pembentangan novel juara

58
BMS 3022 KARYA AGUNG MELAYU NOVEL JUARA KUMPULAN 5 NAMA NO.MATRIK Ubaidah binti Harun D20121057967 Nur Atikah binti Zakaria D20121058030 Nur Syarmimie binti Ahmad D20121058034 Mira Adilla binti Sabri D20121058036 Nur Azni binti Razlan D20121058038

Upload: mira-dyla

Post on 22-Jan-2018

448 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembentangan Novel Juara

BMS 3022KARYA AGUNG MELAYU

NOVEL JUARA KUMPULAN 5

NAMA NO.MATRIK

Ubaidah binti Harun D20121057967

Nur Atikah binti Zakaria D20121058030

Nur Syarmimie binti Ahmad D20121058034

Mira Adilla binti Sabri D20121058036

Nur Azni binti Razlan D20121058038

Page 2: Pembentangan Novel Juara

Pengenalan

Dihasilkan oleh S.OthmanKelantan.

Terdiri daripada 160 halaman.

Pernah diadaptasi kepadafilem arahan U-Wei haji Shaari

yang bertajuk Jogho

Novel ini diterbitkan padatahun 1976. filemnya muncul

pada tahun 1997.

Merupakan sasterawan negarayang kesembilan

Page 3: Pembentangan Novel Juara

Sinopsis ringkas

Novel Juara mengisahkan mengenai seorang lelaki yang terkenal

dengan kehandalannya melaga lembu. Dalam pada itu, lelaki ini,

iaitu Mamat merupakan seorang ahli politik namun dia telah gagal

dalam pilihan raya di sebuah daerah di Kelantan. Selepas

kekalahannya, dia telah membina kehidupan baru bersama-sama

dengan keluarganya di Selatan Thailand. Setelah berpindah ke

Selatan Thailand, dia telah melibatkan diri dalam dunia laga

lembu bersama seorang sahabatnya, Abang Lazim. Tanpa diduga,

sahabatnya telah ditembak oleh Pak Isa setelah pulang dari

menyertai pertandingan laga lembu. Mamat telah bertekad bahawa

dia akan menuntut bela atas kematian Abang Lazim itu.

Page 4: Pembentangan Novel Juara

Pemikiran

(Isi dan Mesej)

Page 5: Pembentangan Novel Juara

• Menurut S. Othman Kelantan (1997) mendefinisikan

pemikiran sebagai idea yang wujud daripada golongan

intelektual yang menggunakan fakulti kritikal dalam

mindanya untuk memikirkan sesuatu masalah dalam

masyarakatnya. Pemikiran itu disebarkan di dalam

lingkungan masyarakatnya atau keluar daripada

masyarakatnya.

• Menurut Seri Lanang Jaya et. al (2016), pemikiran bermula

dengan idea yang kemudiannya dimatangkan pengarang

menjadi subjek, akhirnya ia menjadi buah-buah fikiran yang

bernas dan signifikan.

PEMIKIRAN

Page 6: Pembentangan Novel Juara

PEMIKIRAN

Sistempolitik

dalam lagalembu

Perjuangandalam politik

demi kemerdekaan

Budayaberlaga lembu

Kasih sayangterhadapkeluarga

Page 7: Pembentangan Novel Juara

• Tindakan Mamat yang mula berlaga lembu untuk kembali

menjadi juara itu barangkali suatu manifestasi protesnya

terhadap nostalgia politiknya di tanah tumpah darahnya.

• Kedua-duanya mencari ketenangan, kepuasan sementara

yang palsu, yang sering diatasi oleh serakahnya nafsu.

• Kalah menang, tawa sendu dalam “mencari diri” di

gelanggang laga lembu juga tidak banyak berbeza dengan

kalah menang dan tawa sendu mereka yang berjuang di

atas platform politik moden dengan lesen demokrasi.

SISTEM POLITIK DALAM LAGA

LEMBU

Page 8: Pembentangan Novel Juara

“gelanggang politik dengan gelanggang lembu itu tidak jauh

bezanya dengan praktik. Lembu itu pun sama dengan politik.

