risalah ad-deen bil.5

Upload: noor-yusof

Post on 06-Apr-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil.5

    1/24

    Terbitan Unit Penerbitan Pusat Islam Universiti Selangor BIL 5 : 2011 ( NOVEMBER 2011 ~ FEBRUARI 2012 )

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil.5

    2/24ADDEEN BIL.5 - M/S 02

    Assalamualaikum Wrt. Wbt.Pembaca yang dirahmati Allah,

    Awal Muharram merupakan pembukaan dan permulaan tahun baruhijriah. Ini bermakna kali ini kita meraikan tahun hijrah 1433H. Setiap tahun

    kita menyambutnya dengan mengadakan berbagai majlis,program yang berkaitan supaya dapat dijadikan iktibar atau pengajaran dalam menempuh

    kehidupan melalui penghayatan di sebalik peristiwa penghijrahan Rasulullah

    SAW dan para sahabat. Hari ini ramai di antara kita yang sibuk dengan

    urusan duniawi sehinggakan terleka dan terlupa seketika apa yang telah kitalakukan dan sudahkah kita menunaikan hak kepadaNya Justeru itu

    ketibaan tahun 1433H membuka tirai dan lembaran baru episod kehidupan,

    seharusnya ruang dan peluang yang diberikan oleh Allah SWT ini hendaklah

    dimanfaatkan sebaiknyakerana apa yang kita kecapi hari ini tidak akan

    berterusan keadaannya, tidak kekal selamanya bahkan ianya hanyalah

    pinjaman sementara cuma. Ianya akan berubah mengikut ketentuanNya danapa yang berlaku luar dari jangkauan manusia. Sebagaimana hadis yang

    diriwayatkan oleh Sahabat Nabi SAW yang bernama Abu Hurairah R.A yang

    menekankan gesaan ke arah melakukan amalan baik, iaitu yang bermaksud :

    Bersegeralah engkau sekalian melakukan amalan-amalan (yang baik)

    sebelum datangnya tujuh macam perkara .Apakah engkau sekalian

    menantikan (enggan melakukan dulu) melainkan setelah tibanya

    kefakiran yang melalaikan, atau tibanya kekayaan yang menyebabkan

    kecurangan (ingkar), atau tibanya kesakitan yang membinasakan, atau

    tibanya usia tua yang menyebabkan ucapan-ucapan tidak keruan lagi, atau

    tibanya kematian yang mempercepatkan lenyap segala hal, atau tibanya

    Dajjal, maka ia adalah seburuk-buruk makhluk ghaib yang ditunggu-

    tunggu , atau tibanya hari kiamat, maka hari kiamat itu adalah lebih besar

    bencananya serta lebih pahit penanggungannya.

    (Imam al-Nawawi,Riyadus Salihin Jld.1, bab fi al-mubadarah ila

    al-khairathadith no.93)

    Nabi Muhammad SAW menasihati umatnya agar bersegera

    melakukan kebaikan sebelum datangnya tujuh perkara yang boleh

    menyebabkan kesukaran untuk melaksanakan kebaikan atau boleh menutup

    peluang untuk melakukannya. Oleh yang demikian, marilah kita berusaha

    untuk melakukan kebaikan dan kemaslahatan : 1) ketika dalam kesenangan

    dan kemakmuran, 2) sebelum kemewahan hidup menjadikan manusia lupa

    kepada Allah SWT, 3) sebelum penyakit menyerang dan tahap kesihatanmerosot , 4) sebelum usia tua dan uzur fizikal mental, 5) sebelum ajal

    menjemput tanpa sebarang peringatan dan amaran awal, 6) sebelum

    kedatangan Dajjal yang menyesatkan manusia dan 7) sebelum tibanya hari

    qiamat yang mebinasakan keseluruhannya

    Lembaran baru terbentang luas untuk kita semua, ayuh kita

    muhasabah kembali perjalanan kehidupan ini, termasuklahlah rutin seharian,

    dari segi pekerjaan, amal ibadah kita. Marilah kita menyusun semula langkah

    menuju jalan yang satu demi mencapai keredhaanNya. Semoga Allah

    membantu kita melaksanakan amalan dengan baik dan sempurna serta

    melakukan perubahan dan penghijrahan ke arah kebaikan tanpa menangguh-

    nangguhkannya. Sesungguhnya Allah telah memberi peringatan yang nyata

    dari setiap apa yang berlaku, akan tetapi manusia seringkali lalai, ingkar

    tidak mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku pada mereka yang

    terdahulu. Beruntunglah bagi mereka yang menunaikan tanggungjawab dan

    berpesan dengan kebaikan serta beramal soleh..Wallahuaalam

    Salam Mawaddah , ([email protected])

    PenaungProf. Dr. Hj. Anuar bin Ahmad

    PenasihatProf. Madya Hj. Zainal Abidin Bin KidamTuan Haji Saedal Atas Bin Abd. Ghani

    Editor

    Ustazah Noor Azzah binti Mohd Yusof

    PengarangUstaz Abdul Rahman bin RidewanUstaz Nurdin bin DarmanUstazah Zahidah binti Muhd ZainUstazah Noor Azzah binti Mohd YusofUstaz Ahmad Tarmizi bin Zakaria

    Wartawan & GrafikEncik Mohd Azlizad bin Sulaiman

    Edaran

    Ustaz Mohd Sofyan bin Razali

    Jurufoto

    Encik Mohd Azlizad bin Sulaiman

    PenerbitPusat Islam ,Universiti Selangor ,Jalan Timur Tambahan ,45600 Bestari Jaya ,

    Selangor Darul Ehsan .

    Tel : 03 - 3280 5059 / 5140 / 5132 / 5134Email : [email protected] : PUSAT ISLAM UNISELBlog : unisel-pusatislam.blogspot.com

    Sidang Redaksi Ad-Deen amat

    mengalu-alukan sumbangan Fakulti / Institusi /

    Pusat / Bahagian untuk diterbitkan diruanganAd-Deen. Sumbangan artikel hendaklah

    berkaitan dengan urusan keilmuan dan

    aktiviti universiti. Sila hantarkanbahan - bahan tersebut kepada :

    Pejabat Editor ,Pusat Islam Unisel .

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil.5

    3/24

    Oleh : Tuan Haji Saedal Atas Bin Abd. Ghani

    ADDEEN BIL.5 - M/S 03

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil.5

    4/24

    Oleh : USTAZ ABD.RAHMAN BIN

    RIDEWAN

    ADDEEN BIL.5 - M/S 04

    Adapun kehidupan di dunia initidak terlepas dari dua perkara iaitu

    dosa dan pahala. Sifirnya mudah,

    buat baik ganjarannya pahala dan

    Syurga,manakala buat jahat atau

    maksiat balasannya dosa dan Neraka.

    Sifat taqwa itu ialah mentaati perintah Allah SWT dan meninggal-

    kan larangannya jelas dinyatakan

    dalam Kitabullah. Pada hari ini,

    banyak berlakunya perkara maksiat

    dan kemungkaran. Ini kerana pada

    akhir zaman , ramai di kalangan umat

    Islam sendiri yang menjauhkan diri

    daripada petunjuk Islam yang dibawa

    oleh Rasulullah SAW.

    Perkara-perkara kemungkaranyang berlaku adalah membuka jalan

    bagi Allah SWT menurunkan azab

    dunia kepada manusia berbentuk bala

    bencana sebelum azab seksa sebenar

    di neraka. Bala bencana itu akan

    berlaku sekiranya tidak ada orangIslam yang menyeru ke arah kebaikan

    dan mencegah kemungkaran.

    Kita melihat amalan mening-

    galkan solat dalam masyarakat hari ini

    sudah menjadi perkara biasa. Tabiatmeninggalkan solat semakin menular

    dan berleluasa dalam keluarga dan

    masyarakat. Mereka leka dengan

    pelbagai urusan hidupnya. Firman

    Allah SWT mengingatkan, yang

    bermaksud : Kemudian mereka

    digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan solat

    serta menurut hawa nafsu (dengan

    melakukan maksiat); maka mereka

    akan menghadapi azab (dalam

    neraka). Kecuali orang yang

    bertaubat dan beriman serta

    beramal soleh, maka mereka itu

    akan masuk Syurga, dan mereka

    pula tidak dikurangkan pahala

    sedikit pun.(Surah Maryam : 59-60).

    Apabila solat diambil ringan,maka manusia akan mengikut hawa

    nafsu. Seterusnya tersesat daripada

    hidayah Allah. FirmanNya lagi :

    (Dengan sebab keingkaranmereka), Allah mematerikan atashati mereka serta pendengaran

    mereka, dan pada penglihatan

    mereka ada penutupnya; dan bagi

    mereka pula disediakan azab seksayang amat besar.(Al-Baqarah:7)

    Justeru itu marilah kita

    menyelamatkan diri selagi peluang

    hidup masih ada. Binalah kesedaran

    dan keinsafan, memperbaiki

    hubungan dengan Allah SWT dengan

    mendirikan solat serta memperbaikiseluruh aspek kehidupan kita

    mengikut syariat Allah SWT. Oleh

    yang demikian, kita akan terselamat

    daripada bencana yang diturunkan

    oleh Allah.

    Sesungguhnya perbuatan mak-

    siat adalah dilarang oleh Allah SWT

    dan ia merupakan satu bentuk kezali-

    man yang membawa kemudaratan diri

    dan masyarakat. Mudarat adalah

    sesuatu yang boleh mendatangkan

    bahaya kepada keperluan asasmanusia seperti agama , diri,

    keturunan, akal dan harta. Bukan

    sahaja mudarat di dunia bahkan di

    akhirat. Maksiat itu terbahagi kepadadua iaitu maksiat lahiriah seperti

    merompak, membunuh,berzina dan

    sebagainya. Manakala maksiat batin

    itu seperti hasad, tamak, takbur dan

    sifat-sifat mazmumah yang lain.

    Perbuatan maksiat akan

    menyebabkan si pelaku mendapat

    dosa. Manakala impak dosa amat besar iaitu boleh merosakkan hati,

    sekaligus membinasakan peribadiseorang Muslim. Dan dosa yang

    dilakukan boleh menyebabkan

    berkurangnya fungsi dan kekuatan

    akal. Usah meremehkan dosa

    sekalipun kecil kerana dosa umpama

    debu yang berterbangan menjadi

    gunung ,keras dan membatu. Setiap

    dosa yang dilakukan sama ada sedar

    atau tidak hendaklah diiringi dengan

    taubat nasuha sebelum hati menjadi

    keras dan sukar dilentur.

    Ketika seorang sahabat

    bertanya kepada Rasulullah SAW,

    apakah itu dosa? Rasulullah SAW

    telah menjawab bahawa dosa itu

    sesuatu yang meresahkan hatimu. Ini bermaksud bahawa pelaku maksiat

    akan sentiasa resah dibayangi rasa

    bersalah terhadap Allah dan juga

    kepada dirinya sendiri. Manusia

    dijadikan dengan fitrah semulajadi

    yang suka kepada kebaikan dan mem-

    benci kejahatan. Oleh yang demikian,

    apabila mereka melakukan kejahatan,

    mereka sebenarnya melawan fitrah

    dirinya dan tidak akan tenang

    sehinggalah mereka benar-benar

    bertaubat.

    Menurut para ulama, selain

    hilang keberkatan rezeki, sukar untuk

    beribadah, terhijab daripada ilmu

    bermanfaat, hilang rasa malu, sentiasa

    diburu oleh rasa waswas, gelisah dan

    cemas, orang yang melakukan

    maksiat juga akan terjejas kesihatan

    tubuh badannya. Orang yang melaku-

    kan maksiat akan berasa miskin dalam

    kekayaan, sempit dalam kelapangan

    dan sunyi walaupun dikelilingi orang

    yang mengaguminya. Apabila hati

    tidak tenang, degupan jantung dan

    tekanan darah menjadi tidak menentu.

    Oleh yang demikian maksiat

    akan memberi kesan kepada tubuh

    badan manusia secara langsung.

    Semuanya akan menyebabkan

    pengaliran darah dan sistem pengha-

    daman terjejas. Dan seterusnya

    menyebabkan penyerapan vitamin dan

    pengeluaran antibodi menurun.Akibatnya, sistem saraf tidak

    berfungsi dengan betul dan seluruh

    organ tubuh akan sakit.

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil.5

    5/24

    Dunia ini tempat dan persiapan.

