storage.googleapis.com€¦  · web viewjuliah binti subandi. puteri hayati megat ahmad. fakulti...

16
Jurnal Kaunselor Berdaftar, Jilid 1, No.4; 2017 E-ISSN 2600-8076 Diterbitkan oleh Lembaga Kaunselor (Malaysia) ____________________________________________________________________________ ________________ Rawatan Kaunseling Penyalahgunaan Dadah Menggunakan Strategi Motivational Interviewing (Mi): Satu Kajian Kes Juliah Binti Subandi Puteri Hayati Megat Ahmad Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah Abstra k Kajian kes ini bertujuan untuk melihat kesan rawatan kaunseling penyalahgunaan dadah menggunakan strategi Motivational Interviewing (MI) bagi klien penyalahgunaan dadah yang menjadi Orang Kena Pengawasan (OKP) di Agensi Anti Dadah Kebangsaan di Kota Kinabalu Sabah. Kajian kes ini cuba untuk menjelaskan pelaksanaan rawatan yang dijalankan oleh kaunselor menggunakan strategi MI di dalam sesi kaunseling. Pelaporan kajian kes ini memfokuskan kepada latar belakang klien, latar belakang masalah klien, pengkonsepsian kes, pelaksanaan rawatan dan rumusan kes. Latar belakang klien merangkumi penampilan, tahap kesediaan untuk berubah dan pencetus kepada ketagihan klien. Di dalam pengkonsepsian kes, penulisan tertumpu kepada rasional penggunaan strategi yang digunakan. Perancangan dan pelaksanaan rawatan kaunseling penyalahgunaan dadah strategi MI ini merangkumi matlamat perubahan, kaedah rawatan, intervensi rawatan dan pengukuran perubahan. Perubahan klien dinilai melalui pemerhatian kaunselor berdasarkan Mental Status Examination, MSE, rekod kilen dan perubahan percakapan klien. Rawatan kaunseling sebanyak lapan sesi ini telah dapat membawa perubahan positif terhadap klien. Implikasi dapatan kajian kes ini menunjukkan strategi MI adalah satu pilihan rawatan yang boleh digunakan oleh kaunselor dalam membantu klien penyalahgunaan dadah. Kata Kunci: Strategi Motivational Interviewing, pengkonsepsian kes, pelaksanaan rawatan, pengukuran perubahan 1.0 PENGENALAN Klien yang dipilih bagi kajian kes ini adalah Jani (bukan nama sebenar). Klien berumur 35 tahun, berasal dari salah sebuah daerah di Sabah, beragama Islam, berbangsa Melayu dan telah berkahwin. Klien pernah mengalami kegagalan perkahwinan pada empat tahun yang lepas. Namun, kini klien telah berkahwin buat kali kedua dan dikurniakan dua orang anak. Sejak tahun 2010, klien telah mula terlibat dengan penyalahgunaan dadah jenis syabu. Namun, lima tahun sebelum itu klien pernah terlibat dengan pengambilan ganja. Pada awalnya pengambilan dadah hanya bertujuan berseronok bersama rakan- rakan namun aktiviti pengambilan dadah telah berterusan sehingga menyebabkan klien ketagihan. Dalam tempoh penyalahgunaan dadah, klien mempunyai masalah tingkah laku dan hilang fokus hidup serta menjadi orang yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga serta mengabaikan semua tanggungjawab yang sepatutnya dipikul sebagai anak, suami dan bapa. Akhirnya, pada tahun 2015, klien telah ditangkap atas permintaan keluarga yang telah membuat aduan ke Bahagian

Upload: others

Post on 23-Mar-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: storage.googleapis.com€¦  · Web viewJuliah Binti Subandi. Puteri Hayati Megat Ahmad. Fakulti Psikologi dan Pendidikan . Universiti Malaysia Sabah. Abstrak. Kajian kes ini bertujuan

Jurnal Kaunselor Berdaftar, Jilid 1, No.4; 2017E-ISSN 2600-8076Diterbitkan oleh Lembaga Kaunselor (Malaysia) ____________________________________________________________________________________________

Rawatan Kaunseling Penyalahgunaan Dadah Menggunakan Strategi Motivational Interviewing (Mi): Satu Kajian Kes

Juliah Binti SubandiPuteri Hayati Megat Ahmad

Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah

Abstrak

Kajian kes ini bertujuan untuk melihat kesan rawatan kaunseling penyalahgunaan dadah menggunakan strategi Motivational Interviewing (MI) bagi klien penyalahgunaan dadah yang menjadi Orang Kena Pengawasan (OKP) di Agensi Anti Dadah Kebangsaan di Kota Kinabalu Sabah. Kajian kes ini cuba untuk menjelaskan pelaksanaan rawatan yang dijalankan oleh kaunselor menggunakan strategi MI di dalam sesi kaunseling. Pelaporan kajian kes ini memfokuskan kepada latar belakang klien, latar belakang masalah klien, pengkonsepsian kes, pelaksanaan rawatan dan rumusan kes. Latar belakang klien merangkumi penampilan, tahap kesediaan untuk berubah dan pencetus kepada ketagihan klien. Di dalam pengkonsepsian kes, penulisan tertumpu kepada rasional penggunaan strategi yang digunakan. Perancangan dan pelaksanaan rawatan kaunseling penyalahgunaan dadah strategi MI ini merangkumi matlamat perubahan, kaedah rawatan, intervensi rawatan dan pengukuran perubahan. Perubahan klien dinilai melalui pemerhatian kaunselor berdasarkan Mental Status Examination, MSE, rekod kilen dan perubahan percakapan klien. Rawatan kaunseling sebanyak lapan sesi ini telah dapat membawa perubahan positif terhadap klien. Implikasi dapatan kajian kes ini menunjukkan strategi MI adalah satu pilihan rawatan yang boleh digunakan oleh kaunselor dalam membantu klien penyalahgunaan dadah.

