wikipedia bilik darjah maya

5
AJUK 10 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BILIK DARJAH MAYA Ø Apakah Pembelajara Ma!a Ø Memper"#"kka r"a$ %alam #al&a 'e(ara per'e%&r&a %& %alam pla#)*rm #er#e#" !a$ b*leh %&$"aka *leh $"r" "#"k me!*k*$ +memba#" pembelajara pelajar, Ø Ia ber%a'arka k*'ep -.+/ Ø Mer"paka 'eb"ah '"a'aa pembelajara !a$ 'e#&a'a '&b"k B&l&k Darjah Ma!a B&l&k %arjah ma!a mer"paka '"a'aa pembelajara %&ha'&lka %alam '"a#" r"a$a ma!a, bjek#&) b&l&k %arjah ma!a &alah "#"k memperba&k& (apa&a pe$alama pembelajara kea rah ma'a ha%apa, Ia j"$a ber#"j"a memb*lehka pelajar %a &'#r"k#*r me$amb&l baha$&a %alam k*m"&#& pembelajara jarak ja"h me$$"aka k*mp"#er per&ba%&, B&l&k %arjah ma!a j"$a %&ja$ka mamp" memperba&k& m"#" %a keberke'aa pe%&%&ka me$$"aka k*mp"#er "#"k me!*k*$ pr*'e' pembelajara k*lab*ra#&), K*'ep b&l&k %arjah ma!a mamp" me$"bah per'ep'& ma'!araka# #erha%ap '&'#em pe%&%&ka %a &a mer"paka 'a#" re2*l"'& bar" %"&a me(ar& &lm" %a makl"ma# B&l&k Darjah Ma!a Mera$k"m& : &, Ak#&2&#& B&l&k Darjah Ak#&2&#& pembelajara %&lak'aaka 'e(ara &%&2&%" a#a" k"mp"la, R"a$a perb&(a$a3 r"a$a 'emba$ %e$a pelajar3 &b" bapa %a #e#am" Berbe#"k K"&4 3 5*r"m %a 6*al 'el&%&k, Ak#&2&#& kerja r"mah %a pe#ak'&ra %*k"me, 7al&a 'epe"h ma'a meer"'& m*%"l8m*%"l kerja 9eb "e'#'3 H*#l&'#'3 6(a2e$er H"#'

Upload: anitawatiguwindasamy

Post on 04-Oct-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jjjjj

TRANSCRIPT

AJUK 10 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BILIK DARJAH MAYA Apakah Pembelajaran Maya Memperuntukkan ruang dalam talian secara persendirian di dalam platform tertentu yang boleh digunakan oleh guru untuk menyokong /membantu pembelajaran pelajar. Ia berdasarkan konsep 24/7 Merupakan sebuah suasana pembelajaran yang sentiasa sibuk

Bilik Darjah Maya Bilik darjah maya merupakan suasana pembelajaran dihasilkan dalam suatu ruangan maya. Objektif bilik darjah maya ialah untuk memperbaiki capaian pengalaman pembelajaran kea rah masa hadapan. Ia juga bertujuan membolehkan pelajar dan instruktor mengambil bahagian dalam komuniti pembelajaran jarak jauh menggunakan komputer peribadi. Bilik darjah maya juga dijangka mampu memperbaiki mutu dan keberkesanan pendidikan menggunakan komputer untuk menyokong proses pembelajaran kolaboratif. Konsep bilik darjah maya mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap sistem pendidikan dan ia merupakan satu revolusi baru dunia mencari ilmu dan maklumat

Bilik Darjah Maya Merangkumi : i. Aktiviti Bilik DarjahAktiviti pembelajaran dilaksanakan secara individu atau kumpulan. Ruangan perbincangan, ruangan sembang dengan pelajar, ibu bapa dan tetamuBerbentuk Kuiz , Forum dan Soal selidik.Aktiviti kerja rumah dan pentaksiran dokumen.Talian sepenuh masa menerusi modul-modul kerjaWebquests, Hotlists, Scavenger Huntsii. Pengurusan Bilik DarjahMaklumat penting kepada pelajar dan ibubapaKalendar dan jadual waktuMarkah pelajar, bukuStudent homepage