    Allah telah berjanji untuk mengampuni

    dosa-dosa mereka yang bertaubat secaraikhlas atas kesalahan mereka dan memper-baikinya. Dan (juga) orang-orang yang

    apabila mengerjakan perbuatan keji atau

    menganiaya diri sendiri, mereka ingat

    akan Allah, lalu memohon ampun terha-

    dap dosa-dosa mereka dan siapa lagi

    yang dapat mengampuni dosa selain

    daripada Allah? Dan mereka tidak

    meneruskan perbuatan kejinya itu,sedang mereka mengetahui (Surah

    Ali-Imran : 135)

    Menurut Hamka, taubat adalahmembersihkan hati, Salah satu cara mem- bersihkan jiwa dari dosa adalah dengan

    taubat.Prof Madya Dr Musa FathullahHarun telah menulis berkaitan taubat danpengertiannya. Firman Allah SWT dalamsurah Al-Nisa ayat 17-18, yang ber-

    maksud :Sesungguhnya penerimaan

    taubat di sisi Allah hanyalah bagi orang-

    orang yang melakukan kejahatan dise-

    babkan (sifat) kejahilan kemudianmereka segera bertaubat, maka (dengan

    adanya dua sebab itu) mereka diterima

    Allah taubatnya, dan (ingatlah) Allah

    Maha Mengetahui lagi Maha Bijak-

    sana.Dan tidak ada gunanya taubat itu

    kepada orang-orang yang selalu melaku-

    kan kejahatan, hingga apabila salah

    seorang dari mereka hampir mati, ber-

    katalah ia: Sesungguhnya aku bertaubat

    sekarang ini(sedang taubatnya itu sudah

    terlambat), dan (demikian juga halnya)

    orang-orang yang mati sedang mereka

    tetap kafir. Orang-orang yang demikian,

    kami telah sediakan bagi mereka azab

    seksa yang pedih.

    Para mufassirin berkata : Setiap

    orang yang menderhaka kepada Allahdinamakan jahil, dan perbuatannya itudinamakan kejahilan. Ini kerana, sekiranyaorang yang menderhaka itu menggunakan

    ilmunya tentang ganjaran dan hukumanyang akan dihadapi, tentunya ia tidak akanberani melakukan dosa dan maksiat.

    Oleh kerana ia tidak menggunakanilmunya tersebut, maka ia menjadi seperti

    orang tidak berilmu. Atas pertimbangan

    inilah maka orang yang menderhakakepada Tuhannya dinamakan jahil, samaada maksiat yang dilakukannya itudiketahui sebagai maksiat atau pun tidakdiketahuinya.Ini adalah kerana, ia mung-

    kin mengetahui bahawa perbuatan yang

    dilakukannya itu adalah maksiat, tetapidari sudut lain, ia dikatakan jahil keranatidak mengetahui kadar seksaan atau kadar

    kesakitan yang akan dideritainya di masaakan datang.

    Mengenai firmanNya SWT yang

    bermaksud: Kemudian mereka

    bertaubat dalam masa dekat, mereka bersepakat bahawa yang dimaksudkanialah sebelum hadirnya kematian, atau

    sebelum melihat kematian. Dengan

    kata-kata lain pintu taubat terbuka bagimanusia selama rohnya masih beradadalam jasadnya.

    Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan

    oleh Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad

    daripada Abdullah Bin Umar r.a. bahawaRasulullah SAW bersabda:

    Sesungguhnya Allah menerima taubat

    hamba selama ia belum ghargharah

    (sakrat menjelang maut).

    Allah SWT menamakan masatersebut sebagai masa yang dekat ,

    kerana: Pertama: Kematian itu pasti

    datang, dan semua yang datang adalahdekat. Kedua: Untuk mengingatkan

    bahawa masa umur manusia, meskipun

    panjang, adalah pendek, yakni dekat.Ketiga: Manusia setiap waktu, mempun-yai perasaan kemungkinan didatangi maut,dan setiap yang demikian keadaannya

    disifati dengan dekat.

    Imam Fakhr al-Raziberpendapat bahawa yang dimaksud dengan

    perkataan, dalam masa dekat ialah bahawa ia memulai taubat itu pada masa

    yang tidak jauh daripada masa melakukan

    maksiat agar ia tidak termasuk ke dalamgolongan orang yang berketetapan hatiuntuk terus dalam maksiat.

    Imam Ghazali berkata bahawa

    f i r m a n A l l a h S W T y a n g

    bermaksud :Kemudian bertaubat

    d a l a m m a s a y a n g d e k a t ,

    iaitu maknanya dekat dari masa kesalahanatau perbuatan dosa, iaitu dengan

    menyesali ke atasnya dan menghapus

    kesannya dengan perbuatan yang baikyang mengiringinya sebelum bertompo-knya kotoran di atas hati, yang

    menjadikannya susah dihilangkan.Keranai t u l a h R a s u l u l l a h S A Wbersabda: Ikutilah kejahatan dengan

    kebaikan, nescaya ia akan menghapus-

    nya.Dan Luqman al-Hakim juga berkatakepada anaknya:Wahai anakku,

    janganlah engkau mentakhirkan

    (melewatkan) taubat. Sesungguhnya

    mati itu datang dengan tiba-tiba

    (mengejut).

    Barang siapa yang tidak segera bertaubat dengan menunda-nunda, maka

    ia berada di antara dua bahaya besar:

    Pertama : Hatinya akan tertimbus olehkegelapan daripada perbuatan-

    perbuatan maksiat yang dilakukan,

    sehingga menjadi kotoran dan tabiat

    yang tidak dapat dihapuskan.Kedua: Ia mungkin akan disegerakan

    oleh penyakit atau kematian, sehingga

    tidak mempunyai kesempatan untuk

    bertindak menghilangkan kotoran dan

    tabiat hasil perbuatan maksiat.

    Taubat bermaksud kembali kepadakebaikan daripada keburukan samada

    melakukan dosa kecil atau dosa besar

    dengan memenuhi syarat syarat berikut :

    Pertama: Meninggalkan maksiat atau

    dosa dengan segera.

    Kedua: Niat atau azam untuk meninggal-

    kannya atau untuk tidak mengulangi

    kembali kepadanya pada masa akandatang.

    Ketiga: Menyesali dalam hati ke atas

    perbuatannya pada masa lampau.

    Keempat: Penyesalannya itu disebabkan perasaan malu atau takut kepada Allah

    SWT, bukan kerana yang lain.

    Kelima: Mengembalikan setiap yang

    diambilnya secara zalim atau meminta

    kemaafan daripada orang yang dizalimiatau disakitinya.

    Setiap orang melakukan kesala-

    han, apa yang penting ialah memohonkeampunan daripada Allah dengan ikhlasdan berazam untuk tidak mengulanginyalagi. Allah pasti akan memberi petunjuk

    ke jalan yang lurus kepada mereka yang benar-benar mahu kembali kepadaNya.

    Seseorang itu hendaklah bersungguh-

    sungguh memelihara diri daripada dosaiaitu dengan memelihara seluruh anggotadaripada melakukan perkara-perkara yangditegah oleh agama. Firman Allah SWTyang bermaksud : Sesungguhnya Allah

    amat menyukai orang yang sering

    bertaubat dan orang yang membersihkandiri(Surah al-Baqarah :122)

    Oleh itu Allah memberi

    keutamaan dan kemurahan kepada ham-

    baNya yang bertaubat. Bagi mereka yangingin bertaubat ,terdapat beberapa tip yang boleh membantu. Antaranya : ikhlas dan

    menyerah diri sepenuhnya kepada Allah,mujahadah (bersungguh-sungguh)melawan nafsu secara berterusan, banyak

    mengingati mati dan alam akhirat, mengisi

    masa dengan melakukan perkara yang bermanfaat, menjauhi perkara-perkarayang menjadi punca ke arah maksiat,menundukkan pandangan dari melihat

    perkara-perkara maksiat, bergaul denganorang atau kawan yang baik sertamenghadiri majlis-majlis ilmu , banyak berzikir dan berdoa memohon kepada

    Allah supaya sentiasa di dalam rahmat dan petunjukNya juga diampunkan dosa-dosa

    yang lalu.

    Fahami dan hayatilah

    firman Allah

    yang bermaksud :

    Wahai orang yang beriman,

    masuklah ke dalam Islam secara

    menyeluruh dan janganlah kamu

    mengikut langkah-langkah

    syaitan, sesungguhnya mereka

    itu musuh kamu yang nyata.

    (Al-Baqarah : 208)

    ADDEEN BIL.5 - M/S 05

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil.5

    6/24ADDEEN BIL.5 - M/S 06

    Oleh : USTAZ SAEDAL ATAS BIN

    ABD. GHANI

    Rasulullah SAW bersabda yangbermaksud :

    Di dalam tubuh manusiawujud segumpal darah, jikaelok gumpalan darahitu maka eloklah seluruhtubuh. Jika rosak gumpalan darah itu maka ro-saklah seluruh tubuh, ketahui-lah bahawa segumpal da-rah itu ialah hati.

    Pembentukan peribadiyang mulia dan unggul bermula

    dari pembinaan hati. Amalan

    yang soleh itu merupakan buah

    iman. As-Syahid Sayyid Qutb

    menjelaskan bahawa iman

    merupakan dasar hidup yang

    amat penting untuk

    membuahkan hasil yang baik dan

    bernilai dalam seluruh cabang

    kehidupan. Hati tanpa iman

    adalah hati yang mati.

    Mana-mana amalan yang tidaklahir daripada keimanan, maka

    ianya tidak bernilai di sisi Allah

    SWT.

    Islam merupakan satu

    sistem kehidupan yang syumul,

    seimbang duniawi dan ukhrawi.

    Al-Quran & As-Sunnah adalah

    sumber utama mendalami Islam .

    Kejahilan tentang Islam menjadi-

    kan kehidupan yang tidak

    bahagia, kebejatan akhlak bilamana peraturan yang paling

    sempurna ditetapkan oleh syarak

    tidak dapat dihayati dan

    dilaksanakan. Firman Allah SWT

    yang bermaksud : Sesiapayang mencari selain daripadaIslam sebagai deen (carahidup), maka sama sekali ti-dak diterima dari-padanya dan dia di akhirat

    kelak terdiri daripada golon-gan orang yang rugi(Surah aliImran: 85)

    Allah menggesa kita untuk

    mencontohi kehidupan Rasulul-

    lah SAW dan telah menjelaskan

    di dalam al-Quran :

    Sesungguhnya untuk kamuitu Rasulullah sebagai qudwahhasanah (contoh ikutan yangterbaik) bagi mereka yanginginkan pertemuan denganAllah dan hari kiamat, dan diabanyak menyebut namaAllah(Surah Al-Ahzab : 21)

    Rasulullah SAW adalah

    utusan Allah, keperibadiannya

    mulia dan terpuji. Carakehidupan Rasulullah SAW yang

    dikatakan sunnah itu merupakan

    terjemahan daripada wahyu

    Allah SWT. Ini jelas daripada

    firman Allah SWT yang

    bermaksud : Ucapan(Rasulullah) tidaklah lain,melainkan wahyu yang diwa-

    hyukan kepadanya. (SurahAn-Najm : 4)

    Setiap perlakuan,

    perbuatan, tutur kata dan diam

    Rasulullah SAW hakikatnya

    merupakan wahyu. Baginda

    adalah utusan Allah untuk

    membawa ajaran kepada

    manusia di bumi dan menunjuk-

    kan bagaimana menjadi seorang

    manusia yang taat kepada Allahsecara sempurna. Jelas di sini

    akan kepentingan nilai akhlak

    dalam Islam sebagaimana sabda

    baginda Rasulullah s.a.w. yang

    bermaksud: Sesungguhnya aku

    diutuskan untuk menyempur-nakan akhlak yang mulia

    Individu muslim meru-

    pakan satu susunan binaan yang

    penting dalam pembinaan sebuah

    masyarakat. Untuk mendapat

    binaan yang kukuh, iaitu

    masyarakat yang mantap dan

    cemerlang jati dirinya, seharusnya

    mengikut garis panduan dan

    tuntutan yang dianjurkan oleh

    Islam dalam seluruh aspek

    kehidupannya. Apabila baik

    peribadi setiap individu itu makabaiklah sesebuah keluarga itu danapabila baik sesebuah keluarga

    itu maka baiklah pula masyarakat

    dan ummah keseluruhannya.

    Pembentukan peribadi

    mulia ini jelas dilihat melalui

    Al-Quran yang menggariskan

    beberapa faktor penting dalam

    pembentukan peribadi Muslim

    seperti yang terangkum dalam

    surah Al-Asr. Ia merupakan syaratutama bagi menyelamatkan diri

    dari kerugian dan kecelakaan di

    dunia dan akhirat. Firman Allah

    Taala :

    ((2 ((1

    ((3

    Faktor Pertama : Iman ()

    yang merupakan asas pembinaanutama dalam kehidupan manusia.

    Iaitu keimanan mentauhidkan

    Allah SWT.

