x ad ms

12
KERJA KURSUS : PROJEK MATA PELAJARAN : KOKURIKULUM OLAHRAGA WAJ 3121 Nama : Nur Aliaa Binti Mohd Ahwan Angka Giliran : 2013201340041 No Kad Pengenalan : 930103-01-6584 Program : Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan : Januari 2013 Kumpulan/Unit : PISMP 5.07 BA (SK) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

Upload: nur-aliaa-mohd-ahwan

Post on 17-Jan-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

subjek WAJ

TRANSCRIPT

Page 1: X AD MS

KERJA KURSUS : PROJEKMATA PELAJARAN : KOKURIKULUM

OLAHRAGAWAJ 3121

Nama : Nur Aliaa Binti Mohd Ahwan

Angka Giliran : 2013201340041

No Kad Pengenalan : 930103-01-6584

Program : Ijazah Sarjana

Muda Perguruan

Ambilan : Januari 2013

Kumpulan/Unit : PISMP 5.07 BA (SK)

Nama Pensyarah Kursus : En. Kamarudin Bin Ahmad

Tarikh Hantar : 13 Mac 2015

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Page 2: X AD MS

HALAMAN PENGAKUAN

‘’ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri, kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya’’

Tandatangan :

Nama Pelajar : Nur Aliaa Binti Mohd Ahwan

Tarikh : 13 Mac 2015

PENGHARGAAN

Page 3: X AD MS

Segala puji bagi Allah. Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas nabi

junjungan, Muhammad S.A.W. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, dapat

juga akhirnya saya menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya.

Pertama, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah

pembimbing saya bagi subjek Kokurikulum ( Olahraga) WAJ 3121 iaitu Encik Kamarudin Bin

Ahmad di atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan

tugasan projek kerja kursus ini. Banyak input yang telah diberikan oleh beliau kepada saya

dan rakan-rakan agar memastikan kami dapat menjawab segala kehendak tugasan kerja

kursus ini dengan baik dan jayanya. Tanpa tunjuk ajar beliau, saya tidak mampu untuk

menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga saya yang disayangi di atas doa,

sokongan dan semangat yang diberikan. Tanpa mereka, sukar untuk saya menyiapkan

tugasan ini.

Seterusnya, saya juga ingin merakamkan penghargaan yang tidak berbelah bahagi

kepada rakan-rakan sekelas saya iaitu kelas PISMP 5.07 dan insan-insan lain. Terima kasih

saya ucapkan kerana sanggup memberi dan menerima pendapat serta yang paling saya

tidak boleh lupakan ialah kata-kata semangat yang kita terapkan di antara satu sama lain.

Tanpa kalian, sukar untuk saya menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat

sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan tugasan kerja kursus ini.

SENARAI KANDUNGAN

Page 4: X AD MS

MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN................................................................................i

PENGHARGAAN.............................................................................................. ii

SENARAI KANDUNGAN.................................................................................. iii

1.0 PENGENALAN 1

2.0 TUJUAN LATIHAN ANSUR MAJU 2

3.0 LATIHAN ANSUR MAJU 4

3.1 Latihan Ansur Maju Lontar Peluru

3.2 Ringkasan Latihan Ansur Maju Lontar Peluru 6

4.0 PERMAINAN KECIL 11

4.1 Tujuan Permainan Kecil

5.0 APLIKASI PERMAINAN KECIL (LONTAR PELURU) 15

5.1 Nama Permainan

5.2 Lakaran Permainan

5.2.1 Lakaran Umum 16

5.2.2 Lakaran Spesifik 17

5.3 Peralatan Permainan Lontaran Bola Berantai 19

5.4 Prosedur Pelaksanaan Permainan Lontaran Bola Berantai 20

5.5 Kelebihan Permainan Lontaran Bola Berantai 21

5.6 Kelemahan Permainan Lontaran Bola Berantai

RUJUKAN

LAMPIRAN

REFLEKSI

RUJUKAN

Page 5: X AD MS

BUKU

Ahmad, H. G. (2007). Kejurulatihan dan Sains Sukan. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Arasoo, V. T. (1997). Pengajaran Pendidikan Jasmani Untuk Sekolah-Sekolah Rendah.

Kuala Lumpur: Siri Pendidikan Fajar Bakti.