Kata Kunci: Strategi Motivational Interviewing, pengkonsepsian kes, pelaksanaan rawatan, pengukuran perubahan

1.0 PENGENALAN

Klien yang dipilih bagi kajian kes ini adalah Jani (bukan nama sebenar). Klien berumur 35 tahun, berasal dari salah sebuah daerah di Sabah, beragama Islam, berbangsa Melayu dan telah berkahwin. Klien pernah mengalami kegagalan perkahwinan pada empat tahun yang lepas. Namun, kini klien telah berkahwin buat kali kedua dan dikurniakan dua orang anak. Sejak tahun 2010, klien telah mula terlibat dengan penyalahgunaan dadah jenis syabu. Namun, lima tahun sebelum itu klien pernah terlibat dengan pengambilan ganja. Pada awalnya pengambilan dadah hanya bertujuan berseronok bersama rakan- rakan namun aktiviti pengambilan dadah telah berterusan sehingga menyebabkan klien ketagihan. Dalam tempoh penyalahgunaan dadah, klien mempunyai masalah tingkah laku dan hilang fokus hidup serta menjadi orang yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga serta mengabaikan semua tanggungjawab yang sepatutnya dipikul sebagai anak, suami dan bapa.

Akhirnya, pada tahun 2015, klien telah ditangkap

atas permintaan keluarga yang telah membuat aduan ke Bahagian Penguatkuasaan, Unit Aduan Dan

Risikan Agensi AntiDadah Kebangsaan Daerah Kota Kinabalu. Selepas itu klien telah dihantar ke Pusat Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC), sebagai klien sukarela di bawah seksyen 8(3)(a) untuk menjalani rawatan selama tempoh satu tahun. Pada Oktober 2015, klien telah dibebaskan daripada CCRC, dan kini klien menjalani rawatan dan pemulihan sebagai Orang Kena Pengawasan (OKP) selama tempoh dua tahun di Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kota Kinabalu. Penulisan kajian kes menggunakan strategi Motivational Interviewing ini akan mengutarakan i) latarbelakang klien meliputi penampilan awal, kesediaan untuk berubah dan pencetus kepada ketagihan, 2) pengkonsepsian kes, 3) perancangan rawatan dan 4) pelaksanaan rawatan. Penulisan ini diharap akan dapat memberi panduan kepada mana-mana kaunselor yang ingin menggunakan strategi ini sebagai alternative rawatan di seting mereka.

21

Page 2: storage.googleapis.com€¦  · Web viewJuliah Binti Subandi. Puteri Hayati Megat Ahmad. Fakulti Psikologi dan Pendidikan . Universiti Malaysia Sabah. Abstrak. Kajian kes ini bertujuan

1.2 Latar Belakang Klien1.2.1 Penampilan

Penilaian Status Mental (MSE) merupakan perkara yang penting dalam proses rawatan dan pemulihan sebagaimana menurut Aiken dalam Puteri Hayati (2012) dan kaedah yang digunapakai untuk membuat penilaian terhadap penampilan dan tingkah laku, status emosi, komponen pemikiran dan kefungsian kognitif klien. Penilaian ini digunakan oleh ahli klinikal untuk membantu diagnosis dalam perancangan rawatan (Polanski & Hinkle, 2000). Berdasarkan penilaian MSE, klien mempunyai penampilan sederhana kemas dan mempunyai kontak mata sepanjang sesi kaunseling. Klien kelihatan peka terhadap masa, tempat dan individu sekelilingnya. Klien ini didapati mempunyai tahap mood yang sederhana. Pada sesi pertama, klien telah menunjukkan kerjasama yang baik. Tahap pertimbangan dan tahap celik akal klien adalah sederhana dan kelihatan mempunyai motivasi yang tinggi terhadap rawatan di AADK Kota Kinabalu. Klien tiada kecenderungan untuk melakukan tingkah laku berisiko atau memudaratkan diri sendiri. Secara keseluruhannya, klien adalah seorang yang normal, waras dan boleh menjalani sesi kaunseling yang dijalankan oleh kaunselor.

1.2.2 Kesediaan berubah

Model Stages of Change yang diutarakan oleh Prochaska dan DiClemente (1984) telah digunakan dalam menilai tahap kesediaan untuk berubah klien ini. Model ini mengandaikan lima siri perubahan yang boleh dikenalpasti dalam proses kaunseling (Corey, 2013) iaitu tahap Precontemplation, Contemplation, Preparation, Action dan Maintenance. Penerokaan terhadap tahap kesediaan untuk berubah dilakukan ke atas klien ini kerana pengenalpastian tahap akan dapat menyediakan strategi rawatan secara lebih berkesan. Dalam perjumpaan awal, klien telah bersetuju untuk berbincang tentang bahaya dadah iaitu kesan terhadap fizikal dan mental. Semasa di CCRC, klien telah mula menanam azam yang tinggi iaitu untuk nekad berhenti daripada tingkah laku penagihan. Setelah dibebaskan, dengan status OKP, klien telah menjalani rawatan pemulihan di AADK Kota Kinabalu, dan di sini klien mula merasa kurang yakin untuk berhenti menagih kerana wujudnya gangguan rakan-rakan lama yang pernah menagih bersama sebelum klien dimasukkan ke CCRC. Setelah keluar daripada CCRC, klien mengalami kehidupan yang mencabar kerana berada dalam dunia realiti. Kaunselor menggunakan Readiness Ruler untuk meneroka tahap kesediaan berubah klien. Readiness Ruler adalah kaedah mudah untuk melihat tahap keyakinan klien

untuk mengubah tingkah laku. Berdasarkan perbincangan dan pemerhatian kaunselor, klien berada di tahap Contemplation iaitu peringkat pertimbangan dan ada niat untuk berubah namun mempunyai ketidakpastian.

