isi buku wim tahap 1.doc

255

Click here to load reader

Upload: mohammadfaiz

Post on 12-Sep-2015

227 views

Category:

Documents


70 download

TRANSCRIPT

B02-1-01 INDUSTRIAL SAFETY

PAGE 198Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Komersial Tahap 1____________________________________________________________________________________

B02-1-01 INDUSTRIAL SAFETYBab 1

Keselamatan didalam bengkel adalah satu perkara yang amat penting bagi mengelakkan sesuatu kemalangan daripada berlaku ketika kerja-kerja didalam bengkel dijalankan. Kemalangan yang berlaku boleh melibatkan kecacatan anggota , kehilangan nyawa , kerosakan peralatan , mesin , kemusnahan harta benda dan mengurangkan produktiviti.

1.1 PUNCA-PUNCA YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN ( BENGKEL )a) Akibat benda tajam.

b) Tindakbalas kimia terkena pada kulit.

c) Kecacatan ketika bekerja seperti patah atau kehilangan fizikal kerana kecuaian penggunaan peralatan dan mesin.

d) Kejutan elektrik.

e) Kebakaran .

f) Letupan akibat kecuaian kerana tidak mematuhi akta keselamatan yang telah di tetapkan.

1.2 TIGA FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEMALANGANa) Faktor kemanusiaan

Sikap seseorang sewaktu menjalankan kerja yang boleh menyebabkan kemalangan

seperti bergurau senda , tidak memberi perhatian terhadap kerja , tidak sihat semasa bekerja dan lain-lain.

b) Faktor tempat kerja-

Kawasan atau persekitaran yang penuh dengan sampah sarap dan berminyak.

Ruangan sempit bagi menjalankan kerja-kerja yang berat, kurangnya peredaran udara dan pancaran cahaya di tempat kerja.

c) Faktor-faktor alat dan mesin-

Alat yang tidak sesuai dengan kerja-kerja yang sedang di jalankan. Menggunakan alat-alat / mesin yang telah rosak.

1.3 KESELAMATAN ELEKTRIK

Kebanyakan kelengkapan peralatan didalam bengkel beroperasi dengan menggunakan kuasa elektrik. Oleh itu apabila hendak menggunakan kelengkapan tersebut hendaklah mengikut peraturan yang telah dikeluarkan oleh Tenaga Nasional Berhad atau IEE(Institiute of Electrical Engineers).

a) Pastikan semua dawai yang digunakan hendaklah mempunyai penebatb) Punca-punca bekalan elektrik mestilah disambung dengan rapi dan mesti mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

c) Gunakan alat yang sesuai untuk menguji litar dengan menggunakan multimeter.

d) Menggunakan kasut yang berlapik getah.e) Pastikan tangan, perkakas yang digunakan dan pakaian dalam keadaan kering.

f) Jangan bergurau dengan kuasa elektrik.

g) Setiap beban mestilah dipasang dengan wayar bumi.

h) Pastikan jumlah arus letrik yang digunakan oleh sesuatu beban tidak melebihi dari kadar fius yang digunakan. Contoh : Jika punca bekalan ialah 15 AMP jangan digunakan beban 20 AMP1.4 KESELAMATAN SEMASA KERJA

Kemalangan boleh di kurangkan atau di elakkan jika pelatih-pelatih mengutamakan keselamatan :

a) Keselamatan diri.

b) Sikap sewaktu bekerja.

c) Menggunakan cermin perlindung mata untuk kerja-kerja brazing , welding , grinding dan drilling.

d) Pakai baju overall atau pelapik dada semasa menjalankan latihan.

e) Gunakan sarung tangan apabila membuat kerja-kerja yang merbahaya dan tajam.f) Gunakan sabun untuk mencuci tangan sebelum pergi makang) Persediaan sewaktu bekerja seperti pengetahuan tentang kerja , penumpuan kepada kerja dan kesihatan.

h) Kerja-kerja yang dijalankan hendaklah mengikut langkah atau peraturan yang telah ditetapkan.1.5 KESELAMATAN PADA PERALATAN DAN MESIN

a) Mesin dan alat-alat hendaklah disusun pada tempat yang telah disediakan dan

hendaklah di pasang di tempat teguh.

b) Penyelenggaraan mesin hendaklah mengikut jadual.

c) Pemeriksaan mingguan dan harian hendaklah dibuat pada mesin yang telah digunakan.

d) Segala kerosakan mesin hendaklah diberitahu kepada ketua.e) Mesin-mesin yang sedang di baiki hendaklah diletakan tanda notis.f) Padamkan suis mesin setelah di gunakan.

1.6 KESELAMATAN KERJAPeraturan-peraturan keselamatan ini mestilah dipatuhi oleh pelatih setiap masa ketika berada didalam bengkel.

a) Gunakan cermin mata keselamatan ( goggles ) untuk kerja-kerja brazing ( mengimpal

gas ), arc welding ( mengimpal arka ) , grinding ( mencanai ) , charging refrigerant (mengecas bahan dingin ) dan lain-lain.Goggles amatlah penting untuk keselamatan mata daripada terkena bendasing yang boleh menyebabkan kerosakan pada mata.

b) Sentiasa memakai baju overall atau apron ( pelapik dada ) semasa menjalani latihan amali. Ini bertujuan untuk mengelakkan dada kita dari terkena percikan api dan lain-lain.

c) Sentiasa menggunakan safety boots ( kasut keselamatan ) dalam kerja-kerja harian didalam bengkel seperti mengangkat benda-benda yang berat , bekerja ditempat yang berminyak dan bekerja dengan alatan elektrik.Untuk mengelakkan daripada kaki terkena hentakan disebabkan benda-benda terjatuh semasa melakukan amali.

d) Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Pelatih-pelatih mestilah memakai topi keselamatan ( safety helmet ) semasa bekerja ditempat yang tinggi. Ini bertujuan untuk mengelakkan kepala kita daripada tercedera.

e) Sentiasa gunakan alat pernafasan ( Breathing Apparratus ) apabila bekerja ditempat berhabuk. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada habuk-habuk masuk kedalam pernafasan , seterusnya kedalam paru-paru kita.

f) Gunakan sarung tangan ( hand gloves ) apabila membuat kerja-kerja yang merbahaya Seperti tajam , panas dan beracun yang bertujuan mengelakkan daripada tangan tercedera.Peralatan-peralatan keselamatan diatas hendaklah di gunakan dengan cermat. Setelah menggunakan peralatan-peralatan keselamatan diatas hendaklah disimpan dengan teratur dan kemas ditempat yang ditetapkan.

1.7 MENGELAKKAN KEMALANGANKebanyakkan kemalangan yang berlaku adalah disebabkan oleh kejahilan pelatih-pelatih tentang pengunaan alat-alat ketika membuat kerja. 1.8 PENGUNAAN TANGGA

Tangga digunakan untuk membuat kerja-kerja ditempat yang tinggi , semasa menggunakan tangga ialah mestilah disaukkan ke bangunan dengan tali atau rantai atau di condongkan.

Ditempat yang licin ia mestilah di sokong oleh penyokong tambahan untuk menggelakkan daripada tergelincir atau boleh juga dilekapkan dengan menggunakan tapak yang berada pada jarak 1/3 daripada panjang tangga. Penguna mestilah tahu cara bekerja diatas tangga sebelum ia di gunakan iaitu dengan menjuntaikan sebelah kakinya diantara anak tangga. Jadi apabila tangga itu mengelongsor ia tidak akan membahayakan pengguna tersebut. Jangan mengangkut atau membawa barang-barang yang berat dengan menaiki tangga di tempat-tempat yang merbahaya atau di tempat tinggi secara berseorangan. Gunakan tangga yang betul-betul selamat sahaja dan pastikan tangga tersebut sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Gunakan tali pinggang keselamatan bila memanjat ditempat yang tinggi.1.9 PENGUNAAN KREN DAN CHAIN LOCK( KEKUNCI RANTAI )

Digunakan untuk mengangkat benda-benda yang berat yang tidak terdaya diangkat oleh tenaga kita.Sentiasa pastikan kren atau lift berada dalam keadaan yang selamat dan baik. Hendaklah sentiasa memberi pelinciran atau menservis peralatan ini. Jangan dibiarkan alat-alat pengangkut ini dalam keadaan tergantung bersama-sama bebannya.

1.10 PAPAN TANDA KESELAMATANPapan tanda keselamatan amatlah perlu di gunakan untuk kerja-kerja di luar dan di dalam bengkel.Ini bertujuan untuk memberitahu orang lain tentang kerja-kerja yang sedang di lakukan bagi tujuan mengelakkan kemalangan. Papan tanda keselamatan seperti di bawah ini mestilah sentiasa digunakan bersesuaian dengan kerja yang dilakukan.

a) UTAMAKAN KESELAMATAN

b) BAHAYA ELEKTRIK

c) DI LARANG MASUK

d) GUNAKAN TOPI KESELAMATAN

e) KERJA SEDANG DI JALANKAN

f) JANGAN " ON " SEDANG DI BAIKI

g) " ROSAK " JANGAN DIGUNAKAN h) AWAS MERBAHAYA1.11 PEREDARAN ANGIN

Peredaran angin diperlukan di tempat kerja untuk mengelakkan kesesakkan nafas dan panas semasa kerja.Dengan ini keselesaan akan dapat dirasai bila bekerja samada di luar atau di dalam bengkel. Alat-alat peredaran angin yang biasa di gunakan ialah :

a) Kipas angin

b) Kipas peredaran angin ( air-ventilation )

c) Pemisah udara ( air-curtain )

d) Kipas penyembur ( Exhaust fan ) 1.12 PENYELENGGARAAN INVENTORI

Kad penyelenggaraan keselamatan amatlah penting bagi tujuan menentukan samada peralatan itu telah di periksa mengikut jadual dan juga menentukan samada peralatan itu boleh di gunakan lagi atau tidak.Dengan ini, pengguna peralatan keselamatan akan mengetahui mengenai keadaan peralatan tersebut. Kod warna bagi peralatan keselamatan mestilah di ketahui untuk kita bertindak dengan cepat ketika berlakunya sesuatu kemalangan.a) Kod warna bagi saluran paip alat pemadam adalah berwarna merah.

b) Kod warna bagi alat pengera ( alarm ) bagi memberitahu tentang adanya kebakaran adalah berwarna merah.

c) Bagi peralatan yang rosak mestilah dibaiki dengan segera atau dilabelkan bagi mengelakkannya berlaku kemalangan.1. Kejutan elektrik

Kejutan elektrik boleh berlaku jika seseorang itu tersentuh punca bekalan elektrik yang bervoltan tinggi samada semasa membuat projek, membaiki alat-alat elektrik atau sebagainya. Kejutan seumpama ini boleh merangsang dan mengaktifkan denyutan jantung yang mengakibatkan penguncupan otot dan mungkin menghilangkan ingatan sementara atau mungkinjuga pingsan dan terus mati.

Jangan menguji Voltan AC dengan tangan

2. Kecederaan anggota.

Kecederaan anggota yang teruk seperti luka besar atau terseliuh memerlukan rawatan segera sebelum dihantar kehospital untuk rawatan lanjut. Berikut adalah beberapa langkah segera yang perlu diambil perhatian, antaranya :

1. Pastikan jenis kecederaan yang berlaku dan tempatkan simalang ditempat yang sesuai untuk diberi pertolongan tanpa menyentuh bahagian yang tercedera.

2. Jika anggota tangan yang patah maka tangan tersebut hendaklah digalas atau diampu dengan mengikat keleher supaya tangan yang patah itu tidak terkulai.

3. Jika luka serius yang menyebabkanbanyak darah keluar seperti luka ditangan maka dibahagian atas tangan perlu diikat dengan kain bagi tujuan menyekatmenyekat sementara pengaliran darah terus mengalir.

4. Simalang perlu dihantar segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

3. Luka-luka kecil

Dimana-mana bahagian luka yang berdarah tidak berhenti-henti, terutama dibahagian tangan atau jari-jari, hendaklah dianggap sebagai kecederaan dan mesti menerima rawatan dengan sempurna.

Untuk memberi pertolongan cemas bagi menghentikan darah mengalir :

a) Baringkan pesakit dengan sempurna.

b) Tinggikan bahagian yang cedera dari paras badan.

c) Tekan dan rapatkan bahagian yang luka.

d) Minta bantuan perubatan.

e) Sekiranya darah keluar dengan banyak dan merbahaya bawa pesakit kehospital.

