ctkamalia.weebly.com · web viewrumus ini bermaksud /a/ direalisasikan sebagai /ə/ apabila berada...

36
JABATAN BAHASA MELAYU FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SEMESTER 1 2011/2012 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI PERBANDINGAN ASPEK FONOLOGI DIALEK MUAR DAN MELAKA BERDASARKAN TEORI TRANSFORMASI GENERATIF NAMA PENSYARAH : DR. ADI YASRAN BIN ABD.AZIZ 1.0 PENGENALAN Bahasa itu terdiri daripada sekumpulan dialek yang bersaling fahaman antara satu sama lain ( Chambers dan Trudgill 1980 ). Ciri kesaling fahaman ini merupakan asas paling penting dalam menentukan sama ada sesuatu ragam atau variasi dialek kepada satu-satu bahasa yang sama mahupun berdiri sebagai satu BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 1

Upload: others

Post on 20-Oct-2020

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BBM 3202 : FONETIK DAN FONOLOGI

JABATAN BAHASA MELAYU

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SEMESTER 1 2011/2012

BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI

PERBANDINGAN ASPEK FONOLOGI DIALEK MUAR DAN MELAKA BERDASARKAN TEORI TRANSFORMASI GENERATIF

NAMA PENSYARAH : DR. ADI YASRAN BIN ABD.AZIZ

1.0 PENGENALAN

Bahasa itu terdiri daripada sekumpulan dialek yang bersaling fahaman antara satu sama lain ( Chambers dan Trudgill 1980 ). Ciri kesaling fahaman ini merupakan asas paling penting dalam menentukan sama ada sesuatu ragam atau variasi dialek kepada satu-satu bahasa yang sama mahupun berdiri sebagai satu bahasa yang tersendiri. Dialek-dialek yang tergolong dalam satu bahasa yang sama itu lazimnya mempunyai banyak ciri persamaan walaupun terdapat beberapa ciri pembeda bagi sesebuah bahasa.

Perkongsian dalam ciri persamaan ini membuktikan bahawa dialek-dialek tersebut mengekalkan ciri-ciri warisan yang diwarisi bersama daripada sumber, manakala ciri pembeda itu menunjukkan sesuatu dialek itu telah mengalami perkembangan secara tersendiri dan terpisah dengan dialek-dialek lain. Newton ( 1972 ) menyatakan kewujudan kepelbagaian dialek dalam sesuatu bahasa itu adalah akibat daripada perubahan yang terjadi dari segi sejarah ke atas satu bahasa yang asalnya serasi dan sama. Faktor geografi dan waktu adalah dua penyebab utama yang telah menjadikan terpecahnya bahasa asal kepada beberapa dialek yang kini diucapkan oleh penutur aslinya.

Dialek membawa maksud kepada satu bahasa tertentu yang diungkapkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Ia juga mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk bahasa formal dari segi sebutan, tatabahasa dan penggunaan perkataan tertentu. Namun begitu, perbezaan yang ditunjukkan tidaklah begitu ketara untuk dijadikan dan dianggap sebagai satu bahasa baru yang lain daripada bahasa asal.

Faktor penyebab yang menjadikan munculnya kepelbagaian dialek ialah terdiri daripada faktor geografi, politik, penjajahan, perdagangan, masa dan sebagainya. Di semenanjung Malaysia misalnya, terdapat kepelbagaian alam semulajadi yang terdiri daripada pelbagai bukit dan gunung, hutan belantara dan sungai yang menjadi penghalang kepada penduduk setempat untuk berhubung. Faktor politik pula menyebabkan pembahagian Negara kepada beberapa fahaman politik yang menjadikan negeri-negeri mempunyai dialek mereka yang tersendiri.

Dalam kertas kerja ini, pengkaji akan mengkaji tentang perbezaan aspek fonologi antara dialek Muar dengan dialek Melaka berdasarkan teori transformasi generatif. Pengkaji akan menggunakan bahan kajian yang terdiri daripada kajian responden yang pengkaji jalankan di sekitar Muar dan Melaka. Sebagai bahan rujukan tambahan, pengkaji turut menggunakan buku fonologi generatif.

