zakat gst

14
Sewaktu saya menulis artikel ini, GST telah pun diluluskan oleh kerajaan dan parlimen Malaysia dengan undi majoriti ahli dewan rakyat. Namun apa pula sebenarnya pandangan ahli fiqh dan ulama berkenaannya?. Banyak perbincangan timbul berkenaan cukai lantaran pengumuman kerajaan untuk memperkenalkan Goods and Service Tax (GST) bermula April 2015 nanti. Tidak kurang juga yang mengulas berkaitan hukum GST terbabit, ada yang mendakwanya haram secara mutlaq (total), ada juga yang menganggapnya haram kerana sebab-sebab lain dan sebagainya. Ada pula yang menyebutnya sebagai harus lagi halal. Menteri Agama pula menyatakan tiada keperluan untuk membincangkan hukum GST di peringkat Majlis Fatwa. HUKUM KERAJAAN MENGENAKAN CUKAI Penulisan ringkas ini akan berkongsi persoalan cukai menurut ahli fiqh Islam berdasarkan ijtihad masing-masing. Secara umumnya, para ulama fiqh terbahagi kepada tiga kumpulan dalam menentukan hukum kerajaan mengenakan cukai. Ia seperti berikut:- 1. Haramnya cukai secara mutlaq. Mereka berhujjah berdasarkan dalil : a. Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 188 yang mengharamkan memakan harta sesama manusia secara bathil. Justeru, pungutan cukai dianggap tergolong dalam pendapatan yang bathil kerana tanpa rela dan keperluan mendesak. b. Sabdaan Nabi sallaallahu ‘alaihi wasallam yang menyebut اَ لَ , و مِ لْ ظَ ت لا اَ لَ ٍ ىءِ ر م ُ مالُ ّ لِ حَ ي لا لا" ِ # ب يِ طِ # تٍ س( ف( ن ه( ن مErtinya : Janganlah kami menzalimi dan tiada halal harta seseorang muslim yang (diambil) tanpa disertai rela dan izin dari pemiliknya. ( Riwayat Ahmad : hadis sohih) Justeru, mengambil cukai dari rakyat sedang rakyat tidak rela disebabkan pendapatan kerajaan yang mewah adalah tiada halal. c. Sabda Nabi sallaallahu ‘alaihi wasallam ه !ِ د ي2 ب ي س( ف( ن ى( لد و( ف د ق ل ت# ب ا تً ه# وب ت، و ل ها# ب ا تُ # ب ح صاٍ سْ كُ مُ لهَ رِ ( فُ ( غ لErtinya : Telah datang kepada Nabi seorang wanita yang berzina yang ingin dilaksanakan hukuman had ke atasnya tetapi baginda menjawab, “Demi jiwaku pada

Upload: najihah-azhar

Post on 08-Aug-2015

112 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Zakat gst

Sewaktu saya menulis artikel ini, GST telah pun diluluskan oleh kerajaan dan

parlimen Malaysia dengan undi majoriti ahli dewan rakyat. Namun apa pula sebenarnya

pandangan ahli fiqh dan ulama berkenaannya?. Banyak perbincangan timbul berkenaan

cukai lantaran pengumuman kerajaan untuk memperkenalkan Goods and Service Tax (GST)

bermula April 2015 nanti. Tidak kurang juga yang mengulas berkaitan hukum GST terbabit,

ada yang mendakwanya haram secara mutlaq (total), ada juga yang menganggapnya

haram kerana sebab-sebab lain dan sebagainya. Ada pula yang menyebutnya sebagai harus

lagi halal. Menteri Agama pula menyatakan tiada keperluan untuk membincangkan hukum

GST di peringkat Majlis Fatwa.

HUKUM KERAJAAN MENGENAKAN CUKAI

Penulisan ringkas ini akan berkongsi persoalan cukai menurut ahli fiqh Islam berdasarkan

ijtihad masing-masing. Secara umumnya, para ulama fiqh terbahagi kepada tiga kumpulan

dalam menentukan hukum kerajaan mengenakan cukai. Ia seperti berikut:-

 1. Haramnya cukai secara mutlaq.

Mereka berhujjah berdasarkan dalil :

 

a.    Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 188 yang mengharamkan memakan

harta sesama manusia secara bathil.

Justeru, pungutan cukai dianggap tergolong dalam pendapatan yang bathil kerana tanpa

rela dan keperluan mendesak.

