perpustakaan ukm naib juara konvensyen icc perpustakaan se

20
BIL : 7 JULAI-DISEMBER 2010 BI BIL : 7 JU JU ULA LA L I-DI DISE E E SEMB MB MB B MB MBE ER ER E ER 2 2 201 01 01 010 0 0 0 0 Teknologi BlackBerry dalam Perkhidmatan Perpustakaan Ms 6 Jom Twit! : ptsl2ukm Menjadi Wadah Baru Menyampai Maklumat dan Ilmu Ms 7 Facebook Sebagai Saluran Penyebaran Maklumat Perpustakaan Ms 8 BIL : 8 JANUARI-JUN 2011 BIL : 8 JA ANU NUA AR AR ARI I I-JU JU JU UN N N N N 20 20 20 0 20 2 20 2011 11 11 11 1 11 11 Perpustakaan UKM Naib Juara Konvensyen ICC Perpustakaan Se-Malaysia ke-3 2011 Ms 6 QIT Pengurusan anjur Seminar Inovasi Perpustakaan 2011 Ms 8

Upload: vanquynh

Post on 01-Jan-2017

259 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perpustakaan UKM Naib Juara Konvensyen ICC Perpustakaan Se

BIL : 7 JULAI-DISEMBER 2010

BIBIL : 7 JUJUULALAL I-DIDISEEESEMBMBMBBMBMBEEREREER 22 20101010100000

Teknologi BlackBerry dalam Perkhidmatan PerpustakaanMs 6

Jom Twit! : ptsl2ukm Menjadi Wadah Baru Menyampai Maklumat dan IlmuMs 7

Facebook Sebagai Saluran Penyebaran Maklumat PerpustakaanMs 8

BIL : 8 JANUARI-JUN 2011BIL : 8 JAANUNUAARARARIII-JUJUJUUNNNN N 202020020220201111111111111

Perpustakaan UKM Naib Juara Konvensyen ICC Perpustakaan Se-Malaysia ke-3 2011Ms 6

QIT Pengurusan anjur Seminar Inovasi Perpustakaan 2011Ms 8

Page 2: Perpustakaan UKM Naib Juara Konvensyen ICC Perpustakaan Se

INS

PIR

AS

I BIL

8 J

AN

-JU

N 2

011

2

SIDANG PENGARANG

Ketua EditorShahruddin ShafriEditorMohd Adnan BaharomPengarang Fa mah Kamilah AwangMohd Adnan BaharomRosmarlidaini Mah HasanNoraashikin Mohd YusopAbdul Muhaimin SabronNor Asiah MohamadAzhari SahamirAzlan Mohamad HamzahShamsudin Ibrahim Harith Faruqi SidekReka LetakMuhammad Farid Zainal Azman

Abu Bakar Maidin (Ketua Pustakawan)Maimunah Kadir (Ketua Perpustakaan PPUKM)Hafsah Mohd (Ketua Program Pembangunan Sumber)Noraini Omar (Ketua Program Pengurusan Perkhidmatan)Faizah Mohd. Zain (Ketua Perpustakaan Dr. Abdul La ff )Aripah Mohamed (Ketua Perpustakaan ATMA)Rosnah Suliman (Ketua Perpustakaan Undang-Undang)Anna Kustyana Mukandar (Timbalan Ketua Pustakawan)Hazmir Zainal (Timbalan Ketua Pustakawan)Lela Ruzma Mohd Shaari (Timbalan Ketua Pustakawan)Rohaya Umar (Timbalan Ketua Pustakawan)Rosnah Yusof (Timbalan Ketua Pustakawan)Wan Suhaimi Ariffi n (Timbalan Ketua Pustakawan)

Fotografi Mokhtar AmanEdaranKamarudin AbdollahProses AkhirPenerbit UKM

Sidang Pengarang INSPIRASI amat mengalu-alukan sumbangan ar kel, berita atau rencana mengenai pengurusan maklumat dan keilmuan. Sila hantarkan berita atau ar kel kepada:

Editor INSPIRASI Perpustakaan Tun Seri Lanang43600 UKM BangiSelangor Darul EhsanTel: 03-89215854Emel: [email protected] (Ketua Editor)Emel: [email protected] (Editor)

Sekapur Sirih Seulas Pinang

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera

Tahniah kepada Sidang Pengarang Inspirasi di atas usaha gigih mereka menerbitkan Inspirasi: Berita Perpustakaan UKM. Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha murni ini.

Kali ini izinkan saya berbicara mengenai kehebatan sebuah perpustakaan. Semua universiti yang hebat mempunyai perpustakaan yang hebat. Perpustakaan yang hebat mestilah mempunyai koleksi yang lengkap dan mantap untuk dimanfaatkan oleh warga universiti yang terdiri daripada pelajar, penyelidik dan para akademik. Koleksi yang lengkap dan kukuh hanya boleh dibina dengan usaha yang gigih dalam pembangunan koleksi dengan disokong oleh dana yang mencukupi.

Modal insan harus digembleng dalam membangunkan koleksi yang relevan dengan keperluan pengajaran dan penyelidikan universiti. Di sinilah letaknya peranan yang harus dimainkan oleh semua pegawai dan kakitangan Perpustakaan UKM. Dengan koleksi yang kukuh dapatlah kita menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan Perpustakaan.

Sehubungan itu, marilah kita semua sebagai warga Perpustakaan UKM membina jati diri yang hebat bagi memastikan Perpustakaan UKM berdiri hebat dengan membina kecemerlangan dalam pembangunan koleksi dan seterusnya menyampaikan perkhidmatan yang cekap serta mesra pelanggan, sekaligus menepati amanah dan tanggungjawab yang digalas.

Sekian,

Tuan Haji Abu Bakar MaidinKetua Pustakawan

PENGURUSAN PERPUSTAKAAN UKM

MUTIARA KATAMUTIARA KATA

“Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringnya “Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringnya ia menitik.”ia menitik.”

Page 3: Perpustakaan UKM Naib Juara Konvensyen ICC Perpustakaan Se

INS

PIR

AS

I BIL

8 J

AN

-JU

N 2

011

3

Dari Meja Ketua Editor

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera

Untuk sekian kalinya, Buletin Inspirasi Perpustakaan kembali menemui anda semua. Ia menjadi suatu wadah untuk semua pustakawan dan kakitangan Perpustakaan untuk mengasah bakat dan potensi diri di dalam penulisan artikel dan berita. Sehubungan dengan itu, pada keluaran pertama tahun ini, sumbangan artikel agak memberangsangkan daripada pustakawan dan usaha-usaha tertentu perlu dibuat bagi menarik lebih ramai pustakawan dan kakitangan untuk menceburi bidang penulisan ini. Dengan terbitnya buletin ini, membuktikan bahawa peranan ahli jawatankuasa penerbitan amat relevan dan perlu diteruskan untuk meningkatkan kompetensi dan profesionalisma melalui penulisan.

Berita Perpustakaan edisi ini mengandungi pelbagai artikel, berita, peristiwa, dan aktiviti yang berlaku di sepanjang setengah tahun pertama 2011. Di antaranya ialah Perpustakaan UKM Menjadi Naib Juara Konvensyen ICC Perpustakaan Se-Malaysia 2011, Seminar Inovasi Perpustakaan, e-Rep Sebagai Wadah Melestarikan Penerbitan Akademia UKM, aktiviti-akitivi kualiti (Mesyuarat Semakan Pengurusan, Audit Pengawasan ISO 9000 : 2008, Audit Dalaman), Program Khidmat Masyarakat Perpustakaan, aktiviti-aktiviti Kelab Kebajikan dan Sukan Perpustakaan (KKSP), berita lawatan, berita kenaikan pangkat dan lain-lain.

Usaha menerbitkan Berita Perpustakaan ini adalah suatu inisiatif untuk mendokumentasikan secara terancang pelbagai berita dan peristiwa di dalam lingkungan Perpustakaan, pustakawan dan kakitangan agar suatu hari nanti, sejarah akan melihat peranan Perpustakaan sebagai sebuah organisasi yang besar dan penting kepada masyarakat. Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT sebagai amal jariah untuk bekalan di akhir nanti.

Akhir kata saya ingin menyampaikan ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua ahli jawatankuasa penerbitan atas komitmen yang tinggi dan jitu serta sentiasa memberi idea dan cadangan, pihak pengurusan tertinggi Perpustakaan khususnya Ketua Pustakawan yang sentiasa memberi dorongan dan semua penyumbang artikel untuk penerbitan kali ini.

