jenis-jenis perintang dan kegunaannya - … doc/jenis... · web viewselain daripada perintang...

3
JENIS-JENIS PERINTANG DAN KEGUNAANNYA Terdapat 2 jenis perintang yang sering digunakan. Perintang tetap Perintang tetap ialah perintang yang tidak boleh diubah-ubah nilai rintangannya. Namun demikian, faktor-faktor seperti perubahan suhu, bahan perintang atau arus mungkin dapat mengubah nilai rintangannya. Nilai rintangan perintang tetap ini dapat dinyatakan dengan menggunakan kod warna perintang. Contoh perintang tetap ialah seperti berikut. Perintang komposisi karbon Perintang berselaput karbon Perintang belitan dawai Rajah 3.5 Perintang karbon Perintang Boleh Ubah Selain daripada perintang tetap, terdapat beberapa jenis perintang boleh ubah yang biasa digunakan dalam litar elektronik seperti reostat, meter upaya dan praset. Perintang boleh ubah ini boleh diubah nilainya mengikut kehendak pengguna. Selain itu, terdapat termistor dan varistor. Perintang ini berubah nilai rintangannya mengikut perubahan suhu dan voltan.

Upload: others

Post on 08-Jan-2020

52 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: JENIS-JENIS PERINTANG DAN KEGUNAANNYA - … doc/Jenis... · Web viewSelain daripada perintang tetap, terdapat beberapa jenis perintang boleh ubah yang biasa digunakan dalam litar

JENIS-JENIS PERINTANG DAN KEGUNAANNYATerdapat 2 jenis perintang yang sering digunakan.Perintang tetap Perintang tetap ialah perintang yang tidak boleh diubah-ubah

nilai rintangannya.

Namun demikian, faktor-faktor seperti perubahan suhu, bahan perintang atau arus mungkin dapat mengubah nilai rintangannya.

Nilai rintangan perintang tetap ini dapat dinyatakan dengan menggunakan kod warna perintang.

Contoh perintang tetap ialah seperti berikut.

Perintang komposisi karbon Perintang berselaput karbon Perintang belitan dawai

Rajah 3.5 Perintang karbon Perintang Boleh Ubah Selain daripada perintang tetap, terdapat beberapa jenis

perintang boleh ubah yang biasa digunakan dalam litar elektronik seperti reostat, meter upaya dan praset.

Perintang boleh ubah ini boleh diubah nilainya mengikut

kehendak pengguna. Selain itu, terdapat termistor dan varistor. Perintang ini berubah nilai rintangannya mengikut perubahan suhu dan voltan.

Jadual 3.2 menunjukkan simbol, bentuk fizikal dan ciri-ciri perintang boleh ubah.

Jadual 3.2 Simbol, bentuk fizikal dan ciri perintang boleh ubah.

Page 2: JENIS-JENIS PERINTANG DAN KEGUNAANNYA - … doc/Jenis... · Web viewSelain daripada perintang tetap, terdapat beberapa jenis perintang boleh ubah yang biasa digunakan dalam litar

Perintang boleh ubah

Simbol Bentuk fizikal Ciri-ciri

Reostat

Nilai rintangan boleh diubah dengan melaraskan tombol boleh laras.

Meter upaya

Praset

Nilai rintangan boleh diubah.

Termistor

Termistor pekali positif – nilai rintangan bertambah dengan pertambahan suhu.

Termistor pekali negatif – nilai rintangan berkurang dengan pertambahan suhu.

Varistor Digunakan sebagai pengawal

voltan pusuan iaitu kenaikan voltan yang berlaku secara tiba-tiba yang disebabkan oleh pensuisan, kilat dan perubahan beban yang mendadak.