perutusan tahun baharu kp jppkk 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 perutusan tahun...

33
1 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2019 YBHG. PROF. DATO' Ts. DR. MOHD ISMAIL BIN ABD AZIZ KETUA PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PADA 24 HARIBULAN JANUARI 2019, HARI KHAMIS, JAM 10.30 PAGI BERTEMPAT DI DEWAN WAWASAN POLITEKNIK PORT DICKSON bertemakan POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI: MENDEPANI CABARAN, MEMACU PERUBAHAN

Upload: phamdieu

Post on 17-Aug-2019

299 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

1

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2019

YBHG. PROF. DATO' Ts. DR. MOHD ISMAIL BIN ABD AZIZ

KETUA PENGARAH

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PADA 24 HARIBULAN JANUARI 2019, HARI KHAMIS, JAM 10.30 PAGI

BERTEMPAT DI DEWAN WAWASAN

POLITEKNIK PORT DICKSON

bertemakan

“POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI: MENDEPANI CABARAN, MEMACU PERUBAHAN”

Page 2: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

2

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

BismillahirRahmanirRahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam sejahtera dan selamat pagi

Yang Berusaha Ts. Dr. Mohammad Naim Bin Yaakub

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan)

Yang Berusaha Ts. Haji Mohamad Amin Bin Hamat

Timbalan Ketua Pengarah (Governan)

Yang Berusaha Puan Zainab Binti Ahmad

Pengarah Kanan (Akademik)

Yang Berusaha Dr. Mohd Rashahidi @ Rusdi Bin Mohamood

Pengarah Kanan (Kompetensi)

Yang Berusaha Tn. Hj Roslee Bin Yahya

Pengarah Politeknik Port Dickson; merangkap tuan rumah kita pada

majlis hari ini,

Pengarah-Pengarah Bahagian

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,

Pengarah-Pengarah Politeknik dan

Pengarah-Pengarah Kolej Komuniti

Tuan-Tuan dan Puan-Puan warga Politeknik dan Kolej Komuniti

Hadirin-Hadirat dan para pelajar yang saya kasihi sekalian,

Page 3: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

3

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

A. Pendahuluan , penghargaan, sedutan Amanat YBM

1. Syukur ke hadrat Ilahi kita semua diberi kesihatan dan

kesempatan untuk bertemu dan berkumpul pada hari ini di Dewan

Wawasan Politeknik Port Dickson, bersama rakan-rakan seperjuangan

sistem pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional politeknik dan

kolej komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Saya kira masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat

Tahun Baharu 2019 kepada semua warga politeknik dan kolej komuniti.

Semoga kemunculan tahun baharu ini diiringi dengan iltizam dan

semangat baharu dalam menjayakan visi dan misi membangunkan

warga institusi TVET yang menyumbang ke arah kemakmuran negara

tercinta Malaysia.

3. Saya bagi pihak barisan kepimpinan tertinggi Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) yang diterajui oleh Yang Berhormat Menteri

Dr. Maszlee Bin Malik; Yang Berhormat Timbalan Menteri Pn. Teo Nie

Ching dan Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Kementerian Dato' Dr.

Mohd Gazali Bin Abas, ingin mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada

tuan-tuan dan puan-puan di atas kerjasama dan sokongan padu dalam

melaksanakan tugas dan tanggungjawab sepanjang tahun 2018.

4. Saya ingin memaklumkan beberapa perubahan portfolio peringkat

Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu

bermula tanggal 23 November 2018 - jawatan sebagai Timbalan Ketua

Setiausaha (Pengurusan) disandang oleh Encik Mohamad Azhan Bin

Md. Amir, jawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan)

disandang oleh YBhg. Dato' Azizan bin Mohamad Sidin dan YBhg. Dato'

Page 4: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

4

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

Kamel bin Mohamad kini memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua

Setiausaha (Strategik). Tahniah diucapkan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

5. Di kesempatan ini juga saya merakamkan penghargaan kepada

pegawai-pegawai kanan kita yang telah bersara pada tahun 2018 dan

telah memberi sumbangan besar kepada politeknik dan kolej komuniti

sepanjang perkhidmatan mereka.Terima kasih yang tidak terhingga

kepada:

i) Dr. Abdul Rahim Bin Ahmad, mantan Pengarah Pusat

Penyelidikan Institusi, JPPKK,

ii) Tn. Hj. Tajuddin Bin Abdul Rashid mantan Pengarah Politeknik

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA),

iii) Hjh. Radiah Binti Che Su mantan Pengarah Politeknik Kuala

Terengganu (PKT)

iv) Hjh Norehan binti Md. Shariff mantan Pengarah Politeknik

Sultan Idris Shah (PSIS)

v) Tn. Hj. Abdul Aziz Bin Abu Bakar mantan Pengarah Politeknik

Kota Melaka (PMK)

vi) Tn. Hj. Zulkifli Bin Ariffin mantan Pengarah Politeknik Seberang

Perai (PSP)

vii) Tn Hj. Noor Azahan Bin Othman mantan Pengarah Politeknik

Kota Bharu (PKB)

viii) Hjh. Norlida Binti Abd Razak mantan Pengarah Politeknik

Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)

ix) En. Yusop Bin Paal mantan Pengarah Kolej Komuniti Sabak

Bernam,

Page 5: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

5

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

x) En.Johari Bin Omar mantan Pengarah Kolej Komuniti Pasir

Mas, dan

xi) En. Baharudin Bin Mohd mantan Pengarah Kolej Komuniti

Jempol.

6. Sekalung penghargaan juga (sekiranya ada) kepada mereka yang

saya tertinggal menyebut nama mereka pada majlis ini termasuk

pegawai dan pensyarah yang bersara wajib tahun 2018.

7. Di samping itu, kita juga tersentuh dengan tragedi yang berlaku

pada 23 November 2018, di Kota Marudu, Sabah. Kemalangan tragis

ini telah meragut lima nyawa ahli keluarga dan kakitangan Politeknik

Sandakan. Semoga ahli keluarga yang ditimpa musibah terus tabah dan

bersabar dengan dugaan ini.