Pergi mendaki Gunung DaikHendak menjerat kancil dan rusaBergotong-royong amalan yang baikElok diamalkan setiap masa

Daun sirih ulam Cik DaMakan sekapur lalu matiWalaupun ilmu banyak di dadaBiar merunduk resmi padi Shahruddin ShafriKetua Editor

KANDUNGANHalaman

SEMASAProgram Bakti Mesra Perpustakaan UKM

Mesyuarat Semakan Pengurusan Perpustakaan

Audit Dalaman Perpustakaan UKM

Audit Pengawasan MS ISO 9001:2008

Perpustakaan UKM sertai Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432H/2011M Peringkat UKM

Perpustakaan UKM Naib Juara Konvensyen ICC Perpustakaan Se-Malaysia ke-3 2011

BENGKELBengkel Semakan Penerbitan Ahli Akademik dalam Jurnal Terindeks ISI WOS dan Scopus

QIT Pengurusan anjur Seminar Inovasi Perpustakaan 2011

Bengkel Pembentukan KPI Perpustakaan UKM

Bengkel Pencarian Maklumat Untuk Kakitangan Perpustakaan

Bengkel Amalan Seragam Perpustakaan UKM Kini Kembali

Bengkel Kongsi Ilmu Teknik Pencarian Bahan Undang-Undang

IFLA International Newspaper Conference 2011

Bengkel Perolehan dan Pengkatalogan Bahan

Kursus Ketrampilan Pustakawan

Bengkel Dedahkan Kaedah Pencarian Bahan Perubatan Berkesan

RUANGAN KKSPCeramah Agama Sempena Maulidur Rasul

“Baiti Jannati” Santapan Rohani

42 Pelajar Sertai Program Bina Pelajar Cemerlang

Kuliah Fiqh Pengisian Pagi Jumaat

Lambaian Kaabah Umrah dan Ziarah

Pertandingan Futsal Perpustakaan UKM Meriah

Bengkel Baik Pulih Komputer

Gotong-Royong Satukan Ukhuwah

Secangkir Kasih di Pusat Jagaan Anak Yatim/Miskin Rukaiyah

BERITA CABANGBengkel Penerbitan Penyelidikan Di mana, Bagaimana dan Ke mana?

The ABC’s of Writing a Journal Article Berikan Tip dan Panduan Dalam Penerbitan Artikel Jurnal

Sanggar Kerja Hala Tuju Perpustakaan Dr. Abdul Latiff 2011-2015

Sanggar Kerja Berjaya Membentuk Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Perpustakaan PPUKM

ARTIKEL PILIHAN e-ReP Wadah Melestarikan Penerbitan Akademia UKM

BERITA KAKITANGANBERITA BERGAMBAR

5

9

8

7

6

5

55

1414

141313

1313

12

11

11

10

10

9

14

14

4

15

15

16

16

17

1918

12

Page 4: Perpustakaan UKM Naib Juara Konvensyen ICC Perpustakaan Se

INS

PIR

AS

I BIL

8 J

AN

-JU

N 2

011

4

Oleh : Shahruddin Shafri

Alhamdulillah, Program Bakti Mesra Perpustakaan UKM yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Seri Lanang dengan kerjasama Pejabat YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Pejabat Daerah Seremban, Penghulu Mukim Lenggeng, Pengetua Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Jai, Pejabat Pendidikan Daerah Seremban telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program yang dijalankan pada 8hb Januari 2011 telah dirasmikan oleh Y.B. Tuan Haji Mustafa Salim, Ahli Dewan Undangan Lenggeng. Peserta yang menghadiri program ini terdiri daripada warga Perpustakaan UKM, guru-guru, pelajar sekolah serta penduduk kampung.

Di antara tujuan program khidmat masyarakat ini diadakan untuk mendekatkan warga Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan masyarakat setempat dan membantu penyebaran maklumat serta galakan membaca di kalangan mereka.

Program Khidmat Masyarakat ini juga merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan oleh Perpustakaan UKM pada Program Pembudayaan Ilmu. Pada setiap tahun pihak Perpustakaan akan menjemput pelajar sekolah di sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk menyertai aktiviti yang dijalankan oleh Perpustakaan sempena program tersebut dan kali ini telah melangkah melepasi sempadan iaitu di Lenggeng, Negeri Sembilan.

Program ini juga diadakan untuk menyahut seruan dan hasrat universiti agar pihak pengurusan perpustakaan mengadakan aktiviti khidmat masyarakat di luar kampus. Ini sebagai salah satu langkah untuk memperkenalkan perpustakaan kepada masyarakat berkaitan dengan peranan dan perkhidmatannya.

Di antara objektif program ini ialah : -

• Melatih pustakawan dan kakitangan perpustakaan supaya dapat bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu aktiviti dengan masyarakat.

• Memberi kesedaran tentang kepentingan ilmu melalui pembacaan dan mewujudkan sudut bacaan di rumah.

• Menjalinkan kemesraan dan ukhuwah dengan anggota masyarakat desa melalui aktiviti yang diadakan. Melalui program ini beberapa aktiviti yang disusun dilaksanakan pada hari tersebut. Aktiviti ini dijayakan oleh pustakawan, kakitangan perpustakaan, guru-guru pusat sumber, pelajar sekolah dan penduduk kampung. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Dialog Pengurusan Pusat Sumber Sekolah, Gotong Royong Penceriaan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Sungai Jai, Gotong Royong Memasak, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Sepak Takraw Bulatan, Pertandingan Hafazan dan Azan, Pertandingan “Spell It Right”, Pertandingan Menganyam Ketupat dan sumbangan kepada Pusat Sumber Sekolah, masjid dan Tabika Kemas.

Program ini berjaya mencapai matlamat dan objektif seperti yang dinyatakan dan mudah-mudahan akan diteruskan lagi pada masa hadapan.

SemasaProgram Bakti Mesra Perpustakaan UKM

Para peserta yang menyertai pertandingan mewarna

Pihak perpustakaan bergambar kenangan bersama wakil penduduk Kampung Lenggeng, Negeri Sembilan

Page 5: Perpustakaan UKM Naib Juara Konvensyen ICC Perpustakaan Se

INS

PIR

AS

I BIL

8 J

AN

-JU

N 2

011

5

Semasa

Oleh: Shahruddin Shafri

Mesyuarat Semakan Pengurusan diadakan pada 3 hingga 4 Mac 2011 di Nilai Springs Resort Hotel, Nilai, Seremban, Negeri Sembilan. Mesyuarat setahun sekali ini diadakan bagi tujuan penambahbaikan kualiti perkhidmatan perpustakaan.

Seramai 23 orang Pustakawan yang terdiri daripada Ketua Pustakawan, Timbalan Ketua Pustakawan, ketua-ketua program, ketua-ketua bahagian, ketua perpustakaan cabang dan Penolong Pendaftar Perpustakaan turut serta. Setiap bahagian telah membentangkan pencapaian tahunan berdasarkan pencapaian objektif kualiti masing-masing.

Di antara pembentangan yang menarik ialah Laporan Audit di mana Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Puan Hafsah Mohd telah membentangkan hasil audit dalaman Perpustakaan yang diadakan pada 17 hingga 28 Januari 2011. Manakala Mesyuarat Penutup/Penyelarasan Audit Dalaman telah diadakan pada 7 Februari 2011.

Hasil audit dalaman mendapati terdapat dua Non-Conformance Report (NCR) minor dan bilangan pemerhatian ialah sebanyak 43 pemerhatian. Berdasarkan MS ISO 9001 : 2008, tindakan susulan perlu dibuat dengan segera berdasarkan pemerhatian auditee. Pecahan pemerhatian mengikut bahagian dan cabang ialah seperti berikut :

Mesyuarat Semakan Pengurusan Perpustakaan

Bil. Bahagian / Cabang Jumlah Pemerha an 1. Jurnal dan Jilidan 8 2. PDAL 7 3. Pentadbiran dan Kuali 5 4. PATMA 4 5. Perolehan 3 6. Koleksi Media 3 7. PPPUKM 3 8. Katalog 2 9. Perkhidmatan Pelanggan 2

10. Koleksi Asia Tenggara dan Dokumen 2 11. Koleksi Arab dan Tamadun Islam 2 12. Sistem & Teknologi Maklumat 1 13. Koleksi Arkib & Khas 1 14. Perkhidmatan Maklumat - 15. Perkhidmatan Penyelidikan - 16. PUU -

JUMLAH PEMERHATIAN 43

Oleh: Noraashikin Mohd Yusop

Audit Dalaman Perpustakaan UKM diadakan setahun sekali bagi memastikan sistem pengurusan kualiti perpustakaan memenuhi keperluan MS ISO 9001:2008. Audit dalaman bagi tahun 2010 ini telah dijalankan pada 17 hingga 28 Januari 2011 yang lalu. Audit ini dijalankan di Perpustakaan Tun Seri Lanang dan juga melibatkan semua Perpustakaan Cabang. Tujuan audit ini diadakan bagi memastikan semua prosedur kualiti perpustakaan dilaksanakan seperti yang telah dirancang, menilai keberkesanannya dan memberi peluang kepada tindakan pembetulan, pencegahan dan penambahbaikan dilaksanakan secara sistematik dan berterusan serta persediaan yang rapi bagi menghadapi audit daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

Audit Dalaman Perpustakaan UKM

Antara Pustakawan yang hadir mesyuarat bersama Ketua Pustakawan

Oleh: Noraashikin Mohd Yusop

Perpustakaan UKM sekali lagi dikunjungi oleh Pasukan Audit daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 30 dan 31 Mac 2011 yang lalu untuk Audit Pengawasan MS ISO 9001:2008. Pasukan audit diketuai oleh Puan Mariam Mohamed Zin dan dibantu oleh Hajah Hawa Ma’arof dan Mohd Azhar Abd Kadir. Perpustakaan yang terlibat untuk Audit Pengawasan pada kali ini ialah Perpustakaan Tun Seri Lanang dan Perpustakaan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Alhamdulillah, dengan usaha yang berterusan dan sentiasa mematuhi piawaian, Perpustakaan UKM telah berjaya melepasi Audit Pengawasan MS ISO 9001:2008. Tahniah diucapkan kepada Perpustakaan UKM!

