yahudi pupus

Upload: fairus

Post on 30-May-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 yahudi pupus

    1/3

    Kajian menunjukkan bangsa Yahudi

    semakin pupus

    KETIKA dunia terus menyaksikan sandiwara Israel yang tidak berkesudahan bagi menjejaskan proses

    damai di bumi Palestin, ada satu lagi isu yang memeningkan Perdana Menteri Ehud Olmert danpemimpin kumpulan pelobi utama Yahudi di negara lain.

    Ia tiada kaitan dengan nasib penduduk Palestin yang terus dianiayai atau taktik terbaru memperkotak

    katikkan pemimpin tertentu Palestin dan Arab yang terus menjadi buah catur permainan licik rejim

    Zionis.

    Sebaliknya, ia menyentuh isu lebih penting iaitu kelangsungan bangsa Yahudi, kewujudan Israel

    sebagai negara mutlak penganut Yahudi dan persepsi bangsa itu di mata dunia.

    Masalah itu ibarat barah yang melenyapkan kelangsungan bangsa yang biarpun nampak hebat, tetapigoyah dari segi bilangan penduduknya. Biarpun kelihatan kuat, hakikatnya, Israel terpaksa bergantung

    harap kepada simpati dunia menerusi peristiwa Holocaust dan bantuan Amerika Syarikat.

    Kawin campur punca Yahudi pupus

    Kemelut utamanya adalah masalah kurangnya zuriat bagi meneruskan keturunan Yahudi ini, seperti

    dipaparkan kajian kumpulan pelobi utama Yahudi, The Jewish Agency menerusi Institut Perancangan

    Dasar dan Penduduk Yahudi yang diketuai tokoh akademik, Profesor Yechezkel Dror.

    Kajian institut berpejabat di Baitulmaqdis yang menyentuh keadaan semasa dan masa depan Yahudi,antara lain mendedahkan bilangan penduduk Yahudi di seluruh dunia kini susut 25 peratus sejak 1970.

    Ia disebabkan kadar kelahiran rakyatnya yang rendah dan peningkatan perkahwinan campur, di dalamdan luar Israel. Statistik 2006 menunjukkan penduduk Yahudi mencecah 13 juta.

    Pada 1939, ada 17 juta penduduk Yahudi di dunia dan ia makin berkurangan sejak 40 tahun lalu. Jika

    keadaan berterusan, masyarakat Yahudi mungkin terus berkurangan atau semakin pupus pada 2080.

    Israel mahu menjadi negara mutlak Yahudi dunia seawal 2020 dan menempatkan bilangan penduduk

    Yahudi paling ramai di dunia menjelang 2050, sama ada menerusi kelahiran baru atau pun penghijrahanpenganut Yahudi dari luar.

    Namun, berdasarkan perkembangan semasa, harapan Israel mungkin sukar dicapai.

    Negara yang hebat dalam ketenteraan, perubatan, kewangan, perdagangan, taktik politik, pelobi, licik

    dan pembunuh anak Palestin dan Lubnan, kini ketandusan bayi atau zuriat bagi meneruskan

    http://artisglamer.blogspot.com/2007/09/kajian-menunjukkan-bangsa-yahudi.htmlhttp://artisglamer.blogspot.com/2007/09/kajian-menunjukkan-bangsa-yahudi.htmlhttp://artisglamer.blogspot.com/2007/09/kajian-menunjukkan-bangsa-yahudi.htmlhttp://artisglamer.blogspot.com/2007/09/kajian-menunjukkan-bangsa-yahudi.html
  • 8/14/2019 yahudi pupus

    2/3

    kelangsungan bangsa Yahudi.

    Lebih sukar, ia turut berdepan krisis identiti diri. Ada penganut Yahudi malu mendedahkan identitisebenar kerana bimbang menjadi sasaran bukan saja daripada masyarakat Islam, tetapi masyarakat lain

    yang memandang sinis kepada Yahudi.