    Kecelaruan hidup manusia

    hari ini berpunca daripada kega-

    galan manusia memahami haki-

    kat mengapa mereka dihidupkan

    dan kurang memahami bagai-

    mana mengurus kehidupan

    mereka dengan sempurna. Fir-

    man Allah Taala yang bermak-sud :Tidakku jadikan jin danmanusia melainkan untukberibadah kepadaku.(SurahAz-Zariat :56)

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil.5

    7/24ADDEEN BIL.5 - M/S 07

    FirmanNya lagi yang bermaksud:

    " Sesungguhnya Aku hendakmenjadikan manusia itu sebagaikhal ifah di muka bumiini. (Surah Ali Imran : 30)

    Tujuan manusia dijadikan

    o l eh A l l a h ada l ah u n tu k

    beribadah kepada Nya. Allah

    menyebut, bahawa Dia menjadikanmanusia sebagai Khalifah di muka

    bumi ini. Ibadah dalam konteks

    yang luas bukan sekadar kita

    melaksanakan solat semata-mata,

    malahan ibadah merangkumi segala

    aspek perlakuan kita yang semata-

    mata dilakukan demi mencari

    keredhaan Allah. Apabila kita

    memahami hakikat ini, insyaAllah

    setiap Muslim itu boleh menyusun

    kehidupan mereka dengan lebih

    baik dan sempurna.

    Faktor Kedua : Syarat yangkeduanya ialah beramal soleh

    ( ( . Ia merupakan buahkepada keimanan itu sendiri. Iaitu

    dengan melakukan perkara-perkara

    makru f dan men ingga l kan

    kejahatan. Islam menyarankan kita

    beramal dengan kebaikan ()ada setiap apa yang terkandung di

    dalam al-Quran. Beramal dengan

    kebaikan itu kunci ketaqwaan

    kepada Allah SWT dan perasaankhauf (takut) kepadaNya serta me-

    lakukan apa yang disuruh dan men-

    inggalkan apa yang dilarang.

    Faktor Ketiga : Berpesan-pesanpada kebenaran( ),Kalimah berpesan-pesan itu

    () menunjukkan perkara yangdibuat di antara dua belah pihak

    iaitu setiap individu itu mestilah

    berpesan-pesan atau mengajak

    orang lain ke arah kebenaran dan

    kebaikan dan ia menerima segala

    pesanan itu. Ini menunjukkan

    sesungguhnya Al -Quran tidak

    menggambarkan keadaan mukmin

    itu melainkan dengan bermasyara-

    kat yang saling memberi dan

    menerima. Seharusnya kita menyeru

    masyarakat apa yang diketahui

    daripada kebenaran dan petunjuk

    sekiranya ki ta t idak mahu

    dikatogarikan sebagai mereka-

    mereka yang menyembunyikan apa

    yang diturunkan oleh Allah Taalayang terdiri dari petunjuk dan

    keterangan- keterangan sebagai-

    mana firman Allah dalam surah A-li

    Imran yang bermaksud :

    Dan (ingatlah) ketika Allahmengambil perjanjian setia dariorang-orang yang telah diberi-kan Kitab (iaitu): "Demi sesung-

    guhnya! Hendaklah kamumenerangkan isi Kitab itukepada umat manusia, dan jan-

    g a n s e k a l i - k a l i k a m u menyembunyikannya".( Surah Ali

    Imran : 187)

    Tidak sempurna seseorang

    muslim itu hanya sekadar baik

    peribadinya sahaja, sempurna

    keimanannya, betul ibadahnya

    tetapi ia meletakkan kebenaran itu

    di tempat yang agak bawah,

    membiarkan kebatilan berleluasa,

    kebenaran terpinggir, kemungkaran

    terserlah sedangkan ia duduk diam

    tidak cuba untuk bergerak, tidak

    cuba untuk bersuara, tidak cuba

    untuk berj ihad. Ingat lah !

    sesungguhnya muslim itu semestinya

    hidup sebagai tentera kebenaran,

    beriman dengannya, menyukainya,

    menolongnya dan mengajak ke

    arahnya. Ia merupakan asas amal

    makruf dan nahi mungkar.

    Faktor Keempat: Berpesan-pesankepada kesabaran ) (iaitu kesinambungan dari syarat

    yang ketiga. Setelah kita membawa

    risalah kebenaran semestinyalah kitaakan menghadapi segala ujian dan

    cabaran, ini memerlukan kepada

    kesabaran yang sebenar-benarnya.

    Berkata Lukman Al Hakim kepada

    anaknya : Maksudnya : Wahai anakku,

    dirikanlah sembahyang, serulah

    kepada kebaikan dan bersabarlah

    atas segala bala bencana yang

    menimpamu. Al lah Ta a la

    menggesa hambanya agar sentiasa

    bersabar ser ta menguatkan

    kesabaran di dalam melakukan amal

    kebajikan, juga di ketika berji-

    had.Firman Allah SWT yang

    bermaksud : Wahai orang-orangyang beriman! Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukarandalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dankuatkanlah kesabaran kamu le-bih daripada kesabaran musuh,

    di medan perjuangan),dan bersedialah (dengan kekua-tan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta ber-taqwalah kamu kepada Allahsupaya, kamu berjaya (mencapai

    kemenangan).(Surah Ali-Imran :200)

    Menurut Ustaz Abdullah

    Naseh Ulwan, () As-Sabradalah kekuatan jiwa dan rohani

    yang menjadi benteng kepada

    individu itu dan membolehkannya

    menangkis, sebab-musabab yang

    membawa kepada lemah dan

    lumpuhnya keazaman, kelemahan

    diri, serta menyerah kalah. Jesteru

    itu, kita harus tabah, kukuh dan

    utuh serta meneguhkan pendirian

    dalam berhadapan dengan fitnah,

    godaan, mehnah dan tribulasi.

    Ibnu Abbas menjelaskan :

    Sebahagian daripada hakikat Iman

    itu adalah sabar. Sabar adalah suatu

    kemestian dan ia merupakan

    sebahagian daripada Iman,

    manakala sebahagian yang lainadalah syukur. Sesiapa yang

    terdedah kepada tribulasi atau

    mendapat kesenangan, berada

    dalam kemiskinan atau kekayaan,

    maka perkara utama yang perlu

    mereka lakukan ialah bersabar dan

    redha, seterusnya ia hendaklah

    bersyukur. Hanya orang mukmin

    yang sebenar sahaja yang memiliki

    sifat-sifat ini. Segala urusan mereka

    adalah baik. Orang-orang yang

    sabar mendapat ganjaran yang tidak

    terhitung banyaknya dari Allah

    Taala manakala orang yang

    bersyukur bertambah kurniaan

    dariNya.

    Bukanlah peribadi mulia itu

    hanya s ekada r menyend i r i

    beribadah, mencari kebahagian

    akhirat semata dan meninggalkan

    kehidupan dunia, tetapi mereka

    yang beramal untuk dua kehidupan

    dan mengumpulkan dua kebaikan

    iaitu kebaikan dunia dan akhirat. Maksudnya :"Wahai Tuhan kami,

    berilah kami kebaikan di dunia

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil.5

    8/24

    KEHIDUPAN di zaman muda atauremaja adalah waktu yang sangat berharga

    bagi seseorang manusia. Saat yang boleh

    dikatakan sebagai tempoh peralihandaripada zaman kanak-kanak ke alamdewasa ini pastinya meninggalkan pelbagaikenangan pahit dan manis bagi sesiapa yangmelaluinya.

    Walaupun jangkamasanya begitu singkat, namun

    apa yang dilalui atau dialami oleh seseorang pada tempohitu mampu memberi kesan sepanjang hayat sama ada

    secara emosi mahu pun fizikal. Justeru itulah, mereka

    yang berada dalam kelompok ini perlu berhati-hati agarsegala tindakan dan perlakuan

    tidak melampaui batas-batasagama yang boleh mengundang

    penyesalan selama-lamanya.Ibarat kata pepatah, sesaldahulu pendapatan, sesal

    kemudian tiada berguna.

    T i d a k d i n a f i k a n ,

    perasaan ingin tahu atau inginmerasai sesuatu seringkali

    membuat kita lupa akan

    implikasi yang bakal menimpa.Ini termasuklah perasaan ingin

    berpasangan atau dengan katalain ingin memiliki girlfriend atau boyfriend. Budaya

    berpasangan antara lelaki dan perempuan ini telah menjadisesuatu yang lumrah bagi golongan muda termasuklah

    para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Malah ada

    yang menganggapnya satu kemestian walaupun fokus

    utama yang sepatutnya diberi perhatian pada waktu ini

    adalah menuntut ilmu serta menunaikan harapanmenggunung para ibu bapa masing-masing.

    Dalam Islam, hubungan antara lelaki dan

    perempuan hanya dihalalkan melalui pernikahan yang sah.Ini dijelaskan menerusi Hadis Nabi SAW yang bermak-

    sud :

    "Wahai Pemuda, barangsiapa di antara kamu

    yang sudah mampu untuk berkahwin, maka

    kahwinlah, kerana kahwin itu lebih merendahkan

    pandanganmu dan memelihara kehormatanmu.

    Barangsiapa yang tidak mampu berkahwin, makaberpuasalah, kerana puasa itu akan menurunkan

    keinginan syahwat."

    (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Satu perkara yang dibimbangi lantaran hubunganatau percintaan yang tidak dibatasi agama ini adalah

    perkara-perkara yang boleh menjurus kepada maksiat ataulebih berat lagi boleh terjerumus ke kancah perzinaan.

    Namun berapa ramaikah daripada golongan tersebut yangmenyedari hakikat ini?

    Bagi umat Islam terutamanya, amat sensitif danmerasa jijik jika ditanya sanggupkah menyentuh ataumemegang anjing dan babi. Sudah pasti dari mimik mukayang ditunjukkan jelas amat jijik dengan binatang yang

    diharamkan oleh Islam untuk memakannya itu. Tapi

    sedarkah kita, menyentuh haiwan tersebut tidaklah sampaimendatangkan dosa sehingga kita terpaksa bertaubat.

    Paling tidak pun, kita hanya disuruh cuci atau samak

    mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam hukumFiqh.

    Justeru, bagaimana pulasikap kita jika diajukan

    persoalan bolehkah memegangatau menyentuh perempuan

    atau lelaki yang bukan

    mahram? Bukankah kita tahu

    perbuatan tersebut adalah suatudosa dan haram dilakukan?

    Dorongan nafsu yang

    membuak-buak sering menutuprasa malu yang seharusnya ada

    pada setiap manusia. Di sinilah peranan syaitan yang

    berterusan menggoda dan menghasut manusia untukmelayani runtunan nafsu yang tiada sempadan. Bermula

    dengan berpegangan tangan, kemudian diikuti denganaktiviti ringan-ringan dan akhirnya membawa kepada

    perbuatan zina yang amat dilarang keras oleh agama.

    Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Pertubuhan

    Aqsa Syarif Malaysia yang juga seorang pensyarah di

    Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam satu ceramahnya

    di Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam

    mengingatkan, tidak semua pasangan yang bercinta atau

    dalam istilah yang lebih popular cinta pandang pertama

    akan berakhir dengan perkahwinan. Realiti menunjukkan,

    hanya sedikit yang mungkin akan sampai ke peringkat itu.

    Sebahagian besarnya akan membina kehidupan dengan

    cinta pandang kedua atau ketiga dalam hidupnya. Ini

    mungkin disebabkan oleh tidak serasi atau tidak sesuaiatau mungkin juga terpaksa mengikut pilihan keluarga.

    Inilah yang dikatakan jodoh yang hanya Tuhan lebih

    mengetahuinya.

    ADDEEN BIL.5 - M/S 08

    Oleh : USTAZ AHMAD TARMIZI BIN

    ZAKARIA

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil.5

    9/24ADDEEN BIL.5 - M/S 09

    Cuba bayangkan jika seoranggadis berada pada situasi ini.

    Setelah bagai nak rak bercinta, berdampingan bebas dengan

    boyfriend ke sana sini, tiba-tibaditakdirkan berkahwin dengan lelakilain. Dan bakal suami itu pula

    adalah lelaki soleh yang berharap

    menjadi lelaki pertama yang akan

    memiliki dan menyentuh perempuanyang akan dikahwininya itu. Begitu

    juga sebaliknya jika si lelaki yang pernah menjadi boyfriend

    perempuan itu juga ditakdirkanmengahwini seorang perempuan

    yang baik dan solehah. Tidakkahkedua-dua situasi ini dianggap

    sebagai pengkhianatan kepada bakal

    suami dan isteri solehah terbabit?Ini kerana, mereka memiliki

    seseorang yang pernah dimilikisecara tidak sah oleh orang lain.Amat malang lagi jika orang yang

    dimiliki itu pernah juga disentuhdan dibelai secara tidak halal..!!

    Menyentuh hal ini, Dr.

    Hafidzi mengumpamakan keadaan

    ini seperti seseorang yang ingin

    memiliki kereta baru tetapi hakikat-

    nya dia memiliki kereta terpakai

    atau second hand. Tentulah

    berbeza kereta baru dan kereta

    terpakai dari segi kualiti, akse-

    sorinya malah prestasi pemanduan

    yang akan dirasai. Dan sudah tentu-

    lah sebagai manusia sudah pasti kita

    tidak mahu disamakan dengan

    sebuah kereta. Tetapi itulah hakikat

    yang perlu kita terima andainya

    maruah diri yang menjadi lambang

    kemuliaan manusia tidak dijaga

    tetapi menjadi bahan jajaan dan

    tatapan sesiapa sahaja.