[Marilah kita bersedekah Al-fatihah kepada arwah yang beragama Islam

dan mohon bertafakur kepada yang bukan Muslim]

Sidang hadirin yang saya hormati sekalian,

8. Kita berhimpun di sini sebagai ahli sebuah organisasi yang bersatu

mengalas usaha yang telah dihasratkan dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 – 2025 (PPPM(PT)) ;

Rancangan Malaysia Ke-11 dan Kajian Separuh Penggal RMKe-11. Kita

juga diperingatkan tentang visi mencapai Wawasan 2020 yang

bermatlamat mewujudkan masyarakat saintifik, progresif dan

berpandangan jauh oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir

Mohamad dalam perutusan beliau sempena tahun baharu 2019.

Page 6: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

6

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

9. Kita juga telah mendengar amanat tahun baharu YB Menteri

Pendidikan Dr. Maszlee Bin Malik mengenai tiga hala tuju pendidikan

yang menjadi paksi penggerak kita iaitu, pendidikan berteraskan nilai,

peningkatan kualiti seluruh sistem serta akauntabiliti.

10. Tiga nilai dan budaya teras yang ingin kita bina bersama adalah

cinta atau kasih sayang (love), kegembiraan atau kebahagiaan

(happiness) dan saling menghormati (mutual respect). Politeknik dan

kolej komuniti harus menjadi tempat yang paling membahagiakan

supaya proses pembelajaran berjalan dengan penuh keseronokan, bagi

menyemai rasa cinta terhadap ilmu.

11. YB Menteri juga telah menyatakan beberapa harapan kementerian

terhadap aliran TVET, iaitu:

a. mewujudkan sistem akreditasi yang diharmonikan dengan

jaminan TVET yang berkualiti untuk membolehkan mobiliti

pelajar antara institusi TVET merentas kementerian,

b. mengupayakan industri untuk meningkatkan atau

menambahbaik kebolehpasaran graduan, dan

c. membuka peluang kepada pelajar lepasan tahfiz untuk

melengkapkan diri dengan kemahiran.

B. Pencapaian institusi dan pelajar tahun 2018

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

12. Mengimbas kembali pencapaian pada tahun 2018, suka saya

berkongsi di sini, beberapa kejayaan politeknik dan kolej komuniti dalam

Page 7: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

7

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

acara, pertandingan dan pengiktirafan samada pada peringkat

kebangsaan maupun antarabangsa.

13. Pertama, tahniah kepada politeknik dan kolej komuniti yang telah

berjaya mengharumkan nama negara dalam World Skills ASEAN 2018

yang diadakan di Bangkok pada 26 Ogos – 4 September 2018 di mana

kita telah berjaya meraih sejumlah 31 pingat.

14. Kedua, syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar kita yang telah

memperolehi kejayaan dalam Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana

Menteri 2018, di mana pelajar kita telah merangkul 3 pingat emas

dalam bidang electronics, fashion technology dan pastry, 2 perak dalam

bidang brick laying dan restaurant service, 6 gangsa dalam bidang

graphic design technology, decoration and painting, pastry, restaurant

service dan IT Network Administration.

15. Dalam pertandingan sukan pula, kita menghargai penglibatan

pelajar, dalam 19th ASEAN University Games yang telah berlangsung

di Naypyitam Myanmar. Pelajar Somanroy a/l M. Arulveeran memenangi

pingat emas dalam karate atas 48kg, Awang Mohd Syafie bin Mohd

Kifflee memenangi pingat perak dalam pertandingan catur berpasukan

lelaki, Emmanuel Leong Theng Kuang juga pingat perak dalam karate

kategori individu. Manakala pelajar Teoh Kim Ling memenangi pingat

gangsa dalam acara olahraga 300m dan 400m berhalangan, dan Siti

Zubaidah binti Zaini juga memenangi pingat gangsa dalam sukan

petanque.

16. Saya juga berbangga dengan kejayaan kita dalam bidang

keusahawanan. Sempena majlis MOE Entrepreneurship Awards pada

Page 8: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

8

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

30 November 2018 yang lalu Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kolej

Komuniti Baling dan Kolej Komuniti Sungai Petani telah memenangi

Grand Winner Kategori A Most Entrepreneurial Award.

17. Dalam majlis yang sama, pelajar Muhammad Aminuddin Bin Abd

Hadi dari Kolej Komuniti Sik dan Muhammad Syazwan bin Ruslin dari

Politeknik Sultan Idris Shah berjaya menjadi Naib Johan (1st Runner Up)

dalam Kategori B Outstanding Student Entreprise Award. Tahniah

diucapkan kepada bakal-bakal usahawan TVET kita !

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

18. Memasuki pertandingan kemahiran terbukti berjaya mengasah

bakat dan meningkatkan kompetensi pelajar. Justeru, kita sangat

berbangga dengan kejayaan pasukan Politeknik Malaysia dalam

kejohanan FIRA Robo World Cup ke-23 tahun 2018 yang berlangsung

di Taichung, Taiwan. Kita telah memenangi 14 pingat secara

keseluruhannya iaitu 9 pingat emas, 3 perak dan 2 gangsa. Pencapaian

tahun 2018 juga telah melepasi pencapaian tahun 2017 di Kaohsiung

Taiwan yang lalu. Tahniah dan Syabas !!!

[Tayangan Video FIRA ……]

19. Politeknik dan Kolej Komunti juga tidak ketinggalan dalam usaha

penyelidikan dan inovasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sebagai contoh, dalam Majlis Anugerah Harta Intelek Negara, tahniah

diucapkan kepada 23 pasukan Perekacipta Harta Intelek daripada 13

institusi masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga dalam kategori

Perekacipta Harta Intelek selain daripada menjadi Finalis Kebangsaan

Page 9: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

9

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

(8 Terbaik) dalam Kategori Hakcipta, Kategori Rekabentuk Perindustrian

dan Kategori Organisasi (Pengurusan Harta Intelek Terbaik).

20. Pada tahun 2018 juga, politeknik dan kolej komuniti telah berjaya

dalam bidaan projek di bawah TVET -Applied Research Grant Scheme

(T-ARGS) fasa 1 yang bernilai RM1.85 juta bagi 95 penyelidik. JPPKK

menerima sebanyak RM42 ribu bagi satu penyelidikan, politeknik

menerima RM1.7 juta bagi 17 penyelidikan; dan kolej komuniti menerima

RM110 ribu bagi 2 penyelidikan. Tahniah juga khusus kepada Politeknik

Mersing dan Kolej Komuniti Masjid Tanah kerana telah menerima geran

tertinggi.

21. Alhamdulillah secara keseluruhan, kita telah berjaya meningkatkan

keupayaan penyelidikan dan inovasi terutamanya dalam bidang

penyelidikan gunaan. Syabas, saya ucapkan kepada semua penyelidik.

