risalah ad-deen 2

24
Terbitan Unit Penerbitan Pusat Islam Universiti Industri Selangor BIL 2 : 2010/2011 ( NOV-FEB ) Haji , Qurban m.s 4 Hijrah m.s 7 Dilema m.s 9 Koreksi Diri m.s 21 “ Membangun Modal Insan Secara Holistik “

Upload: nazmyuk78

Post on 29-Jun-2015

527 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: RISALAH AD-DEEN 2

Terbitan Unit Penerbitan Pusat Islam Universiti Industri Selangor BIL 2 : 2010/2011 ( NOV-FEB )

Haji , Qurban

m.s 4

Hijrah

m.s 7

Dilema

m.s 9

Koreksi Diri

m.s 21

“ Membangun Modal Insan Secara Holistik “

Page 2: RISALAH AD-DEEN 2

Sidang Redaksi Ad-Deen amat

mengalu-alukan sumbangan Fakulti / Institusi /

Pusat / Bahagian untuk diterbitkan diruangan

Ad-Deen. Sumbangan artikel hendaklah

berkaitan dengan urusan keilmuan dan

aktiviti universiti. Sila hantarkan

bahan - bahan tersebut kepada :

Pejabat Editor ,

Pusat Islam Unisel .

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca budiman.. Semoga pembaca sekalian beroleh kesihatan yang baik dan tenang selalu, InsyaAllah… Bertemu kita sekali lagi pada keluaran ini, iaitu edisi

November 2010 sehingga Februari 2011. Kini, tiba pula giliran

saya untuk memberikan muqaddimah secara ringkas tentang

edisi kedua. Kali ini risalah Ad-Deen memaparkan isu berkai-

tan beberapa sejarah besar dalam kalender hijriah iaitu ibadah

Haji dan Qurban. Seterusnya memfokuskan konsep

penghijrahan sempena bulan Muharram yang akan tiba.

Ibadah Haji merupakan satu kewajipan bagi umat

Islam yang berkemampuan untuk menunaikannya. Hukum-

nya adalah wajib disegerakan . Hal ini berdasarkan riwayat

dari Ibnu Abbas bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W

bersabda :

“Cepat-cepatlah kalian menunaikan haji-yakni haji

wajib kerana sesungguhnya kamu tidak tahu apa

yang akan terjadi padanya.” (Hadis riwayat Imam

Ahmad bin Hanbal)

Ibadah Haji adalah satu perjalanan yang mendekatkan

kita kepada Allah,perjalanan mencari keredhaan dan

pengampunanNya serta melaksanakan tanggungjawab

sebagai seorang hamba kepada al-Khaliq. Justeru itu niat

yang murni perlu disematkan sejak awal lagi serta membuat

persiapan ketika muda dan sihat. Mudah-mudahan Allah

permudahkan laluan yang betul untuk kita sampai ke

Makkah. Dan dalam bulan Zulhijjah juga disunatkan untuk

melakukan ibadah Qurban. Ianya membawa kita mengimbas

kembali sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan kasih sayang

Nabi Ismail yang berpaksikan ketaqwaan dan ketaatan

kepada Allah S.W.T. .Apakah kita telah memahami konsep di

sebalik pengorbanan itu? Sesungguhnya ganjaran Allah tidak

ternilai bagi hambaNya yang beriman dan sabar.

Seiring dengan perubahan zaman, mujahadah diri

melawan hawa nafsu dalam memburu keampunan dan

keredhaanNya merupakan satu penghijrahan dan

pengorbanan yang amat berat ujiannya. Semoga terus

istiqamah dalam penghijrahan diri ke arah kebaikan dan

meninggalkan yang batil dan berdoalah agar kita sentiasa

berada dalam petunjukNya serta dipandu ke jalan yang

diredhaiNya, InsyaAllah…Aminn Ya Rabb..

Salam Mawaddah…

Noor Azzah Mohd Yusof – Editor [email protected]

Tanggungjawab, Erti Pengorbanan & Sebuah Penghijrahan!

ADDEEN BIL.2 - M/S 02

Penaung

Datuk Dr. Rosti Bin Saruwono

Penasihat

Prof. Madya Hj. Zainal Abidin Bin Kidam

Tuan Haji Mokhtar bin Haji Ridzwan

Editor

Ustazah Noor Azzah binti Mohd Yusof

Pengarang

Ustaz Mohd Fathur Rahman bin Kasdiran

Ustaz Abdul Rahman bin Ridewan

Ustazah Zahidah binti Mohd Zain

Encik Nurdin bin Darman

Wartawan & Grafik

Encik Mohd Azlizad bin Sulaiman

Edaran

Ustaz Mohd Sofyan bin Razali

Jurufoto

Encik Mohd Azlizad bin Sulaiman

Penerbit

Pusat Islam ,

Universiti Industri Selangor ,

Jalan Timur Tambahan ,

45600 Batang Berjuntai , Selangor Darul Ehsan .

Tel : 03 - 3280 5059 / 5140 / 5132 / 5134 Email :

Page 3: RISALAH AD-DEEN 2

Oleh : Tuan Haji Mokhtar Bin Haji Ridzwan

BA (HONS) Syariah & Undang-Undang Azhar Cairo

Dip Pendidikan UKM

ADDEEN BIL.2 - M/S 03

Segala puji bagi Allah,

selawat dan salam kepada

sebaik-baik ciptaan Allah,

pemimpin dan teladan seluruh

ummat manusia, Nabi Muhammad

SAW dan keluarganya serta para

sahabatnya semuanya setelah

itu.

Kita sedang berada di musim haji,

mengingatkan kita kepada peristiwa besar

sejarah hidup dan pengorbanan keluarga

Nabi Ibrahim AS. Tidak berapa lama lagi

kita akan memperingati pula perjalanan

hijrah Nabi SAW yang penuh berkat, dan

saat ini sedang berada di bawah

naungannya yang setiap tahun kita selalu

ingati; hal ini menegaskan bahawa

pengorbanan dan hijrah merupakan satu

inspirasi yang tiada hujungnya, bekal yang

tidak akan pernah berhenti memberi

pengajaran dan ibrah yang selalu kita cari

dan perlukan, apalagi pada saat ini kita

sedang hidup dalam realiti yang penuh

dengan nista, terutama sekali kerana

kelemahan dan kemunduran.

Sebagaimana yang kita

maklumi, pengorbanan dan hijrah

merupakan titik tolak dan perubahan besar

kepada pembentukan negara Islam dan

kebangkitannya. Oleh sebab itu, dalam

pada kita mengingatinya, kita juga perlu

mengambil prinsip-prinsip utama dan titik

pusat yang sangat penting sebagaimana

yang telah diajarkan oleh al-Mustafa SAW

dan dijadikan panduan bagi kehidupan

kita semua. Pengorbanan dan hijrah juga

dapat dijadikan titik tolak terbesar bagi

ummat Islam menuju kebangkitan dari

kejatuhan yang ummat sedang menderita

ketika ini, kerana dengan titik pusat dan

prinsip-prinsip itulah dahulunya mampu

membina dan membimbing generasi awal

daripada para sabahat sehingga mampu

meletakkan di atasnya dasar-dasar negara

Islam pertama, dan mereka telah

memberikan impak besar kepada

pembangunan peradaban Islam

berabad-abad lamanya.

Sekiranya kita ingin

melakukan kebangkitan sebenarnya untuk

ummat ini dan mengembalikan kemuliaan

serta posisinya sebagai pemimpin di

kalangan ummat seluruhnya, maka kita

pelu mengambil banyak pengajaran dari

peristiwa korban dan perjalanan hijrah dan

berbagai prinsip dan

langkah-langkahnya, berusaha dengan

sungguh-sungguh untuk mempelajari

prinsip-prinsip ini baik untuk diri sendiri

mahupun realiti kehidupan kita.

Sekiranya kita ingin

mengembalikan kemuliaan dan

kewibawaan Islam serta kejayaannya

seperti yang telah diraih pada masa

sebelumnya maka sudah semestinya kita

perlu melengkapkan diri dengan

panji-panji yang telah diterapkan oleh nabi

Muhammad SAW dan

mengambil kesempatan sempena

memperingati peristiwa korban dan pada

tahun baru hijriyyah yang akan datang ini

dengan lebih banyak bekerja keras dan

bersungguh-sungguh serta berjuang untuk

membela Islam di semua peringkat dan

tingkatannya., meningkatkan amal baik,

taat dan ibadah kepada Allah SWT,

bersegera kembali kepada Allah dan

menghiasi diri dengan akhlak dan perilaku

Nabi SAW, serta menjadikannya sebagai

lampu yang menerangi dan menyinari

jalan hidup kita semua, sebagaimana kita

perlu melakukan banyak

pengorbanan dan menghijrahkan diri

daripada pelbagai perbuatan dosa dan

maksiat, dari ketidakadilan, kezaliman dan

kehinaan diri.

Di kesempatan kita menghayati

peristiwa Qurban, Pusat Islam UNISEL

mengucapkan kesyukuran kepada ALLAH

S.W.T dan mengucapkan kepada semua

pimpinan tertinggi UNISEL melalui

mesyuarat eksekutif UNISEL telah

menetapkan bahawa semua pelajar muslim

berpakaian sopan dan menutup aurat ,

semasa berada di kampus UNISEL

berkuatkuasa pada semester 2 2010/2011

ini.

Semoga keikhlasan menguatkua-

sakan etika pakaian menutup aurat ini

akan dipatuhi dengan baik dan tidak

akan wujud prasangka negatif kepada

mana-mana pihak . Sesungguhnya akan

lahir nanti generasi pelajar-pelajar kita

khususnya pelajar muslim menjadi insan

yang “Rabbani Melahirkan

Masyarakat Madani”

Penghijrahan Menuju Kepada - NYA…...

“ Sesungguhnya ALLAH S.W.T amat

mengasihi hamba-hamba-NYA yang ikhlas

mendaulatkan syariah NYA ”

Amin Ya Rabbal Alamin…..

Page 4: RISALAH AD-DEEN 2

Bulan Zulhijjah merupakan

bulan di mana terkandung dua

p e r i s t i w a p e n t i n g i a i t u

disyariatkan kepada umat Islam

untuk menunaikan ibadah Haji

dan ibadah Qurban bagi yang

berkemampuan. Ibadah haji

adalah merupakan lambang dan

penyatuan jiwa dan semangat

serta kesatuan akidah dan tujuan

hidup kaum muslimin.

Haji adalah merupakan salah

satu dari hukum Islam yang lima yang

wajib ditunaikan oleh setiap Muslim,

lelaki dan perempuan apabila cukup

syarat-syaratnya. Menurut jumhur

ulama', fardhu Haji mula diwajibkan

pada tahun ke enam Hijrah kerana

pada tahun itulah turunnya wahyu

Allah yang bermaksud:

"Dan tunai atau sempurnakanlah

ibadat haji dan umrah kerana

Allah"

(Surah Al- Baqarah ayat 196)

Dari segi sejarah, ibadah Haji

ialah syariat yang dibawa oleh junjun-

gan Nabi kita Muhammad S.A.W.

s e b a g a i m e m b a h a r u i d a n

menyambung ajaran Nabi Allah

Ibrahim A.S. Ibadat Haji mula

diwajibkan ke atas umat Islam pada

tahun ke-6 Hijrah, berdasarkan

turunnya ayat 97 surah Al-Imran yang

bermaksud :

" Dan Allah Taala mewajibkan

manusia mengerjakan ibadat haji

dengan mengunjungi Baitullah iaitu

sesiapa yang mampu dan berkuasa

sampai kepada-Nya dan sesiapa

yang kufur dan ingkar kewajipan

haji itu, maka sesungguhnya Allah

Maha Kaya dan tidak berhajatkan

sesuatu pun daripada sekelian

makhluk".

