dasar felda

Upload: rama-devi

Post on 02-Apr-2018

349 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    1/67

    DASAR-DASAR FELDA

    1

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    2/67

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    3/67

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    4/67

    DASAR-DASAR FELDA

    4

    4. Undang-Undang Kemajuan Tanah Ditubuhkan

    i. Syor-syor Jawatankuasa Kerja Kerajaan telah diterima oleh Kerajaan

    Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

    ii. Undang-undang Kemajuan Tanah 1956 (Land Development Ordinance of

    1956) diwujudkan pada 1 Julai 1956 dan terbentuklah Lembaga Kemajuan

    Tanah Persekutuan (LKTP) atau FELDA.

    iii. Tugas LKTP yang dinyatakan didalam undang-undang Kemajuan Tanah

    Seksyen 3(2)

    It shall be the duty of the Authority to promote and assist the

    investigation, formulation and carrying out of projects for the development

    and settlement of land in the Federation .

    5. Penggubalan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 (GSA)

    Bagi membolehkan pembukaan tanah dan penempatan penduduk dilaksanakan

    secara teratur dan terkawal, Kerajaan telah bersetuju menggubal satu akta yang

    dinamakan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 atau lebih

    dikenali Group Settlement Area (GSA). Akta ini dibentangkan di Parlimen oleh

    Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada 27 April 1960.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    5/67

    DASAR-DASAR FELDA

    5

    i. Akta ini berkuatkuasa pada 30 Mei 1960 bertujuan:-a) Menyegerakan pembukaan tanah kawasan luar bandar.

    b) Menyelaraskan dasar dan polisi pembukaan tanah baru.

    c) Mendapatkan kerjasama daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN)

    d) Memberi tanah kepada seseorang dengan cara ekonomik.

    ii. Matlamat GSA

    a) Menyeragamkan dasar dan polisi pembukaan tanah.

    b) Mewujudkan satu penempatan baru secara teratur dan terancang

    dengan menyediakan sumber-sumber ekonomi melalui

    pembangunan tanah dan penempatan semula.

    c) Membasmi kemiskinan terutama bagi penduduk-penduduk

    kampung tradisional.

    d) Mengatasi kelaparan tanah.

    e) Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi berasaskan pertanian dan

    eksport.

    f) Menggalakkan perindustrian berasaskan pertanian.

    6. Misi Penubuhan LKTP di Peringkat Awal

    a) 1956 1960 - Menyalurkan wang Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan

    Negeri.

    Sehingga akhir tahun 1960, Kerajaan telahmengarahkan LKTP supaya bertindak menguruskan

    dana dan menyalurkan perbelanjaan projek yang

    dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri/Perbadanan

    Negeri.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    6/67

    DASAR-DASAR FELDA

    6

    b) 1961 - Kerajaan Persekutuan memutuskan LKTP mengambil alih

    kesemua projek Kerajaan Negeri.

    Dalam tahun 1961, Majlis Tanah Kebangsaan dengan

    persetujuan Kerajaan Negeri, bersetuju supaya LKTP

    mengambil alih kesemua rancangan yang

    dikendalikan Kerajaan/Perbadanan Negeri.

    Di antara rancangan yang diambil alih ini ialah Air Lanas, Air Kangkung, Air Kuning, Chalok, Solok

    Menggong, Batu Lapan, Guar Napai dan lain-lain.

    7. Selepas berakhirnya darurat pada tahun 1960, Kerajaan telah melancarkan

    Rancangan Pembangunan Luar Bandar melalui Buku Merah yang diterajui oleh

    Allahyarham Tun Abdul Razak Datuk Hussien. Ketika itu Allahyarham Tun Abdul

    Razak sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar telah memberi tugas dan

    peranan yang lebih aktif kepada FELDA untuk membantu penduduk miskin.

    Bermula dari detik inilah FELDA membangunakan tanah secara besar-besaran

    dan menempatkan penduduk di kawasan baru.

    8. Sejak ditubuhkan FELDA telah membangunkan kawasan seluas 853,313 hektar

    dan menempatkan seramai 119,180 peneroka. Daripada bilangan ini, seramai

    112,635 bersama FELDA dan ditempatkan di 317 buah rancangan.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    7/67

    DASAR-DASAR FELDA

    7

    9. Fungsi FELDA sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta (Pindaan)1991 adalah seperti berikut:

    i. Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.

    ii. Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan

    perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan

    komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan di mana FELDA

    diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau di kawasan

    yang ingin dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya.

    iii. Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor

    pertanian di kawasan di mana FELDA di beri kuasa mentadbirnya

    terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran,

    pemerosesan, dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.

    iv. Membantu membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan

    kegiatan-kegiatan sosial, penempatan, pertanian, industri dan komersial

    dalam kawasan FELDA.

    10. Peranan FELDA Membangunkan Rancangan

    Pembangunan rancangan FELDA adalah merupakan pembangunantanah secara terkawal dan berkelompok. Kawasan tanah rancangan

    diserahkan kepada FELDA oleh Kerajaan Negeri untuk dimajukan dan

    diwartakan mengikut peruntukan Akta Tanah (Kawasan Penempatan

    Berkelompok) 1960 sebagai Kawasan Pembangunan atau Development

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    8/67

    DASAR-DASAR FELDA

    8

    Area. Mengikut Surat Perjanjian di antara Kerajaan Negeri dan FELDAyang diperuntukkan di bawah Akta, FELDA dilantik sebagai Pihak

    Berkuasa Pembangunan atau Development Authority. Peranan FELDA

    sebagai Development Authority adalah untuk memaju dan mentadbirkan

    kawasan rancangan. Di antara tugas dan kuasa yang diberikan kepada

    FELDA mengikut Perjanjian dengan Kerajaan Negeri ialah :-

    i. Mengenal pasti kawasan yang akan dimajukan

    ii. Membangunkan kawasan rancangan kepada kawasan pertanian

    (Rural Settlement Area) dan kawasan perkampungan (Urban

    Settlement Area)

    iii. Menentukan jenis tanaman bagi kawasan pertanian.

    iv. Mendaftarkan dalam Register of Holdings peneroka sebagai

    penduduk yang bakal menerima surat hakmilik.

    v. Dengan persetujuan Kerajaan Negeri melantik Pengurus

    Rancangan.

    vi. Dengan persetujuan Kerajaan Negeri menyediakan By-Laws

    mengenai penggunaan tanah kawasan pertanian yang tidak sesuai

    ditanam dengan tanaman utama dan kawasan perkampungan yang

    belum digunakan bagi tujuan yang dirancangkan.

    vii. Menguatkuasakan peruntukan Akta berhubung dengan penggunaan

    dan penjagaan kawasan pertanian dan penggunaan lot rumah.

    viii. Mengambil alih kawasan peneroka yang engkar mematuhi syarat-syarat penempatan.

    ix. Mengambil tindakan mengeluarkan penduduk haram.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    9/67

    DASAR-DASAR FELDA

    9

    Mengikut perjanjian di antara Kerajaan Negeri dan FELDA, setelahFELDA selesai membangunkan sesuatu kawasan dan mengutip kembali

    kos perbelanjaan baginya, kawasan tersebut diserahkan kembali (re-vest)

    kepada Kerajaan Negeri. Pada masa penyerahan itu FELDA akan

    mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri supaya peneroka dikurniakan

    suratan hak milik bagi tanah pertanian dan tapak rumah.

    Tujuan Kerajaan membangunkan tanah mengikut peruntukan Akta Tanah(Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 ialah supaya pulangan

    ekonomi dinikmati oleh peneroka melalui perkhidmatan yang disediakan

    oleh FELDA. Dengan demikian akan lebih terjamin faedah-faedah yang

    diperolehi oleh penduduk-penduduk atau pemilik-pemilik tanah di

    kawasan tersebut. Sistem pentadbiran, khidmat pertanian, infrastruktur,

    kemudahan awam dan institusi-institusi sosial yang disediakan oleh

    FELDA dapat meningkatkan kualiti hidup peneroka.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    10/67

    DASAR-DASAR FELDA

    10

    VISI & MISI

    VISI

    FELDA sebagai peneraju industri sawit dunia dan warga peneroka menjadi

    golongan berpendapatan pertengahan.

    MISI

    i. Pengurusan FELDA bertahap world class dan menjadi pelaku global.

    ii. Pengeluaran hasil sawit dan getah terbaik di dunia.

    iii. Peneroka memperoleh pendapatan yang stabil.

    iv. Keluarga peneroka mempunyai tahap pendidikan yang sesuai.

    v. Menikmati kemudahan infrastruktur yang moden.

    vi. Memiliki persekitaran yang harmoni dan sejahtera.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    11/67

    DASAR-DASAR FELDA

    11

    5 TERAS FELDA

    Komuniti FELDA Menjadi Komuniti Contoh Luar Bandar

    Warga Peneroka Menjadi Golongan Berpendapatan Pertengahan

    FELDA Menjadi Pelaku Global

    Membangunkan Potensi Generasi Baru

    Memperkukuh Budaya FELDA Sebagai Institusi

    Pertama :

    Kedua :

    Ketiga :

    Keempat :

    Kelima :

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    12/67

    DASAR-DASAR FELDA

    12

    DASAR FELDAPROGRAM KETERANGAN

    PERTANIAN

    Penggredan

    BTS

    i. Definisi : Mengklasifikasikan BTS yang masak dan bermutu tinggi sahaja

    dihantar ke kilang untuk diproses.

    ii. Objektif

    a) Untuk mempertingkatkan mutu BTS yang akan dihantar ke kilang.

    b) Untuk mempertingkatkan kecekapan kadar perahan dan

    mendapatkan minyak yang berkualiti tinggi.

    c) Mendapatkan pulangan hasil yang tinggi

    iii. Piawaian yang perlu dipatuhi :-

    a) Hanya BTS masak dan berkualiti sahaja di hantar ke kilang

    b) BTS muda dan yang tidak menepati spesifikasi ditanda dengan cat

    putih, diasingkan dan tidak dihantar ke kilang.

    iv. Kaedah pelaksanaan :-

    a) Pihak ladang perlu melantik Penggred BTS yang bertauliah.

    b) Manual Penggredan BTS yang dikeluarkan Lembaga Minyak

    Sawit Malaysia (MPOB) dijadikan panduan untuk kerja-kerja

    penggredan BTS.

    c) Kerja-kerja penggredan dijalankan di pentas buah sebelum BTS

    dihantar ke kilang.

    d) Pentas buah diladang perlu diberi nombor bagi memudahkan

    aktiviti menggred BTS dijalankan.

    e) Penggred BTS perlu pergi ke setiap pentas buah (manual) dan di

    lorong tuai (mekanisasi) untuk mengasingkan BTS yang masak,

    busuk, mentah, mengkal, lama dan berpenyakit.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    13/67

    DASAR-DASAR FELDA

    13

    PROGRAM KETERANGAN

    f) BTS muda, mengkal, busuk, lama dan berpenyakit dicat dengan

    warna putih dan di longgokan di luar pentas serta dimusnahkan .

    g) Penggred perlu mengisi Borang Penggredan BTS diladang dan

    menyerahkannya kepada penyelia ladang setiap hari

    h) Borang Penggredan BTS digunakan untuk menilai prestasi penuai

    dan boleh digunakan sebagai panduan dendaan kepada penuai.

    i) Pihak ladang perlu membuat pemantauan yang berkala untukmemastikan keberkesanan penggredan BTS dijalankan.

    v. Kawalan

    a) Penggred perlu mempunyai kemahiran asas Menggred BTS.

    b) Pengurusan ladang perlu menilai kemampuan dan pencapaian

    kerja penggredan BTS secara berkala diladang.

    vi. Peratusan Kategori BTS Yang Dibenarkan

    Peningkatan kadar perahan minyak ditentukan oleh kualiti mutu

    BTS yang dihantar ke Kilang Sawit. Peratusan kategori BTS yangdibenarkan di hantar ke Kilang Sawit adalah seperti jadual di

    bawah:-

    Bil Kategori Buah BTS Peratusan Dibenarkan

    1 Buah Masak (Ripe) Lebih Dari 90%

    2 Buah Mengkal (Under Ripe) Kurang Dari 10%

    3 Buah Muda (Unripe) 0%

    4 Buah Busuk (Rotten/ Empty Bunches) 0%

    5 Buah Tinggal (Overnight Crop) Kurang Dari 15%

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    14/67

    DASAR-DASAR FELDA

    14

    PROGRAM KETERANGAN

    vii. Petunjuk Kejayaan

    a) Tiada BTS muda, busuk, tangkai panjang sampai di kilang.

    b) Tiada tolakan berat BTS di kilang.

    c) Perahan minyak sawit meningkat dan dapat dikekalkan.