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

22. Kita semua sedia maklum satu lagi pencapaian gemilang institusi

TVET kita di peringkat antarabangsa ialah akreditasi institusi oleh Asia

Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC). Sehingga

tahun 2018 sebanyak 9 politeknik telah mendapat tahap emas dalam

akreditasi APACC. Manakala Politeknik Ungku Omar (PUO) dan

Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah melalui akreditasi semula dan

berjaya mengekalkan tahap emas. Syabas dan tahniah diucapkan.

23. Pada hari ini, sukacita saya umumkan bagi tahun 2019, lima (5)

buah politeknik lagi akan melalui akreditasi semula iaitu Politeknik

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Politeknik Sultan Haji

Page 10: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

10

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

Ahmad Shah (POLISAS), Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS),

Politeknik Kota Bharu (PKB) dan Politeknik Seberang Perai (PSP).

Di samping itu, Politeknik Kuching, Sarawak (PKS) akan melalui

proses akreditasi APACC buat pertama kalinya. Sama-samalah kita

mendoakan agar kejayaan demi kejayaan menjadi milik kita.

24. Seterusnya, suka saya merakamkan ucapan tahniah kepada

Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) yang mewakili Politeknik Malaysia

dalam UI Green Metric World University Ranking iaitu salah satu

usaha untuk mengurangkan jejak karbon dan membantu menangani

perubahan iklim global. PMM telah berjaya menduduki tempat ke-335

daripada 719 penyertaan seluruh dunia dan berada pada tempat ke-11

bagi institusi dari Malaysia.

25. Saya juga ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan

tahniah kepada 5 Politeknik dan 6 Kolej Komuniti yang mendapat

markah tertinggi pelaporan pencapaian KPI bagi tahun 2018. Institusi

tersebut ialah :

Politeknik:

(a) Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

(b) Politeknik Merlimau Melaka

(c) Politeknik Kota Kinabalu

(d) Politeknik Port Dickson

(e) Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Kolej Komuniti :

(a) Kolej Komuniti Arau

(b) Kolej Komuniti Temerloh

(c) Kolej Komuniti Hulu Langat

(d) Kolej Komuniti Chenderoh

(e) Kolej Komuniti Mas Gading

Page 11: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

11

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

C. Nukilan Sejarah 2018 – Penggabungan Semula Politeknik &

Kolej Komuniti, Percantuman KPT&KPM, Pemerkasaan TVET

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

26. Umum sedia maklum kekuatan sesebuah organisasi lahir daripada

kesatuan dan kemuafakatan ahli-ahli yang mendokong aspirasi yang

sama. Pada tanggal 16 Mac 2018, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

telah meluluskan permohonan penggabungan semula Jabatan

Pendidikan Politeknik (JPP) dan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti

(JPKK). Setelah 9 tahun berpisah kini warga politeknik dan kolej

komuniti kembali bernaung di bawah satu bumbung. Bak kata pepatah

Melayu: “Air dicincang tidak akan putus”, begitulah rasanya keserakanan

yang wujud dalam organisasi ini. Saya selaku Ketua Pengarah yang

diamanahkan meneraju Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej

Komuniti (JPPKK) sangat-sangat menghargai kepercayaan dan

kerjasama yang diberikan kepada saya dalam membantu saya memikul

tugas dan tanggungjawab yang besar ini.

27. Sejarah juga menyaksikan percantuman antara Kementerian

Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) selepas

Pilihanraya Umum ke-14 iaitu lebih kurang 2 bulan selepas

penggabungan JPP dan JPKK. Perkembangan ini sekali gus

menjadikan MTUN, politeknik, kolej komuniti dan kolej vokasional

institusi peneraju TVET terbesar di Malaysia. Kekuatan dari segi

kuantiti membuka cabaran dari segi persepsi masyarakat, tadbir urus,

dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Page 12: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

12

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

28. Justeru itu, Jawatankuasa Pemerkasaan Technical And

Vocational Education And Training (JKP TVET) telah diwujudkan

bagi membincang serta menyelesaikan isu dan cabaran dalam

pelaksanaan TVET merentasi enam (6) kementerian. Jawatankuasa ini

memfokus kepada akreditasi dan pentauliahan program, pertindihan

penawaran program TVET oleh Institusi Latihan Kemahiran Awam

(ILKA), artikulasi pengajian, jurang kemahiran tenaga pengajar TVET,

peruntukan dan bantuan kewangan, kebolehpasaran graduan TVET

serta persepsi masyarakat. Jabatan ingin merakamkan ucapan

penghargaan dan terima kasih kepada YB Nurul Izzah Binti Anwar di

atas penglibatan beliau mempengerusi JKPTVET sehingga akhir tahun

2018.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

29. Satu lagi inisiatif Kementerian Pendidikan dalam mempertingkat

kualiti pendidikan negara ialah melalui peranan yang dimainkan oleh

Jawatankuasa Dasar Pendidikan Negara (JKDPN). Saya ingin

mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di jabatan, politeknik

dan kolej komuniti yang telah menghantar maklum balas yang

menyentuh antara lainnya peranan dan kerjaya pendidik, pelajar,

kebolehpasaran graduan, tadbir urus dan sebagainya kepada

Jawatankuasa Dasar Pendidikan Negara (JKDPN). Suara TVET dalam

ribuan maklum balas yang diterima oleh JKDPN merupakan sumbangan

kita bersama dalam melakar transformasi pendidikan ke arah “a

knowledge and virtue based society” bagi mencapai hasrat menjadi,

“among the most educated citizen in the world”. …… Prof Emeritus Dato'

Dr Ibrahim Bajunid.

Page 13: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

13

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

30. Pendidikan dan pendidik merupakan asas kepada kemenjadian

manusia. Peranan pendidik sebagai adiwira dan ikon menyentuh

sanubari dan menyuntik semangat juang serta meningkatkan kegigihan

pelajarnya untuk berjaya merupakan antara intipati Amanat Menteri

Pendidikan YB Dr. Maszlee Bin Malik.

31. Saya percaya politeknik dan kolej komuniti juga mempunyai ramai

adiwira yang berjaya mengubah lanskap pendidikan TVET dan menjadi

sumber inspirasi pensyarah dan pelajar. Pada hari ini izinkan saya

bercerita mengenai tiga orang adiwira yang pada hemat saya wajar

dikongsikan sumbangan mereka. Pertama ialah Tn. Hj. Mohd Noor Bin

Shahudin, Pengarah POLIMAS yang telah mempelopori FIRA Robo

World Cup dari tahun 2009 lagi dan sehingga ke hari ini beliau tetap

melibatkan diri secara langsung dalam setiap persediaan pertandingan

yang diceburi oleh politeknik Malaysia.