Pada tahun tersebut Rasulullah

S.A.W. bersama-sama lebih kurang

1500 orang telah berangkat ke

Makkah untuk menunaikan fardhu

haji tetapi tidak dapat mengerja-

kannya kerana telah dihalang oleh

k a u m Q u r a i s y s e h i n g g a l a h

mewujudkan satu perjanjian yang

dinamakan perjanjian Hudaibiah.

Perjanjian itu membuka jalan

bagi perkembangan Islam di mana

pada tahun berikutnya ( Tahun ke-7

Hijrah ), Rasulullah telah mengerja-

kan Umrah bersama-sama 2000 orang

umat Islam. Pada tahun ke-9 Hijrah

barulah ibadat Haji dapat dikerjakan

d i mana Rasulul lah S .A.W.

mengarahkan Saidina Abu Bakar

Al-Siddiq mengetuai 300 orang umat

Islam mengerjakan haji.

R A S U L L U L L A H S . A . W

MENUNAIKAN HAJI

Nabi kita Muhammad S.A.W

telah menunaikan fardhu haji sekali

sahaja semasa hayatnya. Haji itu

dinamakan "Hijjatul Wada'/ Hijjatul

Balagh/ Hij ja tul I slam a tau

Hijjatuttamam Wal Kamal kerana

selepas haji itu tidak berapa lama

kemudian baginda pun wafat.

Baginda telah berangkat ke Madinatul

Munawwarah pada hari Sabtu, 25

Zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama

isteri dan sahabat-sahabatnya seramai

lebih 90,000 orang Islam.

Baginda telah menyempurna-

kan amalan-amalan sunat Ihram,

memakai ihram dan berniat ihram di

Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan

nama Bir Ali, 10 km daripada

Madinah dan baginda sampai di

Makkah pada 04 Zulhijjah setelah

mengambil masa 9 hari dalam

perjalanan. Baginda berangkat ke

Mina pada 08 Zulhijjah dan

bermalam di situ.

Kemudian ke Arafah untuk

berwukuf pada 09 Zulhijjah yang

jatuhnya pada hari Jumaat. Rasulullah

S.A.W telah menyempurnakan semua

rukun dan wajib haji hingga 13

Zulhijjah. Dan pada 14 Zulhijjah,

Rasulullah S.A.W telah berangkat

m e n i n g g a l k a n M a k k a h

Al-Mukarramah menuju balik ke

Madinah Al-Munawwarah.

Daripada sejarah dan peristiwa

ringkas itu cubalah kita teliti betapa

Rasulullah S.A.W telah menyempur-

nakan haji dengan pengorbanan

Baginda bersama sahabat-sahabat

yang ber jalan dar i Madinah

Al -Mu na wwarah ke Makkah

Al-Mukarramah selama 9 hari

berbanding dengan kita pada hari ini

kita hanya menaiki kapal terbang.

Haji merupakan perlakuan

ibadah umat Islam sebagai tanda

kesyukuran dan keimanan kepada

Allah SWT bukan yang bersifat

kebendaaan atau keduniaan, ianya

perjalanan untuk menyatakan tauhid

dengan slogan dan laungan kalimah

suci, Allahhu Akhbar, Allah Maha

Besar, berulang-ulang kali dengan

keyakinan dan ketaqwaan, pengakuan

yang jelas dan tegas. Pengisytiharan

tauhid yang jelas dan laungan yang

tegas dan ucapan yang sama ,ianya

dilakukan serentak menyebut nama

Allah,

ADDEEN BIL.2 - M/S 04

"Labayk Allah Humma Labbyk,

Labbaykka La Syarikalak

Labbayk, Innal Hamda Wa

al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La

S y a r i k a l a k " , ( y a n g

bermaksud):"Aku sambut

panggilanMu, Ya Allah. Aku

sambut perintahMu. Aku sambut

panggilanMu. Sesungguhnya

segala puji, nikmat dan seluruh

kekuasaan adalah milikMu

sendiri. Tiada sekutu bagiMu."

Oleh : Ust. Abdul Rahman Bin Ridewan

Page 5: RISALAH AD-DEEN 2

Lafaz ini dilaungkan adalah

simbolik menentang syirik, kezaliman

dan kesesatan yang dilakukan oleh

manusia yang tidak mentauhidkan

Allah sekaligus meningkatkan

keyakinan kepada Allah Yang Maha

Esa . Ianya juga merupakan

perjuangan dan pengorbanan dalam

menempuhi kesulitan demi kesulitan,

kekurangan demi kekurangan ketika

menunaikan ibadah Haji. Semua yang

berlaku ini mendekatkan diri kita

kepada Allah seterusnya memantap-

kan jiwa manusia untuk mewujudkan

kesatuan tujuan hidup, yaitu berbakti

kepada Yang Maha Esa dan berjuang

untuk mencapai keredhaanNya.

Ibadah Haji memerlukan tahap

fizikal dan spiritual yang tinggi, dari

pemakaian ihram yang putih

membawa pengertian suci. Orang

yang telah melaksanakan haji harus

memiliki kebersihan hati. Sesung-

guhnya hati yang mati dan gelap

berasal dari hati yang dikendalikan

oleh hawa nafsu.

Orang yang berpakaian ihram

s a m a s e p e r t i o r a n g y a n g

dikafankan.Jelas menunjukkan

kepada kita, manusia harus bersedia

setiap saat menyongsong kematian

ini. Maka Allah telah berfirman

sebaik-baiknya bekalan adalah

TAQWA. Dan setiap gerakan dalam

menunaikan Haji seperti Tawaf, sa,i

dan melontar jamrah terkandung

rahmat, keinsafan dan kita seharusnya

terus berusaha bergerak dan bertindak

memperbaiki diri kita dan seterusnya

kepada masyarakat.

Manakala ibadah Qurban

pula bermaksud menyembelih haiwan

yang tertentu jenisnya daripada

ternakan yang dikategorikan sebagai

al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk

kerbau), biri-biri dan kambing pada

Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10

Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik

(11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana

bertaqarrub (mendekatkan diri)

kepada Allah.

Mari kita imbas kembali

sejarah qurban itu di mana ianya

ada tiga peristiwa iaitu : zaman

Nabi Adam (AS) zaman Nabi

Ibrahim (AS) dan pada zaman

Nabi Muhammad SAW.

Pertama pada zaman Nabi

Adam As.

Qurban dilaksanakan oleh

putera-puteranya iaitu bernama Qabil

dan Habil. Kekayaan yang dimiliki

oleh Qabil mewakili kelompok

petani, sedang Habil mewakili

kelompok penternak. Saat itu sudah

mula perintah, siapa yang memiliki

harta banyak maka sebahagian har-

tanya dikeluarkan untuk qurban.

Sebagai petani si Qabil menge-

luarkan qurbannya dari hasil perta-

niannya dan sebagai peternak si Habil

mengeluarkan haiwan-haiwan peli-

haraanya untuk kurban, untuk siapa

semua itu diqurbankan, padahal

waktu itu manusia belum banyak.

Diterangkan dalam sejarah, harta

yang diqurbankan itu disimpan di

suatu tempat iaitu di Padang Arafah.

Baik buah-buahan yang

diqurbankan si Qabil maupun haiwan

ternak yang diqurbankan si Habil,

dari kedua orang tersebut mempunyai

sifat berbeza. Si Habil mengeluarkan

haiwan diqurbankan dengan tulus

ikhlas. Dipilih haiwan yang gemuk

dan sihat, dan dia taat terhadap petun-

juk ayahnya Nabi Adam.Berbeza den-

gan si Qabil, Dia memilih buah-

buahan yang tidak elok.

Ketika keduanya melaksana-

kan qurban, ternyata yang habis

adalah qurban yang dikeluarkan oleh

si Habil sementara buah-buahan yang

dikeluarkan si Qabil tetap utuh, tidak

berkurang. Hal ini dijelaskan oleh

Allah dalam Al-Qur‟an surat Al-

Maidah ayat 27 :

"Ceritakan kepada mereka kisah

kedua putra Adam (Habil dan Qabil)

menurut yang sebenarnya, ketika

keduanya mempersembahkan qur-

ban, maka diterima dari salah seo-

rang dari meraka berdua (Habil)

dan tidak diterima dari yang lain

(Qabil), Ia berkata : "Aku pasti

membunuhmu!" Berkata Habil "

Sesungguhnya Allah hanya mene-

rima (kurban) dari orang-orang

yang bertakwa".

Qurban si Habil di terima Al-

lah SWT kerana dia mengeluarkan

sebahagian hartanya yang bagus dan

dikeluarkan dengan tulus dan ikhlas.

Sementara si Qabil mengeluarkan

sebahagian harta yang tidak elok dan

terpaksa. Oleh kerana qurban tidak

diterima Allah, akhirnya si Qabil

menaruh dendam kepada si Habil.

Kedua, pada zaman

Nabi Ibrahim As.

Dikisahkan dalam Al-Qur'an

surat Ash-Shafaat ayat 100-111 yang

menceritakan mengenai qurban dan

pengorbanan. Ketika Nabi Ibrahim

berusia 100 tahun beliau belum juga

dikurniakan putera oleh Allah dan

beliau selalu berdoa: Ya Tuhanku,

anugerahkanlah kepadaku seorang

anak yang soleh" (Q.S : 37:100)

Kemudian dari isterinya yang

kedua iaitu Siti Hajar lahirlah seorang

putera, ia lahir di tengah-tengah

padang pasir yang kemudian dikenali

dengan Mekkah. Pada saat Nabi Ibra-

him diberi petunjuk oleh Allah, agar

meninggalkan isterinya Siti Hajar

dengan seorang puteranya dan diper-

intahkan menemui isterinya yang

pertamanya iaitu Siti Sarah yang

berada di Yerussalem kota tempat

Masjidil Aqsa. Beliau meninggalkan

beberapa potong roti dan air untuk

Siti Hajar dan Ismail.

ADDEEN BIL.2 - M/S 05

Page 6: RISALAH AD-DEEN 2

Pada waktu Si t i Hajar

kehabisan makanan dan air, ia melihat

disebelah timur ada air yang ternyata

adalah fatamorgana yaitu di Bukit

Sofa. Di situ Ismail ditinggalkan dan

Siti Hajar naik Kebukit Marwah serta

kembali ke Sofa sampai berulang

tujuh kali, tapi tidak juga mendapat-

kan air sampai ai kembali ke Bukit

Marwah yang terakhir. Dia merasa

bimbang terhadap anaknya kemungki-

nan Ismail kehausan, kemudian dilihat

kaki Ismail bergerak-gerak di atas

tanah dan tiba-tiba keluar air dari

dalam tanah. Siti Hajar berlari ke

bawah sambil berteriak kegiran-

gan :"zami-zami?" tempat itulah yang

menjadi telaga Zam-zam. Di situlah

Siti Hajar dan Nabi Ismail di padang

pasir yang kering kontang yang

ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim dan

ditempat itulah Allah SWT. menetap-

kan ianya sebagai tempat ibadah haji.

Allah SWT, berfirman dalam

surat Al-Hajj : 27 : "Dan berserulah

kepada manusia untuk mengerjakan

Haji , nescaya akan datang

kepadamu dengan berjalan kaki, dan

menaiki unta kurus yang datang

dari segenap penjuru yang jauh".