    Tanam Semula i. Program tanam semula dijalankan apabila pokok sawit dan getah telah tua

    dan tidak lagi produktif.

    ii. Peneroka yang telah selesai Bayaran Kembali (BK) boleh mengemukakan

    permohonan melalui JKKR untuk tanam semula. Jenis tanaman yang hendak

    ditanam adalah mengikut kesesuaian iklim setempat, bentuk muka bumi dan

    kesesuaian tanah.

    iii. FELDA akan mengendalikan kerja tanam semula kebun peneroka bagi

    memastikan kebun peneroka diurus dengan baik dan sempurna.

    iv. Semasa tanam semula ini, amalan teknologi moden diterapkan di kebun

    peneroka untuk memastikan produktiviti hasil tinggi. Sebagai contoh benih-

    benih bermutu diperkenalkan, sistem teres, perparitan, jalan pertanian dan

    lain-lain infrastruktur ladang diperbaiki dan dipertingkatkan.

    v. FELDA menjalankan kempen tanam semula supaya peneroka menyertai

    program tanam semula bersama FELDA. Pengurusan tanam semula

    berkelompok dapat menjimatkan kos operasi kebun berbanding pengurusan

    secara individu.

    vi. Kos tanam semula bagi tanaman sawit dibiayai melalui caruman Tabung

    Tanam Semula. Tabung ini adalah caruman peneroka sebanyak RM4.00seekar sebulan selama 20 tahun. Jumlah caruman peneroka bagi tempoh ini

    adalah berjumlah RM9,600 sepeneroka atau RM960 seekar berdasarkan

    perkiraan 10 ekar iaitu RM40.00 x 240 bulan.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    15/67

    DASAR-DASAR FELDA

    15

    PROGRAM KETERANGAN

    vii. Jumlah RM9,600 ini tidak mencukupi untuk menampung kos operasi tanam

    semula. Anggaran kos pembangunan sawit ke sawit ialah RM2,630 seekar

    atau RM6,500 sehektar. Oleh itu FELDA menampung keseluruhan kos

    pembangunan tanam semula walaupun caruman peneroka hanyalah

    RM9,600 sahaja.

    viii. Bagi rancangan getah, kos tanam semula dibiayai melalui bantuan tanam

    semula RISDA. Kos pembangunan tanam semula getah ialah RM7,000sehektar.

    ix. FELDA memberikan perkhidmatan percuma di dalam program tanam semula

    kebun peneroka. Semasa pembangunan tanam semula, peneroka tidak

    dikenakan sebarang kos pengurusan kerana ditanggung oleh FELDA iaitu

    bermula dari tebang hingga mengeluarkan hasil.

    x. Peneroka hanya dikenakan kos pengurusan berjumlah RM10.00 sehektar

    apabila tanaman berhasil dan dikira sebahagian daripada kos operasi

    ladang.xi. Peneroka diberi bantuan sara hidup semasa tanaman belum berhasil selama

    36 bulan bagi sawit dan 72 bulan bagi getah. Bantuan sara hidup ini perlu

    dibayar balik oleh peneroka. Dengan itu peneroka diberi pilihan sama ada

    bersetuju atau tidak bersetuju untuk menerima bantuan sara hidup. Selain

    menerima sara hidup, peneroka boleh menambah pendapatan melalui

    bekerja di ladang sendiri atau pekerjaan yang lain.

    xii. Berikut adalah kadar bantuan sara hidup dan pendahuluan hasil yang

    diberikan kepada peneroka semasa tanam semula :-

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    16/67

    DASAR-DASAR FELDA

    16

    PROGRAM KETERANGAN

    a) SAWIT

    Tahun TanamSemula

    Pinjaman/ Pendahuluan

    Kadar

    Kadar Seekar (RM)

    JumlahSePeneroka

    (RM) 1 Pinjaman Sara Hidup 100 1,000

    2 Pinjaman Sara Hidup 120 1,200

    3 Pinjaman Sara Hidup 130 1,300

    4 Pendahuluan Hasil 140 1,400

    5 Pendahuluan Hasil 140 1,400

    6 Pendahuluan Hasil 150 1,500

    7 Pendahuluan Hasil 150 1,500

    8 Pendahuluan Hasil 150 1,500

    b) GETAH

    TahunTanamSemula

    Pinjaman

    Kadar

    Kadar Seekar (RM)

    Jumlah SePeneroka(RM)

    1 Pinjaman Sara Hidup 100 1,000

    2 Pinjaman Sara Hidup 120 1,200

    3 Pinjaman Sara Hidup 130 1,300

    4 Pinjaman Sara Hidup 130 1,3005 Pinjaman Sara Hidup 130 1,300

    6 Pinjaman Sara Hidup 130 1,300

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    17/67

    DASAR-DASAR FELDA

    17

    PROGRAM KETERANGAN

    xiii. Sara hidup akan diganti dengan pendahuluan pendapatan apabila kebun

    mula mengeluarkan hasil. Kadarnya ialah RM140 seekar bagi dua tahun

    pertama dan RM150 seekar bagi tahun berikutnya.

    xiv. FELDA turut memberikan pendapatan tambahan kepada peneroka yang

    menyertai tanam semula bersama FELDA melalui bayaran lebihan hasil.

    Lebihan hasil ini ialah baki hasil jualan BTS setelah ditolak kos operasi

    ladang, pendahuluan hasil dan bayaran kembali (BK). Lebihan hasil dibayar berdasarkan harga semasa MSM di pasaran dan produktiviti hasil kebun.

    xv. Tempoh bayaran balik peneroka adalah selama 20 tahun dan ia tidak

    dibebankan kepada peneroka sebaliknya ditolak daripada penjualan hasil

    kebun. Jumlah bayaran BK adalah fleksibel dan bergantung pada ekonomi

    semasa di mana FELDA tetap memastikan pendapatan peneroka melepasi

    RM1,000 sebulan.

    xvi. FELDA sedaya upaya memastikan tanam semula diurus dengan baik

    dengan menggunakan baka sawit dan getah bermutu tinggi danmendapatkan input pertanian yang baik dengan harga yang berpatutan.

    Kawalan kos diambil kira bagi memastikan diurus pada tahap yang rendah di

    samping memberi pulangan hasil yang baik kepada peneroka.

    xvii. Peneroka digalakkan bekerja di kebun sendiri supaya memperoleh upah

    berdasarkan kerja yang dilakukan di samping memperoleh pendapatan tetap

    dari hasil kebun.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    18/67

    DASAR-DASAR FELDA

    18

    PROGRAM KETERANGAN

    Lesen MPOB

    Satu Premis

    Satu Lesen

    i. Pengurusan FELDA telah melaksanakan dasar yang dipersetujui oleh

    MPOB iaitu Satu Premis Satu Lesen bagi membeli, menjual dan mengalih

    buah kelapa sawit. Ini bermakna hanya Lesen Pengurus Rancangan FELDA

    yang boleh beroperasi di setiap rancangan.

    ii. Ini kerana semua peneroka FELDA tertakluk di bawah Akta GSA dan

    FELDA dilantik sebagai agensi perlaksana untuk menguruskan kebun

    peneroka.iii. Tidak timbul masalah bagi peneroka yang menguruskan sendiri kebun

    mereka kerana mereka boleh menggunakan lesen Pengurus FELDA untuk

    menghantar hasil ke kilang.

    iv. Mereka hanya perlu mendapatkan Nota Hantaran dari pejabat rancangan

    bagi membolehkan penghantaran ke kilang dilaksanakan.

    v. Semua peneroka telah disediakan kemudahan untuk menghantar hasil

    kepada FELDA dengan diwujudkan paysheet .

    vi. Bayaran penjualan hasil BTS daripada peneroka akan dibayar 100 peratus(%) sekiranya mereka tidak mempunyai tunggakan hutang dengan FELDA

    seperti peneroka yang menguruskan kebun sendiri pada peringkat awal.

    vii. Semua peneroka yang menghantar hasil ke FELDA menggunakan nota

    hantaran layak untuk menikmati kemudahan yang ditawarkan oleh FELDA

    seperti insentif produktiviti, pinjaman perumahan, komputer, SIUF dan

    sebagainya.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    19/67

    DASAR-DASAR FELDA

    19

    PROGRAM KETERANGAN

    Ses Tanam

    Semula Getah

    i. Wang ses adalah kutipan yang dikenakan oleh kerajan ke atas setiap jualan

    getah. Ia menggunakan Dasar & Kaedah Pemulangan Wang Ses Tanam

    Semula Kepada Pekebun Kecil adalah berasaskan Seksyen 3, Ordinan

    Kumpulan Wang bagi Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.

    ii. Dikutip pada kadar ditentukan oleh kerajaan melalui RISDA yang digunakan

    untuk membiayai Program Tanam Semula.

    iii. Apabila berlaku tanam semula, FELDA akan mendahulukan wang untukmembangunkan tanam semula kerana bantuan yang diterima daripada

    RISDA adalah secara berperingkat.

    iv. Kadar bantuan tanam semula yang diterima daripada RISDA adalah

    RM7,000 sehektar iaitu daripada tanaman getah ke getah manakala dari

    getah ke sawit dalah RM6,000 sehektar.

    v. Setiap pemulangan wang ses dalam bentuk bantuan tanam semula tertakluk

    kepada peraturan RISDA.

    vi. Bantuan ini mencukupi untuk menguruskan kebun sawit atau getahsehingga pokok mengeluarkan hasil. Ia termasuk pembersihan kawasan,

    penyediaan teres, jalan pertanian, bahan tanaman, input pertanian dan lain

    lain seperti upah kerja dan buruh.

    vii. Bantuan yang diterima daripada RISDA tidak dipulangkan kepada peneroka

    disebabkan mereka telah menandatangani perjanjian dengan FELDA di

    mana bantuan yang diterima daripada RISDA akan membayar kembali kos

    yang didahulukan oleh FELDA. Ia berbeza dengan peneroka sawit di mana

    mereka telah membuat caruman ke dalam akaun tabung tanam semulayang diwujudkan oleh FELDA untuk membiayai tanam semula.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    20/67

    DASAR-DASAR FELDA

    20

    PROGRAM KETERANGAN

    PENDIDIKAN GENERASI BARU

    Dasar

    Pendidikan

    i. Pusat Dalam Komuniti (PDK)

    Merupakan satu pusat pemulihan dan pembangunan untuk orang

    kurang upaya (OKU) termasuk kanak-kanak OKU di mana program

    pencegahan, pemulihan dan pembangunan boleh dilaksanakan kepada

    OKU supaya mereka dapat diintegrasikan dengan masyarakat. FELDA membiayai pemantapan program PDK di rancangan meliputi

    bayaran elaun guru dan pengasuh, peralatan dan alat bantu

    pembelajaran, Penyangkata OKU ke PDK, baik pulih bangunan serta

    kursus/bengkel untuk OKU. Setiap tahun FELDA memperuntukkan

    sebanyak RM5.4 juta untuk membiayai program PDK.

    Sehingga kini terdapat 78 buah PDK di rancangan FELDA iaitu 24.6%

    daripada 317 rancangan seluruh Negara dengan penglibatan seramai

    2,473 OKU.

    ii. Pusat Literasi Keluarga (PLK)

    Pusat ini ditubuhkan sebagai tempat pembelajaran awal bagi anak-anak

    peneroka berumur di antara 3 hingga 5 tahun bertujuan untuk

    menggalakkan mereka berinteraksi di antara satu sama lain dan

    sebagai persediaan memasuki alam persekolahan.

    Kanak-kanak di PLK diberi pendedahan awal asas-asas pembelajaran

    seperti melukis, melakar, menulis, bercerita sebagai cara menerapkan

    minat membaca, mengira dan menulis di kalangan mereka. Aktiviti

    seperti kreativiti, membina personality, kemahiran berinteraksi dan

    kemahiran sosial juga diterapkan dalam diri kanak-kanak tersebut.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    21/67

    DASAR-DASAR FELDA

    21

    PROGRAM KETERANGAN

    FELDA membiayai elaun penggalak pembaca setiap bulan, pembinaan

    dan ubah suai bangunan serta pembelian peralatan pembelajaran.

    Sehingga Mac 2010, seramai 4,917 kanak-kanak telah menghadiri PLK

    iaitu 44.6% daripada jumlah kanak-kanak (3-5 tahun) yang layak.