32. Sebagai subject matter expert bidang kulinari, En. Mohamad

Jeffri Bin Ahmad dari Langkawi Tourism Academy @ Kolej

Komuniti Langkawi (LTA) telah melatih dan menjadi mentor kepada

para pelajar LTA yang memasuki pelbagai pertandingan kemahiran.

Usaha beliau ternyata berhasil apabila salah seorang pelajarnya berjaya

mewakili Malaysia dalam bidang Restaurant Service World Skills

Competition di Leipzig Germany pada tahun 2013 dan dua orang lagi

berjaya ke peringkat ASEAN Skills competition pada tahun 2014 dan

2016.

33. Manakala seorang yang tidak asing lagi kepada kita semua,

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Ts. Dr. Mohammad Naim

Bin Yaakub pada tahun 2013, ketika menyandang jawatan Director

Page 14: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

14

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

General Pengarah Colombo Plan Staff College (CPSC) Manila, telah

membawa politeknik ke persada antarabangsa melalui usaha

memperolehi akreditasi APACC. Bermula pada tahun 2014, 3 politeknik

telah mencipta sejarah dengan mendapat tahap emas iaitu PUO, PIS

dan PSA. Kejayaan 3 politeknik ini telah membuka jalan kepada 9

politeknik masa kini, kesemuanya mempertahankan rekod cemerlang

akreditasi APACC tahap emas.

34. Saya percaya, inspirasi kejayaan seperti ini merangsang kita untuk

melahirkan lebih ramai adiwira di masa depan.

D. Agenda 2019 : – Jubli Emas Pembuka Tirai, Peneraju TVET

Melakukan Perubahan

Tuan-tuan dan puan- puan yang dihormati sekalian,

35. Kita akan melakar sejarah meraikan Sambutan Jubli Emas

Penubuhan Politeknik Malaysia pada 6 April 2019 bertempat di

Politeknik Ungku Omar, Ipoh yang merupakan politeknik pertama

ditubuhkan di bawah pembiayaan United Nations Development Plan.

36. Bermula dengan penawaran program peringkat sijil bagi

memenuhi keperluan pekerja separa profesional, kini PUO mengorak

langkah dengan menawarkan program peringkat Diploma dan Sarjana

Muda dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan.

37. Simbolik kepada sambutan 50 tahun kewujudan Politeknik Ungku

Omar, kita juga meraikan perkembangan sistem pendidikan aliran TVET

Page 15: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

15

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

yang telah mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia melalui

peluasan institusi politeknik dan kolej komuniti seluruh negara. Syabas

dan tahniah kepada anda semua peneraju sistem TVET tanahair !

Tema:

POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI: MENDEPANI CABARAN,

MEMACU PERUBAHAN

Sidang hadirin yang saya hormati sekalian,

38. Izinkan saya mengenengahkan tema perutusan tahun baharu saya

iaitu POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI: MENDEPANI CABARAN,

MEMACU PERUBAHAN. Kita perlu bersedia melakukan perubahan

minda dalam mendepani cabaran; mengharungi suatu perjalanan

bersama-sama; di bawah pengurusan tertinggi JPPKK dengan

sokongan kuat dan padu daripada pengarah-pengarah Politeknik dan

Kolej Komuniti.

39. Dunia semakin berubah. Teknologi seperti AI, big data , cloud

computing dan high sped Internet akan merubah lanskap kehidupan

manusia. Di samping itu perubahan geo-politik dunia juga memberi

kesan kepada kehidupan kita sama ada secara langsung atau tidak

langsung. Idea dan inovasi yang dipacu oleh algoritma dan sistem pintar

akan menjadi asas ekonomi baru.

40. World Economic Forum menggariskan beberapa cabaran besar

dunia di antaranya ialah sekuriti makanan, pertumbuhan yang inklusif,

pengangguran, perubahan cuaca, dan krisis kewangan dunia.

Page 16: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

16

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

41. Cabaran dan perubahan-perubahan ini memberi implikasi besar

kepada dunia dan pekerjaan. Terdapat kemahiran yang baru yang

diperlukan oleh pekerja pada masa akan datang. Pelajar perlu

mempunyai daya ketangkasan (agility) dalam menerima teknologi baru

dan cepat belajar dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Hal ini

juga perlu difahami oleh kita sebagai pendidik yang memerlukan kita

mendapatkan kemahiran baru bagi kekal relevan dalam persekitaran

yang tidak menentu ini.

E. Peruntukan kewangan 2019

42. Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, saya ingin menyentuh beberapa

perkara berkaitan peruntukan kewangan 2019 yang diluluskan oleh

Kerajaan baru-baru ini. Bagi tahun 2019, Jabatan secara

keseluruhannya telah diluluskan peruntukan sebanyak RM1.76 billion.

Daripada jumlah tersebut, RM1.35 billion adalah bagi perbelanjaan

mengurus manakala selebihnya sebanyak RM0.41 billion adalah bagi

perbelanjaan pembangunan di politeknik (RM331.4 juta) dan kolej

komuniti (RM79.7 juta).

43. Di sini, saya tegaskan peruntukan pembangunan RMK11 RP4

Tahun 2019 yang diterima oleh 11 buah politeknik iaitu POLISAS, PKK,

PKT, PSMZA, PMM, PSAS PTSB, PMU, PBS, PMTG dan PTSN serta

beberapa buah Kolej Komuniti perlu dibelanjakan SEGERA dan perlu

diselesaikan proses tender sehingga Surat Setuju Terima dikeluarkan

menjelang 30 April 2019.

44. Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan Arahan Pegawai

Pengawal 2019 yang merangkumi kawalan terhadap tuntutan

Page 17: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

17

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

perjalanan, pelaksanaan pakej dan permohonan bertugas ke luar

negara. Sehubungan itu, semua program yang dirancang perlu

dilaksanakan secara bersederhana dan selari dengan hasrat Kerajaan

untuk menjimatkan perbelanjaan operasi secara keseluruhan.