Kemudian di Yerusalem tern-

yata Siti Sarah hamil yang melahirkan

seorang putera yang diberi nama

Ishak. Nabi Ibrahim diperintahkan

lagi oleh Allah untuk kembali ke

Mekkah untuk melihat isteri dan

anaknya yang pertama iaitu Nabi

Ismail, yang rupanya sudah mulai

besar. Dalam suatu riwayat kira-kira

berusia 6-7 tahun. Sejak dilahirkan

sampai besar itu Nabi Ismail menjadi

kesayangan. Tiba-tiba Allah memberi

ujian kepadanya, sebagaimana firman

Allah dalam surat Ash Shaffaat : 102 :

"Maka tatkala sampai (pada usia

sanggup atau cukup) berusaha ber-

sama Ibrahim, Ibrahim berkata : Hai

anakku aku melihat dalam mimpi

bahawa aku menyembelihmu. Maka

fikirkanlah apa pendapatmu " Ia

menjawab: "hai ayahku lakukanlah

apa yang diperintahkan kepadamu,

Insyaallah kamu akan mendapatiku

termasuk orang-orang yang sabar".

Dalam mimpinya ia mendapat

perintah dari Allah supaya menyem-

belih puteranya Nabi Ismail dan

sampai di Mina beliau menginap,

beliau mimpi yang sama. Demikian

juga ketika di Arafah malamnya di

Mina, masih bermimpi yang sama

juga. Betapa ujian Berat kepada Nabi

Ibrahim as. Supaya menyembelih

putra kesayangannya. Itulah yang

dijelaskan dalam surat Ash-Shaffaat

ayat 102.

Setelah terjadi dialog dengan

puteranya. Ibrahim mengajak

puteranya Nabi Ismail, kira-kira

antara ratusan meter dari tempat

tinggalnya (Mina), baru lebih kurang

70-80 meter berjalan, syaitan

menggoda isterinya Siti Hajar: "Ya

Hajar! Apakah benar suamimu yang

membawa parang akan menyembelih

anakmu Ismai l yang sedang

membesar itu?". Akhirnya Siti Hajar,

sambil berteriak-teriak: "Ya Ibrahim,

ya Ibrahim mahu dibawa kemanakah

anakku?" Tapi Nabi Ibrahim tetap

melaksanakan perintah Allah SWT,

ditempat itulah dimana pada tanggal

10 bulan Dzulhijjah bagi jemaah haji

disuruh melontar batu dengan mem-

baca : Bismillahi Allahu Akbar. Hal

tersebut mengandung arti bahwa kita

melontar syaitan atau sifat-sifat

syaitan yang ada di dalam diri kita.

Akhirnya tibalah mereka di Jabal Q

urban kira-kira 200 meter dari

tempat tinggal Nabi Ibrahim dan Nabi

Ismail, sebagaimana di firmankan

o l e h A l l a h d i d a l a m s u r a t

ASH-Shaffaat ayat 103-107: "Tatkala

keduanya telah berserah diri dan

Ibrahim membaringkan anaknya

atas pelipis (nya), (nyatalah kesa-

baran keduanya kamu telah mem-

benarkan mimpi itu, sesungguhnya

demikianlah Kami memberi balasan

kepada orang yang berbuat baik".

Sesungguhnya ini benar-benar suatu

ujian yang nyata. Dan Kami tebus

anak itu dengan seekor

sembelihan yang besar ".

Dan yang ketiga, dalam Zaman

Nabi Muhammad SAW.

Masalah qurban diceritakan

kembali iaitu di dalam surat

Al-Kautsar ayat 1-3 : "Sesungguhnya

Kami telah memberikan kepadanya

nikmat yang banyak, Maka

dirikanlah solat karana Tuhanmu,

dan berqurbanlah. Sesungguhnya

orang-orang yang membenci kamu

dialah yang terputus".

- Qurban disyariatkan

sebagaimana firman Allah SWT

dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :

Maksudnya : "Maka kerjkanlah

sembahyang kerana Tuhanmu se-

mata-mata dan sembelihlah

korban sebagai bersyukur".

- Allah S.W.T.juga telah

berfirman dalam Surah Al-Haj ayat

37 :

Maksudnya: "Daging dan darah

binatang korban atau hadiah ti-

dak sekali-kali akan sampai

kepada Allah, tetapi yan sampai

kepadaNya ialah amal yang

ikhlas berdasarkan taqwa dari

kamu".

- Ibadah Qurban juga

diperintahkan sepertimana sabda

Rasulullah S.A.W. yang

bermaksud :

"Aku diperintahkan dengan men-

yembelih korban itu dan ia adalah

sunat ke atas kamu".

(Hadis riwayat Tirmidzi)

Ib a d a h Qu r ba n d ap a t

mendekatkan diri kepada Allah

SWT..Ianya lambang ketaatan dan

ketaqwaan, serta penyerahan jiwa.

Juga merupakan penyucian dari

dosa tatkala kita benar-benar ikhlas

melakukannya. Iaitu sebagai

kifarah bagi pelakunya, sama ada

disebabkan kesilapan-kesilapan

yang telah dilakukan ataupun

dengan sebab kecuaiannya dalam

menunaikan kewajipan.

Seterusnya,qurban juga

bersifat persaudaraan kerana

mengeratkan hubungan sesama

manusia dan mengorbankan

sebahagian harta untuk dikongsikan

bersama fakir miskin.

ADDEEN BIL.2 - M/S 06

Page 7: RISALAH AD-DEEN 2

Oleh : Ust. Fathur Rahman Bin Kasdiran

Kehadiran Bulan Muharam sebagai Tahun Baru Hijrah bagi

seluruh Umat Islam diseluruh Dunia. Bulan Muharam dianggap

bulan mulia dan terpuji. Rasulullah S.A.W sendiri menyebut Bulan Muharam sebagai Bulan Allah.

Dengan perpindahan Tahun baru Hijrah dari

tahun 1431 ke Tahun 1432H bermakna umur kita

telah meningkat dan jangka hayat kita makin

berkurangan. Apa yang diharapkan dalam

memasuki Tahun Baru Hijrah ini kita akan menjadi

lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Inilah

langkah orang bijaksana yang menjadikan masa

lampaunya sebagai iktibar untuk pedoman masa

akan datang.

Firman Allah dalam Surah al-Faatir ayat 37

yang bermaksud, Bukankah Kami telah

melanjutkan umur kamu dan memberi masa yang

cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh

sesiapa yang suka berfikir dan beringat. Dan

kamu pula telah didatangi oleh Rasul yang

memberi peringatan/amaran

Pada Tahun Baru Hijrah ini kita perlu

bermuhasabah diri, iaitu menilai diri sendiri,

membuat sesuatu tindakan yang lebih baik bagi

menghadapi masa hadapan. Tujuan utama

muhasabah ialah bagi mengetahui kekuatan,

ancaman, peluang dan yang lebih pentinga ialah

mengenalpasti kelemahan yang wujud, dan pada

masa yang sama mengambil tindakan untuk

memperbaikinya.

Dalam maksud yang lebih luas kita diajak

menoleh ke belakang untuk melihat adakah setiap

perkara yang dilakukan telah mengikut panduan

yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Muhasabah mengajak kita menggunakan

masa dan peluang serta ruang yang ada bagi

menilai kembali peranan, tugas dan tanggung-

jawab kita kepada Allah S.W.T. Apakah kita telah

menjadi pembela Islam atau turut sama menghina

dan mencela seperti orang kafrir mencelanya?

Apakah kita juga turut sama merancang dan me-

laksanakan pelbagai aktiviti yang nyata bercang-

gah dengan kehendak syariat Islam? Apakah kita

juga turut sama merancang dan melaksanakan pel-

bagai aktiviti yang nyata bercanggah dengan ke-

hendak syariat, walaupun dalama masa yang sama

kita juga melaksanakan aktiviti yang memang se-

laras dengan tuntutan syariat Islam.

ADDEEN BIL.2 - M/S 07

Page 8: RISALAH AD-DEEN 2

Kebejatan moral dan

merundumnya akhlak remaja kita

tidak perlu diperkatakan lagi. Suatu

reliti yang harus kita terima.

Kefasadan berlaku bukan setakat

memalukan, tetapi lebih buruk dari

itu. Jika perkara ini berterusan,

sudah tentu Umat Islam hilang daya

tahan, daya saing, daya juang serta

terpinggir dan merempat di negara

sendiri.

Sesungguhnya tugas umat

Islam kini amat besar dan

mencabar. Kita perlu menyediakan

setu generasi yang kuat, bagi

mewarisi tugas menyampaikan

wahyu Ilahi. Kita tidak seharusnya

meninggalkan generasi umat yang

akan datang dalam keadaan yang

serba lemah dan tidak mampu

menghadapi cabaran. Tidakkah kita

merasa bersalah kerana

membiarkan mereka sebagai

zurriyatan Dhu”afak (Anak-anak

yang dah‟if /lemah) mengharungi

masa depan tanpa bekalan

kekuatan ?.

Di sinilah muhasabah men-

jadi penting dan amat bermakna

untuk dilakukan oleh semua. Masih

belum terlambat bagi umat Islam

hari ini untuk melupakan segala

perbedaan pendapat, bangasa,

warna kulit, perbezaan fahaman

politik dan sebagainya.

Sesungguhnya Umat Islam hari ini

tidak mempunyai pilihan selain

daripada bersatu tenaga, bersatu

fikrah dan tujuan, bersatu perasaan

dan harapan, keyakinan dan

wawasan untuk sama-sama

memacu generasi masa kini bagi

persediaan kecemerlangan Negara

masa hadapan. Marilah kita

jadikan hari ini lebih baik daripada

semalam, agar kita tergolong dari

kalangan orang-orang yang

Berjaya di dunia dan di akhirat.

Aminn.

PERISTIWA SEMASA

HIJJATUL WADA'

Di masa wukuf terdapat

beberapa peristiwa penting yang

boleh dijadikan pegangan dan pan-

duan umat Islam telah berlaku, di

antara ialah seperti berikut :

- Rasulullah S.A.W minum susu

di atas unta supaya dilihat oleh

orang ramai bahawa hari itu

tiada puasa atau tidak sunat

berpuasa pada hari wukuf.

- Seorang Sahabat jatuh dari

binatang tunganggannya lalu

mati, Rasulullah S.A.W.

menyuruh supaya mayat itu

dikafankan dengan 2 kain ihram

dan tidak membenarkan

kepalanya ditutup atau

diwangikan jasad dan kafannya.

Sabda Baginda pada ketika itu

bahawa " Sahabat itu akan

dibangkitkan pada hari kiamat

di dalam keadaan berihram dan

bertalbiah".

- Rasulullah S.A.W. menjawab

soalan seorang ahli Najdi yang

bertanyakan " Apakah itu

Haji ?". Sabdanya yang

bermaksud " Haji itu berhenti di

Arafah". Siapa tiba di Arafah

sebelum naik fajar 10 Zulhijjah

maka ia telah melaksanakan

haji.

- Turunnya ayat suci

Al-Quranul Karim surah

Al-Maidah yang bermaksud :

" Pada hari ini aku telah

sempurnakan bagi kamu agama

kamu dan aku telah cukupkan

nikmatku ke atas kamu dan aku

telah redha Islam itu menjadi

agama untuk kami"

ADDEEN BIL.2 - M/S 08

Page 9: RISALAH AD-DEEN 2

Oleh : Zahidah Bte Muhd Zain

Kalau dahulu…………

Seorang anak gadis yang berusia 20 tahun dianggap anak dara tua jika belum berkahwin, tetapi sekarang ini tidak lagi kerana pada usia itu masih ramai yang sedang berada di IPT. Semua ibubapa apabila umur anak perempuannya meningkat 25 tahun dan belum mempunyai teman lelaki mulalah rasa gelisah takut-takut anaknya tak dipinang…….

