panitiabmsmkcj.files.wordpress.com…  · web view · 2013-01-28teks ucapan. ketua pengawas....

7
TEKS UCAPAN KETUA PENGAWAS SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU SMKCJ PADA 29 MEI 2009

Upload: dinhtuyen

Post on 17-Apr-2018

245 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: panitiabmsmkcj.files.wordpress.com…  · Web view · 2013-01-28TEKS UCAPAN. KETUA PENGAWAS. SEMPENA . SAMBUTAN HARI GURU SMKCJ. PADA. 29 MEI 2009. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum

TEKS UCAPAN

KETUA PENGAWAS

SEMPENA

SAMBUTAN HARI GURU SMKCJ

PADA

29 MEI 2009

Page 2: panitiabmsmkcj.files.wordpress.com…  · Web view · 2013-01-28TEKS UCAPAN. KETUA PENGAWAS. SEMPENA . SAMBUTAN HARI GURU SMKCJ. PADA. 29 MEI 2009. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih saudara pengerusi majlis.

Yang berusaha,

Puan Rozita Binti Ahmad - Pengetua SMKCJ

Puan Sofia Nor Binti Molhit - Penolong Kanan

Encik Othman Bin Omar - Penolong Kanan (HEM)

Puan Anita Mazlina Bt Azman Arash - Penolong Kanan Kokurikulum

Encik Termizi Bin Mohd Tahir - Penolong Kanan Petang

Yang dihormati,

Ketua-ketua bidang,

Guru-guru Cemerlang,

Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG

Guru-guru,

Kakitangan sekolah,

Dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan terima kasih kerana diberi

peluang mengungkapkan kata-kata dan menyusun bicara pada hari yang penuh

bersejarah ini. Sebaris kata P.Ramlee, tiada kata secantik bahasa, tiada gambar

secantik lukisan, untuk dicurahkan perasaan. Sebagai mewakili lebih daripada 2000

orang pelajar SMKCJ di sini, ingin saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan

“Selamat Hari Guru” kepada seluruh warga pendidik yang pernah mengajar kami,

walaupun di mana jua berada.

Page 3: panitiabmsmkcj.files.wordpress.com…  · Web view · 2013-01-28TEKS UCAPAN. KETUA PENGAWAS. SEMPENA . SAMBUTAN HARI GURU SMKCJ. PADA. 29 MEI 2009. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum

‘Guru Pembina Negara Bangsa’ – itulah tema hari guru yang masih

dikekalkan pada tahun ini. Tidak syak lagi bahawa gurulah yang menjadi arkitek

untuk pembinaan tamadun sesuatu bangsa. Sejarah perjuangan menuntut

kemerdekaan negara ini dimulakan oleh para guru. Merekalah yang meniup api

kebencian terhadap penjajah sehingga bangkitlah semangat nasionalisme yang

kental dalam kalangan rakyat. Usaha membangunkan rakyat melalui Dasar

Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Negara juga diletakkan di pundak para

guru. Lahirnya pemimpin ternama, pakar bedah, peguam terkenal, usahawan

terulung, jurutera, angkasawan, dan sesiapa sahaja yang membangunkan negara

ini juga bermula daripada jasa guru. Jelaslah bahawa guru berperanan untuk

membina Negara bangsa.

Guru-guru dan rakan seperjuangan sekalian,

Ingin saya ungkapkan betapa syukurnya dan bertuahnya kerana berpeluang

menerima didikan di SMK Cheras Jaya ini. Para gurunya amat berdedikasi dan

komited dalam menjalankan tanggungjawab. Para guru juga sanggup berkorban

masa dan tenaga demi kejayaan anak-anak didikannya. Istilah jemu dan keluhan

tidak pernah menerpa ke kuping telinga kami. Oleh itu, saya menyeru rakan-rakan

dan adik-adik sekalian untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru. Usahlahlah

dihimpunkan segala kesumat di dada walau sekelumit sekali pun. Marilah kita sama-

sama mengucapkan ungkapan keramat ‘Selamat Hari Guru’.

Hadirin sekalian,

Kerjaya seorang guru tidak memungkinkan gelaran hartawan apatah lagi

menjadi menjadi jutawan, namun dari segi agama, menjadi guru amat tinggi

darjatnya di sisi Allah S.W.T. Nabi Muhammad pernah bersabda yang bermaksud,

Page 4: panitiabmsmkcj.files.wordpress.com…  · Web view · 2013-01-28TEKS UCAPAN. KETUA PENGAWAS. SEMPENA . SAMBUTAN HARI GURU SMKCJ. PADA. 29 MEI 2009. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum

“apabila matinya seseorang anak Adam itu, akan terputuslah ia daripada dunia

melainkan tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa

daripada anak-anak yang soleh”. Kepada semua guru, usahlah bersedih

seandainya prestasi kami tidak seberapa dan tingkah laku kami menyesakkan dada.

Sesungguhnya niat yang ikhlas untuk mendidik kami menjadi manusia mendapat

ganjaran yang hebat di sisi-Nya.

Kami sebagai pelajar-pelajar amat menghargai jasa-jasamu para guru.

Terima kasih kerana memarahi kami ketika kami leka diulit mimpi. Terima kasih

kerana menunjuk jalan ketika kami hilang arah tujuan. Terima kasih kerana menjadi

penyelamat ketika kami tidak lagi punya semangat. Terima kasih kerana menjadi

rakan ketika kami sangat memerlukan. Terima kasih kerana masih melemparkan

senyuman ketika kami diamuk kehampaan. Terima kasih untuk segala-galanya.

Jauh di sudut hati kami amat mengharapkan agar para guru terus mencurahkan ilmu

kerana piala hati kami masih kosong dan minda sentiasa meminta untuk dipenuhi

dengan ilmu daripadamu para guru.

Akhirul kalam, sekali lagi saya ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Guru’

kepada semua guru. Saya selaku Ketua Pelajar ingin memohon maaf kerana

sambutan hari guru di sekolah ini tidaklah semeriah mana, namun begitu kepada

kami, kecil atau besar sesuatu majlis itu bukanlah kayu pengukur kepada

penghargaan seorang murid kepada gurunya. Sesungguhnya insan yang bergelar

guru ialah insan yang paling mulia di sisi-Nya.

Page 5: panitiabmsmkcj.files.wordpress.com…  · Web view · 2013-01-28TEKS UCAPAN. KETUA PENGAWAS. SEMPENA . SAMBUTAN HARI GURU SMKCJ. PADA. 29 MEI 2009. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum

Pohon angsana di hujung desa,

Merimbun sitanjung tepian jambatan,

Guru pembina Negara bangsa,

Semangat dijunjung membina watan.

Semerbak gaharu hingga ke pekan,

Menyapa pepinang di tengah laman,

Selamat Hari Guru kami ucapkan,

Jasamu dikenang sepanjang zaman.

Sekian, terima kasih.