1.2.3 Triggers/Pencetus Kepada Ketagihan

Berdasarkan perkongsian bersama kaunselor, klien ada menyatakan bahawa klien pernah cuba untuk berhenti menagih syabu, akan tetapi hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja. Keadaan ini berpunca daripada gangguan rakan lama yang pernah sama-sama menagih bersama klien. Klien juga menyatakan bahawa antara pencetus kepada ketagihan, adalah apabila melihat rakan-rakan yang pernah sama-sama menagih dadah. Klien mempunyai hubungan baik dengan penjual syabu kelas atasan dan kerana itu amat mudah untuk mendapat bekalan dadah. Persekitaran tempat tinggal klien juga memudahkan klien berjumpa rakan-rakan lama dan kerana itu klien kembali menagih kerana tidak dapat melawan pujukan rakan-rakan yang sering datang mengajak dan memujuk klien untuk menagih semula. Klien juga memaklumkan merasa seronok apabila bersama dengan rakan-rakan.

1.2.4 Pengkonsepsian kes

Pengkonsepsian kes membantu kaunselor memahami apa yang dikehendaki oleh klien melalui perspektif teoritikal dan seterusnya membantu kaunselor mengaplikasikan kaedah kaunseling yang sesuai (Puteri Hayati 2012). Ia merupakan gambaran yang jelas terhadap situasi yang dialami klien iaitu berkaitan hala tuju permasalahan klien dan bagaimana untuk mencapai matlamat perubahan klien. Pengkonsepsian kes juga merupakan sebahagian dari penilaian dan penaksiran klinikal yang memfokuskan penelitian luahan masalah daripada klien, masalah-masalah yang berkaitan, punca utama masalah serta faktor semasa yang menyebabkan masalah itu berlaku (Puteri Hayati,2012). Ini menunjukkan bahawa seseorang kaunselorperlu cekap dalam membuat pengkonsepsian kes klien. Langkah utama dalam membuat pengkonsepan kes adalah mengenalpasti masalah/isu berasaskan andaian-andaian tertentu dan kemudian mengkategorikannya mengikut tema-tema yang sesuai. Setelah masalah dan simptom tingkah laku dikenalpasti, kaunselor perlu mengaitkan masalah klien dengan bidang kesukaran mengikut perspektif teoritikal yang mahu digunakan (Neukrug & Schwitzer, 2003). Dalam kes klien ini, strategi

22

Page 3: storage.googleapis.com€¦  · Web viewJuliah Binti Subandi. Puteri Hayati Megat Ahmad. Fakulti Psikologi dan Pendidikan . Universiti Malaysia Sabah. Abstrak. Kajian kes ini bertujuan

kaunseling Motivational Interviewing digunakan kerana klien mempunyai masalah tingkah laku berterusan (penyalahgunaan dadah) akibat ketidakpastian yang dialami oleh klien.

1.2.5 Mengenal pasti masalah

Proses pengkonsepsian kes memerlukan kaunselor mengenalpasti masalah dan membuat perkaitan dengan perkembangan, kefungsian serta pengadaptasian klien (Puteri Hayati, 2012). Melalui penerokaan, klien didapati tidak yakin untuk berhenti menagih dadah. Masalah ini bermula apabila klien dibebaskan dari pusat rawatan dan pemulihan CCRC dan kemudian menjalani kehidupan sebagai OKP selama dua tahun di AADK Kota Kinabalu. Klien hilang keyakinan dalam proses kepulihan kerana klien sentiasa menerima gangguan dan ajakan rakan- rakan lama yang pernah sama-sama menagih dadah. Keadaan ini amat mengganggu klien sehinggakan klien berasa kurang keyakinan untuk berhenti menagih dan risau akan kembali menagih. Keadaan ini juga membuatkan klien mengalami konflik dalaman dan mempunyai ketidakpastian walaupun semasa menjalani rawatan di CCRC. Klien pada awalnya menganggap dirinya akan pulih selepas menjalani rawatan, namun ia tidak semudah yang disangkakan oleh klien. Rakan-rakan lama menjadi pencetus, penghalang dan cabaran paling utama kepada klien semasa dalam proses pengekalan kepulihan

1.2.6 Andaian Masalah Berdasarkan Strategi Motivational Interviewing (MI)

Masalah klien adalah berasa tidak yakin untuk berhenti menagih dadah disebabkan gangguan rakan- rakan lama yang sama-sama menagih dadah sebelum ini. Berdasarkan perspektif MI, klien menghadapi masalah tidak yakin untuk berhenti menagih dadah adalah disebabkan oleh masalah ketidakpastian atau kekaburan yang merupakan konflik dalaman yang dialami klien atau dipanggil kesukaran psikologi. Ketidakyakinan tersebut telah membawa kepada penerusan tingkah laku menagih. Bagi membantu klien mengubah tingkah laku, maka segala ketidakpastian mesti dileraikan. Perbincangan mempertimbangkan kemudaratan dan keseronokan yang dicapai ketika bersama rakan-rakan perlu difokuskan oleh kaunselor agar kekaburan dapat ditangani. Kerangka berikut perlu difahami dan dihayati oleh kaunselor bagi tujuan pencapaian matlamat perubahan klien iaitu:

a. Motivasi untuk berubah adalah daripada klien sendiri tanpa ada unsur paksaan, pujukan, konfran atau penggunaan apa-apa hukuman atau paksaan. Ini bertujuan untuk membantu klien menggunakan sumber dalaman kendiri iaitu motivasi intrinksik. Ini dapat dicapai dengan melaksanakan proses kaunseling berdasarkan semangat MI iaitu Kolaborasi, Penerimaan, Evokasi dan Belas Kasihan (Miller & Rollnick, 2013).

