toleransi d ala m perbezaan pendapat

38
Toleransi Dalam Perbezaan Pendapat APA PASAL GADUH-GADUH..? 1

Upload: sheba

Post on 23-Feb-2016

85 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Toleransi D ala m Perbezaan Pendapat. APA PASAL GADUH-GADUH..?. Perbezaan Pendapat dan Umat Islam. W ujud sejak zaman Rasulullah , para sahabat dan imam-imam muktabar B ukan sahaja antara mazhab , tetapi juga di dalam mazhab yang sama ; - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

1

Toleransi Dalam Perbezaan PendapatAPA PASAL GADUH-GADUH..?

Page 2: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

2

Perbezaan Pendapat dan Umat Islam

• Wujud sejak zaman Rasulullah, para sahabat dan imam-imam muktabar

• Bukan sahaja antara mazhab, tetapi juga di dalam mazhab yang sama;– Perbezaan pendapat di dalam Mazhab Hambali: 12

jilid buku iaitu al-Insaf Fi al-Rajih min al-Khilaf.• Juga boleh terjadi pada imam yang sama; Imam

as-Syafie mengeluarkan fatwa yang berbeza semasa di Baghdad dan semasa di Mesir.

Page 3: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

3

Perbezaan Pendapat (Khilaf)

• Khilaf adalah perbezaan pendapat di kalangan fuqaha mengenai suatu hukum di dalam agama.

• Khilaf hanya dalam isu cabang (furu’) selagi mana pokoknya (ushul) berdiri atas yang disepakati.

• Khilaf berasaskan kaedah-kaedah ilmu yang benar iaitu ilmu al-Tafsir, ilmu Takhrij Hadith, ilmu Ushul al-Fiqh, dan sebagainya.

Page 4: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

4

Punca perbezaan pendapat

• Tafsir Al – Qur’an

• Kedudukan hadis

• Para fuqaha mempunyai ushul tersendiri

• Ada hadis sampai kepada sebahagian fuqaha sahaja– Al-Imam Malik pernah berkata kepada Abu Jaafar al-Mansur:

“Para sahabat Rasulullah bertebaran di beberapa buah bandar dan setiap masyarakat ada ilmu mereka sendiri. Sekiranya saya memaksa mereka berpegang dengan satu pendapat sahaja, sudah pasti akan berlaku fitnah.”

Page 5: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

5

Punca perbezaan pendapat

Perbezaan penilaian terhadap tahap suruhan dan larangan:

– Menentukan bentuk suruhan tersebut adalah wajib, sunat atau harus

– Menentukan bentuk larangan tersebut adalah haram atau makruh.

Page 6: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

6

Punca perbezaan pendapat

• Perbezaan dalam memahami maksud ayat Quran atau Hadis

• Menentukan maksud ayat umum atau khusus

• Melihat secara zahir (tersurat) atau maqasid (tujuan) suatu nas

Page 7: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

Contoh

Seorang bapa berkata kepada dua orang anaknya:

“Pergi ke kedai Pak Abu dan beli Nasi Lemak”.

Page 8: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

Apabila tiba di kedai Pak Abu mereka mendapati kedainya tutup. Namun di kedai Pak Ali ada menjual nasi lemak.

Apa yang anda akan lakukan?

Apabila tiba di kedai Pak Abu mereka mendapati nasi lemak habis tetapi ada jual roti canai. Namun di kedai Pak Ali ada menjual nasi lemak.

Page 9: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

Terdapat beberapa pendapat:

• Terus balik rumah tanpa beli apa-apa

• Beli Nasi Lemak dari kedai Pak Ali

• Beli Nasi Lemak atau Roti Canai!!?

Page 10: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

Adakah suruhan berikut:‘Wajib’, ‘Sunat’ atau‘Harus’?

• “Nipiskan misai dan jagailah janggut” [Bukhari 7:72:780]

• "Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani tidak mencelup rambut, kerena itu hendaklah anda semua berbeza dengan mereka dan celuplah rambut anda “ [Bukhari 4:56:668]

• “Sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah apa yang dekat denganmu” [Bukhari 7:65:288]

Page 11: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

11

Peristiwa Perkampungan Bani Quraizah

Imam Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda pada hari perang Ahzab:

"Jangan sekali-kali anda melakukan shalat asar kecuali di Bani Quraizhah."

Page 12: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

12

ZAHIR RAYISIROTHOL MUSTAQIM

Page 13: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

13

Perbezaan pendapat telah pun wujud sejak zaman Nabi SAW masih hidup, di zaman para sahabat dan para imam-imam muktabar. Namun perbezaan pendapat ini tidak menghalang mereka untuk bersatu hati malah tidak ada dari kalangan mereka berusaha untuk memaksa orang lain supaya berpegang dengan pendapat mereka secara paksa atau cuba mempertikaikan amalan agama yang diamalkan mereka.