    Berkaitan itu, penulis pernah

    menjalankan soal-selidik ke ataskira-kira 318 orang mahasiswa yang

    majoritinya penuntut semester

    pertama sewaktu mengendalikanprogram Anda Bijak Jauhi Zina

    (ABJZ). Hasilnya, seramai 33orang atau 10% daripada jumlah

    tersebut mengaku pernah melakukan

    zina. Fakta ini sungguh men-yedihkan kerana sebahagian be-

    sarnya adalah beragama Islam. Ini

    belum dikira jumlah mereka yang pernah atau sedang terlibat dengan

    aktiviti-aktiviti tidak bermoral yanglain seperti minum arak, mengambil

    pil khayal, clubbing, melayari weblucah dan lain-lain.

    Firman Allah SWT dalam SurahAl-Isra ayat 32 yang bermaksud;

    Dan janganlah kamu mengham-

    piri zina. Sesungguhnya zina itu

    adalah satu perbuatan yang keji

    dan satu jalan yang buruk (yangmembawa kerosakan)

    Ayat tersebut menjelaskan

    bahawa zina adalah perbuatan yangsangat keji kerana ia membawa

    k e p a d a j a l a n k e b i n a s a a n ,

    kehancuran dan kehinaan di duniadan azab di akhirat. Ini juga

    ditegaskan oleh Rasulullah SAWbersabda yang bermaksud :

    Wahai golongan Muhajirin!Ada lima perkara buruk yang aku

    pohon agar tidak menimpa

    kalian. Antaranya adalah; tidak

    merebak perzinaan dalam

    sesebuah bangsa sehingga

    mereka melakukan dengan

    sewenang-wenangnya

    melainkan akan tersebar di

    kalangan mereka pelbagai

    penyakit yang belum pernah

    menimpa umat Islam sebelum

    mereka.

    Justeru, elakkanlah segala

    unsur hiburan yang merosakkan dan p e r g a u l a n b e b a s y a n g

    boleh membuka kepada perlakuanzina.

    A d a lah s e su a tu y an gmenyedihkan jika mendengar dan

    membaca di akhbar-akbar akanperilaku manusia yang memperlihat-

    kan perbuatan yang lebih rendahdaripada haiwan seperti dalamisu-isu hamil luar nikah seterusnya

    membawa kepada kes pembuangan

    bayi yang berpunca daripada

    p e r g a u l a n b e b a s d a nmaksiat. Firman Allah SWT dalamSurah An-Nur, ayat 2 yang

    bermaksud :

    Perempuan yang berzina dan

    lelaki yang berzina, hendaklah

    kamu sebat tiap-tiap seorang

    daripada kedua-duanya seratus

    kali sebatan, dan janganlah

    kamu dipengaruhi oleh perasaan

    b e l a s k a s i h a n t e r h a d a p

    kedua-duany dalam menjalankanhukuman Allah, jika benar kamu

    beriman kepada Allah dan Hari

    Akhirat, serta hendaklah

    disaksikan hukuman seksa yang

    dikenakan itu oleh sekumpulan

    daripada orang yang beriman.

    Marilah kita sama-sama berusaha meningkatkan ketakwaan

    kita kepada Allah SWT denganmelaksanakan segala perintah Allah

    dengan penuh kesabaran danmenjauhi segala laranganNya.

    Mudah-mudahan dengan

    bersabar, berusaha keras dan bertakwa kepada Allah kita akan

    mendapat balasan baik di dunia dandi akhirat kelak.

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil.5

    10/24

    Oleh : USTAZAH ZAHIDAH BTE

    MUHD ZAIN

    ADDEEN BIL.5 - M/S 10

    Ayah... ayah ceritalah

    tentang perihal muslimah sejati!

    Ina nak jadi Muslimah sejati. Si

    ayah pun menjawab wahai

    anakku, seorang muslimah sejati

    bukan dilihat dari kecantikan dan

    keayuan wajah semata-mata tetapi

    dilihat pada kecantikan dan

    ketulusan hatinya yang

    tersembunyi. Itulah yang terbaik.

    Wanita adalah yang palingmudah memasuki syurga tetapi

    wanita jugalah yang paling ramaimenjadi penghuni neraka. Sabdanabi yang mafhumnya, Wanita

    yang solat 5 waktu, berpuasa di

    bulan Ramadhan dan mentaati

    suaminya, maka masuklah dia ke

    Syurga melalui mana-mana pintuyang disukainya.

    Dalam pepatah Melayu

    sering terungkap tangan yangmenghayun buaian mampu

    menggoncangkan dunia.Itulahsebabnya Rasullulah s.a.w apabiladitanya oleh sahabat mengenai

    siapa yang mesti diutamakan,Baginda bersabda Ibu mu....

    sebanyak tiga kali kemudian barudisebutkan ayah mu.

    Yusuf Al-Qardawi menekanbahawa Islam menghormati wanita,

    mengiktiraf keinsanan sertakeupayaan untuk memikul tuntutan

    agama, tanggungjawab,kesaksamaan hukuman dan peluangmemasuki Syurga.

    Itulah antara gambaran

    kedudukan dan ketinggian martabatwanita dalam Islam.Malahkehebatan dan mulianya wanita disisi Islam turut dicatat sebagaisalah satu nama surah dalam Al-Quran iaitu surah Al- Nisa yangmembicarakan secara khususmengenai wanita.

    Sesungguhnya Allah swttidak menjadikan nabi di kalanganwanita. Tetapi Allah swt

    memuliakan wanita di sisi agamasebagaimana kita melihat padasejarah tamadun Islam.

    manusia yang pertama beriman kepada Allahswt selepas Rasulullahsaw ialah wanita -

    Khadijah r.anha-.

    Manusia pertama yangsyahid kerana agamaAllah juga adalahwanita - Sumayyah

    r.anha-.

    Selain itu, di dalam hadisRasulullah s.a.w, banyak yangmenunjukkan betapa wanita itudimuliakan di dalam Islam.Antaranya, yang bermaksud:

    1. Syurga di bawah telapak

    kaki ibu.

    Apakah wanita tidak berasa

    mulia dengan hadis ini?Mengapa Rasulullah s.a.w

    memilih perkataan di bawah

    telapak kaki dan bukan di

    dalam tangan atau di sisi

    seorang ibu? Sudah tentu ini

    s a n g a t m e n g g a m b a r k a n

    mulianya seorang wanita di

    dalam Islam. Seorang yang

    faham tentu akan memandang

    mulia, menghormati, membela

    serta berlumba-lumba untuk

    berkhidmat dan menghambakandiri kepada ibunya (dengan

    syarat segala yang dibuat itu

    tidak melanggar syariat).

    Tidakkah beruntung menjadi

    seorang ibu di dalam Islam? Dia

    tidak akan terbiar dan

    dipinggirkan, malah akan

    sentiasa dibela, dihormati dan

    dimuliakan oleh anak-anaknya.

    2. Orang yang paling baik di

    antara kamu itu ialah yang

    paling baik kepada isi

    rumahnya, dan aku ini orang

    yang paling baik dari antara

    kamu kepada isi rumahku.

    3. Tidak akan memuliakan

    p e r e m p u a n - p e r e m p u a n

    melainkan orang yang mulia, dan

    tidak menghina akan perempuan

    -perempuan melainkan orang

    yang hina. (Hadis riwayat Ibnu

    Asakir)

    4. Bergaullah kamu dengan

    isteri-isteri kamu dengan cara

    yang sopan. Kemudian apabila

    kamu tidak menyukai mereka,

    (maka bersabarlah) kerana

    m u n g k i n k a m u t i d a k menyukai sesuatu, padahal

    Allah menjadikan padanya

    kebaikan yang banyak.

    5. J a n g a n l a h s e o r a n g

    mukmin lelaki membenci

    kepada seorang (isterinya)

    yang mukminah, kerana

    w a l a u p u n a d a s a t u

    perangainya yang lelaki itu

    tidak suka, tetapi (tentu) ada

    lain perangainya yangdisukai. (Hadis riwayat

    Ahmad dan Muslim).

    Mengimbas kembali sejarah

    kejadian manusia, Adam sebagaimanusia pertama di duniadidampingkan dengan Hawa. Zuriat berkembang. Lelaki dan wanitapunya hak dan tanggungjawab yang

    ditetapkan Allah menurut fitrahkejadian mereka.

    Sebelum kebangkitan NabiMuhammad SAW iaitu zaman Ja-hiliyyah, wanita hanya menjadi alatmemuaskan nafsu. Kaum lelaki

    boleh berkahwin seramai mungkinmalahan hak dan tanggungjawabdiabaikan.

    Kelahiran bayi perempuan pula dianggap pembawa bencanadan amat memalukan bagi keluargasehingga mereka sanggupmenanam bayi perempuan hidup-hidup.

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil.5

    11/24ADDEEN BIL.5 - M/S 11

    Kemudian Allah mengutuskan

    Nabi Muhammad SAW. Berlaku-

    lah perubahan dalam struktur

    masyarakat Arab terutamanya dari

    aspek sosial berkaitan lelaki dan

    wanita, rumahtangga dan keke-

    luargaan. Nabi Muhammad

    berusaha untuk menyelamatkan

    kehidupan wanita dan seterusnya

    mengajar kaum lelaki untuk

    menghormati dan menghargai

    anak-anak perempuan, isteri dan

    juga ibu mereka.

    Islam, melalui al-Quran

    telah menjelaskan bahawa hak-

    hak wanita sama seimbang dengan

    hak-hak lelaki. Malah, Allah s.w.t

    tidak memandang tinggi mana-mana gender kecuali orang yang

    bertaqwa.

    Maka Tuhan mereka

    m e m p e r k e n a n k a n

    permohonannya (dengan

    berfirman): Sesungguhnya Aku

    tidak mensia-siakan amal orang-

    orang yang beramal di antara

    kamu, baik le laki a tau

    perempuan (kerana) sebahagian

    kamu adalah ke turunan

    sebahagian yang lain. Maka

    orang-orang yang berhijrah,

    yang diusir dari kampung

    halamannya, yang disakiti pada

    jalan-Ku, yang berpegang dan

    yang dibunuh, pastilah akan

    K u h a p u s k a n k e s a l a h a n -

    kesalahan mereka dan pastilah

    Aku masukkan mereka ke dalam

    syurga yang mengalir sungai-

    sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah

    pada sisi-Nya pahala yang baik.

    ( A l i I m r a n : 1 9 5 )

    Wanita adalah satu ciptaanAllah yang cukup unik, cukupistimewa... wahai wanita sedarlahbahawa sebenarnya tiada manusiayang buruk, lantaran setiapdaripada kita ini dicipta olehT u h a n y a n g M a h a

    Bijaksana. Masakan ciptaanTuhan itu tidak cantik, malahdalam Islam kecantikan bukanterletak pada wajah atau keturunantetapi apa yang ada di dalam hati.

    Baik sang hati baiklah

    seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama

    menilai kecantikan itu iman yangteguh, kukuh dan padu.

    Seorang wanita akanmenjadi mulia dan terhormat

    dengan perhiasan Islam yang

    mewarnai kehidupannya. Dia akanmenjadi seorang anak yangsolehah lagi taat kepada ibubapaserta menjaga maruah diri dan

    keluarga. Isteri yang taat kepadasuami dan hamba yang bertaqwa

    kepadanya. Oleh yang demikian, jadilah kita wanita yangmenggunakan akal fikiran sebagai pembantu setia dalam merungkaia p a j u a m a s a l a h y a n gmembelenggu diri, bukannyadengan emosi yang tidak terkawal.Buangkan pakaian mazmumah,pakai dan hiasilah dengan pakaianmahmudah, lengkapkan peribadidengan nilai-nilai murni, hiasi diridengan ketaqwaan dan ketaatankepada Yang Esa.

    Jadilah kita wanita permatad u n i a , w a n i t a p e n c o r a k bangsa! Akhir kata, marilah kita

    renungkan kata-kata dari UstazZaharuddin Abd Rahman sebagaiperingatan : wanita mempunyai

    peranan yang maha penting

    dalam kehidupan manusiawi.

    Sebagai ibu, isteri dan rakan

    seperjuangan kaum lelaki

    dalam menegakkan perintah

    dan larangan di atas muka

    bumi. Rosaknya kaum wanita

    membawa seribu satu macam

    bencana buat dunia.Rosaknya

    wanita pasti akan meruntuhinstitusi keluarga dan membawa

    kehancuran sebuah negara.

    Wanita boleh menjadi punca

    dan sumber iman bagi kaum

    lelaki, boleh juga menjadi sum-

    ber dosa dan kebinasaan.

    Sumber :Ust Zaharuddin Abd Rahman, 2009, BukuUntukmu wanita.Noorzihan Mohamad Yin, 2007, Mengikti-

    raf wanita sebagai agen pembangunan.