b. Strategi MI meletakkan klien sebagai individu yang bertanggungjawab untuk mencari jalan penyelesaian terhadap rasa kekeliruan atau ketidakpastian. Ketidakpastian bermakna klien berada dalam dilema iaitu antara mahu berhenti dan meneruskan tingkah laku. Kaunselor perlu berupaya membina percanggahan antara tingkah laku semasa dan matlamat yang ingin dicapai. Kaunselor perlu berupaya membina percanggahan antara matlamat yang diimpikan (kepulihan) dengan tingkah laku semasa (terus menagih).

c. Kesediaan untuk berubah klien tidak lahir secara sendirinya tetapi merupakan hasil interaksi interpersonal antara kaunselor- klien melalui pendekatan humanistik. Kaunselor perlu menggunakan kemahiran OARS (Open question, Affirmation, Reflection, Summarizing) dan mengelakkan pendekatan konfrantatif. Pendekatan konfran akan menjadikan klien menentang yang mana akan menyukarkan lagi proses kepulihan.

2.0 PERANCANGAN RAWATAN

Perancangan rawatan adalah suatu yang berorientasikan tindakan dan matlamat. Ia menyediakan struktur kerangka teraputik dan arah tujuan (Seligman 2004). Perancangan rawatan bermula dengan memahami masalah dan diikuti dengan penentuan langkah seterusnya untuk menangani masalah tersebut. Perancangan rawatan adalah panduan ke arah mencapai matlamat rawatan yang dihajati dan merupakan suatu media untuk kaunselor mengaplikasikan konsepsualisasi kes dan perspektif teoritikal (Puteri Hayati, 2012). Terdapat tiga aspek yang perlu ada dalam perancangan rawatan iaitu 1) memilih matlamat yang ingin dicapai, 2) menentukan mod/kaedah rawatan dan 3) mendokumentasikan cara pencapaian matlamat

23

Page 4: storage.googleapis.com€¦  · Web viewJuliah Binti Subandi. Puteri Hayati Megat Ahmad. Fakulti Psikologi dan Pendidikan . Universiti Malaysia Sabah. Abstrak. Kajian kes ini bertujuan

(Neukrug & Schwitzer, 2003). Berdasarkan permasalahan yang dikemukakan oleh klien, kaunselor telah menggunakan ketiga-tiga aspek tersebut dalam membuat perancangan rawatan.

3. MATLAMAT PERUBAHAN

Berdasarkan strategi MI, secara umum matlamat perubahan yang ingin dicapai adalah untuk mengatasi masalah kekaburan atau ketidakpastian klien agar tingkah laku menagih dapat diberhentikan. Ketidakpastian merupakan konflik dalaman yang dialami klien. Strategi MI semasa proses rawatan berteraskan kepada 4 proses iaitu 1) perapatan (engaging), 2) memfokus (focusing), 3) evokasi (evoking) dan 4) perancangan (planning). Melalui proses rawatan ini, masalah akan dapat ditangani dan perubahan tingkah laku klien dapat dijana. Berdasarkan kes Jani, matlamat perubahan yang telah dikenal pasti iaitu membantu klien meningkatkan keyakinan diri untuk kekal pulih dengan mengatasi masalah ketidakpastian. Pembinaan percanggahan perlu dilakukan oleh kaunselor kerana hasilnya akan membawa perubahan tingkah laku sukarela klien. Pembinaan percanggahan bertujuan untuk menjelaskan ketidakpastian yang berlaku di dalam pemikiran klien melalui analisis berkaitan tingkah laku semasa dengan matlamat serta nilai yang dimahukan oleh klien (pulih dan tidak mengambil dadah). Percanggahan (atau jurang tingkah laku antara tingkah laku semasa dengan kepulihan) juga dapat diatasi dengan melihat kepentingan untuk berubah. Strategi MI membantu menjelaskan ketidakpastian melalui diri klien sendiri dan tidak melalui paksaan (Miller & Rollnick, 2002). Ini melibatkan pengenalpastian dan penjelasan mengenai matlamat dan nilai yang bercanggah dengan tingkah laku semasa. Percanggahan akan menimbulkan kesedaran kepada klien tentang akibat tidak yakin untuk berhenti menagih akan membawa kesengsaraan terhadap diri sendiri, keluarga dan kehidupan klien. MI juga berpendapat bahawa jika percanggahan dapat dibina, maka klien akan dapat meningkatkan efikasi diri, dapat menyuarakan alasan dan niat untuk berubah secara sukarela.

4. MOD/KAEDAH RAWATAN

Berdasarkan kes Jani, kaunselor telah membuat perancangan untuk menjalankan sesi kaunseling individu enam hingga lapan sesi dengan menggunakan strategi kaunseling MI.