Mengikut sejarah, kedudukan negeri Melaka adalah bersebelahan dengan Daerah Muar yang merupakan daerah negeri Johor. Daerah Muar  terletak di barat laut negeri Johor, Malaysia. Daerah Muar terdiri daripada bandar Muar itu sendiri dan juga daerah kecil Tangkak. Muar bersempadan dengan negeri Melaka ( Sungai Rambai ) di utara, daerah Segamat di timur dan daerah Batu Pahat di selatan.

Manakala Negeri Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia serta bertentangan dengan Sumatera. Ia berkeluasan kira-kira 1,650 kilometer persegi, ia bersempadan dengan Negeri Sembilan di Utara dan Johor di Timur. Bandar-bandar utama di negeri Melaka ialah Bandaraya Melaka, Jasin, Merlimau, Alor Gajah, Masjid Tanah, Asahan dan Ayer Keroh. Jelas membuktikan sempadan antara Johor dan Melaka adalah sangat hamper tetapi mempunyai sebutan fonetik yang berbeza. Sebagai contoh, dalam bahasa formal menyatakan perkataan [ pa.sar ], dalam dialek Muar akan mengatakan [ pa.so ] dan dialek Melaka akan mengatakannya sebagai [ pa.saw ].

1.1 PERMASALAHAN KAJIAN

Semasa mempelajari sesuatu bahasa, terdapat pelbagai masalah ataupun persoalan yang timbul sama ada ketika mempelajari bahasa pertama mahupun bahasa kedua. Masalah ini timbul hasil daripada gangguan yang mungkin dihasilkan oleh bahasa ibunda ataupun dialek itu sendiri.

Dalam kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji dalam dialek Muar dan Melaka telah menimbulkan beberapa permasalahan kepada pengkaji yang perlu dikaji dan diselesaikan. Pengkaji juga telah memerhati dan mengenalpasti bahawa terdapat banyak perbandingan aspek fonologi antara dialek Muar dan Melaka berdasarkan teori transformasi generatif. Oleh itu, terdapat beberapa jenis masalah yang timbul dalam pengkajian ini.

Antaranya ialah mengapa dalam dialek Muar / r / akan digugurkan apabila berada di akhir kata dan digantikan dengan huruf / ͻ /. Manakala dalam dialek Melaka / r / akan digugurkan apabila berada di akhir kata dan digantikan dengan huruf / w /. Permasalahan seterusnya ialah mengapa vokal /a/ direalisasikan sebagai vokal /ə/ apabila berada di akhir kata dalam dialek Muar dan juga dialek Melaka.

Selain itu juga terdapat permasalahan mengapa vokal /i/ akan direalisasikan sebagai vokal /e/ apabila berada di suku kata akhir tertutup yang diakhiri dengan huruf konsonan /k/ dalam dialek Muar dan Melaka. Dalam kajian yang dilakukan terdapat juga permasalahan tentang penukaran konsonan /k/ menjadi hentian glotis /Ɂ / diposisi akhir kata.

1.2 BAHAN DAN BATASAN KAJIAN

Pengkaji telah mengkaji penelitian dialek Muar dan dialek Melaka melalui kaedah lapangan di mana pengkaji telah mencari responden yang menggunakan dialek-dialek ini sebagai bahasa pertuturan seharian mereka. Hal ini kerana dengan penelitian yang dijalankan mendapati responden yang menggunakan dialek ini sebagai bahasa pertuturan mereka seharian akan membuatkan bahasa itu berkembang dengan sendirinya dengan penyebaran dialek di antara masyarakat sekelilingnya. Di samping itu juga, pengkaji turut mempunyai banyak data-data yang terdiri daripada perkataan-perkataan dialek Muar dan dialek Melaka yang boleh dijadikan bahan rujukan dalam kertas kerja ini.

