meningkatkan produktiviti kerja · dan otak menjadi sihat dan cerdas. biasakan diri dengan rutin...

2
April 2018 Writer : Nurain Atan | [email protected] | 03-5544 2360 Edited by: Roslinda Mohd Subbian | Career & Counselling Centre, UiTM Shah Alam Adakah anda berpuas hati dengan kehidupan dan kerjaya anda sekarang? Adakah anda berjaya mengimbangkan keduanya? Tentunya kehidupan pada hari ini menuntut kita untuk bergerak pantas dan menjadi produktif pada masa yang sama. Namun dalam kesibukan kita bekerja sehari-hari, kita kerap mengabaikan produktiviti dalam tugasan yang dilakukan. Natijahnya, kita akan mudah berasa tertekan dan keliru untuk menentukan keutamaan dalam sesuatu masa. Tip -tip di bawah boleh digunakan untuk meningkat- kan produktiviti kerja dalam mengharungi kesibukan kehidupan seharian. MENINGKATKAN PRODUKTIVITI KERJA 2. Rancang kalendar anda Anda perlu merancang kalendar anda, bukan sebaliknya. Kebiasaannya, kita hanya membuat senarai tentang tugasan yang perlu dilakukan sehari- hari. Jika anda perhatikan, ini mungkin akan menyebabkan anda berasa tertekan dan kurang bermotivasi. Sebaiknya, rancang kalendar dengan mengambil kira aktiviti yang dapat meningkatkan keseronokan dan meningkatkan produktiviti. Contohnya, peruntukkan masa untuk membaca buku, menulis artikel atau menghadiri kursus yang diminati untuk meningkat- kan kemahiran kerja. Ini tentunya akan membuatkan anda gembira dan seronok untuk merancang kalendar anda! 1. Tetapkan peraturan dan sekatan Peraturan dan sekatan perlu ada untuk kita menangani situasi tertentu. Contohnya, semasa di tempat kerja, tempoh masa dari jam 8 hingga 9 pagi adalah masa untuk menyemak email pada waktu pagi, manakala jam 12.00 tengahari hingga jam 1.00 petang adalah untuk menyemak email pada waktu pertengahan. Ini akan menjimatkan masa kerana anda tidak akan menyemak dan membalas email pada setiap masa. Selain itu, perlu ada peraturan dan sekatan yang telah ditetapkan untuk menghalang kita dari hilang fokus terhadap sesuatu tugasan. Contohnya, tidak boleh membaca email peribadi semasa waktu berkerja. 3. Lebih banyak berkata “Tidak” Berkata “Tidak” bukanlah sesuatu yang mudah namun ia sangat penting. Mengapa? Ia berbalik semula kepada perancangan yang telah dibuat berdasarkan tip yang utama. Kerap berkata “Ya” boleh mengganggu fokus terhadap tugas yang lebih utama. Oleh itu, sebelum berkata “Ya” semaklah perancangan yang telah dibuat dan pertimbangkan masa yang sesuai. “Stress happens when your gut says no, but your mouth says yes.” –Aninomus

Upload: vanthien

Post on 29-Jun-2019

233 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MENINGKATKAN PRODUKTIVITI KERJA · dan otak menjadi sihat dan cerdas. Biasakan diri dengan rutin tidur yang konsisten agar kualiti tidur dapat dipertingkatkan. Jauhi gajet, elak makan

April 2018 Writer : Nurain Atan | [email protected] | 03-5544 2360

Edited by: Roslinda Mohd Subbian | Career & Counselling Centre, UiTM Shah Alam

Adakah anda berpuas hati dengan kehidupan dan kerjaya anda sekarang? Adakah anda berjaya mengimbangkan keduanya? Tentunya kehidupan pada hari ini menuntut kita untuk bergerak pantas dan menjadi produktif pada masa yang sama. Namun dalam kesibukan kita bekerja sehari-hari, kita kerap mengabaikan produktiviti dalam tugasan yang dilakukan. Natijahnya, kita akan mudah berasa tertekan dan keliru untuk menentukan keutamaan dalam sesuatu masa. Tip-tip di bawah boleh digunakan untuk meningkat-kan produktiviti kerja dalam mengharungi kesibukan kehidupan seharian.

