ifolio.ukm.my · web viewkerja berpasukan membolehkan setiap ahli jawatankuasa berpeluang untuk...

13
KHUSUS HHHC 9601 KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN PENSYARAH ENCIK GAN CHUN HONG Nama pelajar : See Xiao Xu No Matrik : A144581 Fakulti : Fakulti Sains Kesihatan Program/Tahun Pengajian : Fisioterapi/Tahun Satu PROJEK YANG DISERTAI Nama Projek : Mock Interview of English Speaking Zone Kod Projek : DN00281/2014 Jawatan/Peranan yang disandang : Exco Pemasaran Tarikh Mula Projek : 19 April 2014 Tarikh Tamat Projek : 14 May 2014 Ketua Projek : Norashiqin Shaari (019- 3320815) Penasihat Projek : Prof. Madya Dr. Ruzita Abd. Talib

Upload: others

Post on 26-Dec-2019

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewKerja berpasukan membolehkan setiap ahli jawatankuasa berpeluang untuk belajar berkongsi pendapat dan menerima pendapat orang lain supaya memajukan kemahiran

KHUSUS HHHC 9601

KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN

PENSYARAH

ENCIK GAN CHUN HONG

Nama pelajar : See Xiao Xu

No Matrik : A144581

Fakulti : Fakulti Sains Kesihatan

Program/Tahun Pengajian : Fisioterapi/Tahun Satu

PROJEK YANG DISERTAI

Nama Projek : Mock Interview of English Speaking ZoneKod Projek : DN00281/2014Jawatan/Peranan yang disandang : Exco PemasaranTarikh Mula Projek : 19 April 2014Tarikh Tamat Projek : 14 May 2014Ketua Projek : Norashiqin Shaari (019-3320815)Penasihat Projek : Prof. Madya Dr. Ruzita Abd. Talib

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewKerja berpasukan membolehkan setiap ahli jawatankuasa berpeluang untuk belajar berkongsi pendapat dan menerima pendapat orang lain supaya memajukan kemahiran

(1) Perancangan Projek

Saya telah dipilih sebagai Exco Pemasaran 1 dalam projek Mock Interview English

Speaking Zone. Saya telah melibatkan diri dalam perbincangan perbincangan tentatif projek

(Lampiran 4) ini bersama ahli jawatankuasa English Speaking Zone (ESZ) yang lain. Dalam

proses menghasilkan kertas kerja(sila rujuk Lampiran 1), menghantar kertas kerja kepada

pihak JPPel, permohonan kod JPPel, dan menunggu perlulusan projek daripada pihak JPPel,

saya juga menyiapkan carta gantt (Lampiran 2) dan carta aliran perjalanan projek ( Lampiran

3 )selepas berbincang dengan ahli jawatankuasa ESZ yang lain dalam mesyuarat.

Perancangan projek adalah berdasarkan objektif penganjuran yang berasaskan learning

contact (LC) yang berikut:

HHHC1 Kemahiran Sosial dan

Kebertanggungajawaban

HHHC2 Kemahiran Komunikasi

HHHC3 Kemahiran Pengurusan Makluma dan Pembelajaran Sepanjang

Hayat

HHHC4 Kemahiran Membina Nilai, Sikap,

Etika dan Profesionalisme

HHHC5 Kemahiran Pemikiran Kritikal,

Penyelesaian Masalah dan Pendekatan

Saintifik

HHHC6 Kemahiran Kepimpinan dan Kerja

Berpasukan

HHHC7 Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan

HHHC8 Kemahiran Kreatif dan inovatif

HHHC9 Kemahiran Sosial dan

Kebertanggungjawaban

8 KEMAHIRAN DALAM KONTRAK PEMBELAJARAN

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewKerja berpasukan membolehkan setiap ahli jawatankuasa berpeluang untuk belajar berkongsi pendapat dan menerima pendapat orang lain supaya memajukan kemahiran

Berikut ialah carta gantt tentang perancangan projek :

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewKerja berpasukan membolehkan setiap ahli jawatankuasa berpeluang untuk belajar berkongsi pendapat dan menerima pendapat orang lain supaya memajukan kemahiran

Berikut ialah carta aliran pelaksanaan projek :

Mula

Memilih ahli jawatankuasa dan Exco

Mesyuarat untuk merancang projek dan mengetahui tentang

visi dan misi

Exco membahagikan tugas kepada AJK

Mesyuarat dengan pengarah , Exco dan AJk lain untuk

melaporkan kemajuan kerja.