45. Jabatan telah mengeluarkan Garis Panduan Kawalan Dalaman

Jabatan Bagi Tahun 2019 bagi memenuhi pendekatan “low cost high

impact initiative” untuk pelaksanaan oleh semua institusi. Saya mohon

semua Pengarah memastikan Garis Panduan tersebut dilaksanakan

secara menyeluruh di institusi masing-masing.

46. Selain daripada itu, kita perlu Memantapkan Tadbir Urus agar

lebih Responsif Dan Mampan.

47. Pada masa ini, sebanyak 36 politeknik dan 102 kolej komuniti

sedang beroperasi di seluruh negara. Dengan bilangan yang sebanyak

ini, maka penyeliaan tadbir urus institusi perlu lebih responsif dan

mampan selari dengan Teras Kedua Pelan Strategik Politeknik dan

Kolej Komuniti 2018-2025.

48. Pertama, kita perlu mengamalkan Lean Management. Konsep

Lean Management penting bagi memastikan keberkesanan dan

kecekapan dalam pengurusan organisasi. Ia termasuk melaksanakan

langkah-langkah penjimatan dalam perbelanjaan wang kerajaan dengan

mengoptimumkan penggunaan sumber dan kepakaran.

49. Inisiatif ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat tanpa

melibatkan perubahan besar Pusat Tanggungjawab (PTJ), perjawatan

Page 18: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

18

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

pensyarah dan implikasi kewangan. Antara inisiatif yang akan

dijalankan adalah:

(a) Pertama: Koordinasi institusi dan program melibatkan

penempatan semula institusi yang tidak strategik dan perpindahan

program pengajian yang tidak mendapat sambutan agar selari

dengan keperluan industri dan komuniti setempat.

(b) Kedua: Konsep gunasama peralatan dan ruang akan

dilaksanakan di mana perkongsian peralatan, ruang dan

pensyarah dalam PdP dan pengurusan institusi diperluaskan agar

lebih berstruktur dan terancang.

(c) Ketiga : Bagi memantapkan pengurusan akademik yang lebih

dinamik dan futuristik satu penstrukturan semula jabatan akademik

akan dilaksanakan di semua politeknik dan kolej komuniti.

50. Kedua, kita perlu Memperluas Potensi Bakat. Sukacita saya

maklumkan Jabatan sedang berusaha menstruktur semula organisasi

seiring dengan Pelan Strategik Pembangunan Modal Insan Profesional

Efektif yang memberi fokus kepada transformasi modal insan dalam

kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tinggi (PPPT).

51. Maka, pada tahun 2019 dicadangkan Penggiliran Kerjaya PPPT

diperkenalkan bagi pengisian jawatan hakiki di Jabatan, Politeknik dan

Kolej Komuniti. Penggiliran jawatan merupakan salah satu kaedah yang

efektif dalam menguruskan sumber manusia serta ia merupakan inisiatif

strategik untuk mengenalpasti dan mengembangkan potensi bakat ke

arah kecemerlangan organisasi.

52. Tenaga pengajar perlu bersedia dan pantas mengadaptasi kaedah

learn-unlearn-relearn. Learn ialah pengetahuan dan kemahiran

Page 19: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

19

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

pensyarah yang ditingkatkan melalui program upskilling dan reskilling.

Manakala relearn diperolehi melalui kaedah melalui Training of Trainers

(ToT) samada pensyarah bersama industri atau pensyarah dengan

pensyarah berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

F. Memantapkan Teras Pendidikan TVET – Graduan Berkualiti

Program Pengajian, Atribut pelajar

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

53. Menyentuh tentang misi melahirkan graduan TVET berkualiti,

JPPKK komited memastikan semua program pengajian yang ditawarkan

di politeknik dan kolej komuniti berkualiti dan mendapat akreditasi.

54. Pada tahun 2018, sejumlah 60 program diploma kejuruteraan di 19

buah politeknik telah dilawati oleh pihak Engineering Technology

Accreditation Council (ETAC) di bawah Board Of Engineers (BEM)

untuk tujuan akreditasi. Pada tahun ini pula sebanyak 57 program

diploma kejuruteraan akan melalui proses akreditasi oleh ETAC dan 17

program teknologi dan teknikal akan melalui proses akreditasi oleh

Technology and Technical Accreditation Council (TTAC) di bawah

Malaysian Board Of Technologists (MBOT).

55. Justeru itu, jabatan mensasarkan 100% program pengajian yang

ditawarkan akan memperolehi perakuan akreditasi selari dengan

amanat menteri.

Page 20: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

20

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

56. Oleh itu, pengarah politeknik dan kolej komuniti adalah

bertanggujawab bagi memastikan proses pdp memenuhi kualiti yang

ditetapkan.

Tuan puan sidang hadirin sekalian,

57. Ingin saya tegaskan di sini bahawa kurikulum yang dibangunkan

sistem pendidikan hari ini perlu kekal relevan dalam mendepani

Revolusi Perindustrian ke-4 (4IR). Dalam mereka bentuk ekosistem

pendidikan yang berdaya maju, kurikulum yang diguna pakai perlu lebih

bersifat DOFA iaitu Dynamic, Organic, Fluid dan Agile.

58. Saya difahamkan sebanyak 71 kurikulum program pengajian

politeknik telah melalui proses pemantauan, semak semula dan CQI

sepanjang tahun 2018 dan ianya akan digunapakai bermula sesi

pengajian semester Jun 2019. Manakala proses semak semula

kurikulum program pengajian di Kolej Komuniti akan dilaksanakan mulai

April 2019 bagi memastikan ianya boleh digunapakai pada tahun 2020.

59. Sebanyak 10 program pengajian di politeknik telah terpilih untuk

pelaksanaan integrated curriculum melalui kaedah Conceive - Design -

Implement -Operate (CDIO), iaitu kurikulum berunsur intradisciplinary

dan interdisciplinary yang menerapkan kemahiran abad ke-21 seperti

komunikasi, kolaborasi, kreativiti dan pemikiran kritis.Turut diterapkan

ialah elemen-elemen kelestarian dan unsur Industri 4.0 seperti Internet

of Things (IOT) dan Cloud Computing.

Page 21: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

21

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

60. Saya yakin inisiatif seperti inilah yang perlu diperluas

penggunaannya kepada banyak lagi program pengajian di politeknik dan

kolej komuniti.

Tuan-tuan dan puan-puan,

61. YB Menteri dalam Amanat tahun baharu beliau, telah

mengingatkan kita mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan

aspirasi “Pendidikan Untuk Semua”. Pendidikan merupakan hak setiap

individu dan ahli masyarakat berhak mendapat kesamarataan peluang

pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-

masing. Justeru, politeknik dan kolej komuniti berperanan menyediakan

akses dan ekuiti yang lebih luas kepada TVET awam negara.