Dahari, M. H. (2001). Latihan Beratan. Selangor: Utusan Publications.

Lickona, T. (2009). Educating for Character. New York: Random House Publishing Group.

Menon, N. (2005). Permainan, Lagu dan Puisi. Subang jaya: PTS Professional.

Tong, T. B. (1985). Pendidikan Jasmani Di Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Heinemann

Educational Books (ASIA) LTD.

Vasudevan. (1985). Asas Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Siri Sihat Jasmani.

Zainuddin, R. (2004). Acara Padang. Selangor: Siri Kokurikulum.

INTERNET

http://www.zairedin.com/2012/04/ansur-maju-increase-progressively.html

Page 6: X AD MS

LAMPIRAN

REFLEKSI

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek untuk semester lima ini bagi mata

Page 7: X AD MS

Kokurikulum ( Olahraga) WAJ 3121 , saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan

baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan

bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang bagaimana

untuk menganalisis konsep, matlamat dan strategi pelaksanaan olahraga di sekolah kelak.

Selain itu juga, saya berpeluang mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas yang

diperolehi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek ini dalam melaksanakan

aktiviti – aktiviti olahraga. Malah, melalui kerja kursus pendek ini, ianya berupaya

membentuk kemahiran bagi menilai pencapaian bakat dan potensi pelajar dalam olahraga.

Melalui tugasan ini juga, ianya dapat membentuk sikap dan nilai positif yang berterusan

dalam kepimpinan dan aktiviti olahraga.

Saya juga mula merasai kepentingan subjek Kokurikulum ( Olahraga) ini terhadap

diri saya kerana sebagai bakal guru, satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya akan

aplikasikan untuk melaksanakan taklifan yang diberikan kepada saya di sekolah nanti dan

sememangnya menjadi guru merupakan bidang yang begitu mencabar. Saya sebagai bakal

guru yang akan mengajar di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai situasi yang

mungkin saya tidak pernah sama sekali terlintas di fikiran saya sebelum ini. Melalui

pembelajaran subjek ini serta tugasan projek yang telah diberikan, sedikit sebanyak telah

membantu saya dalam membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan ini.

Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan untuk semester ini, saya dapat

menganalisis dan menyediakan langkah yang progresif bagi latihan ansur maju bagi acara

padang iaitu lontar peluru. Tambahan pula, saya dan juga rakan-rakan seperjuangan

berupaya mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari bagi merekacipta

satu permainan kecil yang bersesuaian berdasarkan acara lontar peluru. Oleh yang

demikian, saya dan rakan sekumpulan telah merekacipta permainan kecil tersebut dengan

menekankan konsep lontaran, kilas dan kejauhan lontaran. Melalui tugasan seperti ini, ianya

mampu menjadikan saya, bakal guru yang berfikiran kreatif dan serba boleh.

Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin

Allah s.w.t, saya akan aplikasikan sebaik mungkin segala ilmu pengetahuan tentang

olahraga ini di sekolah. Setelah banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu

Page 8: X AD MS

ini akan terus bermanfaat kepada diri saya sendiri mahupun para pelajar. Saya juga mula

sedar akan kepentingan subjek Kokurikulum ( Olahraga) ini di mana dengan hanya betul-

betul memahaminya, barulah saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru kelak

dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna termasuklah dari segi

fizikal dan minda yang cerdas.

Selain itu, sepanjang menyiapkan tugasan projek kerja kursus ini, hubungan saya

dan juga rakan-rakan seperjuangan semakin rapat kerana kami melakukan perbincangan

bersama-sama serta mencari maklumat bagi melengkapkan tugasan ini juga secara

kolaborasi. Sikap toleransi dan bekerjasama antara kami semakin terbina malah para

pensyarah juga saling membantu saya dan rakan-rakan dalam proses menyiapkan tugasan

kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara

pengajaran pensyarah dan hal ini sekali gus mengukuhkan hubungan dua hala kami.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi

melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara

berkomunikasi antara saya dengan para pensyarah serta rakan-rakan seperjuangan. Hal ini

sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan

untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para

pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya

memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi

pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek Kokurikulum ( Olahraga) ini

telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai

profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang

guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sosial dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

Page 9: X AD MS