Pelaksanaan projek ( Penjualan roti, minta penajaan )

Melaporkan gerak kerja, menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Melakukan penjualan roti ,makanan ringan dan gula-gula ( March )

Membeli bahan buatan kek batik,membuat kek batik serta menjual kek batik, roti, makanan ringan dan gula-gula (April)

Menghias dan mengemaskan Dewan Serbaguna KTSN

Majlis perasmian English Speaking Zone

Raptai aktiviti Mock Interview

Aktiviti Mock Interview pada 20/4/2014

Mengemas Dewam Serbaguna

Post-mortem, refleksi projek.

Majlis penutupan English Speaking

Pelaporan

Kurang memuaskan

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewKerja berpasukan membolehkan setiap ahli jawatankuasa berpeluang untuk belajar berkongsi pendapat dan menerima pendapat orang lain supaya memajukan kemahiran

(2) Pelaksanaan Projek

Setiap kali menghadiri mesyuarat bersama dengan ahli jawatankuasa Mock Interview

of English Speaking Zone yang lain, Exco-exco dan ahli jawatankuasa daripada bahagian

pamasaran akan berbincang tentang persediaan dan perancangan kami untuk menjalankan

pelbagai cara untuk tujuan kutipan belanjawan untuk projek ini. Kami telah mencadang

pelbagai cara seperti mengadakan jualan dan meminta tajaan daripada syarikat ( Lampiran 5).

Selain itu, setiap ahli jawatankuasa daripada bahagian pemasaran sangat aktif dalam

penyertaaan pelaksanaan projek. Contohnya, setiap ahli jawatankuasa bahagian pemasaran

melibatkan diri dalam penjualan roti yang dijalankan dua kali setiap minngu.

Sebagai Exco pemasaran, saya akan membahagikan tugas kepada ahli jawatankuasa saya.

Kami saling membantu dan bekerjasama bagi memastikan proses pelaksaan projek dapat

dilakukan dengan lancar. Contohnya, kami akan sentiasa sentiasa melaporkan progress

kemajuan masing-masing tentang jualan supaya sentiasa jelas tentang perkembangan tugas

Kami sedang membahagi roti yang hendak dijual.

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewKerja berpasukan membolehkan setiap ahli jawatankuasa berpeluang untuk belajar berkongsi pendapat dan menerima pendapat orang lain supaya memajukan kemahiran

kami. Saya akan memastikan setiap ahli jawatankuasa faham dengan matlamat kami.

Seterusnya, saya telah membahagikan tugas kepada setiap ahli jawatankuasa bahagian

pemasaran untuk menelefon syarikat untuk meminta tajaan serta menghantar surat

permohonan penajaan(Lampiran 6) melalui email. Saya telah mendemonstrasikan cara

berkomunikasi dengan syarikat serta memberi galakkan kepada ahli jawatankuasa bahagian

pameran saya supaya menyakinkan mereka untuk menghubungi syarikat(sila rujuk Bukti-

Video 1).

Sebagai seorag pemimpin dalam bahagian pemasaran,saya akan mendengar serta

mempertimbangkan cadangan-cadangan ahli jawatankuasa bagi meningkatkan kutipan

belanjawan.

Kami telah menghadapi beberapa masalah semasa menjalankan aktiviti pemasaran

kita. Antaranya merangkumi ketidaksetujuaan tajaan daripada syarikat, barangan yang kami

jual tidak mendapat sambutan yang baik daripada penghuni Kolej Tun Syed Nasir (KTSN).

Contoh email untuk meminta tajaan.

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewKerja berpasukan membolehkan setiap ahli jawatankuasa berpeluang untuk belajar berkongsi pendapat dan menerima pendapat orang lain supaya memajukan kemahiran

Selepas mengkaji punca-punca masalah, kami mendapati bahawa terlalu banyak jualan

seperti jualanan makan ringan dan dedikasi telah diadakan di KTSN dan ini menyebabkan

penghuni KTSN telah hilang minat terhadap jualan tersebut. Di samping itu, kebanyakan

syarikat telah penuh dengan tajaan pada bulan April, mereka tidak menpunyai belanjawan

yang lebih untuk menaja projek kami. Saya telah mengadakan mesyuarat kecemasan antara

ahli bahagian kami untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Saya mendapati bahawa

penjualan kek batik masih tidak dimulakan di KTSN. Selain itu, saya juga mendapati bahawa

kek batik lebih mendapat sambutan baik daripada pembeli kerana kek batik yang berperisa

coklat lebih sedap berbanding dengan makanan ringan dan gula-gula. Bagi mengurangkan

modal penjualan kek batik, saya telah mencadang membuat kek batik dan cadangan ini telah

diterima oleh ahli jawatankuasa saya. Kami telah mendapat bantuan daripada kawan yang

berpengalaman serta mendapat cara pembuatan kek batik dari internet.