    

b.    Sabdaan Nabi sallaallahu ‘alaihi wasallam yang menyebut4ال4 , أ 4ظ>ل:موا ت 4ال4 ال امر:ىء?  أ Dمال G4ح:ل ي :ط:يب: إال ال منه نفس? ب

Ertinya : Janganlah kami menzalimi dan tiada halal harta seseorang muslim yang

(diambil) tanpa disertai rela dan izin dari pemiliknya. ( Riwayat Ahmad : hadis sohih)

Justeru, mengambil cukai dari rakyat sedang rakyat tidak rela disebabkan pendapatan

kerajaan yang mewah adalah tiada halal.

 

c.    Sabda Nabi sallaallahu ‘alaihi wasallam

بيد:ه ! نفسي لهD  مDك>س? صاحبD تابها لو ، توبةb تابت لقد فوالذي لغDف:ر4

Ertinya : Telah datang kepada Nabi seorang wanita yang berzina yang ingin dilaksanakan

hukuman had ke atasnya tetapi baginda menjawab, “Demi jiwaku pada tangan Allah,

seseungguhnya wanita itu telah bertaubat yangsekiranya seorang pemungut cukai

bertaubat juga akan diampunkan baginya. ( Riwayat Muslim : Sohih)

Justeru, pemungut cukai adalah haram kerana itu baginda Nabi menyebut ‘bertaubat’

menunjukkan ianya berdosa.

 

Page 2: Zakat gst

d.    Nabi bersabda :

mالنار:  الم4ك>س: صاحب4 إن في

Ertinya :Sesungguhnya penguasa yang mengenakan ‘Maks’ (sebahagian

menterjemahkannya sebagai cukai) adalah di dalam neraka. ( Riwayat Ahmad : Sohih

menurut Al-Suyuti)

 

2.   Harus secara sementara waktu ke atas si kaya pada kadar tertentu di musim

wujudnya keperluan.

a.   Dalil mereka : Sabda Nabi ;

4ح4قqا ل المال: في mالزكاة: س:و4ى إن

Ertinya : sesungguhnya pada harta itu ada kewajiban lain selain zakat (Riwayat At-Tirmidzi :

Dhoif menurut Al-Suyuti, Albani, )

 b.   Berlandaskan Siyasah Syari’iyyah yang digubal berdasarkan keperluan semasa.

Sebagaimana fatwa Imam Malik yang berkata :

Ertinya: Wajib ke atas orang ramai menebus tawanan perang mereka walaupun mereka

terpaksa menggunakan harta mereka sendiri (Ahkam al-Quran, Ibn Arabi, 60/1). Imam Al-

Qurtubi juga menguatkan hal ini dengan katanya “Sepakat ulama apabila wujudnya

keperluan untuk kaum muslimin dalam sesebuah Negara iaitu selepas digunakan wang

zakat dari baitul mal maka wajib pula dibantu dengan menyalurkan wang (dari cukai rakyat).

( Tafsir Al-Qurtubi, 2/223). Hal ini juga ditegaskan oleh Imam Al-Syatibi dalam kitabnya al-

I’tisom. Imam Al-Ghazzali juga menyatakan yang sam apabila dia menyebut:-

Ertinya “Apabila sudah kosong milikan Negara dari harta, dan tiada lagi harta awam

yang boleh memenuhi keperluan tentera, sehingga jika tentera terpaksa bekerja lain bagi

mendapatkan pendapatan dan meninggalkan tugasan tentera, maka dibimbangi masuknya

musuh ke neraka umat Islam atau pemberontakan fitnah, maka haruslah bagi pemerintah

mengenakan kepada si kaya kadar (cukai) bagi memenuhi keperluan tentera. ( Al-Mustasfa,

1/426)

Namun, konteks fatwa ini kelihatan tidak begitu menepati situasi Malaysia

kerana negara kita masih tidak sampai ke tahap tersebut.

 

3. Harus mengenakan cukai pada sekadar memenuhi maslahat umum pentadbiran

Negara.

Pendapat ini dipegang oleh Sheikh Mahmud Syaltut, (Al-Fatawa al-Kubra, hlm 116), begitu

juga Sheikh Abu a’la al-Mawdudi yang menyatakan, harus dikenakan cukai jika wang

bayaran cukai itu adalah bagi kemaslahatan awam. (Nazariyat al-Islam, hlm 313). Sheikh Dr.