62. Malaysia dijangka akan menuju kearah masyarakat ageing society

pada 2030. Ini merupakan transisi demografi yang sedang pesat berlaku

dalam negara kita. Oleh itu, bagi mengoptimumkan peluang dan

pengibatan warga emas dalam meningkatkan kesejahteraan hidup,

maka usaha-usaha untuk mendayaupayakan warga emas boleh

dilakukan dengan memberi ilmu dan kemahiran.

63. Di sini, saya suka berkongsi cerita mengenai seorang pelajar

warga emas berumur 71 tahun iaitu Puan Aishah binti Ahmad yang

menjalankan perusahaan membuat ikan pekasam secara kecil-kecilan di

rumahnya. Beliau telah mengikuti kursus pelabelan di Kolej Komuniti

Lenggong dan berjaya menambah pendapatan beliau menggunakan

ilmu yang dipelajari.

Page 22: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

22

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

64. Disamping itu, kolej komuniti juga telah menyediakan peluang

pembelajaran kepada golongan muda terutamanya lepasan pelajar

tahfiz bagi melengkapkan diri dengan kemahiran untuk kerjaya hidup.

65. Contoh ini jelas membuktikan bahawa sistem pendidikan TVET

yang diterajui oleh politeknik dan kolej komuniti berjaya menyediakan

akses kepada semua golongan masyarakat samada melalui pendidikan

secara formal maupun tidak formal.

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

66. Jabatan juga menyambut seruan memperluas akses pendidikan

TVET kepada pelajar daripada aliran sekolah kebangsaan yang tidak

lulus Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM dengan membangunkan

beberapa program baharu bagi pelaksanaan di kolej komuniti.

67. Dengan ini sukacita saya umumkan mulai sesi pengajian

semester Jun 2019, sistem pendidikan Kolej Komuniti akan

melaksanakan 3 bentuk laluan baharu yang dikenali sebagai ACE

programme iaitu Apprenticeship programme, Professional

Certification programme dan Entrepreneurship Programme.

68. Kolej komuniti yang dikenalpasti ialah Kolej Komuniti Shah Alam,

Kolej Komuniti Kuala Langat dan Kolej Komuniti Paya Besar bagi

Apprenticeship programme. Manakala penyelaras bagi Professional

Certification programme ialah Kolej Komuniti Batu Gajah. Kolej Komuniti

Selayang pula akan memulakan Entrepreneurship Programme.

Page 23: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

23

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

69. Saya juga melalui mesyuarat pengurusan JPPKK bulan Disember

2018 telah meluluskan penawaran semula program Sijil Persediaan

Kolej Komuniti yang ditambahbaik kandungannya bermula sesi

pengajian semester Jun 2019. Tiga Kolej Komuniti yang terlibat

sebagai kolej komuniti rintis ialah Kolej Komuniti Selandar bagi Sijil

Penyejukan dan Penyamanan Udara; Kolej Komuniti Bandar Baharu

bagi Sijil Servis Kenderaan Ringan dan Kolej Komuniti Kepala Batas

bagi Sijil Teknologi Pembuatan.

70. Saya yakin dengan peluasan akses ini tiada lagi pelajar yang telah

mengikuti pendidikan formal selama 11 tahun terpinggir daripada

mendapat peluang menyambung pengajian dalam aliran TVET; bukan

sahaja berupaya memenuhi permintaan industri malahan memberikan

kehidupan yang cerah kepada pelajar.

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

71. Kerjasama strategik dengan rakan-rakan industri dilihat sebagai

penyumbang penting kepada keberkesanan serta kemajuan politeknik

dan kolej komuniti. Industri merupakan enjin penggerak utama kepada

pembangunan ekonomi negara. Jalinan kerjasama yang lebih

berstruktur diperlukan terutama dalam melatih pensyarah state-of-the art

technology, peluang penyelidikan, dan konsultansi pengajaran dan

pembelajaran.

72. Suka saya berkongsi bagaimana hubungan industri diperkasakan

dalam ekosistem pendidikan TVET. [Rujuk slide]

Page 24: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

24

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

73. Bagi menyahut cabaran ini, empat politeknik dipilih sebagai

perintis dalam membangunkan jaringan industri berstruktur. Politeknik

tersebut adalah PUO, PSA, PIS dan POLIMAS. Di harap usaha ini dapat

mengupayakan industri dalam meningkatkan kualiti dan penyampaian

program TVET.

74. Sukacita saya umumkan akan wujudnya satu perubahan penting

dalam struktur organisasi institusi iaitu meletakkan tugas hubungan

industri dan komuniti di bawah tanggungjawab Timbalan Pengarah

(Akademik) dikenali sebagai Timbalan Pengarah (Akademik &

Industri). Ini merupakan inisiatif untuk mempertingkat peranan industri

dalam menjadikan politeknik dan kolej komuniti institusi TVET yang

sentiasa relevan kepada industri.

75. Bagi mempertingkatkan rangkaian dan usahasama Politeknik dan

Kolej Komuniti dengan pihak industri, jabatan akan memperkenalkan

konsep Industrial on Campus (IOC) di 4 buah kolej komuniti baharu iaitu:

(a) Kota Kinabalu Tourism Academy @ Kolej Komuniti Kota

Kinabalu, Sabah

(b) Digital Gateway @ Kolej Komuniti Papar, Sabah

(c) Food Cube @ Kolej Komuniti Simpang Renggam, Johor

(d) The Baker’s @ Kolej Komuniti Pendang, Kedah

76. Konsep IOC di kolej-kolej ini adalah berteraskan kepada

pelaksanaan program pengajian yang menjuruskan kepada 4 perkara

berikut iaitu:

(a) Pelaksanaan program pengajian yang menjuruskan kepada

amalan kerja sebenar di industri/perniagaan.

(b) Kolaborasi bersama Industri

Page 25: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

25

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

(c) Penyediaan ruang bagi keperluan industr1/bisnes semasa

projek pembangunan

(d) Penjanaan kewangan/Khidmat kepakaran

77. Seiring dengan perkembangan pesat sektor industri, pensyarah

digalakkan memperluas ilmu dan kemahiran khusus melalui program

Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) di syarikat-syarikat yang relevan

dengan bidang pengajian di politeknik dan kolej komuniti. Untuk itu,

Jabatan mensasarkan 100% pensyarah mempunyai pengalaman

industri menjelang tahun 2022.