5. INTERVENSI RAWATAN

Perancangan intervensi rawatan yang dilakukan oleh kaunselor berasaskan masalah yang dikongsikan klien iaitu tidak yakin dapat berhenti daripada menagih dadah. Penggunaan intervensi menekankan kepada kemahiran OARS (Open question, Affirmation, Reflection, Summarizing) dan semangat MI (Kolaborasi, Penerimaan, Evokasi dan Belas Kasihan) (Miller & Rollnick, 2013). Bagi memastikan klien benar-benar akan pulih, rawatan juga memasukkan aspek-aspek perbincangan seperti di bawah;

kesediaan klien untuk berubah penggunaan dadah dan kesan dadah

terhadap diri klien manfaat dan akibat penggunaan dadah

terhadap diri klien dan kehidupan matlamat dan perancangan klien untuk

mengatasi tingkah laku menagih situasi pencetus dan cara menangani oleh

klien mengenalpasti kekuatan diri klien

6. PENGUKURAN PERUBAHAN

Perancangan rawatan yang sempurna perlu menunjukkan bagaimana perubahan diukur dan sejauh mana kemajuan ke arah pencapaian matlamat dilakukan (Neukrug & Schwitzer, 2003). Perubahan boleh dinilai melalui kombinasi pengukuran objektif dan subjektif (Jongsma & Peterson, 2003; Seligman,2004). Dalam kes klien ini, pengukuran pencapaianmatlamat diukur dengan menggunakan penilaian status mental , rekod /laporan kendiri klien dan pemerhatian kaunselor terhadap klien semasa sesi

6.1 Penilaian Status Mental(MSE)

Pengukuran atau penilaian terhadap perubahan klien berdasarkan MSE merujuk kepada perubahan fizikal, emosi, pemikiran, percakapan dan celik akal yang ditunjukkan oleh klien semasa berada dalam sesi bermula sesi pertama sehingga sesi terakhir.

6.2 Rekod

Pengukuran perubahan klien turut diukur dan ditentukan melalui rekod klien semasa klien mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan di AADK Kota Kinabalu. Kekerapan klien untuk mengikuti aktiviti yang dinyatakan membuktikan bahawa

24

Page 5: storage.googleapis.com€¦  · Web viewJuliah Binti Subandi. Puteri Hayati Megat Ahmad. Fakulti Psikologi dan Pendidikan . Universiti Malaysia Sabah. Abstrak. Kajian kes ini bertujuan

terdapat kesedaran klien untuk berubah. Pengukuran perubahan klien juga dapat diukur dengan melihat perubahan percakapan yang ditunjukkan oleh klien sepanjang sesi kaunseling dijalankan (bermula sesi pertama sehingga sesi terakhir). Banyak perubahan percakapan klien yang boleh dikenalpasti semasa rawatan dijalankan.

6.3 Pemerhatian Kaunselor

Pemerhatian kaunselor juga digunakan dalam mengukur pencapaian matlamat. Pemikiran, tingkah laku dan reaksi fisiologi klien semasa sesi memberi gambaran bahawa klien positif terhadap rawatan yang dilaksanakan. Oleh kerana strategi MI berteraskan pendekatan humanistik, maka pendekatan kaunseling mengelakkan konfran, tidak memberi nasihat atau maklumat kerana ini akan menjadikan klien bergantung. Klien diberi pilihan dan kuasa autonomi untuk membuat pilihan kerana strategi ini menekankan klien bertanggungjawab ke atas pilihan dan keputusannya.

7. PELAKSANAAN RAWATAN

Strategi MI digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi klien. Strategi ini berorientasikan pemusatan klien, mempunyai andaian, semangat dan tujuan yang mampu menjana perubahan tingkah laku klien secara sukarela mengikut satu ketetapan pusingan “tahap-tahap perubahan” (Prochaska & Norcross, 2004). Strategi pemusatan humanistik tetapi direktif ini merupakan strategi kaunseling untuk mengubah tingkah laku penagihan melalui penerokaan dan penyelesaian ketidakpastian atau kekaburan yang ada dalam diri klien. Selain itu, faktor perubahan tingkah laku klien juga dilihat melalui perubahan semulajadi iaitu peningkatan kekuatan dalaman yang dimanisfestasikan melalui perubahan percakapan (Puteri Hayati, 2015). Proses perhubungan rawatan MI melibatkan perapatan (engaging), 2) memfokus (focusing), 3) evokasi (evoking) dan 4) perancangan (planning).

Strategi MI menekankan kepada kolaborasi antara klien dan kaunselor kerana hubungan interpersonal antara keduanya dapat membantu menggalakkan perubahan tingkah laku klien. Kaunselor perlu menerima tanpa syarat klien kerana faktor ini akan membantu menghapuskan stigma yang menghantui diri klien. Klien akan merasa dirinya diterima dan diberi peluang untuk memperbaiki diri. Faktor lain yang dapat membantu perubahan tingkah laku

menurut strategi ini iaitu dengan mencungkil harapan, semangat dan efikasi diri yang sememangnya ada dalam diri klien. Jika klien percaya dengan keupayaan diri mereka, maka klien akan berjaya melakukan perubahan. Konsep ‘telahan kendiri terkabul’ perlu disemai dan dikukuhkan dan justeru itu sangat penting untuk kaunselor menunjukkan keyakinannya terhadap keupayaan klien kerana telahan kendiri terkabul ini menjadi pemangkin kepada penggunaan sumber dalaman klien. Mengenalpasti perubahan percakapan adalah sebahagian dari strategi direktif yang menjadi intipati strategi ini. Strategi ini juga sangat memberi keutamaan terhadap perubahan percakapan dan percakapan positif yang diekpresikan oleh klien mengenai perubahan. Kolaborasi dan penerimaan tanpa syarat menunjukkan bahawa kaunselor begitu perihatin dan memang bersedia untuk membantu klien. Sikap belas kasihan tanpa konfran atau menyalahkan klien terhadap apa yang telah berlaku memberi keyakinan dan ruang untuk klien membuka lembaran baru kehidupannya.