    Yayasan Dakwah Islamiah MalaysiaUmni Mukminah , Minda: Islam memper-jelaskan hak, martabat wanita. Zalila Isa, Terima Kasih Islam, Yayasan

    Dakwah Islamiah Malaysia.

    Oleh : USTAZAH ZAHIDAH BTE

    MUHD ZAIN

    Alhamdullilah kali

    ini kita akan

    berkongsi satu

    lagi buku yang

    cukup istimewa

    b u a t b a k a l

    p e n g a n t i n ,

    pengantin baru

    mahupun suami

    isteri . Secara

    fitrah, manusia

    menyukai perkahwinan. Baik mereka yang belum berkahwin mahupun yang sudah

    berkahwin. Perkahwinan ibarat sempadan

    yang memisahkan dunia bujang dan dunia

    berkahwin. Bagi mereka yang bakal

    memasuki gerbang perkahwinan, persiapan

    dibuat sebaik mungkin bagi melakar detik

    peristiwa bersejarah yang lebih bermakna.

    Justeru itu, buku ini sesuai untuk

    para remaja yang bakal mendirikan

    rumahtangga, yang sudah berkahwin

    ataupun mereka yang ingin mendalami

    ilmu pengetahuan mengenai hidup berkeluarga khususnya suami isteri. Buku

    ini mengupas permasalahan,hukum dan

    syariat dalam perkahwinan bermula

    daripada peminangan, walimah, nikah,

    perhubungan suami isteri, adab-adab,

    tanggungjawab dalam rumahtangga danterhadap zuriat.

    Buku ini juga membincangkan satu

    bab khusus Bimbingan Kursus

    Perkahwinan dilengkapi soal jawab agama

    di mana ia amat sesuai untuk remaja-remaja yang bakal mendirikan

    rumahtangga. Selain itu, keistimewaan buku ini bukan sahaja menjadi panduan

    lengkap membina rumahku syurgaku

    bahkan ia boleh dijadikan sebagai hadiah

    kepada pasangan mahupun kepada sahabathandai.

    Antara bab yang dibincangkan di

    dalam buku ini termasuklah: adab isteri

    cemerlang, adab suami cemerlang, hukum

    dan syariat perkahwinan, adab berjimak,kehamilan dan adat menyambut kelahiran

    zuriat serta amalan-amalan seisi

    keluarga.Secara keseluruhannya buku ini

    cukup istimewa dan lengkap dengan

    maklumat dan ilmu pengetahuan lebih-

    lebih lagi buat bakal pengantin baru....memang berbaloi utuk dibaca dan

    dibeli...

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil.5

    12/24ADDEEN BIL.5 - M/S 12

    Oleh : WARTAWAN PUSAT

    ISLAMPROGRAM BIRO MUSLIMAT

    MASJID UNISEL

    Biro Muslimat Masjid UNISEL di

    bawah kelolaan Puan Hajah Fauziah

    Abd. Rahman dengan kerjasama Pusat

    Islam UNISEL telah merancang dan

    berjaya mengadakan beberapa aktiviti

    untuk warga Muslimah UNISEL. Majlis

    Khatam Al-Quran Muslimah telah ber-

    langsung pada 19 Ogos 2011

    bersamaan 19 Ramadhan 1432H yang lalu

    bertempat di Dewan Senat, UNISEL.

    Aktiviti lain yang telah dijalankan

    adalah Kelas Iqra pada setiap hari

    Isnin dan Rabu setiap minggu sebagai

    pengukuhan dan memperbaiki bacaan

    al-Quran. Ianya berlangsung selama 8minggu yang bermula pada 6hb Julai

    2011 sehingga 24 Ogos 2011.

    Kelas seterusnya adalah Kelas

    Bimbingan Al-Quran yang bermula pada

    7 September 2011. Kedua-dua kelas ini

    diadakan di Bilik Syura, Pusat Islam

    di bawah bimbingan Ustaz Abd. Rahman

    Bin Ridewan . Selain dari itu Majlis

    Bacaan Yaasin juga diadakan bermula

    pada 24 Jun 2011. Ianya diadakan

    secara bergilir melibatkan semua staf

    setiap unit, jabatan dan fakulti

    UNISEL . Aktiviti terkini yang

    dijalankan adalah Kelas Bahasa Arab

    Asas pada setiap hari Selasa dan

    Khamis yang dikendalikan oleh Cik

    Noor Azzah Mohd Yusof.

    IHYAK RAMADHAN1432H /2011M

    Pelbagai program telah

    disusun sempena Ihyak

    Ramadhan 1432H/2011. Seperti

    kebiasaannya, setiap hari

    disediakan iftar (berbuka

    puasa) di Masjid UNISEL untuk

    staf dan pelajar. Juadah

    berbuka puasa yang disediakan

    adalah hasil kutipan

    sumbangan dari orang

    perseorangan atau secara

    berkumpulan khusus untuk

    Ihyak Ramadhan. Solat

    Terawih berjemaaah dilaksana-

    kan pada setiap malam.

    Manakala Kuliah Ramadhan pula

    diadakan pada waktu siang

    selepas Solat Zuhur.

    Pada 19 Ogos 2011,

    Majlis Iftar Jamaie bersama

    pihak pengurusan bermula

    selepas Solat Asar. Majlis

    ini turut dihadiri oleh

    Pegawai dari Bank Islam

    Malaysia Berhad selaku

    penyumbang untuk asnaf zakat.

    Majlis berakhir jam 9.30

    malam.

    PROGRAM IBADAH QURBAN & AQIQAH 1432H

    Seramai 200 orang peserta di kalangan staf dan pelajar

    UNISEL, staf Jana Niaga dan penduduk Kg. Bestari Jaya turut

    serta dalam gotong-royong sempena ibadah Qurban 1432H. Program

    ini telah berlangsung selama 2 hari. Program ini bermula pada

    8hb November 2011 (Selasa) di sebelah petangnya,

    gotong- royong diadakan di mana seekor lembu sumbangan Jabatan

    Agama Islam Selangor (JAIS) diqurban dan seterusnya proses

    melapah dan memotong daging sebagai persediaan masakan untuk

    jamuan pada keesokan harinya. Hari kemuncak adalah 9hbNovember 2011 (Rabu), sebanyak 4 ekor lembu peserta qurban dan

    seekor kambing disembelih untuk agihan qurban.

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil.5

    13/24ADDEEN BIL.5 - M/S 13

    Majlis Perpisahan

    Pengarah Pusat Islam

    Pada 29 September 2011

    (Khamis) telah berlangsung

    satu majlis perpisahan

    Pengarah Pusat Islam iaituTuan Hj. Mokhtar Bin Hj.

    R i d z w a n y a n g

    menamatkan kontrak perkhidmatan setelah 7 tahun

    bertugas di Pusat Islam Universiti Selangor sejak

    tahun 2005 - 2011.

    Penamatan perkhidmatan beliau adalah untuk

    memberi peluang kepada pengganti beliau meneruskan

    perjuangan memantapkan lagi Pusat Islam dan menjadi

    pemangkin pembentukan modal insan. Pemangku Presiden

    UNISEL, Y.Bhg Prof. Hj. Anuar B. Hj.Ahmad dan

    Timbalan Naib Canselor HEP , YBhg. Prof.Madya ZainalAbidin Bin Kidam dijemput memberikan kata-kata aluan

    dimajlis bermakna tersebut. Turut diraikan di majlis

    tersebut adalah mantan staf Pusat Islam yang

    terdahulu di atas khidmat bakti sepanjang mereka

    bertugas di Pusat Islam.

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil.5

    14/24

    Episod Gelagat Biri-biri

    Seorang guru bertanya soalan matematik kepada

    muridnya.

    Guru: Kalau awak ada enam ekor biri-biri, tiba-tiba seekor melompat lalu terus terjatuh ke dalamgaung. Berapa ekor biri-biri yang tinggal?

    Murid : Kosong.

    Guru: Mungkin awak tak berapa faham . Kitacuba sekali lagi (sambil menggunakan jari untukmeghitung). Kalau awak ada enam ekor biri-biri,tiba-tiba seekor melompat pagar dan terus terjatuh

    dalam gaung. Berapa ekor biri-biri yang tinggal?

    Murid : Tiada yang tinggal.

    Guru: Awak ni memang tak tahu matematik.Tinggal lima ekor biri-biri lah!

    Murid : Tapi saya rasa cikgu tak tahu pasal

    biri-biri. Kalau seekor biri-biri melompat, yang lainsemuanya ikut melompat!

    Iktibar: Herd instinct adalah satu ungkapanyang lahir dari sifat biri-biri yang suka mengi-

    kut-ikut. Ia merujuk kepada sifat negative se-

    seorang yang sentiasa mengikut perkembangan

    tanpa usul periksadan akhirnya terbabas.

    ADDEEN BIL.5 - M/S 14

    Episod Siapakah yang Pekak

    Suami : Awak ni semakin tua semakin pekak.

    Cuba awak ke dapur dan menjawab

    bila saya memanggil awak.

    Isterinya yang akur dengan perintah suami lalu

    bersegera ke dapur . Suaminya pun memanggil

    beberapa kali. Oleh kerana tiada sahutan dari

    isterinya, si suami lantas ke dapur dan berkata

    dengan nada marah.

    Suami : Betul tak saya cakap. Saya panggil

    tapi awak langsung tidakmenyahut.

    Isteri : Tapi tiga kali abang panggil, tiga kali

    saya jawab.

    MORAL : Sesekali cerminlah diri sendiri

    terlebih dahulu. Jangan hanya pandai

    menyalahkan atau melihat kelemahan orang

    lain sahaja.

    Episod Si Jahil

    Seorang pemuda yang baru memperolehi lesen memandu telahmemulakan perjalanan yang pertama dalam hidupnya dengan

    memandu sendiri keretanya. Apabila pemuda ini hampir

    sampai ke Endau tiba-tiba seorang polis trafik telah mena-

    hannya.

    Polis Trafik :Encik memandu terlalu perlahan dan

    menyebabkan kenderaan-kenderaan lain dibelakang encik Bergerak perlahan.

    Pemuda : Tapi sign board tadi menunjukkan angka 10

    jadi saya bawalah kereta ini dengan kelajuan10 km/j.

    Polis Trafik : OhSign board tu sebenarnya menunjukkan

    untuk ke Endau cuma tinggal 10km sahaja.

    Pemuda : Ooobegitu, jadi masa saya lalu kat signboard yang angka 300 tu maknanya jarak

    untuk ke Endau 300km la ye.

    bukan 300 km/j.

    Polis Trafik : Betul tu enciksila bagi IC dan lesen

    memandu

    Seorang pensyarah yang

    hampir bersara amat risau dengan

    isterinya yang semakin lama

    semakin hilang pendengaran.

    Pada suatu hari dipanggil isterinya

    lalu berkata :

    Iktibar : Peluang yang diperolehi ketika dalam tempohpembelajaran dan pengajian perlu dimanfaatkan denganbaik bagi menyuburkan ilmu pengetahuan seberapa yang

    boleh. Jika tidak, kita akan berhadapan dengan pelbagai

    masalah selepas tamat pengajian lantaran tidak memahami

    perkara-perkara utama tertentu.

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil.5

    15/24

    MENYEMAI BENIHKEKUATAN

    MEMACU KEBERANIAN

    ADDEEN BIL.5 - M/S 15

    Manusia dilahirkan denganfitrah semulajadi, diciptakan dengan

    sifat-sifat yang tersendiri. Kita

    sebenarnya adalah makhluk yang

    istimewa. Tanda istimewanya kitaapabila Nabi Adam a.s itu diciptakan,

    Allah memerintahkan para malaikat

    dan iblis sujud kepada Nabi Adam a.ssebagai tanda hormat. Firman Allah

    SWT bermaksud : Dan ingatlah

    ketika Kami berkata kepada para

    malaikat, sujudlah kamu kepada

    Adam, mereka semua bersujud

    kecuali iblis yang memban-

    tah (Surah Taha :116) . Justeru

    kedatangan kita ke dunia ini adalah

    kedatangan yang mulia. Dan

    kehidupan ini satu anugerah buat kita.

    Sesungguhnya Kami ciptakan

    manusia itu dengan sebaik-baik

    penciptaan. (Surah At-Tin :4).

    Bagaimanakah kita dapatmemahami erti kehidupan dan

    merasakan anugerah dari Allah?

    Jawapannya ada APABILA KITA

    MENGENALI DIRI iaitu berdasar-

    kan 3 persoalan penting yang berikut :

    1) Dari manakah kita datang?

    Dan sesungguhnya Kami mencipta-

    kan manusia itu daripada saripati

    yang beasal dari tanah. KemudianKami menjadikannya daripada nutfah

    (air mani) yang tersimpan di dalam

    tempat yang kukuh (rahim).