78. Pensyarah juga perlu mereka bentuk semula kaedah pengajaran

dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar melalui

pembelajaran kendiri yang aktif, imersif dan bermakna seperti Heutagogi

(self-determined learning), Paragogi (learning through peers) dan

Cybergogi (online learning – combination or MOOC and blended

learning.

Tuan-tuan dan puan-puan,

79. Membangunkan atribut pelajar seimbang dan holistik memerlukan

penglibatan dan kerjasama dengan pelbagai pihak dan institusi lain.

Sebagai contoh, gabungan pelajar dari Politeknik Malaysia dan

Singapore Polytechnic dalam program Learning Express (LeX) yang

merupakan program inovasi sosial. Program ini berjaya menghasilkan

beberapa prototaip berinovasi melalui kaedah Design Thinking, yang

mengaplikasikan elemen Internet Of Things (IoT) dalam menyelesaikan

masalah komuniti setempat.

Page 26: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

26

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

80. Pelajar politeknik dan kolej komuniti rata-ratanya mempunyai daya

kreativiti serta berbakat. Mereka bukan sahaja berani mencuba dan

mesra dalam pergaulan, malah mempamerkan sifat keterbukaan dan

bersedia untuk dibentuk.

81. Mari kita lihat sedutan perkongsian pengalaman Dayang

…..[tayangan video]

82. Bagi memastikan atribut dan jati diri sedia ada dipupuk dan

diperkayakan pelajar politeknik dan kolej komuniti perlu memiliki DNA

berikut :

a. Pertama: Kompetensi Teknikal

Pelajar di lengkapkan dengan technical skills,

entrepreneurial mindset dan spirit, Complex Problem Solving

Skills, Analysis /Solution mindset, Digital fluency, bagi

menyemarakkan kreativiti dan bakat pelajar.

b. Kedua: Bersifat progresif dan dinamik - Atribut seperti

kreatif, Cognitive Flexibility, Critical Thinking, self-directed

learner, financially and economically literate akan

menghasilkan pelajar yang sentiasa berfikiran terbuka dan

bersedia untuk mempelajari ilmu baharu.

c. Ketiga: Ketrampilan Diri Yang Hebat

Pelajar diberi peluang untuk meningkatkan jati diri dan

ketrampilan melalui penglibatan dalam program

pembangunan diri dan ko-kurikulum bagi melahirkan pelajar

politeknik dan kolej komuniti yang proaktif, berdaya tahan,

berswadaya, semangat kerja berpasukan dan berani

mengambil risiko.

d. Keempat: Global Citizen

Page 27: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

27

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

Melalui program pengantarabangsaan, pelajar berpeluang

untuk memperkembangkan perspektif global melalui

komunikasi, rundingan, perbincangan, kolaborasi,

tanggungjawab sosial serta kesukarelawanan.

83. Justeru, inisiatif dalam menyedia dan mempersiapkan pelajar

untuk menghadiri temuduga, maka Modul Graduate Employability akan

dibangunkan bagi memastikan pelajar yang dihasilkan mendapat set

kemahiran yang diperlukan oleh industri dan menepati kehendak

pasaran kerja.

G. Embracing Technology - Membina Ekosistem Kondusif Era

4IR

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

84. Kita tidak boleh menyangkalnya lagi – Revolusi Industri keempat

(4IR) sedang berada di sekeliling kita. Pelbagai disiplin teknologi yang

digabung penggunaannya merupakan komponen penting industri 4.0

dan untuk itu, kita di politeknik dan kolej komuniti perlu berubah dan

mendepani cabaran ini.

85. Izinkan saya membentangkan 11 bidang teknologi industri 4.0

iaitu: Big Data Analysis, Artificial Intelligence, Augmented Reality,

Additive Manufacturing, Simulation, Advanced Material, Systems

Integration, Autonomus Robots, The Internet of Things, Cloud

Computing dan Cyber Security.

86. Bagi menyahut cabaran, kita perlu sedar untuk merebut peluang

ekoran perkembangan teknologi digital yang mempengaruhi pasaran

Page 28: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

28

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

pekerjaan terutamanya dalam segmen “high-skills/ high pay”.

Politeknik dan kolej komuniti tidak mampu ketinggalan dalam ekosistem

ini kerana teknologi adalah teras TVET.

87. Saya juga suka kongsikan slide ini.

[Slide: Gartner Graph - Changing Economic Landscape]

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian ,

88. Rangka Kerja TVET 4.0 KPM telah disediakan untuk memastikan

pendidikan relevan dan selaras dengan Rangka Kerja Dasar Industri

4.0 Nasional – INDUSTRY 4WRD yang dibangunkan oleh Kementerian

Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

89. Rangka kerja ini disokong oleh enam strategi meliputi graduan

TVET berkualiti, governan yang responsif dan mampan, bakat didorong

teknologi, transformasi sistem pendidikan TVET, kolaborasi industri dan

komuniti, serta pembudayaan penyelidikan gunaan dan inovasi.

90. Antara inisiatif yang dirancang termasuklah menambahbaik

program pengajian ke arah 4IR, meningkatkan mekanisme

penyampaian dengan memperluaskan industry- education centre,

pembelajaran abad ke-21, program Work-based learning (WBL),

pewujudan komuniti pintar serta pembangunan kemahiran bakat

graduan TVET abad ke-21.

91. Untuk pengetahuan semua, Jabatan telah mengorak langkah

menyediakan institusi kita menghadapi cabaran 4IR. Bermula dengan

Page 29: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

29

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

mendefinisikan 4IR bagi konteks pendidikan di politeknik dan kolej

komuniti iaitu:

“A learning experience that holistically addresses the

requirements of the Fourth Industrial Revolution.”

92. Selain definisi ini, Jabatan meletakkan Pengalaman Pembelajaran

Holistik sebagai asas 4IR. Kedua-dua pembelajaran formal dan bukan

formal adalah sama penting untuk membentuk pelajar dan warga

politeknik dan kolej komuniti yang dikatakan “4IR-ready”.

93. Selain itu, saya difahamkan bahawa kita akan menggunakan

tagline #Positioning4IR sebagai pemangkin usaha mempersiap warga

politeknik dan kolej komuniti ke arah 4IR-ready. Beberapa FLAGSHIPS

akan digunakan bagi memposisikan Politeknik dan Kolej Komuniti selari

dengan kehendak 4IR.