4. Terbakar atau melecur

Sekiranya banyak bahagian yang terbakar, jangan memberi sebarang rawatan kecuali melindunginya dari terkena udara. Tutup badan si mangsa dengan menggunakan kein atau kertas yang bersih. Ini membolehkan si mangsa menggurangkan sakitnya. Sekiranya terbakar disebabkan bahan-bahan kimia seperti asid atau bahan pendingin, pastikan badan atau bahagian anggota mangsa di lalukan dengan air bersih. Kemudian beri rawatan yang sewajarnya.5. Pemulihan Pernafasan.

Ada beberapa kaedah pemulihan pernafasan yang biasa digunakan iaitu :

i. Kaedah mulu kemulut

ii. Kaedah tekanan pemulihan jantung

iii. Kaedah Holger Nielsen

iv. Kaedah Silvester

6. Rawatan selanjutnya. Antara langkah segera yang perlu diambil ialah :

a) Tanggalkan benda-benda yang mencerut seperti tali leher, tali pinggang atau kasut sebelum bahagian yang terbakar menjadi bengkak.

b) Bahagian anggota yang melecur hendaklah dibalut dengan pembalut kain anduh atau kain bersih.

c) Bahagian anggota yang melecur hendaklah jangan digerak-gerakkan.

d) Mangsa tersebut hendaklah dihantar segera kekelinik atau hospital untuk rawatan lanjut.

i. Kaedah mulut ke mulut

a) Bukakan saluran pernafasan dengan mendongakkan kepala mangsa

b) Buka mulut anda seluas-luas yang boleh, ambil nafas panjang, picit hidungnya dengan jari anda dan rapatkan bibir anda dengan bibirnya. Dengan melihat selari kearah dada mangsa hembuskan udara keparu-paru mangsa. Anda boleh lihat dadanya naik ketakat maksimum.

c) Alihkan mulut anda daripada mangsa dan hembuskan baki udara yang tinggal. Lihat dada mangsa turun lalu ambil nafas semula dan ulangi langkah 2 dan 3. Periksa denyutan nadi untuk memastikan jantung kembali normal. Jiak belum normal ulang beberapa kali langkah 2, 3 dan 4.

ii. Kaedah tekanan pemulihan jantung dari luar

a) Telentangkan mangsa dipermukaan yang rata. Melutut disebelahnya dengan menghadap kedada dan sebaris dengan jantung manusia. Cari bahagian bawah tulang selangka. Letakkan genggaman seperti seperti ditempat yang ditunjukkan.

b) Letakkan genggaman tangan anda dibahagian tengah tulang selangka bawah. Genggaman anda mestilah kuat.

c) Dengan meluruskan tangan anda gerakkan badan anda kehadapan, selepas itu undur kebelakang semula. Lakukan sebanyak 15 kali ( 8 kali seminit ).

d) Periksa denyutan nadi setiap 3 minit. Sebaik sahaja denyutan nadi bermula hentikan tekanan dan lakukan pemulihan mulut kemulut sehingga pernafasannya normal kembali.

1.13 INVENTORI

Inventori ditafsirkan sebagai daftar/rekod mengenai sesuatu barangan tak luak yang diterima atau diperolehi dari sesuatu punca untuk kegunaan dengan nilai kurang daripada RM500.00, barang-barang seperti peralatan bengkel, perabot pejabat, alat-alat kelengkapan worksyop dan sebagainya. Istilah ini juga digunakan bagi barang yang disimpan di dalam stor atau telah dimasukira untuk kegunaan. Butir-butir penting yang perlu direkodkan semasa mengisi borang daftar peralatan atau inventori adalah butiran barangan, kuantiti barang, tarikh terima barangan, kos seunit, nombor siri pendaftaran. Contoh borang daftar inventori boleh dirujuk pada muka surat seterusnya. Kepentingan pemeliharaan daftar kelengkapan barang-barang / peralatan di dalam bengkel adalah bagi mengelakkan sebarang pertukaran, kehilangan, kelebihan, kerosakan dan pelupusan. Selain itu ia digunakan untuk barangan masuk, keluar atau habis digunakan.

1.14 PINJAMAN DAN PENERIMAANSetiap barangan dan peralatan di dalam bengkel adalah hak milik institut dan adalah menjadi tanggujawab para pelajar untuk menjaga setiap keperluan yang diberi. Sebarang kehilangan adalah dibawah tanggungjawab peminjam. Setiap barangan yang dipinjam perlu direkodkan di dalam buku pinjaman peralatan dan dipulangkan pada tarikh yang ditetapkana) Kaedah menyimpan menyimpan alatan tangan.

Alatan tangan perlu disimpan ditempat yang selamat, sesuai dan mudah dikesan apabila berlaku kehilangan. Alat tangan untuk kegunaan persendirian sepatutnya disimpan dalam kotak atau beg alat tangan. Jangan sesekali meletakan alat tangan didalam poket baju atau seluar kecuali baju yang ditempah khas untuk tujuan tersebut. Bagi alat tangan untuk kegunaan ramai kaedah yang paling sesuai untuk menyimpan ialah dengan meletakkan pada satu papan khas yang diwarna dan dinomborkan.

i. Penyenggaraan alat tangan

Pastikan alat tangan disimpan dengan kemas, tersusun dan sentiasa berada dalam keadaan baik. Pemeriksaan secara berjadual boleh menjamin jangkahayat peralatan tersebut lebih panjang. Jangan sesekali menggunakan alat tangan yang telah pecah, sumbing atau rosak. Bila didapati ada alat tangan yang telah rosak hendaklah digantikan dengan yang baru dengan kadar segera. Alat tangan perlu dibersih dan disenggarakan setelah digunakan. Sebahagian daripada peralatan seperti mata gerudi, playar dan mata gergaji perlu diminyakkan supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan tidak berkarat.

ii. Penyenggaraan alat tangan kuasa elektrik.

Alat tangan berkuasa elektrik perlu disenggara dengan rapi dan di simpan ditempat selamat. Pemeriksaan secara berjadual perlu bagi bagi memastikan peralatan tersebut boleh digunakan pada bila-bila masa dan tidak berbahaya pada pengguna. Berikut adalah panduan penjagaan alat tangan berkuasa elektrik.

a) Membaca dan mengetahui panduan keselamatan dalam buku manual servis yang dicadangkan oleh pengilang-pengilang.

b) Mesti mengetahui fungsi dan kendalian sesuatu alat tangan sebelum menggunakannya.

c) Panduan keselamatan mestilah dipatuhi dengan mengikut peraturan yang dicadangkan oleh pihak pengilang.

d) Penumpuan fikiran harus dipusatkan kepada pekerjaan yang sedang dilakukan dan jangan bergurau semasa mengendalikan alat tangan kuasa elektrik

e) Apabila sesuatu kerja itu selesai, tutup terus suis bekalan dan tunggu mesin berhenti berpusing, baru diangkat untuk pembersihan

f) Alatan tangan berkuasa elektrik perlu diperiksa secara berjadual bagi menjamin ketahananatau jangka hayatnya. Ikuti peraturan menservis seperti yang dicadangkan oleh pengilang dalam buku panduan servis.

g) Jika didapati kabel bekalan yang pecah, rosak atau putus, langkah membaiki atau menggantikan hendaklah dilakukan dengan segera.

h) Alat tangan berkuasa elektrik sepatutnya dibumikan kecuali alat tangan yang dibuat khas tanpa talian bumi.

Contoh kad penyengaraan peralatan keselamatan

1.15 CARA-CARA PENYENGGARAAN ALAT DAN PERKAKAS

Alat dan perkakas penyenggaraan perlu diletakkan ditempat yang selamat dan mudah diperolehi apabila diperlukan. Alat dan perkakas yang tidak disimpan di tempat yang betul dan tidak dilakukan penyenggaraan berkala akan mudah rosak. Antara kaedah penyenggaraan alat dan perkakas yang perlu diberi keutamaan ialah :

a) Penstoran

b) Penggunaan alat tangan

c) Penggantian komponen

d) Pembersihan alat dan perkakas

e) Meminyakkan alat dan perkakas.

i) Penstoran

Satu daripada kaedah menyimpan peralatan dan perkakas adalah dengan menggunakan kotak khas seperti gambarajah. Ada kaedah lain untuk menyimpan peralatan iaitu menyimpan di dalam almari berserta rak-rak yang disediakan.

Tujuan kaedah ini dilakukan bagi memudahkan penggunaan sesuatu peralatan kerana setiap peralatan ditempatkan pada satu tempat khas,

ii) Penggunaan Alat Tangan

Kaedah penggunaan alat tangan amat penting bagi mengelakkan kerosakkan pada peralatan yang digunakan dan dapat mencegah dari berlakunya kemalangan yang tidak diingini. Peralatan digunakan dengan cara yang betul dan cermat contohnya bagi membuka skru mata Philips tidak digunakan pemutar skru mata rata sebaliknya menggunakan pemutar skru mata Philip yang sesuai dengan saiz skru, kaedah ini bagi melindungi mata pemutar daripada rosak, sumbing atau patah.

iii) Penggantian Komponen

Penggantian komponen bermaksud komponen yang didapati rosak digantikan dengan komponen yang baru. Ini bertujuan bagi mengelakkan sebarang kemalangan seperti kerosakkan pada mesin dan peralatan. Selain itu, ia dapat memudahkan dan melancarkan kerja-kerja di dalam bengkel.

Penggantian komponen perlu dilakukan secara berjadual dan ini bertujuan untuk memastikan mesin sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

iv) Permbersihan Alatan dan PerkakasPembersihan alatan dan perkakas perlu dilakukan selepas digunakan atau dilaksanakan secara berjadual. Alat dan perkakas yang kotor akan menjejaskan kelancaran di dalam bengkel dan boleh mengakibatkan kerosakkan pada alatan dan perkakas terbabit. Setiap pelajar memainkan peranan penting dalam menjaga harta benda institut bagi keperluan dan faedah bersama.

v) Meminyakkan Alat dan Perkakas

Alat dan perkakas perlu diminyakkan bagi mengelakkan kerosakkan dan melancarkan proses kerja di dalam bengkel. Ini kerana alat atau perkakas yang lama tidak digunakan pasti akan berkarat dan jika tidak diminyakkan akan mengurangkan fungsi peralatan tersebut. Dengan meminyakkan bahagian-bahagian yang berkarat akan melicinkan pergerakkan bahagian-bahagian yang bergerak.B02-1-02 TECHNICAL DRAWING 1

Bab 22.1 SIMBOL-SIMBOL DI DALAM LUKISAN PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA

Adalah penting bagi setiap pelatih / Juruteknik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara mengenali simbol-simbol yang biasa digunakan di dalam kerja-kerja Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara pemaipan,pendawaian elektrik dan elektronik . Ini bagi memudahkan Juruteknik membaca lukisan teknikal / lukisan skematik sesuatu sistem untuk tujuan kerja-kerja pemasangan ,pengubahsuaian dan membaiki kerosakan.

Jadual bagi simbol lazim digunakan untuk perkakasan elektrik

Nama alat elektrikSimbolNama alat elektrikSimbol

Termostat lazim tertutupSuis alat pemanas

Pelindung beban lampauSuis utama

Suis satu halaSuis pengasing berbeban

Suis dua halaSuis pengasing auto berbeban

Suis perantaraanSuis penukar

Suis tarikTransformer loceng

Suis gantungTransfomer simbol ringkas

Transfomer simbol lengkapTranformer teras udara

Tranformer teras besiTranformer arus

Tranformer jodohan link

Tranformer dilindung

Nama alat elektrikSimbolNama alat elektrikSimbol

Motor simbol amTransformer satu fasa

Transformer auto-simbol ringkasTranformer tiga fasa- sambungan bintang delta

Transformer auto tiga fasa sambungan bintang-simbol ringkasTransformer auto simbol lengkap

Janakuasa motorTransformer auto 3 fasa-sambungan bintang- symbol lengkap

Motor belitan medan siri AT 2 dawaiMotor belitan medan pirau AT 2 dawai

Motor ulang alikMotor belitan medan siri AU 1 fasa

Motor tolakan AU 1 fasaMotor AU 1 fasa jenis siri

Motor AU 3 fasa jenis siriMotor segerak-simbol am

Janakuasa bergerak 3 fasaKapasitor

Kapasitor boleh larasPemutus litar

PemanasPunat tekan lazim terbuka-hidup

Punca lampu pijarPengasing

Pengasing suis fiusPenyentuh

BumiSambungan bintang

Sambungan deltaPunat tekan lazim tertutup-mati

Sesentuh lazim terbukaSesentuh lazim tertutup

Simbol lazim digunakan untuk perkakasan elektrik- (Sambungan)

Simbol lazim digunakan untuk motor

Simbol lazim digunakan untuk motor

Gambarajah contoh Simbol Pemaipan

2.2 Pembinaan Geometri

Pembinaan geometri merupakan salh satu topik yang penting dalm lukisan kejuruteraan. Tajuk ini menerangkan kaedah-kaedah asas melukis berbagai rupa bentuk sesuatu objek dengan hanya menggunakan alat-alat lukisan asas seperti pensil, jangka lukis dan pembaaris. Penggunaannya adalah amat meluas dalam bidang kejuruteraan.

i) Perkara-perkara penting yang diutamakan.