Yusuf Al-Qaradawi juga berijtihad harus dikenakan cukai bagi kemaslahatan awam sambil

Page 3: Zakat gst

mengatakan perkataan ‘Maks’ di dalam hadis ancaman neraka itu oleh Nabi s.a.w itu

membawa maksud khusus iaitu

شعوبهم على وتضييقا وأتباعهم أنفسهم على توسعة الحكام بعض يفرضها التيErtinya : iaitu jenis cukai yang difardhukan oleh sebahagian pemerintah untuk bersenang-

senang mereka dengannya dan penyokong mereka walaupun menyempitkan rakyat

mereka. ( Fiqh al-Zakat, Qaradawi, 2/987)

Prof. Dr Ali Muhydin Al-Qurrah Daghi menyatakan Ini juga merujuk kepada sebahagian cukai

yang dikenakan di zaman pemerintahan awal Islam seperti AL-KHARRAJ (cukai tanah),

AL-'USHUR ( cukai perniagaan 10 % ke atas perniagaan non muslim) dan AL-JIZYAH (cukai

individu) . Kesemua cukai ini digunakan sebaikanya untuk kepentingan

dan kebaikan rakyat. 

TARJIH PANDANGAN

Penulisan ringkas ini tidak mampu untuk membuat tarjihan pendapat yang terkuat secara

komprehensif, namun secara umumnya perbincangan hukum cukai dalam Islam tidak dapat

lari dari menimbang di antara maslahat kebaikan dan kemudaratan darinya. Walaupun

sewaktu wujudnya dalil-dalil berkaitan cukai, namun menurut majoriti ulama’, nas yang

berkait dengan urusan siyasah dan pentadbiran mesti dilihat kepada ‘illah atau sebab

utamanya ianya disebutkan oleh Nabi s.a.w. Melhat kepada objektifnya iaitu membawa lebih

kebaikan berbanding kemudaratan. Beberapa jenis hukum dalam urusan muamalat boleh

berubah dengan berubahnya masa dan zaman serta keperluan.

Namun apapun, kaedah fiqh ada menyatakan “Menolak Keburukan didahulukan dari

Membawa Kebaikan (tambahan)”. Justeru, jika benar tanpa GST atau cukai jualan dan servis,

maka ini ekonomi negara bakal terancam, kelangsungan Negara menjadi longgar, tatkala itu

cukai boleh berubah menjadi harus dan hal ini boleh dinilai dari masa ke semasa.

Sebahagian ahli ekonomi menyimpulkan cukai GST mampu membawa kestabilan fiskal

dalam kewangan negara dan keutuhan pendapatan kerajaan selain dapat memperbaiki

kutipan hasil cukai dari sebahagian besar golongan yang terlepas atau sengaja melepaskan

diri dari membayar cukai.

Manakala sebahagian yang lain menyatakan cukai hanya menyebabkan inflasi semakin

sukar dikawal, kenaikan harga dalam majoriti barangan yang akhirnya membawa kesan

buruk kepada hampir semua kelas pendapatan rakyat khususnya yang berpendapatan

sederhana dan rendah. Disebabkan harga barang menjadi menaik, kuasa beli dan nilai

matawang menjadi turun.

Cukai seperti ini mungkin sangat releven bagi sesebuah negara yang belum

memperkenalkannya khususnya seperti cukai pendapatan, korporat dan sebagainya.

Namun, memperkenalkan cukai baru sedangkan kantung kewangan negara masih utuh dan

perbelanjaan awam masih boleh dikawal dan diperbetulkan, sudah tentu lebih cenderung

hukumnya kepada HARAM, kecuali jika ia bersifat sementara sebagaimana fatwa kumpulan

kedua ulama.

Negara Malaysia yang telah sedia ada cukai jualan dan servis sejak beberapa puluh tahun

lepas, namun untuk meniadakannya secara drastik bakal menyaksikan

Page 4: Zakat gst

kekalutan pengurusan kewangan, pentadbir awam dan negara berada dalam kesukaran

yang dibimbangi membawa lebih mudarat berbanding manfaat. Jika hukum haram yang

ingin dipegang sebagai terkuat, maka sejak berpuluh tahun sebelum ini cukai ini sudah

haram dan patut ditegaskan agar tidak perlu dibayar serta jangan dibayar. Bukanlah

sekarang masanya untuk terus menolak cukai secara sepenuhnya.

Berkenaan GST pula, jika mampu dibuktikan sebagai penyusunan semula metode cukai dan

seterusnya mampu diurus dengan lebih baik, telus dan lebih kurang menekan berbanding

sistem percukaian cukai jualan dan khidmat sebelum ini, maka saya rasakan GST boleh

disokong pelaksanaannya atas dasar, mengambil kaedah Fiqh iaitu mengambil yang kurang

mudarat di antara dua kemudaratan.