    Sementara seramai 358 penggalak pembaca terlibat di seluruh PLK.

    iii. Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN)

    Pusat PERMATA ditubuhkan dengan kerjasama Jabatan Perdana

    Menteri merupakan usaha FELDA dalam memastikan kepentingan

    pendidikan awal kanak-kanak sentiasa diberi keutamaan. Langkah ini

    menjadi pemangkin kepada pembelajaran anak-anak di masa hadapan

    bagi meningkatkan aspirasi, motivasi dan keyakinan diri.

    Pusat ini diwujudkan bagi kanak-kanak di tanah rancangan yang

    berumur dua (2) hingga empat (4) tahun bertujuan untuk melatih anak-anak di peringkat awal dalam mengasah, mengasuh dan melahirkan

    potensi serta bakat kanak-kanak tersebut.

    Tenaga pengajar di pusat ini adalah profesional, mempunyai ijazah dan

    berkemahiran berbahasa Inggeris.

    Pada tahun 2007, dua (2) buah pusat PERMATA mula beroperasi di

    rancangan FELDA iaitu FELDAjaya Mempaga dan FELDA Chini Timur

    Tiga.

    Pada tahun 2009, dua (2) lagi pusat PERMATA beroperasi iaitu diFeldajaya Raja Alias dan FELDA Besout 1. Ini menjadikan empat (4)

    buah PERMATA telah beroperasi dengan menempatkan seramai 110

    orang kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    22/67

    DASAR-DASAR FELDA

    22

    PROGRAM KETERANGAN

    Manakala pada tahun 2010, tiga (3) lagi PERMATA iaitu FELDA Ciku 1,

    FELDA Kerteh 5 dan FELDA Tenggaroh 2 akan beroperasi mulai bulan

    Mei 2010.

    iv. Asrama Semai Bakti FELDA

    Asrama Semai Bakti FELDA diwujudkan pada tahun 1975 bagimenempatkan pelajar generasi FELDA dari tingkatan satu (1) hingga

    lima (5) dan memberi peluang kepada pelajar untuk mendapat

    pendidikan yang sempurna.

    Pelajar ditempatkan di Asrama FELDA dan mendapat pendidikan di

    sekolah-sekolah terpilih di bandar. Penempatan di asrama ini

    membolehkan pelajar generasi FELDA bercampur gaul dengan pelajar

    di bandar dan mendapat pendidikan yang lebih teratur.

    FELDA juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan ke sekolah,kelas tambahan, motivasi, kebajikan dan lain-lain keperluan pelajar. Kos

    penempatan pelajar di Asrama Semai Bakti FELDA dibiayai

    sepenuhnya oleh FELDA. Setiap tahun FELDA memperuntukkan kira-

    kira RM10 juta untuk membiayai penempatan pelajar generasi FELDA

    di asrama.

    Seramai 12,651 orang pelajar telah dilahirkan daripada Asrama Semai

    Bakti FELDA sejak ditubuhkan pada tahun 1975 sehingga Disember

    2009. Pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

    (SPM) berpeluang melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi

    tempatan dan luar negeri.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    23/67

    DASAR-DASAR FELDA

    23

    PROGRAM KETERANGAN

    Asrama FELDA telah melahirkan para cerdik pandai dan tenaga

    profesional dari kalangan generasi peneroka seluruh Negara. Ada di

    antaranya telah menjadi ahli perniagaan, jurutera, doktor/doktor pakar,

    pensyarah, pakar perunding, pegawai kerajaan, guru dan sebagainya.

    Bilangan pelajar di Asrama Semai Bakti FELDA:

    v. Skim Tuisyen FELDA (STF)

    STF mula dilaksanakan mulai Oktober 2004 di 100 buah sekolah

    menengah dalam rancangan FELDA kepada murid tingkatan 3 dan 5.

    Pada tahun 2005, STF diperluaskan kepada murid-murid darjah 5 dan 6

    di 270 buah sekolah rendah dalam rancangan FELDA.

    Matlamat STF ialah untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar di rancangan FELDA dalam peperiksaan awam iaitu UPSR,

    PMR dan SPM. Objektifnya ialah untuk meningkatkan peratus kelulusan

    dan kecemerlangan dalam mata pelajaran yang ditawarkan di samping

    melahirkan lebih ramai generasi baru FELDA yang berdaya saing dan

    Bil KategoriTahun

    2005 2006 2007 2008 2009 2010

    a. Kuala Lumpur 18 org 186 161 130 151 216

    b. Kelana Jaya 179 org 172 175170 160 Telah

    Ditutupc. Johor Bahru 154 org 162 176 166 167 161

    d. Kuantan

    (Tiada pengambilankerana asrama dalam

    prosespembinaan semula)

    84 135 173 175

    JUMLAH 351 520 596 601 651 552

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    24/67

    DASAR-DASAR FELDA

    24

    PROGRAM KETERANGAN

    maju dalam bidang pendidikan. Setiap tahun FELDA memperuntukkan

    RM20 juta untuk membiayai STF.

    Seramai 332,003 murid telah mendapat manfaat daripada kelas tuisyen

    ini. Pecahan pelajar STF 2004 hingga 2010 adalah seperti jadual

    berikut:

    Pecahan Pelajar STF 2004 - 2010

    vi. Kelas Prep

    Kelas Prep atau kelas tambahan dilaksanakan bagi meningkatkan lagi

    pencapaian generasi baru dalam peperiksaan. Kelas prep merupakan

    satu kaedah pembelajaran di mana pelajar ditempatkan di sebuah bilik

    khas secara berkumpulan untuk mengulangkaji pelajaran dengan

    diawasi dan dibimbing petugas FELDA. Antara aktiviti yang

    dilaksanakan ialah membuat kerja sekolah, mengadakan kelas latih

    tubi, mengulangkaji pelajaran, perbincangan kumpulan dan kelas

    motivasi.

    Tahun Sek. Rendah Sek. Menengah JumlahThn 5 UPSR PMR SPM

    2004 - - 16,631 18,319 34,950

    2005 16,658 17,849 18,507 18,356 71,370

    2006 12,386 16,958 15,725 15,174 60,243

    2007 15,765 16,177 15,859 14,941 62,742

    2008 10,617 11,787 13,742 13,786 49,932

    2009 - 13,704 12,931 12,031 38,666

    2010 - 8,100 3,000 3,000 14,100

    JUMLAH KESELURUHAN 332,003

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    25/67

    DASAR-DASAR FELDA

    25

    PROGRAM KETERANGAN

    Buat permulaan kelas ini dilaksanakan bagi pelajar yang akan

    menduduki peperiksaan UPSR selama dua jam setiap hari mulai jam

    8.00 hingga 10.00 malam. Kelas ini telah dimulakan pada April 2009 di

    174 rancangan FELDA.

    Kelas Prep diadakan di sekolah rendah atau di mana-mana bangunan

    awam di tanah rancangan yang difikirkan sesuai dan selesa bagi pelajar

    untuk mengulangkaji. Pembantu Pembangunan Masyarakat (SDA) Wanita mengetuai dan

    menjadi pembimbing semasa kelas tersebut berjalan. Ia bertujuan

    supaya kelas berkenaan berjalan lancar dan pelajar mendapat

    bimbingan daripada petugas tersebut.

    Selain itu, penyertaan ibu bapa juga amat digalakkan dalam

    pelaksanaan kelas prep seperti menyediakan minuman semasa kelas

    diadakan. Ia juga sebagai memberi galakan kepada pelajar untuk

    belajar dengan lebih tekun lagi.

    vii. Pusat Pembelajaran Sains (PPS)

    Pusat Pembelajaran Sains (PPS) Daerah ditubuhkan bagi

    menempatkan pelajar-pelajar FELDA di asrama serta menyediakan

    tuisyen mulai dari Tingkatan Empat. PPS merupakan satu projek khas

    bagi membantu pelajar FELDA yang mengikuti aliran sains tulin.

    PPS menyediakan program pengajaran dan pembelajaran sains yanglebih kondusif dan terancang melalui kemudahan asrama dan tuisyen

    kepada pelajar berdasarkan goal-oriented programme dengan

    matlamat supaya pelajar lulus dengan cemerlang.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    26/67

    DASAR-DASAR FELDA

    26

    PROGRAM KETERANGAN

    Kelas tuisyen selama dua jam seminggu ditumpukan kepada subjek

    sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Matematik Tambahan

    dan Bahasa Inggeris.

    Bilangan pelajar terlibat adalah seramai 1,803 orang dan dibiayai

    sepenuhnya oleh FELDA. Buat permulaan peruntukan berjumlah RM1

    juta setahun disediakan bagi melaksanakan skim PPS ini.

    Objektif PPS akhirnya ialah melahirkan lebih ramai pelajar FELDA

    dalam bidang sains bagi mengisi peluang pekerjaan di masa hadapan

    dan menjadi tenaga profesional.

    Aktiviti yang diselaraskan di PPS antaranya ialah program motivasi dan

    lawatan Career Explorer Camp ke Petrosains di Pusat Latihan Petronas

    dan Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka. Manakala untuk guru

    diadakan bengkel guru PPS bersama guru best practioner iaitu seorang

    guru bagi setiap subjek PPS (Matematik, Matematik Tambahan, Fizik,

    Kimia, Biologi dan Bahasa Inggeris).

    Bagi tahun 2009, sebanyak 14 buah sekolah menengah harian

    berasrama dipilih iaitu enam (6) sekolah di dalam rancangan dan enam

    (6) sekolah lagi di luar rancangan. Sehingga Disember 2009, seramai

    1,803 murid mendapat kemudahan di PPS. Daripada jumlah tersebut

    seramai 1,166 murid terdiri daripada anak-anak warga FELDA

    manakala seramai 637 adalah murid dari kalangan anakanak

    masyarakat luar FELDA yang tinggal berhampiran dengan rancangan

    FELDA. Sebanyak 77 kelas PPS disediakan di semua 14 pusat PPS. Program Pusat Pembelajaran Sains diteruskan pada tahun 2010.

    Pengambilan pelajar bagi Tingkatan 4 bermula minggu pertama dan

    kedua Februari 2010.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    27/67

    DASAR-DASAR FELDA

    27

    PROGRAM KETERANGAN

    viii. Penempatan Pelajar Ke Sekolah Terkawal

    Bagi membolehkan pelajar-pelajar yang tidak mendapat tempat di

    sekolah-sekolah berasrama penuh, pelajar-pelajar yang mendapat

    pencapaian 5A dalam UPSR ditempatkan di sekolah-sekolah terkawal.

    FELDA membiayai bantuan buku dan peralatan yang sesuai seperti set

    komputer yang akan dibekalkan ke sekolah berkenaan. Jenis-jenis sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar ini adalah seperti

    berikut:

    a) Sekolah Menengah Sains (SMS)

    b) Sekolah Menengah Agama (SMA)

    c) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi/ Bestari(SBP I/B)

    d) Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF)

    e) Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

    f) Sekolah Men. Kebangsaan Rancangan Khas (SMKRK)g) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)

    h) Sekolah Menengah Model Khas Seri (SMMK Seri)

    i) Sekolah Sukan

    j) Sek. Men. Keb. di Luar Rancangan

    k) Sek. Men. Keb. di Dalam Rancangan

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    28/67

    DASAR-DASAR FELDA

    28

    PROGRAM KETERANGAN

    ix. Latihan Kemahiran Generasi Baru FELDA

    Program latihan Kemahiran Generasi Baru dilaksanakan mulai tahun

    2005 khusus untuk generasi baru peneroka lepasan SPM yang belum

    mempunyai pekerjaan tetap dan masih berada di rancangan. Program

    ini bertujuan melatih generasi baru dalam pelbagai bidang latihan

    kemahiran dengan harapan generasi baru peneroka mendapat peluang

    pekerjaan yang sesuai selepas menamatkan latihan. Pelbagai bidang

    latihan kemahiran yang berdaya maju dan kompetitif disediakan

    mengikut keperluan semasa.

    Melalui program ini, ia memberi peluang kepada generasi baru FELDA

    untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi lagi serta

    mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi keluarga peneroka

    FELDA.

    Terdapat tiga (3) peringkat latihan disediakan iaitu peringkat SijilKemahiran Malaysia (SKM), peringkat Diploma dan peringkat Kursus

    Profil Tinggi.

    Bagi kursus Profil Tinggi, FELDA melaksanakan program ini dengan

    kerjasama Malaysia Airlines Engineering Training Center (METC) dalam

    bidang Licensed Aircraft Maintenance Engineer (LAME), Trainee Junior

    Technician (TJT) dan Kadet Pilot.

    Manakala kursus peringkat Diploma, bidang kursus yang ditawarkan

    seperti Kejururawatan, Marine Engineering and Nautical Studies,pelbagai bidang Kreatif dan Inovatif, Keusahawanan, Pengurusan

    Ladang, Mekanikal, Automotif, Elektrik, Elektronik dan Mekanikal Gas.