Sama-sama diperjudikan. Kalau lembu itu kalah, orangnya pun

kalah. Kalau politik kalah, orangnya pun kalah. Politik itu

lembu. Dan lembu itu politik”

(Juara halaman 101)

• Elemen ini menyebabkan juara seolah-olah mempunyai

dua plot yang selari iaitu kisah Mamat seorang pejuang

politik yang tewas dan kisah laga lembu yang menjadi

budaya masa lapang masyarakat selatan Siam.

• Pengarang menyiratkan makna pemikiran yang

mendalam tentang hakikat politik Melayu yang hodoh di

sebalik metafora laga lembu.

Page 9: Pembentangan Novel Juara

• Pemikiran utama novel ini adalah untuk

mengupas politik Melayu yang mengejar

kemerdekaan.

• Sebagai pemimpin Parti Persatuan Melayu yang

sederhana dalam segala tindak tanduknya,

Mamat amat tegas dalam mencapai matlamatnya.

• Dia pernah memimpin perarakan untuk menuntut

pilihan raya daripada pemerintah Inggeris. Bagi

Mamat, ‘harga manusia ialah kemerdekaan’ serta

‘bangsa Melayu sendiri memerintah negeri’.

PERJUANGAN DALAM POLITIK

DEMI KEMERDEKAAN

Page 10: Pembentangan Novel Juara

“Waktu pengisytiharan tarikh kemerdekaan di Melaka,

negeri Hang Tuah dan Hang Jebat itu, dia berada di

barisan paling hadapan. Dia dan Abdul Kudus mewakili

Kelantan secara rasmi. Juga ikut bersama Mahmud Larin

dan Yahya Hasan.”

(Juara halaman 78)

“Harga manusia ialah kemerdekaan,” katanya dengan

bersemangat. Tangannya menunjal-nunjal langit.

“Kemerdekaan itu bererti kita sendiri memerintah negeri

kita. Dan apabila kita sendiri yang menentukan haluan,

maka kita berhak berbuat apa saja. Mengapa kita

membiarkan diri kita dijajah dan dihisap orang lain?”

(Juara halaman 74)

Page 11: Pembentangan Novel Juara

• Novel Juara membawa pembaca untuk menyelusuri

kehidupan masyarakat di Bangnara, Thailand.

• Di sini budaya melaga lembu masih diamalkan bahkan

tiada undang-undang yang menegah perbuatan

tersebut.

• Malahan, aktiviti melaga lembu ini boleh mendatangkan

pendapatan yang lumayan kepada pemilik lembu laga

yang menang.

• Contohnya watak Abang Lazim dan Mamat merupakan

orang yang handal dalam soal laga lembu.

BUDAYA LAGA LEMBU

Page 12: Pembentangan Novel Juara

• Ketika Calet iaitu lembu kepada Abang Lazim dilagakan

dengan lembu Pak Isa, Mamat telah menjadi juara.

• Dalam pertandingan ini, Mamat telah menggunakan tipu

helah bagi memenangkan Calet. Akhirnya dengan wang

pertaruhan sebanyak 200 ribu bath, Langsat telah berjaya

dikalahkan.

Page 13: Pembentangan Novel Juara

“Mamat kembali ke dalam dirinya. Bergerak dalam ingatannya.

Sebentar tadi, dia bersama-sama puaknya. Paling tidak pun dua

puluh orang. Dua puluh ini orang dalam. Kemudian, mereka

masuk bong lembu. Dialah yang jadi hero. Dialah pahlawan

lembu yang terbilang di dalam bong itu. Caletnya menang. Yang

kurang difikirkannya, dia terburu-buru pulang tanpa menanti

kawan-kawannya. Dia sedang memikirkan Minah. Memikirkan

Melah. Memikirkan Selamah. Memikirkan Faisah. Paling akhir

Jusuh. Dia meninggalkan bong dengan tergesa-gesa setelah

mencekak wang hampir sepuluh ribu bath.”

(Juara halaman 3)

Page 14: Pembentangan Novel Juara

Falsafah dalam novel Juara

• Istilah falsafah ialah gabungan perkataan Philo

dan Sophia yang membentuk philosophia yang

digunakan oleh Phythagoras buat pertama kalinya

yang membawa maksud cinta akan kebijaksanaan.

• Falsafah dapat disimpulkan sebagai suatu

pemikiran atau pendangan hidup yang boleh

menarik minat pembaca yang terkandung di

dalam sesuatu karya.