Secara teorinya, namun bergantung kepada pengawasan terhadap para peniaga, GST boleh

sama ada menaikkan harga, menurunkan harga atau kekal pada harga biasa. Illustrasi dari

pihak savemoney ini mungkin boleh memudahkan gambarannya.

1.  GST Tidak Memberi Kesan Kepada Harga

2. GST Boleh Menyebabkan Turun Harga ( Jika peniaga bersifat jujur)

Page 5: Zakat gst

3. GST menyebabkan Naik Harga

Page 6: Zakat gst

 

ANTARA SYARAT

Namun tentunya, keharusan berdasarkan pertimbangan kaedah “yang kurang mudarat dari

dua mudarat” ini mestilah diikat dengan beberapa perkara antaranya seperti :-

a. Kadar 6 % patut dimulakan dengan lebih rendah agar tidak berlaku sebarang

perubahan drastik terhadap peniaga dan rakyat. Mungkin kadar 3 % lebih sesuai

sebagai permulaan.

b. Sebarang ketirisan dan kelemahan pengurusan hasil kewangan oleh kementerian yang

dibuktikan oleh Jabatan Audit Negara mestilah dikenakan tindakan keras dan segera

bagi memastikan setiap hasil cukai yang diterima tidak disalahgunakan oleh pentadbir

awam dan ahli politik yang berkuasa. Kita tidak mahu laporan kelemahan dan salah

Page 7: Zakat gst

urus tadbir kewangan yang didedahkan Jabatan Audit Negara pada setiap tahun

menjadi hanya bebelan awam secara berkala tanpa sebarang tindakan jitu.

c. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia patut diberi kuasa dan kemampuan

pendakwaan dengan lebih berkesan agar tiada peniaga yang mampu lari dari GST atau

tiada pegawai awam boleh memanipulasi pelaksanaan GST untuk kepentingan mereka.

d. Pihak KPDNKK mestilah mempunyai mekanisme terbaik dan jitu dengan jumlah pegawai

yang mencukupi bagi menangani kenaikan harga yang disengajakan oleh peniaga

sejurus GST dikuatkuasakan.

e. Peruntukan bajet kepada semua kementerian yang BELUM digunakan sewajarnya

dilaporkan semula dalam bajet tahun berikutnya. Jangan dipaksa sesebuah jabatan atau

kementerian menghabiskan wang peruntukan sehingga sebahagian mereka ‘terpaksa’

menghabiskannya  kepada perkara yang sia-sia dan merugikan rakyat serta pecah

amanah.

Pada waktu beberapa perkara utama ini gagal dipastikan dan jika kemudaratan pula

bertambah ke atas peniaga dan rakyat, tatkala itu, pihak yang mengharuskan GST dikira

telah membuat keputusan yang memudaratkan ahli negara dan rakyatnya, itu tidak lain

membawa kepada dosa dan pengabaian amanah. Wallahu’alam.

Mukadimah

Islam mempunyai sistem cukainya yang tersendiri. Sumber kepada sistem percukaian Islam ialah al-Quran,

Sunnah Rasulullah SAW, ijmak dan kias.

Ia telah diturunkan bukan sahaja adil bagi manusia keseluruhan, tetapi ia juga merupakan sistem yang

mengstabilkan ekonomi, khususnya keseimbangan antara kuasa modal dan kuasa beli rakyat sebagai

penjana produktivi.

Asas Ukuran Keharusan Cukai

Sesuatu hukum dirujuk kepada hukum asal yang telah dinaskan oleh sumber al-Quran dan al-Hadis. Hukum

asal berkaitan harta orang lain adalah haram diambil melainkan mempunyai sebab yang dibenarkan

syariat. Ini berpandukan kepada firman Allah SWT, bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu

dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara

suka sama suka di antara kamu.”- (An-Nisa’: 29).

Di antara dalil yang lain ialah pesanan Rasulullah sewaktu Haji Wada’ (Haji Selamat Tinggal), antara lain nabi

SAW berpesan, bermaksud:

Page 8: Zakat gst

“Wahai orang ramai, sesungguhnya orang yang beriman adalah saudara, tidak halal bagi seseorangpun

(mengambil) harta saudaranya melainkan dengan kerelaannya.” – Riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis ini memaksudkan selain daripada zakat dan perkara-perkara yang dinaskan harus atau wajib diambil

seperti zakat, yakni zakat bukan milik si pemunya harta bahkan ia adalah milik si fakir, miskin dan asnaf-

asnafnya. Begitu juga tidak termasuk isteri atau anak dibawah tanggungannya kerana ia dianggap sebagai

seakan-akan sekutu pemilikan. Adapun selainnya, maka ia adalah milik si pemunya dan tidak boleh diambil

melainkan degan kerelaannya oleh sesiapapun termasuk kerajaan.