    Sementara bagi kursus peringkat Sijil, bidang kursus yang ditawarkan

    ialah Juruteknik Sistem Komputer, Teknologi Pembungkusan dan

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    29/67

    DASAR-DASAR FELDA

    29

    PROGRAM KETERANGAN

    Penjenamaan, Automotif, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan

    Mekanikal, Penyediaan Makanan dan Kulinari, Penyediaan

    Pastri/Bakeri, Pramusaji, Pembantu Attendant Bilik, Pembuat Pakaian

    Wanita dan Lelaki dan Dandanan Rambut.

    Sejumlah RM50 juta diperuntukkan setiap tahun bagi memberi peluang

    latihan kemahiran kepada generasi baru FELDA. Sejak tahun 2005

    FELDA telah menyediakan peruntukan berjumlah RM188.8 juta bagi

    membiayai program Latihan Kemahiran Generasi Baru. Seramai 28,175 pelatih telah mengikuti latihan kemahiran yang

    disediakan mulai 2005 sehingga Mac 2010 seperti jadual berikut :

    Tahun 2005 2006 2007 2008 2009 2010 Jumlah

    Bil. Pelatih 5,295 7,335 7,323 4,565 3,046 611 28,175

    x. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) FELDA

    Bangunan MRSMF terletak di dalam kawasan Feldajaya Utara

    Trolak, Perak bersebelahan dengan pejabat FELDA Wilayah

    Trolak. Ia boleh dihubungi melalui Lebuhraya Utara-Selatan

    samada melalui tol Slim River atau Sungkai, Perak.

    Persetujuan kerjasama penubuhan MRSMF di antara pihak FELDA

    dan MARA telah dimeterai dalam Majlis Menandatangani

    Perjanjian pada 30 Mac 2007.

    Penubuhan MRSMF bertujuan memberi peluang pendidikan

    kepada anak-anak warga FELDA untuk meningkatkan kualiti

    pendidikan, menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju,

    produktif dan lebih berdisiplin bagi menjamin taraf dan mutu

    kehidupan yang lebih sempurna kepada generasi baru FELDA.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    30/67

    DASAR-DASAR FELDA

    30

    PROGRAM KETERANGAN

    MRSMF adalah cetusan idea Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia ke-

    6, dalam usaha memartabatkan generasi baru FELDA di bidang

    pendidikan. Bangunan MRSMF siap dibina pada tahun 2009

    dengan kos RM123 juta tidak termasuk kelengkapan, perabot,

    peralatan makmal dan lain-lain.

    Bangunan MRSMF adalah yang terbesar di negara ini

    mengandungi blok kediaman pelajar, dewan kuliah, makmal,

    perpustakaan, dewan besar, masjid, stadium, kafetaria dan lain-

    lain. Ia dapat menampung kapasiti seramai 1,050 pelajar iaitu 210

    pelajar bagi setiap tingkatan (tingkatan 1 hingga 5) pada satu-satu

    masa.

    Dasar Pengambilan pelajar ke MRSMF ialah 80% adalah dari

    kalangan anak-anak warga FELDA, manakala 20% lagi adalah dari

    kalangan anak-anak awam.

    FELDA menyediakan peruntukan untuk kos operasi dan

    pentadbiran, manakala MARA menyediakan tenaga pengajar serta

    pengajaran dan pembelajaran. Bagi tahun 2010, FELDA

    memperuntukkan sejumlah RM11.25 juta bagi membiayai kos

    operasi, penyelenggaraan dan urusan pentadbiran MRSMF.

    Bangunan MRSMF ini akan menjadi mercu tanda keprihatinan

    FELDA dalam menyediakan kemudahan pembelajaran yang serba

    lengkap dan moden.

    MRSMF telah mula beroperasi pada tahun 2010 dan sehingga Mac

    2010, bilangan pelajar di MRSMF adalah seramai 742 orang terdiri

    daripada 144 pelajar tingkatan satu, 253 pelajar tingkatan dua, 160

    pelajar tingkatan tiga dan 185 pelajar tingkatan empat.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    31/67

    DASAR-DASAR FELDA

    31

    PROGRAM KETERANGAN

    xi. Bantuan Pelajaran Tinggi

    Skim Bantuan Pelajaran Tinggi diberikan kepada generasi baru yang

    layak dan berjaya melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian

    Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang

    diiktiraf oleh Kerajaan di peringkat Ijazah dan Diploma serta mengikuti

    kursus pengajian sepenuh masa.

    Bantuan ini diberikan untuk meringankan beban kewangan serta

    menggalakkan mereka meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih

    tinggi.

    Bantuan berbentuk geran sebanyak RM500 diberikan kepada mereka

    yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat diploma, RM1,000 bagi

    ijazah dan RM1,500 bagi pengajian ke luar negara.

    Pemohon yang berjaya memasuki IPTA/IPTS sama ada diperingkat

    diploma, ijazah dalam dan luar negara dan mengikuti pengajian sepenuh

    masa hendaklah mengisi maklumat diri melalui sistem SKB-SIAP di

    rancangan.

    Status kelayakan pemohon akan disemak oleh Pengurus Rancangan

    sebelum dihantar ke Jabatan Inovasi dan Pembangunan Generasi Baru,

    Ibu Pejabat FELDA untuk kelulusan bayaran.

    Bagi tahun 2009, seramai 3,055 pelajar telah menerima bantuan insentif

    ke IPT iaitu 1,459 pelajar peringkat diploma, 1,555 pelajar peringkat

    ijazah dan 41 pelajar peringkat Ijazah ke luar negara dengan jumlah

    peruntukan sebanyak RM2.3 juta.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    32/67

    DASAR-DASAR FELDA

    32

    PROGRAM KETERANGAN

    xii. Skim Pinjaman Pelajaran Tinggi FELDA (SPPTF)

    SPPTF ini diberikan bagi membantu anak peneroka mendapat sumber

    pembiayaan bagi meneruskan pengajian mereka di institusi pengajian

    tinggi.

    Pinjaman ini layak kepada semua anak peneroka yang menyertai

    program bersama FELDA yang menuntut di IPTA/IPTS seluruh Negaradan juga ditawarkan kepada mereka yang tidak menerima bantuan

    kewangan dari mana-mana pihak.

    Sebanyak RM6,000 setahun disediakan untuk pelajar yang mengikuti

    pengajian peringkat ijazah manakala pelajar di peringkat diploma

    sebanyak RM4,500 setahun.

    Permohonan mestilah dibuat melalui borang yang disediakan oleh

    Jabatan Inovasi dan Pembangunan Generasi Baru, Ibu Pejabat FELDA

    yang terdapat di pejabat-pejabat rancangan dan Wilayah. Bagi tahun 2009, sebanyak 123 permohonan telah diluluskan iaitu 67 di

    peringkat diploma dan 84 di peringkat ijazah dengan nilai kelulusan

    berjumlah RM2.04 juta.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    33/67

    DASAR-DASAR FELDA

    33

    PROGRAM KETERANGAN

    xiii. Dana Khas Pelajar Cemerlang

    Program penghantaran pelajar cemerlang ke Universiti Luar Negara di

    bawah Skim Dana Khas Pelajar Cemerlang ke Universiti Luar Negara

    telah dimulakan pada 2005.

    Bidang pengajian yang ditaja oleh FELDA ialah dalam bidang Sains dan

    Teknologi, Teknologi Makanan, Bioteknologi dan Perladangan,Kejuruteraan, Sains Komputer dan ICT, Perakaunan, Perundangan dan

    Perubatan.

    Pelajar yang lulus dengan cemerlang akan mengikuti pengajian di

    Universiti terkenal di luar negara.

    Permohonan Penajaan/Biasiswa boleh dibuat melalui Jabatan Inovasi

    dan Pembangunan Generasi Baru, Ibu Pejabat FELDA atau di pejabat-

    pejabat Wilayah FELDA atau layari Laman Web www.felda.net.my.

    Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disokong olehTimbalan Pengerusi JKKR Rancangan, Pengurus Rancangan dan

    Pengurus Besar Wilayah.

    Pada tahun 2009, FELDA telah menawarkan sebanyak 10 tempat

    kepada generasi baru FELDA untuk Anugerah Dana Khas Pelajar

    Cemerlang 2009. Sehingga kini 60 pelajar telah dihantar ke luar negara

    iaitu di Amerika Syarikat, United Kingdom, Ireland, Australia, India dan

    Czech Republik.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    34/67

    DASAR-DASAR FELDA

    34

    PROGRAM KETERANGAN

    Bantuan,

    Pinjaman dan

    Kemudahan

    Peneroka

    i. Pinjaman Pembesaran Rumah

    Kemudahan pinjaman ini diwujudkan pada tahun 2005 bertujuan

    member kemudahan kepada peneroka membina

    semula/mengubahsuai rumah di tanah rancangan.

    Pinjaman dipertimbangkan kepada peneroka yang layak dengan jumlah

    di antara RM10, 000 hingga RM40,000.

    Pinjaman tanpa faedah ini terbuka kepada peneroka yang layak dan

    berumur tidak melebihi 70 tahun semasa pinjaman diluluskan. Caj

    perkhidmatan sebanyak 2.5 peratus dikenakan untuk sekali sahaja

    sepanjang tempoh pinjaman bagi menampung kos pengurusan.

    Maksimum tempoh bayaran balik pinjaman ialah selama 15 tahun.

    Sehingga Mac 2010, seramai 21,550 peneroka telah diluluskan

    pinjaman pembesaran/pengubahsuaian rumah berjumlah

    RM591,778,000.00 juta seperti berikut :-

    Tahun Bilangan Peminjam Nilai (RM) 2005 320 7,295,000.00

    2006 739 16,675,000.00

    2007 7,223 195,015,000.00

    2008 7,929 185,512,000.00

    2009 3,346 116,958,000.00

    2010 (Mac) 1,993 70,323,000.00

    JUMLAH 21,550 591,778,000.00

    Sebanyak 11,783 permohonan telah diterima mengikut kategori sepertidi bawah melibatkan peruntukan berjumlah RM406.80 juta lagi. Oleh

    sebab FELDA telah pun meluluskan jumlah yang amat besar iaitu

    RM558.51 juta dan untuk memastikan tabung ini diurus dengan

    berkesan, keutamaan kelulusan akan diberikan kepada pemohon

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    35/67

    DASAR-DASAR FELDA

    35

    PROGRAM KETERANGAN

    dalam Kategori 1 di mana rumah peneroka masih dalam bentuk rumah

    asal sebanyak 6,365 permohonan yang akan melibatkan komitmen

    berjumlah RM225.11 juta. Walau bagaimanapun, kelulusan tertakluk

    kepada kutipan bayaran balik pinjaman di samping syarat-syarat lain

    yang telah ditetapkan. Jadual berikut adalah maklumat permohonan

    yang diterima mengikut kategori :-

    ii. Pinjaman Komputer

    Skim pinjaman membeli komputer kepada peneroka diwujudkan mulai

    tahun 2005 bagi meningkatkan kemahiran warga peneroka di bidang

    teknologi maklumat.

    Pinjaman kepada peneroka yang layak adalah berjumlah RM2,400 dan

    tiada faedah dikenakan.

    Tempoh bayaran balik adalah 35 bulan dan syarat pinjaman sepertiberikut:

    o Peneroka menyertai program bersama FELDA

    o Pendapatan bersih bulanan melebihi RM500

    Bil Kategori Jumlah Nilai (RM)

    1 Kategori 1(Rumah Asal) 6,365 225,106,000

    2 Kategori 2(Rumah ada pertambahan 30%) 3,497 120,591,000

    3 Kategori 3(Rumah ada pertambahan 50%) 1,304 41,759,000

    4 Kategori 4(Rumah ada pertambahan 70%) 617 19,345,000

    Jumlah Keseluruhan 11,783 406,801,000

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    36/67

    DASAR-DASAR FELDA

    36

    PROGRAM KETERANGAN

    o Mempunyai tanggungan melebihi 3 orang dan sekurang-

    kurangnya seorang bersekolah

    o Bebas dari sebarang tindakan tatatertib

    Sehingga Disember 2009 seramai 3,640 peneroka telah diluluskan

    pinjaman dengan jumlah nilai pinjaman sebanyak RM9.09 juta.