    Kemudian air mani itu Kami jadikan

    sesuatu yang melekat, lalu sesuatu

    yang melekat itu Kami jadikannya

    segumpal daging, dan daripada

    segumpal daging itu Kami jadikan

    tulang-belulang, lalu tulang

    belulang itu Kami bungkuskan

    dengan daging, kemudian Kamimenjadikannya makhluk yang

    (berbentuk) lain. Maha Suci Allah yang merupakan sebaik-baik

    pencipta.

    (Surah Al-Mukminun :12-14)

    2) Kenapakah kita didatangkan?Tidak Kami ciptakan jin dan

    manusia itu melainkan untuk

    beribadah (kepada Kami).

    (Surah Az-Zariyat : 56)

    Dan ada antara mereka yang

    berdoa, Ya Tuhan kami, berikanlah

    kami kebaikan di dunia dan akhirat,

    dan lindungilah kami dari azab

    neraka. Mereka itulah yang

    memperoleh bahagian daripada apa

    yang mereka kerjakan, dan Allah itu

    maha cepat perhitungan-Nya.

    (Al-Baqarah : 201-202)

    3) Ke manakah kita akan pergi?Sesungguhnya Allah itu amat

    mencintai mereka yang seringbertaubat, dan mereka yangmembersihkan diri.

    (Surah Al-Baqarah : 222)

    Sesungguhnya kami menghidupkan

    dan mematikan, dan hanya kepada

    Kamilah tempat

    kembali. (Surah Qaf : 43)

    Manusia yang unggul peribadinya adalah mereka yang

    memenuhi ciri-ciri individu Islam

    yang sebenar menurut kehendak

    al-Quran dan as-Sunnah dalamseluruh aspek kehidupan. Untuk

    menjadi manusia yang unggul perlumembina kekekuatan diri. Kekuatan

    diri bukan dilihat dari sudut fizikal

    semata bahkan ia melibatkan dala-

    man diri (jiwa manusia) yang berkait

    rapat dengan hati dan iman seseorang

    individu. Mengenal al-Khaliq(Pencipta) kepada manusia adalah

    kunci kepada kekuatan diri. Kerana

    kekuatan mutlak itu datangnya dari

    Allah SWT.

    Dialah yang memberi petunjuk

    kepada manusia untuk memperolehi

    kekuatan. Kekuatan ini memberani-

    kan diri untuk menghadapi cabaran,

    menjadi Muslim dan Muslimah yang

    kuat jiwanya. Adapun cabaran, ujiandan masalah itu adalah petunjuk,

    teguran dan didikan dari Allah SWT

    kepada manusia.

    Sedikit kisah untuk paparan

    bersama : Dua biji benih pokok bunga

    Keembung telah disemai sebelah

    menyebelah di sebuah taman bunga

    yang subur tanahnya.

    Biji benih pertama berkata, "Aku

    mahu bercambah dan tumbuh

    membesar! Aku mahu akarkutertanam sedalam-dalamnya di dalam

    tanah sehingga melepasi kerak bumi.

    Aku mahu kuntuman bungaku mekar

    sehingga dapat kurasai kehangatancahaya matahari dan menggembira-

    kan si anak gadis apabila melihatku".

    Biji benih kedua pula berkata,"Tidak!

    Aku takut. Jika aku tumbuh

    membesar, aku tak tahu apa yangakarku akan tempuhi di dalam

    kegelapan tanah. Jika bungaku mekar

    berkembang, para siput akanmenggigit aku! Anak-anak kecil akan

    memetik aku! Tidak! Tidak! Tidak...!

    Aku tidak sanggup. Lebih baik akumenunggu waktu dan masa yang

    lebih selamat".

    Maka, biji benih kedua itupun

    menunggu waktu yang selamat untuk

    bercambah. Tiba-tiba kedengaran

    bunyi kokokan ayam dari jauh.

    Semakin lama semakin dekat bunyi

    tersebut. Ternyata ayam tersebut

    sedang mencari makan. Sambilmengais-ngais tanah, ternampaklahayam tersebut akan biji benih kedua

    tersebut lalu dimakannya.

    Oleh : USTAZAH NOOR AZZAH

    MOHD YUSOF

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil.5

    16/24

    Sewajarnya kita perlu berani

    menghadapi cabaran. Sesuatu yang besar bermula dari impian yang besar.

    Sesuatu yang remeh bermula dari

    pemikiran yang lemah. Justeru kita

    perlu berfikiran besar dan positif untuk

    melangkah maju. Pemikiran yang kecil

    dan negatif akan mematikan cita-citasepertimana yang berlaku pada biji

    benih yang kedua. Hakikatnya, cabaran

    yang datang itu adalah peluangmendapat didikan dan proses pembela-

    jaran kehidupan, yang datangnya dari

    Allah SWT untuk membangunkan diri.

    Lalu sebagai manusia janganlah

    memandang rendah terhadap keupayaan

    diri.

    Apa jua yang kita hadapi

    sebenarnya mematangkan cara kita

    berfikir dan bertindak di masa akan

    datang. Penulis dan motivator yang

    terkenal Ustaz Pahrol Mohd Juoi (Solusi

    2010, Isu No.25) menyatakan bahawa

    masalah ialah anak tanggakehidupan. Manusia berkembang

    dan berkemajuan dengan

    melangkah anak tangga masalah

    demi masalah dalam hidupnya. Ini

    adalah syllbuss pelajaran yang

    tidak boleh mengelakkan diri. Kitaakan menghadapi syllbuss yang

    sama melalui peristiwa, manusia

    dan situasi yang berlainan.

    Justeru itu, jangan takut

    menzahirkan cara hidup Islam

    yang bagaikan bunga mekar di

    taman. Jangan takut menempuhi

    liku kehidupan dengan menambah

    iman di dalam hati yang bagaikan

    tumbuhnya akar di dalam

    tanah...sekiranya perasaan takut itu

    telah menguasai, maka diri akan

    hancur ditelan zaman. Dunia ini

    bagi manusia hanya igauan

    sementara dan sekadar

    persinggahan.

    Sekiranya kita terjatuh,

    carilah kekuatan melaluiNya.. Allah

    amat mengenal manusia. Apabila

    berlaku masalah dan cabaran, atau

    dugaan serta ujian, manusia akanmenjadi lemah. Tetapi adakah manusia

    mengenali Allah !!??... Manusia

    itu fitrahnya memerlukan pegangan iaitu

    akidah yang mantap membentuk

    keyakinan dalam meneruskan

    kehidupan. Sesungguhnya hanya pada

    ALLH SWT tempat pergantungan

    kita . Dan Allah di atas segalasesuatu. (Surah Ali Imran : 165).

    Tanpa petunjuk-Nya manusia

    akan merasa kosong, menjadi songsang,tidak mempunyai hala tuju, dan menuju

    kehancuran.

    Adakalanya Allah memberi teguran dan

    petunjuk kepada kita seorang,dari itukita menyahut seruanNYA dan menjana

    kekuatan secara individu. Bukan di atas

    dorongan orang lain.

    Kesedaran ini yang merubah diri

    sendiri. Seterusnya, Allah datangkan petunjuk melalui keluarga dan

    orang-orang yang terdekat dengan kita

    supaya kita perlu menjadi lebih kuat.Petunjuk Allah juga diberikan melalui

    keadaan sekeliling kita, dunia , harta

    benda dan lain-lain. Kita seharusnya

    sedar akan petunjuk yang Allah berikan

    dan seterusnya membina kekuatan dan

    menjadi perisai diri. Apabila kita

    merasa takut kepada Allah dan

    kemurkaan-Nya, ini bermakna hati

    kita masih hidup. Hati umpamabejana iman kepada Allah SWT.

    Rosaknya hati maka punahlah

    keimanan yang menjadi tunjangkekuatan manusia.

    Sesungguhnya petunjuk yang

    terakhir adalah MAUT dan alam

    selepasnya. Akan tetapi ketika itu kita

    sudah hilang kekuatan dan tidak mampuberbuat apa pun kerana sudah terlambat.

    Marilah kita memperkasa diri melalui

    kekuatan jiwa iaitu memiliki keimanan

    yang utuh, melaksanakan amal ibadah

    menghiasi diri dengan akhlak mulia.

    Manusia sememangnya hanya

    menginginkan kesenangan. Setiap yangpayah tidak mahu dilakukan. Sehingga-

    kan ramainya manusia mencari kesenan-

    gan melalui jalan yang tidak sepatutnya.Tabiat kemahuan yang inginkan

    kesenangan sepanjang masa telah

    menimbulkan sikap takut cabaran atau

    lemah menghadapi cabaran.

    Maka untuk menjadi orang yang

    kuat dalam mendepani cabaran-cabaranhidup, cabaran itu perlu ditempuh

    apabila terpaksa ditempuh,biarpun amat

    menyakitkan dan memeritkan kerana

    pengakhirannya adalah kekuatan. Seba-

    gaimana kata-kata Luqman al-Hakim :

    Janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan

    janganlah engkau langsung

    memuntahkan sahaja pahitnya sesuatubarang, kerana manis itu belum tentu

    menimbulkan kesegaran dan pahit itu

    belum tentu menimbulkan

    kesengsaraan.

    Usah rasa tidak selesa dengan

    cabaran kerana cabaran sentiasa

    memberikan kekuatan. Hanya orang

    yang lemah yang menganggap cabaran

    itu melemahkan. Selain peluang, ia

    adalah satu pengalaman yang tidak

    ternilai harganya, tidak terjual di mana-

    mana melainkan hanya ada pada orang

    yang mengalaminya sendiri.Semakin kesusahan itu datang

    mengetuk, semakin ia memben-

    tuk jati diri.

    Sekiranya segala usaha

    telah dilakukan untukmenyelesaikan masalah yang

    timbul masih menemui jalan

    buntu, maka kembalilah kepada

    niat asal kita. Sekiranya niat asal

    kita kerana yang satu hanya

    Allah semata, maka apa yang

    berlaku adalah kehendak Allah,

    hati dan perasaan kita lebih

    tenang lantaran sandarannya

    hanya kepada Allah Yang Maha

    Mengetahui dan Berkuasa. Apa

    jua yang berlaku semua di dalam

    pengawasan Allah walaupun

    ianya luar daripada kawalan

    manusia.

    Alangkah baik sekiranyadapat melihat dengan matahati

    kita apa yang tersembunyi di

    sebalik yang berlaku. Hidup ini perlu

    dilihat dari perspektif yang berbeza-

    beza. Seringkali manusia selalu

    menyalahkan Allah kerana tidak kasihlantaran pelbagai ujian yang diberi.

    Akan tetapi kita sebenarnya yang gagal

    melihat dan menilai kebaikan yang

    terselindung . Andai kepayahan ,

    kesusahan i tu d i l ihat sebagai

    k e m u d a h a n , k e s e n a n g a n y a n g

    tersembunyi di mana-mana, hati kita

    akan lebih bersangka baik.

    Mengenali Ilahi Mengenali Diri

    dengan matahati memerhati me-

    mahami menghayati mengin-

    gati Insya-Allah dirahmati

    ADDEEN BIL.5 - M/S 16

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil.5

    17/24

    Ya Bunayya, Irkab Maana.Bermaksud: Wahai anakku, naik-

    lah bersama kami.

    Itulah bicara Nuh kepadaanaknya. Surah Hud ayat 42 men-

    catatkan kisah ini. Saat banjir kilat

    lagi besar berlaku sebagai huku-man kepada kaumnya. Anaknya

    terkapai-kapai ditenggelami air,

    sedang Nabi Nuh dan mereka

    yang beriman dengannya sudah

    selamat di atas bahtera.

    (Mereka semua naik) dan bahteraitupun bergerak laju membawa

    mereka dalam ombak yang sepertigunung-ganang, dan (sebelum itu)

    Nabi Nuh memanggil anaknya,

    yang sedang berada di tempat

    yang terpisah daripadanya: Wahai

    anakku, naiklah bersama-samakami, dan janganlah engkau ting-

    gal dengan orang-orang yang

    kafir. (Surah Hud : ayat 42)

    Tetapi Sang Anak yang kufur

    kepada Allah, menolak pelawaan

    ayahandanya. Bahkan dalamkeadaan terkapai-kapai itu masih

    bongkak lantas:

    Anaknya menjawab: Aku akan

    pergi berlindung ke sebuah

    gunung yang dapat menyelamat-

    kan aku daripada ditenggelamkan

    oleh air.(Surah Hud : ayat 43)

    Nabi Nuh sayu berkata:

    Hari ini tidak ada sesuatu pun yang akan dapat melindungi dari

    azab Allah, kecuali orang yang

    dikasihani olehNya. Dan denganserta-merta ombak itu pun

    memisahkan antara keduanya,

    lalu menjadilah ia (anak yang

    derhaka itu) dari orang-orang

    yang ditenggelamkan oleh

    taufan.(Surah Hud : ayat 43)* * *

    Irkab Maana !! (naiklah

    bersama-sama kami).Apakah yang dimaksudkan

    dengan suruhan tersebut?