Biar lambat jodoh asalkan mendapat lelaki yang

soleh dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa

lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Adakah kualiti atau kuantiti yang menjadi penentunya? Itulah

hakikatnya apabila bercerita tentang isu lambat jodoh

apatah lagi ada yang sering mengaitkan mereka dengan

istilah andartu,anak dara tua, andalusia dan anak dara

tidak laku.

Saya teringat akan artikel (Free As A Bird? Well

-being and Family life Attitudes of Single Young

Adults) yang di baca baru-baru ini menyebut bahawa

ada 4 jenis golongan membujang. Shoctak (1987) telah

mengkategorikan golongan membujang kepada 4 jenis

iaitu : Ambivalent , wishful, resolved dan regreteful.

Secara ringkasnya Golongan Ambivalent

merujuk kepada pilihan individu itu sendiri untuk

hidup membujang dan menganggap status belum

kahwin ini adalah sementara. Mereka tidak mencari

pasangan untuk tujuan berkahwin namun mereka

bersikap terbuka terhadap cadangan berkahwin.

Mereka ini biasanya terdiri daripada golongan lelaki

dan perempuan awal dewasa yang secara aktifnya

terlibat dengan pendidikan, karier atau seronok dengan

kehidupan masing-masing.

ADDEEN BIL.2 - M/S 09

Page 10: RISALAH AD-DEEN 2

Golongan kedua adalah kategori Wishful yang

merupakan individu yang secara terpaksa hidup

membujang dan menganggap pembujangan adalah

sementara. Mereka secara aktif mencari pasangan

untuk berkahwin tetapi masih gagal. Mereka yang

tergolong dalam bujang jenis ini sedar bahawa mereka

ingin berkahwin seperti pasangan lain.Dalam kes

golongan ini berlaku kerana belum ditemui jodoh yang

sesuai.

Bagi golongan yang ketiga Resolved merujuk

kepada golongan individu yang menganggap diri

mereka bujang untuk selamanya. Terdapat peratusan

yang sangat kecil yang memilih untuk menjadi bujang

jenis ini. Mereka lazimnya merupakan para rahib, pen-

deta atau sami. Dari sudut Islam, tidak ada istilah tidak

boleh kahwin malah mereka digalakan berkahwin.

Golongan yang terakhir Regreteful merupakan

golongan individu yang ingin berkahwin tetapi

menganggap bahawa takdir telah menentukan mereka

kekal membujang dan tidak berkahwin. Kebanyakan

mereka terdiri daripada wanita yang berpendidikan

tinggi dan berumur lebih daripada 40 tahun dan mem-

punyai gaji yang besar.

Tidak dinafikan bahawa kahwin awal digalakan

bahkan dalam Hadis Rasulullah s.a.w. : “Nikah adalah

sunnahku, maka barang siapa yang cintakan agamaku

hendaklah dia menjalankan sunnahku itu.” (riwayat

Abu Ya‟la dari Ibnu Abbas r.a.)

Islam adalah agama yang menganjurkan

perkahwinan, malah tiada agama yang tidak

menganjurkan perkahwinan kerana perkahwinan

adalah satu-satunya yang menghalalkan perhubungan

untuk membina keluarga dan menambahkan

umat manusia. Namun begitu soal jodoh lambat atau

kahwin awal itu semua takdir tuhan. Sebenarnya, tidak ada gadis yang sanggup dige-

lar andartu di sebabkan lambat mendapat jodoh. Ada

saja suara sumbang yang mengata dan memburukkan

golongan ini. Berbagai tohmahan dan ayat yang tidak

elok keluar dari mulut orang seterusnya masyarakat

setempat dan jiran mula memandang serong akan

mereka.

Istilah perigi mencari timba kadang-kadang

membuatkan ramai wanita takut kerana perkara itu

agak memalukan.Menurut Ust Zaharuddin Abd

Rahman tidak salah bagi wanita untuk menjadi perigi

mencari timba apabila wanita berkenan kepada lelaki

yang baik. Seperti mana tindakan khadijah yang

menggunakan orang tengah dan juga seorang wanita

lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya

kepada Baginda SAW.

Namun satu hakikat yang tidak dapat dinafikan,

apabila pihak wanita yang memulakan langkah pertama

untuk merisik, masyarakat kita lazimnya akan

memandang serong dan menyebarkan tanggapan yang

kurang baik. Malah seakan-akan menjadi satu

kemestian bahawa hanya pihak lelaki sahaja yang

berhak untuk merisik dan meminang.

Sebagai wanita kita memang mempunyai hak

untuk memilih. Perkahwinan adalah satu ikatan yang

suci dan kita mahu perkahwinan tersebut menjadi

perkahwinan kita yang pertama dan terakhir.Walau

bagaimanapun, janganlah memilih pada perkara-

perkara yang tidak sepatutnya. Seperti yang dianjurkan

Islam, pilihlah yang beragama kerana jika dipilih itu

yang cantik, kecantikan boleh hilang. Begitu juga jika

yang dipilih itu ialah kekayaan dan keturunan. Jadi,

kalau anjuran agama ini dipatuhi, insyaAllah akan

bahagia.

Selain itu kita sebagai wanita kalau dapat ber-

kahwin dengan jodoh yang baik kahwinlah walaupun

jodoh lambat. Janganlah tuntutan agama ini ditangguh-

tangguh demi untuk mendapatkan keseronokan hidup

membujang yang tidak akan ada penghujungnya.

Ikhtiarkanlah melalui saluran-saluran yang baik dan

sopan agar jodoh itu dipertemukan mahupun

sentiasalah berdoa supaya mendapat jodoh.

“ Ya Tuhanku janganlah Engkau

membiarkan aku hidup seorang diri, dan

Engkaulah Waris Yang Paling

Baik.” (Surah al-Anbiya’ ayat 89).

Ingatlah kita wahai wanita sebaik-baik jalan untuk mendapatkan keredhaanNya ialah sentiasa berusaha mengingati Tuhan yang Maha Esa, berusaha mencari jodoh,berdoa meminta pertolongan dan redha akan musibah yang mendatang...

ADDEEN BIL.2 - M/S 10

Page 11: RISALAH AD-DEEN 2

Sempena ketibaan bulan Ramadhan, Pusat Islam menganjurkan “Program Ihyak Ramad-han 1431H” di mana terdapat banyak pengisian program dijalankan sepanjang tempoh itu. Antaranya adalah Solat Sunat Tarawih, Tadarus Al-Quran,Tazkirah Ramadhan selepas solat zohor,Seminar Tahsin Al-Quran, Iftar Jamaie (Berbuka puasa beramai-ramai),Majlis Khatam Al-Quran, Iktikaf dan Qiamullail serta Tabung Ihyak Ramadhan. Sambutan program ihyak Ramadhan pada tahun ini meriah seperti biasa. Bagi pelajar inilah peluang mereka untuk berbuka puasa di masjid kerana sepanjang bulan Ramadhan, pihak Masjid telah men-yediakan juadah iftar untuk bilangan 250 orang . Bagi Seminar Tahsin Al-Quran, Pusat Islam menjemput para penceramah dari Institut Darul Quran , JAKIM membahaskan tentang tajwid dan bacaan yang betul.

Seminar ini dianjurkan dengan kerjasama Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Ianya telah dihadiri oleh para pelajar,staf UNISEL dan orang awam. Seterusnya, acara kemuncak pro-gram Ihyak Ramadhan adalah pada 26 ogos 2010 di mana 3 program digabungkan iaitu Khatam Al-Quran selepas Asar, diikuti Iftar Jamaie beramai-ramai,Solat Maghrib berjemaah. Sambutan Majlis Khatam al-Quran pada kali ini meriah dengan adanya penyertaan pelajar dari Residen Komuniti Siswa seramai 115 orang. Ini adalah hasil kerjasama Pusat Islam dan Jawatankuasa Fello Residen Komuniti Siswa. Selepas maghrib, diadakan majlis pen-yampaian sumbangan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Rosti bin Saruwono kepada anak-anak yatim Kg. Bestari Jaya.

Program ini juga dihadiri oleh Top management Unisel seperti Prof. Madya Zainal Abidin Bin Kidam, Prof. Ir. Dr. Mohamed bin Daud dan Datuk Latifah Binti Hassan. Ke-mudian para jemaah menunaikan solat Isyak bersama dan yang paling istimewa ialah solat Tarawih diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Selangor iaitu Yang Berbahagia Ustaz Haji Ahmad Mustafa Bin Mohd Sidin Al-Mukriq. Tamat Solat Terawih beliau menyampaikan ceramah sempena Nuzul Al-Quran. Majlis berakhir pada jam 11.00 malam.

Oleh : Pusat Islam

5 Ogos 2010 ( Khamis) – Pusat Islam telah menganjurkan “Program Sehari Bersama Tabung Haji” bertempat di Ruang legar, Bangunan Canselori bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang. Bilangan penyertaan agak menggalakkan, di mana para pelajar dan staf yang mendaftar untuk membuka akaun Tabung Haji seramai 105 orang. Program ini dirasmikan oleh Pengarah Pusat Islam dan seterusnya taklimat Tabung Haji disampaikan oleh Pengurus cawangan Tanjung Karang iaitu Tuan Hj. Syukur Bin sudin. Beliau merupakan seorang yang peramah dan tidak segan untuk berkongsi pengalaman bekerja di Tabung Haji. Beliau juga mengulas lebih lanjut tentang sejarah penubuhan Tabung Haji, prosedur membuka akaun dan latihan kerjaya di Tabung Haji. Selain itu ,Pihak kami juga menjemput wakil agensi Travel Al-Kawsar iaitu Ustaz Yusaini bin Abdullah bersama stafnya untuk memberi penerangan tentang pakej-pakej haji dan umrah yang ditawarkan. Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai perkhidmatan Tabung Haji serta memberi tip-tip berkaitan menabung dan persediaan sebelum menunaikan Haji. Kaunter pendaftaran akaun telah dibuka sepanjang hari,juga disediakan pendaftaran potongan gaji bagi staf untuk simpanan Tabung Haji.

PROGRAM SEHARI BERSAMA TABUNG HAJI

PROGRAM IHYAK RAMADHAN ( 10 OGOS – 9 SEPTEMBER 2010)

ADDEEN BIL.2 - M/S 11

Page 12: RISALAH AD-DEEN 2

Oleh : Cik Noor Azzah Bte Mohd Yusof

ع أب ىـررة رض هللا عنو قال ،

كم : قال رسل هللا صه هللا عهو سهى

سالي ي انناس عـهو صذقت كم و تطهع

فو انشس تعذل ب اثن صذقت تع

انرجم ف دابتو فـتحهـو عـهيا أ ترفع نـو

عـهيا يتاعو صذقت انكـهت انطبت صذقت

بكم خطة تشـيا إن انصالة صذقت

راه . تط األر ع انطرـق صـذقت

.انبخار يسهى

Dari Abu Hurairah RadiyaLLahu „Anh

katanya : Telah bersabda Rasulullah Sal-

lahu „Alaihi Wasallam : Tiap-tiap anggota

daripada manusia sadaqah atasnya pada

tiap-tiap hari yang terbit padanya

matahari. Engkau berlaku adil antara dua

orang yang berbalah, adalah menjadi sa-

daqah dan engkau menolong seorang lelaki

yang mengangkat baginya barang-

barangnya ke atas adalah menjadi sadaqah.

Dan pada tiap-tiap langkah yang engkau

membuang bahaya dari jalan juga menjadi

sadaqah.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Hadis di atas merujuk kepada keperibadian dan

akhlak seorang manusia, iaitu setiap anggota dan

perbuatan mempunyai nilai dari sudut agama. Nilai

tersebut adalah dengan tujuan kebaikan dan dianggap

sadaqah. Sadaqah bukan sahaja dinilai melalui harta

benda akan tetapi melalui anggota dan perbuatan. Ianya

akan mendapat ganjaran atau pahala dari Allah.