Saya sedang memilih bahan untuk membuat kek batik.

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewKerja berpasukan membolehkan setiap ahli jawatankuasa berpeluang untuk belajar berkongsi pendapat dan menerima pendapat orang lain supaya memajukan kemahiran

Proses membuat kek batik.

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewKerja berpasukan membolehkan setiap ahli jawatankuasa berpeluang untuk belajar berkongsi pendapat dan menerima pendapat orang lain supaya memajukan kemahiran

Kami telah bekerjasama membuat kek batik , oleh yang demikian, proses pembuatakn kek

batik hanya memerlukan masa yang singkat sahaja. Hasil jualan kek batik yang kami buat

mendapat sambutan yang baik kerana sedap dan murah. Pada masa yang sama, kami juga

menjual roti, makanan ringan dan gula-gula dengan mengantungkan bungkusan makanan

ringan di sebelah pintu tangga pada setiap blok.

Hasil daipada usaha kami, kami telah berjaya mendapat kutipan belanjawan yang mencukupi

untuk projek kami.

Dalam proses mengadakan jualan dan meminta tajaan, saya telah mempelajari cara

untuk menjadi pemimpin yang baik dan cara bekerja bersama ahli jawatankuasa. Saya berasa

sangat bertuah kerana saya telah mempunyai pengalaman melibatkan diri dalam aktiviti

Kek batik yang telah disiapkan.

Kami sedang menjual kek batik.

Kami sedang membungkus makanan ringan.

Bungkusan makanan ringan yang hendak digantung di pintu tangga.

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewKerja berpasukan membolehkan setiap ahli jawatankuasa berpeluang untuk belajar berkongsi pendapat dan menerima pendapat orang lain supaya memajukan kemahiran

pemasaran dan berpeluang untuk menpelajari pelbagai ilmu tentang kepentingan kepimpinan

serta berpasukan.

(3)Refleksi

Dalam proses pelaksanaan projek kami, saya telah menyedari betapa pentingnya

kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan dalam kehidupan kita. Sebagai seorang Exco

pemasaran, saya telah mendapati beberapa ciri-ciri yang haruslah ada ada seorang pemimpin

seperti bertanggungjawab, menjadi contoh yang baik, mencari peluang, mengenalpasti serta

serta menyelesaikan masalah dan mengekalkan buhungan baik antara ahli jawatankuasa. Saya

juga perlulah memahami kekuatan serta kelemahan ahli jawatankuasa dalam pembahagian

kerja-kerja supaya kekuatan ahli jawatankuasa dapat digunakan dengan sepenuhnya dalam

menjalankan tugas masing-masing. Di samping itu, saya akan berbincang dengan ahli

jawatankuasa dan menerima pendapat mereka sebelum membuat sesuatu keputusan supaya

semua ahli jawatankuasa jelas dan setuju dengan matlamat kumpulan.

Selain itu, saya juga mendapati bahawa semangat kerja berpasukan adalah penting

bagi memastikan sesuatu matlamat dapat dicapai dalam tempoh yang ditentukan. Kerjasama

antara ahli jawatankuasa dan exco amatlah diperlukan supaya tugasan dapat dijalankan

dengan lancar. Kerja berpasukan membolehkan setiap ahli jawatankuasa berpeluang untuk

belajar berkongsi pendapat dan menerima pendapat orang lain supaya memajukan kemahiran

sendiri. Semangat berpasukan yang wujud di antara semua ahli jawatankuasa serta exco telah

banyak memudahkan tugas-tugas yang perlu dilakukan. Semua ahli jawatankuasa akan

menimbulkan perasaan saling mempercayai dalam suasana kerja berpasukan.

Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewKerja berpasukan membolehkan setiap ahli jawatankuasa berpeluang untuk belajar berkongsi pendapat dan menerima pendapat orang lain supaya memajukan kemahiran