    Jawapannya adalah untuk :

    Menjadi Hamba Ilahi Sejati.Itulah bahtera keimanan dan

    ketaqwaan yang menghasilkan

    kekuatan, yang akan membantukita melayari kehidupan ini den-

    gan kesejahteraan dan keamanan.

    PEGANGLAH KUNCI BAHTERA

    Semestinya, kita perlukan kunci

    untuk membuka pintu bahtera ini.

    Kuncinya adalah dengan beriman

    kepada Allah SWT dan RasulNya.

    Kita naik saksi bahawa Allah Rab-

    bul Alamin (Pentadbir) seluruhalam semesta dan kehidupan kita,

    dan kita juga naik saksi dengankeyakinan tiada goyahnya ba-

    hawa Muhammad itu Rasulullah

    Habibullah. Dengan kunci inilah

    kita membuka bahtera kekuatan,

    menaikinya, dan melayari ke-

    hidupan ini dengannya.

    DI DALAM BAHTERA INIDi dalam bahtera ini ada ketenan-

    gan, ada kebahagiaan, ada kela-

    pangan. Semuanya bergabung

    menjadi satu makna yang mampukita ungkap di dalam satu per-

    kataan Kekuatan.

    Saat badai menerjah, bahtera

    keimanan dan ketaqwaan inilah

    menjaga kita dan meyakinkan

    bahawa segala-galanya akan se-

    lamat, dan apa yang berlaku

    kepada kita adalah yang baik-baik

    sahaja. Walaupun pada awalnya

    kelihatan seperti sebaliknya.

    Dan boleh jadi kamu bencikepada sesuatu padahal ia baik

    bagi kamu, dan boleh jadi kamusuka kepada sesuatu padahal ia

    buruk bagi kamu. Dan (ingatlah),

    Allah jualah Yang mengetahui

    (semuanya itu), sedang kamu ti-

    dak mengetahuinya.(Surah Al-Baqarah: ayat 216)

    Saat kelemahan menyelimuti diri,

    keresahan mengikat hati, bahterakeimanan dan ketaqwaan mem-

    berikan hati kita motivasi, lantas

    menjadikan kita kondusif men-

    jalani kehidupan.

    Dan janganlah kamu merasa le-mah (dalam perjuangan memper-

    tahan dan menegakkan Islam),

    dan janganlah kamu berdukacita

    (terhadap apa yang akan men-impa kamu), padahal kamulah

    orang-orang yang tertinggi

    (mengatasi musuh dengan menca-pai kemenangan) jika kamu orang

    -orang yang (sungguh-sungguh)

    beriman.(Surah Ali-Imraan : ayat

    139)

    Saat kita ketakutan dan merasa

    ingin berputus asa, bahtera inimemberikan semangat, menghi-

    langkan segala keraguan lantasmembuatkan kita berdiri tanpa

    gentar.

    Kalau kamu tidak menolongnya

    (Nabi Muhammad) maka sesung- guhnya Allah telahpun

    menolongnya, iaitu ketika kaum

    kafir (di Makkah) mengeluar-kannya (dari negerinya Makkah)

    sedang ia salah seorang dari dua

    (sahabat) semasa mereka ber-

    lindung di dalam gua, ketika iaberkata kepada sahabatnya: Jan-

    ganlah engkau berdukacita, se-

    sungguhnya Allah bersama kita.

    Maka Allah menurunkan seman-

    gat tenang tenteram kepada (Nabi

    Muhammad) dan menguatkannya

    dengan bantuan tentera

    (malaikat) yang kamu tidak meli-

    hatnya. Dan Allah menjadikan se-

    ruan (syirik) orang-orang kafir

    terkebawah (kalah dengan sehina-

    hinanya), dan Kalimah Allah(Islam) ialah yang tertinggi

    (selama-lamanya), kerana Allah

    Maha Kuasa, lagi Maha Bijak-

    sana.(Surah At-Taubah: ayat 40)

    Di dalam bahtera ini ada kekua-

    tan, untuk kita melayari ke-

    hidupan dengan penuh tabah dan

    gagah. Tiada musuh mampu

    menggentarkan kita. Tiada badai

    mampu menenggelamkan kita,

    tiada taufan yang mampumerobohkan kita.

    Kita selamat di dalam bahtera ini,

    dengan keselamatan yang nyata.

    ADDEEN BIL.5 - M/S 17

    Oleh :Mujahid Unisel ([email protected])

    http://reduanjinhoon01-hidupuntuknya.blogspot.com/http://reduanjinhoon01-hidupuntuknya.blogspot.com/http://reduanjinhoon01-hidupuntuknya.blogspot.com/http://reduanjinhoon01-hidupuntuknya.blogspot.com/mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]://reduanjinhoon01-hidupuntuknya.blogspot.com/http://reduanjinhoon01-hidupuntuknya.blogspot.com/http://reduanjinhoon01-hidupuntuknya.blogspot.com/
  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil.5

    18/24

    BAHTERA INI TIDAK STATIK

    Bahtera ini bergerak, seiring

    perjalanan kehidupan kita. Sebab itu kita

    tidak sekadar memegang kunci bahtera

    dan melaung-laung bahawa kita adalah

    ahlinya. Tidak dan tidak. Bahkan, kita

    lah pengemudinya bahtera ini.

    Sebagai pengemudi kita

    memanggil lebih ramai orang lagi untukmenaiki bahtera kekuatan ini.Tidak

    sekadar mengaku sebagai ahli bahtera,

    kita juga menunjukkan sahsiah ahli

    bahtera ini. Lantas akhlak kita diarah

    untuk dijaga. Lantas tutur kata kita turut

    digesa periksa.

    Ahli bahtera bukan pengotor. Sedangkan

    dia adalah seorang yang pembersih.

    Ahli bahtera bukan pembazir.

    Sedangkan dia adalah seorang yang

    berjimat cermat dan hanya membelanja-

    kan pada sesuatu yang perlu.

    Ahli bahtera bukan yang berakhlak

    buruk. Sedangkan dia adalah yang

    mempunyai peribadi yang bersih.

    Ahli bahtera bukan pembohong.Sedangkan dia adalah seorang yang

    jujur.

    Ahli bahtera bukan malas. Sedangkan

    dia adalah seorang yang rajin.

    Sahsiah diiringi fikrah. Bukan

    semata-mata fikrah yang dicanangkan.

    Tetapi sahsiah islamiah yang

    dipraktiskan di dalam kehidupan yang

    sebenar, itu adalah apa yang benar-benar

    membuatkan ahli bahtera ini kuat dan

    terselamat.

    MENUJU DESTINASI YANG

    SELAMAT

    Ya. Bahtera ini akan membawa kita ke

    satu destinasi pelabuhan (perhentian)

    yang aman sejahtera berkekalan. Iaitu

    membawa kita ke Syurga Allah SWT.

    Kekuatan dari bahtera ketaqwaan dan

    keimanan ini meresapi ke dalam ruhkita , membuatkan kita terus tabah men-

    jalani kehidupan dan pancarobanya,

    pahit getir kesukaran yang dilalui,

    hingga akhirnya kita merasai kemanisan

    iman yang memandu kita ke SyurgaNya.

    Berjayalah bagi orang yang beriman dan

    sabar

    Adakah kita bersama-sama mereka yang

    menaiki bahtera ini ataupun

    sebaliknyaMari kita renungkansejenak

    PENUTUP

    Sungguh kisah Nuh dan anaknya

    memberikan kesan. Huluran tangan

    telah diberikan Namun keangkuhan si

    anak telah membinasakan diri,

    membuatkan diri terkorban. Bukankah

    perintah Allah itu jelas. Di saat banjirmelanda, Allah memerintahkan agar

    yang beriman kepadaNya menaiki

    bahtera. Jika tidak, akan binasa ditelanbanjir.

    Apakah pengajaran disebalikperistiwa tersebut?

    Allah menghendaki kita taat dan

    patuh kepadaNya. Menjadikan seluruh

    kehidupan ini sebagai ibadah dengan

    menjauhi laranganNya dan melaksana-

    kan perintahNya. Tetapi apa yang telah

    kita lakukan? Adakah kita menyahut

    seruanNya? Atau kita berkata kepada

    Allah sebagaimana si anak berkata

    kepada Nuh:Aku ingin berenang ke gunung yang

    tinggi. Di sana aku akan selamat.

    Gunung manakah yang lebih

    tinggi daripada Allah SWT? Di ceruk

    dunia manakah yang mampu menye-lamatkan kita daripada Allah SWT?

    Tidakkah kita memerhatikan?

    Sesungguhnya, bahtera kekuatan

    keimanan dan ketaqwaan berada jelas

    di hadapan kita. Sudahkah anda bersedia

    untuk menjadi salah seorang

    penumpangnya? Apakah anda bergerak

    ke arahnya? Atau membiarkan bahtera

    itu berlayar begitu sahaja?

    Wahai sahabatku yang disayangi!!..

    ayuh kita menaiki bahtera ini agar dapat

    terus berlayar dalam meraih redha dan

    cintaNYA

    Wassalam...

    ADDEEN BIL.5 - M/S 18

    Bila manusia tak mampu

    menjual dirinya maka

    pasti sulit akhirnya,

    duhai manusia betapa

    kerdilnya dirimu di hadapanAllah Yang Mulia.

    Luka di hati tak dapat

    diubati oleh ubat dunia,

    luka dunia sebaliknya dapat

    disembuhkan oleh

    Dia Yang Maha Bijaksana,

    Apakah musuh yang

    nyata bagi manusia?

    di kala sekarat manusia

    hanya lupa pada dirinya.Siapa yang dapat menolong

    lupa pada diri manusia?

    tak ada satu pun bila bukan

    Allah Azza wa Jalla.

    Bahtera bukan satu-satunya

    yang dapat memuat manusia,

    sekali berlabuh pasti hanya

    lekas berada di ujung dunia.

    Akankah bahtera kehidupan

    manusia mengantarkan

    ke hadirat Tuhannya?

    hanya Dia yang menentukan

    nasib umat manusia.

    Duhai anak Adam yang

    penuh durhaka,

    sudahkah dirimu berubah

    laksana bahtera yang

    berlabuh di dermaga?

    Sulit bagimu jika tak adakata tulus dalam

    terjaga hatinya,

    sipunya keburukan hanya

    dapat tertawa akan dua dusta,

    bohong dan tawarnya

    yang hampa.

    Bila sudah begitu adanya

    akan lari ke mana?

    abu sulit kembali jadi

    kayu yang sama bentuknya.Segera bergegas adalah

    jawabnya,

    Bila akan menuju

    Allah Azza wa Jalla.

    BahteraKehidupan

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil.5

    19/24ADDEEN BIL.5 - M/S 19

    PENDAHULUAN

    Doa bermaksud memohon ataumeminta. Ia merupakan senjata yang

    kuat yang digunakan oleh seorang

    Muslim dalam mencari kebaikan dan

    menolak kemudaratan. Ianya juga

    umpama ubat yang mujarab bagi

    melawan, meringankan atau menghi-

    langkan penyakit.

    Sabda Rasulullah SAW yangbermaksud : Barangsiapa diantara kalian, telah dibukakan pintu

    doa, pasti dibukakan pula baginyapintu rahmat. Sesungguhnya doa itubermanfaat terhadap apa yangterjadi atau pun yang belum terjadi,maka hendaklah kalian berdoa.

    DOA TANDA KETAATAN

    Dalam apa jua keadaansekalipun, kita digalakkan berdoa

    kepada Allah SWT. Berdoa merupakan

    bukti ketaatan, kepatuhan, tawakkal

    setelah berusaha, serta merendah diri

    kepada Allah SWT. Apa jua yang kitalakukan adalah di atas keizinanNya jua.

    Adapun kekuatan dan keupayaan

    manusia adalah terbatas. Allah Yang

    Khaliq (pencipta) manusia dan maha

    berkuasa. Oleh yang demikian kita

    mohonlah pertolongan dari Allah SWT

    serta menyerahkan urusan hanya

    pada-Nya.

    Mereka yang tidak berdoa adalah

    termasuk di dalam golongan orang-

    orang yang sombong kepada Allah

    SWT. Sebagaimana firman Allah dalamsurah Al-Ghafir, ayat 60 yang

    bermaksud : Dan Tuhanmuberfirman : berdoalah kepadaKu,akan ku perkenankan bagimu.Sesungguhnya orang-orang yangmenyombongkan diri dari menyem-

    bahku (berdoa kepadaku) akan ma- suk neraka jahannam dalamkeadaan hina dina.