Rasulullah menyatakan bagi mereka yang tidak mampu

bersedekah dengan harta,mereka juga boleh bersedekah

dengan mengerjakan amalan kebaikan sebagaimana

yang dianjurkan, sesuai dengan hadis Muslim dari

riwayat Jabir :

كــم يعرف صذقت

“ Tiap-tiap kebajikan adalah sadaqah.”

Sebagaimana yang dikata oleh ulama‟ salaf :

انشــكر تــرك انـعاص

“ Syukur itu meninggalkan segala maksiat.”

Syukur dari pengertian Islam

bermaksud menggunakan anggota

dan nikmat ke arah kebaikan iaitu

taat pada perintah Allah dan

menjauhi maksiat dengan

mencegah anggota lahir dan

batin dari melakukannya.

Setiap anggota dan

perbuatan

yang dilakukan untuk

kebaikan

juga adalah sebagai tanda

syukur kepada

Allah SWT.

ADDEEN BIL.2 - M/S 12

Page 13: RISALAH AD-DEEN 2

Sedekah terbahagi kepada 2 perkara iaitu ; 1. Sedekah yang dilakukan kerana diri sendiri. Iaitu faedah yang diperolehi adalah untuk orang yang melakukannya seperti bertasbih, tahlil, tahmid, takbir, istighfar, membaca al-Quran dan berjalan untuk datang ke masjid.

Pada hadis Ibnu ‘Umar, Rasulullah bersabda :

ي قال سبحــا هللا ، انحـذهلل ، ال إنـو إال ”

هللا ، هللا أكـبر،

“كـتب نو بكـم حــرف عشــر حســناث

Barangsiapa berkata :

“Subhanallah” dan “Alhamdulillah”

dan “La ilaha illallah” dan “Allahu

Akbar” dituliskan kepadanya bagi tiap

-tiap huruf itu sebanyak sepuluh

kebaikan” Dan pada hadis yang lain bermaksud :

“ bahawa sejak pagi-pagi lagi tiap-tiap anggota salah seorang kamu jadi sadaqah. Maka tiap-tiap tasbih sadaqah,tiap-tiap tahmid sadaqah, tiap-tiap tahlil sadaqah,tiap-tiap takbir sadaqah, suruhan kebaikan sadaqah, mencegah kejahatan sadaqah. Dan memadai dari yang demikian itu oleh dua rakaat solat dhuha yang didirikan.

Hadis di atas menerangkan bagi setiap orang yang berzikir akan memperolehi ganjaran yang banyak. Begitu juga seorang yang menggunakan segala anggota untuk kebaikan dan segala yang diharuskan merupakan amal sadaqah untuk dirinya sendiri. Sesunguhnya ia merupakan suatu kelebihan dan kurnian yang besar dari Allah SWT untuk hambaNya.

2. Sedekah yang dilakukan untuk orang lain. Iaitu manfaat diperolehi oleh orang lain akan tetapi ganjaran bagi orang yang melakukan. Sadaqah seperti ini adalah dengan cara membuat kebaikan atau ihsan kepada orang lain. Menyeru kepada mentaati Allah dan menjauhi laranganNya serta maksiat adalah salah satu bentuk sadaqah untuk orang lain. Ia dikira lebih afdhal berbanding sadaqah dengan harta benda. Segala bentuk kebaikan yang dilakukan oleh orang Islam untuk kebaikan orang lain adalah menjadi sadaqah bagi dirinya walaupun manfaatnya untuk orang lain. Antaranya mengajarkan ilmu yang berguna, menghilangkan bahaya di jalan sama ada duri,kayu, kaca atau pun najis untuk laluan orang lain, menolong orang lain dengan apa saja yang membawa kepada keringanan dari kesusahannya, memberi teguran dan nasihat, manis muka dan senyum kepada rakan apabila bertemu, memberi salam dan menjawabnya, berdoa dan memohon keampunan umat Islam. Begitu juga dengan menanam pokok kemudian dimakan manusia atau binatang dan kebaikan seseorang melanjutkan tempoh pembayaran hutang seseorang kerana kesusahan yang dialami merupakan sadaqah bagi diri orang lain dan manfaat diperolehi bersama di samping dapat mengeratkan persaudaraan sesama insan. Rujukan : Hadis 40 (terjemahan dan syarahan) – Mustafa Abdul Rahman, Dewan Pustaka Fajar,2001.

ADDEEN BIL.2 - M/S 13

Page 14: RISALAH AD-DEEN 2

Hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

“ Sesungguhnya Allah mengasihi akan

hambanya jika ia melakukan sesuatu

pekerjaan ,dilakukan dengan tekun.”

(Riwayat Baihaqi dari Aishah R.A)

Dari perspektif Islam, kerja adalah satu kegiatan

yang dituntut kepada umat Islam melakukannya,

hukumnya adalah wajib dengan syarat sesuatu

pekerjaan itu diharuskan oleh syarak dan dikategorikan

sebagai ibadah di sisi Allah SWT.

Pekerjaan merupakan satu kemuliaan , amanah,

tanggungjawab, bahkan ibadah dan jihad serta

penerapan nilai-nilai murni ke arah mencapai

“kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat”.

Islam menekankan konsep keikhlasan dalam

pekerjaan serta melakukannya dengan penuh

tanggungjawab,tekun dan cekap. Seterusnya pekerjaan

yang dilakukan tidak menghalang seseorang itu

menunaikan kewajipan kepada Allah SWT.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

“ Wahai orang-orang yang beriman, jan-

ganlah harta kamu dan anak-anak kamu Mela-

laikan kamu daripada mengingati Allah. Dan se-

siapa yang berlaku begitu, maka Mereka adalah

orang-orang yang rugi.”

(Surah al-Munafiqun : Ayat 9)

Seseorang yang mengamalkan nilai-nilai Islam

dalam etika kerja dapat membentuk keperibadian dan

kepimpinan yang cemerlang serta mewujudkan satu

budaya kerja yang berkualiti, membentuk organisasi

yang utuh dan berjaya .Secara tidak langsung akan

memberi kepuasan dan meningkatkan motivasi untuk

te rus berbakt i bukan sekadar mencar i

kemewahan,pangkat atau sebagainya tetapi mencari

keredhaan dan keberkatan Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud :

“ B a r a n g s i a p a y a n g b e r b u a t

kebajikan,lelaki mahupun wanita dalam keadaan

beriman, Nescaya akan kami berikan kepadanya

kehidupannya yang baik, dan kepada mereka

Akan kami berikan ganjaran pahala yang lebih

baik dari apa yang mereka perbuat”.

( Surah an-Nahl : 96-97)

“ PRASANGKA PENGHALANG KEJAYAAN ”

ADDEEN BIL.2 - M/S 14

Oleh : Tuan Haji Mokhtar Bin Haji Ridzwan

Page 15: RISALAH AD-DEEN 2

ADDEEN BIL.2 - M/S 15

Oleh : Cik Noor Azzah Bte Mohd Yusof

Hari Maal Hijrah atau Awal

Muharram ini adalah suatu hari yang

penting bagi umat Islam kerana

berlaku peristiwa penting dalam sejarah

Islam iaitu kisah penghijrahan

Rasulullah S.A.W.

RASULULLAH (SAW) berusia

40 tahun apabila malaikat Jibrail (as)

melawat baginda ketika baginda sedang

berkhalwat di Gua Hira. Jibrail

memberitahu Nabi Muhammad, baginda

diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul

untuk seluruh umat manusia. Pada pering-

kat awal, Rasulullah hanya memperkenal-

kan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli

keluarga baginda. Apabila baginda mene-

rima perintah daripada Allah SWT supaya

berdakwah secara terbuka, baginda segera

akur.

Bagi mengelakkan ancaman dan

seksaan kaum Quraish, Rasulullah SAW

mengarahkan pengikutnya supaya keluar

dari Makkah secara senyap-senyap ke

Madinah (ketika itu dikenali sebagai

Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga

yang kafir dan harta benda. Dan penghi-

jrahan mereka disambut dengan mesra

oleh penduduk Madinah. Satu hari pada

tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun

selepas berdakwah di Makkah,

Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun

Makkah merancang membunuh baginda

untuk memusnahkan Islam.

Rasulullah menunggu perintah

daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as)

menemui baginda untuk memberitahunya

Allah SWT mengarahkan baginda supaya

meninggalkan Madinah pada waktu

malam. Berikutan itu, baginda menemui

sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra)

dan memintanya supaya menemani

baginda dalam perjalanan i tu .

Rasulullah juga memberitahu

rancangan baginda kepada Ali bin Abi

Talib (ra). Baginda memberitahunya:

"Saya akan berhijrah tetapi anda perlu

mengambil tempat saya di rumah." Ali

(ra) tanpa banyak soal menuruti

permintaan Rasulullah (SAW) walaupun

menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish

mengepung rumah Rasulullah (SAW).

Mengintai melalui lubang di pintu, mereka

nampak seseorang sedang tidur di atas

katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu

yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan

diri dan mereka pasti dapat membunuh

baginda. Apabila fajar menjelang, mereka

terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya

Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila

Rasulullah (SAW) keluar dari

rumah itu. Rasulullah (SAW) dan

Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada

malam itu juga. Tiada siapa mengetahui

arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu

tempat persembunyian mereka kecuali

Abdullah dan anak-anak Abu Bakr,

Aishah dan Asma, serta orang gaji

mereka, Abdullah.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr

bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung

Thur. Selama tiga hari mereka berada

dalam gua itu. Apabila kaum Quraish

menghampiri gua itu untuk mencari Rasu-

lullah (SAW) tetapi mereka tidak mema-

sukinya. Mereka yakin Rasulullah

(SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di

dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh

benang sarang labah-labah dan sepasang

burung merpati. Allah SWT membantu

dua insan ini, melindungi mereka daripada

bahaya. Kumpulan Quraish kemudian

meninggalkan gua itu dan bersetuju

untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh

sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu

Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan

menaiki unta dibawa oleh orang gaji

mereka, Abdullah.

K e t i g a - t i g a m e r e k a

menggunakan laluan tidak diketahui ramai

u n t u k k e M a d i n a h b a g i

mengelakkan kumpulan pemburu Quraish.

Mereka meredah gunung, bukit dan gurun

di bawah perit matahari tetapi mereka

tidak pernah berputus asa. Mereka

meletakkan segala kepercayaan kepada

Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish

di Makkah semakin marah dengan

kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka

menawarkan hadih kepada sesiapa yang

dapat menangkap Rasulullah (SAW).

Ramai yang mencuba nasib tetapi

semuanya gagal.

Penduduk Madinah yang baru

memeluk Islam gembira dapat bertemu

Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum

tibanya Rasulullah di Madinah, Islam

semakin kukuh di tempat baru itu,

sesuatu yang tidak berlaku ketika berada

di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiu-

lawal bersamaan 20 September 622M,

Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba,

sempadan Madinah dan benar-benar ma-

suk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal,

hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat

yang pertama di Kampung Bani Amar.

Kaum Muslimin semua keluar untuk men-

yambut baginda. Bertitik tolak dari itu,

Rasulullah (SAW) mula membina sebuah

negara Islam yang megah. Baginda memu-

pukkan persaudaraan di kalangan umat

Muslim dan menyeru mereka supaya

menegakkan yang hak dan mengikut

segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan

Rasulullah (SAW) dari Makkah ke

Madinah adalah satu catatan penting

sehingga umat Islam menjadikan tahun

peristiwa bersejarah ini sebagai tahun

permulaan kalendar Islam.