Page 14: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

14

Sikap Para Salafussoleh

TIDAK BERCITA-CITA UNTUK MEMAKSA UMAT ISLAM HANYA BERPEGANG KEPADA SATU PENDAPAT SAHAJA

Page 15: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

15

Sikap Para Salafussoleh

Al-Imam al-Suyuti melaporkan kisah Khalifah Harun al-Rasyid telah bermesyuarat dengan al-Imam Malik dan memutuskan untuk menggantungkan kitab Muwatta’ pada Kaabah dan mahu orang ramai berpegang dengan apa yang termaktub di dalamnya.

[sambung…]

Page 16: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

16

Jawab Imam Malik:

“Janganlah tuanku berbuat demikian, kerana para sabahat Rasulullah SAW berselisih pendapat dalam banyak perkara cabang agama dan mereka telah banyak tersebar di beberapa buah kota, manakala setiap sunnah sudahpun berlalu”.

Didalam riwayat yang lain, imam Malik berkata “Setiap kelompok masyarakat berpegang dengan riwayat-riwayat yang sampai kepada mereka dan perselisihan orang ramai dalam riwayat tersebut, kerana itu tinggalkanlah urusan orang ramai itu dengan pilihan masing-masing yang telah mereka pilih untuk diri mereka.

Page 17: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

17

Khalifah Umar Abd Aziz pernah berkata:

“Saya tidak pernah bercita-cita agar para sahabat tidak berselisih pendapat kerana apabila mereka sepakat di atas satu-satu pendapat, lalu jika pendapat mereka itu disanggahi oleh seseorang, orang yang mengsanggahi itu adalah sesat. Apabila mereka (para sahabat) berselisih pendapat, seorang berpegang dengan pendapat ini manakala yang lain pula berpegang dengan pendapat yang lain, wujud keluasan dalam perkara tersebut.”

Page 18: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

18

Sikap Para Salafussoleh

MENGHORMATI PENDAPAT ORANG LAIN DAN TIDAK MENGINGKARI

DALAM PERKARA KHILAF

“Tidak boleh mengingkari dalam perkara khilafiyyah”

Page 19: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

19

Sikap Para SalafussolehImam Ahmad pernah di tanya:

“Adakah tuan menunaikan solat dibelakang orang yang keluar darah dari anggota badannya dan tidak berwuduk semula?” (Kerana pendapat imam Ahmad ialah batal wuduk jika keluar darah dari anggota badan).

[sambung…]

Page 20: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

20

Sikap Para Salafussoleh

Imam Ahmad menjawab:

“Bagaimana saya tidak boleh menunaikan solat di belakang Malik dan Said bin Musayyab?”

(yang berpendapat tidak batal wuduk kerana keluar darah dari badan)

*Imam Ahmad tidak mengatakan bahawa pendapat Imam Malik dan Said Musayyab salah dan tidak sah solatnya.

Page 21: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

21

Sikap Para Salafussoleh

Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah pernah ditanya tentang hukum seorang lelaki yang meninggalkan mazhabnya di dalam beberapa perkara dan mengamalkan pendapat dari mazhab yang lain kerana lebih yakin dengan dalil yang diberikan.

[sambung…]

Page 22: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

22

Beliau menjawab:

“Sekiranya lelaki itu mengikut Imam Abu Hanifah, Malik, al-Syafie atau Ahmad tetapi melihat dalam beberapa masalah, mazhab lain lebih kuat hujahnya dari mazhabnya lalu ia beramal dengannya, sebenarnya tindakan ini adalah satu tindakan yang baik dan tidak ada salahnya. Malah tidak langsung mencacatkan agama dan keadilannya tanpa sebarang perselisihan di kalangan ulama, bahkan inilah yang lebih hampir kepada kebenaran dan lebih hampir kepada Rasulullah.”

Page 23: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

23

Sikap Para Salafussoleh

TIDAK TAKSUB DENGAN PENDAPAT MEREKA SENDIRI

Page 24: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

24

Sikap Para Salafussoleh

Abu Hanifah pernah berkata:

"inilah pandanganku. ianya adalah pandangan yang terbaik padaku. sesiapa yang membawa pandangan

yang lebih baik, maka kami akan menerimanya"

Page 25: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

25

Sikap Para Salafussoleh

Imam Malik pernah berkata:

"Sesungguhnya saya adalah manusia yang betul dan silap. oleh itu periksalah kata-

kataku dengan al-Quran dan sunnah"

Page 26: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

26

Sikap Para Salafussoleh

Imam Syafie telah berkata:

"Apabila satu hadith yang sahih bercanggah dengan pandanganku maka lontarkanlah pandanganku itu ke dinding. Jika saya melihat hujah terbentang di hadapanku, maka itulah pendapatku".