Pembelajaran Maya1. Ia merupakan salah satu daripada pembelajaran yang menggunakan media elektronik yang terhubung dengan Internet dan Intranet.2. Ia diperkenalkan sebagai alternatif untuk di sampaikan secara elektronik kepada pelajar.3. Murid boleh memperoleh maklumat dan belajar luar daripada kelas formal.4. Perkongsian maklumat berlaku dengan berkesan melalui teknologi dalam pendidikan.5. Mewujudkan proses pembelajaran dan pengajaran di bilik kelas secara lebih berkesan dan sistematik6. Menyediakan bahan bantu mengajar yang releven dengan teknologi hari ini.7. Menyediakan sumber maklumat dan rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran keseluruhannya untuk di capai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan berkesan8. Mengurangkan bebanan setiap guru terutama dalam menyediakan bahan bantu mengajar.9. Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik.10. Menjimatkan masa guru bagi menyedia dan memikirkan bahan bantu mengajar.

Prinsip Bilik Darjah Maya1. Mengwujudkan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik kelas secara lebih berkesan dan sistematik. 2. Menyediakan bahan bantu mengajar yang relevan dengan teknologi hari ini. 3.Menyediakan sumber maklumat dan rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran keseluruhannya untuk dicapai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan berkesan. 4. Mengurangkan bebanan setiap guru, terutama dalam menyediakan bahan bantu mengajar. 5. Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik. 6. Menjimatkan masa guru, bagi menyedia dan memikirkan bahan bantu mengajar.

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE)Apakah itu Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE)?

Rangkaian sosial pendidikan untuk sekolah.

ldusalford.wordpress.comPersekitaran Pembelajaran Maya (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.

PEMBELAJARAN MELANGKAUI SEMPADAN

Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.

Sistem yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.

Guru visitytl_btn

VLE adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk mengangkat sistem pengajaran ke satu tahap baru sepenuhnya. Anda boleh memberi tugasan serta mengetahui tentang kerja dan markah pelajar, menghasilkan sumber pengajaran dan berhubung dengan rakan-rakan pendidik lain. Rancang masa anda dengan lebih baik dengan kalendar yang membolehkan anda untuk melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara.

Pelajar visitytl_btn

Pembelajaran adalah menyeronokkan dan dapat diperibadikan dengan VLE. Terokai video, permainan dan posts yang mengujakan, reka sendiri laman utama anda, muat naik dan simpan fail di cloud, selesaikan tugasan pada bila-bila masa, di mana jua dan kongsikan idea-idea anda yang hebat dengan rakan-rakan sekelas serta guru-guru.

Ibu Bapa visitytl_btn

Ketahui tentang acara-acara sekolah, laporan PIBG serta notis sekolah menerusi kalendar dan papan notis sekolah, cari semua butir perhubungan yang anda perlukan di halaman Hubungi Sekolah dan muat turun borang keizinan dan dokumen-dokumen penting yang lain mengikut keselesaan anda.

MENGAPA VLE?

VLE adalah platform pembelajaran maya yang mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Pada masa sama, ibu bapa dapat mengikuti perkembangan sekolah dan apa yang anak-anak mereka lakukan. Sebagai tambahan, VLE turut diintegrasikan dengan alatan pendidikan lain yang berkuasa serta content partners, termasuk Google Apps for Education dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.

Melalui projek 1BestariNet, pendidikan masa depan diperkenalkan di Malaysia. Dengan menggabungkan akses internet berkelajuan tinggi 4G, platform pembelajaran bertaraf dunia dan akses kepada sumber dan teknologi yang terbaik dalam kelasnya, Malaysia adalah negara pertama di dunia yang menyatukan seluruh komuniti pendidikan ke dalam satu platform yang direka khusus bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran.

Mulai 2012, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di Internet menerusi VLE, yang boleh diakses di sekolah atau di mana-mana sahaja yang mempunyai capaian Internet.