Audit Pengawasan MS ISO 9001:2008

Oleh: Mohd Adnan Baharom

Majlis sambutan Maulidur Rasul adalah antara acara wajib yang diadakan setiap tahun bagi mengisi kalendar aktiviti UKM. Majlis yang dipenuhi dengan selawat dan pujian ke atas junjungan besar Baginda SAW ini telah diadakan pada 25 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiulawal 1432H di Dewan Canselor Tunku Abdul Razak (DECTAR). Majlis yang bermula seawal 8 pagi disertai oleh kakitangan dan pengurusan tertinggi universiti. Perpustakaan UKM juga tidak ketinggalan menyertai Perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini yang disertai seramai 200 kakitangan

Aturcara majlis terdiri daripada perarakan Maulidur Rasul, bacaan ayat suci Al-Quran, berzanji, selawat dan forum perdana. Pada tahun ini, Perpustakaan UKM sekali lagi menjuarai pertandingan Perarakan Maulidur Rasul. Tahniah Perpustakaan UKM!

Perpustakaan UKM sertai Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432H/2011M

Peringkat UKM

Page 6: Perpustakaan UKM Naib Juara Konvensyen ICC Perpustakaan Se

INS

PIR

AS

I BIL

8 J

AN

-JU

N 2

011

6

Perpustakaan UKM Naib Juara Konvensyen ICC Perpustakaan Se-Malaysia ke-3 2011

Semasa

Oleh: Shamsudin Ibrahim

Pada 9 hingga 11 Jun 2011 menyaksikan Perpustakaan UKM sekali lagi melakar siri kejayaan di peringkat kebangsaan. Kejayaan manis kali ini dibawa oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) KLIK di Konvensyen ICC Perpustakaan Se-Malaysia kali ketiga yang berlangsung di Hotel City Bayview, Pulau Langkawi. Sorotan kepada kejayaan terdahulu, KIK KLIK telah menjadi Naib Johan pada 2009 di Kuching Sarawak, diikuti oleh KIK PROTAG di Kota Kinabalu Sabah pada 2010 dan sekali lagi KIK KLIK pada 2011 di Langkawi. Ironinya kejayaan ini adalah kejayaan ulangan sebagai naib johan bagi Perpustakaan UKM untuk kali ketiga berturut-turut. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak penganjur konvensyen iaitu Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah dengan kerjasama Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) Wilayah Utara dan Majlis Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia yang memastikan konvensyen ini terus diadakan dengan sangat baik dan meriah.

Menyorot kepada detik manis di Langkawi, Perpustakaan UKM telah menghantar dua KIK iaitu KLIK dan Pantas 3. Pada kali ini, sebanyak 12 buah KIK telah menyertai konvensyen ini termasuklah Perpustakaan UiTM (2), Perpustakaan UNIMAS, Pustaka Negeri Sarawak, Perpustakaan Negeri Sabah, Perpustakaan UPM, BERNAMA, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, Perpustakaan UIAM dan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Penyertaan konvensyen ini adalah gabungan daripada tujuh buah perpustakaan akademik, empat buah perpustakaan awam negeri dan satu perpustakaan khusus. Manakala dua orang juri yang dilantik adalah daripada Malaysian Productivity Corporation. Hadiah menarik yang disediakan ialah RM3000 bagi tempat pertama, RM2000 tempat kedua dan RM1000 tempat ketiga. Setiap kumpulan juga turut menerima trofi dan sijil.

Daripada pengamatan kami, saingan dan kualiti pertandingan kali ini sangat sengit. Setiap Perpustakaan menunjukkan peningkatan mutu daripada aspek isi kandungan dan gaya persembahan berbanding semasa konvensyen kali pertama di Kuching, Sarawak. Alhamdulillah, pada sesi pembentangan oleh KLIK dan Pantas 3, ia berjalan dengan amat lancar termasuklah semasa pembentangan teks ucapan dan perjalanan teknikal. KLIK telah membentangkan projek JETP (Jurnal

Elektronik Teks Penuh) http://www.eklik.ukm.my/jetp pada sesi kelapan manakala Pantas 3 membentangkan

projek Roll & Slide (Book Return Bin) pada sesi terakhir konvensyen.

Sesi yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman senarai pemenang diadakan serentak dengan majlis jamuan makan malam pada Sabtu, 11 Jun 2011. Kami berasa amat bangga dengan kehadiran Tuan Haji Abu Bakar Maidin, Ketua Pustakawan sebagai tetamu jemputan khas pada malam tersebut. Sebelum pengumuman senarai pemenang, panel juri telah dijemput untuk menyampaikan ulasan keseluruhan mengenai projek KIK yang telah dibentangkan.

Di antara komen juri yang perlu diambil ingatan adalah setiap KIK perlu mengenalpasti apakah projek yang mempunyai impak yang tinggi kepada masyarakat dan negara termasuklah nilai nyata seperti keuntungan hasil jualan melalui pengkomersilan (tangible value) dan nilai yang tidak nyata (intangible value) seperti penjimatan masa, dan pengurangan sumber manusia. Juri turut menegaskan di mana mereka menghadapi kesukaran untuk memilih pemenang utama memandangkan projek yang dibawa oleh KIK mempunyai kualiti yang hampir sama. Pada akhirnya, keputusan pemilihan pemenang oleh juri perlu melihat kepada aspek nilai nyata iaitu apakah projek KIK yang telah membawa keuntungan kepada sesebuah organisasi atau syarikat.

Secara kesimpulannya, penobatan sebagai juara kepada KIK Whopedia daripada BERNAMA yang membawa projek Who’s Who (BLIS- BERNAMA Info Services) adalah menepati maksud nilai nyata yang perlu ada dalam sesebuah projek KIK. Diikuti Naib Juara kepada Perpustakaan UKM (KIK KLIK) dan ketiga kepada Perpustakaan UiTM (KIK Solve). Tahniah dan syabas kepada semua pemenang dan setiap ahli KIK yang bertanding. Semoga kejayaan ini akan terus menjadi inspirasi dan disoroti dengan pelbagai jenis kejayaan kepada Perpustakaan UKM di masa-masa akan datang. InsyaAllah.

KIK KLIK dan Pantas 3 bersama Ketua Pustakawan selepas sesi penyampaian hadiah.

KIK KLIK dan Pantas 3 bergambar di hadapan hotel sebelum sesi pembentangan masing-masing.

Page 7: Perpustakaan UKM Naib Juara Konvensyen ICC Perpustakaan Se

INS

PIR

AS

I BIL

8 J

AN

-JU

N 2

011

7

Oleh: Shamsudin Ibrahim ISI Web of Science (WOS), Scopus dan Journal Citation Reports merupakan pangkalan data yang digunakan oleh banyak universiti untuk mengesan penerbitan dalam makalah jurnal dan prosiding. Di peringkat antarabangsa, agensi penarafan universiti seperti Times Higher Education (THE), QS Top Universities dan Shanghai Jiao Tong menggunakan pangkalan data ini dalam melaporkan kedudukan dan prestasi universiti pada setiap tahun. Manakala di peringkat negara, Kementerian Pengajian Tinggi turut menggunakan pangkalan data ini dalam proses penilaian Universiti Penyelidikan dan sebagainya. Di UKM, pangkalan data ini lebih dikenali sebagai pangkalan data jurnal terindeks.

Berdasarkan senario ini, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut memperkemaskan proses penilaian penerbitan jurnal terindeks bagi perjawatan ahli akademik yang meliputi pengambilan baru, kenaikan pangkat dan lanjutan kontrak perkhidmatan. Dalam konteks ini, Perpustakaan UKM telah dipertanggungjawabkan oleh Universiti untuk menyediakan laporan penerbitan jurnal terindeks ahli akademik bagi memenuhi keperluan mesyuarat perjawatan akademik di peringkat kesepakaran Fakulti, Institut dan Pusat serta di peringkat Jabatan Pendaftar. Proses ini telah dilakukan sejak tahun 2008 oleh Perpustakaan di mana statistik permohonan yang direkodkan adalah 33 (2008), 83 (2009) dan 237 (2010).

Bagi tujuan perkongsian maklumat, Perpustakaan telah diberi kepercayaan oleh Universiti untuk mengendalikan “Bengkel Semakan Penerbitan Ahli Akademik dalam ISI WOS dan Scopus” yang disediakan khas kepada semua Penolong Pendaftar UKM. Bengkel dua hari ini telah

Bengkel Semakan Penerbitan Ahli Akademik dalam Jurnal Terindeks ISI WOS dan Scopus

diadakan pada 16 hingga 17 Februari 2011 di siber@ptsl, Perpustakaan Tun Seri Lanang.

Ia dihadiri oleh hampir 50 Penolong Pendaftar yang mewakili setiap Jabatan, Fakulti, Institut dan Pusat di UKM. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Mazni Md Yusof, Encik Shamsudin Ibrahim, Puan Rohalia Mohd Rohani dan Cik Nor Hamsiah Ahmad Hosaini iaitu Pustakawan daripada Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan.

Di antara modul menarik yang dikupas sepanjang berlangsungnya bengkel ini ialah kepentingan jurnal terindeks kepada universiti, jenis penerbitan akademik, kepelbagaian bentuk maklumat bibliografi k, jurnal terindeks Scopus dan ISI Web of Science dan semakan penerbitan berdasarkan resume penerbitan calon ahli akademik. Dalam setiap modul, peserta bengkel didedahkan dengan sesi amali dan soal jawab untuk menjadikan sesi bengkel lebih menarik. Pada akhir bengkel, pihak Perpustakaan telah dimohon untuk memanjangkan sesi ini kepada pegawai penyelidik di setiap Fakulti, Institut dan Pusat memandangkan ianya amat bermanfaat dan wajar diketahui oleh semua lapisan pentadbir dan penyelidik di UKM.