Untuk menghasilkan sesuatu lukisan yang baik dan memuaskan, maka perkara-perkara berikut perlulah diperhatikan

a) Kefahaman dan kemahiran menggunakan kaedah.b) Kekemasan melukis garisan dan garisan sambungan.c) Kekemasan dan kesempurnaan alat lukisan.d) Ketepatan dimensi.e) Kecepatan melukis. Ulangan kerja adalah faktor utama mencapai tahap kemahiran melukis dan perkara ini adalah suatu amalan yang baik untuk setiap pelatih.

ii) Kaedah Geometri bagi Garisan Lurus

a) Membina garisan tepat dari hujung satu garisan yang diberi

AB adalah garisan yang diberi. Dengan menggunakan jejari (jangka kompas) yang ukuranya kurang dari AB dan berpusat dititik B, binakan satu lengkok bulatan CD. Dari titik C, dengan ukuran jejari yang sama, dapatkan titik E pada lengkok CD dan kemudian dari titik E dan titik F, binakan dua lengkok untuk menghasilkan titik G. Sambungkan BG untuk mendapatkan garisan tepat gambarajah 1.

b) Membina garisan tepat dari suatu titik di atas satu garisan yang diberi.

Garisan AB dan titik C adalah diberi. Dari satu pusat C, lukiskan lengkok untuk memotong garisan AB dan menghasilkan titik D dan titik E. Dari titik D dan titik E, binakan dua lengkok yang bertemu untuk menghasilkan titik F. Sambung CF untuk mendapatkan garisan tepat yang dikehendaki seperti gambarajah 2. Membina garisan selari ke garisan lurus yang diberi dengan jarak yang ditetapkan. Garisan AB dan jarak C diberi. Dari dua titik yang sesui di sepanjang AB, binakan lengkok-lengkok yang berukuran jejari C. Lukiskan garisan selari yang dikehendaki seperti gambarajah 3.

c) Membina garisan selari ke suatu garisan lurus melalui satu titik yang diberi

Garisan AB dan titik P yang diberi. Dari titik P dengna menggunakn jejari yang ukurannya kurang dari AP, binakan satu lengkok (DC) yang memotong AB untuk menghasilkan titik D. Gunakan titik D sebagai pusat dan DP sebagai jejari untuk memotong AB untuk menghasilkan titik E. Kemudian gunakan Ep sebagai pusat untuk memotong garisan DC untuk menghasilkan titik F. Sambungkan FP untuk mendapatkan garisan selari yang dikehendaki seperti gambarajah 4.

d) Membahagi suatu garisan kepada beberapa bahagian tertentu.

Garisan AB adalah garisan yang diberi dan akan dibahagikan kepda N bahagian (katakana N= 7). Lukiskan garisan condong AC dari titik A dan tandakan 7 bahagian yang sama ukuranya di sepanjang garisan AC tadi. Sambungkan titik terakhir (iaitu no.7) kepada B untuk mendapatkan garisan 7B. Dengan menggunakan dua alat segitiga, lukiskan garisan-garisan yang selari dengan garisan 7B bermula dari no. 6 hingga 1 untuk memotong garisan AB kini telah dibahagikan kepada 7 bahagian yang sama seperti gambarajah 5.

e) Membahagikan dua suatu garisan lurus

Diberi garisan AB. Berpusat di titik B, lukiskan dua lengkok ynag berjejari sama supaya bersilang untuk menghasilkan titik C dan titik D. Sambungkan CD untuk mendapatkan X pada garisan AB. Titik X membahagi dua garian lurus AB seperti gambarajah 6.

f) Membahagi dua suatu garisan lurus.

Diberi garisan AB dn BC yang bertemu di titik B. Dari pusat B, dengan menggunakan ukuran jejari yang sesuai, lukiskan lengkok untuk memotong garisan AB dan BC supaya menyilang dan menghasilkan titik E dan titik F. Berpusat dititik E dan titik F dengan menggunakan jejari yang sama, lukiskan dua lengkok yang disilang untuk mendapatkan titik G. Sambungkan BG untuk membahagi dua sudut ABC seperti gambarjah 7.

Gambarajah 7

g) Membina lengkok yang menyentuh dua garisan lurus.

Diberi garisan AB dan CD untuk melukis lengkok berjejari CD dengan menggunakan kaedah seperti 3, dapatkan garisan yang selari dengan AB dan CD berjarak C untuk menghasilkan titik persilangan E. Berpusat dari E, lukiskan lengkok berjejari c untuk menyentuh kedua-dua garisan AB dan CD seperti gambarajah 8.

Gambarajah 8

h) Membina poligon di atas garisan yang diberi.

Garisan AB diberi. Bahagikan garisan AB yang diberi untuk mendapatkan titik C (seperti kaedah 6) dan unjurkan garisan tegak darinya. Dari C buatkan lengkok dengan menggunakn jejari berukuran AC untuk mendapatkan titik (4). Dengan menggunakan A sebagai pusat, binakan satu lengkok berjejari AB yang akan memotong garisan tegak tadi pada titik (6). Bahagikan jarak di antara titik (4) dan titik (6) untuk mendapatkan titik (5). Dari titik (6) dengan menggunakan jejari berukuran dari titik (5) hingga titik (6), tandakan titik (7). Kemudian dari titik (7) dengan berukuran jejari yang sama, tandakan titik (8) dan seterusnya jika perlu. Nombor-nombor ini adalah merupakan pusat bulatan kepada poligon yang hendak dilukis. Katakan heptagon sam yang dilukis, maka gunakan titik (7) sebagai pusat bulatan jarak (7B) sebagai jejari untuk membina satu bulatan. Seterusnya dengan menggunakan AB sebagai jejari, binakan lengkok-lengkok yang akan memotong di sepanjang bulatan tersebut. Sambungkan di antara satu titik dengan yang lain sehinggga terbina heptagon yang dikehendaki seperti gambarajah 9.

Gambarajah 9

i) Membina suatu elips dengan bulatan sepusat. Diberi jarak paksi major dan paksi minor.

AB adalah garis pusat major elips manakala CD adalah garis pusat minor elips. Dari titik yang sama lukiskan dua bulatan bergaris pusat AB dan CD. Bahagikan kedua-dua bulatan kepada 12 bahagian yang sama menggunakn alat segitiga ataupun jangka lukis. Lukiskan garis tegak dari setiap titik pada bulatan luar dan garisan mendatar dari setiap titik dari bulatan dalam. Tandakan titik-titik pertemuan antara garisan tegak dan garisan mendatar. Sambungkan titik-titik pertemuan tersebut untuk membentuk sebuah elips yang dikehendaki seperti gambarjah 10.

Gambarajah 10

j) Membina elips dengna kaedah segiempat tepat.

Paksi mendatar AB dan paksi tegak CD yang berpusat pada titik O. Binakan segiempat tepat EFGH dengan panjang sempadanya sama dengna AB dan CD. Bahagikan garisan AO dan AE kepada 4 bahagian yang sama. Dari C, unjurkan garisan-garisan binaan ke titik 1, 2, dan 3 disepanjang AE. Begitu juga, dari D unjurkan garisan-garisan melalui titik-titik 1, 2, dan 3 disepanjang AO. Pertemuan antara garisan-garisan tersebut akan menghasilkan 3 titik yang diperlukan untuk melukis suku-elips. Dengan menggunakan kaedah yang sama buatkan bentuk elips sepenuhnya seperti gambarjah 11.

Gambarajah 11

2.3 MELUKIS SKEMATIK PENDAWAIAN BEKALAN FASA TUNGGAL.

i) PENDAWAIAN SKEMA LITAR SIRI DAN SELARI.

Sebagaimana yang diketahui semasa mempelajari teknologi elektrik litar siri, litar selari dan juga litar siri selari boleh dilukiskan dengan baik mengikut simbol tertentu di dalam kertas lukisan.

Rajah contoh litar siri

Rajah contoh litar kawalan motor satu fasa

Rajah contoh litar kawalan motor satu fasaB02-1-03 METAL WORK 1Bab 3

3.0 Angkup vernier (vernier calipers)Angkup vernnier adalah satu alat pengukur atau sukatan yang terpenting dan berguna bagi menyukat garispusat luar dan dalam pada setiap kerja atau benda kerja serta menyemak dalamnya satu lubang. Angkup verneir dalam/ luar lihat rajah di bawah ini dilengkapi dengan garisan senggatan / graduasi ketepatan 0.02 mm atau 0.001 inci dengan dengan pengertian pada skala vernier (vernier scale) pada bendul kepingan vernier itu.

a. Skala utama inci (main scale inces)

b. Skala utama (Main scale mm)

Dua bahagian terkecil iaitu ialah vernier inci dan vernier metrik (mm), skala ini digunakan untuk mencari perbezaan ukuran diantara yang terdekat bagi mendapatkan tahap yang tepat.

Angkup Vernier merupakan alat pengukur jitu dan boleh mengukur dengan tepat sehingga kepada ukuran sama ada 0.05 mm atau 0.02 mm. Alat ini lazimnya digunakan di dalam bengkel mesin. Angkup vernier mempunyai dua scala iaitu skala utama dan skala vernier.

Rajah contoh Angkup vernier3.1 Bahagian-bahagian angkup vernieri) Badan

Badannya berbentuk seperti sebilah pembaris keluli yang mempunyai senggatan dalam unit metrik atau inci. Senggatan ini di namakan skala utama. Panjang badan ini menentukan saiz angkup vernier .

ii) Plat Vernier

Plat vernier mempunyai skala vernier dan boleh digerak-gerakkan sepanjang badan.

iii )Rahang

Rahang terdiri daripada rahang tetapkan dan rahang gelangsar. Rahang tetap merupakan sebahagian daripada badan bengkok, manakala rahang gelangsar merupakan sebahagian daripada plat vernier yang boleh bergerak bersama-samanya iaitu selari dengan rahang tetap. Permukaan diantara kedua-dua rahang ini merupakan muka ukuran bagi angkup Vernier. Apabila muka ukuran ini bersentuh, bacaannya ialah sifar dan angka sifar pada skala vernier sejajar dengan angka pada skala tetap.

iv) Rusuk

Rusuk berbentuk runcing. Ia terletak disebelah atas. Binaannya hamoir sama dengan rahang tetapi ia digunakan untuk mengukur ukuran sebelah dalam.

v) Skru Pengunci

Skru pengunci digunakan untuk mengunci palt vernier supaya kedudukan ukuran tidak berganjak semasa angkup vernier dikeluarkan dari bendakerja. Ini dapat mengurangkan kesilapan semasa mengukur.

vi) Penganjak Halus

Ada juga angkup vernier yang dilengkakan dengan penganjak halus. Pengapit halus ini hendaklah diketatkan terlebih dahulu supaya nat penganjak halus boleh mengawal pelarasan plat vernier.

vii) Bilah Pengukur Dalam

Ini merupakan satu bilah yang kecil , boleh digerakkan keluar atau masuk dalam lurah dibahagian belakang badan apabila rahang dibuka.

3.2 Prinsip Skala Vernier

Skala vernier digunakan untuk membolehkan kita membaca tanpa mengagak-agak sekiranya ukuran itu terletak diantara senggatan pada satu-satu skala. Oleh itu angkup vernier mestilah:

1. Mempunyai dua skala iaitu utama dan skala vernier.

2. Senggatan pada skala utama dibuat lebih besar daripada skala vernier.

3. Perbezaan antara skala utama dengan skala vernier merupakan bacaan yang paling kecil yang boleh dibuat.

Contoh:

Skala utama di disenggatkan kepada 10 bahagian. Tiap-tiap bahagian bersamaan dengan 1mm. Skala vernier yang panjangnya 9 mm disenggatkan kepada 10 bahagian yang sama. Garisan ke 10 skala vernier sejajar betul-betul dengan garisan ke 9 skala utama.