Di dalam kertas kerja ini juga, para pengkaji turut memberi tumpuan untuk meninjau dan meneliti pertuturan dialek Muar dan dialek Melaka oleh para responden yang terdiri daripada penjawat awam, pelajar sekolah dan orang awam yang tinggal dan menetap di Muar dan Melaka sejak mereka lahir serta menuturkan dialek kawasan masing-masing sebagai bahasa pertuturan mereka seharian. Oleh hal demikian, tinjauan yang dibuat daripada responden yang dipilih sememangnya sesuai kerana dialek yang perlu dikaji seharusnya dikaji daripada penutur asli dialek tersebut.

2.0 SOROTAN KAJIAN

Kajian mengenai dialek-dialek Melayu mula dikesan sejak sebbelum perang dunia kedua lagi. Kajian-kajian awal telah diusahakan oleh pengkaji Barat yang terdiri daripada C.C Brown, Keiron, Boswick, A.J Stullock, Shellbear dan beberapa orang lagi. Penggunaan bahasa Melayu di beberapa ndegara adalah berbeza-beza bergantung kepada sejarah dan budaya masyarakat di sesuatu kawasan. Secara amnya, bahasa Melayu mempunyai kepelbagaian dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan sebutan perkataan dan kosa kata yang nyata berbeza. Misalnya, bahasa Melayu Riau Johor berbeza dialek dengan Palembang, Jambi dan Bengkulu. Melayu Riau Johor menggunakan dialek ‘e’ sedangkan Palembang lebih terarah untuk menggunakan dialek sebutan ‘o’. Hal ini jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan memberi imbuhan tertentu.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang sangat mudah dan anjal untuk dipelajari adalah sistem fonologinya yang amat mudah untuk dipelajari. Hampir keseluruhan huruf Rumi mewakili satu sebutan fonem.

Dwibibir

Bibir-gigi

Gigi/Gusi

Bel.gusi

Lelangit

Velum

Uvula

Peti suara

Sengau

m /m/

n /n/

ny /ɲ/

ng /ŋ/

Letupan/Hentian

p /p/

b /b/

t /t/

d /d/

k /k/

g /g/

Letusan

c /tʃ/

j /dʒ/

Geseran

f /f/

v /v, ʋ/

s /s/

z /z/

sy /ʃ/

h /h/

Malarantak geser

y /j/

w /w/

Getaran

r /r/*

Sisian

l /l/

Jadual Konsonan Fonem Dalam Bahasa Melayu

Ketinggian

Depan

Pusat

Belakang

Sempit

i /i/

u /u/

Separuhsempit

e /e/

o /o/

Tengah

e /ə/

Separuhluas

e [ɛ]*

o [ɔ]*

Luas

a /a/

a [ɑ]*

Jadual Fonem Vokal Bahasa Melayu

Sememangnya, terdapat banyak contoh yang dapat dikaitkan dengan penggunaan dialek Muar yang seakan sama dengan bahasa Melayu yang kini dituturkan oleh masyarakat Malaysia. Sebagai contoh, penggunaan dialek Johor Riau kini menjadi asas kepada pembentukan bahasa Melayu standard. Hal yang paling ketara dapat dibuktikan melalui akhiran ‘a’ yang dibunyikan sebagai ‘ě’. Seperti contoh :

(Saya - disebut sayěApa – disebut ApěBerapa – disebut Berapě)

Selain itu, terdapat juga beberapa dialek Muar yang diguna pakai dalam dialek Johor Riau yang sememangnya berkait rapat dengan penggunaan perkataan dan kosa kata yang hampir sama. Misalnya :

(Bunyi ‘o’  diguna menggantikan kata-kata yang berakhir dengan sebutan ‘ur”Contoh : Tidur – disebut Tido Telur – disebut Telo )

Terdapat juga sesetengah perkataan yang mempunyai konsonan ‘r’ di tengah-tengah kosa kata akan mengalami pengguguran apabila berada dalam dialek Muar. Contohnya ialah :