Penolong Pendaftar UKM bersama Fasilitator yang menyertai Bengkel Semakan Penerbitan Ahli Akademik dalam ISI WOS dan Scopus.

Bengke l

MUTIARA KATAMUTIARA KATA

“Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang “Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan, fikirkan tentang pengangguran, pekerjaan, fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat, yang berharap mereka orang-orang cacat, yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.”mempunyai pekerjaan seperti kita.”

Page 8: Perpustakaan UKM Naib Juara Konvensyen ICC Perpustakaan Se

INS

PIR

AS

I BIL

8 J

AN

-JU

N 2

011

8

Oleh: Harith Faruqi Sidek

Sebagai memenuhi peranan meneruskan kesinambungan budaya berinovasi di kalangan khalayak perpustakaan, QIT Pengurusan telah menganjurkan Seminar Inovasi Perpustakaan 2011. Seminar dua hari yang bermula 18 hingga 19 Mei ini berlangsung di Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia dan disertai kira-kira 30 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan perpustakaan seluruh Malaysia.

Sesuai dengan temanya “Menjana Transformasi Perkhidmatan Perpustakaan: Meningkatkan Citra Perpustakaan” penceramah jemputan yang terlibat terdiri daripada mereka yang arif dan berpengalaman luas dalam bidang inovasi khususnya di sektor pengajian tinggi, seperti Profesor Dr. Zalina Ismail dari Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr. Osman Hassan selaku Timbalan Pengarah Pusat Inovasi dan Kolaboratif UKM, Tuan Haji Kamaruddin Mamat yang merupakan Pengurus Jabatan Inovasi MPC serta Tuan Haji Abu Bakar Maidin yang juga merupakan Ketua Pustakawan UKM.

Antara objektif seminar ini adalah :

• Memberi peluang kepada pencipta inovasi memperkenalkan projek dan memberi pendedahan mengenai projek yang dihasilkan oleh kakitangan perpustakaan di Malaysia.

• Menjadi wadah bagi perpustakaan di Malaysia untuk berkongsi amalan terbaik yang dihasilkan dari projek inovasi.

• Memantapkan jaringan perpustakaan serta meningkatkan perkongsian dan penyebaran maklumat yang lebih aktif untuk manfaat bersama.

• Memupuk budaya kerja inovatif dan kreatif di kalangan warga perpustakaan di Malaysia.

Selain dapat menimba ilmu dalam sektor inovasi dan kreatif, para peserta juga berpeluang berkongsi pengalaman dan ilmu dalam penghasilan produk inovasi melalui slot “Demonstrasi Produk”. Diantara produk yang diketengahkan dalam sesi ini ialah JetP dari UKM, Smart ACQ-LIB dari UIA, Sistem Online Chat dari USM serta Smart Trolley dari UiTM.

Secara keseluruhannya seminar ini mendapat maklum balas yang positif daripada para peserta, malah seminar ini juga meneruskan momentum persiapan bagi beberapa perserta yang akan menyertai Konvensyen ICC Perpustakaan peringkat Kebangsaan di Langkawi pada 9 hingga 11 Jun 2011. Laporan awal berkenaan seminar ini turut dimuatkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 15 Mei 2011.

QIT Pengurusan anjur Seminar Inovasi Perpustakaan 2011

Bengke l

Sesi ceramah yang disampaikan oleh Profesor Dr. Zalina Ismail

En. Abu Bakar Maidin, Ketua Pustakawan Perpustakaan UKM ber-gambar kenangan bersama para peserta

Page 9: Perpustakaan UKM Naib Juara Konvensyen ICC Perpustakaan Se

INS

PIR

AS

I BIL

8 J

AN

-JU

N 2

011

9

Oleh: Fatimah Kamilah Awang Key Performance Indicator (KPI) atau Petunjuk Prestasi Utama merupakan indikator yang digunakan untuk melaporkan kemajuan tentang pelaksanaaan atau penyampaian proses-proses utama sesuatu matlamat dan objektif. Ia adalah suatu parameter yang boleh diukur, dipersetujui bersama, dan yang akan mencerminkan kejayaan organisasi serta membantu dalam mengukur kemajuan pencapaian matlamat organisasi.

Selaras dengan itu, Universiti Kebangsaan Malaysia berusaha membangunkan format baru dalam Sistem Penilaian Prestasi Universiti (SPPU) berasaskan KPI bagi menggantikan SPPU yang berasaskan Sasaran Kerja Tahunan (SKT). Perpustakaan UKM dan Jabatan Farmasi telah diberi kepercayaan dan tanggungjawab sebagai perintis bagi menjayakan hasrat Universiti.

Oleh yang demikian, bagi mendukung kepercayaan yang telah diberikan, perpustakaan telah menganjurkan Bengkel Pembentukan KPI Perpustakaan UKM yang telah diadakan pada 23 hingga 25 Jun 2011 bertempat di Mahkota Hotel, Melaka. Bengkel ini telah menghimpunkan semua Pustakawan termasuk pengurusan tertinggi perpustakaan dalam usaha menghasilkan KPI perpustakaan yang berkesan.

Bengkel yang berlangsung selama tiga hari ini diisi dengan sesi pembentangan KPI kakitangan bagi setiap bahagian di perpustakaan. Sesi pembentangan ini turut disertai dan dibantu oleh Encik Mahayodin@Mahyudin Omar, Timbalan Pengarah (Pengurusan Bakat), Pusat Perancangan Korporat dan Kepimpinan UKM. Setiap KPI yang dibentangkan akan dibincang bersama dan ditambah baik mengikut kesesuaian tugas untuk mencapai kata sepakat serta persetujuan.

Secara keseluruhannya, sepanjang bengkel ini berlangsung, kesemua KPI kakitangan di setiap bahagian berjaya dibentangkan dan dikemaskini mengikut kepentingan tugas bahagian masing-masing. Semoga dengan berakhirnya bengkel ini, KPI yang telah dipersetujui dapat membantu pihak pengurusan menilai dan memantau keberkesanan setiap bahagian dan kakitangan di dalam mencapai objektif yang ditetapkan.

Bengkel Pembentukan KPI Perpustakaan UKM

Oleh: Rosmarlidaini Mah Hasan Online Public Access Catalog (OPAC) merupakan katalog atas talian yang menyediakan maklumat bibliografi berkenaan bahan yang terdapat dalam koleksi sesebuah perpustakaan. Akan tetapi, walau sebanyak mana maklumat yang direkodkan, ianya tidak akan dapat membantu perolehan maklumat yang tepat jika tidak diakses dengan betul. Menyedari kepentingan pengaksesan maklumat yang betul, perpustakaan telah menganjurkan satu bengkel pencarian maklumat khusus kepada kakitangan.

Antara tujuan bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan terutama yang bertugas di kaunter tentang kaedah pencarian maklumat bahan-bahan di perpustakaan. Bengkel ini diadakan selama dua hari iaitu pada 8 hingga 9 Mac 2011 bertempat di siber@ptsl. Pada hari pertama, peserta diberi pendedahan mengenai sumber maklumat yang terdapat di perpustakaan termasuklah sumber bercetak dan sumber elektronik. Seterusnya, peserta didedahkan dengan OPAC perpustakaan iaitu GEMILANG, KDUKM dan MYTO, disusuli dengan pangkalan data dalam talian. Sesi petang diteruskan dengan sesi amali di mana peserta diberi tugasan pencarian maklumat menggunakan sumber maklumat yang terdapat di perpustakaan.

Pada hari kedua, bengkel diteruskan dengan pencarian maklumat bahan media. Di awal sesi, peserta diberi pendedahan dengan pengenalan kepada bahan media, kemudian diteruskan dengan kaedah pencarian maklumat bahan media. Ini disebabkan bahan media memerlukan teknik pencarian yang sedikit berbeza dengan bahan-bahan lain. Seperti hari pertama, sesi petang diteruskan dengan sesi amali di mana peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan ditugaskan untuk mencari maklumat bahan media dan kemudiannya melakukan persembahan mengenai teknik atau kaedah pencarian yang digunakan.

Bengkel pencarian maklumat ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan dengan kepelbagaian teknik pencarian dan kepelbagaian bahan yang terdapat di perpustakaan. Ini untuk memastikan maklumat yang disampaikan oleh kakitangan adalah tepat disamping membantu dalam memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada pelanggan.

Bengkel Pencarian Maklumat Untuk Kakitangan Perpustakaan

Bengke l

Peserta khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Encik Mahayodin@Mahyudin Omar

MUTIARA KATAMUTIARA KATA

“Perbezaan antara mereka yang berjaya “Perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan.”kekurangan kesungguhan dan kemahuan.”

Page 10: Perpustakaan UKM Naib Juara Konvensyen ICC Perpustakaan Se

INS

PIR

AS

I BIL

8 J

AN

-JU

N 2

011

10

Bengke lBengkel Amalan Seragam Perpustakaan

UKM Kini Kembali

Oleh: Sa’diah Sanad

Mesra pelanggan merupakan salah satu aspek penting yang ditekankan dalam penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Selaku sebuah organisasi yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat, Perpustakaan UKM sentiasa berusaha untuk memenuhi kepuasan hati pelanggan. Dalam usaha untuk menerapkan amalan mesra pelanggan ini, Bengkel Amalan Seragam (ASP) telah diadakan. Bengkel perintis telah dimulakan pada tahun 2008 di mana sebanyak tiga sesi telah diadakan.