Maka, 10 bahagian pada skala vernier = 9 mm (skala utama)

10

1 bahagian pada skala vernier = 9 mm x 1 = 9 mm 10 10 100

1 bahagian pada skala utama = 1 = 10 mm

10 100

Perbezaan panjang antara skala utama dengan skala vernier ialah

10 - 9 = 1 = 0.01 mm

100 100 100

Oleh itu, 1 senggatan skala vernier bersamaan dengan 0.01 mm (Lihat rajah dibawah)

Jika angkup Vernier disetkan pada 0.01, maka senggatan pertama pada kedua-dua skala utama dan skala vernier akan sejajar (lihat rajah dibawah)

Jika angkup vernier disetkan pada 0.02, maka senggatan ke 2 pada skala utama dan skala vernier pula akan sejajar (lihat rajah dibawah ). Begitulah seterusnya jika angkup vernier disetkan menggunakan ukuran yang lain.

Lazimnya angkup vernier yang digunakan dalam bengkel hanya mempunyai tentukuran 0.05mm dan 0.02mm sahaja. Ini adalah kerana, untuk membahagi 9 mm kepada 10 bahagian yang sama tentulah garisan-garisan sengatan itu terlalu rapat dan seterusnya sukar untuk dilihat. Dengan itu sukar untuk membuat tentukuran 0.01 mm.

3.3 Membawa Angkup Vernier Tentukuran 0.02 mm

Skala utama disenggatkan kepada 1 mm bagi tiap-tiap satu senggatan dan dinomborkan pada tiap-tiap sepuluh senggatan iaitu 10, 20, 30 dan sseterusnya. Skala vernier pula panjangnya 49 mm dan disenggatkan kepada 50 bahagian yang sama.

Apabilaangka sifar pada kedua-dia skala diletakkan pada kedudukan yang sejajar dengan senggatan ke 49 pada skala utama. Untuk mengetahui perbezaan nilai antara satu senggatan skala utama dengan skala vernier , maka tolakkan 1mm (nilai 1 senggatan pada skala utama) dengan nilai satu senggatan pada skala vernier. Nalai satu senggatan pada skala vernier ialah:

50 senggatan skala vernier = 49 mm skala utama

1 senggatan = 49 / 50

= 0.98 mm

Perbezaan nilai senggatan = 1 mm - 0.98 mm

= 0.02 mm

Oleh itu, nilai setiap senggatan pada skala vernier = 0.02 mm

Contoh 1:

Bacaan skala utama yang terhampir dengan 1 mm = 42 x 1 = 42.00 mm

Bacaan skala vernier senggatan ke 16 yang sejajar = 16 x 0.2 = 0.32 mm

dengan salah satu garisan pada skala utama

Jumlah = 42 .32 mm

Oleh itu, bacaan sebenar ialah 42.32 mm

Bacaan skala utama yang terhampir dengan 1 mm = 65 x 1 = 65.00 mm

Bacaan skala vernier senggatan ke 39 yang sejajar = 39 x 0.2 = 0.78 mm

dengan salah satu garisan pada skala utama

Jumlah = 65.78 mm

Oleh itu, bacaan sebenar ialah 65.78 mm

i) Membaca Angkup Vernier Tentukuran 0.05

Skala utama disenggatkan kepada 1 mm bagi tiap-tiap satu senggatan dan dinomborkan pada tiap-tiap 10 senggatan iaitu 10. 20, 30 dan seterusnya. Skala vernier pula yang panjangnya 19 mm, di senggatkan, kepada 20 bahagian yang sama. Apabila angka sifar dikedua-dua skala diletakkan pada kedudukan yang sejajar, senggatan ke 20 pada skala vernier akan sejajar dengan senggatan ke 19 pada skala utama. Untuk mengetahui perbezaan nilai bagi senggatan skala utama dengan skala vernier, maka tolakkan 1mm (nilai senggatan pada skala utama) dengan nilai satu senggatan skala vernier. Nilai satu senggatan pada skala vernier ialah :20 senggatan pada skala vernier = 19 mm skala utama

1 senggatan = 19/20

Perbezaan nilai senggatan = 1 - 0.95 mm

= 0.05 mm

Oleh itu, nilai setiap senggatan pada skala vernier = 0.05 mm

Contoh :

3.4 Peralatan tangan asas ( common hand tools)Alat-alat tangan asas amatlah penting dalam sistem Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara di mana alat-alat ini diperlukan ketika kerja-kerja penyeleggaraan, dan membaikpulih ke atas unit-unit tersebut.

i) KikirDigunakan untuk melakukan kerja-kerja menipiskan ketebalan, membersih permukaan logam dan membuat pembetukkan pada logam seperti copper tube dan soft metal. Ia diperbuat daripada keluli bermutu tinggi yang telah dikeraskan.

ii) Bahagian-bahagian kikir

Rajah di bawah menunjukkan bahagian-bahagian yang terdapat pada kikir:

iii) Jenis-jenis kikir

Terdapat pelbagai jenis kikir yang digunakan di bengkel tetapi penggunaannya mestilah bersesuaian dengan bendakerja. Kikir boleh dibahagikan kepada lima jenis iaitu:

1. Kikir pipih

2. Kikir segiempat

3. Kikir segitiga

4. Kikir belah rotan @ sepruh bulat

5. Kikir bulat @ ekor tikus

a) Kikir pipih

Kikir pipih mempunyai berbagai bentuk, iaitu tebal, rata dan tirus. Kikir jenis ini digunakan bagi permukaan bendakerja rata, bulat atau cembung. Kikir ini juga mempunyai banyak gred potongan mata yang bersilang.

b) Kikir segiempat

Kikir segiempat ini berbentuk panjang dan tirus di bahagian hujungnya. Kikir ini digunakan bagi benda-benda yang beralur dan berlubang segiempat sama atau segiempat tepat. Gigi kikir jenis ini bersilang di antara satu dengan yang lain.

c) Kikir segitiga

Kikir jenis ini juga tirus di bahagian hujungnya. Kikir ini digunakan bagi bendakerja yang bersudut atau berbentuk segitiga.

d) Kikir belah rotan

Bentuk kikir jenis ini adalah separuh bulatan, tetapi di bahagian hujungnya tirus sedikit. Bahagian lengkung gigi kikir itu adalah selari, dan bahagian permukaanya yang rata pula, bersilang antara satu dengan yang lain atau pun selari. Kikir ini digunakan bagi melicinkan atau membentuk permukaan yang cengkung atau bendakerja yang bersudut tepat.

e) Kikir bulat

Kikir jenis ini berbentuk bulat, tetapi di bahagian hujungnya tirus sedikit, iaitu garispusatnya lebih kecil di bahagian hujunnya. Kikir ini digunakan bagi bendakerja yang cengkung atau lubang yang bulat. Gigi kikir ini biasanya selari dan tidak bersilang di antara satu dengan yang lain.

3.5 Gred potongan gigi kikir.

Gigi kikir mempunyai beberapa gred potongan bagi kerja-kerja menipis, membentuk dan melicinkan bendakerja. Gred potongan kikir ini terdiri daripada jenis yang paling kasar hinggalah kepada yang paling halus. Gred potongan gigi kikir adalah seperti berikut.

a) Kasar

Gigi kikir di antara 10 hingga 15 gigi pada setiap 25.4 milimeter persegi. Gred jenis ini digunakan bagi kerja-kerja yang kasar, iaitu bagi menipiskan bendakerja yang terlalu tebal atau untuk menyelesaikan kerja dengan cepat.

b) Bastard

Giginya di antara 15 hingga 20 gigi pada setiap 25.4 milimeter persegi. Gred jenis ini digunakan bagi kerja-kerja membuang ketebalan yang sedikit.

c) Potongan kedua

Gigi kikir di antara 30 hingga 40 gigi pada setiap 25.4 milimeter persegi. Gred jenis ini digunakan bagi bendakerja yang nipis atau lembut. Gred jenis ini juga sesuai digunakan bagi proses kedua, iaiti menipiskan logam seperti plat keluli lembut atau paip keluli lembut.

d) Halus

Gigi kikir di antara 50 hingga 60 gigi pada setiap 25.4 milimeter persegi. Gred jenis ini digunakan bagi melicinkan bendakerja atau mengikir tiub kupram. Mengikir dengan menggunakan gred ini mengambil masa yang lama atau mengikir pada kadar yang sedikit.

e) Terhalus

Gigi kikir di antara 90 hingga 160 gigi pada setiap 25.4 milimeter persegi. Gred jenis ini biasanya digunakan bagi kerja penyudah, iaitu kerja yang akhir bagi melicinkan permukaan bendakerja atau menghasilkan kerja yang halus serta kemas.

Langkah-langkah keselamatan semasa mengikir

a) Pegang kikir dengan betul dan kukuh sewaktu mengikir.

b) Kikir hendaklah sesuai dengan bendakerja.

c) Bendakerja hendaklah dikapit dengan kukuh sewaktu mengikir.

d) Hulu kikir hendaklah sentiasa kukuh pada puting kikir sewaktu mengikir. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya kemalangan kerana hujung puting adalah tajam.

e) Kikir dan permukaan bendakerja hendaklah bersih daripada minyak.

f) Jangan menggunakan jari atau tangan untuk membersihkan habuk besi pada kikir atau bendakerja kerana habuk besi boleh melukakan kulit.

g) Habuk besi hendaklah dibersihkan daripada seluruh anggota badan, terutamanya pada tangan bagi mengelakkan kita daripada termakan atau tersedut habuk besi itu.

h) Simpan kikir ditempat yang disediakan.

3.6 Pahat sejuk.Digunakan sebagai alat untuk memotong atau menarah logam. Ia diperbuat daripada keluli bermutu tinggi dan bahagian matanya dikeraskan.

i) Bahagian-bahagian pahat

ii) Jenis-jenis pahat

Terdapat pelbagai jenis pahat yang selalu digunakan di bengkel. Di antaranya termasuklah pahat : a) Pahat rata. b) Pahat rata lintang c) Pahat separuh bulat d) Pahat bentuk potongan inta) Pahat rata

Mata pahat rata berbentuk lebar dan nipis. Pahat jenis ini digunakan bagi menarah bendakerja atau memotong logam.

Pahat rata lintang

Bentuk mata pahat jenis ini tirus dan kecil dibahagian hujungnya. Pahat jenis ini digunakan bagi memotong lurah, alur atau memahat tatal yang tebal sebelum pahat rata digunakan.

b) Pahat separuh bulat

Bentuk mata pahat ini adalah jenis separuh bulat seperti bentuk kuku kita. Pahat ini digunakan bagi membersihkan lubang, sudut yang cembung dan menebuk alur berbentuk separuh bulat.

c) Pahat bentuk potongan intan

Mata pahat jenis ini menyerupai intan, tetapi bahagian hujungnya tirus.

Langkah-langkah keselamatan semasa memahat.

a) Pastikan pahat yang digunakan bersesuaian dengan jenis kerja yang dilakukan.

b) Pastikan kepala pahat tidak berbentuk cendawan.

c) Pastikan mata pemotong pahat tajam.

d) Pastikan berat tukul bersesuaian dengan bendakerja.

e) Pastikan mata tukul dan kepala pahat tidak berminyak.

f) Pastikan bendakerja yang dikapit dengan ragum benar-benar kukuh.

g) Pastikan tukul dipegang dengan betul.

h) Pastikan mata tertumpu pada mata pahat sewaktu memahat.

i) Pastikan pelindung mata digunakan.

Pastikan pahat dipegang dengan cara yang betul sewaktu memahat.

d) Cara menajamkan mata pahat

Mata pahat yang sering digunakan akan menjadi tumpul. Mata ini boleh ditajamkan semula dengan menggunakan mesin canai.

Sewaktu mengasah mata pahat, pastikan pahat itu tidak ditekan terlalu kuat atau terlalu lama pada roda mesin pencanai. Setelah dicanai, mata pahat hendaklah dicelup kedalam minyak penyejuk bagi tujuan penyejukkan. Proses penyejukkan ini dilakukan bagi mengelakkan mata pahat kehilangan bajaannya.