Page 15: Pembentangan Novel Juara

Politik dan kekuasaan

• Plot penceritaannya banyak mengetengahkan isu politik.

• Mamat merupakan watak utama dalam novel ini.

• Mamat sebagai orang politik yang meletak jawatan dan

melarikan diri setelah dua kali gagal dalam pilihan raya

walaupun beliau merupakan antara orang kuat dalam usaha

mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Page 16: Pembentangan Novel Juara

• Perjuangan jaga lembu Mamat dapat

disinonimkan dengan perjuangan politiknya.

• Novel ini menyentuh mengenai konflik

pertentangan antara manusia yang inginkan

kekuasaan dalam dunia politik dan dikiaskan

dalam permainan laga lembu.

Page 17: Pembentangan Novel Juara

Sosial dan masyarakatJuara mengisahkan mengenai masyarakat

Melayu yang tinggal di Bangnara, Siam yang bersempadan dengan Kelantan

masyarakat di kampung ini juga terbiasa dengan perbuatan yang

mengatasi undang-undangsehingga menyebabkan kejadianpembunuhan bermaharajalela di

Selatan Thai

Contoh dalam novel ini dapat dilihat melaluiperistiwa pembunuhan Abang Lazim, Pak Isa,

dan Dolah Munduk. Membalas dendam seakan-akan merupakan perkara biasa dalam

masyarakat tersebut

Dua orang lelaki anak Abang Lazimmembasahi mayat ayahnya denganair mata. Kemudian, tegak seperti

seekor tedung. Mencapai ladingnya. Mencapai kelewang, pistolnya.

Akan tetapi kedua-dua beradik itudisabarkan juga.( Juara, 2005 :6)

Page 18: Pembentangan Novel Juara

Ekonomi

• Penulis menggambarkan watau utama iaitu Mamat yang

menyara kehidupannya dengan mendapatkan wang

kemenangan hasil daripada judi laga lembu.

• Mamat tidak sepatutnya mencari rezeki dengan sumber yang

haram iaitu melalui perjudian. Malah, dia juga yang bertindak

sebagai ketua keluarga sepatutnya menunjukkan teladan yang

baik terhadap anak-anaknya serta menyediakan nafkah yang

halal buat mereka.

Page 19: Pembentangan Novel Juara

• Contoh yang dapat dilihat di dalam petikan ialah:

“Dia (Mamat) bangga dengan kemenangannya sebagai

pahlawan lembu. Julukan itu tidak ada apa-apa

hinanya di daerah ini. Nama julukan itu memudahkan

dia mendapat wang dari mana sahaja. Bila-bila!”

(Juara, 2005 :30-31)

Page 20: Pembentangan Novel Juara

• Walaupun novel Juara membawa nilai-nilai yang lebih

bersifat agresif, pengarang tetap memasukkan nilai kasih

sayang dalam novelnya.

• Kasih sayang terhadap keluarga iaitu keluarga Mamat

digambarkan sebagai watak-watak yang cukup penyayang.

Kehidupan keluarga ini aman damai. Buktinya mereka

masih setia walaupun Mamat telah kalah dalam pilihan raya

dan ikut bersama-sama melarikan diri ke Siam.

“Anak-anaknya yang kahwin dengan orang-orang politik juga

seorang demi seorang berpisah dengan suami-suaminya.

Kemudian berjujuk-jujuk mengikutnya hidup di selatan Siam.

(Juara halaman 16)

KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA

Page 21: Pembentangan Novel Juara

• Kasih sayang mereka juga dipamerkan ketika Mamat

menghadapi musibah. Contohnya, Mamat telah cedera

parah setelah ditanduk oleh Aral. Namun mereka tetap

setia merawat Mamat. Contoh petikan yang dapat dilihat

kasih sayang isterinya ialah:

“Demo dah makan ubat”?suara Minah separuh

berbisik ke telinganya. Dia menggeleng sedikit.

Minah mengambil ubat butir di dalam bekas

nescafe. Mencurahkannya dalam tapak tangan.

Membawanya ke mulut Mamat.

(Juara halaman 111 )

Page 22: Pembentangan Novel Juara

NILAI BUDAYA DALAM NOVEL JUARA

Page 23: Pembentangan Novel Juara

NILAI BUDAYA

Budaya bermaksud keseluruhan pengertian, nilai,

norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur

kemasyarakatan, keagamaan, penghasilan seni dan

inteletual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah

masyarakat.