(Pengguguran bunyi ‘r’ ditengah kata sebelum huruf konsonan seperti berikut:            Kerja - disebut Keja (a menjadi sebutan ě)            Pergi - disebut Pegi            Berjalan - disebut Bejalan )

Bagi melihat perbezaan yang lebih ketara dalam penggunaan bahasa formal, dialek Muar dan dialek Melaka, terdapat beberapa contoh yang boleh dijadikan bukti untuk menunjukkan perbezaan yang tidak begitu ketara antara dialek-dialek berkenaan. Hal ini kerana lokasi mereka yang berhampiran menyebabkan penyebaran dialek mereka menjadi sekata dan perkataan yang mereka tuturkan kedengaran hampir serupa antara satu sama lain. Antara contoh yang boleh diketengahkan bagi membuktikan kajian para pengkaji ialah :

(          Ejaan Standard      Johor-Riau       Dialek Muar      DialekMelakaBesar                           Besa                     Beso                       Besau            Lebar                           Leba                     Lebo                      Lebau            Sabar                           Saba                     Sabo                      Sabau            Langgar                       Langga                 Langgo                  Langgau               Tukar                           Tuka                     Tuko                     Tukau )

silakan

Pengkajian mengenai dialek-dialek di Malaysia sebenarnya telah menarik perhatian yang serius sejak tahun 1960-an. Terdapat banyak kajian ilmiah telah dihasilkan pada peringkat sarjana dan peringkat tertinggi dalam pelbagai bentuk, termasuklah buku, monograf, jurnal,artikel, kertas kerja da sebagainya. Antara para pengkaji yang dikenali ramai termasuklah Nik Safiah Karim, Asmah Haji Omar, Abdul Hamid Mahmood, Hashim Musa, Farid M Onn, Ajid Che Kod, Yunus Maris dan lain-lain lagi. ( Raja Masitah, 1987 : 289 )

Mengikut sejarah, kajian terhadap dialek-dialek Melayu khususnya dialek Johor Riau yang berkait rapat dengan dialek Muar dapat dikesan sejak zaman kegemilangan tamadun Melayu Melaka lagi. Ia menjadi Lingua Franca di mana ia menjadi bahasa diplomatik yang dituturkan oleh para pedagang yang dating berdagang ke negeri Melaka. Namun, perkara tersebut tidak dapat dipastikan sebagai salah satu sumber ilmiah kerana tidak mengikut disiplin yang harus dilakukan secara saintifik dan empirikal.

Para pengkaji yang mengkaji kewujudan dialek pada masa itu bukanlah terdiri daripada kalangan ahli linguistik yang terlatih. Lazimnya mereka hanya akan mencatat segala pertuturan dalam dialek tersebut dalam abjad biasa sahaja. Akibatnya, bunyi ucapan yang dicatat itu tidak tepat dan berkemungkinan besar dipengaruhi bahasa mereka sendiri. Oleh itu, kertas kerja ini akan mengkaji perbezaan fonologi yang mungkin wujud dalam dialek Muar dan dialek Melaka.

3.0 METODOLOGI

Dalam kertas kerja ini, pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan data-data yang berkait rapat dengan dialek Muar dan dialek Melaka. Antara kaedah yang digunakan termasuklah kaedah perpustakann, melayari internet dan kaedah kajian lapangan. Menurut Mohd Majid Konting ( 1993-1995 ), bidang penyelidikan melibatkan kegiatan pengumpulan data dan pemerosesan data. Oleh hal yang demikian, pengkaji telah menggunakan kesemua kaedah dengan berkesan untuk mendapatkan maklumat dan data-data yang lebih terperinci dan boleh dipercayai.

1. Kaedah Kajian Lapangan

Melalui kaedah ini, kesemua data dan maklumat dapat diperolehi secara jelas dan konkrit. Hal ini demikian kerana data dan maklumat yang diperolehi mengandungi dialek pertuturan yang dituturkan oleh responden kami yang berasal dari Muar dan Melaka. Responden kami terdiri daripada penjawat awam, pelajar sekolah, serta beberapa orang awam yang berasal dan menetap di Muar dan Melaka sejak mereka dilahirkan. Pengkaji telah mendapatkan maklumat semasa responden mengungkapkan pertuturan yang dituturkan serta merekod setiap butir bicara yang diungkapkan. Kami turut menyediakan senarai perkataan yang perlu diungkapkan oleh responden bagi mendapatkan maklumat yang lebih konsisten dan tepat.