3.7 Membersihkan kepala pahat berbentuk cendawan.

Bahagian kepala pahat adalah lembut. Ini bertujuan untuk mengurangkan pantulan ketika diketuk. Kepala pahat yang kerap digunakan lama-kelamaan akan menjadi bentuk cendawan. Ini kerana kepala pahat terpaksa menampung berat tukul dan tenaga pemahat sewaktu kerja-kerja memahat dilakukan. Kepala pahat yang berbentuk cendawan boleh dibersihkan dengan mesin canai

3.8 Peralatan tangan asas ( common hand tools)Alat-alat tangan asas amatlah penting dalam sistem Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara di mana alat-alat ini diperlukan ketika kerja-kerja penyeleggaraan, dan membaikpulih ke atas unit-unit tersebut.

i) GERGAJI BESI

Gergaji besi digunakan dalamkerja-kerja kejuruteraan untuk memotong logam dan lain-lain kerja yang sesuai seperti paip keluli lembut, paip PVC dan lain-lain lagi.

Bahagian-bahagian gergaji besi :-

A Sendi boleh laras

B Bingkai

C Hulu

D Mata gergaji

E Nat kepak

F Skru renggang

3.9 Jenis-jenis gergaji besi.

Ia terbahagi kepada dua jenis, iaitu :-

a) Bingkai boleh laras

Diperbuat daripada besi keluli lembut.

Digunakan untuk pelbagai jenis mata (blade) kerana bingkainya boleh laras

Mengikut saiz panjang blade.

b) Bingkai tetap

Diperbuat daripada besi keluli lembut. Hanya digunakan untuk satu saiz mata (blade) sahaja

i) Penentuan mata gergaji/saiz

Pemilihan bilah/mata gergaji berdasarkan ciri-ciri berikut :-

a) Panjang (250mm 300mm)

b) Lebar (13mm-16mm)

c) Tebal (0.03mm 0.80)

d) Pitch atau gigi dalm seinci (TPI Tech per inch)

Panjang mata gergaji diukur dari jarak antara pusat lubang pada setiap lubangnya. Bentuk mata gergaji yang terbuka sedikit dan berselang seli kekiri dan kekanan adalah untuk memudahkan habuk besi keluar dan mengelakkan mata daripada tersepit pada bendakerja. Jadual di bawah adalah panduan am bagi memilih saiz mata gergaji yang disesuaikan mengikut jenis bahan atau logam. Mata gergaji adalah diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi dan keluli aloi tungsten. Gergaji besi terdiri daripada dua jenis iaitu all hard blade dan flexible blade.

Jadual contoh bilangan mata gergaji

a) All hard blade diperbuat dari keluli tahan lasak (high speed steel) dan digunakan untuk memotong logam-logam keras seperti keluli alloy.

Flexible blade (boleh lentur) adalah baik digunakan untuk memotong dicelah yang sukar dan sempit pada bendakerja. Ia juga sesuai digunakan oleh pekerja-pekerja yang kurang mahir mengendalikannya bagi mengelakkan bilah mata gergaji patah

ii) Cara cara memasang mata gergaji

a) Pastikan bingkai gergaji besi sama dengan panjang mata gergaji.

b) Pastikan bilangan gigi mata gergaji bersesuaian dengan bahan yang hendak dipotong.

c) Pastikan kecondongan gigi mata gergaji menghala kehadapan dari hulunya.

d) Pasangkan mata gergaji pada sekru reggang.

e) Kuncikan nat kepak sehingga mata gergaji tegang, tetapi tidak terlalu tegang. Jika terlalu tegang, mata gergaji mudah patah sewaktu memotong.

iii) Cara menggergaji.

a) Pastikan bendakerja dicengkam dengan kuat oleh ragum.

b) Pastikan bahagian yang hendak dipotong itu berada paling hampir dengan ragum.

c) Pegang gergaji dengan cara yang betul. Sebelah tangan memegang pada hulu gergaji, sebelah tangan lagi memegang pada hujung bingkai.

d) Semasa memotong, daya memotong diperlukan semasa menyorong gergaji kehadapan. Ini kerana gigi gergaji memotong bahan yang digergaji ketika gergaji disorong kehadapan. Tetapi semasa gergaji ditarik kebelakang, kurangkan tekanannya. Pada masa ini gigi mata gergaji tidak memotong bahan tersebut.

iv) Sebab-sebab mata gergaji patah

a) Mata gergaji diikat terlalu ketat atau terlalu longgar.

b) Kedudukan bendakerja yang tidak teguh.

c) Tekanan terlalu kuat semasa memotong.

d) Saiz mata yang tidak sesuai dengan bendakerja yang hendak dipotong

3.10 Tukul

Digunakan untuk mengetuk dalam kerja-kerja menanda, membengkok, mengiompal atau meluruskansesuatu bahan.

Bahagian-bahagian tukul

i) Jenis-jenis tukul

Terdapat tiga jenis tukul :

a) Tukul bongkol bolat (ball peen hammer)

b) Tukul bongkol melintang (Cross peen hammer)

c) Tukul bongkol lurus (Stright peen hammer)

a)Tukul bongkol bulat

Saiz tukul bergantung kepada berat kepala tanpa mengira berat batang tukul seperti 0.11 hingga 0.33 kg. Digunakan dalam kerja-kerja seperti menanda, memaku dan dalam kerja-kerja menggegas seperti merivet dan membuat swaging.

b) Tukul bongkol melintang

Digunakan untuk memukul tepi sudut yang sempit dan juga bagi membuat kerja-kerja pendawaian eletrik. Tukul ini juga sering digunakan bagi kerja-kerja memukul tepi sudut.

c) Tukul bongkol lurus

Digunakan bagi menukul tepi sudut yang sempit

4) Tukul lembut

Tukul lembut digunakan untuk menukul bendakerja yang telah siap supaya permukaan bendakerja itu tidak rosak. Tukul lembut juga terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

a) Tukul bongkol kulit

b) Tukul bongkol plastikc) Tukul bongkol gangsa

ii) Batang tukul

Kayu jenis hickory, ash atau spotted gum digunakan untuk membuat batang tukul. Kayu dari Malaysia yang paling sesuai digunakan ialah kayu kapor dan kayu cenggal. Panjang tukul bergantung pada berat kepala dan juga kegunaannya. Penjagaan tukul

a) Hentakan tukul mestilah dilakukan pada muka tukul dan bukan tepinya.

b) Kepala tukul mestilah sentiasa ketat pada batangnya.

c) Gunakan tukul yang sesuai untuk sesuatu jenis kerja.

d) Pegang tukul pada hampir dengan hujung batang tukul supaya hentakkan yany tepat dan padat dapat dilakukan.5. Fokuskan mata anda pada tempat yang akan dibuat hentakan, bukanya pada kepala tukul.

3.11 Peralatan tangan asas ( common hand tools)Alat-alat tangan asas amatlah penting dalam sistem Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara di mana alat-alat ini diperlukan ketika kerja-kerja penyeleggaraan, dan membaikpulih ke atas unit-unit tersebut.

i) Penggarit(scriber)

Digunakan untuk membuat garisan di atas permukaan logam. Ia diperbuat daripada keluli alat yang dikeraskan dan dibaja. Matanya halus dan tajam, hujungnya pula bengkok Ia digunakan bersama-sama dengan pembaris keluli dan sesiku L. Hujung yang bengkok digunakan di tempat yang sempit yang tidak boleh dilakukan oleh hujung yang lurus.

Penggunaan penggarit

a) Mata penggarit mestilah dicondongkan berhampiran dengan tepi pembaris.

b) Penggarit pula mestilah dicondongkan mengikut arah garisan.

c) Gariskan dengan teguh bagi mendapatkan garisan yang jelas.

3.12 Penanda(punch)

Digunakan untuk menanda di atas permukaan logam. Terdapat tiga jenis penanda :

a) Penanda titik (prick punch)

b) Penanda pusat (center punch)

c) Penanda automatik (automatic punch)

a) Penanda titik

Sudut condong mata penanda titik ialah 30( hingga 60(. Dibuat daripada keluli berkarbon tinggi yang dikeraskan dan dibaja. Digunakan untuk membuat tanda-tanda halus di mana garisan tersebut tidak mudah hilang dan tahan lama.

b) Penanda pusat

Sudut condong mata penanda titik ialah 60( hingga 90(. Dibuat daripada keluli berkarbon tinggi yang dikeraskan dan dibaja. Digunakan untuk membuat tanda tetengah sebelum kerja-kerja menggerudi dilakukan.

Divider (Jangka tolok)

Divider mempunyai dua batang penggarit keluli yang dikeraskan. Hujung matanya tajam dan pada pangkalnya pula terdapat spring yang disangga dengan tuas untuk membolehkan ia dilaraskan dengan mudah.Kegunaan divider

1. Membuat lengkok dan bulatan

2. Mengukur dan menguji jarak

3.13 Caliper( angkup)

Kegunaan utama caliper ialah untuk memindahkan ukuran. Kaki angkup yang disendikan (dicantumkan) di bahagian pangkalnya boleh dilaraskan dengan berbagai cara. Ia diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi yang dikeraskan dan dibaja. Jenis-jenis angkup termasuklah:a) Angkup luar

b) Angkup dalam

c) Angkup jenney

a) Caliper (Angkup) dalam

Angkup dalam mempunyai kaki bengkok kedalam. Ia digunakan untuk mengambil ukuran sebelah dalam bendakerja.

b) Angkup jenney

Angkup jenney mempunyai kaki yang lurus dan bengkok kedalam. Ia digunakan untuk membuat garisan yang selari dengan tepi sebelah luar bendakerja dan mencari pusat pada hujung satu bar bulat.

3.14 Sesiku

Sesiku L merupakan satu alat yang digunakan untuk memasang dan mengukur sudut 90( samada bahagian luar ataupun dalam. Bahagian badan sesiku L lebih tebal dan lebih pendek daripada bahagian mata. Mata dipasang bersudut tepat dengan badan dengan cara menempa atau merivet.

Menguji sudut sesiku L

Sediakan sekeping logam yang lurus dan rata. Lekapkan badan sesiku pada tepi bibir kepingan logam dan buat satu garisan dengan menggunakan penggarit. Pusingkan kedudukan sesiku supaya bertemu dengan garisan tadi dan buat satu lagi garisan. Jika garisan itu sama tempatnya iaitu bertindih, bermakna sudut sesiku tersebut tepat.

3.15 Peralatan tangan asas ( common hand tools)Alat-alat tangan asas amatlah penting dalam sistem Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara di mana alat-alat ini diperlukan ketika kerja-kerja penyeleggaraan, dan membaikpulih ke atas unit-unit tersebut.

i) SepanaDigunakan untuk mengetat atau melonggarkan nat atau skru. Terdapat beberapa jenis sepana yang biasa digunakan dalam bengkel kejuruteraan ialah:-

a) Sepana soket ( socket spanner),Sepana kekotak (spanner box)b) Sepana hujung terbuka (open spanner),Sepana gabungan (comman spanner)

c) Sepana hidup (adjustable),Sepana nat kembang

d) Sepana paip,Sepana injap servis,Sepana daya kilas,Kunci allen,Sepana set skru

a) Sepana socket

Sepana ini begitu meluas digunakan, terutamanya untuk membuka, mengetat atau melonggarkan nat yang kepalanya mempunyai segi. Sepana jenis ini digunakan pada tempat yang sempit dan tempat yang bersudut.

b) Sepana kekotak

Sepana jenis ini hampir serupa dengan sepana socket, tetapi bahagian dalamnya berbentuk kekotak.

c) Sepana paip

Digunakan untuk mengetat atau melonggarkan penyambung-penyambung paip dalam kerja-kerja pemaipan.

d) Sepana injap servis

Digunakan untuk melaraskan injap servis pada kedudukan hadapan, pertengahan dan belakang pada pemampat.

e) Sepana daya kilas

Digunakan untuk menyukat kekuatan piuh apabila mengetatkan nat

f) Kunci allen

Digunakan bagi mengetat dan melolnggarkan skru allen segienam atau segiempat di bahagian kepalanya

g) Sepana set skru

Digunakan untuk mengetat atau menlonggarkan skru yang berbentuk heksagon, philip dan rata

h) Sepana hujung terbuka

Kebiasaannya digunakan pada tempat yang terbuka

i) Sepana gabungan atau paduan

Adalah gabungan antara sepana hujung terbuka dengan sepana gelang (ring spana)

Sepana hidup (adjustable)

Ia boleh dilaraskan mengikut saiz nat dengan memutarkan skru pelaras yang terdapat pada badannya

a) Pemutar skru phillip

j) Sepana nat kembang

Digunakan khusus dalam sistem pemaipan tiub kuprum bagi mengetat dan melonggarkan nat kembang.

b) Pemutar skru rata

ii) Playar

Digunaka untuk mengepit atau memegang sesuatu bendakerja seperti dalam kerja-kerja mengimpal. Jenis-jenis Playar ialah seperti berikut:a) Playar pepenjuru

Digunakan untuk memotong dawai dan penjuru-penjuru kepingan logam yang nipis.

b) Playar Muncung Tirus

Playar jenis ini digunakan bagi mengapit nat atau skru pada tempat yang sempit. Playar ini juga boleh digunakan untuk memotong dawai.

c) Playar pengapit

Digunakan untuk mengapit tiub kupram selepas proses mengecas dijalankan.

d) Playar tukang talian

Digunakan untuk memotong kabel atau dawai elektrik dalam kerja-kerja pendawaian. Getah pada bahagian pemegang bertindak sebagai penebat untuk keselamatan tukang talian

e) Playar penyambung gelincir

Digunakan untuk mengapit bahan atau logam yang tebal dan juga untuk nat.

f) Playar pengapit ragum

Digunakan untuk memegang bendakerja secara mengapit bagi kerja-kerja mengimpal, mencanai atau mengerudi.

g) Playar paduan

Digunakan bagi mengapit bendakerja yang halus, nipis dan juga untuk membengkok atau melengkongkan dawai.

h) Playar pencengkam

Digunakan untuk mencengkam bendakerja semasa kerja-kerja mengimpal, mencanai atau menggerudi.