    Bagi tempoh Januari hingga Mac 2010, seramai 26 peneroka diluluskan

    pinjaman komputer bernilai RM62,400.

    iii. Skim Bantuan Pembaikan Rumah Peneroka

    Pada tahun 2003 hingga 2007, FELDA telah melaksanakan bantuan

    pembaikan rumah peneroka yang didapati daif dan perlu diperbaiki

    bagi memastikan peneroka dan keluarga tinggal dalam keadaan

    sempurna dan selesa. Bantuan RM10,000/peneroka tersebut diberikan

    kepada 3,293 peneroka dengan peruntukan berjumlah RM32.93 juta.

    Bantuan ini hanya dilaksanakan sehingga tahun 2007 sahaja.

    KEBAJIKAN PENEROKA

    iv. Pelan Khairat Kematian Peneroka (PKKP)

    Skim ini berkuatkuasa mulai 1 Mac 2008 sebagai salah satu aktiviti

    kebajikan yang disumbangkan oleh FELDA kepada peneroka di tanah

    rancangan. Tujuan skim ini antara lain adalah:

    i) Melindungi para peneroka yang ditimpa kemalangan ketika

    menjalankan pelbagai aktiviti kebun dan aktiviti harian yang lain

    di tanah rancangan.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    37/67

    DASAR-DASAR FELDA

    37

    PROGRAM KETERANGAN

    ii) Membantu peneroka atau keluarga peneroka semasa ditimpa

    bencana atau kemalangan.

    Kes Kematian peneroka yang berlaku mulai pada 1 Januari 2010,

    semua urusan tuntutan dan bayaran khairat bagi kematian peneroka

    adalah di bawah tanggungan terus FELDA melalui Pelan Khairat

    Kematian Peneroka (PKKP), tanpa melibatkan pihak syarikat Takaful.

    Pelan ini memberikan perlindungan khairat seperti berikut:

    Jenis Khairat Nilai Khairat(RM)

    A. Kematian Biasai. Pengurusan Jenazah 3,000.00ii. Khairat kematian 7,000.00Jumlah 10,000.00

    B. Kamatian Akibat Kemalangani. Pengurusan Jenazah 3,000.00ii. Khairat kematian 7,000.00Jumlah 10,000.00

    Belanja pengurusan jenazah RM3,000 dibayar serta merta oleh

    Pengurus Rancangan kepada waris.

    Tindakan permohonan bayaran khairat kematian RM7,000 perlu

    diuruskan oleh waris dalam tempoh satu minggu dari tarikh kematian

    menggunakan Borang Tuntutan Khairat Kematian Peneroka yang

    boleh diperolehi di Pejabat Rancangan. Borang yang telah lengkap

    disempurnakan hendaklah diserahkan kepada Pengurus Rancangan

    untuk dimajukan kepada Pengurus Besar Wilayah dan kelulusan

    bayaran oleh Bahagian Kewangan, Ibu Pejabat FELDA. Bayaran

    RM7,000 akan dipertimbangkan kelulusannya oleh FELDA setelah

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    38/67

    DASAR-DASAR FELDA

    38

    PROGRAM KETERANGAN

    kematian peneroka diperakui oleh Pengurus Rancangan dan disahkan

    oleh Pengurus Besar Wilayah melalui borang PKKP.

    Ibu Pejabat FELDA akan mengeluarkan surat kelulusan bayaran

    kepada Pengurus Rancangan untuk dibuat bayaran kepada waris.

    v. Tabung Bantuan Kebajikan Peneroka

    Tabung ini mula diperkenalkan pada Julai 2005 dengan dana sebanyak

    RM500,000. Pada tahun 2007 dan 2008 dana bantuan ini telah

    bertambah kepada RM1.5 juta.

    Tabung ini diwujudkan untuk membantu warga peneroka yang

    menghidapi penyakit kronik yang memerlukan alat bantuan kesihatan

    dan bencana alam. Sumbangan ini diberikan bagi meringankan beban

    tanggungan yang terpaksa dipikul oleh peneroka. Sehingga Mac 2010,

    seramai 1,003 peneroka telah menerima faedah melalui Tabung

    Bantuan Kebajikan Peneroka berjumlah RM5.26 juta.

    Tahun SakitKronikBencana

    AlamAlat

    Bantuan Jumlah Belanja

    2005 13 - 3 16 97,8442006 138 21 52 211 848,1142007 148 25 82 255 956,1652008 138 20 56 214 1,760,8512009 159 19 72 250 1,285,632

    2010 (Mac) 37 5 15 57 312,607Jumlah 633 90 280 1,003 5,261,213

    Bagi tempoh Januari hingga Mac 2010, seramai 57 peneroka telah

    diberikan bantuan dengan nilai kelulusan sebanyak RM312,607.00.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    39/67

    DASAR-DASAR FELDA

    39

    PROGRAM KETERANGAN

    vi. Projek Infrastruktur

    i. Rancangan FELDA adalah tertakluk dan diwartakan di bawah Akta Tanah

    (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 atau Land Act (Group

    Settlement Areas) .

    Rancangan terbahagi kepada dua (2) bahagian utama iaitu :-

    a) kawasan bandar ( urban area ) mengandungi kawasan penempatan, perniagaan dan

    perusahaan di mana terdapatnya rumah kediaman

    peneroka, bangunan awam, kedai, gerai, institusi awam,

    prasarana, sekolah, klinik, balai raya, masjid dan

    sebagainya

    b) kawasan luar bandar ( rural area )

    kawasan pertanian yang diuntukkan kepada peneroka.

    ii. Semasa rancangan dibuka FELDA menyediakan pelan tata atur yang

    menunjukkan susun atur pembangunan kawasan bandar atau pekan

    FELDA.

    Ia dikemukakan kepada beberapa jabatan seperti Jabatan

    Perancang Bandar, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perparitan,

    Jabatan Pertanian, Pejabat Tanah, Majlis Daerah dan sebagainya.

    iii. Di peringkat awal pembangunan ini, perancangan dan pelaksanaan bandar

    FELDA dikendalikan bersama dengan agensi Kerajaan yang berkaitan

    khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR). Semua peruntukan menyediakan

    kemudahan dan prasarana ini dibiayai sepenuhnya melalui peruntukan

    Kerajaan.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    40/67

    DASAR-DASAR FELDA

    40

    PROGRAM KETERANGAN

    iv. Bagaimanapun mulai tahun 1996, pihak Kerajaan tidak lagi menyalurkan

    peruntukan kepada FELDA bagi membangunkan bandar dan mengadakan

    projek infrastruktur kecuali sedikit peruntukan melalui RMK-7 hingga RMK-

    9. Projek kemudahan asas yang utama di bandar FELDA seperti sekolah,

    klinik, jalan raya dan prasarana lain masih lagi dibiayai melalui peruntukan

    Kerajaan yang lazimnya diuruskan oleh JKR.

    v. Bagi melengkapkan pembangunan bandar atau pekan kecil, FELDAmenyediakan peruntukan dalaman mengikut kemampuan kewangan

    semasa untuk membiayai beberapa projek yang difikirkan sesuai. Projek

    yang dijalankan ini termasuklah menambahbaik sistem perparitan,

    penjagaan jalan kampung, pembinaan dewan dan kompleks sukan,

    penyediaan ruang perniagaan dan kemudahan yang diperlukan oleh

    masyarakat rancangan.

    vi. Sejumlah RM15 juta disediakan untuk naik taraf jalan perkampungan

    FELDA dan menaik taraf masjid/ sekolah agama. Sejumlah RM4 jutadiperuntukkan untuk menyiapkan pemasangan lampu jalan di

    perkampungan FELDA.

    vii. Tumpuan diberikan bagi menaik taraf kawasan perniagaan di 40 buah

    Gugusan dengan menyediakan kawasan letak kereta, tandas awam,

    perparitan dan pemasangan lampu. Peruntukan RM13 juta disediakan bagi

    tujuan ini.

    viii. Sehingga Mac 2010, FELDA telah membina 65 buah dewan serba guna

    jenis A & B dengan kos RM37.01 juta dan kompleks sukan/gelanggangsukan sebanyak 17 buah dengan kos RM39.24 juta dan 2 buah gelanggang

    futsal bernilai RM1.5 juta untuk kemudahan masyarakat setempat

    mengadakan aktiviti.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    41/67

    DASAR-DASAR FELDA

    41

    PROGRAM KETERANGAN

    vii. Program Keceriaan Kampung FELDA

    i. FELDA telah menubuhkan Majlis Tempatan untuk melaksanakan aktiviti

    pelupusan dan pembuangan sampah.

    ii. Mulai tahun 2004, FELDA memberi sumbangan atas kadar 2:1 iaitu RM2

    disumbangkan FELDA dan RM1 oleh peneroka bagi membiayai kos

    pelupusan sampah.iii. Majlis Tempatan FELDA digerakkan di tanah rancangan untuk menguruskan

    hal ehwal berkaitan dengan program keceriaan termasuklah landskap,

    penanaman pokok di sekitar jalan utama, pelupusan sampah dan lain-lain

    lagi.

    iv. Kutipan sampah secara berjadual dilaksanakan di mana sampah dikutip

    secara berkala bagi memastikan ia tidak mengganggu keceriaan dan

    persekitaran kawasan rancangan.

    v. Aktiviti ini di bawah kawalan Jawatankuasa Kemajuan dan KeselamatanRancangan (JKKR) atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan

    Kampung (JKKK).

    vi. Setiap rancangan dimestikan mempunyai kawasan pelupusan sampah yang

    teratur yang terletak di luar kawasan perkampungan FELDA seperti mana

    yang diluluskan oleh Majlis Tempatan / Daerah bagi memudahkan sampah

    yang telah dikutip dan dibuang secara teratur di samping setiap rumah

    peneroka digalakkan mempunyai sekurang-kurangnya satu lubang sampah

    supaya sampah tersebut dapat ditimbus.vii. Mulai September 2007, Program Anugerah Keceriaan Kampung FELDA

    atau AKKF dilancarkan di semua 317 rancangan FELDA bertujuan menukar

    wajah perkampungan FELDA menjadi komuniti taman dan menjadikan

    warga peneroka komuniti contoh luar bandar.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    42/67

    DASAR-DASAR FELDA

    42

    PROGRAM KETERANGAN

    viii. Pelaksanaannya meliputi pengurusan kutipan sampah berjadual,

    pengurusan Majlis Tempatan FELDA dan pengindahan kawasan kampung

    secara berterusan. Program gotong- royong di kalangan ahli masyarakat

    turut diadakan sepanjang masa sebagai menyokong pelaksanaan dan

    keberkesanan program pelupusan sampah di tanah rancangan.

    ix. FELDA menyediakan sejumlah peruntukan kepada masyarakat rancangan

    untuk penyelenggaraan kawasan kampung termasuklah program

    mengindahkan kawasan kampung, menanam pokok-pokok hijauan, aktivitikebersihan, pelupusan sampah dan penyelenggaraan bangunan awam

    seperti masjid, balai raya dan lain-lain.

    x. FELDA memberi peruntukan berjumlah RM10.00 sepeneroka sebulan dan

    peneroka hanya membiayai sebanyak RM5.00 seorang. Berdasarkan

    bilangan peneroka seramai 112,635 orang, FELDA membiayai RM1.126 juta

    setiap bulan atau RM13.516 juta setahun.

    xi. Keseluruhan kos bagi peruntukan ini ialah RM1.689 juta sebulan atau

    RM20.274 juta setahun. Bagi mereka yang berniaga di kawasan perniagaanakan memberi sumbangan berjumlah RM10.00 seorang.

    xii. Bermula tahun 2008, FELDA memperkenalkan Anugerah Keceriaan

    Kampung FELDA (AKKF) yang menawarkan hadiah berjumlah RM1 juta.