Dan sabda nabi SAW, Maksudnya:

“Apabila mereka melakukan demikian (Islam) maka darah dan harta mereka mereka adalah terpelihara

melainkan (harta boleh diambil) dengan cara-cara yagn dibenarkan oleh Islam.”– Riwayat Bukhari.

Di dalam kitab Fathul Bari, Syarah Sahih Bukhari menyebut, zakat adalah salah satu cara pengambilan yang

dibenarkan oleh Islam (sekalipun tuannya tidak merestuinya).

Ayat di atas menegaskan memakan harta orang lain adalah haram dan dikategorikan bentuk memakannya

adalah batil. Ayat tersebut seterusnya menyenaraikan bentuk pengecualian yang mengharuskan mengambil

harta orang, salah satunya ialah perniagaan.

Berdasarkan ayat ini, hukum asal memakan, mengambil dan memiliki harta orang lain tanpa sebab yang

dibenarkan syariat adalah haram sehinggalah ada sebab dan dalil yang diharuskan syariat. Ia berbeza

dengan hukum asal makanan, minuman dan bentuk muamalat, di mana hukum asal bagi semua perkara

tersebut adalah harus kecuali ada tanda-tanda yang menunjukkan haram.

Justeru, apabila kita bertransaksi atau memakan sesuatu makanan yang tiada dalil dan bukti halal atau

haram, maka hukum transaksi dan makanan itu adalah halal justeru merujuk kepada hukum asalnya yang

harus. Tetapi berbeza dengan pengambilan harta atau wang milik orang, yakni hukum asalnya haram

berdasarkan ayat di atas, kecuali ada dalil dan bukti halal. Justeru, apabila kita mengambil wang milik orang,

jika tiada dalil dan bukti halal atau haram, maka hukumnya adalah haram justeru merujuk kepada hukum

asalnya yang haram.

Sebagai contoh, kita boleh mengambil wang RM50,000 daripada Ahmad sebab kita jual kereta kepadanya.

Sebab keharusan ialah jual beli (Al-Bai’). Kita boleh ambil wang daripada Ali sebanyak RM10,000 kerana kita

membuat ubah suai rumahnya. Sebab keharusan ialah upah (ujrah). Kita boleh mengambil jam milik Ah

Chong selepas kita membayarnya wang. Sebab keharusan ialah jual beli. Kita boleh mengambil wang

daripada Abu kerana agihan keuntungan perniagaannya yang bermodalkan wang kita. Sebab keharusan

ialah pelaburan (Mudharabah).

Apabila kita berjalan dan jumpa wang RM50,000, maka kita tidak boleh mengambilnya kerana tiada jual beli,

tiada upahan kerja, tiada pengeluaran modal, tiada sebab-sebab yang membolehkan, maka hukumnya

haram diambil dan RM50,000 tersebut dianggap sebagai harta laqatah (barang ciciran).

Page 9: Zakat gst

Maka hendaklah kita bertanya berkenaan GST, apakah sebab yagn membolehkan kerajaan mengambilnya

daripada rakyat? Jika tiada sebab ‘sebenar’, maka hukumnya kembali kepada asal, iaitu haram dan termasuk

di dalam kategori batil. begitu juga jika pemindahan hak berlaku dengan sebab, tetapi sebab itu tidak

diiktiraf oleh Islam, maka ia juga adalah batil. Contohnya seperti pemenang judi yang mengambil bahagian

pemain judi yang kalah, sekalipun judi adalah sebab pemindahan milik, tetapi ia tetap dikategorikan sebagai

baatil kerana judi itu sekalipun sebab pengambilannya wujud, tetapi ia tidak diiktiraf oleh syarat.

Adakah Hukum Ini Terlaksana Juga Ke Atas Kerajaan Mengambil Wang Rakyat?

Selepas kita memahami bahawa hukum asal harta orang adalah haram kecuali dengan sebab yang

dibenarkan syariat, maka persoalan keseterusnya adakah hukum ini terpakai atau terlaksana hanya ke atas

individu dengan individu, manakala kerajaan terkecuali dengan dibolehkan ambil harta dan wang poket

rakyat berhujahkan maslahah?

