assalamualaikum 2

22
Assalamualaikum... Rajin berusaha pasti berjaya... Renung-renungkan ya... KESAN PENGGUNAAN KAEDAH KOTAK MAGIK DALAM KEMAHIRAN MENDARAB AZIZI BIN SUBELI1 HU LAEY NEE2 ABSTRAK Ramai murid menghadapi masalah dalam mempelajari kemahiran mendarab dalam Matematik. Punca masalah ini wujud disebabkan murid- murid bermasalah dalam sifir. Maka, kajian ini dilaksanakan untuk melihat kesan kaedah kotak magik dalam mempelajari sifir 6 sehingga 9 dan seterusnya mengaplikasikan kaedah tersebut dalam kemahiran mendarab. Pengkaji juga mengkaji masalah-masalah yang wujud semasa pengaplikasian kaedah ini dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan pendaraban. Lima peserta dilibatkan dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Ujian Pra, Ujian Pasca, Ujian Progresif, temubual, pemerhatian, dan dokumen. Data yang dikumpul kemudian dianalisis secara diskriptif. Dapatan kajian mendapati bahawa kaedah kotak magik mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaian pelajar dalam sifir 6 sehingga sifir 9, kemahiran mendarab, dan sikap pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat lima masalah yang wujud berikutan dengan pengaplikasian kaedah kotak magik dalam pendaraban iaitu (1) peserta keliru tentang arah menghitung petak kecil dalam mencari jawapan menggunakan kaedah kotak magik, (2) peserta keliru di mana hendak mula menulis nombor di dalam membina kotak magik, (3) nombor dalam kotak magik yang sepatutnya ditulis kecil tetapi ditulis besar, (4) peserta cuai dalam proses penambahan dua nombor dan cuai dalam menulis nombor dengan betul, dan (5) kesilapan dalam proses mengumpul semula. ABSTRACT Many students are facing the problems in learning the multiplication skills in mathematics. This is caused by the pupils problem in the times tables. Thus, this study was conducted to determine the effect of magic box method in learning times tables 6 to 9 and applied the method in multiplication skills. The researcher also reviewed the problems that existed when the method is applied in solving problems involving multiplication. Five participants are involved in this study. The instruments used in this study are Pre-Test, Post Test, Progressive Test, interviews, observations, and documents. The data collections were analyzed descriptively. The results showed that the magic box method brought a positive impact on student achievement in times tables 6 to 9, multiplication skills and attitudes. The findings also shows that there are five problems that exist due to the application of magic box method in learning multiplication which are (1) participants confused about the direction of counting small parcels while searching the answer using the

Upload: jayjay-najihah

Post on 20-Oct-2015

19 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sifir

TRANSCRIPT

Assalamualaikum...Rajin berusaha pasti berjaya...Renung-renungkan ya...

KESAN PENGGUNAAN KAEDAH KOTAK MAGIK DALAM KEMAHIRAN MENDARAB AZIZI BIN SUBELI1 HU LAEY NEE2 ABSTRAKRamai murid menghadapi masalah dalam mempelajari kemahiran mendarab dalam Matematik. Punca masalah ini wujud disebabkan murid-murid bermasalah dalam sifir. Maka, kajian ini dilaksanakan untuk melihat kesan kaedah kotak magik dalam mempelajari sifir 6 sehingga 9 dan seterusnya mengaplikasikan kaedah tersebut dalam kemahiran mendarab. Pengkaji juga mengkaji masalah-masalah yang wujud semasa pengaplikasian kaedah ini dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan pendaraban. Lima peserta dilibatkan dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Ujian Pra, Ujian Pasca, Ujian Progresif, temubual, pemerhatian, dan dokumen. Data yang dikumpul kemudian dianalisis secara diskriptif. Dapatan kajian mendapati bahawa kaedah kotak magik mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaian pelajar dalam sifir 6 sehingga sifir 9, kemahiran mendarab, dan sikap pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat lima masalah yang wujud berikutan dengan pengaplikasian kaedah kotak magik dalam pendaraban iaitu (1) peserta keliru tentang arah menghitung petak kecil dalam mencari jawapan menggunakan kaedah kotak magik, (2) peserta keliru di mana hendak mula menulis nombor di dalam membina kotak magik, (3) nombor dalam kotak magik yang sepatutnya ditulis kecil tetapi ditulis besar, (4) peserta cuai dalam proses penambahan dua nombor dan cuai dalam menulis nombor dengan betul, dan (5) kesilapan dalam proses mengumpul semula.

ABSTRACTMany students are facing the problems in learning the multiplication skills in mathematics. This is caused by the pupils problem in the times tables. Thus, this study was conducted to determine the effect of magic box method in learning times tables 6 to 9 and applied the method in multiplication skills. The researcher also reviewed the problems that existed when the method is applied in solving problems involving multiplication. Five participants are involved in this study. The instruments used in this study are Pre-Test, Post Test, Progressive Test, interviews, observations, and documents. The data collections were analyzed descriptively. The results showed that the magic box method brought a positive impact on student achievement in times tables 6 to 9, multiplication skills and attitudes. The findings also shows that there are five problems that exist due to the application of magic box method in learning multiplication which are (1) participants confused about the direction of counting small parcels while searching the answer using the magic box, (2) participants confused where to start writing the number in constructing the magic box, (3) the number in the box that should be written in small number was written in big number, (4) the participants are careless in the process of adding two digits numbers and careless in writing the numbers correctly, and (5) errors in the process of grouping.

PENDAHULUAN Matematik merupakan salah satu subjek teras yang amat penting untuk dikuasai oleh murid khasnya murid di sekolah rendah. Kegagalan dalam menguasai subjek ini diperingkat awal akan mendatangkan kesan yang negatif kepada pembelajaran diperingkat yang lebih tinggi. Dalam mencapai status negara maju

Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

dalam tahun 2020, beberapa perubahan dasar telah dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam proses memperkasa sistem pendidikan di Malaysia bagi memenuhi keperluan negara di masa hadapan. Dalam perubahan dasar tersebut, ia turut melibatkan subjek Matematik. Hal ini kerana, Matematik dianggap sebagai satu subjek yang amat penting dan juga merupakan subjek kritikal khasnya di sekolah rendah. Ramai guru sekolah menyatakan Matematik sukar dipelajari oleh muridmurid. Ramai murid gagal dalam menguasai Matematik dengan baik kerana menghadapi masalah dalam menguasai konsep operasi asas. Terdapat empat operasi asas dalam Matematik. Operasi asas tersebut adalah tambah, tolak, darab, dan bahagi. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), antara perkara yang menjadi fokus adalah membolehkan murid menguasai keempat-empat kemahiran tersebut. Menguasai keempat-empat kemahiran asas Matematik itu adalah sangat penting kerana ia merupakan asas dalam menguasai tajuk yang lebih komplek di dalam subjek Matematik itu sendiri dan juga menjadi asas dalam menguasai subjeksubjek lain seperti subjek Sains. Kemahiran matematik tidak hanya diaplikasi dalam subjek Matematik. Sebaliknya, kemahiran matematik diaplikasi di dalam subjeksubjek dan bidang-bidang lain termasuk dalam urusan seharian manusia. Di kebanyakan sekolah, operasi darab merupakan satu operasi asas yang sukar dikuasai murid. Masalah penguasaan operasi darab seterusnya menyebabkan murid bermasalah dalam menguasai tajuk-tajuk Matematik yang melibatkan kemahiran mendarab. Pada dasarnya, punca masalah ini adalah kerana murid bermasalah dalam menghafal sifir. Cooper (1994) menyatakan The number facts of multiplication are more difficult for some students because the patterns are less obvious and the number are larger. However, there are students who count the addition facts but know the multiplication facts. This phenomena occurs because the students are instruct to memorize the multiplication facts, but are allowed to count the addition facts.

FOKUS KAJIAN Selalunya, murid-murid tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak tahu bagaimana menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi darab kerana mereka lemah dalam sifir. Menurut Cooper (1994), sesetengah pelajar mendapati corak adalah berguna dalam mempelajari pendaraban. Oleh itu, kajian ini memfokus kepada satu kaedah iaitu kaedah kotak magik dalam membantu murid untuk menguasai sifir daripada sifir 6 sehingga sifir 9 seterusnya dapat menjawab soalan pendaraban melibatkan nombor 5 digit dengan 2 digit dan 1 digit. Pendekatan kaedah kotak magik yang digunakan pengkaji dalam kajian ini ada diperkenalkan dalam Modul Skim Baucar Tuisyen Mathematics Year 5 Kementerian Pelajaran Malaysia (2004). Kotak magik adalah grid yang mengandungi susunan nombor tertentu bagi tujuan pendaraban. Kotak magik tersebut terdiri daripada sembilan petak. Dalam petak-petak berkenaan, nombor-nombor tertentu disusun bagi tujuan pendaraban. Pendaraban menggunakan kaedah kotak magik sebenarnya mengaplikasikan corak nombor dalam memudahkan pendaraban kerana ia melibatkan susunan nombor yang membentuk corak nombor yang tertentu. Berikut merupakan kotak magik bagi sifir 6 sehingga sifir 9.2

Azizi Subeli & Hu Laey Nee

24 2

4 03 1

62

14

26

3 65

84

21

43

5 82 4

45 3

61

8

7

9

Rajah 1: Kotak magik sifir 6 27 6

Rajah 2: Kotak magik sifir 7

45

68

17

26

3 63

84 4

03

2 8

45 4

5 81

42 1

6

72

9

Rajah 3: Kotak magik sifir 8

Rajah 4: Kotak magik sifir 7

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu: a. b. c. Menilai keberkesanan pengaplikasian kaedah kotak magik terhadap pencapaian murid dalam sifir 6 sehingga sifir 9. Menilai keberkesanan kaedah kotak magik dalam mempelajari kemahiran mendarab yang melibatkan nombor 5 digit dengan nombor 2 digit dan 1 digit. Mengenal pasti masalah yang wujud dalam pengaplikasian kaedah kotak magik dalam menyelesaikan soalan darab melibatkan nombor 5 digit dengan 2 digit dan 1 digit.

Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berikut: a. b. Adakah pengaplikasian kaedah kotak magik mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaian murid dalam sifir 6 sehingga sifir 9? Adakah kaedah kotak magik berkesan dalam membantu murid mempelajari kemahiran mendarab yang melibatkan nombor 5 digit dengan nombor 2 digit dan 1 digit? Apakah masalah yang wujud dalam pengaplikasian kaedah kotak magik dalam menyelesaikan soalan darab yang melibatkan nombor 5 digit dengan 2 digit dan 1 digit?

c.

3

Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

KUMPULAN SASARAN Peserta yang terlibat dalam kajian ini adalah murid Tahun 5 di sebuah sekolah di Miri. Kajian ini melibatkan lima orang murid iaitu dua orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Kesemua peserta yang terlibat dalam kajian ini adalah berumur sebelas tahun. Berdasarkan markah penilaian akhir tahun 2009, pencapaian peserta-peserta kajian dalam subjek Matematik adalah dalam kategori sangat lemah di mana kesemua peserta yang dipilih dalam kajian ini memperolehi markah kurang daripada 40%. Melalui maklumat daripada guru subjek Matematik yang mengajar mereka, peserta-peserta ini merupakan murid yang memang dalam kategori lemah di dalam kelas mereka.

PROSEDUR TINDAKAN Kajian ini berbentuk kajian tindakan dan pengkaji menggunakan model Kurt Lewin sebagai panduan melaksanakan kajian. Model Kurt Lewin melibatkan lima langkah utama iaitu mengenal pasti aspek amalan, merancang pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan, melihat kesan tindakan, dan membuat refleksi ke atas segala tindakan. Kerangka konseptual kajian adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5. Dalam mengenal pasti aspek amalan, pengkaji telah mengenal pasti aspek amalan dengan menggunakan tiga kaedah iaitu menemubual guru subjek Tahun 5 secara tidak rasmi, menjalankan pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan menganalisis markah penilaian akhir tahun 2009. Selepas masalah dikenal pasti, satu pelan tindakan bagi mengatasi masalah telah direkabentuk. Tindakan seterusnya adalah memilih strategi untuk menyelesaikan masalah yang wujud dan mengenal pasti instrumen bagi proses pengumpulan data. Sebelum sesi rawatan dijalankan, pengkaji telah menjalankan Ujian Pra ke atas peserta-peserta kajian. Langkah seterusnya adalah memberi rawatan menggunakan strategi yang telah ditentukan. Dalam langkah ini, kaedah kotak magik telah dipilh oleh pengkaji bagi mengatasi masalah yang telah dikenal pasti. Rawatan bagi kitaran pertama melibatkan lima sesi manakala rawatan bagi kitaran kedua hanya melibatkan dua sesi. Langkah seterusnya bagi memenuhi reka bentuk kajian tindakan mengikut model Kurt Lewin adalah membuat penilaian terhadap strategi yang telah dipilih dan dijalankan ke atas peserta kajian. Tujuan penilaian tersebut adalah bagi menentukan keberkesanan strategi atau rawatan yang telah diberikan terhadap peserta. Penilaian bagi kajian ini dibuat dengan menganalisis data mengikut alat kajian yang telah ditetapkan. Selepas membuat penilaian, langkah seterusnya dalam model Kurt Lewin adalah membuat refleksi terhadap rawatan yang telah diberikan terhadap peserta kajian. Selepas mengambil kira data yang telah dikumpul dan keputusan daripada data yang telah dikumpul, pengkaji meneruskan satu lagi kitaran bagi penambahbaikan dan untuk mengatasi masalah yang wujud dari kitaran pertama. Selepas kelemahan dalam kitaran pertama itu dikenalpasti, pengkaji menjalankan kitaran kedua. Penggunaan strategi diperbaiki dalam kitaran kedua. Strategi yang diperbaiki adalah dari segi bagaimana membina kotak magik dengan pantas,

4

Azizi Subeli & Hu Laey Nee

penekanan kepada saiz kotak magik yang sesuai dan penekanan dalam membuat anak panah yang lebih sesuai bagi mengelak kekeliruan. MENGENAL PASTI ASPEK AMALAN - Pernyataan masalah a. Temubual tidak rasmi b. Pemerhatian tidak berstruktur c. Analisis markah Ujian Akhir Tahun 2009.

MERANCANG - Menyelesaikan masalah dengan menggunakan kaedah kotak magik. - Pengumpulan data a. Ujian Pra b. Ujian Pasca c. Ujian Progresif d. Temubual e. Pemerhatian f. Dokumen

Kitaran Seterusnya

TINDAKAN/IMPLEMENTASI - Melaksanakan strategi yang telah dipilih

REFLEKSI - Menganalisis dan menilai - Membuat refleksi mengenai keberkesanan tindakan berdasarkan data yang dikumpul MELIHAT KESAN TINDAKAN - Menganalisis data menggunakan; a. Ujian Pra b. Ujian Pasca c. Ujian Progresif d. Temubual e. Pemerhatian f. Dokumen

(Diadaptasi dari Bahagian Pendidikan Guru, 2002) Rajah 5: Kerangka Konseptual

CARA PENGUMPULAN DATA Dalam kajian ini, enam instrumen telah digunakan pengkaji untuk membuat pengumpulan data iaitu Ujian Pra, Ujian Pasca, Ujian Progresif, Temubual, Pemerhatian, dan dokumen. Ujian Pra mengandungi seratus soalan berkenaan dengan sifir 2 sehingga sifir 9 diberikan kepada peserta dimana soalan tidak mengikut urutan sifir tertentu5

Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

manakala Ujian Pasca mengandungi seratus soalan yang hanya melibatkan sifir 6 sehingga sifir 9. Namun begitu, bagi menguji kebolehan peserta kajian dalam sifir 6 sehingga sifir 9 hanya 48 soalan sahaja yang terlibat. Oleh itu, terdapat soalan-soalan yang berulang dan tidak mengikut urutan sifir yang berkenaan. Bagi Ujian Progresif, hanya lima soalan yang telah dikemukakan. Soalan Ujian Progresif ini melibatkan soalan pendaraban nombor 5 digit dengan 1 digit dan 2 digit. Bagi instrumen temubual, sembilan soalan temubual telah digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklum balas peserta kajian terhadap penggunaan kaedah kotak magik dalam mempelajari sifir dan kemahiran mendarab. Dalam kajian ini juga, pemerhatian telah dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian yang digunakan adalah berbentuk pemerhatian tidak berstruktur. Perkara yang diperhatikan adalah seperti sikap dan kesilapan peserta dalam mengaplikasikan kaedah kotak magik. Selain itu, dokumen dalam bentuk hasil kerja peserta kajian iaitu latihan juga merupakan sebahagian daripada data dalam kajian ini. Hasil kerja peserta disemak dan dianalisis bagi mengesan masalah yang timbul semasa penggunaan strategi kaedah kotak magik dalam mempelajari kemahiran mendarab.

CARA MENGANALISIS DATA Ujian Pra dan Ujian Pasca dalam kajian ini dianalisis menggunakan peratusan dan min. Setiap soalan membawa pemberat sebanyak 1%. Bagi menentukan markah setiap peserta, kaedah yang digunakan adalah dengan menentukan sama ada peserta menjawab setiap soalan dengan jawapan yang betul atau salah. Setiap soalan yang dijawab salah akan menyebabkan markah ditolak 1%. Ujian Progresif dalam kajian ini juga dianalisis menggunakan peratusan dan min. Setiap soalan membawa pemberat 20%. Markah yang diperolehi peserta adalah ditentukan melalui sama ada jawapan yang diberikan adalah betul atau salah. Data yang diperolehi melalui temubual telah dianalisis berdasarkan respon peserta-peserta kajian. Pengkaji akan menilai sama ada peserta memberikan maklum balas yang positif ataupun negatif terhadap setiap soalan yang diajukan. Bagi menganalisis hasil pemerhatian yang telah dijalankan, pengkaji akan menilai sama ada murid menunjukkan minat atau tidak terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Pengkaji juga menganalisis apakah kesilapan yang dilakukan murid dalam menjawab soalan pendaraban. Proses memerhati kesilapan murid dalam menjawab soalan pendaraban dilakukan semasa murid membuat latihan. Hasil kerja peserta sepanjang kajian dianalisis untuk mengesan masalah yang timbul semasa penggunaan strategi kaedah kotak magik dalam mempelajari kemahiran mendarab. Kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh peserta dalam menjawab soalan dinilai dan ditemakan mengikut jenis kesilapan yang sama.

DAPATAN KAJIAN Kesan Pengaplikasian Kaedah Kotak Magik Terhadap Pencapaian Jadual 1 menunjukkan perbezaan markah Ujian Pra dan Ujian Pasca dalam kitaran pertama kajian.6

Azizi Subeli & Hu Laey Nee

Jadual 1: Markah bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca Peserta P1 P2 P3 P4 P5 Ujian Pra (%) 51 64 62 50 76 Ujian Pasca 1(%) 97 93 100 87 92 Perbezaan Markah (%) 46 29 38 37 16

Daripada Jadual 1, didapati bahawa terdapat perbezaan markah yang telah dicapai oleh kesemua peserta kajian. Perbezaan adalah positif dimana berlaku peningkatan markah oleh kesemua kelima-lima peserta kajian. Bagi peserta P1, peningkatan markah yang dicapai adalah sebanyak 46%, peserta P2 adalah sebanyak 29%, peserta P3 adalah sebanyak 38%, peserta P4 adalah sebanyak 37% , dan peserta P5 adalah sebanyak 16%. Jadual 2: Markah Ujian Pasca bagi kitaran pertama dan kitaran kedua Peserta P1 P2 P3 P4 P5 Ujian Pasca 1 (%) 97 93 100 87 92 Ujian Pasca 2 (%) 94 89 100 98 100 Perbezaan Markah (%) 3 4 0 11 8

Jadual 2 menunjukkan perbandingan markah Ujian Pasca kitaran pertama dengan kitaran kedua kajian. Dalam ujian tersebut, seorang peserta mengekalkan markah yang sama, dua orang peserta telah mencapai peningkatan markah manakala dua orang peserta telah mencapai penurunan markah. Peserta P1 dan peserta P2 telah memperolehi penurunan markah iaitu sebanyak 3% bagi peserta P1 dan 4% bagi peserta P2. Peserta P4 dan peserta P5 pula telah memperolehi peningkatan markah iaitu sebanyak 11% bagi peserta P4 dan 8 % bagi peserta P5. Bagi peserta P3, prestasi yang cemerlang telah dikekalkan dengan mendapat markah 100% dalam Ujian Pasca bagi kedua-dua kitaran kajian. Jadual 3: Markah Ujian Progresif bagi kitaran pertama dan kitaran kedua Peserta P1 P2 P3 P4 P5 Ujian Progresif 1 (%) 100 60 60 60 80 Ujian Progresif 2 (%) 60 100 100 60 100 Perbezaan Markah (%) 40 40 40 0 20

Jadual 3 menunjukkan perbandingan markah Ujian Progresif kitaran pertama dan kitaran kedua kajian. Berdasarkan analisis data bagi Ujian Progresif seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3, tiga orang peserta telah mencapai peningkatan markah dalam kedua-dua kitaran kajian, seorang peserta mengekalkan markah kitaran7

Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

pertama dalam kitaran kedua kajian, dan seorang peserta telah mencapai penurunan markah kitaran pertama dan kitaran kedua kajian. Peserta yang mendapat peningkatan markah adalah peserta P2 iaitu sebanyak 40%, peserta P3 sebanyak 40%, dan peserta P5 20%. Peserta yang mengekalkan markah kitaran pertama dalam kitaran kedua adalah peserta P4 manakala peserta yang mendapat penurunan markah pula adalah peserta P1. Markah yang dikekalkan peserta P4 dalam kedua-dua kitaran kajian adalah 60% manakala penurunan markah yang dialami peserta P1 adalah sebanyak 40%. Jadual 4: Min markah setiap ujian Jenis ujian Ujian Pra Ujian Pasca kitaran pertama Ujian Pasca kitaran kedua Ujian Progesif kitaran pertama Ujian Progresif kitaran kedua Min (%) 60.6 93.8 96.2 72.0 84.0

Jadual 4 pula menunjukkan min markah bagi semua jenis ujian yang dijalankan dalam kajian ini. Min markah yang dicapai oleh kelima-lima peserta kajian dalam Ujian Pra adalah sebanyak 60.6% dan meningkat sehingga 93.8% dan 96.2% dalam Ujian Pasca kitaran pertama dan kitaran kedua kajian. Min markah Ujian Progresif kitaran pertama pula adalah 72.0% dan meningkat sehingga 84.0 % dalam kitaran kedua kajian. Jika dibuat perbandingan, berlaku peningkatan min sebanyak 33.2% dalam Ujian Pra dengan Ujian Pasca kitaran pertama kajian. Min markah Ujian Pasca telah meningkat lagi sebanyak 2.4% dalam kitaran kedua jika dibandingkan dengan min markah kitaran pertama kajian. Jika dibuat perbandingan Ujian Progresif pula, min markah telah meningkat sebanyak 12.0% bagi kedua-dua kitaran kajian. Kesan Pengaplikasian Kaedah Kotak Magik Dalam Mempelajari Kemahiran Mendarab Hasil analisis instrumen temubual dan pemerhatian mendapati pengaplikasian kaedah kotak magik dalam mempelajari kemahiran mendarab memberikan kesan yang positif kepada peserta dimana kaedah tersebut berkesan dalam membantu peserta dalam mempelajari kemahiran mendarab yang melibatkan nombor 5 digit dengan 2 digit dan 1 digit. Daripada temubual didapati bahawa empat daripada lima peserta malas menghafal sifir. Keempat-empat peserta tersebut menyatakan bahawa kaedah kotak magik yang diperkenalkan dalam kajian ini mudah difahami, dapat memberi lebih keyakinan dalam menjawab soalan pendaraban, dapat membantu menyelesaikan soalan melibatkan operasi darab, mereka memahami dan suka menggunakan kaedah tersebut, dapat menjawab soalan melibatkan operasi darab walaupun tidak hafal sifir, dan mereka lebih berminat dengan subjek matematik setelah mempelajari kaedah tersebut. Namun, seorang peserta yang rajin menghafal sifir menyatakan bahawa kaedah kotak magik mudah difahami dan suka menggunakan kaedah tersebut tetapi kaedah tersebut tidak menambah keyakinan beliau dalam menjawab soalan pendaraban dan minat beliau terhadap subjek matematik tetap sama selepas diperkenalkan dengan kaedah kotak magik.8

