file · web viewteknologi secara semulajadi dalam menangani pemeliharaan dan pemuliharaan...

7
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 1

Upload: dinhquynh

Post on 08-Feb-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURIDSCIENCE

TINGKATAN 1

MATLAMAT KURIKULUM SCIENCE

Matlamat kurikulum Science untuk sekolah menengah adalah bertujuan untuk membekalkan murid denganpengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi serta membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuatkeputusan dalam kehidupan seharian berdasarkan sikap saintifik dan nilai murni. Murid yang telah mengikutikurikulum Science sekolah menengah akan memperolehi asas sains yang membolehkan mereka mendapatkanpendidikan lanjutan dalam sains dan teknologi secara rasmi dan tidak rasmi. Kurikulum ini juga bertujuan untukmembangunkan masyarakat yang bertanggungjawab, dinamik dan berdaya maju dengan membudayakan sains danteknologi secara semulajadi dalam menangani pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

OBJEKTIF KURIKULUM SCIENCE

Kurikulum Science untuk sekolah menengah membolehkan murid:1

24

5

678

910

11

Memperolehi pengetahuan tentang konsep dan prinsip sains serta menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomenaalam semulajadi dan pengalaman harianMemperolehi kefahaman tentang aplikasi konsep dan prinsip sains dalam bidang teknologi dan kehidupan harianMenguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikirMengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dannilai murni dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusanMenangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sainsdan teknologiMenilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan bijak dan berkesanMengamalkan sikap saintifik dan nilai murniMenyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semulajadi serta sumbernya denganbijaksana demi kesinambungan hidup manusia sejagatMenghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagatMenyedari bahawa pengetahuan yang diperoleh melalui kajian sains merupakan hasil usaha manusia untuk memperolehpenerangan yang rasional tentang fenomena alam berasaskan kemampuan akalMewujudkan kesedaran ke atas kepentingan kasih sayang kepada alam sekitar dan memainkan peranan dalampemuliharaan dan pemeliharaannya.

SCIENCE TINGKATAN 1

BAND PERNYATAAN STANDARD

1 Mengetahui konsep dan prinsip asas sains

2 Mengetahui dan memahami konsep dan prinsip sains

3 Mengaplikasi pengetahuan saintifik untuk mengembangkan pemahaman konsep dan prinsip sains

4 Menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik dalam membentuk konsep dan prinsipsains

5 Mengamal dan menilai maklumat saintifik yang berkaitan konsep dan prinsip sains dan teknologi dalammenyelesaikan masalah

6 Menangani cabaran dan menyumbang idea dalam melestarikan perkara-perkara yang berkaitandengan sains dan teknologi

SCIENCE TINGKATAN 1

TEMA / TAJUK BAND DESKRIPTOR

TEMA AMEMPERKENALKAN SAINS

TAJUK 1

PENGENALAN KEPADA SAINS

1 menyatakan pelbagai fenomena semula jadi dan kerjaya dalam bidangsains dengan betul.

2 menerangkan kuantiti fizik dengan jelas.

3 mengaplikasikan pengetahuan saintifik mengenai konsep berat danjisim secara meluas.

4 menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untukmembuat pengukuran mengikut prosedur yang betul denganbimbingan.

5 mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk menyiasat faktor yangmempengaruhi ayunan bandul dalam satu jangka masa mengikutprosedur yang betul dan bersistematik.

6 mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan mengenaikepentingan unit piawai dalam kehidupan harian secara kreatif,inovatif dan lengkap.

SCIENCE TINGKATAN 1

TEMA / TAJUK BAND DESKRIPTOR

TEMA BMANUSIA DAN KEPELBAGAIAN

HIDUPAN

TAJUK 2

SEL SEBAGAI UNIT ASASKEHIDUPAN

1 menyatakan pelbagai jenis sel manusia dengan betul.

2 menerangkan maksud dan contoh organisma unisel dan multiseldengan jelas.

3 mengaplikasikan pengetahuan saintifik mengenai persamaan danperbezaan struktur serta fungsi bagi sel haiwan dan sel tumbuhan,fungsi pelbagai jenis sel dalam badan manusia dan organisasi seldari mudah ke kompleks secara meluas.

4 menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untukmenyediakan slaid, menggunakan mikroskop dan melukis stuktursel haiwan dan sel tumbuhan mengikut prosedur yang betul denganbimbingan

5 mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk mengelaskanorganisma unisel dan multisel melalui kajian makmal mengikutprosedur yang betul dan bersistematik.

6 mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan untukmenjelaskan manusia adalah organisma kompleks secara kreatif,inovatif dan lengkap.

SCIENCE TINGKATAN 1

TEMA / TAJUK BAND DESKRIPTOR

TEMA CJIRIM DALAM ALAM

TAJUK 3

JIRIM

TAJUK 4KEPELBAGAIAN SUMBER DI BUMI

TAJUK 5

UDARA DI SEKELILING KITA

1 menyatakan pelbagai objek yang mempunyai jisim dan memenuhiruang dengan betul.

2 menerangkan kegunaan pelbagai sumber di Bumi yang menyokongkesinambungan hidup dalam kehidupan harian dengan jelas.

3 mengaplikasikan pengetahuan saintifik mengenai perbezaansusunan dan pergerakan zarah dalam tiga keadaan jirim secarameluas.

4 menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifikuntuk mengkaji udara, air, tanah, benda hidup mempunyai jisimdan memenuhi ruang, perbezaan antara unsur, sebatian dancampuran, kaedah pengasingan campuran, ciri-ciri logam danbukan logam serta pengelasannya,dan komponen udara, ciri-ciri oksigen dan karbon dioksida mengikut prosedur yang betuldengan bimbingan.

5 mengamal dan menilai maklumat saintifik bagi menyelesaikanmasalah berkaitan ketumpatan, menyiasat gas yang terlibat dalamrespirasi dan pembakaran,dan persamaan, perbezaan antara udarasedutan dan udara hembusan mengikut prosedur yang betul danbersistematik.

6 mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan tentanghubungan sumber dengan kepentingan pemeliharaan danpemuliharaan sumber di Bumi secara kreatif, inovatif dan lengkap.

SCIENCE TINGKATAN 1

TEMA / TAJUK BAND DESKRIPTOR

TEMA FTENAGA DALAM KEHIDUPAN

TAJUK 6

SUMBER TENAGA

TAJUK 7HABA

1 menyatakan pelbagai jenis dan sumber tenaga dengan betul.

2 menerangkan perbezaan antara haba dan suhu dengan jelas.

3 mengaplikasikan pengetahuan saintifik mengenai pengelasan tenagayang boleh diperbaharu dan tidak boleh diperbaharu secara meluas.

4 menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untukmengkaji perubahan tenaga daripada tenaga keupayaan kepadatenaga kinetik dan sebaliknya, Matahari membebaskan habadan kesan haba terhadap jirim mengikut prosedur yang betuldengan bimbingan.

5 mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk menyiasat konduktorhaba, penebat haba serta kegunaannya, dan objek yang gelap dankusam menyerap, membebaskan haba lebih baik daripada objekputih dan berkilat mengikut prosedur yang betul dan bersistematik.

6 mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan mengenaikeperluan memelihara sumber tenaga dan cadangan penggunaantenaga efisien secara kreatif, inovatif dan lengkap.

SCIENCE TINGKATAN 1