Di dalam mazhab ahlu sunnah wal jamaah, hukum ini bukan sahaja terlaksana antara individu dengan

individu, tetapi ia juga terlaksana antara kerajaan dengan rakyat. Dalilnya cukup jelas daripada realiti

berikut:

1. Pesanan nabi kepada Muaz bin Jabal sewaktu beliau diutuskan ke Yaman sebagai Gabenor. Baginda

memberikan pesanan kepada beliau dengann kata-kata berbunyi: ”Awasilah harta-harta suci yang dimiliki

oleh orang Yaman”. Harta-harta suci yang dimaksudkan ialah harta yang dimiliki bukan bahagian zakat atau

jizyah. Dalam riwayat Bukhari menyebut dengan lafaz: takutilah (daripada mengambil) harta-harta mereka

yang suci.

2. Arahan Umar Abdul Aziz (Khalifah dari tahun 99H-101H) kepada semua gabenor supaya menghapuskan

semua cukai kecuali ia mempunya nas daripada al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Cukai-cukai zalim ini

telah dikenakan sebelum ini khususnya pada zaman Hajjaj Yusof At-Thaqafi yang terkenal dengan kezaliman

pemerintahannya di Syam, Iraq, Mekah dan Madinah dari tahun 70H – 95H.

Di dalam kitab Al-Bidayah wa An-Nihayah karangan Imam Ibnu Kathir menceritakan, tatkala Saidina Umar

Abdul Aziz menjadi Khalifah, beliau memerangani pemimpin-pemimpin zalim sebelumnya yang telah

mengenakan pelbagai cukai kepada rakyat. Antara salsilah pemerintah sebelum ini yang sangat dibenci oleh

Umar Abdul Aziz ialah Yazid bin Mahlab, iaitu ipar kepada Hajjaj bin Yusof As-Thaqafi. Yazid bin Mahlab telah

ditangkap oleh Adi bin Arthoh dan menyifatkan Yazid dan keluarganya (Mahlab dan Hajjaj) sebagai: “Mereka

adalah pemerintah kuku besi dan aku bencikan mereka”. Saidina Umar Abdul Aziz memerintahkan supaya

Yazid dipenjarakan sehingga semua harta orang ramai yang dikutip sebelum ini dikembalikan semula. (Al-

Bidayah: m/s666). Pernah anak kepada Yazid bernama Makhlad meminta kelonggaran hukuman untuk

ayahnya Yazid, tetapi Umar bertegas menyatakan bahawa ia tidak akan meringankan hukuman sehingga

Yazid menyerahkan semua harta rakyat.

Begitu juga Saidina Umar Abdul Aziz telah menghantar kepada Gabenor Khurasan Al-Jarah bin Al-Hukmi yang

telah mengenakan cukai Jizyah ke atas non-muslim yang telah memeluk Islam dengan alasan mereka

Page 10: Zakat gst

memeluk Islam kerana ingin lari daripada Jizyah. Saidina Umar Abdul Aziz memecat Gabenor tersebut

dengan menulis, maksudnya:

“Sesunggunyanya Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai pendakwah bukan sebagai

pengutip cukai.”

Di dalam satu riwayat yang lain, Saidina Umar juga memerangi Gabenor di Mesir yang telah mengenakan

cukai pelabuhan dan mempertikaikan tindakan Umar Abdul Aziz untuk menghapuskan semua cukai yang

tiada nas.

Itulah antara sebab menjadi ‘purchasing power’ rakyat pada zaman Umar Abdul Aziz meningkat, seterusnya

memenuhi Baitul Mal. Kesannya tiada lagi penerima zakat dan pemberian selepas itu sehingga harta

melimpah ruah. Velocity of Money terbaik berbanding sistem-sistem yang lain daripada Islam.

Itu antara contoh tindakan dan pendirian Khulafa ar-raasyidun yang diiktiraf oleh nabi sebagai ikutan

(perbuatan mereka adalah hujah), tidak mengenakan cukai-cukai yang tidak dinaskan oleh al-Quran dan

Sunnah Rasulullah SAW.

Semua dalil di atas adalah berkait dengan kerajaan mengambil wang rakyat. Jika pengharaman memakan

harta orang lain tanpa sebab hanya diharamkan ke atas individu dan bukan kerajaan, nescaya kisah di atas

tidak akan timbul dalam sejarah.