Matlamat strategi MI juga bagi meningkatkan motivasi dalaman yang timbul daripada nilai klien itu sendiri dan bukan daripada tekanan luaran. Tiga komponen motivasi yang perlu dibincangkan iaitu 1) dimensi kemahuan yang mana merujuk kepada sejauh mana pentingnya klien untuk berubah, 2) dimensi keupayaan /kemampuan yang merujuk kepada sejauh mana yakinnya klien untuk berubah dan 3) dimensi kesediaan merujuk kepada sejauh mana klien meletakkan keutamaan untuk mengubah tingkah laku menagih. Oleh itu, MI menjadi strategi yang digunakan untuk menjana motivasi agar individu boleh memulakan langkah untuk mengubah tingkah laku yang diinginkan. Perbincangan mengenai ketiga-tiga dimensi motivasi ini akan memberi pencerahan kepada klien kenapa dan mengapa usahanya sebelum ini sering gagal.

7.1 Sesi Pertama: Membina hubungan dan penstrukturan (Proses Perapatan)

Dalam sesi ini kaunselor membina hubungan dan persekitaran kondusif (proses Perapatan) dalam menjana persekitaran selamat agar penerokaan terhadap tingkah laku dapat dilaksanakan dengan berkesan. Kaunselor menunjukkan penerimaan tanpa syarat supaya hubungan kolaborasi antara kaunselor dan klien dapat diwujudkan. Dalam strategi MI, proses ini melibatkan pembinaan perapatan antara kaunselor-klien. Selain itu, penstrukturan juga dilakukan bagi menjelaskan perjalanan proses

25

Page 6: storage.googleapis.com€¦  · Web viewJuliah Binti Subandi. Puteri Hayati Megat Ahmad. Fakulti Psikologi dan Pendidikan . Universiti Malaysia Sabah. Abstrak. Kajian kes ini bertujuan

perhubungan kaunseling yang perlu diketahui oleh klien. Parameter penstrukturan yang dibincangkan oleh kaunselor merangkumi peranan kaunselor, peranan klien, tempoh masa sesi kaunseling, kerahsiaan dan limitasi kerahsiaan.

7.2 Sesi Kedua: Penerokaan (Proses Memfokus)

Pada awal sesi, kaunselor telah meminta klien untuk mengingat kembali berkaitan perbincangan pada sesi pertama. Kaunselor juga turut membantu mengingatkan apa yang telah dibincangkan pada sesi yang lepas. Pada sesi ini proses penerokaan masalah klien (proses memfokus) dilakukan. Klien berkongsi berkaitan sejarah awal penglibatan dalam penyalahgunaan dadah dan permasalahan yang dihadapinya. Pada sesi ini, klien telah menyatakan bahawa klien ingin berubah tetapi atas gangguan rakan-rakan lama menyebabkan klien tiada keyakinan untuk pulih. Ketidakyakinan ini adalah ketidakpastian yang mana dianggap normal dalam mana-mana proses kepulihan klien (Miller & Rollnick, 2013). Untuk pengesahan terhadap kesediaan klien untuk berubah, kaunselor telah menggunakan readiness ruler dan klien telah memilih skala 10 bermakna klien sangat bersedia untuk berubah. Namun, berdasarkan pengamatan dan bahasa badan klien, kaunselor merasakan klien berada pada tahap 5-6 iaitu mempunyai niat atau sedang mempertimbangkan untuk berubah, (tahap Contemplation). Klien ragu-ragu untuk berubah kerana masih merasakan syabu memberi manfaat kepada dirinya.

Rajah 1: Readiness Ruler

7.3 Sesi Ketiga: Penerokaan Masalah (Proses Memfokus).

Dalam sesi ini kaunselor cuba membantu klien untuk mengenal pasti tahap penggunaan dadah klien untuk12 bulan yang lepas melalui inventori Drug Screening Inventory (DSI) (alih bahasa Puteri Hayati 2015). Berdasarkan DSI tersebut, tahap penggunaan dadah klien adalah pada tahap amat bahaya kerana klien

memperoleh skor 18. Klien didapati tidak dapat mengawal pengambilan dadah dan sangat sukar hidup tanpa dadah lantas menjejaskan kehidupan klien. Pada sesi ini klien dibantu untuk menyelesaikan ketidakpastian atau kekaburan melalui penerokaan terhadap bahaya dadah. Pada sesi ini juga kaunselor memberi beberapa maklumat (setelah dibenarkan oleh klien) untuk meningkatkan kepekaan klien tentang masalah yang sedang klien hadapi. Di akhir sesi, kaunselor membuat rumusan perbincangan terhadap sesi kaunseling ketiga ini.

7.4 Sesi Keempat: Penyelesaian Masalah (Proses Evokasi).

Sesi-sesi seterusnya adalah bagi pencapaian matlamat perhubungan kaunseling iaitu melalui proses Evokasi. Perbincangan pada sesi keempat adalah berkaitan sejauh mana manfaat yang dinikmati oleh klien kerana menggunakan dadah dan sebanyak mana pula kemudaratan/kesengsaraan yang ditanggung kerana tingkah laku menagih tersebut. Perbincangan secara mendalam dua aspek ini iaitu manfaat dan akibat tingkah laku menagih dadah membantu klien menghilangkan kekaburan atau percanggahan yang selama ini ada dalam diri klien. Banyak masa yang digunakan oleh kaunselor untuk membincangkan kesengsaraan (akibat) agar kekaburan dapat dihapuskan dan secara langsung akan meningkatkan keyakinan klien untuk mengubah tingkah laku. Antara kesengsaraan yang dihadapi oleh Jani seperti ketidakharmonian dalam hubungan keluarganya, tidak bertanggungjawab terhadap keluarga dan hilang pekerjaan, ibu tidak percaya kepada dirinya serta mengalami masalah kesihatan. Masalah kewangan juga menjadi isu besar dalam kehidupan klien kerana sebahagian besar wang digunakan untuk mendapatkan bekalan dadah. Rumusan sesi juga dijalankan bagi perlaksanaan sesi yang keempat ini.