Pengkaji turut meminta responden untuk mengungkapkan perkataan demi perkataaan dengan jelas dan tepat bagi memudahkan proses pencarian data dan maklumat. Selain daripada menyediakan teks, pengkaji turut menemu bual responden bagi mendapatkan makluamat tidak formal seperti nama responden, tempat tinggal, lama menetap di tempat kajian dan pengalama yang tidak dapat dilupakan oleh responden. Pengkaji mendapat maklum balas yang positif dari kesemua responden pengkaji.

2. Kaedah Internet.

Pengkaji juga menggunakan kaedah internet dalam menyiapkan kertas kerja ini. Banyak sumber dan maklumat yang diperolehi para pengkaji melalui kaedah ini. Antaranya ialah senarai pengkaji awal dialek-dialek Melayu, sejarah dialek-dialek Melayu dan jurnal-jurnal yang berkaitan dengan kajian pengkaji.

3. Kaedah Perpustakaan

Kaedah perpustakaan ini digunakan untuk mengetahui sesuatu kajian lepas yang berkaitan dengan konteks kajian ini. Tambahan pula, kaedah ini dapat digunakan dalam kertas kerja ini untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat dan data yang berkaitan dengan kajian dan masalah penyelidikan yang lepas. Proses mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan permasalahan kajian dan ia tertumpu kepada ppembacaan dan rujukan terhadap buku, jurnal, dan artikel mengenai dialek-dialek Melayu. Semua maklumat yang diperolehi akan digunakan sebagai bahan rujukan kajian pengkaji.

Pengkajian dialek ini mencakupi faktor ruang geografi yang telah menyebabkan berlakunya perubahan dialek daerah tersebut. Kaedah kajian lapangan yang perlu dipatuhi oleh setiap cabang ilmu yang memerlukan kajian yang mendalam dan teliti. Ruang geografi dialek juga memberi perhatian yang lebih kepada soal selidikk, pemilihan informal dan pemetaan ( Chambers dan Trudgill ). Pemilihan informal ini ada kaitannya dengan tujuan kajian geografi dialek itu sendiri. Pada peringkat awal sejarah kajian ini, para informal tertentu kepada jenis yang diakronimkan sebagai NORM (non mobile, older rural and male) iaitu informal yang hamper seluruh hayatnya tinggal di tempat itu sahaja. Hal ini disebabkan tujuan kajian geografi dialek pada masa itu untuk mendapatkan bentuk bahasa yang sekuno dan yang semurni mungkin serta bentuk-bentuk yang agak baku. Jika kerja yang demikian tidak dilakukan, pasti beberapa data linguistik yang menarik dan penting akan terkubur.

4.0 HASIL KAJIAN

Sesuatu bahasa tabii tidak pernah seragam dari segi perkataan, bunyi atau ayat tertentu. Penutur yang pelbagai akan mengungkapkan bentuk atau pengwujudan dari perkataan, bunyi atau ayat itu dengan berbagai-bagai cara. Keadaan ini jelas dapat diperlihatkan pada ujaran dalam satu kelompok masyarakat bahasa tertentu. Perbezaan dalam pengwujudan sesuatu bahasa tertentu akan melahirkan kelainan-kelainan ujaran bahasa tersebut yang dikenali sebagai dialek atau loghat.

Dalam erti kata lain, sesuatu bahasa itu tidak dapat lari daripada dicirikan oleh dialek. Contohnya bahasa Melayu mempunyai pelbgai dialek seperti dialek Kedah, dialek Johor, dialek Melaka, dialek Terengganu, Sabah dan negeri-negeri lain yang mempunyai dialek mereka tersendiri yang membezakannya dengan dialek-dialek lain dari sudut system bahasa dan kawasan penyebarannya.