94. Antara FLAGSHIP dikenalpasti:

a) FIRA memperkukuh kemahiran bidang Robotik di Politeknik.

b) Cyber Range Academy – Politeknik Mersing (DDT)

c) Security Operation Centre – Politeknik Mersing (DDT)

d) BIM Collaborative Lab – Politeknik Ungku Omar (BCT)

e) Retail Simulation Store 2.0 – Politeknik Nilai (DRM)

f) Smart Fertigation Farm – Politeknik Jeli (DAG)

g) Galeri Akuarium Pusat Akuakultur (GAPA) – Politeknik Sandakan

(DAQ)

95. Saya percaya konsep TeCC (Technology-enabled Collaborative

Classroom) tidak asing lagi bagi warga politeknik memandangkan

beberapa politeknik telah dilengkapi dengan kemudahan TeCC tahap

Page 30: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

30

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

1.0 dan TeCC tahap 2.0. Begitu juga dengan teknologi Virtual Reality

(VR) yang merupakan salah satu tunjang penting dalam industri 4.0

96. Maka pada hari yang bertuah ini, sukacita saya mengumumkan 6

buah politeknik dan 5 buah kolej komuniti yang akan menjadi

perintis 4IR dan dibekalkan dengan ruang dan peralatan berkaitan.

97. Tiga politeknik yang akan mendokong konsep TeCC 3.0 dengan

membawa jenama DIGITAL GARAGE adalah Politeknik Sultan Haji

Ahmad Shah (POLISAS), Politeknik Kota Kinabalu (PKK) dan Politeknik

Seberang Perai (PSP).

98. Manakala tiga lagi politeknik yang akan meneraju teknologi Virtual

Reality (VR) dengan membawa jenama VR ADVENTURE ialah

Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

(PTSS) dan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).

Tuan-tuan dan puan-puan,

99. Untuk Kolej Komuniti pula, ruang inovasi teknologi dan rekabentuk

yang berkonsepkan MAKERSPACE akan diwujudkan di Kolej komuniti

terpilih.

100. Sukacita saya umumkan 5 buah Kolej Komuniti sebagai perintis

yang telah dikenalpasti dan akan menggunakan jenama MAKER

MARKET adalah Kolej Komuniti Temerloh, Kolej Komuniti Seberang

Jaya, Kolej Komuniti Segamat 2, Kolej Komuniti Ampang dan Kolej

Komuniti Kuching.

Page 31: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

31

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

101. Saya juga dimaklumkan bahawa Jabatan sedang berkerjasama

dengan MDEC untuk mewujudkan maker space ini, di mana MDEC akan

memberi tunjuk ajar dan menyelaras bentuk latihan yang sesuai kepada

pensyarah dari institusi yang dipilih.

102. Saya sungguh berbangga dengan perkembangan terbaru ini.

Tahniah diucapkan kepada Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti

yang akan meneraju inisiatif ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

103. Politeknik dan Kolej Komuniti merupakan penyelesai masalah

kepada industri dan komuniti. Sehingga kini telah wujud 8 buah Centre

Of Technology (COT) Politeknik yang telah mendapat pengiktirafan.

COT Politeknik adalah untuk memastikan kelestarian sumber dalam

membekalkan hasil penyelidikan/inovasi, khidmat kepakaran dan sesi

latihan di dalam bidang tujahan yang diperlukan oleh pihak industri serta

komuniti. Ia juga mampu melonjakkan mutu penawaran program di

Politeknik seiring dengan kehendak industri semasa di samping

menepati percambahan teknologi terkini.

104. Sukacita dimaklumkan antara COT yang menyahut cabaran

pelaksanaan 4IR ialah Cyber Range Academy@PMJ bagi bidang

tujahan Cyber Security, Mechatronic Robotic Technology Centre @

PTSB bagi bidang tujahan kejuruteraan mekatronik dan robotik dan

tidak ketinggalan Hybrid Car @ KK Kepala Batas. Saya berharap pada

tahun ini, COT berkenaan mendapat pengiktirafan.

Page 32: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

32

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

105. Pada tahun ini satu aplikasi baharu diperkenal sejajar melangkah

setapak kehadapan dengan mewujudkan budaya baru dalam komuniti di

kampus. Aplikasi mobile wallet atau e-wallet bertujuan memudahkan

pelajar melakukan pembayaran mudah, cepat dan selamat bagi aktiviti

pembayaran yuran, urus niaga harian di cafeteria dan koperasi tanpa

membawa tunai.

106. Sukacita dimaklumkan pewujudan cashless@campus di 8 buah

politeknik iaitu PUO, PSA, PSIS, PKB, PMU, PSS dan PMKL. Juga di 6

buah kolej komuniti iaitu Kolej Komuniti Selayang, Kolej Komuniti Jasin,

Kolej Komuniti Sg Petani, Kolej Komuniti Paya Besar, Kolej Komuniti

Masjid Tanah dan Kolej Komuniti Kuala Langat.

PENUTUP

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

107. Saya amat teruja dengan prospek masa depan politeknik dan kolej

komuniti. Saya yakin masa depan politeknik dan kolej komuniti akan

terus menyinar menjadi antara institusi TVET yang cemerlang di

Malaysia.

108. Saya percaya sistem pendidikan di politeknik dan kolej komuniti

akan terus berperanan sebagai game changer dalam menghasilkan

tenaga kerja berkemahiran dan memenuhi keperluan industri.

Page 33: Perutusan Tahun baharu KP JPPKK 2019 - polikk.edu.my tahun baharu kp 2019v82019.pdf2 PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 | BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum Warahmatullahi

33

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPPKK 2019 |

109. Oleh itu, saya berharap seluruh warga politeknik dan kolej

komuniti sentiasa mempersiapkan diri supaya kekal relevan dengan

perubahan yang mendatang. Jangan bersikap angkuh dan menganggap

kita besar dan hebat sehingga kita berada dalam zon selesa. We need

to have a sense of urgency.

110. Sama-samalah kita membulatkan tekad, menyatukan azam

untuk memartabatkan TVET di Politeknik dan Kolej Komuniti, demi

mengangkat kecemerlangan bakat negara ke tahap yang lebih tinggi

lagi.

Selamat menjalankan tugas dan terima kasih.

Saya sudahi dengan Wabillahi taufik Walhidayah, Wassalamu alaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

24 Januari 2019

Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson.