· web viewtengi pada hari ini, bersempena majlis perasmian penutupan program kembara felda...

10
TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN YB DATUK HAJAH AZIZAH DATUK SERI PANGLIMA HAJI MOHD. DUN TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT PROGRAM KEMBARA JELAJAH FELDA “WANITA SEJAHTERA, KELUARGA BAHAGIA” 3 MAC 2018 1

Upload: others

Post on 28-Jan-2020

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1:  · Web viewTengi pada hari ini, bersempena Majlis Perasmian Penutupan Program Kembara Felda “Wanita Sejahtera, Keluarga Bahagia” di Felda Sg. Tengi, Ulu Selangor . Setinggi-tinggi

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN

YB DATUK HAJAH AZIZAHDATUK SERI PANGLIMA HAJI MOHD. DUN

TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

PROGRAM KEMBARA JELAJAH FELDA“WANITA SEJAHTERA, KELUARGA BAHAGIA”

3 MAC 2018

DEWAN SERBAGUNA FELDA SG. TENGI, HULU SELANGOR

1

Page 2:  · Web viewTengi pada hari ini, bersempena Majlis Perasmian Penutupan Program Kembara Felda “Wanita Sejahtera, Keluarga Bahagia” di Felda Sg. Tengi, Ulu Selangor . Setinggi-tinggi

{SALUTASI}

Salam Sejahtera, Salam Negaraku Keluarga Bahagia dan Salam Tahun

Memperkasa Wanita 2018.

Terima kasih kepada pengerusi Majlis

PENDAHULUAN 1. Alhamdullilah, segala puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Allah

S.W.T kerana dapat saya bertemu dengan warga Felda di Dewan

Serbaguna Felda Sg. Tengi pada hari ini, bersempena Majlis Perasmian Penutupan Program Kembara Felda “Wanita Sejahtera, Keluarga Bahagia” di Felda Sg. Tengi, Ulu Selangor.

2. Setinggi-tinggi penghargaan tahniah dan ucapan terima kasih saya

ucapkan kepada pihak penganjur iaitu Lembaga Penduduk dan

Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di bawah Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai agensi

peneraju program hari ini dengan kerjasama SERANTA FELDA di

bawah Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Pembangunan Wanita

Keluarga dan Masyarakat Hulu Selangor kerana mengaturkan saya

untuk hadir ke program ini bersama tuan-tuan dan puan-puan

sekalian.

2

Page 3:  · Web viewTengi pada hari ini, bersempena Majlis Perasmian Penutupan Program Kembara Felda “Wanita Sejahtera, Keluarga Bahagia” di Felda Sg. Tengi, Ulu Selangor . Setinggi-tinggi

3. Melalui kerjasama Kementerian saya (KPWKM) dan pihak Felda, kita

merencanakan Program Kembara Felda “Wanita Sejahtera, Keluarga

Bahagia” di 8 kawasan Felda terpilih di pelbagai lokasi seluruh negara

dengan melibatkan jentera KPWKM di peringkat Parlimen iaitu

Pengerusi MPWK Parlimen. Di kawasan Felda Sg. Tengi ini, saya

dapat melihat penglibatan golongan wanita bukan sahaja dalam

kalangan MPWK Parlimen Hulu Selangor tetapi juga penglibatan

Gabungan Persatuan Wanita, PERSADA dan Persatuan Ibu Tunggal

Felda Sg. Tengi yang banyak menyumbang tenaga menjayakan

Program Kembara Felda ini.

4. Program Kembara Felda “Wanita Sejahtera, Keluarga Bahagia”

dibawakan ke Felda Sg. Tengi dan Felda-Felda yang berhampiran

(Felda Sg. Tengi Selatan, Felda Soeharto dan Felda Gedangsa) untuk

tuan-tuan dan puan-puan warga Felda mendapatkan perkhidmatan

yang disediakan oleh pihak Kementerian saya dan rakan strategik dari

agensi Kerajaan yang terlibat berkaitan dengan penjagaan kesihatan,

perundangan, latihan keusahawanan dan kemahiran, keselamatan

anak-anak dan juga program bantuan bagi warga emas.

5. Program ini juga diadakan bersempena dengan Tahun 2018 sebagai

Tahun Memperkasakan Wanita seperti yang diumumkan oleh YAB

Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet lalu bertujuan untuk

memperkasakan kesejahteraan wanita dan meningkatkan martabat

wanita kerana kesejahteraan wanita akan mencorakkan kesejahteraan

sesebuah keluarga dalam membentuk masyarakat penyayang serta

3

Page 4:  · Web viewTengi pada hari ini, bersempena Majlis Perasmian Penutupan Program Kembara Felda “Wanita Sejahtera, Keluarga Bahagia” di Felda Sg. Tengi, Ulu Selangor . Setinggi-tinggi

sejahtera yang menjadi asas kepada pembentukan negara maju dan

terbilang.

6. Melalui program ini, saya berharap warga Felda yang hadir dapat

memanfaatkan aktiviti dan perkhidmatan yang telah disediakan.

Antaranya adalah seperti berikut:

HARI BERTEMU PELANGGAN KPWKM

7. Pertama: Hari Bertemu Pelanggan KPWKM membolehkan kami

membawa Pegawai Undang-undang Kementerian untuk memberi

sedikit sebanyak maklumat berkaitan hak dan penguatkuasaan

perundangan kepada warga Felda berkaitan Akta-Akta di bawah

seliaan Kementerian. Antaranya adalah Akta Kanak-kanak (Pindaan)

2016, Akta Kesalahan-kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-

kanak 2017 dan Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017.

Selain itu, KPWKM melalui agensi di bawahnya menyediakan pelbagai

perkhidmatan kepada kumpulan sasar iaitu perkhidmatan kaunseling,

Klinik Reproduktif dan Talian Kasih 15999. Program pada hari ini juga

menawarkan perkhidmatan Mobile Community Transformation Centre

(CTC) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan

Pendaftaran Negara (JPN) dan LPPKN.

4

Page 5:  · Web viewTengi pada hari ini, bersempena Majlis Perasmian Penutupan Program Kembara Felda “Wanita Sejahtera, Keluarga Bahagia” di Felda Sg. Tengi, Ulu Selangor . Setinggi-tinggi

PEMERIKSAAN KESIHATAN WANITA PERCUMA LPPKN

8. Kedua: LPPKN telah melaksanakan Kempen Kesejahteraan

Kesihatan Wanita Wellbeing of Women (WOW) iaitu Ujian Pap Smear

Percuma di kawasan-kawasan Parlimen termasuk Parlimen Hulu

Selangor. Sehingga kini, seramai 40,908 orang wanita telah

mendapatkan perkhidmatan pap smear di bawah program ini. Ujian

pap smear penting bagi mengesan kanser pangkal rahim iaitu kanser

ketiga yang yang paling banyak dihidapi oleh wanita Malaysia.

9. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaaan (2006) menunjukkan

hanya 43.7 peratus sahaja wanita Malaysia menjalani ujian pap smear.

Jumlah ini agak rendah dan membimbangkan berbanding dengan

jumlah penghidap kanser yang meningkat saban tahun. Kementerian

Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 2,000 hingga 3,000

orang dimasukkan ke hospital bagi kes kanser serviks setiap tahun.

Peka dengan implikasi penyakit kanser terhadap penghidap dan ahli

keluarga, saya ingin menyeru supaya para wanita yang hadir

mengambil peluang menyebar luas manfaat program yang disediakan.

Jangan lepaskan peluang ini untuk memeriksa tahap kesihatan anda.

Hadirin yang dihormati sekalian,

5

Page 6:  · Web viewTengi pada hari ini, bersempena Majlis Perasmian Penutupan Program Kembara Felda “Wanita Sejahtera, Keluarga Bahagia” di Felda Sg. Tengi, Ulu Selangor . Setinggi-tinggi

Kempen Keselamatan Kanak-Kanak – Sahabat B.I.J.A.K."Safe And Protect” dan Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA)

10. Ketiga: Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil langkah

proaktif dengan mengadakan Kempen Keselamatan Sahabat

B.I.J.A.K: Safe and Protect manakala LPPKN pula menganjurkan

program Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA). Justeru

itu, dalam konteks kempen keselamatan ini, ianya meliputi usaha

untuk mencegah, mengelak atau membanteras kegiatan jenayah yang

melibatkan kanak-kanak seperti pengabaian, penderaan dan

eksploitasi daripada aspek fizikal, seksual dan emosi. Ia juga memberi

ruang mendidik kanak-kanak untuk mengelak daripada terlibat dengan

kegiatan salah laku atau jenayah.

11. Usaha ini juga diharapkan dapat memberi kesedaran dan pendidikan

kepada ibu bapa, penjaga, guru-guru serta masyarakat umum

mengenai pentingnya menjaga keselamatan kanak-kanak serta

pendedahan literasi undang-undang kepada semua pihak berkaitan

hukuman yang dikenakan kepada pesalah kanak-kanak. Kempen ini

merupakan Strategi Lautan Biru (NBOS) JKM bersama Kementerian

Pendidikan Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi

memastikan anak-anak sentiasa selamat.

HOME HELP (PROGRAM KHIDMAT BANTU RUMAH)6

Page 7:  · Web viewTengi pada hari ini, bersempena Majlis Perasmian Penutupan Program Kembara Felda “Wanita Sejahtera, Keluarga Bahagia” di Felda Sg. Tengi, Ulu Selangor . Setinggi-tinggi

12. Keempat: Kumpulan sasar KPWKM yang sentiasa mendapat

perhatian masyarakat adalah golongan warga emas. Khidmat Bantu Di

Rumah atau Home Help merupakan satu program yang memberi

khidmat sokongan kepada warga emas terutama bagi mereka yang

tinggal bersendirian semasa ketiadaan ahli keluarga lain di rumah.

Program ini merupakan perkhidmatan berkonsep pendampingan sosial

(social outreach) kepada warga emas iaitu pekerja kes mengadakan

lawatan dari rumah ke rumah untuk menawarkan perkhidmatan yang

diperlukan. Melalui Program Kembara FELDA di Felda Sg.Tengi,

sejumlah 10 kes/rumah yang telah dikenalpasti oleh JKM dan Yayasan

Kebajikan Negara akan diberikan bantuan.

GOTONG-ROYONG SUKARELAWAN ISM DAN PERSADA

13. Kelima: Dalam memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan

generasi muda, Training of Trainers (TOT) telah diberikan kepada

seramai 80 orang siswa dan siswi Felda Sg.Tengi dengan kerjasama

ISM dan PERSADA. Saya difahamkan sukarelawan telah

melaksanakan aktiviti gotong-royong di Masjid Felda Sg.Tengi dan

Maahad Tahfiz Felda Sg.Tengi. Seramai 80 orang sukarelawan telah

terlibat dalam Program Keluarga Angkat yang dijalankan oleh

PERSADA dan SERANTA FELDA.

PROGRAM DEWI

7

Page 8:  · Web viewTengi pada hari ini, bersempena Majlis Perasmian Penutupan Program Kembara Felda “Wanita Sejahtera, Keluarga Bahagia” di Felda Sg. Tengi, Ulu Selangor . Setinggi-tinggi

14. Keenam: Ramai wanita telah menceburi bidang keusahawanan. Oleh

yang demikian, hari ini Jabatan Pembangunan Wanita turut

mengadakan program DEWI (Development Empowerment Women

Initiatives) dengan menawarkan latihan keusahawanan dan kemahiran

bagi golongan wanita dalam usaha membantu dan menjana

pendapatan dengan kerjasama Gabungan Persatuan Wanita Felda

Sg.Tengi. Seramai 50 orang wanita di Felda Sg.Tengi telah

dikenalpasti dan akan dilatih di bawah program ini.

PROGRAM 1AZAM : NKRA

15. Di samping itu, dalam Program Kembara FELDA pada hari ini, inisiatif

Program Peningkatan Pendapatan kepada isi rumah berpendapatan

rendah melalui Program 1AZAM turut diperkenalkan. KPWKM

merupakan Kementerian Peneraju Bidang Keberhasilan Utama

Negara bagi Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan

Rendah (LIH). Ia adalah usaha mengetengahkan pelbagai inisiatif bagi

meningkatkan taraf hidup rakyat miskin tegar, miskin dan golongan

B40 melalui Program 1AZAM, program peningkatan pendapatan

melalui aktiviti perniagaan berskala kecil dan sederhana.

PENUTUP

8

Page 9:  · Web viewTengi pada hari ini, bersempena Majlis Perasmian Penutupan Program Kembara Felda “Wanita Sejahtera, Keluarga Bahagia” di Felda Sg. Tengi, Ulu Selangor . Setinggi-tinggi

16. Bersempena Tahun Memperkasakan Wanita, saya menjemput warga

Felda di kalangan agensi mahupun persatuan-persatuan di bawah

komuniti Felda untuk mengadakan program yang berteraskan

pemerkasaan wanita sepanjang tahun ini. Program ini boleh

dilaksanakan dalam 5 kluster memperkasakan wanita iaitu: 1)

Keselamatan 2) Kesihatan 3) Pendidikan 4) Ekonomi dan 5)

Kebudayaan. Saya juga menjemput komuniti Felda untuk

merancakkan komuniti maya Tahun Memperkasa Wanita di

www.tmw18.gov.my. Laman sesawang ini boleh dilayari bagi

membuat hebahan terhadap program memperkasa wanita yang

diadakan di seluruh negara.

17. Permohonan untuk bantuan peruntukan mengadakan aktiviti di

bawah kluster-kluster ini boleh dimajukan kepada Jabatan

Pembangunan Wanita sehingga pertengahan tahun ini untuk

dipertimbangkan peruntukan yang bersesuaian.

18. Akhir kata, terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada semua

pihak yang turut sama menjayakan program ini. Semoga PROGRAM

KEMBARA JELAJAH FELDA - “WANITA SEJAHTERA, KELUARGA

BAHAGIA” ini mendapat keberkatan Ilahi.

DENGAN LAFAZ BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM, SAYA DENGAN

9

Page 10:  · Web viewTengi pada hari ini, bersempena Majlis Perasmian Penutupan Program Kembara Felda “Wanita Sejahtera, Keluarga Bahagia” di Felda Sg. Tengi, Ulu Selangor . Setinggi-tinggi

SUKACITANYA MERASMIKAN PROGRAM KEMBARA JELAJAH FELDA “WANITA SEJAHTERA, KELUARGA BAHAGIA”

Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalammualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

10