7.5 Sesi Kelima: Penyelesaian Masalah (Proses Evokasi).

Proses Evokasi ini diteruskan dengan perbincangan untuk mengenal pasti halangan yang mengganggu klien dalam usaha membuat perubahan tingkah laku menagih. Perbincangan memberi fokus utama kepada perancangan untuk klien mengelak daripada terjebak semula dan membantu meningkatkan keyakinan klien untuk kekal pulih. Selain itu kaunselor juga membantu klien mengenalpasti individu sokongan yang ada di sekeliling klien. Mengenalpasti individu signifikan ini amat penting kerana mereka menjadi jaringan

26

Page 7: storage.googleapis.com€¦  · Web viewJuliah Binti Subandi. Puteri Hayati Megat Ahmad. Fakulti Psikologi dan Pendidikan . Universiti Malaysia Sabah. Abstrak. Kajian kes ini bertujuan

penyokong ketika klien rasa keseorangan. Pada sesi ini, klien mengakui tentang keperluan mengelak daripada kawan-kawan lama jika klien mahu pulih. Rumusan sesi kelima dilaksanakan sebelum sesi ditangguhkan.

7.6 Sesi Keenam: Penyelesaian Masalah (Proses Evokasi dan Membuat Perancangan).

Selepas klien mengingat kembali apa yang telah berlaku dalam sesi kelima, klien dibantu untuk mengenalpasti situasi pencetus yang menjana kemahuan klien untuk mengguna dadah. Di samping itu juga perbincangan difokuskan kepada persepsi kesan yang diinginkan oleh klien (seperti rasa seronok, rasa diterima, lega, bertenaga dll). Perbincangan ini membantu klien membina perancangan bagi menangani situasi pencetus. Situasi pencetus bagi Jani adalah berkaitan kehadiran kawan-kawan lama. Apabila melihat rakan-rakan lama, rasa seronok menjelma dalam kepalanya dan ini yang menguatkan perasaannya untuk mengambil dadah. Perbincangan kaunselor-klien berkisar bagaimana rasa seronok yang dialami (bila melihat rakan-rakan lama) boleh diganti dengan gambaran imej negatif (digari polis, dibawa ke penjara, sebatan dan ibu menangis). Proses menukarkan kesan seronok kepada kesan ngeri hasil dari pencetus yang dikenalpasti (melihat rakan lama) mengambil masa yang panjang dan melibatkan teknik imageri. Proses ini melbatkan penukaran gambaran imej dalam pemikiran klien kerana kesan pencetus adalah masalah yang dengan berkaitan pemikiran klien. Rumusan sesi dilaksanakan sebelum sesi kaunseling ditangguhkan.

7.7 Sesi Ketujuh: Tindakan (Proses Perancangan)

Seterusnya perbincangan sesi ketujuh ini memberifokus kepada membantu klien meningkatkankeyakinan agar klien mampu mengubah tingkah lakunya (membuat Perancangan). Perbincangan mengenai kekuatan dan kejayaan yang pernah dicapai oleh klien sebelum ini iaitu mampu merebut tender dan bersaing dengan syarikat yang ternama (ketika klien bekerja dahulu) dilakukan. Pengakuan klien bahawa semangat kental dan terus berusaha demi masa hadapan adalah kekuatan dalaman yang ada dalam dirinya tetapi tidak disedari. Perbincangan bagaimana klien akhirnya mendapat tender tersebut dibincangkan dengan tujuan meningkatkan keyakinan klien bahawa klien boleh Berjaya kerana mempunyai kekuatan/keistimewaan dalaman. Klien juga percaya apa pun yang berlaku adalah bermula

daripada diri sendiri. Tahap celik akal klien bertambah baik berbanding sesi sebelumnya. Kaunselor banyak menggunakan kemahiran pengukuhan dan memberi pengiktirafan kepada klien agar klien dapat melihat adanya kekuatan dalam dirinya yang boleh digunakan di masa hadapan. Klien mengakui bahawa beliau mempunyai kekuatan namun ia tidak digunakan dengan sebaik mungkin untuk meninggalkan tingkah laku penyalahgunaan dadah. Berdasarkan pemerhatian, kaunselor dapat merasakan bahawa klien telah bersedia untuk berubah melalui 1) bertambahnya perubahan percakapan klien, 2) pengurangan perbincangan tentang masalah dan 3) klien seringkali menunjukkan sikap ingin tahu terhadap cara yang perlu dilakukan jika mahu berjaya (Puteri Hayati 2015). Klien juga meminta maklumat berkaitan individu-individu yang pernah menagih tetapi kini telah berjaya dalam hidup mereka agar dapat dicontohi.