    Kaum Yahudi digambarkan sebagai kaki ampu, memonopoli kuasa ekonomi dunia dan tidak setia,seperti dibuktikan hasil tinjauan terbaru di enam negara Eropah, yang diumumkan Selasa lalu.

    Kesetiaan orang Yahudi diragui

    Separuh responden dalam kajian di Austria, Belgium, Britain, Hungary, Belanda dan Switzerland

    secara terang-terang meragui kesetiaan penduduk Yahudi yang dilihat lebih setia kepada Israel

    berbanding negara tumpangan mereka.Tinjauan kumpulan pelobi Yahudi Anti-Defamation League (ADL) juga menunjukkan 34.5 peratus

    yakin Yahudi menguasai sektor kewangan dan perniagaan dunia. Tidak cukup dengan itu, 43 peratus

    lain berpendapat bangsa Yahudi terlalu banyak bercakap mengenai peristiwa Holocaust yang didakwa

    pembunuhan berjuta-juta Yahudi oleh Nazi ketika Perang Dunia Kedua.

    Kajian itu menunjukkan peningkatan sikap antiSemitik yang lebih ketara, berbanding tinjauansebelumnya pada 2005 dan Hungary adalah negara paling tinggi memaparkan sikap antiSemitik

    berbanding negara Eropah yang lain.

    Kami bimbang apabila mendapati peratusan besar responden dan majoriti di Austria, Hungary danSwitzerland yang yakin penduduk Yahudi Amerika Syarikat mengawal dasar Washington ke atas Asia

    Barat, kata Pengarah ADL Abraham Foxman.

    Beliau menyifatkan perkembangan itu amat membimbangkan kerana masih ramai rakyat Eropah

    meragui penduduk Yahudi, sedangkan ia sepatutnya sudah terkubur selepas kejatuhan pengaruh

    komunis.

    Hakikatnya, biarpun rakyat Hungary paling syak wasangka terhadap bangsa Yahudi dan Israel, Britain sekutu AS yang juga rakan baik Israel, terbukti lebih lantang.

    Bayangkan dalam masa tidak sampai setahun saja, tokoh akademik, wartawan, arkitek, doktor danterbaru pekerja pengangkutannya menerusi kesatuan masing-masing yang mencecah hampir sejuta

    anggota, melancarkan usaha memboikot Israel atas kekejaman rejim Zionis itu terhadap penduduk

    Palestin.

    Wang imbuhan berpindah ke Israel

    Ia bermula April lalu apabila Kesatuan Wartawan Kebangsaan Britain, menyokong usaha pemulauan

    barang Israel. Sebulan berikutnya, Kesatuan Arkitek dan Perancang Britain menyelar rakan profesional

    mereka di Israel kerana menyertai projek pembinaan negara Yahudi di wilayah Palestin yangdicerobohi. Kesatuan Universiti dan Kolej (UCU) yang juga persatuan terbesar pensyarah institusi

  • 8/14/2019 yahudi pupus

    3/3

    pendidik Britain, pula menyokong tindakan kesatuan sekerja Palestin memulaukan ahli akademik dan

    pusat pengajian tinggi Israel. Terbaru, Kesatuan Pekerja Pengangkutan yang juga antara yang terbesar

    di negara Barat itu, memboikot semua produk Israel.

    Perkembangan itu sudah pasti diberi tumpuan pentadbiran Olmert dan sekutunya, Presiden George W

    Bush.Di Iran, masyarakat Yahudi menolak tawaran wang tunai sehingga 30,000 (RM210,000) bagi setiap

    keluarga untuk berpindah ke Israel, seperti didedahkan akhbar Guardian, Rabu lalu.

    Siapa sangka di sebalik kehebatan Israel, ada hakikat suram sedang membelenggu mereka. Hakikat

    ibarat barah yang mengancam kelangsungan bangsa Yahudi dalam bentuk kekurangan zuriat serta

    pengaruhnya yang makin suram pada peringkat antarabangsa.

    Apa guna kuasa, wang, pengaruh dan kehebatan tentera jika pada kesudahannya Israel dan bangsa

    Yahudi makin pupus. Harian Metro