Pada tahun 2011, bengkel ini diadakan sekali lagi dan keutamaan penyertaan diberikan kepada kakitangan baru, namun masih memberi peluang kepada kakitangan lama yang berminat untuk menyertainya. Seramai 60 orang Kakitangan Perpustakaan UKM yang terdiri daripada Pustakawan, Pembantu Perpustakaan, Pembantu Pemuliharaan, Pembantu Tadbir dan Pembantu Am Pejabat telah dipilih untuk menyertai bengkel ini. Bengkel yang diadakan pada 13 dan 14 April 2011, bertempat di Hotel Residence, UNITEN ini bertujuan untuk meningkatkan citra organisasi melalui amalan perlakuan dan cara berkomunikasi yang baik, teratur dan mesra pelanggan. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan disamping menyemai budaya kerja berkualiti dan nilai-nilai murni dalam organisasi.

Penceramah bengkel terdiri daripada pustakawan-pustakawan yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam memberi perkhidmatan rujukan dan khidmat nasihat di perpustakaan. Antara modul yang menjadi pengisian bengkel ialah perkhidmatan mesra dengan senyuman, komunikasi melalui telefon dan amalan mesra pelanggan. Bengkel ini juga turut dilengkapkan dengan tiga sesi simulasi yang melibatkan penyertaan daripada semua peserta dan diselang selikan dengan nyanyian.

Pada majlis penutup bengkel ASP UKM pada hari kedua, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Puan Hafsah Mohd. dalam ucapannya berharap dengan adanya bengkel seumpama ini dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan ke tahap yang lebih baik dan cemerlang. Disamping itu, jati diri kakitangan juga lebih terserlah demi memartabatkan imej Perpustakaan UKM secara konsisten dan berterusan.

Bengkel Kongsi Ilmu Teknik Pencarian Bahan Undang-Undang

Oleh: Mohd Adnan Baharom

Perpustakaan UKM menganjurkan Bengkel Pencarian Bahan Undang-Undang pada 10 Mei 2011 bertempat di Perpustakaan Undang-Undang. Bengkel sehari yang julung kali diadakan ini disertai oleh para Pustakawan dan Penolong Pegawai Perpustakaan.

Bengkel bertujuan memberi pendedahan mengenai teknik-teknik pencarian bahan undang-undang yang berbeza berbanding pencarian bahan bukan undang-undang yang lain seperti pencarian artikel, kes dan sebagainya.

Bengkel yang dikendalikan oleh Pustakawan Perpustakaan Undang-Undang iaitu Encik Mohd Adnan Baharom dan Puan Norliah Sukarno ini terbahagi kepada dua sesi. Sesi pertama, peserta didedahkan dengan pengenalan undang-undang Malaysia serta susur galur bagaimana sesuatu undang-undang itu dibuat dan terma-terma undang-undang yang digunapakai.

Sesi kedua pula, peserta diajar cara menggunakan pangkalan data undang-undang seperti Lexis Nexis, Westlaw, Hein Online, CLJ Law dan sebagainya. Di samping itu, peserta didedahkan mengenai terma-terma pencarian yang digunakan dan sesi ini lebih tertumpu kepada bagaimana mendapatkan ataupun mencari kes menggunakan pangkalan data tersebut. Di akhir sesi, peserta diuji dengan kuiz yang memerlukan peserta melakukan pencarian kes dan juga cara membaca bahan statut.

Kesimpulannya, bengkel seperti ini wajar dijadikan kursus tahunan di dalam kalendar aktiviti Perpustakaan UKM kerana banyak manfaat dan ilmu yang boleh dikongsi di kalangan peserta. Ia juga tidak terhad kepada pegawai malah boleh disertai oleh kakitangan yang lain.

Ketua Pustakawan, En. Abu Bakar Maidin bersama AJK dan peserta hari pertama Peserta diajar cara menggunakan pangkalan data undang-un-

dang pada sesi kedua bengkel

MUTIARA KATAMUTIARA KATA

“Sebelum kita menunjukkan jari dan “Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.”ada seorang pun yang tidak berdosa.”

Page 11: Perpustakaan UKM Naib Juara Konvensyen ICC Perpustakaan Se

INS

PIR

AS

I BIL

8 J

AN

-JU

N 2

011

11

IFLA International Newspaper Conference 2011

Oleh : Hamidah Erman

Kini, perpustakaan di seluruh dunia menempuh cabaran memelihara suratkhabar bercetak yang menjadi sebahagian kebudayaan sesebuah negara. Perpustakaan perlu bertindakbalas terhadap perkembangan teknologi digital yang menghasilkan suratkhabar berbentuk digital/atas talian (born digital). Perpustakaan di era ini juga perlu mengurus suratkhabar digital dan perkembangan ini telah memberi kesan kepada perolehan, perkembangan koleksi, akses, penyimpanan, pemeliharaan suratkhabar dan isi kandungannya serta pinjaman antara perpustakaan.

Meneliti cabaran mendatang yang semakin menguji keupayaan dan kemampuan perpustakaan, pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan International Federation of Library Associations and Institutions (IFLA) Newspaper Section telah menganjurkan secara bersama IFLA International Newspaper Conference 2011 yang bertempat di Perpustakaan Negara Malaysia pada 25 April 2011 hingga 27 April 2011 yang lalu. Persidangan kali ini bertemakan “Newspaper in Multiple Scripts and Multiple Languages : Issues and Challenges for National Heritage”Persidangan bertaraf antarabangsa ini diadakan bertujuan untuk membolehkan para peserta berkongsi ilmu dalam menghadapi tekanan teknologi digital yang berkembang dengan pesat. Tambahan pula ruang dan peluang yang disediakan perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pustakawan dan para profesional untuk berkongsi idea serta berusaha mewujudkan kerjasama dalam penambahbaikan perkhidmatan suratkhabar di perpustakaan.

Persidangan tiga hari yang telah dihadiri oleh lebih daripada 150 orang perwakilan dari pelbagai Negara ini telah memberi peluang kepada para peserta mengetahui dan berkongsi idea serta pengalaman dalam perkembangan pengurusan dan perkhidmatan surat khabar di negara seperti Belanda, India, Singapura, Jerman, Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Finland, dan tidak ketinggalan negara kita Malaysia. Majoriti peserta persidangan adalah dari Malaysia, termasuklah empat orang wakil Perpustakaan UKM iaitu Encik Hazmir Hj. Zainal, Encik Shahruddin Shafri, Puan Azmah Ishak dan penulis sendiri.

Bengke l

Beberapa aspek pengurusan dan perkhidmatan suratkhabar yang dibincangkan adalah pemeliharaan suratkhabar bercetak, mikrofom dan digital, pendigitan, akses, promosi dan hak cipta/harta intelek. Para peserta juga dibawa melawat ke Pusat Sumber Petroleum Petronas KLCC, Yayasan Kepimpinan Perdana dan Putrajaya.

Melalui persidangan ini, pastinya ada idea yang terjana untuk menangani isu dan cabaran memelihara suratkhabar yang terdapat dalam pelbagai skrip/tulisan dan bahasa sebagai warisan Negara, tetapi di peringkat pelaksanaan pastinya terdapat kekangan tertentu seperti kewangan, kepakaran dan sebagainya. Namun begitu, Malaysia masih beruntung kerana pemeliharaan berita dan maklumat suratkhabar mengenai “Malaysiana” melalui pendigitan telah dilaksanakan oleh BERNAMA dan Utusan Melayu Information Centre.

Sesungguhnya, kita sebagai warganegara yang terbuka minda dan telah sedar akan kepentingan suratkhabar sebagai khazanah warisan negara ini, mengambil tindakan memeliharanya dengan baik supaya dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang.

Oleh : Rosmarlidaini Mah Hasan

Perolehan dan pengkatalogan merupakan nadi dalam perkembangan sesebuah koleksi di perpustakaan. Menyedari kepentingan tersebut serta dalam usaha memantapkan koleksi, perpustakaan sekali lagi telah menganjurkan bengkel perolehan dan pengkatalogan kepada kakitangan. Bengkel ini adalah kesinambungan daripada bengkel yang telah diadakan pada tahun 2009.

Bengkel yang diadakan pada 23 Februari 2011 bertempat di siber@ptsl ini disertai oleh 30 orang kakitangan. Pada bengkel kali ini, pengisiannya tertumpu kepada proses perolehan dan pengkatalogan bahan media. Antara tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan tentang bentuk dan jenis bahan media yang terdapat di perpustakaan, bagaimana ianya diperolehi dan seterusnya dikatalog sebelum dapat diakses oleh pelanggan.

Dalam kursus-kursus sebelum ini, kebanyakan kakitangan telah didedahkan kepada bahan monograf, tetapi untuk kali ini peserta didedahkan dengan pengurusan bahan bukan monograf. Pendedahan ini merupakan salah satu daripada tujuan bengkel ini diadakan. Adalah diharapkan agar bengkel yang julung kali diadakan ini akan menjadi perintis kepada bengkel lain seumpamanya pada masa akan datang.

Bengkel Perolehan dan Pengkatalogan Bahan

Antara pembentang yang membentangkan kertas kerja

Page 12: Perpustakaan UKM Naib Juara Konvensyen ICC Perpustakaan Se

INS

PIR

AS

I BIL

8 J

AN

-JU

N 2

011

12

Oleh: Siti Wahida Amanullah dan Anna Kustyana Mukandar

Seiring dengan saranan Perdana Menteri Malaysia berhubung dengan Sistem Penyampaian Perkhidmatan di sektor awam, QIT Perkhidmatan Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil langkah untuk mengendalikan Kursus Ketrampilan Pustakawan.

Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberi peluang kepada para peserta meningkatkan ketrampilan diri yang meliputi aspek dalaman dan luaran termasuklah penampilan, pengurusan emosi, pengkayaan rohani, kemahiran komunikasi dan memperindahkan peribadi.

Kursus yang berlangsung pada 26 hingga 28 Jun 2011 ini berjaya menarik golongan pustakawan bukan sahaja daripada perpustakaan akademik bahkan perpustakaan khusus, perpustakaan sekolah, perpustakaan awam dan juga perpustakaan swasta. Kursus ini diserikan dengan penceramah-penceramah terkenal dalam bidang tersendiri seperti Encik Azahar Mohd Noor (Petronas Petroleum Resource Centre), Puan Faridah Talib (Universiti Teknologi MARA), Ustaz Jalaluddin Haji Mohd Nor (J2K Training Associates Sdn Bhd), Puan Hamidah Hashim (RHG Training) dan Puan Wardina Safi yyah Fadlullah Wilmot (Personaliti TV3). Ternyata topik-topik yang dipilih dapat disampaikan dengan amat berkesan sehingga rata-rata para peserta memohon agar slot-slot tertentu dipanjangkan. Tidak kurang juga terdapat peserta berharap agar diadakan siri kedua untuk kursus ini.

Dengan suasana yang mendamaikan di Nilai Springs Resort, Negeri Sembilan, penampilan dan demonstrasi produk-produk kesihatan dan busana ke pejabat juga dilihat sebagai slot santai yang dapat menghilangkan “stress” dan memberi panduan kepada peserta untuk tampil berkeyakinan dan mempunyai personaliti yang menarik sesuai dengan bidang tugas kepustakawanan itu sendiri.

Ketua Pustakawan UKM, Tuan Haji Abu Bakar Maidin telah hadir di acara penutup untuk menyampaikan sijil kepada para peserta di samping tiga hadiah kejutan untuk peserta yang paling awal menghantar borang permohonan,

Kursus Ketrampilan PustakawanBengke l

Oleh: Azlan Mohamad Hamzah

Perpustakaan UKM menganjurkan Bengkel Pencarian Bahan Perubatan pada 11 Mei 2011 bertempat di siber@ptsl. Bengkel sehari ini disertai oleh para Pustakawan dan Penolong Pegawai Perpustakaan.

Bengkel bertujuan memberi pendedahan mengenai jenis-jenis bahan perubatan, kaedah pengkelasan bahan perubatan, pengenalan kepada Portal Perubatan, dan pengenalan Perisian Bibliografi Wizfolio. Bengkel dikendalikan oleh Pustakawan Perpustakaan Pusat Perubatan UKM dan Perpustakaan Dr Abdul Latif iaitu Encik Azman Idris, Encik Azlan Mohamad Hamzah dan Cik Mariati Embong.

Sesi amali juga diadakan secara berkumpulan bagi memantapkan lagi kefahaman tentang kaedah pencarian bahan perubatan. Setiap kumpulan dikehendaki menjawab soalan yang diberikan dan pemenang adalah berdasarkan markah terbanyak dan masa terpantas.

Kesimpulannya, bengkel ini amat baik dalam memberi pendedahan kepada para pustakawan yang bertugas di Meja Penasihat Pembaca bagi menjawab persoalan pelanggan berkaitan pencarian maklumat perubatan dengan lebih berkesan.

Bengkel Dedahkan Kaedah Pencarian Bahan Perubatan Berkesan

Penyampaian hadiah kepada kumpulan terbaik

peserta paling awal sampai di tempat kursus dan peserta paling ceria. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada QIT Perkhidmatan yang berjaya menganjurkan Kursus Ketrampilan Pustakawan. Di samping itu, beliau juga mengharapkan para peserta mengamalkan ilmu yang telah diperolehi dalam kehidupan dan tugasan seharian.

Wardina berinteraksi bersama salah seorang peserta kursus

Page 13: Perpustakaan UKM Naib Juara Konvensyen ICC Perpustakaan Se

INS

PIR

AS

I BIL

8 J

AN

-JU

N 2

011

13

Ceramah Agama Sempena Maulidur Rasul

Bagi meraikan sambutan Maulidur Rasul 1432H yang bertemakan 1Malaysia 1Ummah, Biro Dakwah dan Kerohanian KKSP menganjurkan ceramah Agama mengenai erti kesyukuran yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fakhrurrazi Mohamad Zabidi, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, UKM. Ceramah ini diadakan pada 18 Februari 2011 bertempat di Bilik Sanggar Ilmu, PTSL.

Biro Dakwah dan Kerohanian KKSP sekali lagi menganjurkan ceramah Agama berkisar mengenai aspek kekeluargaan dan keibubapaan. Ceramah yang disampaikan oleh Tuan Haji Jalaludin Hj Mohd Nor dari Yayasan Amanah Latihan Berkanun telah diadakan dengan jayanya pada 25 Mac 2011 bertempat di Bilik Sanggar Ilmu, PTSL.

Biro Ekonomi dengan kerjasama Biro Pendidikan dan ICT KKSP telah menganjurkan Program Bina Pelajar Cemerlang pada 3 April 2011 bertempat di Bilik Sanggar Ilmu, PTSL. Program yang bermula seawal jam 8 pagi hingga 5 petang ini, terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Program ini menampilkan Tuan Haji Ibrahim bin Abdul Rahman (Pakar Motivasi Haluan) dan Tuan Haji Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan (Juara Imam Muda Astro) sebagai penceramah. Pada hari yang sama juga, berlangsungnya Hari Jualan KKSP. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kakitangan perpustakaan. Ini dapat dilihat melalui penyertaan pelbagai gerai jualan pada hari tersebut.

Diadakan pada setiap hari Jumaat minggu ketiga, kuliah ini merupakan salah satu program keagamaan yang dianjurkan oleh Biro Dakwah dan Kerohanian KKSP. Ia bertujuan memberi peluang kepada kakitangan perpustakaan UKM untuk mempelajari ilmu-ilmu fi qh dan memahami ajaran Islam yang berkaitan dengan hukum-hakam amali.

“Baiti Jannati” Santapan Rohani

42 Pelajar Sertai Program Bina Pelajar Cemerlang

Kuliah Fiqh Pengisian Pagi Jumaat

Ruangan KKSPOleh: Ruzita Kamis

Sebahagian kakitangan perpustakaan UKM yang mengikuti ceramah sempena sambutan maulidur rasul

Tuan Haji Jalaludin, penceramah “baiti jannati”

Sebahagian Peserta Bengkel Bergambar Bersama Imam Muda Asyraf dan penganjur kursus

Sebahagian kakitangan Perpustakaan UKM yang mengikuti kuliah kitab fi qh

MUTIARA KATAMUTIARA KATA

“Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat “Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling dengan batu lalu dibalas buahnya dibaling dengan batu lalu dibalas dengan buah.”dengan buah.”

Page 14: Perpustakaan UKM Naib Juara Konvensyen ICC Perpustakaan Se

INS

PIR

AS

I BIL

8 J

AN

-JU

N 2

011

14

Pertandingan Futsal Perpustakaan UKM Meriah

Tanggal 21 Mei 2011 bertempat di Vrox Sport Center, Sungai Tangkas, berlangsungnya Pertandingan Futsal antara Bahagian Perpustakaan UKM. Pertandingan yang dianjurkan oleh Biro Sukan dan Rekreasi KKSP mendapat sambutan hangat daripada kakitangan perpustakaan. Sebanyak enam pasukan bagi kategori lelaki dan empat pasukan kategori wanita telah menyertai pertandingan tersebut. Johan Kategori Lelaki disandang oleh pasukan Bahagian Katalog, Koleksi Asia Tenggara dan Dokumen dan Koleksi Arkib dan Khas PTSL manakala Johan Kategori Wanita dimenangi oleh pasukan Aras 4. Para pemenang pertandingan mendapat piala pusingan, plak dan hamper.

Lambaian Kaabah Umrah dan Ziarah

Buat julung kalinya, Biro Ekonomi KKSP dengan kerjasama Irna Yakin Travel & Tours Sdn. Bhd. telah menganjurkan Program Umrah dan Ziarah. Seramai 22 jemaah menyertai program umrah tersebut termasuklah empat orang daripadanya merupakan ahli KKSP iaitu Puan Anna Kustyana Mukandar, Puan Norshabinar Atan, Puan Noraidah Selamat dan Cik Marina Yusof. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sebelum program umrah seperti kursus persediaan umrah, majlis bacaan Yasin dan doa selamat untuk jemaah umrah.

Seramai 22 anak kakitangan UKM telah mengikuti Bengkel Baik Pulih Komputer anjuran Biro Pendidikan dan ICT KKSP pada 11 Jun 2011 bertempat di siber@ptsl. Bengkel sehari ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang asas baik pulih komputer sekiranya berlaku gangguan atau kerosakan kepada komputer. Majlis penyampian sijil kursus disampaikan oleh Puan Hafsah Mohd selaku Pengerusi KKSP.

Rentetan kejayaan penganjuran program Gotong-Royong Siri I, Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan KKSP sekali lagi menganjurkan program tersebut pada 16 Jun 2011. Seramai 30 sukarelawan terdiri daripada kakitangan perpustakaan dan pelajar UKM bekerjasama membersihkan surau pelajar Aras 2. Selain membersihkan ruang solat, sukarelawan juga turut membersih lantai bilik air, menjahit sejadah dan mengecat rak kasut.