Setelah mengkaji semua maklumat dari pelbagai rujukan dan panduan serta kaedah lapangan, pengkaji telah berjaya mendapatkan jawapan dan hasil daripada kajian tersebut. Pemasalahan kajian yang telah dinyatakan oleh pengkaji akhirnya terjawab. Antara rumus yang dikaji adalah perbezaan atur rumus, pengguguran rumus dan perbezaan atur rumus.

a) Penambahan rumus

i. Peninggian Vokal

a ə/_#

Rumus ini bermaksud /a/ direalisasikan sebagai /ə/ apabila berada di akhir kata. Berdasarkan rumus ini, terdapat beberapa contoh perkataan dalam temu bual yang dilakukan para pengkaji semasa menemu ramah para responden yang melengkapkan rumus ini. Antaranya ialah :

· /kena/ [ kә.nә]

· /cinta/ [ ʧin.tə ]

· /jasa/ [ ʣa.sə ]

· /kenapa/ [ kə.na.pə ]

· /bendera/ [ bən.də.rə]

Dalam rumus ini, tiada perbezaan dapat direkodkan dalam dialek Muar dengan dialek Melaka kerana masing-masing menggunakan rumus yang sama dalam mengungkapkan perkataan yang berakhir dengan /a/. Hal ini dapat menunjukkan bahawa dialek Muar dan dialek Melaka mempunyai persamaaan juga dan perbezaan yang muncul mungkin hanya perbezaan menggunakan rumus yang lain.

ii. Perendahan Vokal.

i e/_K#

Rumus ini bermaksud /i/ akan direalisasikan sebagai /e/ apabila berada di suku kata akhir tertutup yang diakhiri dengan huruf K. Berdasarkan rumus ini, terdapat beberapa contoh perkataan dalam temu bual yang dirakamkan semasa pengkaji melakukan kajian dengan mendengar perkataan yang dituturkan oleh para responden.

· /bilik/ [ bi.leɁ ]

· /adik/ [ a.deɁ ]

· /balik/ [ ba.leɁ ]

· /tasik/ [ ta.seɁ ]

· /cer.dik/ [ʧər.deɁ ]

Dalam rumus ini, tiada perbezaan dapat direkodkan dalam dialek Muar dengan dialek Melaka kerana masing-masing menggunakan rumus yang sama dalam mengungkapkan perkataan yang berakhir dengan /i/ yang diakhiri dengan huruf /k/. Hal ini dapat menunjukkan bahawa dialek Muar dan dialek Melaka mempunyai persamaaan juga dan perbezaan yang muncul mungkin hanya perbezaan menggunakan rumus yang lain.

b) Perbezaan Atur Rumus

Dalam penghilangan rumus ini, terdapat dua rumus yang berbeza antara dialek Muar dan juga dialek Melaka. Bagi dialek Muar, rumusnya adalah seperti berikut :

R Ø /_ ] ͻ

Rumus ini bermaksud / r / akan digugurkan apabila berada di akhir kata. Berdasarkan rumus ini, terdapat beberapa contoh dialek Muar yang mengalami pengguguran / r / di akhir kata dan digantikan dengan huruf / ͻ /.

Daripada contoh di atas, proses simplikasi rumus juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan wujudnya kepelbagaian dialek dalam bahasa Melayu. Ternyata, Teori Dialektologi Generatif berupaya menghuraikan kepelbagaian dialek Melayu dengan begitu jelas dan formal. Dalam rumus ini, perbezaan jelas ketara dalam dialek Muar dan dialek Melaka namun menggunakan rumus yang berlainan. Perbezaan yang amat jelas dapat dijelaskan dalam perkataan yang berakhir dengan huruf / r / dan dan digantikan dengan huruf / w /.

