10 ,pnvojuj6.4 &ejtj 5fscjubo+bo qsjm t6uvtbo,.164 11...

1
Komuniti UMS 10 AHAD, 30 Mac – Kelab Rakan Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan Konvensyen Fiqh Borneo buat pertama kali di sini untuk mendedahkan kepada masyarakat terutamanya kepada mahasiswa dan mahasiswi UMS tentang cabang ilmu fiqh Islam iaitu Fiqh Ibadah, Fiqh Munakahat dan Fiqh Perubatan. Konvensyen ini diadakan di Dewan Kuliah Pusat 1, UMS. Penceramah- penceramah terkenal seperti Dr. Awisul Islah Ghazali, Ustaz Ahmad Fahmi serta Ustazah Syadiya Abbas diundang sebagai panel untuk menerangkan lebih lanjut berhubung dengan fiqh-fiqh Islam tersebut. Terdapat tiga slot dalam konvensyen ini. Slot pertama adalah Konvensyen Fiqh Borneo Julung Kali di UMS berkaitan dengan Fiqh Perubatan yang dikendalikan oleh Dr. Awisul Islah Ghazali. Beliau merupakan Pengerusi Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) merangkap Pakar Perunding Bius, ICU dan Sakit Kronik, Hospital Queen Elizabeth 1. Beliau membincangkan tentang perubatan moden dan Islam. Slot kedua merupakan Fiqh Ibadah yang dibimbing oleh Ustaz Ahmad Fahmi yang membincangkan syurga solat. Beliau berkelulusan Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau menunjukkan secara terperinci cara pergerakan dalam solat dengan melakukan demonstrasi secara langsung di hadapan penonton. Slot terakhir adalah berkenaan Fiqh Munakahat yang diterangkan oleh Ustazah Syadiya Abbas. Beliau merupakan Pengacara Fiqh Wanita di TV3. Fiqh ini membincangkan khusus tentang munakahat iaitu membina cinta di alam rumah tangga. Slot ini sedikit sebanyak menerangkan cara dan kepentingan untuk membina cinta selepas mendirikan rumah tangga. Penampilan istimewa Imam Muda Naim iaitu Imam Muda musim ketiga dalam slot khas turut menyerikan lagi suasana Konvensyen Fiqh Borneo ini. Konvensyen Fiqh Borneo yang berlangsung di Dewan Kuliah Pusat 1. oleh: Badaria Bahar

Upload: others

Post on 09-Sep-2019

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Edisi 1/2014 Terbitan Jan - April 2014 • Utusan KAMPUSEdisi 1/2014 Terbitan Jan - April 2014 • Utusan KAMPUS Komuniti UMSKomuniti UMS 1110

AHAD, 30 Mac – Kelab Rakan Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan Konvensyen Fiqh Borneo buat pertama kali di sini untuk mendedahkan kepada masyarakat terutamanya kepada mahasiswa dan mahasiswi UMS tentang cabang ilmu fiqh Islam iaitu Fiqh Ibadah, Fiqh Munakahat dan Fiqh Perubatan.

Konvensyen ini diadakan di Dewan Kuliah Pusat 1, UMS. Penceramah-penceramah terkenal seperti Dr. Awisul Islah Ghazali, Ustaz Ahmad Fahmi serta Ustazah Syadiya Abbas diundang sebagai panel untuk menerangkan lebih lanjut berhubung dengan fiqh-fiqh Islam tersebut.

Terdapat tiga slot dalam konvensyen ini. Slot pertama adalah

KHAMIS, 20 MAC – Universiti Malaysia Sabah (UMS) tampil dengan pendekatan baharu melalui usaha mendekatkan pelajarnya dengan budaya ilmu. Program Budaya Ilmu 2014 yang telah dianjurkan oleh Perpustakaan UMS baru-baru ini jelas menampakkan keprihatinan pihak UMS dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu.