Apabila kita meneliti pendapat yang mengharuskan pengambilan harta rakyat tanpa bersumberkan kepada

nas, kita dapati mereka keliru antara pendapat ahlu sunnah wal jamaah dan syiah. Ya, sebahagian syiah

membenarkan pemimpin-pemimpin mereka mengambil harta rakyat sekalipun tanpa sebab kerana fiqh

mereka bersumberkan akidah bahawa Imam (pemimpin) adalah maksum. Berbeza dengan Ahlu Sunnah wal

jamaah, yakni akidah kita pemimpin tidak maksum, maka pemimpin tidak boleh mengambill harta orang lain

tanpa sebab dan berasaskan maslahah akal semata-mata tanpa dipandu oleh nas.

Tuntasnya, hujah maslahah seterusnya membolehkan pemimpin negara mengutip wang rakyat sesuka

maslahah, maka itu adalah amalan dalam fiqh syiah, bukan fiqh sunni.

Kenapa Kaedah Fiqh Tidak Boleh Dijadikan Hujah Dalam Isu Ini?

Antara hujah yang agak masyhur digunapakai oleh gologan yang membolehkan kutipan cukai sesuka hati

ialah kaedah yang berbunyi (maksudnya):

“Tindakan pemimpin terhadap rakyat adalah berdasarkan maslahah.”

Golongan yang berhujahkan dengan kaedah ini melakukan kesilapan dari tiga sudut:

1. Dari segi mengguna pakai kaedah di tempat yang ada nas yang terang.

 

Page 11: Zakat gst

1. Kaedah bukan hujah, tetapi ia adalah garis panduan memahami nas dan hukum furu’. Oleh itu, kaedah

hanya digunapakai ditempat yang tiada nas bukan ditempat yang berlawanan dengan nas.

 

1. Golongan yang mengguna pakai kaedah tadi bagi mengharuskan tindakan pemimpin mengutip cukai seolah-

olah memahami bahawa kaedah tersebut bermaksud: ‘tindakan pemimpin negara semuanya adalah demi

maslahah’ walhal sudut kaedah tersebut ialah tindakan pemimpin mestilah dipandu oleh maslahah, jika

tidak, maka ia tidak boleh dilaksanakan.

Adakah Darurat Membolehkan Kutipan Cukai?

Dari segi hukum, boleh dikatakan ijmak ulama terdahulu mengenakan cukai ke atas rakyat tanpa sebab

yang dibenarkan syariat adalah haram. Persoalan yang tinggal ialah, adakah darurat boleh mengharuskan

cukai dikutip?

Pertamanya, maksud difahami maksud dan makna darurat. Darurat bermaksud sesuatu yang tanpanya akan

menyebabkan manusia hilang agama, nyawa, harta, akal dan keturunan. Jika tidak sampai ke tahap itu,

maka ia bukan darurat membolehkan kutipan cukai yang haram. dengan maksud lain, jika setakat ingin

menambahkan pendapatan negara, maka ia bukan darurat yang dimaksudkan syariat.

Jika kita perhatikan, kutipan GST bukan bagi menampung sesuatu keperluan darurat yang dimaksudkan oleh

Syariat, bahkan ia lebih bersifat memenuhi dan menampung keperluan sistem konvensional, di mana sistem

itu sendiri adalah bercanggah dengan Islam kerana bersifat ‘memusingkan harta sesama golongan kaya’.

Darurat yang di maksudkan syariat seperti negara yang sedang terdesak untuk dapatkan wang membeli

senjata bagi mempertahankan negara yang sedang diserang oleh musuh seperti berlaku pertembungan

antara Sultan Mamalik dengan Imam Nawawi untuk kenakan cukai ke atas rakyat justeru Mesir pada masa

itu berada pada saat genting justeru hendak diserang oleh tentera Monggol yang tidak terkalah.

Dalam keadaan darurat perang beginipun masih lagi berlaku khilaf dalam kalangan ulama adakah cukai

yang tidak bersumberkan nas boleh dikutip?

Al-Dhohhak dan lain-lain berpendapat, cukai tidak harus dikenakan dalam apa keadaan sekalipun, manakala

imam Juwaini, Al-Ghazali dan lain-lain berpendapat harus mengenakan cukai bagi keperluan-keperluan

tertentu (darurat).

Jika diperhatikan khilaf ini, ia sebenarnya khilaf dari sudut keadaan dan suasana, bukan khilaf dari sudut dalil

dan nas. Khilaf ini kita dapat simpulkan bahawa, jika zakat dan sumber lain mencukupi, maka ulama

bersepakat bahawa cukai tidak harus dikutip daripada rakyat. Khilaf hanya berlaku jika sistem cukai Islam

sumber lain tidak mengcukupi untuk keperluan Negara.