3.16 Power tools (peralatan kuasa) i) Power saw (gergaji kuasa)Berbagai-bagai jenis gergaji kuasa boleh digunakan untuk memotong bahan-bahan dalam sebuah bengkel. Gambarajah di bawah menunjukkan satu jenis gergaji kuasa yang menggunakan gerakan salingan untuk menggergaji.

a) Bahagian-bahagian gergaji kuasa.

Badan mesin gergaji kuasa mestilah teguh supaya apabila pemotonggan dilakukan mesin ini tidak bergerak. Motor dan tangki bendalir pemotong terdapat di dalam badan.Gigi biasa digunakan untuk menggergaji bahan atau logam yang mempunyai kekerasan yang sederhana. Gigi cangkuk digunakan untuk menggergaji bahan atau logam dengan lebih mendalam yang menyebabkan tatal itu melengkok keluar. Gigi langkau digunakan untuk menggergaji bahan-bahan lembut kerana giginya mempunyai telusan yang banyak. Gigi gabungan boleh menghasilkan potongan yang lebih licin, senyap dan boleh tahan lama. Apabila logam yang sama saiz panjangnya perlu dipotong dengan banyak, tolok panduan panjang boleh digunakan. Tolok itu boleh dilaraskan kepada ukuran yang diperlukan.

Penggunaan dan langkah keselamatan

Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian apabila menggunakan gergaji kuasa.

a) Pilih mata gergaji yang sesuai dan pasang dengan cara dan arah yang betul.

b) Pegang bahan atau logam dengan kuat dengan cara yang betul.

c) Pilih dalam pemotongan yang tepat.

d) Gunakan bendalir pemotong supaya gigi tahan lama

e) Sokong bendakerja atau bar yang panjang dengan menggunakan penyokong.

f) Jauhkan diri daripada mesin semasa mesin beroperasi.

ii) Mesin gerudiFungsi utama mesin gerudi ialah untuk menggerudi lubang, disamping itu ia juga digunakan untuk kerja-kerja seperti melulas, melubang benam, dan membenang dalam. Jenis-jenis mesin gerudi ialah mesin gerudi tekan, Mesin gerudi tiang, Mesin gerudi jejarian dan Mesin gerudi mudah alih

a) Mesin gerudi tekan (jenis meja dan lantai)

Mesin ini dinamakan juga mesin gerudi sensitif kerana hantaranya dibuat dengan tangan, jadi, kawalan hantaran yang betul ditentukan dengan merasa gerakan pemotongan yang dibuat oleh mata gerudi. Mesin ini terdiri daripada dua jenis iaitu jenis meja dan tiang. Jenis meja mempunyai turus yang pendek dan dipasang diatas meja, sementara jenis lantai mempunyai turus yang panjang dan dipasang terus diatas lantai. Ia mempunyai tapak yang yang besar dan berat supaya setabil kedudukannya. Mesin gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja am dan ia boleh memegang gerudi yang mempunyai saiz sehingga 13 mm.

Gambarajah contoh mesin gerudib) Mesin Gerudi Tiang

Mesin ini boleh memegang gerudi yang lebih besar saiznya jika dibandingkan dengan gerudi yang dipegang oleh mesin gerudi sensitif. Ia boleh digunakan untuk kerja-kerja berat. Tapaknya besar dan kedudukannya setabil. Pergerakkan spindal menggunakan gear.

c) Mesin gerudi jejarian

Mesin gerudi jejarian sesuai digunakan untuk menggerudi lubang pada komponen-komponen yang besar, kerana ia mempunyai beberapa kemudahan seperti spindalnya boleh bergerak keluar atau kedalam diatas lengan jejarian dan lengan ini dipasang diatas turus tegak mesin itu. Gerakan berpandu ini membolehkan spindal gerudi ditempatkan pada sebarang arah lokasi diatas permukaan bendakerja.

Keistimewaana lain mesin ini ialah :

a) Boleh menggerudi lubang yang lebih besar

b) Mejanya besar dan turusnya lebih tinggi

c) Pemilihan kelajuan lebih luas

d) Tegap dan tidak begegar

d) Mesin gerudi mudah alih

Mesin ini dinamakan demikian kerana ia mudah dibawa kesana kemari. Gunanya untuk menggerudi lubang yang kecil dan dikendalikan dengan kuasa elektrik 240 volt AC atau bateri. Bateri yang digunakan 12 volt DC. Bateri tersebut boleh dicas semula. Mesin gerudi ini kadang-kadang dilengkapkan dengan variable speed dan reversible speed. Ada juga mesin gerudi yang dilengkapkan dengan Impact. Ini bermaksud mesin gerudi tersebut boleh digunakan untuk menebuk dan memahat lubang dinding batu dalam kerja-kerja pemasangan aircond.

Kelajuan Pemotongan

Kelajuan pemotongan ialah panjang ukuran lilitan mata gerudi dalam ukuran meter yang dikira apabila ia berputar dalam masa satu minit. Sebagai contoh, keluli lembut mempunyai kelajuan memotong 30 meter per minit, ini bermakna spindal mesin perlu berputar supaya ukuran lilitan mata gerudi itu 30 meter dalam masa satu minit. Oleh sebab mata gerudi terdiri daripad berbagai-bagai saiz, maka spindal juga mempunyai berbagai-bagai tingkat kelajuan. Bilangan putaran spindal yang perlu untuk mendapatkan kelajuan memotong yang betul disebut putaran per minit (RPM). Pada amnya gerudi kecil memerlukan bilangan putaran yang lebih banyak dalam satu minit berbanding dengan gerudi besar. Untuk menghitung kelajuan spindal, perkara-perkara berikut perlu diketahui :

a) Kelajuan memotong bahan

b) Garis pusat mata gerudi.

Formula :

Untuk menghitung putaran per minit.

Kelajuan memotong (meter per minit)

Putaran per minit (RPM) =

( x Garis pusat (milimeter)

Unit meter perlu ditukarkan kepada unit milimeter, oleh itu

Kelajuan memotong x 1000

Putaran per minit (RPM) =

( x Garis pusat

K P x 1000

iaitu, RPM =

( D

Hitung kelajuan spindal yang sesuai dalam putaran per minit untuk menggerudi lubang yang bergaris pusat 15 milimeter diatas sekeping keluli lembut dengan menggunakan gerudi tahan lasak. Kelajuan memotong yang digunakan ialah 30 meter per minit.

K P x 1000

RPM =

( D

30 x 1000

RPM =

3.142 x 15

= 636

iii) Mesin pencanaiKegunaan mesin canai ialah untuk mencanai mata gerudi, mata pahat, mata alat dan meratakan bendakerja. Jenis-jenis mesin pencanai termasuklah Mesin pencanai meja dan kekaki, Mesin pencanai permukaan, Mesin pencanai selinder, Mesin pencanai mata alat pemotong dan Mesin pencanai tanpa tetengah.a) Mesin pencanai meja dan kekaki

Bahagian-bahagian mesin pencanai ini terdiri daripada :

a) Pelindung mata

b) Pelapik

c) Roda

d) Penahan mata alat

e) Pelapik motor

Ia mempunyai dua buah roda, yang satu kasar dan yang satu halus. Kegunaanya ialah untuk mencanai hujung mata pemotong yang sudah tumpul seperti pahat, gerudi, pemutar skru dan mata alat mesin pelarik. Mesin pencanai jenis ini juga digunakan untuk mencanai bahan-bahan berlebihan sebelum disudahi dengan alat tangan. Mesin pencanai meja dipasang pada meja atau bangku dan mesin pencanai kekaki dipasang diatas lantai. Fungsi mesin pencanai kekaki sama seperti mesin pencanai meja tetapi mesin ini lebih tegap dan boleh digunakan untuk mencanai alat-alat yang besar dan berat.

Gambarajah dibawah menunjukkan pemasangan roda pada mesin pencanai dengan lebih terperinci.

3.18 Simbol-simbol dalam lukisan projekPengetahuan bentuk symbol-simbol yang terdapat dalam lukisan projek. Kesalahan engenalpasti simbol menyebabkan projek yang dibuat tidak tepat dan lari dari projek sebenar

3.19 Gerudi , tap dan dies i) GERUDI

Gerudi ialah alat yang digunakan untuk membuat lubang diatas permukaan logam. Proses menggerudi lubang biasanya dibuat dengan menggunakan mesin gerudi atau mesin pelarik. Aagerudi diperbuat daripada keluli tahan lasak dan tungsten karbida. Jenis-jenis gerudi ialah Gerudi pintal, Gerudi benam , Gerudi lurah lurus, Gerudi pusat, Gerudi rata dan Gerudi melubang senggata) Gerudi pintal

Gerudi pintal biasanya digunakan dalam bengkel mesin untuk kerja-kerja am. Ia mempunyai dua lurah heliks yang sama dan bertentangan kedudukan pada garis pusatnya. Hujung matanya berbentuk kon dan dicanai supaya dapat menghasilkan sudut pemotong dan sudut kelegaan.

Jenis-jenis gerudi pintal

i. Gerudi pintal tiga lurah atau empat lurah

Gunanya ialah untuk meluaskan lubang yang sedia ada seperti lubang teras pada tuangan. Lurah dan bilangan matanya boleh memotong dengan lebih banyak dan boleh menghasilkan permukaan lubang dengan lebih licin dan tepat.

ii. Gerudi pintal lubang minyak

Lubang minyak perlu dibuat supaya bendalir pemotong boleh turun sampai ketepi pemotong. Jadi, mata gerudi dapat disejukkan dan dilincirkan, tatal keluar dengan lebih cepat dan sempurna. Gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja berat dan kerja-kerja pengeluaran.

iii. Gerudi pintal pendek dan gerudi panjang

Gerudi pintal pendek kurang bergegar, oleh itu mudah untuk memusatkan kerja. Gerudi pintal panjang pula berguna untuk menggerudi lubang yang dalam. Kedua-dua jenis ini biasanya mempunyai batang berbentuk lurus.

iv. Gerudi pintal sudut heliks rendah dan sudut heliks tinggi

Bentuknya sama dengan gerudi pintal biasa, kecuali sudut heliksnya samada lebih kecil ataupun lebih besar daripada sudut helik biasa. Sudut helik biasa ialah 30(. Keistimewaan gerudi pintal sudut heliks tinggi ialah ia sesuai untuk menggerudi logam tempawan dan logam liat. Selain itu, gerudi ini juga menghasilkan lubang yang dalam. Gerudi pintal sudut heliks rendah pula sesuai untuk menggerudi bahan-bahan pelastik, gentian(fiber), asbestos, bakelit dan logam-logam tiruan yang lain.