PERISTIWA PENTING DALAM

MUHARAM

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab

menetapkan adalah hari pertama bagi setiap

tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari

'Asyura' antaranya :

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari

perahunya sesudah bumi ditenggelamkan

selama enam bulan.

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pem-

bakaran Raja Namrud.

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi

Musa.

6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur

dipulihkkan Allah.

8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit

kulit yang dideritainya.

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan

paus setelah berada di dalamnya selama 40

hari 40 malam.

10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamat-

kan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera

Firaun.

11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan

yang besar.

13. Hari pertama Allah menciptakan alam.

14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.

16. Allah menjadikan 'Arasy.

17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.

18. Allah menjadikan alam.

19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Page 16: RISALAH AD-DEEN 2

K a m u h a f a l nama-nama bulan yang wujud dalam 1 tahun? Sudah pasti jawabnya ya...betul? Buktikan?

Ok..sudah pastinya lancar lidah

anda menyebut satu-persatu bermula dari

b u l a n J a n u a r i s e h i n g g a l a h

Disember. Ini tidak bermaksud riak ya ,

apa lah nak dibanggakan sangat jika

sekadar tahu menyebut bulan-bulan yang

wujud dalam setahun).. Wah, hebat!

Tahniah...tahniah kepada anda semua dan

untuk aku juga...Boleh dikatakan seiring

dan selancar adik-adik atau anak-anak kita

menyebutnya. Bukankah begitu?

Ok, kita cuba try test lagi...

Sebutkan satu persatu bulan-bulan dalam

I s l a m ?

Pun lancar juga? Wah.. ini sudah dikira

h e b a t . . . t a h n i a h !

Aku sendiri pula,kadang-kadang kalau ada

orang tanya, "Hari ini berapa haribulan ya

kalau ikut calendar Islam?" "Err.."

Mulalah aku tergagap-gagap nak

menjawabnya.. Apakan tidaknya, setiap

hari aku melihat Kalendar Gregorian yang

merupakan takwim yang paling banyak

digunakan di hampir seluruh dunia. Ia

merupakan Kalendar Julian yang telah

diubah sedikit. Ia pertama kali diusulkan

oleh doktor Aloysius Lilius, dari Napoli,

Itali dan dituruti oleh Pope Gregory XIII

pada 24 Februari 1582.

Uish..baru aku sedar, rupanya

selama ini aku menuruti sahaja, adik-adik

a k u , k a wa n - k a wa n a ku , c i kg u -

cikgi aku...semuanya memang pakai

Kalendar Gregorian ni dalam segala

hal..susah tu kalau aku nak ajak mereka

semua tukar dan guna Kalendar Islam.

Agak hebat juga penangan kafir laknatul-

lah meresapi jiwa dan seluruh kehidupan

kita dalam mencapai segala agenda

mereka...Astaghfirullah.. Aku tak boleh

nak salahkan orang-orang yang guna

Kalendar Gregorian ni..sebab..erm..secara

tak langsung aku sendiri pun guna juga..

Aku rasa..macam nilah..aku

cadangkan kepada semua yang baca

artikel aku ni (dan jangan lupa ingatkan

orang-orang sekeliling kamu juga) dan

j u g a a k u s e n d i r i . . A p a k a t a

kita try praktikkan kalendar Islam dalam

kehidupan seharian kita? Bukankah cara

itu lebih berkat? Dalam masa yang sama,

memang aku tak nafikan..memang susah

kita nak hidup dalam realiti dunia

s e k a r a n g n i t a n p a

Kalendar Gregorian tu..jadi, nak tak

nak..terpaksa jugalah tengok, walau

sebelah mata..Eh..jangan lupa..aku tak

paksa..aku cuma mengajak kamu dan

mengingatkan diri aku sendiri..Terpulang

kepada kamu, sama ada mahu ataupun

tidak.

Cubalah fikir dalam-dalam,

bersusah payah Khalifah Ar-Rasyidin kita

yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khattab

r.a menggantikan tahun rujukan kalendar

yang berbagai-bagai yang digunakan oleh

bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa

lain pada zaman itu, dengan Kalendar

Islam yang masih wujud sehingga hari ini.

Alangkah sedihnya beliau jika

mendapati bahawa hari ini Kalendar Islam

yang digantikannya itu sekadar tertera

pada kalendar sahaja (Itupun dicetak di

sudut bawah dengan font yang sangat kecil

dan setengah kalendar tiada langsung). Ia

tidak dipraktikkan malah kita hanya

mengingati tarikh-tarikh tertentu sahaja.

Contohnya? Rasanya semua tahu..Yang

aku tahu (mungkin kamu semua pun tahu)

ialah 1 Syawal (Hari Raya Puasa), 10

Zulhijjah (Hari Raya Haji), 1 Muharram

(Maal Hijrah) , 12 Rabiul Awal

(Maulidurrasul), 17 Ramadhan (Nuzul

Quran) dan mungkin ada lagi.

Kalau kamu semua nak tahu, ( Ini

berdasarkan pembacaan dan rujukan aku)

sebelum ini, di kalangan bangsa Arab

sendiri pun ada berbagai-bagai kalendar

yang digunakan seperti Kalendar Tahun

Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi

dan kalendar-kalendar lain yang berasal

dari tahun peristiwa-peristiwa besar Ja-

hiliah. Maka disebabkan kepelbagaian

kalendar itu, Saidina Umar telah memilih

tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa

paling agung dalam sejarah Rasullullah

s.a.w untuk dijadikan asas permulaan

tahun pertama bagi kiraan Kalendar /

Takwim Islam.

Peristiwa tersebut adalah peristiwa

hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke

Madinah. "Kenapa Saidina Umar memilih

peristiwa ini?" Jika kamu mahu tahu..

jawapannya ialah kerana dengan hijrah

inilah permulaan pertolongan Allah

kepada RasulNya dan agama Islam

ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab

lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta

mendapat berbagai-bagai kejayaan besar

dan bertambah kuat hasil dari pilihan

Umar itu. Aku rasa tepat dan bijak pilihan

Saidina Umar itu dan ia juga menyedarkan

aku betapa besar ertinya peristiwa Hijrah

ini kepada seluruh umat Muhammad

S.A.W.

Di antara kejayaan besar Islam

waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat

ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebas-

kan dari Rom dan Masjidil Aqsa

dibangunkan. Setelah Umar membanding-

kan kalendar tersebut dengan

kalendar-kalendar Persia dan Romawi,

didapati bahawa kalendar ini ternyata

lebih baik. Maka dengan itu Umar mengi-

sytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah

Kalendar / Takwim Islam yang rasmi.

Maka, setakat ini...aku rasa lebih

jelas tentang permulaan kalendar Islam.

Mungkin ada lebih banyak maklumat dan

sejarah yang patut aku tahu dan perlu aku

kaji supaya aku tahu bagaimana untuk

menghayati keindahan Islam dan

melaksanakan dengan sempurna segala

ajaran agama suci ini.

Jadi, sempena Tahun Hijrah atau

awal Muharram yang bakal tiba be

berapa hari lagi (kalau ikut

Kalendar Gregorian tarikhnya ialah 31

Januari 2006) dapat kita hayati sepenuh

hati. Lakukan perubahan ke arah yang

lebih baik terhadap diri sendiri, keluarga

dan masyarakat.. Tapi perlu diingat, ianya

perlu bermula dari diri kita terlebih

dahulu. Selepas itu barulah kita boleh

mengubah orang di sekeliling kita.

Lakukanlah dan cubalah walau sedikit.

Tetapi jangan memaksa diri untuk

melakukan perubahan. Biarlah ia datang

dari niat yang suci dan dari hati yang

ikhlas.

Lastly..kamu nak tahu 'hijrah' apa

yang aku nak buat kali ini? Sedikit saja,

tidak banyak..sebabnya aku rasa ini sahaja

yang termampu aku lakukan. Aku takut

nak janji banyak-banyak, sebab aku takut

nanti, aku akan khianati diri sendiri jika

tidak melaksanakannya dan aku takut

nanti aku terlupa (sebab manusia memang

sifatnya pelupa)-jadi aku bimbang jika aku

terlupa nak melaksanakan apa yang aku

janji ini hari ini. Jadi..mulai hari ini, apa

yang aku nak buat ialah aku nak

cuba alert dengan tarikh-tarikh mengikut

kalendar Islam (aku sedar selama ini aku

hanya guna dan praktikkan kalen-

dar Gregorian ciptaan kafir itu sahaja

semata-mata)-alangkah sedihnya. Kamu

pula bagaimana? Mungkin ada 'hijrah'

yang jauh lebih baik dari aku. Tahniahlah

jika begitu..teruskan.

Akhir sekali dari aku...Selamat

Menyambut Tahun Baru Hijrah. Moga

hidup kita lebih dirahmati dan diberkati-

Nya sepanjang masa.. InsyaAllah. Semoga

berjaya dengan 'hijrah' yang bakal kamu

lakukan.. :)

posted by

nukilanhati.blogspot.com @ 8:42 PM

ADDEEN BIL.2 - M/S 16

Page 17: RISALAH AD-DEEN 2

ADDEEN BIL.2 - M/S 17

Informasi

Pihak kami menawarkan ruangan iklan dengan

bayaran yang berpatutan kepada sesiapa yang

berminat untuk memepromosikan barangan,produk

dan perkhidmatan. Harga iklan adalah seperti

berikut :

satu muka surat penuh - RM 50

setengah muka surat - RM 30

suku muka surat - RM 20

Berminat?? Sila hubungi :-

Ustazah Noor Azzah binti Mohd Yusof

Pusat Islam ,Universiti Industri

Selangor ,

Jalan Timur Tambahan ,

45600 Batang Berjuntai ,

Selangor Darul Ehsan .

Pusat Islam

Kursus Pra Perkahwinan akan

d i a d a k a n p a d a b u l an J a n u a r i

2011.Pendaftaran adala digalakkan. Bagi

yang berminat sila hubungi pihak kami.

Pusat Islam mengalukan – alukan

sumbangan waqaf buku dan kelengkapan

untuk mini perpustakaan.Untuk

makluman,mini perpustakaan sedang

dalam proses penambahbaikan dan penyu-

sunan semula.

Program Ibadah Qurban & Aqiqah

akan diadakan pada 19hb November 2010

(hari Jumaat) bertempat di Masjid

UNISEL. Satu bahagian hanya RM360.

Kepada sesiapa yang berminat untuk turut

serta dalam bahagian, sila hubungi kami

dengan segera.

Iklan Terkini

Bantal Panas Kesihatan Terkini.. Hanya RM35 sahaja..Bantal tahan lama dan disertakan suis kawalan untuk menyelaraskan kepanasan cecair di dalamnya bagi mengelakkan suhu yang berlebihan. Bahan fabric dari bahan anti-kuman,tidak berbau dan diisi dengan cecair berubat. Boleh digunakan untuk mengurangkan sakit di leher, kepala,bahu ,perut , sakit sendi, tergeliat, sakit belakang dan lain-lain lagi. Segala keterangan lanjut/berminat, sila hubungi :

Matahati enterprise - 012-6343413 atau email ke : [email protected]

Dapatkan produk-produk k e s i h a t a n , m i n u m a n dan penjagaan diri yang berkualiti dari Zhulian. Pilihan terbaik, utamakan kesihatan...

Kami menerima tempahan MUFFIN

untuk majlis perkahwinan, sambutan

hari raya, kenduri, cenderahati dan

sebagainya…

Jika berminat untuk membuat tempahan

sila email [email protected] atau

tinggalkan pesanan/sms di talian

012-9105464 untuk respon lebih cepat..