Gotong-Royong Satukan UkhuwahBengkel Baik Pulih Komputer

AMAL. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Selaras dengan itu, Perpustakaan UKM telah menjadikan Pusat Jagaan Anak Yatim/Miskin Rukaiyah sebagai anak angkat. Kehadiran kakitangan Perpustakaan UKM sebagai sukarelawan bukan sahaja sebagai pembakar semangat malah memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada anak-anak yatim dalam pelajaran mereka. Selain itu, anak-anak yatim turut menjadi jemputan tetap dalam setiap program yang dianjurkan oleh perpustakaan.

Secangkir Kasih di Pusat Jagaan Anak Yatim/Miskin Rukaiyah

Ruangan KKSP

Para Jemaah bergambar bersama ahli keluarga sebelum berangkat ke Tanah Suci

Pemenang pertandingan futsal bergambar bersama piala pusingan KKSP

Sebahagian kakitangan perpustakaan dan pelajar UKM yang menyertai gotong royong

Page 15: Perpustakaan UKM Naib Juara Konvensyen ICC Perpustakaan Se

INS

PIR

AS

I BIL

8 J

AN

-JU

N 2

011

15

Bengkel Penerbitan PenyelidikanDi mana, Bagaimana dan Ke mana?

Oleh: Azman Idris

Perpustakaan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPPUKM) telah menganjurkan bengkel yang berkaitan dengan penerbitan penyelidikan bertempat di Makmal Multimedia PPPUKM pada 30 hingga 31 Mei 2011. Kursus dua hari ini telah dihadiri oleh peserta yang terdiri daripada Pensyarah, Pelajar Pasca Siswazah dan Pustakawan dari pelbagai Institusi seperti UiTM, USM, UPM dan PPUKM. Majlis perasmian telah dilakukan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Nabishah Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Pustaka Maya, PPPUKM.

Objektif bengkel adalah untuk membolehkan peserta memahami kaedah dan tip bagaimana untuk menulis serta menghasilkan sesuatu penerbitan agar penerbitan tersebut berjaya diterbitkan di dalam sesebuah jurnal khususnya jurnal yang berimpak faktor tinggi.

Sebanyak tujuh kertas kerja telah dibentangkan, antaranya adalah yang berkaitan dengan penilaian penerbitan akademik serta isu dan cabarannya. Peserta juga didedahkan kepada kaedah penggunaan pangkalan data ISI Web of Science, SCOPUS, Wizfolio serta penggunaan Pubmed dan Google Scholar. Dengan itu, peserta dapat mengetahui dalam jurnal mana artikel mereka perlu diterbitkan. Peserta juga didedahkan dengan kaedah penerbitan dalam pangkalan data Akses Terbuka (Open Acess) iaitu Biomed Central.

Sesi berkongsi tip tentang kaedah penulisan artikel perubatan yang berkesan juga diberikan kepada peserta oleh Prof Madya Dr. Srijit Das dari Jabatan Anatomi, Pusat Perubatan UKM. Selain itu, demo penggunaan aplikasi telefon pintar dalam mengakses maklumat perubatan juga diadakan pada hari tersebut.

Kesimpulannya, bengkel ini telah berjaya meningkatkan minat peserta untuk menulis serta menerbitkan hasil penulisan mereka di dalam jurnal berwasit.

Oleh: Azlan Mohamad Hamzah

Penerbitan sesuatu artikel jurnal merupakan satu perkara penting dalam dunia pengajian tinggi masa kini. Antara sebab penulisan sesuatu artikel itu adalah kerana ianya menjadi antara prasyarat bagi peningkatan kerjaya seseorang, meningkatkan inovasi dan bagi peningkatan penerbitan sesebuah Universiti.

Pada 12 Januari 2011, Perpustakaan PPUKM telah menganjurkan Ceramah ‘The ABCs of Writing a Journal Article’ bagi mendedahkan panduan dan kaedah terbaik dalam penerbitan dan penulisan sesuatu artikel jurnal kepada para ahli akademik. Sambutan peserta amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 125 peserta. Ceramah diberikan oleh Ms Rosalia Garcia dari SAGE Publications. Ceramah diadakan di Dewan Kuliah 1, Pusat Perubatan UKM.

Pada sesi ceramah ini, penceramah antaranya berkongsi tip iaitu dalam menerbitkan sesuatu artikel adalah penting bagi penulis dalam memilih sesuatu jurnal untuk diterbitkan iaitu jurnal yang relevan, mempunyai impak faktor, reputasi jurnal tersebut dan kadar penolakan (rejection rate) bagi jurnal tersebut.

Secara keseluruhannya, para peserta berpuas hati dengan ceramah ini kerana dapat memberikan pengetahuan dalam penerbitan artikel jurnal. Kesimpulannya, inisiatif Perpustakaan dalam menganjurkan ceramah ini amat baik dan dapat menyokong aktiviti penerbitan dan penyelidikan Universiti terutamanya dalam bidang perubatan.

The ABC’s of Writing a Journal Article Berikan Tip dan Panduan Dalam

Penerbitan Artikel Jurnal

Beri t a da r i c abang

Urusetia bergambar kenangan bersama peserta bengkel Sesi ceramah yang disampaikan oleh Ms Rosalia Garcia

MUTIARA KATAMUTIARA KATA

“Orang yang terlalu memikirkan akibat dari “Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani.”berani.”

Page 16: Perpustakaan UKM Naib Juara Konvensyen ICC Perpustakaan Se

INS

PIR

AS

I BIL

8 J

AN

-JU

N 2

011

16

Sanggar Kerja Berjaya Membentuk Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

Perpustakaan PPUKM

Oleh: Roslinda Abd Rauf

Sanggar Kerja Perpustakaan PPUKM diadakan di Hotel Grand Continental, Langkawi Kedah pada 30 Januari hingga 1 Februari 2011. Semua Pegawai dan Kakitangan Perpustakaan PPUKM hadir pada Sanggar Kerja tersebut.

Objektif Sanggar Kerja ini bertujuan memberi pendekatan dan pendedahan kepada Kakitangan PPPUKM tentang kaedah membina semula Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi setiap kakitangan dan Bahagian di Perpustakaan PPUKM. SeIain itu, ia juga dapat memperbaiki dan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan perpustakaan dengan menerapkan budaya pengurusan berasaskan prestasi sekaligus membuat penilaian semula objektif dan mengukur pencapaian Perpustakaan PPUKM. Dengan adanya KPI ini Perpustakaan PPUKM dapat mengukur sasaran kerja dan penghasilan output perpustakaan dalam menyediakan perkhidmatan yang memuaskan hati pelanggan.

Hasil yang diperolehi dari Sanggar Kerja yang dijalankan ia dapat membantu memperbaiki dan meningkatkan mutu kerja dengan memaksimakan produktiviti dan pengurusan kerja yang lebih teratur. Ia juga dapat membentuk semangat kerja berpasukan serta mengeratkan hubungan silaturahim pegawai dan kakitangan dalam sebuah organisasi.

Sanggar Kerja Hala Tuju Perpustakaan Dr. Abdul Latiff 2011-2015

Oleh: Azhari Sahamir

Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (PDAL) telah mengadakan program sanggar kerja dan lawatan perpustakaan pada 18 hingga 20 Jun 2011 di Terengganu. Hampir kesemua kakitangan terlibat dan peluang telah diambil sebaik mungkin bagi menghindarkan diri seketika dari kesibukan kota metropolitan iaitu Kuala Lumpur.

Ini merupakan Sanggar Kerja PDAL yang pertama diadakan berpaksikan “hala tuju Perpustakaan Dr. Abdul Latiff 2011-2015”. Perbincangan telah diadakan dengan lancar pada 18 dan 19 Jun 2011 di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu. Segala cadangan dan idea dibahas bersama selama dua hari. Kerjasama dikalangan kakitangan menunjukkan tanda-tanda positif demi penambahbaikan kemudahan dan perkhidmatan selari dengan hala tuju PDAL.

Pada malam 19 Jun 2011, satu majlis kejutan buat Puan Faizah Mohd Zain yang bakal bersara pada 15 Julai 2011 telah diadakan. Majlis pra-perpisahan ini dilengkapi dengan ucapan daripada Puan Faizah, ucapan daripada wakil PDAL iaitu Cik Mariati Embong, nyanyian daripada kakitangan dan gurindam jiwa oleh Encik Wahab Yusoh. Acara memotong kek oleh Puan Faizah dan sesi bergambar juga turut diadakan.

Pada hari terakhir 20 Jun 2011, kakitangan PDAL melawat Perpustakaan Perbadanan Awam Kuala Terengganu. Bangunan yang tersergam indah amat menarik sekali dengan adanya amalan 5S di kalangan kakitangan perpustakaan. Susun atur yang kemas, penstrukturan kemudahan perpustakaan yang strategik dan kelestarian amalan 5S amat kami amati untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

Beri t a da r i c abang

Kakitangan PDAL juga berkesempatan melawat Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA). Kami tidak bernasib baik kerana tidak dapat melawat bangunan perpustakaan yang baru kerana belum siap sepenuhnya. InsyaAllah jika ada kesempatan kami akan ke UNISZA sekali lagi. Kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 2 petang. Semoga kakitangan PDAL dapat memanfaatkan segala ilmu dan pengalaman semasa berada di Terengganu. Tahun hadapan sanggar di mana pula ya?