Azizi Subeli & Hu Laey Nee

Hasil pemerhatian mendapati, peserta-peserta kajian telah menunjukkan sikap yang baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka didapati lebih berminat dan bermotivasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan disamping mereka nampak ceria dan seronok sepanjang preoses pengajaran dan pembelajaran. Semua peserta juga didapati suka mempelajari subjek matematik dimana mereka suka menghadiri kelas kajian dan mereka sentiasa patuh dengan arahan guru. Apabila diberi arahan untuk menyelesaikan soalan di papan hitam, mereka didapati berebut untuk pergi ke hadapan dan menyelesaikan soalan tersebut. Masalah Pengaplikasian Kaedah Kotak Magik Hasil analisis data mendapati terdapat lima masalah yang wujud berikutan pengaplikasian kaedah kotak magik dalam pendaraban melibatkan nombor 5 digit dengan 2 digit dan 1 digit. Masalah-masalah tersebut adalah: 1. Peserta keliru tentang arah menghitung petak kecil dalam mencari jawapan menggunakan kaedah kotak magik. 2. Peserta keliru di mana hendak mula menulis nombor di dalam membina kotak magik. 3. Peserta menulis nombor dalam kotak magik yang sepatutnya ditulis kecil tetapi ditulis besar. 4. Peserta cuai dalam proses penambahan dua nombor dan cuai dalam menulis nombor dengan betul. 5. Peserta melakukan kesilapan dalam proses mengumpul semula yang seterusnya menyebabkan jawapan akhir menjadi salah.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN Daripada dapatan kajian didapati bahawa pengaplikasian kaedah kotak magik telah mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaian murid dalam sifir 6 sehingga sifir 9. Kesan ini ditunjukkan melalui dapatan bahawa berlaku peningkatan dalam min markah dalam semua jenis ujian yang dijalankan kepada peserta kajian dalam kedua-dua kitaran kajian. Dapatan kajian ini selaras dengan dapatan Yusniza Mohamad Yusoff (2004) dan Rizal Jusoh (2005) dimana berlaku peningkatan dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca setelah kajian dijalankan ke atas responden. Dapatan kajian juga menunjukkan kaedah kotak magik adalah berkesan dalam membantu murid mempelajari kemahiran mendarab melibatkan nombor 5 digit dengan nombor 2 digit dan 1 digit. Hasil analisis temubual dan pemerhatian yang mendapati setelah diperkenalkan dengan kaedah kotak magik, peserta yang tidak hafal sifir lebih seronok, ceria, dan suka mempelajari subjek matematik. Mereka juga didapati yakin bahawa kaedah tersebut dapat membantu mereka menyelesaikan soalan darab walaupun mereka tidak hafal sifir. Dapatan ini adalah selaras dengan dapatan Faddren Jingan (2006) yang mendapati kaedah yang diperkenalkannya dapat menarik minat pelajar dalam mempelajari Matematik. Hasil kajian ini juga senada dengan dapatan Aida Ibrahim (2006) yang mendapati telah berlaku peningkatan dari segi minat, sikap, dan pencapaian murid dalam Matematik setelah tindakan dijalankan ke atas responden kajiannya. Melalui analisis, dirumuskan bahawa terdapat lima masalah dalam pengaplikasian kaedah kotak magik dalam menyelesaikan soalan darab yang melibatkan nombor 5 digit dengan 2 digit dan 1 digit. Masalah-masalah berkenaan9

Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

adalah berhubungkait dengan arah menghitung petak kecil, tempat mula menulis nombor semasa membina kotak magik, saiz nombor, proses penambahan dua nombor dan menulis nombor dengan betul, dan kemahiran mengumpul semula.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN Untuk kajian lanjutan, beberapa cadangan telah disarankan seperti berikut: 1. Kajian boleh dilanjutkan kepada murid-murid dalam tahun lain seperti Tahun 4 dan Tahun 3 memandangkan kajian ini hanya melibatkan murid Tahun 5. 2. Kaedah kotak magik ini boleh dilanjutkan kepada sifir 2 sehingga sifir 9 memandangkan kajian ini hanya melibatkan sifir 6 sehingga 9 untuk tahap muridmurid yang berbeza. 3. Pengaplikasian kaedah kotak magik ini boleh dilanjutkan untuk melibatkan pendaraban menggunakan digit pendarab yang lebih besar.

RUMUSAN Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk melihat kesan kaedah kotak magik dalam mempelajari sifir 6 sehingga 9 dan seterusnya mengaplikasikan kaedah tersebut dalam kemahiran mendarab. Hasil analisis kajian, didapati kaedah kotak magik telah mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaian dan sikap pelajar. Kajian ini juga telah mengesan beberapa masalah yang timbul dalam mengaplikasikan kaedah kotak magik. RUJUKANAida Ibrahim. (2006). Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab melalui Pendekatan Permainan Domino. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006, 1-13. Bahagian Pendidikan Guru. (2002). Garis Panduan Kursus Penyelidikan Tindakan Untuk Maktab/Institut Perguruan Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Cooper, R. (1994). Alternative Math Techniques Instructional Guide. Dalam database ERIC Digital Dissertations. [Online]. Available: http//www.eric.ed.gov.eserv.uum.edu.my/ERICWebPortal/ search/recordDetails.jsp?searchtype=keyword&pageSize=10&ERICExtSearch_SearchValue_0 =Alternative+Math+Techniques+Instructional+Guide&eric_displayStartCount=1&ERICExtSe arch_SearchType_0=kw&_pageLabel=RecordDetails&objectId=0900019b8009ece4&accno=E D376355&_nfls=false. [2010, Mac 23]. Faddreen Jingan. (2006). Menguasai Fakta Asas Sifir Darab Dengan Kaedah Mudah Sifir dalam Prosiding Seminar Kajian Penyelidikan Pendidikan 2006. Diterbitkan oleh Institut Perguruan Tun Abdul Razak: Institut Perguruan Tun Abdul Razak, 10-16. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2004). Modul Skim Baucar Tuisyen Mathematics Year 5. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Rizal Jusoh. (2005). Meningkatkan Kemahiran Mendarab Sifir 9 Melalui Teknik Bermain Sambil Belajar dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Tahun 2005. Diterbitkan oleh Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme Perguruan Maktab Perguruan Perlis: Maktab Perguruan Perlis, 173-185. Yusniza Mohamed Yusoff. (2004). Meningkatkan Kemahiran Mendarab Angka Melebihi 2 Digit Dengan 2 Digit Bagi Murid-murid Tahun 4. Jurnal Kajian Tindakan Guru 2004: Maktab Perguruan Perlis, 115-127. Jabatan Matematik Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak. Email: [email protected], [email protected]

10

Azizi Subeli & Hu Laey Nee

Penulisan Rujukan Kajian ini: Azizi Subeli & Hu, Laey Nee. (2010). Kesan Penggunaan Kaedah Kotak Magik Dalam Kemahiran Mendarab dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2010). Diterbitkan oleh Jabatan Matematik Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, 31-41.

11