ifolio.ukm.my · web viewselain menyunting video subprogram “selera 1 malaysia” dan “sukan...

11
KURSUS HHHC 9701 KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN PENSYARAH: PROF. MADYA DR. SITI BALKIS BT. BUDIN Nama Pelajar : Gee Shuk Huey No. Matrik : A144564 Fakulti : Fakulti Sains Kesihatan Program/Tahun Pengajian : Fisioterapi/Tahun 1 (Sesi 2013/2014) PROJEK YANG DISERTAI: 1) Nama Projek : Karnival Keusahawanan Sesi 2013/2014 Kelab Usahawan Kolej Tun Syed Nasir UKM 2) Kod Projek mengikut kod kelulusan JPPel: DN00687/2013 3) Jawatan/Peranan yang disandang : AJK Induk/EXCO Publisiti 4) Tarikh Mula Projek : 30 September 2013 5) Tarikh Tamat Projek : 16 Disember 2013 6) Ketua Projek : Noor Diana Binti Mohamad Radzi (019-3869505)

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KURSUS HHHC 9701

Kemahiran Pengurusan dan keusahawanan

PENSYARAH:

Prof. Madya Dr. SITI BALKIS BT. BUDIN

Nama Pelajar: Gee Shuk Huey

No. Matrik: A144564

Fakulti: Fakulti Sains Kesihatan

Program/Tahun Pengajian : Fisioterapi/Tahun 1 (Sesi 2013/2014)

PROJEK YANG DISERTAI:

1) Nama Projek: Karnival Keusahawanan Sesi 2013/2014

Kelab Usahawan Kolej Tun Syed Nasir UKM

2) Kod Projek mengikut kod kelulusan JPPel: DN00687/2013

3) Jawatan/Peranan yang disandang: AJK Induk/EXCO Publisiti

4) Tarikh Mula Projek: 30 September 2013

5) Tarikh Tamat Projek: 16 Disember 2013

6) Ketua Projek: Noor Diana Binti Mohamad Radzi (019-3869505)

7) Penasihat Projek : Pn.Roslizawati Binti Nawawi (013-9214647)

BUKTI:

· LAMPIRAN 1 KERTAS KERJA KARNIVAL KEUSAHAWANAN

· LAMPIRAN 2 SURAT KELULUSAN JPPEL

· LAMPIRAN 3 CARTA ALIR PERJALANAN KARNIVAL KEUSAHAWANAN

· LAMPIRAN 4 CARTA GANTT KARNIVAL KEUSAHAWANAN

· LAMPIRAN 5 VIDEO PENJUALAN BELON & Pengedaran flyers

· LAMPIRAN 6 POST MORTEM PUBLISITI INDUK

Perancangan projek

PROSES Perancangan projek :

Saya telah melibatkan diri dalam perbincangan tentative/aturcara projek (dilampirkan dalam kertas kerja projek ) bersama-sama AJK Induk dan Exco Karnival Keusahawanan yang lain. Dalam proses menghasilkan kertas kerja projek ( rujuk Lampiran1 ), menghantar kertas kerja kepada pihak JPPel,permohonan kod JPPel,dan menunggu perlulusan projek (rujuk Lampiran 2) daripada pihak JPPel, saya juga menyiapkan carta aliran perjalanan projek ( rujuk Lampiran 3 ) dan carta gantt ( rujuk Lampiran 4) selepas berbincang dengan AJK Induk terutamanya Bahagian Publisiti.

Saya sedang berbincang dengan AJK induk publisiti tentang tentatif projek dan reka cipta banner dan logo.

Selain itu, saya juga terlibat dalam perancangan tentatif program Karnival Keusahawanan serta perekaan banner , flyers dan logo untuk Karnival Keusahawanan. Kami turut merekakan kad jemputan untuk diedarkan semasa program berlangsung. Berikut merupakan hasil rekaan kami:

Logo Karnival Keusahawanan

Kad Jemputan Karnival Keusahawanan

Banner Karnival keusahawanan

Selepas menghasilkan flyers dan mencetakkannya, kami AJK publisiti saling membantu untuk mengedarkan flyers di sekeliling kolej dan menampalkan poster di setiap blok. Teknik pengedaran flyers amatlah penting dalam pengurusan keusahawanan kerana publisiti dan pemasaran secara efektif dan efisien sebagai promosi program merupakan tunjang kejayaan sesuatu program .Oleh itu, kami telah mengadakan beberapa perjumpaan untuk membincangkan langkah-langkah strategik bagi mempromosikan program ini.Atas sumbangan idea yang bernas secara aktif dan kerjasama semua AJK publisiti, kami telah berjaya mempromosikan program ini dengan cara seperti berikut :

· Menampal poster, banner dan bunting di tempat orang ramai yang sesuai di sekeliling kolej, fakulti, dan kampus.

· Mencetak notis kecil dan menampalkan pada papan notis di depan setiap pintu bilik kolej.

· Melalui laman sosial seperti Facebook,Yahoo,Twitter.

· Melalui laman sesawang UKM dan papan iklan digital kampus UKM KL.

· Melalui media elektronik seperti stesen radio komersial, media cetak seperti akhbar tempatan dan melalui blog rasmi karnival yang dikendalikan oleh jawatankuasa Karnival Usahawan III.

· Menyunting video promosi untuk dimuatnaik di laman sesawang.

Saya ditugaskan untuk menampalkan poster Karnival Keusahawanan di papan notis setiap tingkat Blok J dan H.