"Pandanganku ini betul tetapi ada kemungkinan silap. Pandangan orang selainku silap tetapi ada kemungkinan betul”

Page 27: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

27

Sikap Para Salafussoleh

MEMENTINGKAN PERPADUAN UMAT ISLAM

Page 28: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

28

Sikap Para Salafussoleh

“Sekiranya saya memaksa mereka berpegang dengan satu pendapat sahaja, sudah pasti akan berlaku fitnah.”

[Imam Malik]

Page 29: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

29

Sikap Para Salafussoleh

MENYEDARI FATWA BOLEH BERUBAH MENGIKUT KEPERLUAN DAN

MASLAHAT (KEPENTINGAN) UMAT

Page 30: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

30

Sikap Para Salafussoleh

Contoh 1:Sabda Rasulullah kepada Mu’az bin Jabal:

“Ambillah zakat bijian mengikut yang sesuai, kambing yang telah cukup umur, anak unta yang

sesuai dan anak lembu yang sewajarnya”[Riwayat Abu Dawud]

Page 31: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

31

Sikap Para Salafussoleh

Namum Mu’az bin Jabal mengambil kain dari penduduk Yaman sebagai ganti barangan zakat. Muaz pernah menyatakan:

“Berikanlah kepada saya pakaian dan kain tenunan sebagai ganti barangan zakat kerana dengan

mengambil pakaian dan kain tenunan itu lebih mudah bagi kamu dan lebih bermanfaat kepada

orang muhajirin di Madinah”[Al-Bukhari dan Al-Baihaqi]

Page 32: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

32

Sikap Para Salafussoleh

Contoh 2:Di zaman Rasulullah, Baginda melarang orang ramai

menangkap unta yang sesat. Baginda bersabda:“Anda dan unta itu tidak ada kena mengena.Unta itu

mempunyai bekalan minuman dan makanan yang membolehkan ia mencari kawasan takungan air dan makan daun-daun kayu sehingga ia bertemu

semula dengan tuannya.”[Muttafaq alaih]

Page 33: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

33

Sikap Para Salafussoleh

Di zaman Uthman,– beliau berpendapat unta yang sesat perlu

ditangkap dan dijual. Dan hasil jualannya di berikan kepada tuannya. Tindakan ini dapat memelihara harta benda milik orang ramai di Madinah yang semakin pesat membangun.

Page 34: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

34

Sikap Para Salafussoleh

Di zaman Ali,– Beliau bersetuju dengan ijtihad Uthman demi

menjaga harta orang ramai, namun berbeza pendapat dengan tindakan Uthman menjual unta tersebut. Beliau memerintahkan untuk membina tempat khas untuk menempatkan unta-unta yang hilang dan diberi makan serta minum.

Page 35: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

35

Sikap Para Salafussoleh

Khalifah Ali mahupun Uthman tidak pernah bermaksud untuk mencanggahi nas yang melarang menangkap unta yang sesat, sebaliknya keduanya memahami fatwa boleh berubah mengikut keadaan dan maslahat umum. Apabila keadaan berubah, hukum juga berubah. Jika tidak pasti harta milik orang ramai akan musnah dan tidak terjaga.

Page 36: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

36

Keperluan Mengetahui Khilaf Ulama

– Menimbulkan sikap toleransi dan saling menghormati dalam perkara khilafiyah

– Mengetahui perbezaan pendapat dan pandangan di kalangan ulama-ulama

– Para ulama menyatakan: Barangsiapa yang tidak mengetahui perselisihan para ulama bukanlah seorang alim dalam ertikata yang sebenarnya

– Bersikap adil, tidak taksub dan terbuka untuk mendengar pandangan orang lain

Page 37: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

37

Kepentingan mengetahui khilaf dalam dakwah

– Memberi lebih banyak pilihan yang sesuai untuk orang yang di dakwah.

Semasa Rasulullah menghantar Abu Musa al-Asy’ari dan Mu’az bin Jabal, Baginda berpesan:

“Permudahkanlah dan janganlah anda menyukarkan dan gembirakanlah dan jangan anda melarikan orang dari Islam. Dan hendaklah anda berdua

sentiasa bertukar fikiran”[Muttafaq alaih]

Page 38: Toleransi  D ala m  Perbezaan Pendapat

38

TAMAT

Shah Kirit B Kakulal [email protected]+6 019 – 555 7770