    Asas pengiraan :

    Jumlah Bayaran x Jumlah Peneroka = Jumlah Bayaran Sebulan x 12 (jumlah

    bulan setahun) = Jumlah yang Perlu Dibayar Setahun

    Perkara Kadar Bayaran Sebulan Kadar BayaranSetahun Jumlah

    FELDA RM10 x 112, 635* RM1,126,350 x 12 RM13,516,200

    PENEROKA RM5 x 112, 635* RM563,175 x 12 RM6,758,100

    Jumlah Keseluruhan setahun yang perlu dibayar RM 20,274,300

    * Jumlah keseluruhan peneroka

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    43/67

    DASAR-DASAR FELDA

    43

    PROGRAM KETERANGAN

    Hak Milik dan

    PerwarisanHak Milik

    i. Sehingga Mac 2010, seramai 75,757 peneroka atau 67.26% telah dikurniakan

    suratan hak milik oleh Kerajaan Negeri dan terdapat seramai 36,878 peneroka

    atau 32.74% yang belum terima hak milik.

    ii. Mengikut perjanjian di antara FELDA dengan peneroka dan FELDA dengan

    Kerajaan Negeri, setiap peneroka akan dikurniakan suratan hak milik

    apabila telah menyempurnakan segala pinjaman dan cukai yang disatukan

    (CAC). FELDA akan mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri supaya

    peneroka dikurniakan hak milik setelah peneroka menyelesaikan Bayaran

    Kembali (BK) iaitu kos pembangunan yang didahulukan oleh FELDA dan

    bayaran CAC kepada Kerajaan Negeri.

    iii. Kos pembangunan ini adalah terdiri daripada kos penyediaan tapak rumah,

    pembinaan rumah, kos pembangunan tanah, pinjaman persendirian dan

    lain-lain.

    iv. Sebelum bayaran BK ini dijelaskan, FELDA menyiapkan kerja mengukur lot

    individu bagi setiap peneroka bagi kedua-dua kawasan kediaman dan

    pertanian.

    v. Setelah pelan ukur ini diperakui oleh Pihak Berkuasa Ukur, permohonan hak

    milik dikemukakan ke Pentadbir Tanah untuk tindakan selanjutnya.

    vi. Hak milik dikeluarkan kepada peneroka bagi kawasan kediaman dan

    pertanian mengikut pajakan 99 tahun serta sekatan kepentingan yang

    ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

    vii. Sehingga Mac 2010, sebanyak 13,264 permohonan telah dikemukakan

    kepada Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Daerah dan sehingga

    ini menunggu kelulusan.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    44/67

    DASAR-DASAR FELDA

    44

    PROGRAM KETERANGAN

    Pewarisan

    i. Sekiranya peneroka meninggal dunia, pengganti perlu dilantik dari kalangan

    warisnya. Pengganti peneroka perlu dilantik secara sah dari segi undang-

    undang yang ditentukan oleh Unit Pembahagian Pusaka Kecil 1955- Akta

    98.

    ii. Bagi mempercepatkan proses menamakan pengganti peneroka, warispeneroka yang telah meninggal dunia hendaklah segera mengemukakan

    permohonan pembahagian harta pusaka ke Unit Pembahagian Harta

    Pusaka Kecil, Pejabat Tanah Daerah yang berkenaan.

    iii. Persetujuan dan permufakatan di kalangan waris sangat penting bagi

    melantik pengganti dan mengelakkan sebarang kerumitan. Urusan

    pembahagian harta pusaka yang segera memudahkan waris dan FELDA

    mengendalikan urusan tadbiran di rancangan terutamanya dalam proses

    permohonan hak milik dan pengurusan kebun .

    DASAR PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

    Dasar

    Pendapatan

    Minimum

    i. Dasar pendapatan minima peneroka telah diperkenalkan sejak Mei 1988.

    Di bawah dasar ini peneroka tidak dikenakan apa-apa potongan yang

    berkaitan dengan kos pembangunan kebun sekiranya pendapatannya

    pada sesuatu bulan tidak mencapai paras yang ditetapkan, setelah ditolakkos operasi kebun mereka. Potongan kos pembangunan kebun yang

    dimaksudkan ialah BK (bayaran kembali hutang kos pembangunan kebun),

    CAC (cukai tahunan disatukan cukai tanah), TS (tabungan tanam semula

    sawit) dan UU (upah ukur).

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    45/67

    DASAR-DASAR FELDA

    45

    PROGRAM KETERANGAN

    ii. Kos operasi kebun pula meliputi urusan pengangkutan hasil BTS, bahan

    baja, kontrak membaja kebun, jalan pertanian dan insuran ladang.

    Sekiranya pendapatan mereka masih berbaki dan sekiranya mereka

    mempunyai hutang persendirian, ianya akan digunakan untuk membayar

    hutang persendirian mereka. Hutang persendirian ini ialah seperti hutang

    kedai kerana pengambilan barang keperluan harian di kedai Dmart, yuran

    asrama, tabungan kemasyarakatan kepada JKKR, caruman hariraya danpelaburan KPF.

    iii. Kadar pendapatan minima semasa mula diperkenalkan pada Mei 1988

    ialah RM350/peneroka/bulan bagi rancangan sawit dan

    RM250/peneroka/bulan bagi rancangan getah, bagi kawasan dengan

    keluasan 10 ekar. Manakala kadar pendapatan minima berjumlah

    RM600/peneroka sawit dan getah pula diperkenalkan pada Julai 2000

    sehinga Januari 2009. Mulai Februari 2009 kadar pendapatan minima

    yang ditetapkan ialah RM1,000/peneroka.

    Tahun 1988 Jaminan Pendapatan Minimum RM350Paras pendapatan ditetapkan di mana tambahan akandiberikan jika peneroka memperolehi pendapatan kurang dariparas RM350

    Tahun 2000 Pendapatan Minimum RM600Paras pendapatan ditetapkan RM600 di mana tiada potongandibuat jika peneroka memperolehi pendapatan kurangdaripada paras ini

    Tahun 2009 Pendapatan Minimum RM1,000Paras pendapatan ditetapkan RM1,000 sebulan mulaiFebruari 2009. Bantuan sara hidup tanam semuladilaksanakan mengikut kadar RM100 seekar hingga RM130seekar/sebulan.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    46/67

    DASAR-DASAR FELDA

    46

    PROGRAM KETERANGAN

    Carta Aliran Perkiraan Pendapatan

    A. HASIL KASARBerat hasil x harga(BTS RM/mt. dan getah RM/kg.)

    B. TOLAK KOS OPERASIi. Angkut BTS

    ii. Bahan Baja dan upah membajaiii. Jalan Pertanianiv. Insuran Ladang

    C. Sekiranya pendapatan lebih dariRM1,000 ditolak bayarankembali kos pembangunankebun

    i. BKii. CACiii. TSiv. UU

    Sumber pendapatan lain

    Selain daripada sumber pendapatan kebun, peneroka turut memperolehi

    sumber pendapatan lain seperti :-

    i. Insentif Produktiviti

    Bonus Insentif Produktiviti diperkenalkan mulai tahun 2004 sebagaigalakan kepada peneroka yang membawa hasil mereka melalui

    FELDA, setia bersama FELDA dan menyertai program bersama

    FELDA.

    D.1. Sekiranya pendapatankurang dari RM1,000selepas ditolak kosoperasi kebun, penerokahanya di potong hutangpersendirian.

    2. Sekiranya pendapatan

    lebih dari RM1,000bakinya selepasditolak perkara di C,digunakan untuk tolakhutang persendirian .

    i. Hutang Kedaiii. Yuran Asramaiii. JKKRiv. Caruman Hari Rayav. Pelaburan KPF

    E. BAKI TUNAI

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    47/67

    DASAR-DASAR FELDA

    47

    PROGRAM KETERANGAN

    Pemberian ini adalah sebagai penghargaan kepada peneroka yang

    turut memberi sumbangan terhadap kemajuan industri sawit negara

    dan sebagai insentif kepada peneroka supaya berusaha lebih gigih

    dalam meningkatkan produktiviti kebun.

    Bonus insentif ini adalah berupa wang tunai dan sijil saham Koperasi

    Permodalan FELDA Berhad (KPF). Mulai tahun 2008, peneroka

    diberikan bayaran bonus secara tunai di pejabat rancangan dan tiada

    bayaran dalam bentuk sijil saham KPF. Kadar insentif produktiviti

    adalah berdasarkan kuantiti penghantaran hasil melalui FELDA dalam

    tempoh tertentu yang ditetapkan.

    Sejak tahun 2004, jumlah insentif yang telah dibayar kepada

    peneroka adalah berjumlah RM717.09 juta seperti berikut:-

    Tahun Bil PenerokaBayaran Bonus Insentif

    Saham KPF(RM) Tunai (RM) Jumlah (RM)

    2004 86,318 43,159,000 72,991,500 116,150,500

    2005 77,882 33,492,000 63,599,100 97,091,100

    2006 90,880 40,381,500 77,514,300 117,895,800

    2007 90,322 42,826,200 103,562,000 146,388,200

    2008 84,581 - 144,441,000 144,441,000

    2009 90,296 - 95,127,600 95,127,600

    Jumlah 159,858,700 557,235,500 717,094,200

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    48/67

    DASAR-DASAR FELDA

    48

    PROGRAM KETERANGAN

    ii. Pemberian Hari Raya

    Pemberian wang Hari Raya atau dikenali sebagai duit raya kepada

    semua warga peneroka FELDA di seluruh negara mula diberi sejak

    tahun 2003.

    Tujuan pemberian ini antaranya adalah untuk membantu

    meringankan beban peneroka sebagai persiapan hari raya dan

    kelengkapan persekolahan anak-anak. Sejak tahun 2003 hingga 2009, FELDA memberi sumbangan Hari

    Raya ini pada kadar di antara RM200 hingga RM400/peneroka. Pada

    tahun 2009 pula, peneroka FELDA seramai 112,635 turut diberikan

    sumbangan Hari Raya berjumlah RM200 seorang (peneroka tidak

    bersama FELDA) dan RM400 seorang (peneroka bersama FELDA)

    dengan sumbangan keseluruhan berjumlah RM41.82 juta.

    Pemberian Hari Raya ini adalah bergantung kepada kedudukan

    kewangan FELDA.

    iii. Pelaburan dalam Koperasi Permodalan FELDA Berhad (KPF)

    KPF adalah sebuah badan pelaburan peneroka yang menjalankan

    kegiatan pelaburan dan kewangan. KPF menguasai 51% pemilikan

    dalam FELDA Global Ventures (FGV) dan segala keuntungan

    dipulangkan kepada peneroka dalam bentuk dividen.

    FELDA menggalakkan peneroka membuat tabungan penyimpanan

    di dalam KPF dengan memberi sijil saham percuma di peringkat awal

    dan menyediakan kemudahan pembiayaan melalui Skim Pinjaman

    Koperasi Permodalan FELDA (KPF).

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    49/67

    DASAR-DASAR FELDA

    49

    PROGRAM KETERANGAN

    Pinjaman ini berkuat kuasa mulai 3 Oktober 2005 diwujudkan bagi

    meningkatkan tabungan dan penglibatan peneroka dalam aktiviti

    perniagaan syarikat FELDA melalui pegangan ekuiti.

    Sehingga Februari 2010, seramai 75,681 peneroka telah mendapat

    kemudahan pinjaman KPF (RM10,000) yang diberi secara

    berperingkat (RM1,000/seorang), dan 44,125 orang telah menerima

    RM1,000 kedua dengan jumlah peruntukan sebanyak RM120 juta. Pada masa ini KPF mempunyai ahli seramai 207,901 terdiri daripada

    peneroka dan generasi baru, pertubuhan peneroka serta kakitangan

    dengan jumlah saham sebanyak RM1.423 billion.

    Pendapatan dari aktiviti non-farm

    i. Skim Insentif Usahawan FELDA (SIUF)

    Peneroka turut memperolehi pendapatan melalui pelbagai aktiviti

    non- farm yang dijalankan di tanah rancangan. Bagi membantu

    peneroka terlibat di dalam aktiviti non-farm ini, FELDA turut

    menyediakan dana pusingan yang dinamakan Skim Insentif

    Usahawan FELDA (SIUF). Skim ini mula diwujudkan pada tahun

    2002 dengan tabung pusingan RM50 juta. Pada tahun 2006, dana ini

    ditambah RM50 juta menjadikan keseluruhannya RM100 juta.

    Skim ini bertujuan untuk membantu peneroka terlibat di dalam

    pelbagai projek yang dijalankan di dalam rancangan yang antaranya:

    o Ternakan o Tanaman

    o Perusahaan o Akuakultur

    o Perniagaan o Kraf

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    50/67

    DASAR-DASAR FELDA

    50

    PROGRAM KETERANGAN

    Berikut adalah pecahan bilangan pengusaha yang mengusahakan

    pelbagai kategori projek :-

    Kategori ProjekPengusaha

    Terlibat

    Peratus

    (%)

    Perkhidmatan 10,877 30.1

    Perniagaan 9,233 25.5

    Ternakan 8,852 24.5

    Tanaman 2,619 7.2

    Kraf 1,775 4.9

    Perusahaan 1,628 4.5

    Akuakultur 1,195 3.3

    JUMLAH 36,179 100

    Sehingga Mac 2010, sejumlah RM86.18 juta telah diluluskan kepada

    5,609 warga peneroka bagi melaksanakan pelbagai projek ekonomi

    di dalam rancangan.