Pelaksanaan projek

Karnival Keusahawanan 2013/2014 merupakan satu program mega bagi Kelab Usahawan KTSN UKM yang dijalankan pada setiap tahun. Program ini telah banyak membantu saya mempraktikkan ilmu dan pengalaman berkaitan perniagaan dan menyediakan landasan untuk saya untuk menceburi aktiviti keusahawanan. Dalam menyertai Karnival Keusahawanan Sesi 2013/2014 anjuran Kelab Usahawan Kolej Tun Syed Nasir UKM, saya telah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh karnival, seperti mereka cipta banner ,logo dan flyers program, mempromosikan program dengan pengedaran flyers, menangkap gambar dan menyunting video beberapa subprogram untuk kegunaan publisiti. Saya turut melibatkan diri dalam aktiviti penjualan belon pada 8/12/13 di bawah subprogram Karnival Titiwangsa.

Saya sedang menyunting video untuk digunakan semasa majlis perasmian Karnival Keusahawanan dengan memasukkan aktiviti menarik setiap subprogram seperti:

· Karnival Titiwangsa

· Entrepeuneur Inside

· Selera 1 Malaysia

· Sukan Ragbi Sentuh

· Seminar Final Destination

Saya dan rakan sedang mengumpul dan mengemaskinikan gambar karnival Keusahawanan.

Selain menyunting video subprogram “Selera 1 Malaysia” dan “Sukan Ragbi Sentuh” untuk kegunaan publisiti, saya turut terlibat dalam penjualan belon bersama rakan sekumpulan saya , Hui Shan di sekeliling Tasik Titiwangsa pada 8/12/13. Sementara penjualan belon dijalankan, kami juga mengedarkan flyers kepada orang ramai untuk menarik mereka mengunjungi Tanjung Titiwangsa di mana Karnival Titiwangsa diadakan. Kami telah mengaplikasikan ilmu keusahawanan dalam penjualan belon,seperti:

Teknik yang digunakan semasa penjualan belon

Saya telah berjaya mempraktikkan ilmu keusahawanan dalam penjualan belon dan belajar teknik untuk menarik perhatian pelanggan .

( rujuk Lampiran 5 - Video penjualan belon dan pengedaran flyers )

Sepanjang penjualan belon, kami juga mengalami beberapa masalah. Antaranya ialah hujan yang menyebabkan pengunjung Tasik Titiwangsa ke gerai menjual belon semakin berkurangan. Selepas berbincang dengan rakan, akhirnya kami bercadang untuk berjalan sambil menjual belon di sekitar tasik. Walaupun cuaca tidak diizinkan, atas kerjasama dan saling membantu dengan rakan, kami sambil berpayung dan berjaya menjual belon sebanyak RM 65.

Harga belon ditunjukkan dengan jelas di atas kad manila.

Saya membuat persediaan sebelum menjual belon dengan mengepamkan udara ke dalam belon.

Refleksi diri:

Secara ringkasnya , setelah menyertai Karnival Keusahawanan, saya telah banyak mempelajari ilmu baru dan pelbagai kemahiran pengurusan dan keusahawanan. Program ini telah memberi peluang kepada saya untuk memupuk minat dan mengasah bakat saya dalam bidang keusahawanan menerusi program-program yang dikendalikan. Saya juga dapat belajar pendidikan keusahawanan dan pengurusan kewangan yang bijak serta asas memulakan perniagaan yang berkesan. Paling penting sekali, saya perolehi pengalaman bekerja dalam sebuah organisasi yang tidak terhingga nilainya untuk menjayakan sesebuah program serta pengalaman dalam situasi perniagaan yang sebenar.

Selain itu, dalam proses menjayakan program, saya turut dapat melatih diri dalam mewujudkan komunikasi yang berkesan sesama rakan sekumpulan, pihak berkuasa serta masyarakat awam. Walaupun pelbagai cabaran dan masalah telah kami tempuhi, saya telah belajar bahawa setiap masalah pasti akan terkandung benih penyelesaiannya. Pengaplikasikan kemahiran pengurusan dan keusahawanan secara bijak telah menjadi pengalaman yang berharga kepada saya untuk terus maju.

Akhir sekali, saya amat menghargai segala bantuan dan semangat berpasukan rakan-rakan sekumpulan yang memberi peluang kepada saya untuk belajar dan menerokai jalan-jalan penyelesaian yang baharu dan kreatif dalam pengurusan dan keusahawanan. Saya berharap agar program ini dapat diteruskan pada tahun depan kerana saya yakin bahawa Karnival Keusahawanan dapat melahirkan usahawan muda yang berdaya saing, berdaya maju dan berdaya tahan di kalangan mahasiswa/i UKM. Sekian.

DISEDIAKAN OLEH : GEE SHUK HUEY (A144564)

Memilih tempat orang ramai terkumpul seperti taman permainan kanak-kanak.

Memerhati dan menumpukan sasaran kepada kanak-kanak serta keluarga yang datang bersiar-siar beramai-ramai.

Mulai perbualan dengan memberi salam degan sopan.

Memberitahu ibu bapa tentang perlangsungan Karnival Titiwangsa di Tanjung Titiwangsa.

Menarik perhatian kanak-kanak supaya meminta ibu bapa membelikannya belon.

Perbincangan tentatif projek

Permohonan kod JPPel

Perlulusan projek

Menyiapkan kertas kerja projek

Menghantar kertas kerja kepada JPPel