MENINGKATKAN PRODUKTIVITI KERJA 2. Rancang kalendar anda

Anda perlu merancang kalendar anda, bukan sebaliknya. Kebiasaannya, kita hanya membuat senarai tentang tugasan yang perlu dilakukan sehari-hari. Jika anda perhatikan, ini mungkin akan menyebabkan anda berasa tertekan dan kurang bermotivasi. Sebaiknya, rancang kalendar dengan mengambil kira aktiviti yang dapat meningkatkan keseronokan dan meningkatkan produktiviti. Contohnya, peruntukkan masa untuk membaca buku, menulis artikel atau menghadiri kursus yang diminati untuk meningkat-kan kemahiran kerja. Ini tentunya akan membuatkan anda gembira dan seronok untuk merancang kalendar anda!

1. Tetapkan peraturan dan sekatan

Peraturan dan sekatan perlu ada untuk kita menangani situasi tertentu. Contohnya, semasa di tempat kerja, tempoh masa dari jam 8 hingga 9 pagi adalah masa untuk menyemak email pada waktu pagi, manakala jam 12.00 tengahari hingga jam 1.00 petang adalah untuk menyemak email pada waktu pertengahan. Ini akan menjimatkan masa kerana anda tidak akan menyemak dan membalas email pada setiap masa. Selain itu, perlu ada peraturan dan sekatan yang telah ditetapkan untuk menghalang kita dari hilang fokus terhadap sesuatu tugasan. Contohnya, tidak boleh membaca email peribadi semasa waktu berkerja.

3. Lebih banyak berkata “Tidak”

Berkata “Tidak” bukanlah sesuatu yang mudah namun ia sangat penting. Mengapa? Ia berbalik semula kepada perancangan yang telah dibuat berdasarkan tip yang utama. Kerap berkata “Ya” boleh mengganggu fokus terhadap tugas yang lebih utama. Oleh itu, sebelum berkata “Ya” semaklah perancangan yang telah dibuat dan pertimbangkan masa yang sesuai.

“Stress happens when your gut says no, but your mouth says yes.” –Aninomus

Page 2: MENINGKATKAN PRODUKTIVITI KERJA · dan otak menjadi sihat dan cerdas. Biasakan diri dengan rutin tidur yang konsisten agar kualiti tidur dapat dipertingkatkan. Jauhi gajet, elak makan

5. Tidur cukup dan berkualiti

Tidur yang tidak cukup memberikan kesan negatif terhadap prestasi dan produktiviti sesuatu kerja. Apabila tidur lena dan cukup, tentulah badan dan otak menjadi sihat dan cerdas. Biasakan diri dengan rutin tidur yang konsisten agar kualiti tidur dapat dipertingkatkan. Jauhi gajet, elak makan lewat malam dan hindari kafein pada waktu malam juga dapat mengelakkan anda daripada situasi tidak dapat lena pada waktu malam.

“Willpower menjadi kuat apabila kita

dapat tidur yang cukup. Tidur sebentar di tengahari dapat kuatkan semula will-power” – Dr. Rizal Abu Bakar

Rujukan

https://www.thebalance.com/top-ways-to-increase-productivity-2948669

https://www.inc.com/john-rampton/15-ways-to-increase-productivity-at-work.html

http://www.smartsuperwoman.com/tidur-otak-dan-produktiviti-superwoman/

4. Ciptakan Masa

Kerap kita berkata atau mendengar “Saya akan mencari masa yang sesuai” dan sering jugalah kita berkata atau mendengar “Saya tak cukup masa”. Jadi untuk mengubah kebiasaan itu, ubah mindset daripada “mencari masa” kepada “mencipta masa”. Ia berkait dengan apa dan bagaimana kita mengatakannya untuk mengubah keadaan yang pasif menjadi proaktif. Bila kita mengatakan kita akan mencipta masa, secara automatik, otak kita akan menghasilkan rangsangan dan motivasi untuk mencapainya. Selain itu, adalah penting untuk menyusun keutamaan agar perancangan tugasan lebih tersusun.

6. Suka Apa Yang Dilakukan

Jika anda tidak suka dengan apa yang

anda sedang kerjakan, ianya pasti akan

terlihat pada hasil kerja anda nanti.

Carilah keseronokan dalam tugasan yang

dilakukan untuk mencapai hasil kerja

yang lebih cemerlang. Pupuk minat dan

dorong kreativiti untuk mempelbagaikan

kaedah dalam membuat sesuatu tugas

boleh mencetuskan keseronokan dalam

pekerjaan. Usah terlalu terikat dengan

rutin yang membosankan sekiranya anda

tahu ianya tidak akan membantu

kejayaan anda. Pendek kata, membuat

sesuatu kerja dengan minat, tidak terasa

seperti sedang bekerja!

“Don’t aim for success if you want it; just

do what you love and believe in, and it will

come naturally.” - Robert Frost