    Pemohon yang layak mendapat bantuan skim ini ialah:

    o Peneroka rancangan

    o Gerakan Persatuan Wanita (GPW)

    o Kumpulan peneroka di bawah projek berkumpulan

    o Kumpulan belia di bawah projek berkumpulan

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    51/67

    DASAR-DASAR FELDA

    51

    PROGRAM KETERANGAN

    Bentuk bantuan

    o Diberikan dalam bentuk peralatan dan input projek

    untuk membiayai kos modal. Pembelian dibuat oleh

    FELDA mengikut peraturan pembelian sedia ada.

    o Bagi projek yang berjaya, pinjaman yang diberikan

    boleh dipertimbangkan untuk ditukar kepada geran.

    Pertimbangan boleh diberi jika peminjam membuat

    bayaran kembali dengan baik dan dijelaskan separuh

    (50%) daripada jumlah pinjaman

    o Kejayaan projek diukur berdasarkan kepada

    pengurusan, pulangan, prestasi dan potensi projek

    yang dijalankan

    Kaedah atau cara bayaran balik dibuat mengikut jenis projek. Projek

    dibahagi kepada 4 kategori iaitu tanaman, ternakan, industri hiliran

    dan perniagaan. Setiap kategori ditentukan jadual pembayaran

    sendiri dengan tempoh maksimum 60 bulan.

    Melalui insentif dan kemudahan yang disediakan oleh FELDA,

    seramai 36,179 usahawan telah dapat diwujudkan. Kegiatan

    usahawan ini telah menjana pendapatan tambahan purata

    RM2,061/seorang sebulan.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    52/67

    DASAR-DASAR FELDA

    52

    PROGRAM KETERANGAN

    Perumahan

    Warga FELDA

    (PWF)

    i. Konsep dan Dasar

    PWF dilaksanakan sebagai usaha memenuhi permintaan anak-

    anak peneroka yang tinggal di rancangan dan memerlukan rumah

    kediaman.

    Perumahan moden yang lebih teratur serta kemudahan infrastruktur

    yang lebih baik merupakan konsep utama bagi projek perumahan

    warga FELDA. Projek PWF ini menekankan aspek mampu milik di samping dapat

    memberi keselesaan hidup generasi peneroka.

    Pemilihan rancangan yang akan dibangunkan dengan projek PWF

    ini bergantung kepada keperluan dan juga permintaan terhadap

    rumah yang akan dibuat.

    PWF dilaksanakan dengan persetujuan Kerajaan Negeri berkenaan

    dan setelah mendapat kelulusan pembatalan GSA bagi kawasan

    terlibat oleh Y.A.B Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA.

    Projek ini juga bertujuan membangunkan perkampungan FELDA

    secara teratur dan tersusun.

    Dalam melaksanakan projek perumahan ini, FELDA mengambil kira

    keluasan tanah yang sesuai untuk projek perumahan. Kawasan

    yang sesuai ialah sekurang-kurangnya 30 ekar bagi menampung

    jualan unit rumah dan kos infrastruktur yang lazimnya terpaksa

    ditanggung oleh FELDA.

    Pangsapuri sebagai alternatif kepada konsep pembangunan PWF

    akan diguna pakai untuk projek-projek baru PWF di mana sesuai.

    Pembinaan pangsapuri boleh memberi penjimatan di mana lebih

    banyak unit rumah dapat dibina dengan keluasan lantai yang lebih

    besar dan kos pemulihan jika ada dapat dielakkan.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    53/67

    DASAR-DASAR FELDA

    53

    PROGRAM KETERANGAN

    ii. Objektif penubuhan PWF

    Memajukan tanah kosong yang sesuai dan telah diberi milik kepada

    FELDA supaya usaha-usaha mempertingkatkan kualiti hidup

    masyarakat rancangan lebih berkesan.

    Memastikan anak-anak peneroka yang tergolong dalam kumpulan

    berpendapatan rendah berpeluang memiliki rumah kediaman

    dengan kualiti yang terjamin. Memberi peluang kepada anak-anak peneroka untuk terus menetap

    di rancangan dan membantu pertumbuhan dan kegiatan ekonomi di

    rancangan.

    Membantu mengukuhkan Institusi Keluarga peneroka.

    Membantu usaha Kerajaan mempercepatkan pembangunan

    perumahan di luar bandar.

    iii. Pembiayaan Projek

    Bagi merealisasikan objektif PWF, FELDA menyediakan peruntukan

    secukupnya untuk penyediaan infrastruktur dan pembinaan rumah.

    Walaupun projek ini dijual kepada warga FELDA, hasil daripada

    jualan tidak dapat menampung kos projek kerana FELDA terikat

    dengan harga jualan yang dikawal. Perbezaan di antara kos

    pembangunan dan jualan terpaksa ditanggung oleh FELDA.

    Selain itu perlaksanaan projek-projek ini bergantung pada

    kemampuan dan kedudukan kewangan FELDA.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    54/67

    DASAR-DASAR FELDA

    54

    PROGRAM KETERANGAN

    iv. Komponen dan Spesifikasi Rumah

    Komponen utama pembangunan terdiri daripada bangunan rumah

    dan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, perparitan, sistem

    pembetungan, bekalan air & elektrik domestik, tangki air, sub-

    stesen TNB, telefon, tiang-tiang elektrik, kawasan lapang, kolam

    takungan dan landskap

    Bil Butiran Rumah

    Kos Rendah (3 Bilik)

    Rumah Kos Sederhana Rendah (3 Bilik)

    1. Saiz lot 22 x 60 22 x 702. Luas Binaan (kps) 700 7803. Struktur Rangka konkrit bertetulang Rangka konkrit bertetulang

    4. Dinding Batu simen/ Konkrit panel Batu simen/ Konkrit panel

    5. Kemasan DindingLepaan simen kecualidapur & bilik air/tandasberjubin seramik 5 T

    Lepaan simen kecualidapur, bilik air 1 & 2 berjubin

    seramik 5 T

    6. Kemasan Lantai Lepaan simen kecuali dapur & bilik air berjubin seramikJubin seramik

    kecuali bilik tidur 7. Atap Bumbung Genting konkrit Genting konkrit8. Siling Kepingan simen fiber Kepingan simen fiber

    9. Bilik Mandi Tandas & bilik air berasingan 2 bilik air termasuk Bilik Utama

    10 Harga RM35,000/RM42,000 RM60,000/75,000

    v. Pembiayaan Bagi Pembelian Rumah Pembelian rumah di bawah projek PWF ini boleh dibuat melalui tiga

    kaedah-kaedah berikut:

    a) Pembelian Secara Tunai :

    Bagi mereka yang mempunyai kemampuan untuk berbuat

    demikian.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    55/67

    DASAR-DASAR FELDA

    55

    PROGRAM KETERANGAN

    b) Pinjaman Perumahan:

    Pinjaman Kerajaan dan juga institusi kewangan seperti

    bank bagi mereka yang berkelayakan.

    c) Pembelian Secara Sewa Beli:

    Bagi mereka yang menghadapi masalah untuk

    mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan kerana

    gagal memenuhi syarat-syarat pinjaman institusi kewangan. Syarat pembiayaan Pembelian Secara Sewa Beli RKR dan RKSR

    adalah seperti berikut:-

    a) Pemohon perlu mendapatkan persetujuan daripada bapa(peneroka) atau ibu (penerokawati).

    b) Kutipan bayaran balik dilaksanakan melalui potongan hasilladang (pay-sheet) bapa (peneroka) atau ibu(penerokawati).

    c) Pemohon akan dikenakan caj pentadbiran sebanyak 4%

    setahun mengikut baki bulanan.

    d) Tempoh masa pinjaman adalah tidak lebih daripada 20

    tahun.

    e) Penjamin diperlukan daripada kalangan ahli keluarga

    pemohon.

    f) Pemohon perlu menyediakan bayaran untuk yuran guaman.

    g) Had pinjaman adalah RM35,000 bagi RKR dan RM57,000

    bagi RKSR.

    h) Perjanjian sewa beli ditandatangani oleh pembeli dan

    FELDA.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    56/67

    DASAR-DASAR FELDA

    56

    PROGRAM KETERANGAN

    vi. Projek PWF Yang Telah Siap Dilaksanakan Sehingga ini, empat projek PWF seperti berikut yang menyediakan

    kemudahan perumahan kepada generasi peneroka telahdilaksanakan:-

    Bil. PWF Kos

    Projek(RM)

    Tahun Pembinaan

    Jenis Rumah Jualan(%) RKR RKSR Jumlah

    1 Bukit Goh Perdana, Kuantan 15,050,000 2003/07 138 339 477 100

    2 Taman Mempaga Utama,Bentong 8,576,316 2004/06 47 161 208 100

    3 Lepar Hilir Saujana, Kuantan 11,387,000 2004/07 192 58 250 100

    4 Desa Keratong Indah,Muadzam 19,750,000 2004/08 214 208 422 100

    JUMLAH 54,763,316 591 766 1,357*Nota: RKR - Rumah Kos Rendah RKSR - Rumah Kos Sederhana Rendah

    vii. Projek Baru PWF

    Berdasarkan kepada maklum balas yang di terima, permintaan

    rumah di kalangan warga FELDA yang semakin meningkat, pada

    tahun 2010 FELDA merancang melaksanakan tujuh (7) lagi projek

    baru PWF:-

    No. Lokasi Komponen \Bilangan HargaJualan(RM)

    Anggaran KosPembangunan

    (RM Juta) Status

    1 Pasak, Johor Pakej 1 RKSR 22'x70' - 339 75,000 40.13

    Telah MulaPakej 2 RKR 20' x 65' - 423 42,000Kedai 18' x 65' - 11 85,000 31.80

    2 Jengka 19 , Pahang RKR 20' x 65' - 186 35,000 Telah MulaRKSR 22'x70' - 83 60,000 19.13

    3 Triang 3 , Pahang RKR 22' x 60' - 192 35,000Telah MulaRKSR 22'x70' - 112 60,000

    Kedai 18' x 65' 4 85,000 27.71

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    57/67

    DASAR-DASAR FELDA

    57

    PROGRAM KETERANGAN

    Projek perumahan baru ini dibangunkan sebagai salah satu usaha

    bagi menggalakkan penyertaan warga FELDA melibatkan diri dalam

    kerja-kerja ladang bagi mengatasi masalah pergantungan kepada

    buruh asing dengan kadar upah dan insentif yang menarik. Dengan

    pemilikan rumah di bawah projek ini diharap belia-belia ladang

    dapat ini memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerja-kerja

    ladang dan tenaga kerja ini dapat dikekalkan.

    viii. Projek Baru PWF Di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi

    Kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM100.00 juta

    untuk projek perumahan dalam tempoh dua tahun iaitu bagi tahun

    2009 dan 2010. Berdasarkan kepada kelulusan tersebut dan

    perancangan asal FELDA, projek-projek berikut didapati sesuai

    dilaksanakan di bawah pakej ini:-

    4 Jengka 11 , Pahang RKR 22' x 60' - 105 35,000Proses

    KelulusanTapakRKSR 22'x70' - 23 60,000

    Kedai 18' x 65' 4 85,000 19.105 Chiku 5 , Kelantan RKR 22' x 60' - 277 35,000 Proses

    KelulusanTapak

    RKSR 22'x70' - 121 60,000Kedai 18' x 65' 4 85,000 33.80

    6 Neram 1 , Terengganu RKR 22' x 60' 111 35,000 ProsesKelulusan

    TapakRKSR 22'x70' - 28 60,000Kedai 18' x 65' 4 85,000 14.80

    7 Chini 3 , Pahang RKR 22' x 60' - 437 35,000 ProsesKelulusan

    TapakRKSR 22' x 70' - 187 60,000Kedai 18' x 65' - 8 85,000 48.40

    JumlahRKR - 1,731

    1,197,000 234.87RKSR - 893Kedai - 35Jumlah Unit 2,659

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    58/67

    DASAR-DASAR FELDA

    58

    PROGRAM KETERANGAN

    Bil. Projek PWF Luas(ekar)

    KosPembangunan

    (RM)

    Jenis Rumah Jumlah RKR RKSR

    1. Pasak Pakej 1 41.94 40,133,732 - 339 339

    2. Pasak Pakej 2 43.45 31,802,240 423 - 423

    3. Jengka 19 36.89 19,132,930 186 83 269

    4. Triang 3 26.90 27,708,938 169 126 295

    JUMLAH 118,777,840 778 548 1,326

    Perbezaan RM18.77 juta di antara Kos Pembangunan (RM118.77 juta) dan pembiayaan Kerajaan melalui Pakej Rangsangan(RM100.00 juta) akan dibiayai oleh FELDA.

    ix. Cadangan Projek Akan Datang FELDA sedang meneliti keperluan dan permintaan daripada warga

    FELDA di kawasan-kawasan lain antaranya di :-

    a) Fasa Kedua FELDAjaya Raja Alias, Jempol, Negeri

    Sembilan,

    b) FELDA Sungai Sibol, Kota Tinggi Johor,

    c) FELDA Trolak Selatan, Batang Padang, Perak

    d) FELDA Chuping, Perlis

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    59/67

    DASAR-DASAR FELDA

    59

    PROGRAM KETERANGAN

    Aktiviti Hiliran

    FELDA Global

    Ventures

    Holdings Sdn.