Manakala bagi dialek Melaka pula, rumusnya adalah seperti berikut :

R W / _#

Rumus ini bermaksud / r / akan digugurkan apabila berada di akhir kata. Berdasarkan rumus ini, terdapat beberapa contoh dialek Melaka yang mengalami pengguguran / r / di akhir kata dan digantikan dengan huruf / w /.

· / pasar /[ pa.saw ]

· / bakar / [ ba.kaw ]

· / besar /[ be.saw ]

· / sabar /[ sa.baw ]

· / kasar /[ ka.saw ]

Hal ini menunjukkan bahawa dialek Muar dan dialek Melaka amat berbeza dari segi huruf yang berada di belakang perkataan yang berakhir dengan huruf / r /. Dalam dialek Muar, perkataan yang berakhir dengan huruf / ar / akan digantikan dengan / ͻ / manakala dalam dialek Melaka, ia akan digantikan dengan pengantian / aw /. Walau bagaimanapun, kedua-dua rumus ini masih beluum kukuh untuk menganalisis semua perkataan daripada dialek Muar dan dialek Melaka secara keseluruhannya. Pengkaji mendapati terdapat perkataan yang memerlukan rumus tambahan bagi menyelesaikan analisis perkataan tersebut.

c) Penghilangan Rumus

i. Pengguguran getaran

r Ø /_ #

Pengguguran getaran dengan merujuk rumus di atas pada suku kata tertutup dapat dilihat oleh pengkaji dalam dialek Muar dan dialek Melaka dengan menggunakan rumus suku kata berikut :

(KVKKV)

Contohnya :

· /pergi/[ pegi ]

· /pertama/[ petamə]

· /kerja/[keʣe]

· /pernah/[penah]

ii. Pembentukan glotal.

k Ɂ /_ #

Pembentukan getaran menukarkan /k/ menjadi /Ɂ / diposisi akhir kata. Rumus ini terdapat dalam bahasa Melayu asal sebelum bahasa itu terpecah kepada beberapa dialek. Apabila sudah terpecah, dialek-dialek turunan bahasa Melayu asal tadi masih mengekalkan rumus ini. Dengan itu tidak hairanlah rumus ini terdapat dalam dialek Muar dam Melaka serta tersebar dengan begitu meluas.

Contohnya :

· /bilik/[ bi.leɁ ]

· /balik/[ ba.leɁ ]

· /cetak /[ʧetaɁ]

· /politik/[pͻlitiɁ]

· /projek/[prͻʣeɁ]

· /patuk /[patoɁ]

· /rompak/[rompaɁ]

· /unik/[uniɁ]

5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan kajian ini tuntasnya bahawa terdapat banyak permasalah kajian yang timbul namun, hanya tiga permasalahan utama yang telah dinyatakan sebelum ini. Permasalahan yang pertama ialah persoalan yang timbul bagi membezakan antara bahasa pertama mahupun bahasa kedua akibat daripada gangguan bahasa ibunda mahupun dialek itu sendiri. Selain itu, turut dinyatakan bahawa permasalah kajian berlaku apabila terdapat kesukaran yang dihadapi oleh pengkaji untuk membandingkan aspek fonologi antara dialek Muar dengan dialek Melaka berdasarkan teori transformasi generatif. Permasalahan ini dapat dilihat melalui beberapa contoh sebutan perkataan seperti /besar/ dalam dialek Muar disebut [be.so] manakala dialek Melaka disebut [be.saw].

Apabila timbulnya permasalahan kajian maka, terdapat tiga kaedah kajian yang digunakan bagi mengenal pasti dan merealisasikan rumus yang digunakan dalam membandingkan aspek fonologi dialek Muar dan dialek Melaka berdasarkan teori transformasi generatif. Kaedah yang paling penting digunakan ialah melalui kaedah lapangan dengan mencari responden yang merupakan penutur asal kedua-dua dialek tersebut seperti pegawai perpustakaan awam, guru sekolah dan pegawai tadbir.