Tempahan muffin coklat dari 100 ke

atas, hendaklah membuat tempahan

lebih awal…

Senarai Harga Mengikut Tempahan

1. Muffin Coklat

25 biji = RM 6

30 biji = RM 7

50 biji = RM 11

60 biji = RM 12

Page 18: RISALAH AD-DEEN 2

KE BAWAH 1. Introspeksi

2. Pendapat 3. Huruf Jawi 4. Tiang Agama 5. Ganti nama diri pertama 6. Dalil dari Al-Quran dan Hadis 10. Rukhsah solat 14. Hak Penjagaan Anak 16. Fahaman 17. Faedah 22. Pelekat 23. Berbuka Puasa 26. Kecewa 28. Tidak kekal 29. Bang 31. Wujud

1 7 3 4 5 6

2 8

9

10 11

12

16

13 14 15 17

18 19

20 A 21

22 23

24 25

26

27 28 29

30 31 32

33

35

PEMBAYANG KATA

MELINTANG 7. Singapura 8. Kependekan golongan istimewa 9. Kecerdasan otak 11. Kacang 12. Gelaran al-Farisi 13. Banjir 15. Perjanjian 18. Ringgit 19. Ukuran 20. Kadar 21. Taman haiwan 24. Menggantikan ibadah fardhu yang tertinggal. 25. Benteng pertahanan 27. Kaedah 30. Mas kahwin 33. Penjodoh bilangan

Syarat dan peraturan:

Peraduan adalah terbuka kepada pembaca Risalah Ad-Deen yang terdiri daripada pelajar UNISEL sahaja.

Tarikh tutup Penyertaan adalah pada 28 Januari 2011.

Sebarang penyertaan selepas tarikh tersebut adalah ditolak.

Penyertaan mestilah menggunakan borang asal dan pastikan diisi dengan lengkap.

Pemenang adalah dikira apabila menjawab semua petak dengan betul. Sekiranya tiada pemenang, jawapan yang hampir akan diterima sebagai pemenang.

Keputusan adalah muktamad, cabutan akan dibuat sekiranya terdapat lebih daripada seorang pemenang.

BORANG PERADUAN TEKASILANGKATA SIRI (01) Nama : _______________________________________________________________________ No.Pelajar : ________________________________ Umur : ____________________________ Fakulti : _______________________________________________________________________ No. Tel : ________________________________ E-mel : ______________________________

Risalah Ad-Deen/Pusat Islam

t e k a

s i l a n g k a t a

ADDEEN BIL.2 - M/S 18

Page 19: RISALAH AD-DEEN 2

Oleh : Cik Noor Azzah Bte Mohd Yusof

Pengalaman Guru yang

sangat berkesan. Ianya boleh

menjadi satu memori yang

indah atau memori hitam

yang menyakitkan. Apa yang

sedang kita alami sekarang,

sebentar lagi akan menjadi

pengalaman. Setiap hari kita

menimba pengalaman

baru,meneroka alam

kehidupan yang penuh

dengan ujian,rintangan dan

pengajaran. Tiada yang

terkecuali.

Pengalaman sahaja tidak

cukup untuk menjadikan kita lebih

baik sekiranya kita tidak mengambil

pengajaran dari apa yang berlaku.

Malahan pengalaman juga akan

membawa kita ke dalam kehidupan

yang penuh kerisauan, ketakutan,

kebimbangan dan kekeliruan. Kita

menjadi buntu dan takut melangkah

ke hadapan kerana pengalaman

silam cukup memedihkan. Apabila

kita mengalami hal sedemikian dan

tidak kuat untuk keluar dari pola

pemikiran tersebut, sedarilah

s e s un ggu h n ya k i t a s e d an g

dibelenggu pengalaman!

Sedar atau tidak, pengalaman

memberikan kesan yang besar dalam

kehidupan kita. Impak daripada

pengalaman bergantung kepada

respons atau tindak balas kita

terhadap pengalaman tersebut.

Sepedih mana pun pengalaman pasti

bermakna bagi mereka yang

mengambil pengajaran daripadanya.

Sebaliknya, semanis mana pun

pengalaman tidak akan ada harganya

bagi orang yang tidak pernah mahu

berubah menjadi lebih baik.

Contohnya, kegagalan dalam

hidup boleh jadi membuatkan

seseorang semakin gigih untuk

mengecap kejayaan,mungkin juga

ada yang semakin takut menghadapi

ujian disebabkan kegagalan yang

pernah dilalui.

Situasinya sama, akan

tetapi kesannya berbeza.

Itulah risiko yang harus kita

hadapi. Jangan sampai pen-

galaman itu membuatkan

kita terperosok dalam hidup

yang penuh penyesalan

tiada kesudahan akhirnya.

Silakan! Silakan jika kita

ingin menyalahkan persekitaran,

situasi dan fenomena. Punca utama

ialah diri sendiri sebelum persekita-

ran. Cuba kita renungkan, berapa

banyak pengalaman yang telah

melonjakkan kita lebih baik? Dan

berapa banyak pula pengalaman

yang menolak kita ke belakang

untuk sentiasa pasif dalam

kehidupan? Fikirkan! Jangan

biarkan belenggu itu menguasai

kita!

Bagaimana caranya agar kita

boleh belajar daripada setiap

pengalaman yang kita lalui dan

menjadikan sebagai peransang

kepada kehidupan yang lebih baik?

Jadilah orang yang positif!

Mengapa perlu masa silam menjadi

dinding untuk kita terus maju ke

hadapan? Adakah kita terlalu lemah

sehingga hidup kita terkongkong

dalam pengalaman yang meletakkan

kita pada tahap pemikiran “statik”

dan “tidak produktif”? Apakah

segala yang Allah uji kepada kita

bertujuan untuk menolak kita ke

belakang dan menghalang kita untuk

terus melaksanakan perintahnya

dengan penuh bersemangat dan

bertenaga? Jangan kita selalu

menyalahkan takdir sedangkan

permasalahan sebenar adalah dalam

diri kita!

Islam tidak pernah mengajar

umatnya menjadi lemah dan takut

serta sering mencari alasan. Akan

tetapi Islam menyuruh kita

menerobos ke dalam hati dan diri

sendiri dan menjadi lebih baik.

-Olahan dan edit oleh : Nazmy

(sumber dari- iluvIslam.com)

ADDEEN BIL.2 - M/S 19

Page 20: RISALAH AD-DEEN 2

Oleh : Cik Noor Azzah Bte Mohd Yusof

Ketika….

kita sedang membaca tulisan

ini,apakah dosa terakhir yang

kita lakukan sebelum ini? Dalam

masa sesaat, seminit, sejam,

sehari, seminggu, sebulan dan

seterusnya sebelum ini, apakah

kita telah melaluinya tanpa

sebarang dosa pun yang terpalit

di hati?

Hakikatnya, kita semua pasti

te lah melakukan dosa ,dar ipada

sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besar

dosa. Sebaik –baik manusia adalah

apabila melakukan dosa, mereka

bertaubat. Adakah kita termasuk dalam

golongan ini? Seberat mana maksiat

y a n g k i t a l a k u k a n , k i t a p a s t i

membencinya dan tatkala kembali

merenung dan bermuhasabah sendirian.

Pasti kita akan merasa menyesal teramat

sangat atas apa yang telah kita lakukan.

Itulah fitrah yang Allah ciptakan

dalam diri kita.Bukannya kita tidak

merasa menyesal, tetapi kita selalu

menolak rasa penyesalan dan masih

memenangkan kemaksiatan.Kita ingin

bertaubat dengan sebenar-benarnya,

namun perasaan ingin bertaubat itu

tersisih di pinggiran hati. Walaupun

begitu, Allah memahami kita lebih

daripada kita memahami diri

sendiri.Allah itu terlalu besar

p e n g a m p u n a n n y a b u a t

hamba-hamba-Nya. Namun kita

selalu bongkak dan merasa bahawa

dosa kita itu lebih besar daripada

rahmat Allah dan tidak mungkin

terampun.

Sombong! Itulah manusia yang

tidak mahu kembali kepada Allah. Lalu

kita berputus asa daripada menagih

keampunan dan Rahmat Allah kerana

dibohongi perasaan sendiri, dipalingkan

oleh syaitan, dikuasai oleh ego. Kita

mengeluh sendirian “ah, aku terlalu

berdosa, tak mungkin aku dapat kembali

ke jalan yang lurus”,seolah-olah kita itu

lemah dan patut dikasihani, namun

sebenarnya kita itu sombong dan angkuh

terhadap Allah! Sedarkah kita?

Itu satu sudut pandangan bagi

mereka yang berdosa, semoga kita

tidak terjerumus ke dalam tipu daya

syaitan yang menghalang kita

d a r i p a d a m e n g h a r a p k a n

pengampunan Allah biar sebesar

mana dosa kita. Jangan biarkan

taubat itu tersisih di pinggiran hati

lantas hilang sebelum sempat ia

memasuki hati. Namun, dalam satu sudut yang

lain, kita tidak harus leka dan

berangan-angan akan Rahmat Allah

lantas selesa dengan berbuat dosa. Kita

memujuk hati dengan mengatakan

“Allah itu kan Maha Pengampun,jadi

tak ada masalah berbuat dosa berkali-

kali”. Anggapan yang sebegini akan

menjerumuskan kita lebih jauh dalam

kemaksiatan sehingga semakin sukar

untuk kita kembali. Maka, jangan tunggu dosa itu

bermukim dan semakin menggelapkan

hati. Tatkala kita terdetik untuk

bertaubat,teruskanlah taubat itu dan

j a n g a n t a n g g u h k a n a t a u

lengah-lengahkannya. Setiap kali kita

tergelincir, bertaubatlah.

Sudah pasti Allah mendengar

rayuan dan menerima taubat setiap

hamba-Nya yang ikhlas dan lahir hati

dan menyedari keagungan-Nya.

Rebutlah peluang selagi masih

ada hayat. Mudah-mudahan Allah tidak

menyisihkan kita di hari perhitungan di

pinggiran bahkan di jurang api neraka.

Na‟udzubillah! Marilah kita lakukan

penghijrahan, muhasabah diri dan

memohon maghfirah dan keredhaan-

Nya.

-Olahan dan edit oleh : Nazmy (sumber-

iluv.Islam.com)

Jangan biarkan taubat itu

tersisih di pinggiran

hati,masukkanlah ia ke

dalam hati dan laluilah

jalan yang diredhai-Nya.

Fikirkanlah! Seandainya

nyawa kita terpisah dari

jasad sebelum kita sempat

ADDEEN BIL.2 - M/S 20

Page 21: RISALAH AD-DEEN 2

Oleh : Cik Norr Azzah Bte Mohd Yusof

Pernahkah anda membaca cerita ini :

Seorang tukang air memiliki

dua tempayan besar, masing-masing

bergantung pada kedua hujung

suatu pikulan, yang dibawa

menyilang pada bahunya. Satu

daripada tempayan itu retak sedang-

kan tempayan yang satu lagi tidak.

Jika tempayan yang utuh itu selalu

dapat membawa air penuh setelah

perjalanan panjang dari mata air ke

rumah majikannya, tempayan

retak itu hanya dapat membawa air

setengah penuh.

Selama dua tahun hal itu

terjadi setiap hari. Si tukang air

hanya dapat membawa satu

setengah tempayan air ke rumah

majikannya. Tentu saja si tempayan

yang utuh berasa bangga akan

prestasinya kerana dapat menunai-

kan tugasnya dengan sempurna.

Namun, si tempayan retak yang

malang itu malu sekali akan ketidak-

sempurnaannya dan sedih sebab ia

hanya dapat memberi setengah dari

bahagian yang seharusnya.