Nilai budaya ini akan membincangkan perkara

berkaitan dengan budi dan akal manusia.

Page 24: Pembentangan Novel Juara

BUDAYA SEMANGAT SETIA KAWAN

Dia tidak mengalihkan sedikit pun matanya. Dia berdiri dengan penuh

harapan di sisi mayat Abang Lazim. Dia memutuskan dalam hatinya. Dia

bersaksikan kapan-kapan yang sedang menyumbati telinga, lubang hidung

dan dua lubang yang menembusi kepala dan perut Abang Lazin. Dia akan

berbuat apa sahaja. Apa sahaja sampai dia mengikuti jejak Abang Lazim!

(Juara, 2005 : 2)

Semangat setia kawan yang ditonjolkan oleh Mamat kepada sahabatnya,

Abang Lazim yang telah meninggal dunia akibat dibunuh oleh Pak Isa

atas punca rasa tidak puas hati.

Page 25: Pembentangan Novel Juara

BUDAYA KEBERANIAN

Malam semalam keputusan akhir telah dicapai. Pertaruhan ini paling

besar dalam sejarah pertarungan lembu. Pak Isa telah menetapkan dua

ratus ribu baht. Abang Lazim menyanggupinya. Ada dua puluh orang

yang menjadi orang dalam. Mereka akan menanggung segala kerugian

kalau Calet kalah.

(Juara, 2005 : 93)

Keberanian yang ditunjukkan oleh Abang Lazim untuk menyertai

pertarungan lembu yang melibatkan sejumlah wang pertaruhan yang

besar.

Page 26: Pembentangan Novel Juara

BUDAYA KASIH SAYANG

“Jangan banyak bergerak. Luka banyak. Tapi semuanya sudah

diubatkan,” kata Minah dengan tenang. Menyeka keringat yang muka

berbaris di muka Mamat.

(Juara, 2005 : 66)

Minah menjaga suaminya, Mamat yang sedang sakit akibat serangan

lembu yang dipeliharanya.

Page 27: Pembentangan Novel Juara

BUDAYA KESETIAAN

Minah lebih suka mendengar daripada berkata-kata. Inilah kelebihan

Minah, fikirnya. Minah tidak banyak bercakap. Minah cepat bertindak

dan setia dalam hidup. Minah sebenarnya perempuan sejati.

Kesetiaannya kepada suami dan anak-anak tidak terhingga. Kalau dia

menangis, tangisannya kerana anak-anaknya juga. Seratus persen Minah

dilahirkan untuk suami dan anak-anaknya.

(Juara, 2005 : 79)

Kesetiaan seorang isteri terhadap suami dan anak-anaknya.

Page 28: Pembentangan Novel Juara

BUDAYA TOLONG-MENOLONG

Jali hanya menjaga keluarga Mamat selama Mamat kepergian ke

Kelantan. Jali benar-benar mengharapkan keluarga itu selamat. Manalah

tahu kalau-kalau Selamah dan Milah dilarikan orang? Faisah? Tidak.

Faisah bersama-sama bapaknya.

(Juara, 2005 : 36)

Keprihatinan yang ditonjolkan oleh Jali terhadap keluarga Mamat

semasa Mamat pergi ke Kelantan.

Page 29: Pembentangan Novel Juara

PANDANGAN HIDUP DALAM NOVEL JUARA

Page 30: Pembentangan Novel Juara

PANDANGAN HIDUP

Pandangan hidup adalah suatu pendapat atau pertimbangan yang dijadikan sebagai pegangan, pedoman, arahan, petunjuk dalam kehidupan.

Page 31: Pembentangan Novel Juara

KEAGAMAAN

Keagamaan dalam novel Juara dapat kita lhat melalui watak Mamat,

Lebai Syukur, Jali, Mat San, Semail dan Setapa yang membacakan

zikir untuk arwah Abang Lazim.

“Mamat ikut berzikir bersungguh-sungguh. Dia mengharapkan pahala zikir

dan bacaan ayat-ayat suci Al-Qurannya akan diterima Allah seratus persen

untuk arwah Abang Lazim.”

(Juara, 2005 : 18)

Mamat juga digambarkan seorang yang warak kerana dia selalu

mengimamkan solat jemaah di rumahnya.