Program Bicara Buku anjuran perpustakaan UMS ini telah dirasmikan oleh Dr. Ramzah Dambul, pensyarah di Sekolah Sains Sosial (SSS). Program ini merupakan salah satu slot ceramah yang dimuatkan dalam susunan aktiviti Program Budaya Ilmu 2014 yang berlangsung selama tiga hari.

“Program ini diadakan untuk memberi pendedahan lanjut

Konvensyen Fiqh Borneo Julung Kali di UMS

Pendedahan Terhadap Seni Penulisan

berkaitan dengan Fiqh Perubatan yang dikendalikan oleh Dr. Awisul Islah Ghazali. Beliau merupakan Pengerusi Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) merangkap Pakar Perunding Bius, ICU dan Sakit Kronik, Hospital Queen Elizabeth 1. Beliau membincangkan tentang perubatan moden dan Islam.

Slot kedua merupakan Fiqh Ibadah yang dibimbing oleh Ustaz Ahmad Fahmi yang membincangkan syurga solat. Beliau berkelulusan Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau menunjukkan secara terperinci cara pergerakan dalam solat dengan melakukan demonstrasi secara langsung di hadapan penonton.

Slot terakhir adalah berkenaan Fiqh Munakahat yang diterangkan oleh Ustazah Syadiya Abbas. Beliau merupakan Pengacara Fiqh Wanita di TV3. Fiqh ini membincangkan khusus tentang munakahat iaitu membina cinta di alam rumah tangga. Slot ini sedikit sebanyak menerangkan cara dan kepentingan untuk membina cinta selepas mendirikan rumah tangga.

Penampilan istimewa Imam Muda Naim iaitu Imam Muda musim ketiga dalam slot khas turut menyerikan lagi suasana Konvensyen Fiqh Borneo ini.

RABU, 21 MAC – Majlis Perasmian Pesta Buku dan Pelancaran Buku 2014 diadakan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada tahun ini bersempena dengan sambutan ke-20 tahun UMS.

Wakil ucapan aluan Yang Berbahagia. Prof. Datuk Dr Mohd. Harun Abdullah iaitu Puan Dayang Rukiah Ag. Amit yang merupakan Ketua Pustakawan Perpustakaan UMS merangkap Pengerusi Bersama Pesta Buku UMS 2014 mengucapkan syabas kepada Koperasi UMS Berhad, Perpustakaan UMS dan Penerbit UMS kerana telah berjaya menganjurkan Pesta Buku UMS pada tahun ini.

Menurut beliau, pada hari ini masyarakat mempunyai pelbagai alternatif untuk mendapatkan maklumat dan ilmu pengetahuan lebih-lebih lagi dengan kehadiran teknologi maklumat, misalnya buku yang boleh diperoleh dalam bentuk e-book, jurnal dalam bentuk e-jurnal dan akhbar elektronik.

Sementara itu, maklumat-maklumat lain juga boleh diperolehi tersedia menerusi laman web dan blog. Walau bagaimanapun, buku fizikal masih tetap menjadi pilihan utama masyarakat.

Namun, sesetengah individu menganggap aktiviti membaca

AHAD, 30 MAC - Seramai 38 pelajar telah mengikuti program “Kem Kepimpinan Motivasi Towards 1st Leader” bertemakan “Pemimpin Proaktif Pemacu Kecemerlangan” yang dianjurkan oleh barisan ahli Kelab Pembimbing Rakan Siswa UMS.

Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada sifat kepimpinan dan motivasi diri para pelajar sekolah menengah yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Ketua Kelas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Siswa dan para pelajar yang mempunyai potensi menjadi pemimpin yang berkaliber.

Para pelajar turut didedahkan dengan cara pengendalian tugas yang pelbagai melalui latihan dalam kumpulan serta pelbagai aktiviti untuk menilai

buku sebagai aktiviti yang membosankan. Mereka tidak menyedari bahawa buku adalah wadah penting dalam membentuk kebebasan manusia berfikir dan berupaya mengangkat martabat manusia ke tahap yang lebih tinggi. Inilah yang dimaksudkan dengan modal insan berminda kelas pertama.