Setelah dua tahun tertekan

oleh kegagalan pahit ini, tempayan

retak itu berkata pada si tukang air,

“Saya sungguh malu pada diri saya

sendiri, dan saya ingin mohon maaf

kepadamu”. “Kenapa kamu berasa

malu?” tanya si tukang air. “Saya

hanya mampu selama dua tahun ini

membawa setengah bahagian air

dari yang sepatutnya saya bawa

kerana adanya retakan pada sisi

saya yang membuatkan air yang

saya bawa bocor sepanjang jalan

menuju ke rumah majikan kita.

Kerana cacatku itu, saya telah

membuatmu rugi,” kata tempayan

itu.

Si tukang air berasa kasihan

pada si tempayan retak, dan dalam

belas kasihannya ia berkata, “Jika

kita kembali ke rumah majikan esok,

aku ingin kamu memperhatikan

bunga-bunga indah di sepanjang sisi

jalan”. Benar, ketika mereka naik ke

bukit, si tempayan retak memper-

hatikan dan baru menyedari bahawa

ada bunga-bunga indah di

sepanjang sisi jalan, dan itu

membuatnya sedikit terhibur. Namun

pada akhir perjalanan, ia kembali

sedih kerana separuh air yang

dibawanya telah bocor. Dan kembali

dia minta maaf pada si tukang air

atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada

tempayan itu, “Apakah kamu mem-

perhatikan adanya bunga-bunga di

sepanjang jalan di sisimu tetapi

tidak ada bunga di sepanjang jalan

di sisi tempayan yang utuh? Itu

kerana aku selalu menyedari

cacatmu dan aku memanfaatkannya.

Aku telah menanam benih-benih

bunga di sepanjang jalan di sisimu.

Dan setiap hari jika kita berjalan

pulang dari mata air, kamu mengairi

benih-benih itu. Selama dua tahun

ini aku telah dapat memetik bunga-

bunga indah itu untuk menghias

meja majikan kita. Tanpa kamu

sebagaimana kamu ada, majikan

kita tak akan dapat menghias

rumahnya seindah sekarang”.

(Dipetik daripada Mingguan Malaysia

“Kesihatan”, 1 Julai 2007, m/s 9)

Hikmah Kehidupan dan Hala

Tuju

Setiap sesuatu yang Allah

jadikan di alam ini ada tujuannya

tersendiri..Di samping memberi

manfaat kepada manusia, ia juga

merupakan tamsilan yang paling

hampir dalam kehidupan kita..Hanya

yang betul-betul menghayati dan

bijak mentafsir akan memperolehi

sesuatu yang cukup bermakna.

Setiap apa yang berlaku dalam ke-

hidupan kita,susah mahupun

senang,bahagia ataupun pun seng-

sara,semua itu bersebab dan tidak sia

-sia. Ada kebaikan dan ganjaran

yang dijanjikan oleh Allah bagi

mereka yang sabar dan beriman

kepadaNya.

Maksud firman Allah SWT dalam al

-Quran :

“ Dan Kami tidak mencipta-

kan langit dan bumi , dan apa yang

ada antara keduanya tanpa

hikmah”

( Surah Shaad : 27)

ADDEEN BIL.2 - M/S 21

Page 22: RISALAH AD-DEEN 2

Kisah yang kita baca ini

adalah sebahagian daripada maksud

sebenar sebuah kehidupan manusia.

Allah menjadikan manusia dengan

sebaik-baik kejadian iaitu dengan

nikmat akal agar mereka boleh pela-

jari di sebalik kisah dan kejadian

yang berlaku dalam kehidupan.

Begitu juga dapat pengajaran

dari al- Quran dan Hadis. Setiap

manusia adalah sebagai khalifah un-

tuk mentadbir dan memakmurkan

bumi selaras dengan hukum-hukum

yang telah ditetapkan oleh Islam.

Manusia dijadikan saling memerlu-

kan dan saling melengkapi iaitu

masing-masing mempunyai kekua-

tan atau kelebihan dan mereka juga

mempunyai kekurangan.

Begitu juga seperti kisah Si

Tukang Air yang mempunyai tem-

payan yang utuh dan retak. Kita an-

daikan Tempayan Retak adalah kele-

mahan diri ,manakala Tempayan

Utuh sebagai kekuatan dan kelebi-

han diri. Walaupun Si Tukang Air

tahu tentang Tempayan Retak,dia

tidak pernah berputus asa. Sebali-

knya dia tetap menggunakan Tem-

payan Retak tetapi pada masa yang

sama dapat memberi pelbagai man-

faat dan menggembirakan orang

lain.

Apa yang dapat kita dapat pe-

lajari bagaimana untuk mengatasi

kelemahan diri..Ancaman yang se-

benar adalah datang dari diri sendiri.

Ini adalah kerana tanpa Iman dan

Ehsan diri mudah dikuasai oleh

nafsu. Sekiranya kita dapat melawan

nafsu, maka tenang dan tenteram lah

jiwa kita. Ujian atau ancaman datang

dengan pelbagai rupa. Apa yang

penting adalah kesediaan diri dalam

menerima apa jua yang berlaku

dalam kehidupan. Jika kita

bersedia ,segalanya berjalan dengan

baik. Jika salah membuat kepu-

tusan ,maka kita akan tersasar.

Sebagaimana firman Allah SWT

yang bermaksud :

“Andaikata kebena-

ran itu menurut hawa nafsu

mereka,pasti binasalah

langit dan bumi ini, dan se-

mua yang ada di dalamnya.

Sebenarnya Kami telah

mendatangkan kepada

mereka kebanggaan(al-

Quran)mereka , tetapi

mereka berpaling dari ke-

banggaan itu.” (Surah al-

Mukminun : 71)

Kita dapat mengenali diri se-

andainya kita mengenali al-Khaliq

(Maha Pencipta). Dan kita akan

mensyukuri nikmat yang ada dan

lebih dekat dengan Allah. Ibadah

yang kita lakukan adalah sebagai

tanda syukur kepada-Nya.

Walaubagaimana pun kita

seringkali alpa dan leka. Apa yang

kita perolehi masih lagi tidak men-

cukupi. Ini disebabkan kita sentiasa

tewas dengan hasutan nafsu se-

hingga mempersiakan peluang dan

amanah yang telah dipertanggung-

jawabkan. Sesungguhnya setiap

amanah yang diberikan ada keberka-

tan di sebaliknya.

Di sebalik kisah Si Tukang Air

tersirat konsep SABAR yang perlu

kita teladani.

Maksud firman Allah SWT :

“Dan Allah menyintai

orang-orang yang sabar”(Surah Ali

Imran : 146)

“Sesungguhnya Allah ber-

sama orang-orang yang sabar

(Surah al-Baqarah : 153)

Di dalam sepotong hadith

yang panjang riwayat Muslim, Rasu-

lullah sallallaahu „alayhi wa sallam

pernah bersabda:

انصبر ضاء

“Dan sabar itu sinar seperti men-

tari”

Menurut Ustaz Hasrizal

Abd. Jamil, Ulama telah meru-

muskan sabar itu diibaratkan seperti

matahari kerana dua perkara.

Pertamanya, matahari itu

sumber kehidupan. Sama seperti sa-

bar yang menjadi sumber kepada

kebaikan. Sabar dalam ibadat, sabar

dalam taat, sabar menahan diri dari-

pada maksiat, sabar dalam musibah

dan sabar dalam nikmat, semua itu

menjadi sumber untuk melimpahkan

pelbagai kebaikan yang lain. Sebab

kedua, untuk sabar dan menghasil-

kan kebaikan seperti khasiat

matahari, diri kita terbakar panas.

Kesimpulannya dapat kita li-

hat bahawa, di sebalik sesuatu

dugaan dan ujian yang kita lalui

sebenarnya mematangkan diri kita.

Ujian tersebut adalah latihan dan

pengalaman yang menjadikan kita

seorang yang hebat. Belajar bertolak

ansur dengan keadaan akhirnya

menjadi seorang yang lebih cekal,

tabah, tenang dan berjaya.

Keteguhan jati diri dalam me-

nempuhi dunia yang realitinya penuh

rintangan dengan per-

pandukan al-Quran dan Hadis akan

menjadikan seseorang itu lebih sa-

bar dan bersyukur . Apa yang ber-

laku dalam realiti kehidupan, kita

tidak akan sentiasa memperolehi apa

yang kita inginkan.

Oleh sebab itu, kita perlu be-

lajar untuk menerima apa

yang kita perolehi dan bagaimana

cara kita menangani keadaan atau

sesuatu perkara itu bergantung

kepada sejauh mana persediaan,

kebijaksanaan dan perspektif kita

tentang kehidupan.. Marilah kita

sama-sama menerapkan nilai-nilai

Islam ,berfikiran positif, menerobos

dalam hati dan koreksi diri serta

membina jati diri. Sesungguhnya

tiada kemanisan tanpa kepahitan,

dugaan dan ujian adalah asam garam

warna-warni kehidupan.

Setiap manusia adalah

sebagai khalifah untuk

mentadbir dan

memakmurkan bumi

selaras dengan hukum-

hukum yang telah

ditetapkan oleh Islam

ADDEEN BIL.2 - M/S 22

Page 23: RISALAH AD-DEEN 2

1. Apakah perbezaan antara sedekah dengan hadiah?

Jawapan : Sedekah dalam bahasa kita adalah derma. Ia adalah ibadah yang dituntut oleh Islam

secara sukarela ke atas penganutnya lebih-lebih lagi kepada mereka yang kaya sebagai tanda ke-

syukuran pada nikmat yang dikurniakan oleh Allah.

Sedekah ialah pengorbanan ataupun pemberian yang dilakukan oleh seorang Muslim

kepada seorang yang lain dengan tujuan kerana Allah di samping menolong dan membantu orang

yang susah dan yang memerlukan pertolongan. Manakala hadiah adalah pemberian dilakukan

oleh seseorang kepada orang lain dengan tujuan memberi penghormatan. Bagaimana pun kedua-

dua amalan itu digalakkan oleh agama Islam. Nabi Muhammad SAW menjelaskan dalam hadis-

nya yang bermaksud :

“ Bertukarlah hadiah antara kamu, pasti timbul kasih syang dan bermaaf-maafanlah,

pasti terhapus dengki di kalangan kamu”.

2. Apabila ibubapa meninggal dunia, bolehkah kita bersedekah untuknya?

Jawapan : Memang boleh..Mudah-mudahan sampai pahala kepada mereka. Ini ber-

dasarkan hadis yang bermaksud :

“ Ibnu Abbas melaporkan, seorang lelaki bertanya, “Wahai utusan Allah,

ibu saya sudah meninggal duni,adakah beliau mendapat mafaat sekiranya

saya bersedekah atas nama beliau? Nabi Muhammad menjawab : Ya, boleh.

Kemudian lelaki itu berkata „saya ada sebuah kebun.

Dengan bersaksikanmu, saya sedekahkan kebun itu‟.

3. Apakah harta yang paling baik dijadikan sedekah?

Jawapan : harta benda yang sebaik-baiknya disedekahkan

atau didermakan menurut al-Quran adalah harta yang

disayanginya.

Allah menyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 177 :

“ dan dermakanlah harta yang disayangi kepada

kaum keluarga”.

Dalam surah Ali Imran, ayat 92, Allah berpesan :

“ Kamu tidak akan mendapat kebaikan sehingga

kamu mendermakan sebahagian daripada Apa

yang kamu sayangi”.

EDISI KEMAS KINI –DATO‟ DR. HARON DIN

MENJAWAB PERSOALAN FIKRAH HARIAN,

BERSAMA ISHAK DIN & ABU HASSAN

DIN,TERBITAN PTS MILLENNIA SDN.BHD.(2009).

ADDEEN BIL.2 - M/S 23

Page 24: RISALAH AD-DEEN 2