Page 32: Pembentangan Novel Juara

HUBUNGAN SILATURAHIM

Mamat yang begitu menyayangi sahabatnya, Abang Lazim. Hal inidapat dibuktikan melalui peristiwa kematian Abang Lazim. Kematiansahabat Mamat, Abang Lazim merupakan suatu tamparan yang hebatkepada diri Mamat. Mamat hampir mengamuk dan mengajak orangramai untuk pergi membalas dendam atas kematian Abang Lazimyang mati akibat dibunuh oleh Pak Isa.

“Pak Isa ya?” soalnya kepada diri sendiri, dengan ucapan kasar. “Tidak ada orangyang kebal di dalam daerah ini!” dia bersungut sendirian. “Marilah bersamaku, kitaselesaikan segera hutang piutang!”.

(Juara, 2005 : 5)

Mamat sanggup melakukkan apa-apa sahaja demi menuntut bela ataskematian sahabatnya, Abang Lazim.

Page 33: Pembentangan Novel Juara

ESTETIKA DAN KEPENGARANGAN

Page 34: Pembentangan Novel Juara

ESTETIKA

Dikaitkan dengan pemakaian bahasa atau gayabahasa.

penggunaan dan pemilihan kata-kata yang puitis yang digunakan oleh seseorangpengarang dalam menghasilkan sesebuahkarya

Page 35: Pembentangan Novel Juara

1. Metafora

• Sejenis gaya bahasa perbandingan yang paling ringkas, padat dan teratur.

• Mengandungi satu kata konkrit dan satu kataabstrak iaitu perbandingan tidak terus.

Page 36: Pembentangan Novel Juara

Contohnya:

• Dia berjalan pulang dengan pantas. Gunungkebanggaan yang terpacak kemas dalamdadanya akan diruntukan di hadapan Minahyang rusuh berhari-hari.

• Juara halaman 107

Page 37: Pembentangan Novel Juara

2. Personifikasi

• Personifikasi ialah sejenis gaya bahasaperbandingan, iaitu penginsanan ataupemberian ciri-ciri peribadi orang atau sifat-sifat yang dimiliki oleh manusia kepadasesuatu benda, binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan, peristiwa, barang yang tidakbernyawa atau idea yang abstrak.

Page 38: Pembentangan Novel Juara

Contohnya:

• Kelewangnya dibaringkan di atas meja

Juara halaman 21

• Sebaris asap tipis menari-nari di atasmulutnya.

Juara halaman 41

Page 39: Pembentangan Novel Juara

3. Hiperbola

• Suatu cara yang melebih-lebihkan semata-mata untuk mencapai kesan tertentu iaitusuatu gaya bahasa yang mengandungikebenaran yang diperbesar-besarkan.

• Contohnya:

Page 40: Pembentangan Novel Juara

• Dia melihat Abang Lazim dibanjiri darah. TubuhAbang Lazim diselimuti seluruhnya dengan darahyang sudah mulai pekat. Dia tidak berseru lagi.

Juara halaman 5• Dia merenung gelap malam dalam detakan kecil

hujan gerimis yang masih turun. Dia seolah-olahberada dalam satu gua masalah yang sangathebat. Sangat dasyat. Sangat serabut dan tidakmenemui punca.

Juara halaman 54

Page 41: Pembentangan Novel Juara

4. Dialek

• merupakan variasi bahasa yang digunakan dalamsesuatu kelas sosial yang berbeza daripada bahasastandard.

• Antara contoh yang terdapat dalam novel tersebutialah:

• “Biar ambo balik,” kata Mat San

Juara halaman 117

• “Aku tak lih kata gitu,” jawab Mamat dengan perlahan.

“Biarlah ambo balik tengok.

Juara halaman 117

Page 42: Pembentangan Novel Juara

KEPENGARANGAN

• Aspek mekanisme dan kaedah pengarangberkarya sehingga membentuk kekuatan danjati diri seseorang pengarang itu.