Kakitangan yang menjayakan sanggar kerja Perpustakaan Dr. Abdul Latiff

Kakitangan PPPUKM yang menyertai sanggar kerja

Page 17: Perpustakaan UKM Naib Juara Konvensyen ICC Perpustakaan Se

INS

PIR

AS

I BIL

8 J

AN

-JU

N 2

011

17

Art i k e l p i l i h an

Oleh: Azmah Ishak

Dalam memperolehi maklumat untuk tujuan penyelidikan dan rujukan, kita sanggup berbuat apa sahaja. Umumnya akan mencuba melalui internet sebagai medium pertama untuk memenuhi apa yang dikehendaki. Seterusnya pencarian dilakukan di perpustakaan di mana seringkali melibatkan pencarian daripada Pangkalan Data Komersial (PDK). Rungutan seringkali didengari kerana kurang maklumat penyelidikan tempatan berbanding di luar negara. Jika ada pun, hanya jika penyelidik tempatan yang telah berjaya menempatkan artikel mereka ke dalam PDK.

Umum mengetahui bahawa ramai daripada ahli akademik di UKM sendiri telah menjalankan penyelidikan dan penulisan yang berkualiti dan diterbitkan. Ada di kalangan mereka mencapai penarafan yang tinggi di peringkat antarabangsa setelah penerbitan mereka berjaya melepasi proses perwasitan ISI dan SCOPUS.

Kini, telah tersedia satu pangkalan data yang dinamakan e-Repositori Penerbitan (e-ReP) yang boleh dicapai melalui URL: www.ukm.my/erep atau boleh dicapai melalui pautan di Laman Web UKM dan juga Laman Web Perpustakaan UKM.

e-ReP adalah pangkalan data yang memuatkan semua penerbitan ahli akademik UKM. Semua hasil penyelidikan dan penulisan mereka boleh dicapai melalui pangkalan data ini. Public Search telah pun disediakan untuk warga UKM dan juga pengguna luar. Hanya warga UKM dapat mengakses teks penuh jika ada. Bagi pengguna luar, mereka hanya memperolehi maklumat bibliografi k dan abstrak sahaja. Untuk maklumat yang tidak dapat dicapai teks penuh, pengguna boleh memperolehinya di Bahagian Koleksi Arkib dan Khas, Aras 6 Perpustakaan Tun Seri Lanang atau di perpustakaan-perpustakaan cabang.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh pengguna lakukan untuk mendapatkan maklumat daripada e-ReP:

1. Taipkan URL: www.ukm.my/erep atau guna pautan di Laman Web UKM dan Laman Web Perpustakaan UKM.

2. Bagi warga UKM, pengguna perlu taipkan Pengenalan dan Kata laluan yang sama dengan eWarga/ePelajar. Bagi pengguna luar, meraka boleh terus membuat pencarian tanpa perlu Pengenalan dan Kata laluan.

3. Lakukan pencarian pada kotak carian yang disediakan. Pengguna boleh membuat pencarian berdasarkan Judul Artikel, Judul Bahan, Judul Bab Dalam Buku, Pengarang dan Katapunca. Pengguna juga boleh hadkan pencarian kepada Tahun Penerbitan, Fakulti dan Jenis Penerbitan.

4. Pengguna akan memperolehi maklumat berdasarkan pencarian yang dilakukan.

5. Pengguna boleh mengakses abstrak dan teks penuh.

e-ReP Wadah Melestarikan Penerbitan Akademia UKM

Page 18: Perpustakaan UKM Naib Juara Konvensyen ICC Perpustakaan Se

INS

PIR

AS

I BIL

8 J

AN

-JU

N 2

011

18

Beri t a Kak i t angan

Berita Kakitangan (Januari - Julai 2011)

Bil. Nama Jawatan Tarikh Lapor Diri Penempatan

1. Mohd-Al’Hapiz Abd. Halim

Pemb. Perpustakaan

S17 (Sementara)

7.7.2011 PDAL

2. Mohamad Khairul Nazmi Md. Haris 11.7.2011 KATDOK

3. Mohamad Shazwan Hilmi Sharifuddin 11.7.2011 BPP

4. Mohd Yusri Osman 18.7.2011 PDAL

5. Nurul Aini Baydowi 22.7.2011 IKMAS

Bil. Nama Jawatan Bhg Tarikh Bersara

1. Mohd Zain Mohd Salleh Pembantu Perpustakaan

S22 (KUP)

Perkhidmatan

Penyelidikan

11.5.2011

2. Maimunah Kadir Pustakawan S52 Perp. PPUKM 3.6.2011

3. Faizah Mohd Zain Pustakawan S52 PDAL 18.7.2011

Bil. Nama Jawatan Bhg Tarikh

1. Rosli Nasir Pembantu Penerbitan

N22 (KUP)

Pentadbiran & Kualiti 3.3.2011

2. Abdullah Zawawi Ab. Hamid Juruteknik J22 (KUP) Koleksi Media 3.3.2011

3. Harith Faruqi Sidek Pustakawan S44 Perkhidmatan

Maklumat

10.3.2011

4. Ab. Hamid Ab. Jalil Pembantu Perpustakaan

S22 (KUP)

Jurnal 24.5.2011

5. Jufri Mat Saan Pembantu Perpustakaan

S22

Perp. PPUKM 2.6.2011

6. Hafsah Mohd Pustakawan S54 Ketua, Prog. Pemb.

Sumber, PTSL

10.6.2011

7. Rosnah Suliman Pustakawan S52 Ketua, Perp. PPUKM 10.6.2011

8. Zaidah Sulaiman Pustakawan S48 Ketua Bhg. Perolehan &

Katalog

10.6.2011

9. Shamsudin Ibrahim Pustakawan S44 Perkhidmatan Penyelidikan

27.6.2011

10. Rohaya Umar Pustakawan S52 Ketua, PDAL 18.7.2011

11. Azmah Ishak Pustakawan S48 Ketua, Bhg.

Perkhidmatan Pelanggan

27.7.2011

12. Hayatul-Azlah Ghazali Pustakawan S44 Ketua, Unit Katalog

Bhg. Perolehan &

Katalog

27.7.2011

Bil. Nama Jawatan Bhg. / Jab. Tarikh

1. Norbaizura Malek Pustakawan S41 Katalog 28.3.2011

2. Rosnah Suliman Pustakawan S52 Ketua Perp. PPUKM

11.7.2011

3. Anna Kustyana Mukandar Pustakawan S48 Ketua PUU

4. Zaidah Sulaiman Pustakawan S48 Ketua Bhg. Perolehan & Katalog

5. Abdul Muhaimin Sabron Pustakawan S41 Perolehan

6. Hendon Abdullah Pustakawan S41 Katalog

7. Ruzita Kamis Pustakawan S41 Jurnal

8. Sa’diah Sanad Pen. Peg. Perpustakaan S27

PUU

9. Abd. Rahman Mon Pembantu Perpustakaan

S22

Jurnal

10. Siti Zarenah Jasin Pembantu Perpustakaan S17

Koleksi Arkib & Khas 25.7.2011

11. Nurbaiti Hj. Johan Pembantu Perpustakaan

S17

Katalog

12. Azmah Ishak Pustakawan S48 Ketua, Bhg. Perkhidmatan

Pelanggan

1.8.2011

13. Harith Faruqi Sidek Pustakawan S44 Ketua, Bhg. Koleksi Arkib & Khas

14. Hayatul-Azlah Ghazali Pustakawan S44 Ketua, Unit Katalog

Bhg. Perolehan &

Katalog

15. Fatimah Kamilah Awang Pustakawan S41 Perkhidmatan Maklumat

Kakitangan Baru

Persaraan

Kenaikan Pangkat

Pertukaran

Kelahiran Cahayamata Pertama

Takziah (Anggota Keluarga Yang Telah Kembali ke Rahmatullah)

Perkahwinan

Bil Nama Bahagian Tarikh

1. Mohamad Faliq Mohamad Rathi Bhg. Pengurusan Jurnal dan Jilidan 21.1.2011

2. Mohd Haniff Zainal Bhg. Katalog 23.2.2011

Bil Ahli Keluarga Nama Kakitangan Bahagian Tarikh

1. Ayahanda Mohd Fazli Mohamad Nafiah BSTM 4.2.2011

2. Bonda Nor Ilyah Othman Bhg. Perkhidmatan

Pelanggan, PTSL

9.4.2011

3. Bonda Lokman Mohamed Bhg. Pengurusan Jurnal

dan Jilidan

26.6.2011

4. Bonda Nor Shahabinar Atan Bhg. Perolehan 15.5.2011

Bil Nama Bahagian Tarikh

1. Hamzaid Sulaiman Perpustakaan ATMA 13.3.2011

2. Muhammad Asrizal Ahmid Perpustakaan Undang-Undang 13.3.2011

Bil. Nama Jawatan Bhg. Tarikh

1. Azhari Jamaludin Pembantu Perpustakaan

(sementara) S17

Bahagian Jurnal dan

Jilidan, PDAL

23 Julai 2011

Perletakan Jawatan

Page 19: Perpustakaan UKM Naib Juara Konvensyen ICC Perpustakaan Se

INS

PIR

AS

I BIL

8 J

AN

-JU

N 2

011

19

Beri t a Bergamba r

Gotong Royong Perdana Perpustakaan

Sambutan Maulidur Rasul 1432H/2011M Peringkat UKM

Lawatan dari Airlangga University Library, Surabaya, Indonesia

Page 20: Perpustakaan UKM Naib Juara Konvensyen ICC Perpustakaan Se

Beri t a Bergamba r

Majlis Persaraan Kakitangan

Perhimpunan Kakitangan

Sanggar Kerja Hala Tuju Perpustakaan Dr. Abdul Latiff 2011-2015