rasulullah SAW bersabda:

”Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta, yakni jika akan mengurangkan

dari segi kuantiti, maka ia tidak akan berkurang dari segi barakah dan akan

bertambah pada masa yang akan datang, bahkan Allah SWT akan

menyediakan penggantinya dan memberi berkah didalamnya.”

Dalam zakat terdapat perluasan wilayah pembahagian harta. Kerana jika harta

itu disedekahkan akan semakin luas wilayah jangkauannya dan boleh

dimanfaatkan oleh orang ramai. Berbeza manakala harta itu hanya berpusing

dikalangan orang-orang yang kaya sahaja, tentu orang-orang kafir tidak akan

mendapat apa-apa bahagian.