.

b) Bahagian-bahagian gerudi pintalBadan terletak diantara hujung mata dengan batang. Ia terdiri daripada :

a) Hujung mata

Hujung mata ialah bahagian hujung yang berbentuk kon, biasanya dicanai dengan sudut kandung 118(, bibir pemotong membahagi dua sudut kandung ini dengan masing-masing membentuk sudut 59( dari paksi. Panjang hujung mata biasanya 1/3 daripada garispusat gerudi.

b) Pusat mata

Pusat mata menyerupai mata pahat yang tajam yang terbentuk daripada pertemuan bibir-bibir pemotong. Fungsi pusat mata ialah untuk mencungkil dan memudahkan gerudi masuk kedalam permukaan logam.

c) Bibir pemotong

Bibir pemotong atau bibir pengerat bertindak sebagai mata gerudi. Ia terbentuk daripada pertemuan lurah-lurah dengan hujung permukaan berbentuk kon. Bibir pemotong ini dibuat sama panjang.

d) Lurah

Lurah terdapat disepanjang bahagian badan. Fungsinya ialah :

i. Untuk membentuk tepi pemotong atau bibir pemotong pada hujung berbentuk kon.

ii. Untuk membentuk lorong-lorong bagi tatal keluar

iii. Untuk membolehkan bendalir pemotong sampai kehujung mata

iv. Untuk memudahkan tatal keluar melalui ruang yang sempit.

e) Lengkang lurah

Ia merupakan tebing yang memisahkan lurah. Lengkang lurah dianggap sebagai tulang belakang gerudi dan lebih tebal dibahagian pangkal supaya gerudi menjadi lebih tegap.

2. Batang

Bahagian gerudi yang masuk kedalam spindal mesin melalui cuk gerudi atau liang sendi dinamakan batang. Batang boleh dibahagikan kepada dua jenis :

a) Batang lurus

Batang lurus khusus untuk gerudi kecil yang bersaiz 13 mm atau kurang. Biasanya ia dipegang dalam cuk gerudi.

b) Batang tirus

Batang tirus pula khusus untuk gerudi besar yang mempunyai saiz lebih daripada 13 mm. Batang jenis ini boleh menetapkan kedudukanya sendiri. Ia boleh dipasang pada spindal mesin melalui liang sendi atau soket bagi menyesuaikan saiz. Batang gerudi dan lubang spindal mesin serta lubang liang sendi masing-masing mempunyai tirus morse.

3. TapTap mempunyai tiga atau empat lurah pemotong dibahagian batang hingga kebahagian hujungnya. Lurah-lurah ini membentuk tepi pemotong, disamping berfungsi sebagai lorong untuk tatal keluar dengan mudah dan juga lorong untuk bendalir pemotong turun ketepi pemotong. Ia digunakan khusus untuk memotong benang dalam.

Batang tap berbentuk lurus, kepalanya berbentuk segiempat sama supaya boleh diputar dengan peringkuh (tap wrench). Saiz dan jenis benang ditandakan pada bahagian batangnya. Tap diperbuat daripada keluli berkarbon atau keluli tahan lasak yang dikeraskan dan dibaja. Ia terdiri daripada berbagai-bagai saiz dalam ukuran metrik dan inchi.

i) Jenis-jenis Tap

Tap dibuat dalam bentuk set dan setiap set mengandungi tiga jenis tap iaitu tap tirus (tapper tap), tap palam (intermidiate tap) dan tap bottoming (bottom tap).a) Tap Tirus

Bahagian hujung iaitu kira-kira enam gigi ulirnya, ditiruskan. Fungsinya ialah supaya tap mudah masuk untuk memulakan pemotongan. Bentuknya yang tirus memudahkan ia berada dlam kedudukan tegak.

b) Tap Palam

Hanya tiga atau empat gigi ulir dibuat tirus. Tap ini digunakan selepas tap tirus, bagaimanapun dalam kerja-kerja harian tap palam ini jarang digunakan. c) Tap Bottoming

Jenis ini mempunyai satu atau dua gigi ulir yang ditiruskan dihujungnya. Tap bottoming boleh memotong ulir hingga kedasar lubang, jadi ia sesuai digunakan untuk mengulir dalam lubang buntu.

ii) Saiz gerudi tap

Sebelum mengulir dalam, lubang hendaklah terlebih dahulu digerudi. Lubang ini hendaklah lebih kecil daripada saiz tap supaya bahan yang ada mencukupi untuk alat ini membentuk ulir. Jika saiz lubang terlalau kecil, akan menyukarkan tap untuk memotong dan ini mengakibatkannya patah. Jika saiz lubang terlalu besar, bahan yang diperlukan untuk membentuk ulir tidak mencukupi, akibatnya ulir tidak cukup dalam atau tidak ada ulir langsung.

Saiz lubang untuk mengulir dalam dikenali sebagai saiz gerudi tap. Saiz ini sama dengan garispusat kecil ulir, tetapi pada amalanya ia dibuat lebih besar sedikit supaya dapat memotong dengan lebih licin dan tidak tersepit dalam bahan.

Ada tiga cara untuk mendapatkan saiz gerudi tap iaitu :

a) Mengira dengan menggunakan formula

b) Mengambil bacaan daripada jadual

a) Mengira dengan menggunakan formula

Saiz gerudi tap (SGT) = Garispusat ulir (mm) - Pic ulir (mm)

Contoh 1:

Hitung saiz gerudi tap yang digunakan untuk memotong benang M 22 x 2.5.

SGT = Garispusat ulir - Pic ulir

= 22 mm - 2.5 mm = 19.5 mm

Contoh 2 :

Kira saiz gerudi tap untuk memotong benang 7/8 inci - 9 BSW

SGT = Garis pusat ulir -

= 7/8 inci - 1/9 inci

= 0.875 inci - 0.111 inci

= 0. 764 inci

Saiz gerudi tap yang terdekat ialah 0.765 inci atau 49/64 inci.b) Mengambil Bacaan daripada Jadual.

Jadual saiz gerudi tap ini biasanya dibekalkan oleh syarikat-syarikat pembuat tap. Sebagai contoh lihat jadual dibawah.

Garis pusat

(mm)Pic ulir

(mm)Saiz gerudi

(mm)

1.6

2.00

2.40

3.00

3.50

4.00

5.00

6.30

8.00

10.00

12.00

14.00

16.00

20.00

24.00

36.00

42.00

48.00

56.00

64.00

72.00

80.00

90.00

100.000.35

0.40

0.45

0.50

0.60

0.70

0.80

1.00

1.25

1.50

1.75

2.00

2.00

2.50

3.00

4.00

4.50

5.00

5.50

6.00

6.00

6.00

6.00

6.001.20

1.60

2.05

2.50

2.90

3.30

4.20

5.30

6.80

8.50

10.20

12.00

14.00

17.50

21.00

32.00

37.50

43.00

50.50

58.00

66.00

74.00

84.00

95.00

3.20 Logam ferus dan bukan ferusTerdapat berbagai-bagai jenis logam dalam kerja-kerja kejuruteraan. Ia boleh bahagikan kepada dua jenis iaitu logam ferus dan logam bukan ferus. Logam ferus adalah suatu logam yang mengandungi besi dalam kandungannya. Logam-logam jenis ini banyak didapati, mudah dihasilkan dan harganya lebih murah jika dibandingkan dengan logam-logam bukan ferus. Logam ferus juga mempunyai berbagai sifat mekanikal yang mana banyak bergantung pada jumlah kandungan campuran logamnya. Antara jenis-jenis logam ferus ialah :i. Besi (iron)Besi yang didalam keadaan asalnya adalah berbentuk bahan galian yang dipanggil bijih besi. Ia dilombong dan kemudiannya diproses untuk mengasingkan bijih besi dari bahan-bahan yang tidak diperlukan.

ii. Besi jongkong (pig iron)Besi dikeluarkan dari bijih besi melalui proses didalam relau blast furnace. Penghasilan besi yang pertama melalui proses ini dipanggil pig iron. Pig iron ini boleh diproses lagi untuk dijadikan berbagai jenis besi.

iii. Besi tuang (cast iron)Besi tuang diperbuat dengan cara meleburkan pig iron bersama dengan besi skrap yang digredkan iaitu melalui relau kupola. Besi tuang bersifat keras tetapi rapuh. Ia sangat sesuai digunakan untuk membuat landasan mesin atau meja penanda.

iv. Besi tempawan (wrought iron)Besi tempawan dihasilkan dengan cara memproses pig iron melalui blast furnace iaitu dengan mengeluarkan bahan kekotoran yang terkandung didalam pig iron. Besi tempawan merupakan besi tulin yang mempunyai sifat lembut dan mudah dibentuk seperti membengkok dan menggulung. Ia digunakan untuk membuat takal, kepala selinder dan lain-lain lagi.

v. Keluli (steel)Apabila besi dicampurkan dengan karbon ia akan menghasilkan suatu pancalogam (alloy) yang dipanggil keluli. Sifat keluli banyak bergantung pada kandungan karbonnya yang mana jumlah biasanya diantara 0.1% hingga 1.5% karbon. Keluli boleh dikatagorikan pada tiga kumpulan terbesar.

vi. Keluli berkarbon rendahIa juga disebut keluli lembut yang mengandungi kira-kira 0.02% hingga 0.03% karbon. Ia digunakan untuk membuat badan motor, bahagian-bahagian pada mesin, paku, rivet dan lain-lain lagi. Keluli ini dihasilkan dari relau bessemer atau relau dedahvii. Keluli berkarbon sederhanaIa mengandungi kira-kira 0.3% hingga 0.6% karbon dan digunakan untuk membuat gerudi, pembenang luar dan dalam, pahat, penebuk, kikir dan lain-lain lagi. Ia susah untuk dibengkokkan atau dipotong. Keluli jenis ini diperbuat didalam relau kawah atau relau letrikviii. Keluli karbon tinggiKandungan karbonya diantara 0.8% hingga 1.4%. Keluli karbon tinggi adalah sangat keras, oleh itu ia sangat sesuai digunakan untuk membuat alat pemotong seperti mata alat mesin larik, mesin kisar dan lain-lain lagib) Llogam bukan ferusLogam bukan ferus ialah logam yang tidak mengandungi besi. Terdapat berbagai-bagai jenis logam bukan ferus antaranya aluminium, tembaga, kupram, timah dan lain-lain lagi.

i. Aluminium

Aluminium diperbuat daripada bijih bauksit. Ia berwarna putih perak, mempunyai sifat-sifat mulur, mudah dituang dan mudah dimesin. Suhu leburnya hanya 650(C. Aluminium adalah merupakan pengalir haba yang kedua terbaik selepas tembaga dan sesuai untuk dijadikan dawai elektrikii. Aluminium aloiUntuk mempertingkatkan lagi sifat mekanikal aluminium, unsur-unsur lain dicampurkan untuk dijadikan aluminium aloi. Antara unsur-unsur itu ialah silikon, mangan, tembaga, nikel dan tatum. Kegunaan aluminium aloi ialah untuk membuat struktor kapal terbang, omboh, enjin dan lain-lain lagi.

iii. Tembaga atau kupram

Tembaga ialah bahan pengalir haba dan pengalir elektrik yang terbaik. Ia berwarna merah kekuningan, mempunyai sifat mulur. Sifat mekanikalnya boleh dipertingkatkan dengan menambah-unsur-unsur lain untuk menjadikan tembaga aloi. Tembaga lebih kuat daripada aluminium kerana ia sangat mulur dan boleh dikendalikan semasa panas. Satu lagi keistimewaan tembaga ialah ia tidak berkarat, mudah disambung dengan cara memateri dan mengimpal loyang. Tembaga merupakan bahan yang sangat peka, apabila dicampurkan sedikit sahaja bahan aloi, perubahan sifatnya akan nampak jelas.

iv. Perak

Perak berwarna keputih-putihan dan berkilat. Sifatnya lembut. Kebanyakannya digunakan untuk membuat barang perhiasan dan juga mata wang. Perak dicampurkan dengan sedikit kupram untuk menjadikannya keras dan dinamakan sterling silver.

v. Timah

Timah diperoleh daripada bijih timah. Ia tidak berkarat dan digunakan untuk membuat gangsa, logam babbitt, pewter dan pateri.

3.21 RivetKegunaan rivet adalah jenis sambungan tetap untuk menyambungkan dua kepingan logam atau lebih dimana kalau hendak membuka sambungan, rivet tersebut perlu dipotong.