• Merujuk kepada keterampilan, kecerdikan dankearifan seseorang pengarang dalammenghasilkan sesebuah karya

Page 43: Pembentangan Novel Juara

1. Monolog dalaman

• Percakapan yang agak panjang oleh seorang pelakon sahajadalam sesuatu drama filem (Kamus Dewan Edisi Keempat)

• Contoh:• Pasti! Dia memutuskannya dalam hati. Sesuatunya harus

berjalan dengan berpadanan. Mengapakah kerana kalahharus membunuh orang? Inilah sikap Pak Isa. Inilah! KataMamat dalam hati. Dia sendiri sudah berapa banyak kalah. Abang Lazim juga begitu. Dia tidak pernah membunuh. Abang Lazim juga tidak pernah membunuh. Segarang-garang Jali dia tidak pernah membunuh. Mengapa Pak Isa membunuh. Mengapa ?

Page 44: Pembentangan Novel Juara

2. Imbas kembali

• Mengingati kembali peristiwa yang telah atau menceritakansemula keadaan atau situasi yang berlaku dalam kehidupanseseorang.

• Contohnya:• Dia teringat kepada Mat San. Walaupun umurnya lebih tua

daripada Jali, otaknya lebih lembap. Mat San meninggalkankampung Gunung Timur hampir bersamaan denganperpindahnnya ke Bangnara walaupun terkemudian sedikit. Mulanya Mat San hanya berulang-alik sahaja. Kerjanyahanya menorah getah juga. Kemudian Mat San menetap disini setelah mendapat surat dapur. Kemudian kahwin lagidengan seorang anak perempuan jiran.

Juara halaman 50

Page 45: Pembentangan Novel Juara

3. Pemerian

• Bercerita secara langsung tentang apa sahaja sama adaperistiwa, watak dan perwatakan atau latar cerita tersebut.

• Contohnya;• Jali, Sani dan Salim ikut turun. Dengan senapang laras

duanya, Mamat turun ikut dapur. Mereka berjalan cepat-cepat. Jarak antara rumah Mamat dengan rumah Sanihanya satu bukit yang lebih baik disebutkan busut besarsahaja. Jali mencekak kelewangnya. Sani mencekak hulukapak binjai manisnya. Salim mencekak tongkat enamsembilannya. Di dalam baju dalam Salim terselit browning.

Juara halaman 43

Page 46: Pembentangan Novel Juara

4. Dialog

• Merupakan percakapan watak dengan watak dalam cerita iaitu duawatak watak atau lebih akan berbalas kata.

• Contohnya:• “Bagaimana Aral?” tiba-tiba Mamat mengalihkan percakapan

mereka. Mamat teringat akan Aral, anak lembu muda yang tegakbatang tengkuknya itu.“Ambo kurung di belakang”, jawab Sani. Tangannya dengan cepatmenjangkau seketul ubi rebus. Mengoyaknya. Memerluskan kedalam mulutnya. Sebaris asap tipis menari-nari di atas bibirnya. Separuhnya masuk ke dalam lubang hidungnya.

“ Aral tu boleh ganti Calet,” kata Mamat.Juara halaman 41

Page 47: Pembentangan Novel Juara
Page 48: Pembentangan Novel Juara

• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010),

nilai merujuk kepada darjat, kualiti, mutu dan

taraf.

• Dari segi istilah, ilmu merupakan pengetahuan,kepandaian atau kajian tentang sesuatuperkara.

• Pengarang menyelitkan nilai ilmu yangberkaitan dengan jalan cerita novel tersebut.

Page 49: Pembentangan Novel Juara

• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), politikmerupakan ilmu pengetahuan bukan cara pemerintahan,iaitu ilmu pengetahuan mengenai dasar-dasar pemerintahan,ilmu sahsiah, ilmu kenegaraan dan sebagainya.

• Dalam novel Juara, ilmu politik dapat dilihat melalui watakMamat. Mamat terlibat secara langsung dengan perjuangankemerdekaan tanah air.

• Apabila kemerdekaan negara tercapai, Mamat telahmencalonkan dirinya untuk bertanding dalam pilihan rayauntuk terus kekal menjadi tokoh politik yangmemperjuangkan nasib rakyat

Page 50: Pembentangan Novel Juara

Malangnya, Mamat gagal dalam pilihanrayatersebut dan kerana itu dia dan keluarganyaberpindah ke Selatan Siam dan bersumpahuntuk tidak lagi mahu mencampuri urusanpolitik.

Mamat ,meneruskan kehidupannya sebagaipelaga lembu.