    Bhd.

    i. FELDA Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (FGVH) telah ditubuhkan pada

    19 Disember 2007 bertujuan menguruskan pelaburan FELDA di luar negara

    dan melancarkan urusan pentadbiran, operasi serta pematuhan kepada

    keperluan perundangan.

    ii. Di samping itu juga, FGVH ditubuhkan untuk mengurangkan pendedahan

    FELDA terhadap sebarang risiko tuntutan perundangan dengan

    memberikan satu lapisan perlindungan tambahan daripada terdedah kepadaliabiliti perundangan secara langsung.

    iii. Sehingga 31 Disember 2009, FGVH mempunyai tiga buah syarikat

    subsidiari yang menguruskan pelaburan-pelaburan FELDA di luar negara.

    FELDA Global Ventures North America merupakan syarikat subsidiari yang

    memantau operasi Syarikat Twin Rivers Technology (TRT) di Amerika Utara

    yang terlibat di dalam pemprosesan fatty acids di Quincy, Massechussets

    dan projek di Quebec yang memproses oil seed crushing dan penapisan

    minyak sayuran di Becancour, Quebec.iv. FELDA Global Ventures Indonesia Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat

    yang menguruskan pelaburan FELDA di dalam pembukaan tanah di

    Kalimantan Timur, Indonesia bagi penanaman kelapa sawit. Pengurusan

    apartment serta foodcourt di Arab Saudi dikawal selia oleh FELDA Global

    Ventures Middle East.

    v. Pelaburan di luar negara yang sedang dilaksanakan oleh FELDA

    merupakan pelaburan jangka panjang. FELDA mensasarkan pulangan

    daripada pelaburan yang dilaksanakan adalah sebanyak 30 peratusdaripada jumlah keseluruhan pendapatan iaitu jangkaan perolehan pada

    tahun ke lima operasi pada tahun 2011.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    60/67

    DASAR-DASAR FELDA

    60

    PEMBANGUNAN INSTITUSI/BADAN-BADAN PENEROKA

    i. Badan peneroka turut memainkan peranan yang penting dalam pengurusan

    rancangan. Di antaranya ialah Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR),

    Gerakan Persatuan Wanita (GPW), Persatuan Belia dan lain-lain.

    ii. Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) merupakan badan mesyuarat

    tertinggi peneroka JKKR membantu pentadbiran FELDA dalam menangani isu

    dan permasalahan setempat. JKKR turut berperanan memupuk dan

    mengekalkan semangat kekal mesra di kalangan peneroka, peneroka dengan

    FELDA dan agensi luar.

    iii. Keahlian JKKR terdiri dari ketua-ketua blok lelaki, ketua penerokawati dan wakil-

    wakil pertubuhan dalam rancangan dan diketuai oleh Pengurus selaku Pengerusi

    JKKR dan seorang ketua peneroka sebagai Timbalan Pengerusi JKKR.

    Pemilihan ketua-ketua blok dibuat tiga (3) tahun sekali secara musyawarah.

    iv. Gerakan Persatuan Wanita (GPW) ditubuhkan bagi menyelaraskan segala

    aktiviti kaum wanita di rancangan. Jawatankuasa GPW terdiri dari ketua-ketua

    blok wanita yang melantik seorang ketua penerokawati dipanggil Pengerusi

    GPW.

    v. Gabungan JKKR & GPW merupakan majlis tertinggi bagi peneroka dan

    penerokawati di peringkat wilayah bagi merancang program di satu kawasan

    dengan lebih berkesan. Gabungan JKKR dan GPW akan melantik seorang

    Timbalan Pengerusi JKKR Gabungan dan Pengerusi GPW Gabungan.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    61/67

    DASAR-DASAR FELDA

    61

    vi. Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKKP) merupakan badan perhubungan danperundingan di peringkat nasional yang terdiri daripada pengurusan tertinggi

    FELDA dan ketua-ketua peneroka/penerokawati serta pemimpin belia. JKKP

    akan bermesyuarat setiap suku tahun atau mengikut keperluan bagi

    membincang dasar, hala tuju dan program pembangunan peneroka di tanah

    rancangan. Kemuncak dari penglibatan dan peranan peneroka ialah lantikan ahli

    JKPP di dalam Lembaga FELDA dan syarikat Kumpulan FELDA yang membuat

    keputusan polisi dan dasar FELDA.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    62/67

    DASAR-DASAR FELDA

    62

    RINGKASAN PERUNTUKAN

    Sehingga 31 Disember 2009, sejumlah RM10.4 bilion telah dibelanjakan bagi

    perbelanjaan pembangunan rancangan, perbelanjaan infrastruktur, perbelanjaan

    tanam semula kebun peneroka, pembiayaan sosio ekonomi, perbelanjaan asset

    tetap dan lain-lain.

    Peruntukan berjumlah RM5.433 juta telah disediakan untuk naik taraf danpembaikan masjid, surau, taska dan sekolah agama dan lain-lain.

    Sebanyak 65 buah dewan baru jenis A dan B dibina di kawasan rancangan

    mulai tahun 2005 dengan kos RM37.01 juta.

    Sebanyak 17 buah kompleks sukan yang mengandungi gelanggang pelbagai

    permainan telah dibina dengan kos dengan RM39.24 juta.

    Peruntukan berjumlah RM188.8 juta telah dibelanjakan untuk memberi latihan

    kemahiran dan kursus kepada generasi baru. Sejumlah RM9.85 juta disediakan

    bagi tahun 2010. Di samping itu, peruntukan berjumlah RM11.8 juta disediakan

    bagi Skim Tuisyen FELDA (STF) bagi tahun 2010.

    Peruntukan RM317 ribu disediakan pada tahun 2010 bagi menyiapkan kerja

    pemasangan 5,000 tiang lampu bagi kawasan awam perkampungan FELDA.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    63/67

    DASAR-DASAR FELDA

    63

    Pembinaan Maktab Rendah Sains Mara FELDA di Trolak, Perak, yang terbesar dan termoden dengan kos RM123 juta adalah untuk kemudahan generasi baru

    FELDA mendapat pendidikan yang sempurna dan dijangka siap akhir tahun

    2009. Peruntukan tahunan berjumlah RM10 juta disediakan bagi membiayai

    pendidikan generasi baru yang tinggal di 3 buah asrama FELDA di Kuantan,

    Johor Bahru dan Kuala Lumpur serta Maktab Rendah Sains MARA FELDA.

    Peruntukan berjumlah RM600 ribu disediakan bagi menjayakan projek EdibleGarden di tanah rancangan FELDA.

    Peruntukan berjumlah RM15 juta disediakan setahun bagi program mengindah

    dan menceriakan perkampungan FELDA.

    Peruntukan berjumlah RM155 juta disediakan bagi bayaran bonus insentif

    produktiviti, wang hari raya, skim insurans berkelompok dan tabung kebajikan

    kepada peneroka seluruh Negara.

    Peruntukan berjumlah RM34.42 juta adalah dikhaskan pada tahun 2010 untuk

    kepimpinan peneroka/belia, peruntukan kepada pertubuhan peneroka

    (JKKR/GPW), Anugerah Belia dan program generasi baru.

    Peruntukan RM12.5 juta disediakan dalam tahun 2010 untuk program Hadiah

    Biasiswa Pelajar Cemerlang untuk ditawarkan kepada pelajar generasi barumelanjutkan pelajaran dalam bidang professional di university terkenal luar

    negara.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    64/67

    DASAR-DASAR FELDA

    64

    Peruntukan berjumlah RM7 juta disediakan bagi menjalankan projek pertaniandan penternakan sebagai printis dan model untuk dikembangkan dan

    dilaksanakan secara komersial oleh peneroka seluruh negara. Di antara projek

    perintis yang dijalankan ialah lembu fidlot, kambing boer, pembiakan lembu,

    burung walet, tanaman vanilla, betik, pisang, jagung nelson, serai peha ayam,

    nangka madu, OPF dan lain-lain.

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    65/67

    DASAR-DASAR FELDA

    65

    MAKLUMAT ASAS

    i. Kakitangan Kumpulan FELDA

    Bilangan %

    FELDA 3,081 13.4

    Kumpulan Syarikat 19,949 86.6

    Jumlah 23,030 100.0

    ii. Kawasan Dimajukan

    Jenis Tanaman2010 2009

    Luas(Hektar)

    %Tanaman

    %Kawasan

    Luas(Hektar)

    %Tanaman

    %Kawasan

    Sawit 723,394 89.2 84.8 722,946 89.1 84.7

    Getah 85,375 10.5 10.0 84,496 10.4 9.9

    Tebu 0 0 0 879 0.1 0.1

    Lain-Lain 2,371 0.3 0.3 2,819 0.3 0.3

    Jumlah Tanaman 811,140 100.0 95.1 811,140 100.0 95.1

    Penempatan Peneroka 42,173 4.9 42,173 4.9

    Jumlah Kawasan 853,313 100.0 853,313 100.0

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    66/67

    DASAR-DASAR FELDA

    66

    iii. Luas Kawasan Berpeneroka/Kawasan FELDA

    Jenis Tanaman Kawasan Berpeneroka(Hektar)

    Kawasan LadangFELDA(Hektar)

    Sawit 397,600 325,346

    Getah 82,165 2,331

    Tebu - 879

    Lain-lain - 2,819

    Jumlah Kawasan Tanaman 479,765 331,375

    Penempatan Peneroka 42,173 -

    Jumlah Kawasan 521,938 331,375

    iv. Pembangunan Tanah Mengikut Negeri

    Negeri

    Bil.

    Rancangan/Projek

    Luas Kawasan (Hektar)

    TanamanKampung Jumlah Besar

    Sawit Getah Lain-Lain Jumlah

    Pahang 169 293,977 9,117 1,512 304,606 14,539 319,145

    Johor 89 136,678 8,729 41 145,448 9,391 154,839

    Sabah 64 119,560 - 205 119,765 2,269 122,034

    Negeri Sembilan 53 52,669 31,722 40 84,431 5,885 90,316

    Terengganu 30 42,771 2,090 - 44,861 3,492 48,353

    Kelantan 25 40,587 432 - 41,019 2,396 43,415

    Perak 22 24,527 10,815 40 35,382 2,487 37,869

    Kedah 12 560 13,834 - 14,394 858 15,252

    Sarawak 5 7,680 - - 7,680 0 7,680

    Melaka 4 1,847 3,619 - 5,466 320 5,786

    Perlis 3 22 4,821 533 5,376 445 5,821

    Selangor 4 2,516 196 - 2,712 91 2,803

    Jumlah : 480 723,394 85,375 2,371 811,140 42,173 853,313

  • 7/27/2019 Dasar Felda

    67/67

    DASAR-DASAR FELDA

    v. Bilangan Peneroka Mengikut Negeri

    Bil. Negeri BilanganRancangan Sawit Getah Jumlah

    1 Pahang 115 40,500 2,623 43,123

    2 Johor 73 24,483 3,158 27,641

    3 Negeri Sembilan 49 6,846 9,583 16,429

    4 Terengganu 21 7,133 330 7,463

    5 Perak 17 4,154 1,760 5,914

    6 Kedah 10 108 3,077 3,185

    7 Kelantan 11 3,115 0 3,115

    8 Selangor 4 1,722 207 1,929

    9 Sabah 9 1,649 0 1,649

    10 Melaka 5 801 529 1,330

    11 Perlis 3 0 857 857

    Jumlah 317 90,511 22,124 112,635

    vi. Pengurniaan Hak Milik

    Bil. Negeri BilanganRancanganBilanganPeneroka

    Status Hak Milik

    Terima Hak Milik Belum Terima Hak Milik

    1 Pahang 115 43,123 33,504 9,619

    2 Johor 73 27,641 18,256 9,385

    3 Negeri Sembilan 49 16,429 9,948 6,481

    4 Terengganu 21 7,463 4,225 3,238

    5 Perak 17 5,914 4,128 1,786

    6 Kedah 10 3,185 1,957 1,228

    7 Kelantan 11 3,115 627 2,488

    8 Selangor 4 1,929 1,782 1479 Sabah 9 1,649 - 1,647