Dengan membaca, kita dapat mengasah fikiran dan mencambah idea. Maklumat yang diperoleh dapat meningkatkan pengetahuan atau ilmu, seterusnya memantapkan pemahaman terhadap kehidupan serta membuka minda untuk berfikir secara kritis dan kreatif.

“Saya menyeru kepada para pelajar agar memanfaatkan pameran yang dianjurkan bermula dari 17 Mac sehingga 23 Mac 2014 untuk membeli buku mahupun jurnal. Gunakanlah Baucar Buku bernilai RM 250 yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia secara berhemah dengan membeli bahan bacaan yang diperlukan dalam pembelajaran,” katanya.

Beliau berharap agar pesta buku kali ini berjaya mencapai matlamatnya di samping membantu UMS menyemarakkan budaya membaca dan penyebaran ilmu.

Buku Sangat Berpengaruh Dalam Kehidupan Manusia

Membentuk Kepimpinan Dalam Diri Pelajar

potensi mental, fizikal dan emosi para peserta supaya lebih bersedia dalam apa jua keadaan.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah slot-slot motivasi seperti “Redah IQ”, “Gempur Berjaya”, “Leader Corner”, “Eksplorace”, aktiviti malam dan kemuncaknya mendaki puncak Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Dalam program ini, pelbagai aktiviti perkongsian dilakukan bersama para peserta. Hal ini kerana, sifat dan kepimpinan yang ada pada seorang mahasiswa dan ahli Pembimbing Rakan Siswa akan lebih mudah didekati oleh para pelajar sekolah menengah yang mengikuti kem kepimpinan ini. Penutupan program ini dirasmikan oleh En. Alwi dari bahagian Kebajikan Pelajar.

SABTU, 10 MEI - Satu bengkel IT telah dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan (PMSSMP) untuk mendedahkan penggunaan perisian IT kepada pelajar Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan (SSMP) serta melahirkan siswazah bermotivasi dan berinovasi yang menguasai kemahiran IT, yang

berlangsung di bilik tutorial 8, SSMP.

Bengkel tersebut turut menjemput pelajar dari Sekolah Sains Sosial, Isaac Yip, dari Program Komunikasi, untuk memperkenalkan penggunaan dan kegunaan perisian ‘Sony Vegas’ kepada pelajar SSMP.

PMSSMP Anjur Bengkel Teknik Penyuntingan Video

Perisian ‘Sony Vegas’ merupakan perisian penyuntingan video yang amat berguna dan seronok digunakan untuk menyunting video, dan ini dapat membantu pelajar dalam tugasan-tugasan pembikinan video dalam kursus-kursus yang tertentu, misalnya kursus bahasa yang memerlukan pelajar membuat satu video sebagai projek akhir nanti, kata Isaac Yip.

Terdapat 40 pelajar SSMP dari tahun satu dan dua menyertai bengkel ini dan bengkel ini berlangsung pada jam 8 pagi sehingga 4 petang.

Pengarah projek bengkel ini, Ng Kok Ong amat bangga dengan perlaksanaan projek ini atas maklum balas peserta yang amat positif ini.

“Ramai peserta amat gembira kerana mereka dapat mempelajari sesuatu yang baru hari ini,” kata Ng, “ ini telah memberi satu peluang kepada peserta untuk memiliki satu kemahiran tambahan dan berguna untuk masa depan mereka.”

Konvensyen Fiqh Borneo yang berlangsung di Dewan Kuliah Pusat 1.

oleh: Badaria Bahar

Program Derma Darah dan Amal Jariah kali ke-4 oleh: Anita Pedro Alonen

JUMAAT, 14 MAC – Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah telah menganjurkan Program Derma Darah dan Amal Jariah buat kali ke-4.

Program ini berlangsung selama tiga hari, bermula 12 hingga 14 Mac 2014, bertempat di Masjid UMS daripada jam 9 pagi hingga jam 4.30 petang.

Matlamat program ini dianjurkan untuk menggalakkan orang bukan Muslim datang berkunjung ke Masjid UMS, menurut Ustazah Ainah selaku ketua penyelaras program tersebut.