7.8 Sesi Kelapan: Rumusan dan Penamatan Sesi.

Pada sesi ini sebagaimana biasa rumusan terhadapsesi lepas dilakukan bagi mengimbas semulaperbincangan sesi lepas. Sesi terakhir ini digunakan untuk membuat rumusan berkaitan apa yang klien alami sepanjang tujuh sesi yang telah dijalankan. Sesi ini juga digunakan sebagai ruang untuk menilai keberkesanan rawatan yang telah dijalankan. Penilaian tahap kesediaan berubah klien pada sesi ke lapan dilaksanakan bagi membuat perbandingan dengan tahap kesediaan berubah klien semasa di awal sesi terdahulu (semasa sesi kedua). Pada sesi ini klien banyak menyebut tentang keyakinan dirinya untuk berhenti menagih dan meletakkan skala 10 iaitu klien yakin dan bersedia untuk berubah (melalui Readiness Ruler). Kaunselor merasakan klien telah berada di tahap Persediaan (Preparation) berbanding tahap Contemplation di awal sesi pertemuan dahulu berdasarkan berikut iaitu 1) klien tidak lagi memberikan pelbagai alasan untuk berubah, 2) klien sudah bersedia untuk mengambil tindakan, 3) klien tidak lagi menunjukkan penentangan dan 4) banyak perubahan percakapan dari klien. Klien juga menyatakan bahawa klien perlu fokus terhadap rawatan dan pemulihan sepanjang tempoh menjadi Orang Kena Pengawasan. Tumpuan terhadap keluarga dan pekerjaan sekarang akan terus menjadi keutamaan klien dan klien berusaha untuk mengelak daripada rakan-rakan lama yang menjadi pengganggu kepada proses kepulihan klien. Walaupun kemungkinan slips dan lapse berlaku namun klien akan teruskan usahanya untuk berubah dan meletakkan diri dalam zon kepulihan kekal.

27

Page 8: storage.googleapis.com€¦  · Web viewJuliah Binti Subandi. Puteri Hayati Megat Ahmad. Fakulti Psikologi dan Pendidikan . Universiti Malaysia Sabah. Abstrak. Kajian kes ini bertujuan

8. RUMUSAN

Secara keseluruhannya sesi kaunseling sebanyak lapan sesi ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan. Klien dapat menunjukkan perubahan dan kemajuan dari setiap sesi misalnya kesediaan untuk berubah dari tahap Contemplation kepada Tahap Preparation. Matlamat jangka pendek sesi perhubungan kaunseling berjaya dicapai seperti penampilan klien lebih kemas dari sebelumnya, banyak bahasa percakapan postif, tidak begitu bimbang dengan stigma masyarakat dan tiada dilemma berkaitan untuk meninggalkan tingkah laku menagih. Pada awal sesi kelapan, klien ada menyatakan bahawa klien sudah bertindak dan berani mengatakan tidak kepada rakan-rakan lama yang sentiasa mengganggu klien. Masalah kekaburan disebabkan tidak yakin dapat berhenti menagih dadah akibat gangguan kawan-kawan lama yang pernah menagih bersama sebelum ini telah dapat diatasi sendiri oleh klien buat kali pertama.

Penyelia klien di AADK Kota Kinabalu juga memberi pandangan positif di mana klien dianggap sangat berusaha dan senantiasa memberi kerjasama baik dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Keadaan yang sama juga ditunjukkan oleh klien semasa menjalani sesi kaunseling individu bersama kaunselor. Klien sentiasa bersedia dan memberi kerjasama yang baik kepada kaunselor serta sentiasa mematuhi temujanji yang dibuat. Selain itu, terdapat perbezaan tahap kesediaan berubah klien jika dibandingkan di awal perhubungan kaunseling dan di akhir perhubungan iaitu di sesi lapan. Beberapa indikator lain dapat diperhatikan dan ini menunjukkan bahawa rawatan sebanyak lapan sesi sebagai berjaya. Klien peka bahawa klien perlu mengubah tingkah laku dan tidak berada dalam kekaburan seperti mana yang klien lalui sebelum ini.

Berdasarkan rumusan di atas, klien telah mendapat celik akal dan klien perlu mengubah tingkah laku menagihnya agar kesengsaraan tidak berulang. Penggunaan strategi MI dalam sesi rawatan telah dapat membantu klien menghilangkan kekaburan berkaitan tingkah laku menagih, klien yakin untuk kekal pulih dan kini mempunyai perancangan konkrit agar tidak menagih semula di masa akan datang.

Rujukan

Corey, G. (2013). Theory and practice of counselling and psychotherapy ( 9th ed.). Pacific Grove, CA: Brooks/Cole.

Jongsma, A. E., Jr., & Peterson, L. M. (2003). The complete adult psychotherapy treatment planner (3rd ed). New York: Wiley

Marlatt, G. A. & Donovan, D. M. (2005). RelapsePrevention. New York: Guildford Publications.

Miller, W. R. & Rollnick, S. (2002). Motivational Interviewing. Preparing people for change. (2nd ed.). New York: Guildford Press.

Miller, W. R. & Rollnick, S. (2013). Motivational Interviewing. Helping People Change (3rd

ed.). NewYork: Guildford PressNelson-Jones, R. (2005). Practical Counselling and

Helping Skills. London: SAGE Publications.Neukrug, E. S. & Schwitzer, A. M (2003). Skills and

tools for today’s counsellors and psychotherapists. Pasific Grove: Thomson Brooks/Cole

Polanski, P. J., & Hinkle, J. S. (2000). The mental status examination: its use by professionalcounselors. Journal of Counseling and Development,78, 357-364.

Prochaska, J. O., & DiClemente, C. C. (1984). The transtheoretical approach: Crossing traditional boundaries of therapy. Homewood, IL: Dow Jones-Irwin.

Prochaska, J. & Norcross, J. (2004). System of psychotherapy; A transtheoritical analysis (5th ed.). New York: Wadsworth.

Puteri Hayati Megat Ahmad. (2015). Kaunseling Motivasi Dalam Penyalahgunaan Dadah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Puteri Hayati Megat Ahmad. (2012).Kemahiran dan Pengurusan Kes-Kes Kaunseling.Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah

Seligman, L. (2004). Diagnosis and treatment planning in counseling (3rd ed.). New York: Plenum Press.

28