Page 51: Pembentangan Novel Juara

• Mamat masih ingat. Dia bersumpah dengan perjuanganpolitiknya. Kalau dia kalah pilihan raya (yang jugadihadiahkan kawasan yang sangat bahaya), dia akanberhenti politik. Kemudian dia kalah. Dia pun bersara,setelah dua puluh tahun berjuang dalam politik. Sayasudah sangat tua dalam perjuangan. Sebab itu saya lemah.Kerana lemah, tenaga saya tidak diperlukan lagi. Rakyattelah menolak saya. (Juara : 17)

• Dalam pemilihan jawatankuasa parti peringkat negeri,setahun sebelum pilihan raya kedua selepas merdeka, diatidak dapat mempertahankan kedudukannya. Akan tetapi,namanya masih dikedepankan oleh Pusat Parti dalampemilihan calon sekali lagi. Dalam satu pertemuan partiuntuk menyelaraskan kerja-kerja kempen, dia dengantegas mengatakan :… .(Juara : 82)

Page 52: Pembentangan Novel Juara

Dalam novel ini, pengarang banyakmemperihalkan ilmu berkaitan lembu.

masyarakat Melayu atau Kelantan pada masatersebut sangat pandai atau mempunyai ilmumengenai haiwan lembu.

Contohnya, Mamat sangat pandai dalam ilmuberkaitan lembu.

Page 53: Pembentangan Novel Juara

Mamat dapat mengetahui sama ada lembunyaboleh dibawa bertanding atau tidak dan adakahlembu itu kuat atau tidak.

“kalaupun Aral ini nak kalah, dia bolehmenipu dengan berpusing dua kali.Lawannya akan keliru. Dia boleh menikammaut,” Mamat berkata sambil menggosok-gosok di bawah pusat lembu muda yangsasa itu.”

(Juara, 2005 :44)

Page 54: Pembentangan Novel Juara

• Ilmu laga lembu melibatkan perlawanan antara lembudengan lembu dimana lembu tersebut dianggap mewakilipelaga lembu.

• Ilmu laga lembu mempunyai perkaitan dengan politik keranamelibatkan perlawanan antara dua pihak.

• Pelaga lembu ibarat parti politik yang sentiasa menegakkanperjuangan dan mempertahankan hak masing-masing danperlawanan laga lembu diibaratkan seperti medanpertembungan pemikiran serta percakaran politik yangakhirnya kemenangan akan tercapai kepada mereka yangkuat.

Page 55: Pembentangan Novel Juara

Ilmu ini mempunyai unsur negatif kerana ilmu inimelibatkan unsur wang dan perjudian. Hal inidapat dilihat pada teks berikut.

Jali diam. Mamat diam. Masing-masingdapat mengagak betapa kecewanyaseseorang yang kalah dalam perjudianlembu begitu.

(Juara : 37)

Page 56: Pembentangan Novel Juara

• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), menyatakan bahawa firasat adalah pengetahuanmengenai tanda-tanda pada muka (badan dan lain-lain) untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang.

• Mamat membuat ramalan mengenai lembumudanya Aral.

• Dia menyatakan bahawa Aral lebih kuat darilembunya yang dulu iaitu Calit.

Page 57: Pembentangan Novel Juara

• “Aral lebih sasa dari Calet kalau diasuh betul.”Mamat menegaskannya sungguh-sungguh. Dalamkepalanya segera menangkap rupa anak lembu itu.Badannya yang agak panjang. Kukunyamembelok ke dalam. Alamat tegak tempatberdiri dan sukar ditolak oleh lawan. Engguhnyabesar dan tinggi. Alamat kuat batang lehernya.Lehernya besar. Di atas belakangnya jalur racikyang halus. Jalur racik ini jarang ada pada lembu-lembu adu biasa. Ini alamatnya tidak lari.Bengkeng dan payah mengenal gembala kalaumarah.

(Juara, 2005 :42-43)

Page 58: Pembentangan Novel Juara

KESIMPULAN

Kesimpulannya, novel Juara memperlihatkan

kepengarangan S.Othman Kelantan yang mampu

mencetuskan pemikiran, nilai dan pegangan malahan

menceritakan kehidupan manusia yang berada di

Selatan Thailand dan sering berjudi laga lembu untuk

mencari wang yang banyak dengan cara yang mudah.