Jelasnya, terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan seperti pemeriksaan kesihatan percuma, cabutan penderma bertuah, pameran, gerai jualan, dan klinik Al Fatihah sebagai satu kaedah menarik pengunjung datang.

Menurutnya lagi, jumlah keseluruhan penderma selama tiga hari program berlangsung adalah, seramai 225 orang penderma. Pada hari ketiga program tersebut, Naib Canselor Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah berkesempatan melawat di lokasi program diadakan.

kepada pelajar mengenai teknik dalam penulisan sesebuah buku serta perkongsian pengalaman daripada penceramah jemputan pada hari tersebut,” kata Dr. Ramzah Dambul.

“Ilmu perlulah seiring dengan disiplin barulah matlamat akan tercapai dan acuan yang elok sudah pasti akan membuahkan hasil yang baik,” katanya ketika berkongsi pengalaman pada majlis tersebut.

Beliau tidak pernah menyangka hasil daripada minat menulis yang hanya untuk memenuhi masa lapang semasa menuntut di universiti dahulu membuahkan impak yang besar kepada dirinya hari ini apabila beliau telah berjaya menerbitkan buku hasil tulisannya sendiri.

oleh: Norfadila Binti Zuha

Dr. Ramzah Dambul ketika berucap dalam Program Bicara Buku di Perpustakaan UMS

oleh: Maslinda binti Haris

Aktiviti yang dijalankan di Dewan Kuliah Pusat UMS

oleh: Maslinda binti Haris

Suasana sesi pelajaran penggunaan perisian ‘Sony Vegas’ yang dbimbing oleh Isaac Yip.

oleh: Isaac Yip

Beliau berharap dengan adanya penganjuran program sebegini pada masa akan datang menjadikan pelajar lebih matang dan cenderung untuk mencorakkan halatuju setelah menamatkan pengajian mereka di universiti nanti.

In D’Heart Juarai Festival Kesenian Islam oleh: Leolerry Lajius

KHAMIS, 27 Mac- Festival kesenian Islam Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu yang telah diadakan di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu menyaksikan kumpulan Nasyid Universiti Malaysia Sabah (UMS), iaitu kumpulan In D’Heart merangkul gelaran Juara Kategori Pertandingan Nasyid.

“Saya dan ahli kumpulan sangat berminat dalam kesenian nasyid. Disamping itu, ia melibatkan penyampaian dakwah secara berkesan, justeru dapat mengangkat nama UMS di peringkat yang lebih tinggi dalam industri nasyid tanah air”, ujar saudara Mohd Mujahid Halpi yang menjadi penggerak utama bagi kumpulan In D’Heart.

“Kami cemburu dengan IPTA lain yang mana kelengkapan nasyid cukup sempurna. In Sya Allah, semoga ada pihak berwajib menyedari bakat dan kelebihan yang ada pada Mahasiswa UMS dalam arena nasyid. Kejuaraan kami pada hari ini didorong oleh kekuatan vocal dan komitmen ahli kumpulan. Disamping itu, Unit Kebudayaan Hal Ehwal Pelajar juga banyak memberi nasihat dan dorongan. Begitu juga dengan saudara Mohamad Juhar Harun selaku Pengerusi Kelab In D’Heart dan saudara Fandy Sanizan Jurup (Presiden Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2013/2014) dalam membantu mengatur langkah dan keperluan kami sebelum, semasa dan selepas bertanding”, tambahnya lagi.

Latar belakang kumpulan Kelab Nasyid In D’Heart ini ditubuhkan pada tahun 2012 dengan kekuatan seramai enam orang dibawah seliaan sepenuhnya Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013. Selain itu, kumpulan ini aktif membuat persembahan secara terbuka dalam mana-mana majlis seperti Tamu Gadang dan sebaginya. Pencapaian tertinggi kelab ini adalah Juara Pertandingan Nasyid Tradisi Festival Kesenian Islam Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 2014.