Rivet diperbuat daripada keluli lembut, aluminium dan kupram loyang. Kerja merivet ini biasanya dilakukan pada membuat boiler, pembenaan kapal, jambatan dan lain-lain pembenaan sebagai pengikat seperti bolt. Terdapat dua perbezaan yang besar diantara bolt dan rivet

i. Bolt digunakan sebagai penyambungan sementara.ii. Bolt boleh dikeluarkan dengan cara memusingkan nutnya. Tetapi mengeluarkan rivet terpaksalah dipisahkan dengan cara memahat kepalanya hingga putus, kerana ia adalah penyambungan tetap

a) Jenis-jenis rivet

i. Kepala bulat (round head)

ii. Kepala rata (pan head)

iii. Kepala Leper

iv. Kepala Kon

v. Kepala Benam (countersunk head)

vi. Blind rivet

Rajah contoh jenis Rivetb) Ada dua cara kaedah rivet i. Rivet sejuk

Proses merivet boleh dilakukan dalam keadaan rivet itu sejuk (cold riveting). Kaedah ini digunakan untuk kerja biasa dan garispusat kecil 8 mm atau kurang.

ii. Rivet panas

Untuk kerja-kerja berat dimana garispusat lebih dari 8 mm dibuat secara merivet panas. Merivet secara panas ialah dimana rivet tadi dipanaskan kesuhu 900(C lalu diketuk atau dibentuk dengan pneumatik hammer. Apabila rivet tadi sejuk cengkaman akan bertambah kuat.

Nota :

Rivet daripada tembaga merah perlu dipanas dahulu kemudian disejukkan semula untuk menggurangkan kekerasannya.

B02-1-04 BASIC ELECTRICITY Bab 4

4.0 Alat ttest penTest pen adalah satu alat yang tidak kurang pentingnya bagi seseorang mekanik air cond. Test pen digunakan bagi menguji kehadiran aliran arus letrik pada wayer hidup arus ulangalik (AC). Test pen boleh didapati dalam berbagaibagai saiz dan bentuk bergantung kepada pehak pengeluar. Walaubagaimanapun keupayaan test pen bagi mengukur voltan terhad dalam sekitar 100V hingga 500V.

a) Fungsi komponen-komponen yang terdapat pada test pen.

i) Hujung penguji

Ianya terdiri daripada sebatang rod logam yang disalut dengan penebat yang berongga. Hujungnya berbentuk rata sama seperti hujung pemutar sekru pipih dan dibiarkan tanpa penebat lebih kurang 10mm.

ii) Badan berpenebat

Ianya diperbuat daripada plastik jernih, ini bagi membolehkan kita lihat nyalaan mentol yang terdapat didalam badan test pen tersebut. Badanya berongga dimana didalamnya terdapat lampu pandu, spring dan perintang. Penutupnya terdapat logam bagi menyambungkan pengaliran arus kebadan manusia.

iii) Lampu pandu

Ianya terdiri daripada mentol yang tidak mempunyai filamen. Didalamya terdapat dua bar tungsten yang tidak bersambung dan gas argon.iv) SpringIanya bertindak bagi merapatkan sambungan punca mentol dengan perintang.

v) Perintang

Ianya bertindak merendahkan arus yang mengalir kebadan manusia bagi mengelakan kejutan elektrik. Nilai bagi rintangan pada test pen ini biasanya 1.0 K(.

vi) Penutup

Ianya terdapat logam bagi menyambungkan aliran arus kebadan manusia yang bertindak sebagai bumi.

Rajah contoh kedudukan badan dan tangan semasa menggunakan test pen.

b) Cara menggunakan test pen:

i. Menggunakan tangan kanan/kiri

Kenakan hujung jari pada penutup test pen dan letakan hujung penguji pada wayer hidup.

ii. Pastikan hujung penguji tidak menyentuh kedua-dua punca hidup dan neutral atau

bumi serentak. Ini akan menyebabkan litar pintas.

4.1 Alat TachometerAdalah alat yang digunakan untuk mengukur kelajuan atau pusingan pada motor elektrik yang bergerak.

a) Kaedah menggunakan Tachometeri. Laraskan julat tachometer pada ukuran kelajuan yang paling maksima sebelum ia diletakkan pada shaft motor.

ii. Setelah diletakkan, tukarkan larasan julat hingga kelajuan yang dapat dibaca.

iii. Unit bacaan pada tachometer ialah RPM(Run Per Minute).

Rajah contoh menggunakan tychometer

b) Keselamatan Tachometeri. Pastikan tachometer disimpan dalam larasan julat kelajuan paling maksima.

ii. Jangan dijatuhkan.

iii. Hendaklah disimpan pada tempat yang selamat selepas digunakan.

4.2 Alat Meter megger.Meter megger ialah alat untuk menguji rintangan penebatan. Meter megger adalah dari rekabentuk ohm meter. Jika litar terbuka, tiada arus mengalir. Jarum penunjuk akan menunjukan pada sekala infiniti((). Jika litar mempunyai rintangan yang sangat rendah, jarum penunjuk akan menunjuk kearah sifar. Sekiranya rintangan tersangat rendah, kemalangan elektrik seperti kebocoran elektrik, renjatan elektrik, kebakaran elektrik boleh berlaku. Rintangan penebatan yang tinggi adalah lebih baik dan selamat digunakan. Unit dalam rintangan penebatan ialah Mega Ohm(M().

a) Kaedah Menggunakan meter megger

i. Letakan satu punca bertanda LINE kepunca terminal yang hendak diuji dan punca EARTH kesatu punca yang lain.

ii. Pusingkan engkol. Jika Jarum menunjukkan bacaan melebihi 1M(, ini menunjukkan litar dalam keadaan baik. Jika bacaan kurang daripada 1M(, ini menunjukkan litar tidak baik.

iii. Jika jarum menunjukkan (, ini menunjukkan litar itu terbuka.

iv. Untuk membuat ujian grounded. Letakkan punca LINE pada terminal dan punca EARTH pada body. Pusingkan engkol. Jika jarum menunjuk (, litar dalam keadaan baik dan jika jarum menunjukkan pada sifar, litar tidak baik dan boleh berlaku trip pada alat pemutus litar.

Rajah contoh menggunakan meter meggarB02-1-05 BASIC REFRIGERANT PIPING

Bab 5

5.0 Paip Tiub Kuprum

Kebanyakan tiub yang digunakan pada sistem penyejukbekuan dan penyamanan udara terdiri daripada tiub kuprum. Saluran tiub kuprum ini merupakan penghubung antara satu komponen dengan komponen yang lain pada sistem sebagai saluran pengaliran bahan pendingin. Tiub kuprum tidak boleh digunakan pada sistem yang menggunakan sistem ammonia kerana ia boleh mengaratkan serta mengakis tiub kuprum. Oleh itu bagi sistem yang menggunakan bahan pendingin ammonia, saluran yang digunakan ialah saluran yang diperbuat daripada keluli atau aluminium. Tiub kuprum digunakan kerana mempunyai sifat-sifat yang berikut :

i. Ringan

ii. Tahan karat

5.1 Jenis Tiub Kuprum

Tiub kuprum boleh dijeniskan kepada dua jenis, iaitu tiub kuprum keras (jenis K) dan tiub kuprum lembut (jenis L). Jenis tiub lain yang tergolong dalam gred K adalah seperti keluli berkilat dan titanum dan gred L pula ialah loyang, aluminium dan keluli nipis. Tiub kuprum gred K ini digunakan pada sistem yang besar. Ia tidak boleh dibengkokkan dan hanya boleh digunakan untuk sambungan yang lurus sahaja. Bagi menyambungkan saluran yang bengkok, ia memerlukan pasangannya. Tiub kuprum gred L pula adalah mudah dibengkokkan atau dilentur. Tiub gred ini terdapat dalam bentuk gelungan. Setiap gelungan mempunyai ukuran panjang 7m, 15m, 30m, dalam pelbagai saiz. Saiz tiub kuprum jenis L dan K ini boleh dilihat pada Jadual 7 dibawah.a) Kaedah membuka gelungan tiub kuprum

Tiub kuprum lembut perlu diluruskan terlebih dahulu sebelum digunakan. Jangan cuba meluruskan tiub dengan cara menarik keluar dari tepi gelungan yang berbentuk lingkaran kerana ia akan memintalkan tiub itu. Kita boleh menggunakan kaki untuk memijak hujung tiub apabila hendak meluruskan gelungan tiub ini diatas lantai. Tetapi, pijakan tidak boleh terlalu kuat kerana tiub kuprum ini mudah kemekKaedah membuka gelungan tiub kuprum:

i. Letakkan gelungan diatas meja atau lantai yang rata.

ii. Pegang hujung tiub dengan tangan dan sebelah tangan lagi memegang gelungan.

iii. Dengan menggunakan tangan yang memegang gelungan, buka gelungan dari lingkaran.

iv. Jika terdapat kecacatan pada tiub seperti bengkok atau kemek, letakkan sekeping papan di atas tiub itu dan ketuk perlahan-lahan.

Jadual contoh bagi Jenis, kriteria dan dimensi tiub kuprum

b) Memotong tiub kuprum

Tiub kuprum perlu dipotong mengikut jarak panjang antara unit dalam dan unit luar. Cara yang lebih selamat untuk memotong tiub kuprum ialah dengan menggunakan alat pemotong tiub, terutamanya bagi tiub kuprum lembut. Ini kerana potongannya licin dan tepat. Pemotong tiub terdapat dalam dua saiz, iaitu satu saiz yang dapat memotong tiub yang bergaris pusat di antara 4-15mm dan satu lagi yang dapat memotong tiub yang bergaris pusat diantara 4-28mm. Bahagian-bahagian utama pada pemotong tiub ialah tombol, rola dan bilah.

c) Melulas tiub kuprum

Kebanyakan sambungan tiub perlu dilulas untuk membuangkan sebarang serpihan yang terhasil di dalam atau di luar tiub semasa proses memotong tiub dilakukan. Satu cara untuk menanggalkan serpihan atau gerigi pada garis pusat tiub yang besar ialah dengan menggunakan kikir bulat untuk bahagian dalam dan kikir rata untuk bahagian luar. Biasanya, untuk menanggalkan gerigi pululas yang sedia ada pada setiap pemotong tiub digunakan. Semasa melulas permukaan tiub hendaklah diarahkan kebawah bagi menghalang serpihan logam itu masuk kedalam tiub. Terdapat juga pelulas tangan yang berbentuk selinder. Pelulas ini boleh melulas bahagian dalam dan luar tiub ynag bergaris pusat diantara 5-38mm. Semasa melulas tiub, perlu diingat agar tidak terlalu berlebihan kerana ia akan menipiskan ketebalan sebenar tiub tersebut.

i) Kaedah memotong dan melulas tiub kuprum

1. Buka gelungan tiub kuprum dari lingkarannya dan luruskan.

2. Ukur panjang yang diperlukan dengan pembaris keluli atau pita pengukur dan tandakan

dengan kikir atau pengarit.

3. Letakkan tiub pada salur ( berola pada pemotong tiub dan pastikan kikir pada tiub sama

tepat dengan bilah pemotong.

4. Ketatkan tombol pemotong sehingga bilahnya menekan sedikit pada tiub. Jangan terlalu

ketat ini akan mengemekkantiub kuprum.

5. Pusingkan pemotong perlahan-lahan mengelilingi tiub. Dengan ini, bilahnya akan

memotong sekeliling tiub itu.

6. Ketatkan tombol sedikit demi sedikit sambil pemotong dipusingkan disekeliling tiub

sehingga tiub terpotong.

7. Tutup atau kapit hujung tiub sebelum disimpan selepas dipotong untuk menjamin

kebersihan di dalam tiub itu.

8. Lulaskan setiap hujung tiub yang hendak digunakan.

Rajah contoh proses pemotongan dan melulas tiub kuprum

d) Membengkok tiub kuprum

Tujuan membengkok tiub adalah untuk mendapatkan bentuk tiub pada sudut yang dikehendaki. Terdapat dua jenis pembengkok, jenis spring dan jenis tuil. Semua tiub kuprum lembut mudah dibengkokkan. Bagaimanapun tiub kuprum keras boleh dibengkokkan jika alat dan cara yang betul digunakan. Tiub yang kecil seperti tiub rerambut boleh dibengkokkan dengan tangan sahaja. Cara yang mudah untuk membengkokkan tiub ialah dengan menggunakan pembengkok spring.

Pembengkok spring boleh membengkok tiub mengikut ukuran jejari atau sudut yang dikehendaki. Bagi setiap satu pembengkok spring, ia hanya boleh digunakan untuk membengkok satu saiz sahaja. Semasa menggunakan pembengkok spring, perlu diingat agar tiub itu dibengkokkan lebih sedikit daripada sudut yang dikehendaki dan kemudian dibengkokkan semula ke sudut yang dikehendaki. Ini adalah untuk melonggorkan spring supaya mudah d