Bukan itu sahaja, kaedah yang digunakan ialah melalui pengumpulan data-data perkataan yang diramalkan dapat menunjukkan perbezaan kedua-dua dialek ini dan telah meminta responden untuk menyebut perkataan-perkataan tersebut mengikut dialek masing-masing. Walaubagaimanapun, bagi mendapatkan lebih keberkesanan untuk mendapatkan hasil kajian yang tepat para pengkaji telah menggunakan kaedah sampingan yang tidak lain turut memainkan peranan yang penting iaitu melalui kaedah internet dan perpustakaan. Kaedah ini telah menjadi rujukan penting agar setiap sorotan kajian yang dijalankan adalah berdasakan teori yang benar iaitu rumus transformasi generatif.

Berikutan itu, sorotan kajian dalam tugasan ini tegasnya adalah mengenai perbandingan aspek fonologi dialek Muar dan Melaka berdasarkan teori transformasi. Dapat dikonklusikan secara keseluruhannya melalui hasil kajian yang telah dinyatakan bahawa berlaku tiga rumus utama dalam sorotan kajian ini. Rumus yang pertama ialah penambahan rumus. Dalam penambahan rumus ini berlaku peninggian vokal iaitu /a/ direalisasikan sebagai /ə/ apabila berada di akhir kata. Contohnya /kena/ menjadi [ kә.nә], /cinta/ menjadi [ ʧin.tə ], /jasa/ menjadi [ ʣa.sə ], /kenapa/ menjadi [ kə.na.pə ], /bendera/ menjadi [ bən.də.rə ]. Selain itu, /i/ direalisasikan sebagai /e/ apabila berada di suku kata akhir tertutup yang diakhiri dengan huruf K. Ini membuktikan bahawa dalam penambahan rumus berlaku perendahan rumus seperti dalam contoh /bilik/ menjadi [ bi.leɁ ], /adik/ menjadi [ a.deɁ ], /balik/ menjadi [ ba.leɁ ], /tasik/ menjadi [ ta.seɁ] dan /cer.dik/ menjadi [ʧər.deɁ ].

Dalam penghilangan rumus terdapat juga perbezaan atur rumus antara dialek Muar dan dialek Melaka. Dalam dialek Muar rumus /r/ akan digugurkan apabila berada di akhir kata dan digantikan dengan huruf / ͻ /. Contohnya / pasar / menjadi [ pa.sͻ ], / bakar / menjadi [ ba.kͻ ], / besar / menjadi [ be.sͻ ], / sabar / menjadi [ sa.bͻ ] dan / kasar / menjadi [ ka.sͻ ]. Melalui dialek Melaka pula perkataan huruf /r/ digugurkan apabila berada di akhir kata dan digantikan huruf /w/ contohnya / pasar / menjdai [ pa.saw ], / bakar / menjadi [ ba.kaw ], / besar / menjadi [ be.saw ] / sabar / menjadi [ sa.baw ] dan / kasar / menjadi [ ka.saw ]. Rumus terakhir yang digunakan ialah penghilangan rumus. Dalam rumus ini terdapat dua rumus iaitu pengguguran getaran dan pembentukan glotis.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa dialek Muar dan dialek Melaka mempunyai perbezaan berdasarkan teori transformasi generatif hasil daripada kaedah-kaedah kajian yang digunakan oleh para pengkaji.

5.1 BIBLIOGRAFI

1. Farid M. Onn, 1988, Bunga Rampai Fonologi Bahasa Melayu, Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya.

2. Farid M. Onn dan Ajid Che Kob, 1993, Simposium Dialek : Penyelidikan dan Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

3. Zaharani Ahmad, 1993, Fonologi Generatif : Teori dan Penerapan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur atau Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Asmah Haji Omar, 1995, Rekonstruksi Fonologi Bahasa Melayu Induk, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

5. James T. Collins. 2007. Penghayatan Ilmu Linguistik melalui Pemetaan Dialek Melayu Sealam Melayu. Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

5.2 LAMPIRAN

Responden Melaka dan Muar

(Pn. Hjh MaimunOrang Awam) (En. ZakariaPenjawat Awam)

(Pelajar) (Pelajar)

Cenderamata

BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 1