    Ada ketika manusia sering

    berputus asa apabila doanya tidakdimakbulkan. Perlu diingat, ada

    beberapa faktor yang boleh menjejaskan

    atau menghalang doa dikabulkan Allah,iaitu :

    1. Terburu-buru dan berputus asa.

    Nabi SAW bersabda : Doa salah seorang daripada kamu akan diperk-

    enankan oleh Allah asalkan sahaja

    seseorang itu tidak terburu-buru lalu ia

    mengatakan : Aku telah berdoa, tetapi

    doaku belum diperkenankan. (Hadis

    Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    2.Menggunakan rezeki daripada

    sumber yang haram

    Begitu juga dengan persoalan bilakahdoa kita akan dimakbulkan? Sesung-

    guhnya ia adalah hak Allah SWT keranaDia Maha Mengetahui masa yang paling

    sesuai dan baik untuk diberikan kepada

    kita. Diriwayatkan daripada Abu Said

    al-Khudri bahawa telah bersabda NabiSAW : Tidak ada seorang Muslim

    yang membaca doa di mana tiada pada

    doanya itu hal yang menimbulkan dosa

    dan memutuskan silaturahim, melainkan

    Allah pasti akan memberikan kepada

    orang itu dengan doanya salah satu dari

    tiga macam. Adakalanya Allah segera

    memperkenankan doanya. Adakalanya

    doanya itu dijadikan oleh Allah sebagai

    simpanan pahala di akhirat. Dan ada-

    kalanya Allah memalingkan danmenghindarkan sebarang kejahatan

    (bala dan bencana) daripada orang itu

    sesuai dengan doanya. Berkata saha-

    bat : Kalau begitu lebih baik kita mem-

    perbanyakkan doa! Nabi SAW ber-

    sabda : Allah akan memperbanyakkanpemberian-Nya. (Hadis Riwayat Imam

    Ahmad dan al-Hakim)

    Oleh yang demikian, tiada

    ruginya kita berdoa, melainkan kita

    semakin hampir kepada Allah SWT.

    Sesungguhnya Allah SWT merindui

    ratapan dan rayuan hamba-Nya yang

    berdoa, mengharap rahmat-Nya dan

    mencintai-Nya.

    HIKMAH DOA

    Allah melewatkan waktu

    terjawabnya doa itu kerana kebaikan dan

    mempercepatkannya akan membawa

    kemudaratan. Rasulullah SAW bersabda : Seorang hamba itu akan

    sentiasa dalam kebaikan selagimana dia

    tidak tergesa-gesa (untuk memohon

    supaya cepatnya doa terkabul); dia

    berkata : Sesungguhnya aku telah

    berdoa tetapi belum dimakbul-

    kan. (diriwayatkan oleh Ahmad, Abu

    Yala dan al-Thabarani; sahih

    li ghairih). Mungkin juga doa masih

    belum terkabul disebabkan dosa atau

    kekurangan dalam adab berdoa yangkita tidak sedari. Mungkin juga

    disebabkan syubhah (keraguan) dalambenda yang kita makan atau sebab-sebab

    lain.

    Adapun antara adab-adab berdoa sepertiberikut ;

    1. Membuka doa dengan hamdalah

    dan pujian bagi Allah SWT dan

    selawat ke atas Nabi SAW.

    2. Mengakui dosa sebagai tanda patuh

    dan mengabdikan diri kepada Allah

    SWT.

    3. Berdoa dengan niat yang tulus dan

    yakin akan dikabulkan serta berharap.

    4. Berwudhuk, menghadap kiblat dan

    mengangkat tangan ketika berdoa.

    5. Merendahkan diri, khusyuk serta

    suara berbisik dan lembut dalam doa.

    6. Memilih waktu- waktu yang

    mustajab dalam berdoa seperti selepas

    solat, antara azan & iqamat, sepertiga

    malam terakhir, hari jumaat, hari

    arafah, saat hujan turun dan ketika

    sujud.

    7. Tidak mendoakan keburukan untuk

    diri, keluarga dan harta.

    8. Tidak bersajak dalam doa.

    Kita digalakkan berdoa ketika

    sujud kerana ketika itu kita paling

    hampir kepada Allah SWT. Sabda

    Rasulullah SAW : Suasana yang paling

    hampir antara seorang hamba dengan

    Tuhannya adalah di kala ia bersujud

    kerana itu hendaklah kamu memperban-

    yakkan doa di dalamnya.

    Disebalik doa itu tersingkap

    makna hubungan dan rahsia antaraseseorang hamba itu dengan Allah.

    Teruslah memohon dan berharap kepada

    Allah kerana Dia tidak pernah

    menyalahi janjiNya. Semua yang terjadi,

    Allah jua yang berhak memilihnya.

    Olahan : USTAZ NURDIN BIN DARMAN

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil.5

    20/24ADDEEN BIL.5 - M/S 20

    Kita perlu sentiasa

    memeriksa niat agar kita

    tidak terlepas pandang

    kotoran yang melekat

    padanya. Mungkin

    sekarang tidak, tetapi

    lama-kelamaan kita

    mungkin boleh menjadiorang yang sombong atau

    berasa berilmu hingga

    melihat orang lain seperti

    tidak berada di tahap

    kita.

    Niat memainkan peranan

    penting dalam sesuatu perlakuan.

    Tanpa niat , perlakuan tidak akan

    timbul. Biar apa pun perlakuan

    kita ,sedar atau tidak ia dimulakandengan niat. Cuma kita tidak sedar

    akan keberadaannya. Mungkin bagi

    kita, niat adalah satu ucapan.

    Mungkin ada juga yang menyatakan

    niat adalah lintasan hati atau boleh

    jadi apa yang dirasa di dalam hati.

    Biar apa pun keadaan dan

    caranya, ia tetap niat. Begitu juga

    niat yang baik, tetapi seringkalimemakan diri. Saya pernah ditanya

    tentang hal ini, Mengapa kadang-kala niat yang baik ,akhirnya

    membawa keegoan yang tinggi

    dalam diri seseorang? Mungkinselama ini kita terlepas pandang kai-

    tan niat dengan nafsu dalam

    melaksanakan tindakan. Sebagai

    contoh, kita berniat baik untuk

    mengajarkan sesuatu perkara yang

    baik kepada seseorang. Tetapi kita

    mungkin alpa dalam menilai nafsu

    yang ada dalam niat baik kita.

    Kita mungkin terlalu bercita

    -cita tinggi dalam menjadikan seseo-

    rang itu baik hinggakan perlakuan

    kita dipenuhi ego.

    Kita menasihati orang untuk

    berbuat baik dengan harapan mereka

    akan berubah ke arah lebih baik. Kitamemberi nasihat bersungguh-

    sungguh supaya perubahan berlaku.

    Namun, jika orang yang dinasihati

    tidak mendengar, kita menjadi emosi.

    Maka di situlah letaknya ego. Kita

    lupa bahawa kita perlu melakukanapa sahaja untuk membawa transfor-

    masi yang baik. Akan tetapi harus

    diingat bahawa keputusan atau hasil

    itu tetap hak milik mutlak Allah

    SWT.

    Saya pernah ditanya,

    Mengapa orang bukan Islam

    bersetuju dengan Islam, tetapi tidak

    mahu masuk Islam? Inilah titik ego

    halus yang sudah terlepas pandang.

    Kita menasihati orang kerana

    kemahuan kita, bukan kerana kasih

    sayang. Kasih sayang sentiasa akantimbul dari jiwa yang tenang yang

    sentiasa mengingati Allah dengan

    jiwanya. Satu kisah yang kita dengar

    pernah dihuraikan oleh al-Ghazali

    mungkin dapat memberi gambaran

    tentang niat yang dilihat baik, tetapisebenarnya membawa kemusnahan

    diri.

    Pada zaman Bani Israel ada

    seorang ahli ibadah yang begitu

    tekun beribadah hinggakan

    sebahagian kehidupan hanya untukberbakti kepada Allah SWT. Sebagai

    abid, dia begitu menjagahubungannya dengan Allah SWT dan

    sesama insan. Pada suatu hari, dia

    mendapat tahu masyarakat

    kampungnya menyembah sepohon

    pokok yang dianggap keramat.Mengetahui hal itu, emosinya men-

    jadi marah. Lalu dia berniat untuk

    menebang pokok tersebut.

    Diambilnya kapak, lantas keluar

    untuk menghapuskan kekufuran.

    Niatnya yang begitu baik dan murnimenimbulkan keresahan pada Iblis.

    Di pertengahan jalan, dia

    bertemu iblis yang menjelma

    menjadi seorang lelaki tua. Iblis

    bertanya, ke mana dia hendak pergi

    dengan membawa kapak. Ahli

    ibadah menjawab dengan penuh

    emosi. Aku mahu ke sana untuk

    menebang pokok yang disembah

    masyarakat setempat. Aku akantebang pokok itu! Iblis cuba

    memasang strategi agar ahli ibadah

    itu membatalkan niatnya. Iblis pun

    berkata Mengapa bersusah-payah

    mahu menebang pokok itu hingga

    kamu sanggup meninggalkan ibadah

    kamu kepada Allah SWT? Tanpa

    menghiraukan kata-kata iblis, ahli

    ibadah meneruskan perjalanannya.

    Dia nekad mahu menebang pokok

    yang menyesatkan manusia. Dek

    kerana kedegilannya, berlakulah

    perkelahian antara dia dengan iblis.

    Namun kerana tekad yang begitu

    kuat, iblis dapat dikalahkan dengan

    mudah.

    Alah Dengan Tawaran Iblis

    Setelah kalah, iblis mula

    menggunakan pendekatan diplomasi

    yang diharapnya dapat membuatkan

    ahli ibadah membatalkan niatnya.

    Katanya Allah SWT tidak mewa- jibkan kamu menebang pokok itu,

    tidak pula mewajibkan kamu

    mencegah masyarakat menyembah

    pokok tersebut. Ini adalah kewajipan

    serta tugas para Nabi dan Rasul, se-

    dangkan kamu bukan dari golongan

    tersebut.

    Biar apa pun kata iblis, ahliibadah tersebut tetap juga dengan

    pendiriannya. Ini membuatkan iblis

    berasa sangat marah. Lalu dia meng-

    gunakan kekerasan untuk memasti-

    kan kegagalan misi ahli ibadah terse-

    but. Namun iblis tetap gagal. Meli-

    hatkan kekerasan hati ahli ibadah

    yang benar-benar nekad, iblis mula

    membuat tawaran. Iblis menawar

    ahli ibadah satu keberhasilan atau

    keuntungan yang berterusan kerana

    dia seorang yang miskin dan tidak

    berharta. Iblis memujuknya supaya

    menerima tawaran tersebut.

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil.5

    21/24

    Iblis berkata Aku akan

    memberi kamu dua dinar setiap hari.

    Dengan itu kamu boleh mengguna-

    kan satu dinar bagi keperluan nafkah

    dan satu dinar lagi untuk bersedekah

    kepada fakir miskin. Wang itu akan

    aku letakkan di bawah bantal kamu

    setiap pagi. Tanpa disedari ahli

    ibadah itu, pujuk rayu iblis telah

    menyusup masuk ke dalam benak

    mindanya. Abid mula

    membayangkan wang yang bakal

    diperolehi dan mengenangkan

    dirinya dapat beribadat lebih tekuntanpa memikirkan wang. Maka dia

    dia membuat keputusan untuk tidak

    meneruskan niatnya. Dia kembali ke

    rumah untuk beribadah seperti biasa.

    Seperti yang dijanjikan

    iblis, terdapat dua dinar di bawah

    bantalnya pagi hari pertama dan

    kedua. Ahli ibadah cukup berlapangdada kerana wang yang diperolehnya

    begitu mudah dan dia merasakan dia

    akan dapat melakukan ibadah dengan

    lebih tekun. Namun, hal itu tiadak

    berlaku pada hari ketiga. Dia mula

    rasa kecewa kerana dipermainkan.Dia berasa dimungkiri lalu

    mengambil kapak dan keluar untuk

    menebang pokok tersebut. Dia pergi

    dalam keadaan begitu marah. Dalam

    perjalanan ke pokok tersebut, dia

    bertemu kembali iblis yang

    menyerupai lelaki yang menahannyabeberapa hari lepas.

    Ahli ibadah memarahi iblis.

    Mereka bertengkar hebat sehingga

    berlaku pertempuran fizikal.

    Anehnya, kali ini ahli ibadah dapat

    dikalahkan dengan begitu mudah.

    Melihat ahli ibadah sudah dapatditewaskan dengan mudah, iblis

    memberi amaran agar dia tidak

    meneruskan niat untuk menebang

    pokok berkenaan. Seandainya dia berdegil, iblis tidak teragak-agak

    untuk menghapuskannya. Merekakemudian berbalah hingga terfikir

    oleh ahli ibadah tersebut untuk

    bertanyakan sesuatu yang bermain di

    fikirannya. Mengapa kamu amat

    mudah mengalahkan aku sedangkan

    dalam dua pergaduhan sebelum inikamu dapat mengalahkan aku dengan

    mudah?

    Apa yang kamu hairankan?

    Bukankah pergaduhan pertama dan

    kedua kerana niat kamu ingin

    menebang pokok supaya dapat

    menghindarkan masyarak