Bagi pendapat yang menyatakan harus mengutip cukai darurat, mereka telah meletakkan syarat-syarat

yang mengharuskan kutipan cukai. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

Page 12: Zakat gst

1. Negara mestilah berpegang teguh dengan ajaran Islam. Dalam erti kata lain, negara mestilah menjalankan

sistem ekonomi Islam termasuk sistem percukaian Islam sepenuhnya seperti zakat sebagai sistem cukai

utama negara.

2. Hajat kepada percukaian hendaklah benar-benar berlaku.

3. Baitul Mal benar-benar telah kekeringan sehingga tidak dapat memenuhi hajat dan keperluan rakyat.

4. Meminimakan seboleh mungkin tekanan terhadap individu rakyat dengan cara-cara yang selain cukai. Oleh

itu, sebelum mengutip cukai daripada rakyat, kerajaan disarankan supaya mengutip sumbangan ikhlas serta

menggalakkan rakyat memberikan derma dalam menyelesaikan sesuatu keperluan sebelum cukai

dikenakan.

5. Kutipan cukai hendaklah diputuskan hasil perbincangan golongan fuqaha dan profesional berkait dengan isu

tertentu.

6. Cukai hendaklah dikenakan ke atas orang-orang yang kaya sahaja dan ia langsung tidak harus dikenakan ke

atas orang-orang miskin.

7. Cukai hendaklah dalam bentuk sementara. Ia akan terhapus dengan hilangnya hajat dan keperluan. Cukai

tidak boleh dikenakan secara berterusan dan dijadikan pendapatan utama berbanding zakat.

8. Wajib meraikan keadilan di dalam perwartaannya dan pemungutannya. Maka kadarnya hendaklah sekadar

keperluan. Keperluan ini tidak boleh dijadikan alasan untuk mengutip cukai lebih daripada rakyat.

Sebahagian ulama seperti Imam Nawawi meletakkan syarat bahawa cukai apabila dikatakan darurat dan

perlu, maka hendaklah terlebih dahulu ia dibayar oleh pemimpin tertinggi, jika tidak cukup maka ia baru

diturunkan ke bawah dan ke bawah, tetapi tidak boleh sampai dikutip daripada golongan miskin. Beliau

berkata kepada Sultan Zaher Bebrus: “Aku tahu bahawa engkau dulunya seorang hamba kepada Gabenor di

Bendaqar dan engkau tiada harta satu pun. Kemudian Allah memberi peluang kepada engkau dengan

diberikan pangkat raja. Aku dengar engkau mempunyai seramai 1,000 hamba dan setiap hamba tali

pengikat kuda disaluti emas. Engkau ada 200 hamba perempuan dan setiap seorangnya ada emas. Apabila

engkau keluarkan semua itu (sebagai pembayaran cukai) sehingga hamba-hamba engkau memiliki baju

daripada kapas biasa berbanding memiliki perhiasan emas seperti sekarang, maka baru aku fatwakan

engkau harus mengambil cukai daripada orang ramai.” – Al-Bidayah Wa An-Nihayah.

Kesimpulan Dan Penutup

Dari sini kita dapat simpulkan hukum cukai moden adalah haram menurut Islam berdasarkan sebab-sebab

yang dinyatakan di atas. Sebagai seorang muslim (sama ada dalam bentuk individu atau kerajaan) tidak

sepatutnya mengambil harta orang lain melainkan tempat-tempat dan keadaan yang dibenarkan oleh Islam

sebagaimana yang ditunjukkan oleh nas dan dalil-dalil syarak.

Cara ini adalah cara-cara sistem ekonomi yang sama sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Khulafa Ar-

Raasyidin seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Osman dan Saidina Ali, di samping cara Saidina

Umar Abdul Aziz di atas.

Hari ini ada pemimpin yang cuba menonjolkan mereka juga adil seperti Khalifah Umar Abdul Aziz.

Persoalanya, adakah mereka memahami bagaimana cara pemerintahan beliau? Sebagaimana pepatah arab

Page 13: Zakat gst

menyebut: “Kamu mahukan kejayaan sedangkan kamu tidak melalui jalannya. Sesungguhnya kapal tidak

akan berjalan di atas daratan.” 

Bermaksud, jika anda mengkagumi keadilan Umar Abdul Aziz dan gah dengan Baitulmalnya melimpah ruah.

Kemudiannya anda melaksanakan cara yang bukan ekonomi Islam yang telah ditelusuri oleh Saidina Umar

Abdul Aziz, maka mustahil keadilan yagn sama akan terlaksana.

http://www.niknasri.com/?p=15028 12/7

http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1030-cukai-gst-hukum-a-amanah.html